.

2/3/2024 IKHLAS DAN KELAPANGAN DADA ....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 20, 2024

Share

& Comment

Bukan kebetulan, kemarin seharian saya biarkan Bunga Cinta Lestari (BCL) untuk menjerit sekuatnya akan rasa hatinya "Kerana aku cinta kamu", sambil saya terus melakukan kerja-kerja perkebunan di sekeliling rumah di kampung. Sepertinya "kerana aku cinta kamu" sangat mendinginkan saya dari sinar terik mentari. Saya menjadi sangat terhibur pada saat bekerja. Kemudian, sejak sore sehingga ke subuh ini, saya membiarkan pula Intan Fadhilah untuk menjerit kepedihannya lewat "Dawai". Di perbaringan, syahdu "Dawai" sering membuat saya terjaga untuk bertasbih kepada Allah secara spontan lalu kembali lena. Bukan kebetulan. Segala-gala Allah pasti ada tanganNya di mana-mana. Maka saya berfikir.

(2) Tadi Subuh, pada saat saya sujud, sepertinya air mata mengerti di mana harus tumpahnya dia - "air mata di hujung sajadah", saya mencurahkan suatu rasa yang sangat anih. Lirih rasanya. Cuma untuk apa?  Kenapa harus saya menangis? Kemudian seusai sholat, saya teringat, pada kunjungan Umrah suatu waktu yang sudah lama (2012), pada hari ke tiga, pada saat melangkah masuk ke pelantaran Kaabah, saya menangis dengan berat. Sangat berat. Juga saya tidak tahu sebabnya. Kemudian dada saya berasa lapang. Saya kemudian berkeliling Kaabah dengan amat tenang. Lalu tidak lama selepas itu, saya terbaca, jika Umrah kita ikhlas, kejadian ini pasti terjadi. 
 
(3) Saya kira siang tadi jeritan "kerana aku cinta kamu serta dawai" adalah lontaran sumpah keikhlasan yang dituntut juga disajikan.  Juga kelapangan dada paling nikmat yang pernah saya alami sebaik selepas menangis di depan rumah Allah adalah manifestasi sebuah keikhlasan. Saya bersyukur, Umrah saya pada masa itu yang sebenarnya tanpa tujuan apa, tiada perancangan apapun, melainkan saya hanya ingin menunaikan apa yang dituntut ke atas saya. Mungkin itulah seharusnya segala-gala dalam hidup kita. Kita berbuat apapun bukan atas tuntutan lain selain tuntutan hakiki Allah kepada kita. Inilah apa yang dinamakan sebagai berbuat demi Allah. Maka takrifan dan tafsiran ikhlas yang akan saya tulis ini adalah berkait dengan tuntutan Allah agar apapun yang kita perlakukan biarlah hanya keranaNya.
 
(4) SubhanaAllah, Allah pada ketika kita ingin terus berbakti demi Umah ini, Dia tidak akan pernah tidak memberikan kita ilham untuk berbuat apa yang harus kita perbuat. Saya kepingin untuk terus menulis dalam nada yang halus dan menusuk serta bagaimana harusnya selepas Subuh saya harus terus aktif dan tidak kembali menghangat-hangat di balik selimut. Alhamdullilah lantaran Kamar Study dan Sholat saya telah lengkap, maka pagi ini (11 Feb., 2024) timbul ilham untuk saya sedikit mengupas - ikhlas dan kelapangan dada. Kenapa? Sudah lama saya menilai sifat sabar dan syukur serta tahap kesabaran dan syukur yang harus kokoh ada pada saya, namun sering tergalang. Kali ini baru saya sadar, pokok pangkal sabar dan syukur adalah ikhlas. Maka untuk berpunya sifat sabar yang unggul, saya harus belajar untuk ihklas sejernihnya.

