Kedah dan Perlis, sejak merdeka sehingga 2022 adalah di bawah pemerintahan sealiran dengan Kerajaan Pusat. Kelantan dan Trengganu, silih berganti samada bersama atau bertentangan ideologi politik. Kelantan merupakan tonggak kepada keutuhan pembangkang dalam politik Melayu. Kini ke empat-empat negeri ini berada dalam blok pembangkang di peringkat Pusat. Semasa Barisan Nasional (BN) adalah tonggak Kerajaan Pusat setidak-tidak Kedah-Perlis mendapat rahmat perhubungan lebuhraya Utara-Selatan. Langkawi turut terbangun dan melimpahkan rahmat kepada Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Namun Kelantan dan Trengganu agak berbeza nasib mereka, mereka lantaran logo bulan mengambang yang melingkari ideologi politik mereka, tiada kecerahan menyeluruh yang dapat mereka nikmati. Ada memang ada pembangunan, namun tersekat-sekat. Hanya bilamana ECRL dilaksanakan, barulah kedua-dua negeri itu akan terhubung nyaman ke Kuala Lumpur, namun lebuhraya yang sangat mereka perlukan seperti sepantas penyu menyongsong tebing layak deras pembinaannya.
(2) Natijahnya, sejak merdeka sehingga kini, inilah negeri-negeri Melayu yang terus dilanda kemiskinan. Permainan politik sukuan Melayu toktok mengakibatkan Kelantan dan Trengganu tidak dapat menikmati sepenuhnya royalti hasil minyak mereka. Inilah punca pendapatan lumayan yang menjadi harapan mereka namun tidak teragih pada jalan sewajarnya seperti yang dilakukan kepada Sabah dan Sarawak. Kedah dan Perlis pula sedang terikat kuat sebagai kawasan jelapang padi negara. Inilah profesyen orang Melayu yang diwarisi sejak sebelum merdeka, dan sektor ini cukup mengikat kuat mereka dengan kemiskinan. Ringkasnya empat negeri Melayu ini, dengan perlembagaan negara kini, mereka dengan mudah untuk dijadikan korban sebuah Persekutuan yang kian ditepis matlamat asal penubuhannya. Kini kekuasaan politik dan perut buncit sendiri menjadi tujuan mutlak Persekutuan Malaysia dan bukannya keutuhan bernegara dan kesaksamaan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat jelata.
(3) Kenapa negeri-negeri Melayu tergadai sejak sekian waktu, bukan oleh kalangan lain tetapi oleh kalangan Melayu itu sendiri. Melayu Kuala Lumpur seperti tidak melihat mereka sebagai kerabat saudara yang wajib dibela. Bukanlah kalangan Melayu Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu tidak diwakili secara significant di dalam politik dan sistem pentadbiran pusat, jika dibuat kajian, saya yakin keanggotaan mereka dari empat negeri ini cukup banyak dan sangat ketara, namun kenapa mereka tidak membela negeri masing-masing. Negeri-negeri ini bukan sedikit menghasilkan bukan sahaja kalangan cerdik pandai, malah tokoh-tokoh koprat yang hebat-hebat, kenapa mereka juga seperti bersikap tak kisah terhadap kemunduran masyarakat mereka sendiri? Apakah yang membelengu mereka? Mereka seperti bersikap indifferent ke atas kemunduran biar saudara mara mereka sendiri. Kenapa semua ini terjadi?
(4) Sebelum melanjut seterusnya, mari kita lihat juga dari sudut sejarahnya. Kedah-Perlis, Kelantan dan Trengganu berpunya sejarah besar silam yang cukup hebat. Bahkan juga sejarah hitamnya. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Melayu Hindu-Buddha kuno yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Nama itu berasal dari bahasa Sanskrit yang berupa gabungan langkha untuk "tanah yang gemilang" -sukkha untuk "kebahagiaan". Kerajaan ini, bersama-sama dengan Kedah Tua, adalah antara kerajaan terawal yang diasaskan di Semenanjung Tanah Melayu. Lokasi sebenar kerajaan itu masih menjadi perdebatan, tetapi penemuan arkeologi di Yarang berhampiran Pattani, Thailand mencadangkan lokasi kerajaan itu seperti peta di sebelah. Kerajaan ini dianggarkan telah ditubuhkan pada abad ke-1, antara 80 ke 1400 M. Perihalan kerajaan ini yang paling awal dan paling terperinci berasal dari catatan Dinasti Liang, China (502-557) dan disebut sabagai Lang-gga-siu. Rekod itu menyebut bahawa kerajaan ini diasaskan lebih 400 tahun lebih awal, yang membuat penubuhannya berkemungkinan suatu ketika pada akhir abad ke-1 atau awal abad ke-2.
(5) "Based on archaeological evidence and the evidence of written sources such as from China clearly shows that Kelantan’s history is older than the history of
Malacca and it is considered as the founder of the political system of
the states of Malaya. These facts have been recognized because the compiler itself said that in Malay
history, it never stated the history of the other Malay states until
the opening of Malacca. The evidence of the existence of the initial
state of Kelantan is on the record of a Chinese writer named Chao Ju-kua (Paul, 1961:64) in the centuries before 1225."
(6) Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Trengganu oleh saudagar China, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang. "Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Trengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam. Semuia ini adalah pertunjuk bahawa Melayu berpunya sejarah besar yang tidak boleh dipinggirkan sewenang-wenangnya.
(7) Jika semua sejarah ini benar, dan sejarah adalah pengalaman temaddun silam mana-mana bangsa dan wilayah, maka dari sudut politik, jika diperhatikan di manapun biar Arab - Farsi, Benua Kecil India bahkan ke rantau Indochina dan Asia Tengah, pergenseran kekal sehingga kini terus berlaku dalam banyak bentuknya. Maka jika pegangan politik Kedah-Perlis, Kelantan dan Trengganu cukup berbeza dengan negeri-negeri Malaya lainnya, itu seharusnya kita mengerti. Mereka saling punya jati diri sejarah yang kukuh dan paling mungkin lantaran acuan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia adalah berasaskan ideologi Feudal British dan India-British makanya penyatuan mutlak politik Malaysia adalah sangat mencabar. Banyak yang tidak kena dengan Perlembagaan Negara yang tidak serasi dengan adat budaya dan temadun asli Melayu sebenarnya. Kedua, saya yakin saya betul, rasa banga diri sangat tebal di kalangan Melayu Kedah - Perlis dan Kelantan - Trengganu. Dalam istilah saikologi modern, sifat egoisma antara negeri malah antara wilayah dalam negeri adalah sangat tinggi. Ibarat ayam jago, ego berebut seekor betina, biar bertarung seharianpun mereka mahu. Saya tanggapi sebegitulah Melayu Kedah-Perlis dan Kelantan - Trengganu biar di kalangan yang sudah hijerah ke Kuala Lumpur dan yang kekal menetap di negeri masing-masing. Kenapa ini terus sebegitu?
