.

ABC Sadong

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand. ABC Sadong
Showing posts with label Financial. Show all posts
Showing posts with label Financial. Show all posts

3/3/2026 PELUANG PAS UNTUK MEROBAH MELAYU

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 17, 2026
EPILOQ:

Saya dihadiahkan sebuah novel berjudul Perdana kerana mendapat keputusan peperiksaan SRP terbaik SMR Kuala Krai, Kelantan pada 1975.  Novel ini jika tidak silap saya, ianya berlatar belakangkan kehidupan sebuah keluarga di perkampungan di Kelantan. Saya tidak ingat siapa penulisnya. Namun intipati novel tersebut terpahat dalam benak saya sehingga kini. Sebabnya mudah - jalan novel tersebut adalah sebuah kehidupan anak kampung nan sangat payah selepas WWII dan dalam era penjajahan. Persekolahannya kandas. Kampungnya sentiasa dilanda bah besar sehingga usaha-usaha pertanian keluarga sering menemukan jalan gagal. Nuasa kehidupan yang mundur membiak segala macam penyakit yang menghambat kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Semua itu menjadikan kehidupan keluarga berkenaan tersangat payah. Miskin satu hal. Peluang kehidupan yang terbatas adalah sesuatu yang boleh membuntukan.

(2)    Kudrat Allah, saya lupa nama watak utama anak muda gigih dalam novel tersebut, saya gelar dia sebagai Anak Muda sahaja sebagai ilustrasi. Anak Muda, dia tidak kenal akan putus asa. Banyak kali dia gagal dalam banyak usaha-usaha di kampungnya. Jika tidak gagal, itu bukan dia. Kegagalannya seperti tidak henti, menjadikan dia diremehkan. Dia gagal lantaran pada pandangan banyak pihak atas sikap degilnya. Dia tidak berganjak dari apa yang dia fikir dan mahukan. Dia yakin pada rasa hatinya. Dia teguh dengan keyakinan dirinya. Dia tekad mandiri. Niatnya, dia ingin menjadi cerminan dan tonggak sebagai Anak Muda pembangkit perubahan pada Kampungnya.  Atas tujuan hidupnya sebegitu, dia tekad untuk tidak gagal. Dia tidak boleh gagal apa lagi mengalah. Biar semua rakan-rakanya memilih hijerah ke kota, dia memilih untuk kekal di kampung. Dia bekerja keras terus bertani. Dia mempelbagai segala usahanya. Bukan sekadar bercucuk tanam, malah berternak dan akhirnya menerokai perdagangan. Epik novel Melayu, akhirnya dia berjaya menjadi petani dan penternak yang punya usaha dagang yang sangat berjaya.

PERSOALAN POKOK:

Mengikut Sains, dunia telah tercipta sekitar 4.5 billion tahun dahulu. Mengikut beberapa tulisan dalam Islam, Allah telah menurunkan sekitar 125,000 orang nabi dan rasul. Jika kita mengambil sunnah SAW, anggaran jangka hayat umat Islam adalah pada purata 65 tahun. Semua para nabi dan rasul adalah beragama Islam. Maka secara anggaran Matematik mudah, dan dengan andaian bahawa keberadaan para nabi ini adalah secara berurutan (biar ada juga wujud secara bersama namun dalam jumlah yang sangat kecil), maka bermula dari Adam AS sehingga Muhammad SAW, manusia telah wujud di dunia adalah sekitar 8,125,000 tahun dahulu. Ditambah 1,400 tahun selepas Muhammad SAW, maka manusia telah berada di alam maya ini sekitar 8,126,400 tahun nan silam. dari sudut generasi, kita sudah berada di generasi ke 325,056. 

(2)  Kapan bangsa Melayu itu wujud? Tiada tarikh yang sahih. Kedua, dari mana asalnya bangsa Melayu. Juga banyak teka tekinya. Yunan lalu Champa adalah susur galur Melayu yang sering diceritakan. Namun, saya sering saja mengatakan, jika Melayu ingin mencari kekuatan diri mereka lewat jalur keturunan - katakan saja bahawa orang Melayu dan apa bangsa terhebat di dunia sekalipun, kita berasal dari keturunan yang sama - Adam AS dan Hawa. Maka kata Al Quran: "Nan menentukan sesiapa adalah segumpal daging dalam dirinya". Hujah saya kepada mereka yang ingin berjaya: "Who you are is by yourself".