(5) Apa itu iklhas? Bagaimana kita tahu bahawa apa yang kita rasa, fikir, ungkap dan perbuat adalah sesuatu yang ikhlas? Dalam ertikata Umar Al Khatab, bagaimana caranya untuk kita ketahui bahawa niat dari segala fikir dan prilaku kita adalah ikhlas? Kita sering mendengar penuturan "ikhlas", namun bagaimana caranya untuk mengetahui apa yang dipertuturkan atau perbuat itu adalah ikhlas. Banyak, luahan kata ikhlas berpunya udang di sebalik batu. Cuba perhatikan dalam dunia politik Melayu kini, kata-kata ikhlas dihamburkan sepertinya sekadar memberikan harapan, dan harapan itu bukan hanya tidak tertunai malah terus menjadi angan-angan berlalu tanpa silu dan malu. Ikhlas sering digiring oleh kata-kata jujur, tulus, juga benar, dan betul. Dalam hal-al emosi, ikhlas sering digiring oleh kata-kata setia, taat, manut bahkan pasrah. Hakikatnya, istilah jujur, tulus, benar, betul, setia, taat, manut dan pasrah adalah penegasan ke atas keikhlasan yang hendak dipersembahkan. Jika telahan saya benar, maka wajarlah Allah menuntut sepenuh keikhlasan dalam segala perlakuan kita kepadaNya untuk mendapat redhaNya. 
 
(6) Jika kita mengambil maksud dari khamus Melayu dan bahkan kefahaman Islam, ikhlas mungkin sukar untuk kita ingati maksud dan tafsirannya. Saya tidak akan mengambil pendekatan itu. Dalam tulisan ini saya tidak melihat ikhlas dari sudut bahasa. Saya mengambil iktibar dari kejadian "rasa lapang" yang saya alami pada saat saya menjejak kaki di pelataran Kaabah. Dalam erti lain saya mengambil sisi praktik akan tanda-tanda sebuah keikhlasan. Ikhlas secara praktiknya adalah keadaan di mana pada saat kita mengungkap dan atau memperlakukan apapun - kita berasa lega; lapang. Kita seperti berperasaan seperti melepaskan burung untuk lepas bebas. Jwa kita terasa sangat bebas.  Segala sesuatu yang diperbuat dan ungkapkan yang tanpa adanya keinginan untuk mendapat  balasan dalam apa bentukpun, itulah kekhlasan. Kita melakukannya dengan penuh rasa kerelaaan. Kita seronok melakukannya dengan spontan. Praktisnya, ikhlas adalah kerelaan sepenuh hati.
 
(5) Agar jelas maksud praktis ikhlas dalam pandangan saya, biar saya gambarkan dengan pengalaman saya ini. Saya ada seorang teman, buddy sebetulnya. Dia genius, sangat bijak dalam melihat kunci masalah dan focusnya adalah menyelesaikan masalah. Hidupnya ringkas dan mudah, namun jalan fikirnya kelihatan mudah namun hakikatnya adalah cukup recam - complex. Recam bukan menyulitkan tetapi memudahkan. Dia sentiasa mencari jalan memudahkan dalam hal-hal yang cukup recam. Kelembutan bukan sifatnya, dia kelihatan sentiasa keras, maka seringnya dia dilihat sebagai degil dan ganas. Lantaran itu, dia sering kesendiri solitare.  Bagi saya, itulah ciri manusia genius, dia tegar dengan fikirannya untuk berrgerak ke depan. Dia bukan manusia yang hanya melihat hari ini, dia juga tidak ingin tengelam oleh masa lalu, tetapi pandangannya adalah ke depan menjauh. Baginya, Syurga lebih penting dari segala-gala. Syurga pula, dia melihat ke arah Syurga tertinggi. Dia tidak mahu Syurga biasa-biasa. Dia mahu Syurga tertinggi. Soal dia dapat atau tidak itu bukan urusannya, dia menyerah seluruh usahanya kepada Allah, dan segala usahanya dan focusnya harus ke Syurga tertinggi. Lantaran itu, dia meletakkan keikhlasan pada kedudukan tertinggi. Dia berbuat segala dengan penuh rasa ikhlas. Dia tidak menghendaki apapun balasan duniawi - kemasyuran, gelaran, kekayaan, kemewahan segala bentuk nikmat duniawi mewah dan tersohor tidak dia ingini. Dia menyingkir dari segala itu biar sebetulnya dia boleh saja mengapainya. Yang penting baginya, dia terus berbakti tanpa perlu memikir soal-soal reward dan validation.  Pada pandangan saya, dia hanya ingin berdiri sebagai sosok tulin dirinya - a genuine himself. Ibarat gadis, cantiknya harus asli tanpa makeup - diada-adakan. 