(8) Isunya, dalam bahasa Utara - ketegaq sendiri dan dalam bahasa Pantai Timurnya - agas gedebe dan mungkin dalam istilah terdekat saikologinya - egoisma atau dalam Islami sempitnya - Asyabiah maka negeri-negeri Melayu dan Melayu terus tertinggal dalam segala hal kecuali kemunduran. Sikap kita, jika tidak sama, saya kira mirip Quraish di zaman Jahilliahnya. Bagaimana harus Melayu khasnya SG4 memecahkannya?
PERPADUAN MELAYU MALAYA - pengalaman dan pengamatan pribadi:
Saya menyambung pendidikan Menengah Rendah saya di Kuala Krai, Kelantan dari 1973-75. Kemudian saya melanjutkan pendidikan Menengah di Jitra Kedah dari 1976-79. Kemudian saya menyambung ke Universiti Kebangsaan Malaysia - mulanya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (79-81) dan kemudian ke Bandar Baru Bangi (81-84) degan kelulusan BSc Hon. Seterusnya saya ke Denver, Co., USA pada 1996-98 untuk mendapat Sarjana Lanjutan di bidang Perancangan Bandar dan Desa.
(2) Semasa di Kelantan, saya mempunyai sebuah keluarga angkat yang toktok Kelantan. Sebegitu juga rakan-rakan sekolah dan seasrama. Mereka melayan saya bukan sebagai anak asing dari Sarawak tetapi mereka seperti memaksa saya untuk menjadi a true Kelantanese. Segala tingkah laku dan peribadi saya harus Kelantanese. Itu tidaklah sukar bagi saya lantaran saya juga ada latar budaya nese yang juga kukuh - Javanese. Jawa kekal Jawanya lantaran pegangan adat budayanya. Maka, a Kelantanese is a person with strong Kelantese upholding to his virtue and tradition as Kelantanese. Maka bila orang Kelantan cicah budu, saya jadikan budu sebagai kuah nasi. Alhamdullillah dengan mengorbankan penguasaan akademik saya untuk sekian waktu, saya berusaha keras menguasai pertuturan dan loghat Kelantan cuma dalam tempoh sekitar dua bulan. Malah rambut saya yang dulu lurus, akibat pergaulan kuat dengan para Negritos dari Ulu Kelantan dengan meniru cara mereka, rambut saya berubah jadi agak kerinting. Sekolah saya SRK Kuala Krai menempatkan para pelajar dari kawasan perkampungan Melayu di sekitar Guchil-Temangan-Pehi. Sedang saya tinggal di asrama SMK SYP sejauh 5 KM dari SMR Kuala Krai. Di asrama, saya dapat bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai jajahan seperti Ulu Kelantan, Kota Bharu - Machang, dan Pasir Mas-Rantau Panjang. Watak-watak fine city Kota Bharu, gedebe agah - kasar Pasir Mas - Rantau Panjang dan sendiri mengalah Ulu Kelantan jelas saya perhatikan. Teman-teman dari Kuala Krai pula rata-rata jenis suko saing - friendly. Sikap grouping atau dalam istilah Islamnya - "Assabiyah" di kalangan mereka adalah cukup ketara. Saya mengambil pendekatan be friendly and adapted kepada semua. Lantaran itu, akhirnya, ke mana saja saya pergi, teman-teman Kelantan akan sibuk memperkenalkan saya sebagai Oghe Serawok kepada kenalan baru atau keluarga mereka sebabnya saya sudah jadi perfect Kelantanese. Saya tidak perlu memperkenalkan diri, mereka pula yang sibuk memperkenalkan saya. Saya sering diperkenalkan sebagai Oghe Serawok Kelate atau Oghe Kelate Serawok sehingga kini. Which ever I accepted and smiled happily. Alhamdullillah masyarakat Kelantan biar dari jajahan mana mereka, mereka dapat menerima saya sebagai sebahagian dari mereka.
(3) Saya melakukan perkara sama semasa di Jitra, Kedah. Saya bergaul dengan anak-anak Kedah dari segala pelusuk Kedah - Aloq Staq, Sg Petani, Kubang Pasu, Jerlun, Kodiang, Sik, Baling dsb. Masing-masing mereka ini ada cara pembawaan dan loghat tersendiri. Ada yang Kedah bandaq loq laq ada Kedah Siam, ada Kedah "ulu" campuran Siam-Kelantan-Bandaq dengan dengung dan hayunan sebutan yang cukup menarik. Kata Al Quran lebih kurang bermaksud "Sengaja Aku jadikan kepelbagaian, agar kamu saling mengenali antara satu sama lain" cukup indah terbaur dalam masyarakat ini. Lantaran SMSAH adalah sebuah sekolah asrama penuh, saya pasti juga bergaul rapat dengan anak-anak dari negeri-negeri lain. Pergaulan ini menyebabkan timbul sifat observant yang kuat kepada diri saya. Sebabnya, jika salah tingkah, budaya bully - ragging sememangnya sangat kuat di SMSAH. Dari segi populasi pelajar, SMSAH dikuasai oleh para pelajar dari Kedah, lalu diikuti oleh Kelantan dan Perak-Penang. Paling minoriti adalah Sarawak di mana hanya ada 5 dari kami dalam populasi 650 pelajar. Biar minoriti, sikap saya tidak mengalah. Saya berkeras untuk tidak dikuasai oleh mana-mana kumpulan pelajar berasaskan negeri. SMSAH menyemai sifat saya untuk menjadi a trully versatile Malaysian.
