(Pancingan Amerika dalam banyak tidak tanduknya...adalah sama sahaja dengan segala Billboard di serata Las Vegas...semuanya adalah agar kita mampir...dan akhirnya mengosongkan poket kita...kemudian kita menyesal)
Pepatah Arab ada berkata: Generasi seratus tahun akan datang adalah tercorak oleh generasi masa kini. Maka dalam gerakan Ayatollah Khomeni untuk membebaskan negaranya dari belenggu 'bayangan penjajahan Amerika' melalui Shah Reza Pahlavi, maka KHomeni yang terbuang di Peranchis telah mengerakkan revolusi Iran di awal 1980an berlandaskan pepapat Arab tersebut, dimana beliau yakin: Pendokong kepada Revolusi Islam Iran adalah anak-anak yang sedang dikendong para ibu Iran yang sedang mengandong! Maka, dari dalam rahim ibu lagi beliau telah menanamkan semangat revolusi Iran di kalangan pendokongnya.
(2) Hakitaktnya, kita sering melupakan sejarah. Kita juga sering memperkecilkan sejarah dalam menjalani kehidupan kita samada secara perseorangan atau secara berkumpulan. Sejarah adalah amat penting dalam segala kehidupan kita. Ianya adalah cermin hidup. Cuma bagaimna kita mencermin diri itu saja yang akan membedakannya. Maka, Allah dalam pengajarannya di dalam Al Quran, sering menggunakan kaedah penceritaan iaitu sejarah sebagai jalan pengajaran terbaik. Segala kisah di dalam Al Quran adalah cermin besar yang Allah sediakan buat kita, buat panduan kita.
(4) Cuba kita cuba ingat, pada 1960-70an, gerakan komunisma di Negara adalah tersangat hebat. Di sana sini, slogan anti-kominis di mainkan oleh RTM. Pada masa itu juga, Vietnam sedang diganyang hebat oleh Amerika dan sekutu Baratnya. Ho Chii Minh, bermatian-matian berjuang mempertaruhkan bangsa dan negaranya dalam usaha beliau membebaskan dan seterusnya menyatukan bangsa Vietnam. Namun, pada masa itu, saya kira Filipina, Thailand dan Singapura telah diperguna hebat oleh Amerika dalam memerangi Vietnam. Negara kita juga terperangkap denga dakyah Amerika, British, Peranchis, dan Australia dalam mendokong pemusnahkan Vietnam oleh kapitalis Amerika.
(5) Kini, jika kita membaca sejarah Vietnam, rata-rata pengkaji sejarah berkata: bahawa Vietnam hanyalah padang permainan Amerika, Russia, China dalam perebutan mereka untuk menguasa kekayaan rantau Pasifik dalam memenuhi tuntutan bahan mentah bagi keperluan industri mereka. Peperangan Vietnam, bukanlah peperangan Komunisma-Demokrasi, tetapi adalah peperangan demi untuk menjajah!
(6) Dalam percaturan peperangan Vietnam, kita sebetulnya seperti tersilap hitung, apakah Ho Chii Minh benar-benar seorang komunis atau nasionalis yang hanya mahu memerdekakan diri, setelah negaranya, bangsanya terpisah-terbelah oleh bangsa asing bermula dari China (1,000 tahun) , Peranchis (200 tahun), kemudian Amerika.
(7) Begitu juga dalam perhitungan kita dan Suharto terhadap Sukarno dalam pertengahan 1940an. Persahabatan beliau dengan Komunis (PKI) pada masa itu, adakah kerana benar-benar dia sudah terpesong dari akidah Islam. Jika kita teliti secara halus, itu adalah hanya tektik beliau untuk mendapat dokongan Russia dan China dalam menentang Belanda yang mahu merampas Indonesia dari tangan Jepun secara kekerasan. Pokonya beliau punya cara tersendiri untuk menzahirkan sikap nasionalisma beliau.
(8) Begitu juga dengan Khomeni di tahun 1970an. Pada masa itu, kekuasan Shah Iran adalah di peringkat puncak. Dia seperti tidur (sleep) sebantal dan ketandas (shit)bersama dengan Amerika. Iran merupakan kuasa termaju dan terbesar di Timur Tengah pada masa itu. Namun, rakyat Palestin sedang dihenyak ganas oleh Israel tanpa ada pembelaan berani. Yaser Arafat menangis sendirian! Bila ada negara Islam Timur Tengah mahu bersuara utuk membela Palestin, pasti Iran (topeng Amerika) akan meenjadi batu penghalang. Maka Syria, Lebanon, Mesir, Iraq, dan Libya hanya boleh terkial-kial, tersedu sedan hendak bersuara, namun tidak boleh bertindak apa-apa demi saudaranya Palestin, hanya kerana Shah Iran engan mendokong mereka!