(6) SAW sifat beliau adalah Al Amin. Lantaran terbukti dia adalah Al Amin, maka perjalanan beliau untuk dinobatkan sebagai Nabi dan Rasul adalah pasti. Makanya takdirnya beliau adalah yang menerima segala amanah Allah untuk membina kemanusiaan mulia pada seluruh alam jagat ini. Pada saat dia terangkat menjadi manusia paling berkuasa di alam ini, SAW kekal zuhud - dia menafikan segala kemewahan dan kebesaran duniawi. SAW ikhlas menerima segala cabutan kebahagian pribadinya - isteri, anak-anak dan keselesaan - dia ikhlas menerima takdir Ilahi, sabar dan syukurnya tiada tolok banding. SAW tahu, dan diperingatkan oleh Allah bahawa Syurga Firdausi itu jauh lebih baik dari segala yang ada di alam semesta ini. Dalam falsafah dunia kini, inilah sifat genius SAW - dia hanya focus kepada matlamat akhir hidupnya - Syurga abadi di sisi Allah. Perhatikan betapa janji-janji dan tawaran kemewahan dan keselesaan oleh Jahilliah Quraish kepadanya, semua dia tolak, dia memilih kepayahan dan lihatlah berapa yang bersamanya secara total, sangat sedikit namun akhirnya kini ada sekitar 2.00 billion umat bersamanya. Al Amin dan zuhud Muhammad SAW tercapai kerana dia ikhlas dalam segala-galanya.  Jika dipersandingkan dengan nyanyian "Kerana aku cinta kamu" oleh BCL boleh saya samakan prihal ini dengan bait berbunyi "Berapa cinta yang datang semua kutolak, kerana aku Cinta Kamu".

(7) Sesungguhnya, fikir saya selanjutnya, apakah yang menjadikan ikhlas itu boleh menjadi sifat sejati kita? Saya berkira ada dua prasyarat kepada keikhlasan. Pertama adalah sabar. Saya akan cuba mengupas maksud sabar mengikut pratis yang saya mengerti kemudian kelak. Sabar menuntut keImanan. Namun berIman itu pula bukanlah sekadar soal-soal tauhid, ianya menuntut nilai-nilai kebijaksanaan kemanusiaan yang tinggi. Dalam pengurusan moden, yang dituntut untuk sabar adalah high emotion equation, EQ.   Teman yang menjadi reference saya di atas tadi saya kira dia memiliki tahap EQ yang cukup tinggi. Dalam bahasa biasa, beliau sepertinya berhati kering. Dia tidak terkesan oleh apapun - ceria, duka, kesakitan, kesempurnaan, harta dan bahkan kemiskinan. Saya sangat kekurangan dalam hal ini dan inilah saya kira faktor utama maka saya masih corot dalam banyak hal - sabar yang membawa syukur yang mutlak yang merupakan faktor kedua bagi timbulnya sebuah keikhlasan tulin. Saya masih jauh dari memiliki sifat sabar dalam hal-hal pribadi seperti  "Dawai - berapa lama telah dipetik tetap belum benar juga". In Shaa Allah akan saya cuba nukilkan sedikit waktu lagi dan darinya kelak mudah-mudahan Allah memebrt5ikan hidayahNya untuk bagaimana seharusnya saya di masa-masa ke depan.

Selamat menjalani ibadah Ramadhan untuk semua. Semoga kita semua menjalaninya dengan penuh ikhlas - sabar dan bersyukur.

Terasi - Pramonade, Kota Kinabalu
11 Feb - 20 March, 2024 

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

3 comments:

Anonymous said...

Salam tuan teringin nak kenali tuan, apa nama FB tuan

Abdullah Chek Sahamat said...

Maaf ya saya tidak ada FB. Boleh hubungi saya lewat email asahamat@gmail.com

Anonymous said...

Maaf FB saya tidak aktif sudah berdekad mungkin. Just email me thru asahamat@gmail.com. TQ

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.