(4) Bila memasuki UKM, para pelajar di sana yang saya kira majoriti ikut negeri adalah Kelantan-Trengganu, Kedah-Perlis-Penang, Perak, kemudian negeri-negeri lain di tengah dan selatan Malaya. Sarawak sekali lagi terus menjadi golongan sangat minoriti. Pada 1979 - 1981, saya kira populasi pelajar Sarawak tidak lebih dari 100 orang dari sekitar 5,000 - 6,000 pelajar UKM pada keseluruhannya. Akibat pengaruh politik PAS, UMNO, MCA, MIC malah ABIM pergerakan pelajar sangat berpecah belah. Bukan setakat di kalangan pelajar, di kalangan pensyarah dan kakitangan UKM juga serupa. Kumpulan-kumpulan "Asyabiah" adalah sangat jelas. Biarpun saya lebih memilih untuk bersama kumpulan pendokong UMNO, namun sikap saya secara keseluruhannya adalah agak liberal. Saya lebih gemar bergaul dengan semua pihak kecuali yang kelihatan terlalu extreme. Di UKM saya menyertai ROTU (Reserve Officer Training Unit) dan di situ memberikan saya peluang untuk berkawan dan bergaul akrab dengan kalangan pelajar Fakulti Islam yang rata-rata dari Pantai Timur dan Kedah. Saya juga sangat aktif dalam persatuan-persatuan pelajar tanpa mengira batas akademik dan negeri. Sifat benar-benar a versatile Malaysian dapat saya pupuk hebat pada diri saya semasa di UKM.
(5) Biar ke Amerika, pada masa saya di sana saya tetap bergaul erat dengan pelbagai pelajar Melayu yang datang dari pelbagai negeri Malaya. Saya seperti tidak terpisah untuk ketemu pelajar dari Kelantan dan Kedah cuma bilangan mereka agak sedikit berbanding dari mereka yang dari negeri-negeri lain. Di luar negara, pelajar Malaysia seperti sangat bersatu berbanding mereka dari Indonesia, Arab dan Turki. Namun dalam kesatuan mereka, tetap ada pergolakkan yang cukup mengemeskan. Pengaruh PAS dan UMNO menjalar terus biar ke mana-mana sepertinya. Namun saya yang sudah menjangkau usia 36 tahun, sikap saya sememangnya ingin membebaskan diri dari segala kancah Asyabiah yang kalangan tertentu ingin bawakan dan malah paksakan. Saya samada bersikap neutral dan atau berusaha meleraikan. Bagi saya, bilangan pelajar yang sedikit, semua harus bersatu hati. Lagipun jika di luar negara dan segala ongkos dibiaya negara dan sangat mahal (pada masa itu U$D = RM4.75) maka tumpuan harus mencari segala pengalaman, idea dan ilmu-ilmu baru demi negara.
(6) Semasa menjawat jawatan di GLC Sarawak (2002-2011) dan Public Listed Company (2012 - kini) saya juga banyak ke Kelantan khasnya untuk meninjau kemungkinan bagi PELITA dan PLC-Kuching based untuk mengembang usahasama di sana, namun sifat kedaerahan dan personal interest cukup ketara dan amat mengejutkan saya. Biar ada waktunya saya berfikir, semua itu adalah lumrah, namun hati kecil saya sehingga kini kaget engak kepalang. Tidak munasabah perkara seperti itu berlaku di Serambi Mekah dengan thema Membangun Bersama Islamnya. Saya juga ada diminta untuk melihat beberapa kemungkinan di Pulau Pinang dan Perlis namun terbantut akibat perubahan politik yang tidak menentu dan cepat.
(7) Diringkaskan, Melayu Kedah - Perlis - Penang (Utara) dan Kelantan - Trengganu -Pahang (Tmur) sangat sukar dalam mencari titik kebersamaan. Biar sesama merekapun "perbezaan ketara" pasti berlaku. Mengalah demi kebaikan bersama payah tercapai. Sikap "kot aku kalah, elok hang kalah sama - atau tokke mu sore nok mene" setara dengan perpatah "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" menepati sifat sebahagian mereka. Sifat "mengengam bara api, biar sampai jadi arang" Melayu seperti tidak amalkan dalam kelompok tetapi lebih kepada pegangan pribadi. Anih. Di kampung, di daerah, di negeri malah sampai ke Kuala Lumpur dan luar negara sebegitulah sifat mereka. Saya tidak mengatakan Melayu di negeri-negeri lain tidak sebegitu, hampir-hampir serupa biar di Sabah dan Sarawak sekalipun. Cuma bila berdepan dengan kepentingan bersama, setidak-tidak akan ada titik kompromi antara mereka.
TUJUAN TULISAN INI:
Sekian lama saya ingin menabur bakti di tempat-tempat di mana saya pernah bermain. Apa lagi tempat-tempat yang telah mendidik saya tentang hidup dan cara-cara berjuang untuk hidup. Kedah dan Kelantan sentiasa dalam ingatan dan juga sanubari diri saya. Jika dikira, saya lebih lama berada dan berkubang di Kuala Lumpur, kecuali Kampung Baru, Kuala Lumpur, selain dari itu saya sangat kurang peduli.
(2) Berasaskan sejarah anak-anakan saya serta rakan karib yang banyak dari Kedah-Perlis dan Kelantan-Trengganu berbanding biar dari Sarawakpun, serta minat dan pengalaman saya dalam merangka dan mengerakkan pembangunan sosio-ekonomi rakyat, tujuan saya menulis ini adalah untuk melontar sedikit pandangan tentang masa depan, bidang dan cara SG4 seharusnya bertindak. Paling utama, saya ingin menjadi sebahagian yang ikhlas bekerja dalam membina kegemilangan temadun Islam di sebelah sini. Jika saya punya kesempatan, In Shaa Allah saya sedia membantu biar tanpa ganjaran apa-apa. Bukan mahu meneladani Trump, Anwar dan malah Prabowo, saya hanya ingin mensedekahkan amal bakti saya untuk dinikmati oleh kedua orang tua, nenek datuk dan moyang saya di alam barzah dan akhirat kelak. Tiada apa lagi yang harus saya hambat. Alhamuddillah Allah telah mengurniakan saya apa yang cukup buat saya.
