.

2/4/2024 KETERJAMINAN MAKANAN - apa sebenarnya masalah kita?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 04, 2024

Share

& Comment


Cuba lihat sisipan Import dan Eksport Makanan Negara di sebelah. Selepas sahur, juga mungkin selepas mengaji sedikit-sedikit, ayuh kita bersama perah otak untuk mencari akal tentang bagaimana seharusnya kita berfikir dan bertindak dalam mengatasi permasalahan besar rakyat di negara ini kini. Puasa, sholat dan mengaji itu amalan untuk diri kita dan mungkin sekadar pelindung dari kita ke Neraka dan atau siksaan di Masyar. Ya, kerana itu kita tetap ke Syurga. Cuma di mana amal bakti kita sebagai manusia yang Allah kurniakan Islam lalu kita dipintaNya menjadi khalifah di muka bumi ini? Khalifah kepada siapa - diri sendiri, keluarga, masyarakat atau rakyat secara umumnya? Dalam negara khasnya rakyat dalam kesempitan hidup, kita yang mampu berfikir apa lagi punya kuasa janganlah terlalu kedekut atau bakhil untuk menghulur fikiran dan tenaga buat membela rakyat. Bagi yang berada dalam perkhidmatan awam, kecil atau besar pangkat kita, kita diupah untuk menjadi khalifah. Upah pada setiap hujung bulan kita ambil mutlak penuh namun pernahkah kita bertanya apakah perkhidmatan kita sepenuhnya sempurna?

(2) Pada tahun 2022 kita mengimport sekitar RM75.5B makanan. Nilai eksport pula sekitar RM44B. Jadi kita ada defisit dagangan makanan bernilai RM31B. Soalan saya selanjutnya, apakah makanan import utama kita, dan kenapa kita tidak mahu mengeluarkannya di dalam negara? Atau apakah masalah sebenar kita berkait dengan pengeluaran makanan secara tempatan? Jika dirujuk kepada lapuran Kewangan kita yang dibentangkan oleh MoF pada 2023 kita banyak menimport keperluan daging dan bahkan ikan. Import buah-buahan lebih kepada buah-buahan temperate sedang sayur pula kita mengimport dalam nilai yang sedikit tetapi meliputi bidang yang sangat luas. 

(3) Sisipan geraf di sebelah menunjukkan nilai subsidi yang kita tanggung setiap tahun. Peerhainak  bagi tempoh 2018-2020, nilai subsidi dalam kadar menurun. Sebeitu jugalah bagi 2015-2017. Kadar subsidi naik pada 2018 kerana tahun tersebut adalah tahun PRU 14. Tempoh 2018-2020 adalah masa Mahathir mentadbir di mana beliau terkenal sebagai cukup tidak gemar subsidi. Pada tahun 2022 telah berlaku serangan puncak Covid 19 serta ura-ura pertukaran Kerajaan, maka Kerajaan mengambil langkah bermurah hati melampau saya kira. Bagi tahun 2023 Kerajaan yang baru meneruskan subsidi yang tinggi sebagai langkah memenangi hati rakyat lantaran Kerajaan yang terbentuk masih dalam keadaa rapuh.
Pada tahun 2024 dan seterusnya, saya kira Kerajaan sedang tersepit antara rakyat yang sudah biasa dengan subsidi dan pengekalan kuasa Kerajaan bersandarkan subsidi. Nilai subsidi yang mencecah RM77.3B menjadikan Peruntukan Tahun 2022 berjumlah RM350.00B sebagai tidak berkesan dalam membawa Malaysia melangkah jauh maju ke depan. Saya melihat Perbelanjaan dari tahun 2020 - 2024 ini hanyalah Perbelanjaan untuk bertahan dan tidak menyumbang ke arah pembangunan tambahan yang ketara. Lantaran itu bidang pekerjaan serta kenaikan gaji rakyat tidak menampakkan perubahan yang ketara sedang belanja sara hidup kian menyesakkan. Inilah perkara yang cukup boleh mengundurkan Malaysia ke belakang. 