(3) Cuma yang pasti, sebelum Islam bahkan sebelum Buddha dan Hindu menerjah dan mengakar di Nusantara, Melayu sudah berada di wilayah ini. Bahkan Kerajaan Buddha, Hindu dan Islam di Nusantara semuanya adalah berteraskan bangsa Melayu asalnya.The earliest recorded Malay kingdoms, appearing around the 2nd century AD included Langkasuka (northern Malay Peninsula) and early Kedah (Kadaram). Chinese records (Liangshu) mention Langkasuka, while archaeological evidence at Sungai Batu suggests a developed civilization existed as early as 500 BC, making it a potential, albeit much earlier, site. Pelayar China tiba di Nusantara sekitar dalam Dinasti Tang-Yuan (618-907M). Namun, pastinya pelayar India dan kemungkinan Arab atau Farsi telah berdatang ke Nusantara jauh lebih awal dari para pelayar China.

(4)    Jika 2,000 tahun dahulu, Melayu sudah berpunya kerajaan-kerajaan tersendiri dan
terhormat di peringkat serantau dan antarabangsa, maka temadun Melayu juga bukanlah suatu temadun yang baru. Pastinya, Melayu telah wujud bersama wujudnya temadun Yang Tze, Indus, Nil dan malah Euphrates. Bahasa Melayu yang banyak berteraskan bahasa Sanskrit dan malah Arab adalah bukti jelasnya. 
 Bahasa Sanskrit wujud sekitar 3,500 SM. Maka saya mengira Melayu harusnya sudah bertemadun tersendiri juga dalam era kemunculan temadun-temadun besar tersebut. Sisipan di sebelah menunjukkan skrip Rencong suatu bentuk tulisan Melayu lama. Melayu juga kemudian mengolah tulisan tersendiri dari tulisan Arab yang digelar Jawi. Dari tulisan Roman, Melayu mengolah tulisan Romawi tersendiri. Ini jelas mengambarkan bahawa Melayu telah lama terpengaruh oleh temadun-temadun besar silam. Dunia Melayu, Nusantara terletak dalam lingkungan temadun-temadun tersebut. Saya yakin telahan saya benar. Jika temadun Melayu tidak selari dengan wujudnya bahasa Sanskrit iaitu bahasa bagi ketemadunan Indus, pastinya bahasa tersebut tidak meresapi bahasa Melayu kini. Sama juga dengan Arab. Ringkasnya, Melayu bukanlah bangsa kerdil.

(5)    Tidak perlu Melayu merasa kerdil berbanding dengan bangsa apapun dan kapanpun. Jika moyang manusia adalah Adam AS, dan kepercayaan Allah bahawa Adam As jauh lebih berilmu dari para Iblis adn Malaikat, maka Melayu mana yang terlalu dunggu untuk tidak punya keyakinan diri yang hebat?

(6)     Maka, persoalan pokoknya, jika temadun Melayu telah wujud dalam lingkungan era temadun-temadun besar dunia - Nil (Arab), Yang Tze (China), Indus (India) dan Babylon maka kenapa Melayu biar jumlahnya kini sekitar 300 juta umat manusia, secara realtifnya kerdil? Melayu di bumi Indochina cukup hina. Bahkan Melayu di bumi Filipina, Vietnam dan Kemboja hidup merempat. Sebilangan mereka berpunya air tetapi tanpa tanah. Melayu Brunei berpunya GDP Per Kapita tertinggi di dunia ie RM140,000.00 atau setara U$D35,000.00 juga tidak menampakkan kehebatan yang tiunggi.  Melayu secara antropologinya merangkumi sebahagian besar penduduk pribumi Malaysia, Indonesia, Indochina, Filipina, dan Brunei. Inilah suatu ketika dahulu apa yang dinamakan sebagai the Malays Archipelago - seharusnya para penulis terdahulu menamakan rantau ini sebagai the Malays World. Jika itu sebegitu, saya yakin saikologinya ke atas Melayu pasti berbeza.  

(7)    Di Malaysia, Melayu sudah berkuasa dalam kerajaan yang disatukan sejak 1957 di Malaya serta 1963 di Sarawak dan Sabah. Namun sehingga kini iaitu sudah hampir 70 tahun merdeka dan membentuk negara berdaulat, Melayu belum dapat duduk sama rendah apa lagi berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum asalan imigran.  Negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Trengganu, Pahang, Kedah dan Perlis masih dilanda isu-isu kemiskinan dan kemunduran yang relatif jelas. Tidak terkecuali bagi Melayu di Sabah dan Sarawak. Sesungguhnya, dari Tukang Kebun sehingga DYPA, jawatan-jawatan tersebut mutlak atau majoriti dipegang Melayu, namun Melayu belum mandiri. Kenapa?