INTI KEJAYAAN SG4:
Saya bersyukur, dalam PRU Mei, 2022 lepas PAS dapat "menyatukan" Kedah-Perlis dan Kelantan - Trengganu ke dalam satu blok kebersamaan yang "kukoh". Apakah ianya akan kekal - hanya waktu yang mengetahui? Kesyukuran saya itu kerana saya sedari 1979 telah tidak menyokong Anwar Ibrahim. Anwar was never in my mind and heart. Sebabnya, pertama saya kurang berminat dengan para rhetoric. Rhetoric tidak memberikan kejelasan apa yang sering terungkap. Kedua, bila dia masuk ke dalam UMNO, perjuangannya untuk menegakkan sistem ekonomi dan kewangan Islam memudar. Kenapa? Bagi saya Anwar hanya tahu scratching on the surface, dia tidak faham details apa yang dia tempikkan. Pada 1997 dan kinipun, dia mengkhianati asas penting dasar kewangan Islam - dia memenuhi segala kehendak IMF. Kedua, Anwar telah Mahathir berikan tanggungjawab untuk mengalas bermacam-macam kementerian - Belia dan Sukan, Pertanian, Pelajaran, Kewangan dan malah TPM. Bagi saya semua itu adalah kekuasaan yang dia boleh guna penuh untuk membasmi kemiskinan dan melaksanakan sistem ekonomi dan kewangan Islam. Biar Baling, Kedah yang menjadi ikon perjuangannya dalam membasmi kemiskinan, sehingga kini biar berkuasa tertinggi negara, saya kira tidak sama sekali berbekas. Saya tidak nampak apa kejayaan cemerlang Anwar semasa dia dalam Kabinet Mahathir dulu. Dia sekadar gemar ngomong ngawur bertempik sebagai ayam jago kampung sahaja.
(2) Alhamdullilah, pada 2 Sept., 2024 tertubuh gabungan SG4 - Kerajaan-kerajaan Negeri Kedah-Perlis-Kelantan dan Trengganu mengembeling impian bersama dalam berkongsi segala sumber bagi mengerakkan pembangunan di empat negeri-negeri tersebut dengan pandangan biar di bawah konsep madani, negeri-negeri pembangkang pasti tidak akan dilayan pada hak-hak mereka dalam sebuah persekutuan. Jika Sarawak dan Sabah yang kuat bersama kerajaan madani ini belum mendapat hak-hak penuh dan sebenar mereka sebagai termaktub di dalam MA63, maka apa lagi kerajaan-kerajaan negeri di bawah PAS atau PN. Maka cetusan idea penubuhan dan gerakan SG4 adalah wadah alternatif agar Melayu boleh bangkit berdikari. SG4 harus menjadi hamparan jalan pembuktian bahawa Melayu boleh dan sanggup bangkit sendiri. Sejiwa sekata adalah semangat yang harus SG4 pegang kental. SG4 Boleh.
(3) Saya ingin melihat apa yang orang Jawa sanjungi dalam sifat Melayu: "Biar terkurung dari pinggir, dari atas, dari bawah, Melayu akan bisa lolos juga akhirnya" - yang menunjukkan Melayu tidak akan pernah mati akal. Dalam filem P Ramlee, biar Pak Belalang itu pemalas kiak kata orang Kedah, namun anaknya Belalang tetap rajin dan pintar. Banyak peribahasa dan perumpaan Melayu yang mengambarkan bahawa Melayu itu boleh bangkit keras - "Belakang parang jika diasah akan tajam juga; Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya; Ulat dalam batupun boleh hidup; dsb. Paling saya bersyukur, bila SG4 melantik Mahathir sebagai penasihat mereka. Jika dunia memperakui kehebatan Mahathir, kenapa tidak SG4. Saya yakin, sikap egoisma feudal yang ada pada Melayu seperti saya nyatakan di atas, dengan semangat SG4 seperti Mahathir gariskan, jika itu dihormati dan diamalkan In Shaa Allah kesatuan Melayu akan mulai kembali terbina kukuh. Maka agar SG4 berjaya, pemimpin dari segenap lapisan dan rakyat-rakyatnya mesti bersatu hati dan punya semangat kental untuk saling berkerjasama. PAS perlu mendoktrinkan usaha ini sebagai pembinaan ukhwah (Hablu Minanas ..) dan amal bakti Fardhu Kifayah yang sangat-sangat Islam anjurkan. Kejayaan membina kesejahteraan rakyat dari gabungan disiplin Islam dan modern mesti diusahakan segera dan sekerasnya.
KEKUATAN NEGERI-NEGERI MELAYU:
Sejak Razak membawa kepada Najib, telah banyak usaha-saha dilakukan untuk mempertingkatkan kemajuan orang Melayu dari segi pendidikan dan kemahiran. Sistem pendidikan kita telah merubah deras demografi Melayu. Jika dulu 80 - 90 peratus Melayu terkial-kial di luar bandar, kini sekitar 60 - 70 peratus dari mereka sudah berada di kota-kota. Sistem pendidikan kita telah mampu melahirkan banyak tenaga teknokrat, professional, birokrat dan kalangan usahawan yang berjaya, termasuk ahli politik. Mereka ini berhamburan di merata agensi dan badan di seluruh negara. Saya yakin majoriti di antara mereka adalah dari rakyat kumpulan SG4 ini. Di bidang agama pula, PAS sejak sekian lama telah menjadikan sistem pondok sebagai asas pembangunan sumber manusia dan kader-kader mereka. Mereka ini tidak sedikit jumlahnya. Maka kini terpulang kepada kebijaksanaan para pemimpin SG4 dalam mengembeling dan menyatukan semangat dan gerak kerja dua golongan sekular dan "Islamis" ini ke dalam wadah berkesan bagi menjana perubahan sosio-ekonomi kencang di kalangan rakyat mereka. Cukuplah sifat-sifat polarization atau dichotomy yang diterjah dan paksakan kepada mereka. Kini masa untuk bersatu membina kekuatan sosio-ekonomi. Ketepi atau kurangkan tone down dulu politicking. Tumpu dulu uasaha memperkuat sosio-ekonomi rakyat dan negeri.
(2) Saya tidaklah pakar dalam menilai kekuatan fizikal dan sumber asli negeri-negeri SG4. Namun lantaran saya tidak putus-putus melawat dan berkeliling ke negeri-negeri ini serta catchup dengan rakan-rakan dari sana, saya berkira perhitungan kekuatan dan potensi ekonomi SG4 saya tidaklah terlalu meleset. Pengalaman saya dalam memerhati corak pembangunan di negeri-negeri Rocky Mountain USA, Indochina, Indonesia, Filipina dan malah Australia dan China boleh memberikan saya ilham dan cross references dan comparison yang kuat. Corak dan cara pembangunan di negara-negara ini serta negara kita sendiri cukup saya amati selaras dengan minat mendalam saya terhadap Country & Urban Planning and Political Management.