(9) Inilah mungkin punca kekecewaan Khomeni, biarpun dia berpegangkan mazhab Syiah, sedang rakyat Palestin adalah Sunnah (musuhnya), namun darah saudara seIslamnya di Palestin mengalir tanpa bembelaan berani hanya kerana kebodohan sesama saudaranya sendiri yang memerintah negara. Lastas saya berkira, Khomeni mencipta suatu senjata yang paling berkesan dalam memerangi semua ini: melalui gerakan Revolusi Islam Iran.
(10) Tempias Revolusi Islam Iran sebetulnya merebak sehingga ke negara ini kemudiannnya bila mana UMNO yang memerintah negara seperti ada kecondongan untuk terpengaruh dengan dakyah Amerika dalam mempertahankan Shah Pahlavi dan membendung kebangkitan Khomeni, sehingga wujud radikal Islam dalam beberapa pertubuhan parti politik dan NGO di negara ini. Kebetulan pada masa itu saya adalah salah seorang aktivis kampus. Bahangnya meresap sehingga ke kampus. Dan pada masa itu saya masih ingat bagaimana Dr. Mahathir tersangat marah bila para pelajar sudah asyik sibuk berpolitik, berpolimik!
(11) Baru-baru ini, di Amerika samasa menyertai persidangan Antarabangsa mengenai Tenaga Nuklear, Najib mengumumkan bahawa urusan dagangan (?) Iran-Malaysia akan dinilai semula berasakan seruan masyarakat dunia agar Iran dipulaukan supaya dia tunduk untuk tidak terlibat dengan pembinaan senjata nuklear! Saya agak kecewa sebetulnya dengan pengumuman ini, namun pada keesokan harinya, ianya adalah berkait dengan urusan dagang PETRONAS yang tidak tertunai.
(12) Kita sebagai negara dan bangsa merdeka, haruslah tidak terlalu terikut-ikut sangat dengan telunjuk orang lain. Jika kita telah berani menentang IMF yang sebetulnya hampir-hampir memusnahkan negara ini, kenapa pula isu Iran, yang kesannya kepada kita tidaklah seberapa sangat, menjadikan kita penakut untuk berpendirian tersendiri.
(13) Janganlah kita terlalu mudah mengulangi kesilapan mematuhi telunjuk Amerika dalam soal kita berhubungan dengan Vietnam dan Iran dalam tahun 1970-1980, sehingga kita dalam tahun 2010 inipun kita masih tidak mahu belajar tentang putar belit barat. Percayalah, kekuatan barat adalah kerana kebodohan kita sendiri!
(14) Pepatah/Pribahasa Melayu ada berkata (sesungguh maha bistarilah nenek moyang kita terdahulu!): Cubit (sakitkan) peha kiri (Iran: saudara seIslam kita), peha kanan (kita sendiri akhirnya) terasa juga atau Meludah kelangit (serabutkan Iran, bangsa seagama kita), jatuh kemuka (diri sendiri) juga akhirnya!
(15) Jika kekacuan terjadi di Iran, tidakkah Iraq yang sedang merana akan menerima akibatnya buruknya. Apatah lagi Palestin dan Lubnan. Syria pun akan jadi kacau bilau. Tidakkah bangsa Iran akan bertempiaran berlarian ke serata negara Islam. Begitu juga, bangsa Indonesia yang nyata daya sensitiviti Islamnya sangat mudah goyah, apakah mereka hanya akan berdiam diri. Tidakkah segelintir mereka yang simpati akan membuat onar yang boleh mengacau bilau ekonomi Indonesia. Kesannya, bukankah kita yang akan merasa terbakarnya nanti? Begitulah, para simpati perjuangan Iran, tidakkah mereka ini, sebahagiannya nanti akan melihat dan berdendam bahawa negara-negara Islamlah yang sebenarnya merosakkan neragar mereka hanya kerana takutkan Amerika. Apakah akan aman Mekah dan Madinah? Tidakkah bangsa Iran yang bertaburan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak tersinggung dengan sikap Malaysia jika kita terlalu mudah tidak menggunakan akal kita sendiri. Tidakkah semua kemelut ini akhirnya menjadi isu yang tidak sesekali menguntungkan neraga, malah mungkin menjadikan negara kita kacau bilau, kita akhirnya bertelanggah sesama sendiri hanya kerana Iran.
(16) Saya sangat berharap Najib akan berhati-hati dalam soal ini, dan janganlah hanya kerana sedang 'berperang' dengan Anwar Ibrahim maka kita sanggup pulak mengadai negara! Pasti ada jalan lain ke jalan kemenangan. Aturan Ilahi sudah jelas: KEBENARAN! Jangan sesekali kita bersekongkol dengan muslihat barat, dan akhirnya kita membanjiri bumi Allah dengan air mata dan darah derita sesama Islam!
Kuching, Sarawak
4 May, 2010
1 comments:
berusaha untuk memperbaiki diri,bangsa dan agama. kuasailah ilmu dan beriman kepada Allah akan membawa kejayaan kepada bangsa kita(islam)
Post a Comment