(4) Berapa jumlah subsidi untuk bahan makanan di Malaysia? Saya cuba mencari berapa jumlah aggregat subsidi makanan di Malaysia, namun tidak ada. Subsidi makanan sering dipecah-pecah dan dibundle dengan subsidi-subsidi lainnya. Entah apa tukjuannya saya tidak pasti. Walau bagaimanapun dari desas desus di akhbar-akhbar dan ucapan para ahli politik, saya menganggarkan  subsidi makanan di Malaysia setidak-tidak bagi tahun 2022-2023 adalah dalam julat RM20.00-30.00B. Anggaran ini meliputi segala subsidi input dan sokongan pengeluaran oleh pelbagai Kementyerian berkaitan. Ini merupakan suatu jumlah yang besar.  Jika anggaran saya itu betul, tidakkah telah sampai masanya Kerajaan mengambil sutau langkah yang berasi dalam mengatasi keterjaminan bekalan dan harga makanan di negara ini.

(5) Kita harus sedar, Malaysia menanggung bukan sahaja 30.0 juta rakyatnya. Kita ada sekitar 5.0 juta rakyat asing di negara ini. Kemudian klita juga ada ratusan ribu baanduan asing di penjara-penjara Malaysia. Juga puak-puak yang mencari suaka yang terdampar sekian lama di negara ini jumlahnya pulohan ribu. Semua mereka ini menjadi "anak ttajaan penuh" negara dari segi makanan. Bagaimana dengan pelawat dan pelancung yag jumlahnya sekitar 30.0 juta setahun. Semua mulut-mulut ini perlu disajikn makanan. Maka cara kita melihat pengeluaran dan pengurusan makanan di Malaysia sudah tidak lagi harus terlalu terikat dengan cara-cara konvensyenal. Satu langkah Intervention keras perlu ada. Persoalan saya, apakah Kerajaan sekarang dan malah MoFI berpunya pakar analisis yang berwibawa dalam melihat  isu dan keperluan keterjaminan makanan kita dari pelbagai sudut domestik dan antarabangsa? Kedua, bila Anwar hendak gigih bekerja dari sekadar berderama membaasmi raasuah - fikirkan, jika tiada rasuah tetapi rakyat terus tersepit, apakah negara akan aman sejahtera?

(6) Pada para-para berikutnya saya ingin mempersoal tentang beberapa perkara, mudah-mudahan jika ada jawabnya, maka itu mungkin jalannya kita untuk menyelesaikan masalah keterjaminan makanan kita. 

(7) Pertama berkait dengan sayur-sayuran, saya kira faktur cuaca dan musim adalah punca utama kepada masalah kecukupan pengeluaran kita. Saya jangkakan kita bermasalah dalam bekalan sayuran pada tempoh antara Novembar - March ie sekitar 5-6 bulan dalam setiap tahun. Inilah termpoh musim hujan di Malaysia dan Luruh-Salji di negara temperate dan sub-tropika. Bukan sahaja bekalan tidak cukup, namun harga juga pasti berganda antara 50-200 peratus. Namun tidakkah kita mahu meneliti biar bekalan berkurangan tetapi negara-negara temperate dan juga sub-tropika masih mampu mengeluarkan produk mereka, bagaimana? Jadi dalam benak fikiran saya, saya mempersoalkan, apa sudah jadi dengan teknologi Rumah Hijau malah Hydroponic, Vertical Farming dan IOT Farming kita? Takkan hangat-ganhat tahi ayam atau sekadar gah untuk pamiran sahaja. Di Malaya, apakah intervention Kerajaan dalam memajukan industri sayur-sayuran dan buah-buah jenis vine di Cameroon Highland, Lojing, Gua Musang dan bahkan di kawasan di Sekinchan?