(3) Pertama SG4 adalah negeri-negeri asas pertanian. Cuma corak pertanian tidak diurus secara full value chain dan circular. Banyak pembaziran dari cara kerja dan pengurusan kini. Ini patut segera diubah. Demografi para petani sudah terlu berubah. Ambil contoh padi. Tanaman ini masih banyak diusahakan oleh para petani kecil. Pada masa ini padi hanya menghasilkan beras, dedak dan sekam. Saya berkira, itu hanyalah 20 - 30 peratus dari keseluruhan padi. Selebihnya 70 - 80 peratus terbiar menjadi tanah. Benar ada kegunaan sebagai kompos tetapi kompos yang rendah value chain and recyclingnya. Jika jerami padi diolah menjadi kulat, sayur-sayuran, bahkan ternakan ruminen, pasti ianya akan memberikan nilai tambah dan recycle yang lebih pelbagai. Sistem pengeluaran, pemprosesan dan malah dagangan di sektor pertanian boleh menjana industri kejuruteraan dan pengilangan yang cukup hebat. Malangnya, kita lebih mengambil sikap sebagai pengguna consumer kepada teknologi import. Semangat asal industri automotif Proton tidak kita kembang dan terap hebat ke dalam pertanian. Lebih banyak pekerjaan yang selari dengan perubahan demografi rakyat boleh dilakukan dari sektor pertanian kita. Begitu juga saya berkeyakinan dalam sektor padi umpamanya, kita pasti boelh menjana pendapatan sehingga 300 - 500 peratus lebih tinggi dari cara masa kini.
(4) Kedua, bentuk muka bumi SG4 cukup menarik dan sesuai bagi pembangunan sektor perlancungan asas eco-adventures domestik dan asing bercorak adventures. Kita tidak jauh kalah dari Thailand, Vietnam, Filipin dan Indonesia. Cuma accessability jalan dan internet perlu pembaikan. Begitu juga cara olahan sumber-sumber ini harus dikaji dan di rencana betul-betul dan dipadankan rapi dengan kehendak pengguna. Saya yakin sektor perlancungan yang hebat pasti akan menjana industri F&B yang berkembang luas. Program perumahan dan bandar-bandar kecil terususn rapi dan indah pasti boleh menyusul hebat. Islamic City Development Concept boleh saja menjadi keunikan pembangunan bandar-bandar dan penempatan di SG4. Jika diteliti di Barat, kewujudan pekan-pekan kecil yang tersusun rapi dan serba lengkap biar lenggang pada hari kerja, namun cukup hidup di hujung minggu. Paling tidak perlu jauh-jauh lihat saja Cameroon Highland di hujung minggu. Kenapa kita hanya ada sebuah Cameroon Highland sedang potensi utk kita membina biar 1,000 buah lagi adalah terbentang luas. Cuma caranya perlu betul. Hiruk pikuk Lembah Kelang dan killing stress of Singapore dan bahkan Pulau Pinang pasti menolak rakyat di sana untuk libur santai bahkan untuk memiliki Time-based Home Sharing Ownership di Kedah-Perlis dan atau Kelantan -Trengganu. Maka di sini kemudahan jalinan perhubungan yang baik harus segera dilakukan. Rakyat tempatan mesti dilibat penuh dalam usaha-usaha pembangunan perlancungan yang menyeluruh ini. Industri pertanian yang maju patut boleh mengangkat SG4 menjadi tumpuan aktiviti datang, makan-makan dan beli bawa pulang - come, eat and pack.
(5) Jika rantaian pekan-pekan dan pusat-pusat perlancungan dapat disusun dan bina sedemikian rupa sehingga keharmoniannya cukup terjaga bersama seluruh sistem perekonomian lainnya, saya yakin dengan pasaran yang besar segi tiga Malaysia - Thailand - Sumatera, suatu industri intellektual akan dapat dibangun pesat di SG4. Kemelut Islamofobia di Barat perlu direbut sebagai sumber pendapatan untuk meraih limpahan pelajar dan pesakit dari Timur Tengah, Asia Selatan dan malah Timur Jauh. Budaya Melayu yang cukup caring dan santun perlu pengkomersilan hebat. Penyediaan Kemudahan Pendidikan, Perkhidmatan Kesihatan dan bahkan Silver Hair Program yang bersifat suci dan affordable boleh dibundle bersama perkembangan perlancungan. SG4 perlu membuktikan kehebatan Islamic Professionalism dan mengembang Islam bukan pada rhetoric tetapi membina dan mengenengahkan adeen Islam yang lengkap dan menyeluruh. Sesungguhnya SAW berjaya mengembangkan Islam saya yakin bukan kerana Al Quran per se tetapi lantaran akhlak dan adeen Islam yang beliau amal dan tunjukkan. Para agamawan di dalam PAS dan SG4 perlu melihat bahawa Syurga itu adalah kampung halaman dan kehidupan teridah di mana kita akhirnya semua akan melancung dan menetap di sana. Tidak salah jika kita membina syurga di SG4 agar kita mudah ke Jannah hakiki kemudiannya.
(6) Perindustrian bukan berteknologi tinggi harus jangan jadi tumpuan SG4. Jika perlu tempoh leasing period mestilah disingkatkan dan adanya clause demand to chang type of operation. Nilai tanah serta kehijauan SG4 harus jangan terlalu digugat. Sumber sinaran matahri, angin, ombak malah gas keluaran kumbahan pertanian harus digembeling untuk menjana recycle energy. Sumber asli keluaran dan simpanan SG4 perlu diterokai secara Full Value Chain and Recycle. Kita harus pelajari secara mendalam kenapa adanya konsep Tanah Haram di Mekah dan Madinah. Kita tidak boleh hanya melihat itu pada jalan dan sudut pemahaman kini tetapi terus berfikir agar Islam dan dunia terus dinilai serasi untuk semua dan sepanjang masa dan keadaaan. SG4 perlu belajar dan menghidar dari segala kelemahan terdahulu. Perbedaan musim tengkujuh antara Pantai Barat dan Timur harus dilihat sebagai complementary strength. Sumber air yang sengaja Allah pisahkan limpahannya atas faktur waktu dan keadaan adalah kekuatan yang banyak Dia sembunyikan. Kita perlu menghormati otak di kepala dan bukan di lutut atau pungkoq seperti telah Allah ciptakan buat kita terus junjungi. Sesungguhnya sumber air adalah kekuatan masa depan SG4. Kita mesti fahami apa yang Al Quran katakan "Bahawa segala-gala terbina dari air..". Jika air bijak diurus dan diselaraskan agihannya, ianya pasti jadi sumber kekayaan yang mengalir deras bagai hujan turun free dari langit. Pulau Pinang dan bahkan Selatan Siam yang bersifat sub-tropika pasti mahu membeli air SG4 jika kita pandai menyusun strategi dan program kini. Saya yakin teknologi rawatan, industri dan dagangan air pasti boleh dikembang hebat.