PENGENALAN:

Iran telah banyak pihak pandang serong. Kalangan Sunni Arab cukup memusuhi Iran lantaran Syiahnya mereka. Di Malaysia, sekitar 1980an kita juga terpancing oleh gejala Arab tersebut. Malah seluruh Nusantara berpandangan sebegitu. Namun, Iran ada kekuatan yang dunia amat perlukan. Pertama minyak dan gas. Iran memiliki simpanan minyak ke tiga terbesar dunia serta simpanan gas asli kedua terbesar. Kedua, kedudukan geografinya yang cukup strategik. Iran mengawal Selat Hormuz yang menjadi pintu keluar-masuk sumber minyak utama Iraq, Kuwait, Bahrain, dan UAE. Sempadan Iran terbuka ke Russia dan semua negara Asia Tengah bekas jajahan Russia. 

(2)  Saya melihat, permusuhan Arab-Iran bukanlah lantaran Islam, namun lantaran politik  keluarga Saud yang membentuk Arab Saudi. Kekuasaan keluarga ini adalah hasil tinggalan British. Jika diikuti benar-benar, Madinah-Mekah kini bukan ditadbir oleh waris terdekat Muhammad SAW. Waris SAW telah dinyah keluar dari Saudi. Mereka kini membentuk Jordan. Tahta Kerajaan Jordan (danm Saudi) itupun ciptaan British. Namun lantaran keluarga Saud mengawal Madinah dan Mekah, atas kepentingan dan hasutan Barat, dunia Islam mereka seret bersama untuk memusuhi Iran.

(3)    Akibat hegemoni Barat, Iran membina sekutu akrab di Yaman, Syria, Iraq, Lebanon, Jordon dan Palestin. Sikap konservatif Iran mampu memperluas dan memperkokoh pengaruhnya di dunia Arab yang kian hanyut oleh pengaruh Barat. Perkara ini menjadi kekhuatiran Barat serta Arab. 

(4)    Banyak pihak lupa, Iran adalah pewaris temadun silam yang masih kekal sehingga kini. Farsi. Faktor ini adalah tongak jatidiri Iran berbanding Arab atau bangsa-bangsa lainnya.  The Persian Empire is the name given to a series of dynasties centered in modern-day Iran that spanned several centuries—from the sixth century B.C. to the 20th century A.D. The first Persian Empire, founded by Cyrus the Great around 550 B.C., became one of the largest empires in history, stretching from Europe’s Balkan Peninsula in the West to India’s Indus Valley in the East. This Iron Age dynasty, sometimes called the Achaemenid Empire, was a global hub of culture, religion, science, art and technology for more than 200 years before it fell to the invading armies of Alexander the Great. The first Persian Empire under Cyrus the Great soon became the world’s first superpower. It united under one government three important sites of early human civilization in the ancient world: Mesopotamia (Babylon), Egypt's Nile Valley and India's Indus Valley. At its height under Darius the Great, the Persian Empire stretched from Europe’s Balkan Peninsula—in parts of what is present day Bulgaria, Romania and Ukraine—to the Indus River Valley in northwest India and south to Egypt. The Persians were the first people to establish regular routes of communication between three continents—Africa, Asia and Europe. They built many new roads and developed the world’s first postal service.

(5)    Di zaman awal Islam, kebanyakan para ulama, pemikir dan ahli sains Islam berasal dari rantau Farsi dan atau pengaruh Farsi. Dua empayar Islam yang pertama iaitu Damshek dan Baghdad - Muawiyah dan Abassyah sangat terpengaruh oleh budaya dan pentadbiran Farsi pada masa itu. Bahkan dari bauran pengaruh Farsi-Roman ini akhirnya menimbulkan Renaissance di Barat lewat Andalusia. 

(6)    Dalam dunia Islam, Iran sangat terkait dengan waris terdekat Muhammad SAW iaitu lewat jalur Fatimah Al Zahrah-Ali Abi Thalib. Makanya, sikap Iran dalam mempertahankan Islam dan Baitulmuqadis (Palestin secara tidak langsungnya) cukup berbeza berbanding Arab dan bahkan Muslim lainnya. Iran mengekalkan sikap koservatif mereka.