(8) Bekalan buah-buahan temperate pula sangat terkait dengan musim sepertinya sebahagian dari sayur-sayuran kita. Maka bukan hanya bekalan kekuranghan, malah harga juga sangat mahal. Pengimport pada waktu ini memang tercekek lalu mereka menjerut pengguna. Maka dari segi volume tidaklah tinggi sangat namun harga mungkin 50-200 peratus lebih tinggi. Hakikatnya teknologi rumah hijau sepatutnya boleh dijadikan pilihan bagi pengeluaran buah-buah tropika terpilih - betik, tembikai, segala jenis melon lainnya, segala jenis limau dsb. Cuma adakah kita melakukannya atau kita terlalu menari dengan gaya Kapitalis maka Kerajaan membenarkan proses pengimportan tanpa had. Kita tidak serious untuk mencari substitution ke atas buah-buahan import dengan mengusahakan tanam sendiri. Indonesia, Filipina,Thailand dan bahkan Vietnam kini sudah begitu hebat dalam menemukan benih-benih buah-buahan tersendiri yang boleh menjadi substitution kepada buah-buahan temperate.  Jambu umpamanya apa tidak mampu menyaingi epal atau pear? Belimbinmg apa tidak setaraf anggur dari segi nilai permakanannya? Sekarang sudah terlalu banyak Table Fruits yang tidak bermusim. Kita kaya dengan semua ini, namun kenapa kita menghadapi masalah pengerluaran atau pengedaran?

(9) Dalam soal import hasil ruminen, keperluan per kapita daging kita hanyalah sekitar 8.9 Kg/tahun. Dengan penduduk seramai 30.0 juta orang, maka kita memerlukan 276K tan daging setahun. Ini kira-kira 890K ekor lembu setahun. Dengan perkembangan sektor perlancungan dan kehadiran warga asing di negara ini, sekurang-kurang kita perlukan 900K ekor lembu untuk sembelihan setahun. Lembu umuran tiga tahun baru dikira matang, maka agar kita tidak putus bekalan, maka kita perlu ada 3.0 juta ekor lembu pada setiap masa. Sukar ke untuk menghasilkan jumlah lembu senabyak itu? Benar sukar kerana otak kita penuh problem dan jiwa kita terlalu kerdil pemalas. Kenapa kita tidak dapat menghasilan lembu sebanyak yang kita perlukan? Masalah padang ragut? Apakah penghasilan ruminen terhad kepada padang ragut? Kita ada penghasilan jerami padi yang banyak serta sisa-sisa sawit yang tinggi. Apa masalah kita? Kenapa kita tidak pernah mahu melihat pembangunan pertanian kita secara integrasi antara pengeluaran padi, sawit, sayuran, buah-buahan serta ternakan termasuk ikan. Saya kira kita terlalu banyak Little Napoleon dan apa lagi sistem politik kita biar di dalam Kerajaan masih berpartisan, maka kita lebih cenderung berpoliti dari bekerja secara integrasi. Inilah cancer yang melemahkan semangat para cerdik pandai kita sehingga mereka bertukar dari bersifat creative menjadi ikut arahan mengkerdilkan diri. 

(10) Saya melihat masalah bekalan makanan kita lantaran kita terlalu terikut-ikut sistem Kapitalisma dan Liberalisasi Perdagangan Antarabangsa. Kedua, pemimpin politik klita tidak pandai bekerja dan mereka tidak fahampun akan segala keperluan pengeluaran makanan secara mapan dan menguntungkan. Politik gila kuasa menjadikan pemimpin kita bacul untuk berani membuat melakukan intervention yang sewajarnya. Lantaran isu kedua tersebut, maka modus operandi pengeluaran makanan kita tidak berubah tangkas dan kita terikat kepada beberapa cartel yang cukup kapitalis. Last but not least, saya kira kakitangan awam terlalu banyak membuang masa melayani chat handphone dari beriltizam mencari akal berbakti - inertia syndrome "peduli apa, orang politik (dan bos) lebih pandai, janji kita dapat gaji sudah".

Kuching, Sarawak
4 April., 2024

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.