(7) Sesungguhnya, jika diteliti betul-betul kenapa SAW dalam segala kekurangan, iaitu bagi tempoh sekitar 25 tahun, SAW dapat mengembangkan Islam dari mulanya pekan kecil Yatrib kemudian Madinah terus ke Mekah dan seluruh Arabia dan Farsi. Dari segi ekonomi, Kerajaan bani Umaiyyah Baghdad hampir-hampir bergolak hebat. Apa yang terjadi lantaran pemisahan kuasa kerajaan Ummaiyah dari Madinah dan lebih condong kepada bauran Islam-Farsi-Latin yang saya lihat seperti apa yang Malaysia kini amalkan iaitu Liberal-IMF, maka Allah datangkan Umar Abdul Aziz (717-720) untuk menyelamatkan keadaan. Umar berjaya menyusun kembali sosio-ekonomi Baghdad dalam mencapai kesaksamaan kesejahteraan ekonomi rakyat dan negara dengan baik sehingga kalangan asnab Zakat-Fitrahpun ternoktah. Anwar Ibrahim berpunya cita-cita malah claim perkara yang serupa, dia gagal dan pasti gagal lantaran caranya adalah seperti mengacukkan babi dan lembu - yang dia akan dapat bukan ternakan baka baru tetapi babu (hamba) IMF. Bagi saya, Allah memberikan SAW dan Umar Adul Aziz dengan manusia-manusia hebat bersamanya. Kita juga harus ingat, SAW terkial-kial selama 10 tahun di Mekah untuk mengembangkan Islam; tanpa hijerah, kemungkinan beliau gagal. Kenapa ini terjadi? Tidakkah mungkin Allah sedang mengkias pertunjuk buat kita kini, dengan cara totok myopic local, kita juga akan terus terkial-kial dan gagal. Sejak 1957 sehingga 2024 iaitu sekitar 67 tahun sudah, kenapa isu-isu asas kelemahan Melayu masih kental di SG4 dan di kalangan Melayu seluruhnya?
(8) Sesungguhnya kekuatan hakiki SG4 adalah kini negeri-negeri ini berpunya populasi para professional hasil didikan sekular dan "agamawan" keluaran pondok-pondok dan maktab "islami" yang banyak. Selama ini kedua-dua aset unggul ini telah saling dicurigai dan sangat terpisah, maka dalam semangat SG4 seperti Mahathir telah sarankan, suatu gerakan bagi mendorong penghijerahan besar-besaran terhadap sikap dan pendekatan, saya yakin inilah kekuatan paling hebat SG4 dalam mencorak temadun Islam yang cemerlang - ekonomi, teknologi dan budaya. Tidak susah untuk "mengIslamkan" para secular Melayu. Juga tidak susah untuk memodernkan para "Islami" Melayu. Pada gene Melayu ada traits untuk memperbaiki diri yang hebat. Melayu sangat berkeingian untuk memperbaiki diri. Dari Melayu kuno - Animisma, berubah menjadi Melayu Buddha, kemudian Hindu, kemudian "Islam" lalu Barat dan kini mencari-cari yang terbaik. Pengaruh India, Arab, Barat, Jepun dan kini China telah membuktikan bahawa Melayu cukup adaptive dan tolerance. Bagi saya, langkah terbaik adalah agar pemimpin Melayu tekad kental dan berbesar hati dalam memudahcara perubahan terbaik terhadap sikap-sikap mulia Melayu. In Shaa Allah Melayu akan berubah dan berjaya hebat.
TUNTUTAN STRATEGI:
Semasa saya menjawat jawatan di UPEN Sarawak (1986 - 1999) saya sering berurusan rapat dengan EPU JPM dan bergaul akrab dengan rakan-rakan dari UPEN Kedah, Kelantan dan Trengganu. Saya tidak ingat bergaul dengan UPEN Perlis (entah ada atau tidak?). UPEN Sarawak dan Kelantan dianggap cukup agresif oleh rakan-rakan di EPU. Sebabnya, Sarawak sememangnya agresif dalam usaha mendapatkan pembiayaan Kerajaan Persekutuan untuk keperluan pembangunan yang besar sedang Kelantan disebabkan mereka berpunya rama gu di EPU. Tidak bagi Kedah dan Trengganu. Bahkan saya juga ada terlibat dengan sebuah Perunding Perancang Bandar dan Desa yang dimiliki oleh Perunding dari Kedah dan sebahagian besar kakitangannya adalah orang Kedah, mereka juga mengeloh kenapa UPEN Kedah tidak seaktif Sarawak. Di dalam Islam, kejayaan besar SAW dan sahabat besar adalah lantaran mereka berpunya wawasan dan perancangan strategik. Perancangan strategik adalah sunnah dan ianya patut semua entiti Muslim ikuti dengan baik.
(2) Memikirkan itu kembali, kini saya kira saya dapat mengagak sebabnya iaitu Kerajaan Negeri Kedah, Perlis, Trengganu malah lain-lain negeri cukup cuba berhemat dalam menyediakan Pelan Induk Pembangunan Negeri yang nilainya cukup besar mencelah jutaan ringgit. Hakikatnya, dengan pelbagai Pelan Induk Pembangunan yang pihak UPEN telah sediakan, samaada dengan pembiayaan negeri dan atau persekutuan, itu semua memberikan kemudahan yang mantap bagi negeri dan agensi-agensi untuk merangka Program masing-masing serta justify kepeluan kewangan mereka. SG4 perlu melabur dalam penyediaan Pelan Induk yang baik. Pihak EPU perlulah dilibatkan sama samada untuk membiaya atau memberikan input penyelarasan di peringkat persekutuan. SG4 harus berpunya sikap sabar dan keterbukaan yang tinggi dalam berurusan dengan pihak persekutuan. Di sisi politik, bairlah itu menjadi medan yang tidak dibauri ke dalam hal-hal pentadbiran. Saya yakin para pegawai dari anak negeri SG4 di persekutuan malah syarikat-syarikat besar pasti ada empathy mereka terhadap sanak saudara mereka di SG4.