JATIDIRI PUNCA KEPAYAHAN DAN KEBANGKITAN IRAN :


Perang WW II telah menghasilkan Israel. Kemudian WWII juga telah merubah dunia kepada dua blok utama iaitu Demokrasi-Kapitalis dan Komunis-Sosialis. Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara memilih untuk bersikap berkecuali. USA mengepalai blok demokrasi-kapitalis sedang USSR atau kini Russia mengepalai blok komunis-sosialis. British dan USSR menawan Iran dalam WWII. Di situlah kemudiannya penguasaan syarikat British ke atas sumber minyak Iran bertitik tolak. Bila Barat mendirikan Israel, rantau Arab menjadi musuh Israel. Israel menjadikan Iran sekutunya dalam membentuk suatu lingkungan batas untuk melingkari Arab dari pengaruh USSR-China. Namun bila Iran berusaha menasionalisasi minyaknya, maka USA lewat CIA menjatuhkan kerajaan Iran dan mengantikannya dengan Reza Palavi. Reza menjadikan dirinya Shah Iran ie setara maharaja. Beliau menukar Iran menjadi negara Kapitalis model Barat. Perkara ini pastinya tidak serasi dengan kehendak rakyat Iran yang punya jatidiri yang tersendiri. Reza Palavi menjadi sekutu kuat dan boneka USA di Timur Tengah. Reza Palavi kemudian bertukar kejam ke atas musuh-musuh politiknya dan rakyat, maka pada 1979 berlaku Revolusi Islam Iran dan Khomeni mengambilalih pemerintahan Iran. Permusuhan ketat dan panas Iran dan USA berterusan mulai saat itu. 

(2)    Bermula dari 1979, USA dan Barat telah berjaya meletakkan Iran sebagai sebuah negara yang buruk dan ganas sifat-sifatnya. Dalam dunia theologi, wujud para orientalis yang menyusup mengadu domba tentang kebenaran agama-agama besar Islam Sunni, Islam Syiah dan malah di kalangan Kristian Orthodok, Katholik dan Protestan. Maka Iran akhirnya bukan hanya menjadi musuh kepada Barat malah di kalangan negara-negara Arab. Iran dunia pencilkan. Sejak 1979 Iran tersisih dan ditekan hebat. Akibat tekanan yang berpanjangan ke atas ekonomi Iran oleh USA dan Barat khasnya, nilai Rial Iran turun dari Rial 70-75 pada 1979 bagi setiap U$D, kini ianya berubah menjadi IRR 42,000.00 iaitu menurun sebanyak 6,000 peratus. IRR kini adalah setara RM0.0000030. Namun Perang Iran-Israel Feb-March 2026 membuktikan dalam diam dan tersepit Iran mampu berdiri menantang tentera terhebat dunia. Mudah-mudahan hasil akhirnya nanti seperti yang pernah dilalui oleh SAW di permulaan Islam, sebuah Iran yang sejahtera dan makmur akan wujud.

(3)    Sejak 1948, rakyat Palestin sering diancam dan ditindas oleh Israel. Arab pada mulanya cukup membela Palestin, namun akibat perjalanan waktu serta dengan kelicikan USA dan Barat, mereka akhirnya bersikap lengai terhadap Palestin. Malah ada di kalangan negara Arab menjalin hubungan baik dengan Israel. Keadaan ini akhirnya mengundang Iran untuk
mengantikan peranan Arab dalam membela Palestin. Iran mulai terjebak hebat dalam peperangan melawan Israel bermula pada 1982 bilamana Israel menyerang Lebanon. Iran membantu melatih dan mempersenjatai Hisbullah dan Palestin untuk melawan Israel. Dari situ permusuhan Iran-Israel terus berkembang dan membawa kepada Iran dipulau secara keras oleh Barat.

(4)    Walaubagaimanapun, selepas runtuhnya USSR yang mencengkam Asia Tengah, kini negara-negara tersebut sedang mengorak langkah pembaharuan yang mantap. Mereka berpegang kental atas sikap merdeka berdaulat. Mereka memilih untuk terus melawan siapa saja ingin menguasai mereka. British, USSR dan malah USA semua menemukan jalan kecundang bila berdepan negara-negara Asia Tengah - Negara-Negara Go Head Go Stan kata Ar Tompel. Dengan bantuan China, Asia Tengah punya potensi tinggi untuk maju jauh ke hadapan. Inilah wilayah yang memiliki jatidiri yang unik sejak sekian lama. Juga inilah wilayah yang menyimpan khazanah hasil bumi yang semua kuasa besar idam-idamkan. Iran mampu memimpin wilayah ini menjadi kuasa baru dunia. Maka sesungguhnya, kedudukan Iran di antara Arab dan Tengah Asia yang kaya menjadikan sumber jakin banyak pihak. Iran perlu sentiasa diganggu gugat agar rantau Arab dan Asia tengah yang kaya dapat kuasa-kuasa besar khasnya Barat dapat kuasai dan manipulasikan.