(3) Dari segi potensi sektoran, saya yakin SG4 mempunyai prospek yang sangat tinggi di pelbagai bidang yang saya ringkas seperti grafik di atas - Eco-Islamic Tourism & Natural Resources Manangement; Beach-Marina based Tourism; High Value - Full Chain Green Tech Agro-Industries Development; High Educational & Skill Development and HealthCare - Tourism Development; Sea and Inland Ports Development; Interstate Highway, Water and Energy Supplies and Digital Network, dsb. Semua ini perlu dibundle ke dalam sebuah Pelan Induk Pembangunan Antara Negeri-Negeri dan Wilayah-Wilayah SG4. Di samping itu, saya berkira perlu SG4 take stock akan rakyat-rakyatnya yang telah berjaya dan dalam diaspora di perantauan dan memulakan langkah bukan sekadar membentuk kesatuan social but solid development movers. Mereka ini harus dibawa secara rasmi dan tidak rasmi dalam mengerakkan Pelan Induk berkenaan. Hubungan kuat Mahathir di kalangan pemain peringkat antarabangsa juga jangan disisihkan malah dengan segera harus digarap catchup sementara Mahathir masih bertenaga dan cerdas.
(4) Bila di dalam PELITA - GLC Negeri (2002 - 2011), keadaan kewangan Sarawak juga agak goyah kerana 40 - 60 peratus dari pendapatan negeri perlu diperuntukkan bagi keperluan "no gain - luar jangka" untuk tempoh selama 10 tahun. Maka Taib Mahmud telah meminta saya untuk gearing membawa pelaburan swasta dalam membantu perolehan pendapatan negeri dan mengasak pembangunan ke kawasan-kawasan luar bandar yang miskin dan mundur. Tugas kita di PELITA adalah pertama untuk menjana pendapatan tinggi dam lestari buat negeri, dan kedua untuk membawa pembangunan ke luar bandar dengan bukan sumber dari kerajaan. Ini bukan mudah. Juga tidaklah mustahil. Juga kita telah diminta untuk lead agar PELITA dapat mandiri penuh serta turn around hendaklah dilakukan dengan pantas. Pengalaman dan pergaulan meluas saya semasa di UPEN serta nasihat dari rakan-rakan di bidang koprat di Kuala Lumpur, maka saya dapat mengerakkan segera apa yang Taib kehendaki. Taib memberikan saya kebebasan untuk berunding dengan pihak mana sekalipun untuk melabur di Sarawak dalam bidang-bidang yang saya diamanahkan. Kita dapat mengembelingkan 15 gergasi pelaburan di peringkat negeri serta beberapa gergasi di peringkat Kuala Lumpur. Kita memudahcara semua pihak yang berminat untuk membuka usahasama dan malah dengan cepat memperluaskan pelaburan mereka yang sediaada. PELITA focus memainkan peranan sebagai investment facilitator yang sangat proactive. Sebagai contoh, Alhamdullilah, dengan nilai CPO serta produktiviti sawit yang tinggi, sawit dapat menyumbang sekitar RM1.00 billion setahun berbanding hanya sekitar RM200.00 juta pada 2002 dan ini kian mengatasi royalti dari kegiatan pembalakan serta pertanian lainnya. Apa yang hendak saya katakan, SG4 perlu melihat kepada kekuatan segala sumber pelaburan yang ada di peringkat negeri dan persekutuan dan malah peringkat antarabangsa. Semua ini harus digembelingkan dalam melaksanakan segala inisiatif seperti yang telah dirumuskan di dalam segala Pelan Induk yang telah disediakan. Berdasarkan pengalaman saya, pelaburan di pihak swasta akan menjadi sangat mudah dan berjaya jika segala synergy keperluan mereka tampak jelas kita ambil perhatian serta segala proses pelaburan adalah tanpa hanky panky.
(5) Saya bertanggapan, penglibatan pihak swasta apa lagi para anak-anak negeri yang cukup berjaya di Kuala Lumpur untuk membuat reverse investment adalah sangat kurang. SG4 perlu cara berkesan dalam menarik minat dan mengembelingkan mereka ini. Falsafah-falsafah hebat dalam segala peribahasa dan perumpamaan Melayu perlu SG4 teliti dengan cermat dan ambil sikap terbuka "Ular biar menyusur akar, bisanya tidak akan punah; Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat; ...dsb" dalam mebina tarbiyah dan ukhwah Melayu-Muslim. Kerjasama antara negeri perlu didatangkan secara sewajarnya. Mahathir ada menyuarakan agar Sarawak yang berpunya pendapatan yang sangat tinggi harus membantu negeri-negeri miskin. Sesungguhnya persetujuan Sarawakm ke atas PDA 74 adalah pada niat saling membantu sesama rakan dan bahkan dalam membina negara yang masih miskin. Di tahun 1980an, perolehan Sarawak hanyalah sekitar RM3.00 billion setahun berbanding RM16.00 billion pada unjuran 2024. Namun atas saiz dan keperluan untuk menghambat pembangunan yang lebih seimbang bagi seluruh Sarawak, nilai tersebut tidaklah sebesar mana. Namun jika betul cara, Sarawak melalui Sovereign Fundnya pasti boleh membantu. Membantu mungkin istilah yang tidak tepat, melabur mungkin lebih mudah untuk dichew oleh Sarawak. Samalah saya yakin. biar kini banyak projek "mega" sedang di jalankan di Sarawak, semuanya adalah projek kerajaan. Real rewarding mega private sector investments, atas faktur economic of scale, adalah terhad. Maka para big players di Sarawak sedang dahaga bidang-bidang pelaburan yang lumayan. Ini boleh SG4 terokai dengan baik. Pokoknya, SG4 perlu idea-idea creative dalam membawa pelaburan individu, kongomerat dan malah institusi ke SG4 dalam keadaan suasa politik yang sangat bersaingan.
(5) Hakikat perwujudan agensi-agensi seperti MUDA, KEMUBU, KETENGAH dsb telah menghakis SG4 dari menguasai gunatanah di negeri masing-masing. Rata-rata tanah yang paling subur di Kedah-Perlis dan Kelantan-Trengganu, telah diperuntukkan bagi tanaman padi. Seperti saya nyatakan terdahulu, tanaman ini telah sekian lama diusahakan dengan cara yang sama tanpa penelitian hebat terhadap perubahan demografi para petani dan masyarakat desa. Mahathir ada membayangkan bahawa semua kawasan ini mungkin perlu rombakan modus operandinya dan malah rantaian industrinya. Dichotomy pengurusan industri padi harus diselesaikan secara harmonis antara Persekutuan dan Negeri. Mungkin telah tiba masanya industri padi diurus oleh konglomerat TH-Sime Darby-Felda-Felcra sebagai kawasan-kawasan industri makanan bersepadu negara. KPI mereka harus boleh menjana 100 peratus keperluan makanan malah mampu menyumbang secara berkesan kepada hasil eksport negara serta mampu memberikan pulangan 200 - 300 peratus dari penghasilan padi kini. Cara para penanam padi di Jepun, California, USA dan bahkan Australia perlulah diteliti dengan baik. Sekali lagi kepentingan dan aspirasi rakyat harus diberikan perhatian wajar.
(6) Saya yakin, masih banyak tanah di luar kawasan IRDAs ini yang boleh disatu dan diusahakan mengikut Model yang SG4 boleh rumus dengan baik. pergilah belajar ke Indonesia, Filipina dan malah Thailand dalam cara mana mereka mengurus petani-petani kecil secara lebih produktif dan berpendapatan tinggi. Kegilaan negeri-negeri Selatan Malaya yang berebeut-rebut membina industri dan perkotaan, itu semua adalah peluang hebat bagi SG4 untuk memenuhi segala keperluan makan dan riadah mereka secara optimum. SG4 tidak perlu bersaing, tetapi melengkapi dan menafaati.
(7) Saya kira tindakan kerajaan untuk meletakkan harapan petani padi kepada NAFAS, tidak akan berjaya. Sekian lama NAFAS telah tidak mampu memberikan nyawa segar kepada para petani. NAFAS dan PNK dalam perikanan setara gagal mereka. Kenapa? Pertama, NAFAS mulanya adalah dijalankan oleh para pegawai kerajaan yang orientasi pemikiran dan kerja mereka adalah makan gaji. Benar, NAFAS adalah sebuah koperasi - kerjasama para petani untuk petani. Bagi saya biarlah NAFAS (dan PNK) menjadi sebuah Unit di MAFI yang bertanggungjawab mengawal selia segala kepentingan berkait petani, nelayan dan penternak. Kedua, petani menjadi passive participants dan mereka dapat menyaksikan daging-daging enak dimakan oleh pihak lain sedang mereka terus hanya mendapat lontaran tulang benulang. Apa mereka dapat? Longing frustration. Carilah mekanisma lain dalam mengurus pengembelingan sumber petani, operasi mereka, termasuk kerja-kerja pemprosesan dan dagangan. Segala agensi di bawah MAFI dan kementerian-kementerian lainnya harus diselaras agar terus memberikan sokongan teknikal dan R&D bagi mengembang bidang usaha dan dagangan yang boleh menjana pendapatan tinggi kepada para petani. Saya melihat privatisation segala R&D findings oleh MARDI dan bahkan Jabatan Pertanian adalah bullshit dan merugikan pelaburan wang rakyat. Little Napoleans development di kalangan agensi-agensi kerajaan perlu pembasmian kuat. Belajarlah dari sistem kemasyarakatan pertanian di Jepun, Korea dan malah Vietnam dan China. Biar petani mengurus petani, bukan para ditunjuk Kerajaan yang tidak berpunya jiwa rakyat dan kesejahteraan petani mengurus mereka. Ingatlah pesan Al Quran "Aku angkat para nabi (pemimpin) dari kalangan kamu ..." kita harus dapat mentafsir dan menerima pakai kias Allah itu dalam cara pengurusan umah modern.
(8) Last but not least, dan saya kira puncak dalam segala strategi. Al Quran meyakinkan kita bahawa "Tiada apapun yang tidak dalam pengetahuan Allah. Juga tiada apapun benda dan perkara yang tiada rahmat nikmatnya. Semua Allah adakan demi kebaikan manusia dan alam seluruhnya.." Maka wajar kita melihat dan menerima secara terbuka, pertama wujudnya Kerajaan Persekutuan yang sifat madaninya kekal Asyabiah personalised dan bukan total universal, dan kedua, Mahathir yang kental semangat membela Melayu dan membina negara dan telah terbuka dalam melihat PAS dalam perjuangan yang lebih getir dan perlukan sikap strategis tulin dan lebih berani. Melayu tidak lemah pada hakikinya. Melayu lemah secara relatif lantaran Melayu memilih untuk berjalan kesasauan berserabutan haywire sedang rakan-rakan lain sedang memecut menghambat masa. PAS dan Mahathir perlu saling menjerap dissolve menjadi tongak kepada penyatuan dan pengerak kepada pembangunan ummah. Mahathir pasti ingat kata-kata hebat Konichi Omahe lewat The Megatrand "I can see the world from Kuala Lumpur". Sama juga Hadi dan PAS pasti ingat apa maksud SAW bila dia berkata "Aku nampak Baitulmuqadis dan Syam .." semasa beliau memecahkan batu besar dalam pengalian parit dalam perperangan Khandak. Pastinya keberadaan masyarakat tinggalan temadun-temadun besar dunia seperti Arab, Farsi, India, China dan malah Barat di negara ini punya tujuan dan maksud yang Allah mahukan kita rungkai dan manafaatkan dengan sebaik-baiknya. Negara ini telah Allah jadikan the melting pot untuk segala temadun besar dunia khasnya di sebelah Timur ini. Inilah sebetulnya the Western Advantages sehingga timbul the renaissance dan terus menlonjak sehingga kini. PAS dan Mahathir perlu bergerak strategik dalam hal-hal ini. Bersama mereka kini dapat focus 80-90 peratus fikiran dan usaha dalam membina Melayu dan SG4.
(9) Buat masa ini saya sengaja melupakan Bersatu, lantaran sejak sekian lama saya tidak punya keyakinan terhadap Muhhyiddin Yassin. Muhhyiddin tidak berpunya aura dalam mengemudi pentadbiran awam. Bersatu juga tidak mampu membuktikan bahawa mereka adalah kelompok pembangkang terhormat dan berwibawa. Bersatu perlu mengantikan captain mereka. Maka focus saya adalah kepada PAS-Mahathir untuk lead dan deliver serta menonjolkan bahawa Melayu Boleh dan SG4 Boleh.
Normah Specialist Medical Center - Kuching
Terasi, Sadong Jaya
1 - 26 Nov., 2024
0 comments:
Post a Comment