(5)    Kini dunia menyaksikan kekuatan sebenar hasil penindasan berpanjangan ke atas Iran. China lantaran komunisma juga mengalami nasib yang sama sehingga pemerintahan Deng Zao Pheng. USSR hancur menjadi Russia akibat tekanan Barat. Hanya bila Putin menjadi Presiden, baru Russia kembali bangkit. Cuma nan pasti, In Shaa Allah lewat keberanian Iran menantang gergasi dunia - USA-Israel, politik dunia dan mudah-mudahan politik negara-negara Islam juga akan berubah baik.

MELAYU MARA MENJADI BANGSA TONG SAMPAH:

Sebelum terbentuknya Malaysia, rata-rata rakyat Melayu di mana-mana di Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak terperosok sebagai rakyat miskin mundur. Sebelum terbentuknya Malaysia sekitar 70-80 peratus Melayu adalah pada tahap kemiskinan yang meresahkan. Di era penjajah, Melayu dan pribumi lainnya cukup tersisih dalam hambatan pembangunan ekonomi. Pejajah lebih gemar mengutamakan immigran untuk bersama mereka mengaut kekayaan tanah jajahan mereka. Immigran China dan India, para penjajah perah sebagai hamba sahaya. Melayu dan pribumi lainnya para penjajah "perbuat baik-baik dengan penuh makna kelicikan". Melayu dan pribumi lain dilayani sekadar untuk mengambil hati agar tidak memberontak. Mereka dibiarkan untuk kekal kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

(2)    UMNO telah memainkan peranannya dalam membawa kemajuan kepada Melayu sejak 1957-2018 (61 tahun). Di Sabah USNO dan di Sarawak PBB telah memainkan peranan sepertinya UMNO di Malaya. Dari Melayu bersifat majoriti luar bandar- petani-nelayan di awal pasca penjajahan, Melayu berubah menjadi penduduk bandar-industri terutama di tahun-tahun 1980an. Perubahan dasar pembangunan negara yang menekankan perindustrian di pertengahan 1980an sangat merobah struktur sosio-ekonomi Melayu. Cuma sayangnya, di era pertengahan 1980an sehingga awal 1990an, dasar perindustrian Malaysia banyak menekan kepada kemasukan FDI. Sektor E&E hasil pelaburan syarkat-syarikat gergasi berkembang luas di Pulau Pinang dan kemudian ke Selangor. Kebanyakan perusahaan E&E ini serta perusahaan-perusahaan asas bahan mentah negara dikuasai oleh pelabur-pelabur MNC asing. Nikmat FDI tidaklah seberapa kepada rakyat Malaysia. Kita hanya beruntung memperolehi peluang pekerjaan yang meluas. Itupun sebagai boroh upahan murah. Maka di tahun-tahun 1980an-1990an, budaya Minah Kilang serta Setingan meluas di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. 

(3)    Peluang pekerjaan yang melimpah di sektor perusahaan tidak membawa nikmat meluas kepada Melayu. Mereka sekadar ada pekerjaan dengan gaji murah. Melayu menjadi tenaga kerja murah bergaji murah di tangan-tangan MNC asing. Peluang-peluang pekerjaan meluas ini mengakibatkan exodus Melayu ke bandar-bandar. Mereka membangun penempatan-penempatan setingan di mana-mana. Kenapa? Perindustrian peringkat awal meletakan Melayu sebagai bangsa menumpang di tanah air sendiri. Mereka tetap relatif miskin serta tidak menyumbang hebat dalam membina kekayaan buat bangsa mereka. Itulah senario Melayu 1980an - 1990an. 

(4)    Saya meletakan Melayu di tahun 1970-awal 1990an sebagai asas kepada pembinaan kaum kapitalis immigran. Pada era itu, kuasa beli Melayu cukup besar dan menguat. Pekerjaan di kilang-kilang membuka peluang luas dalam peningkatan pendapatan Melayu. Namun, oleh kerana mereka tidak pernah diketengahkan dalam bidang industri dalam era penjajahan, sedang kaum immigran atas sifat keusahawanan serta kedekatan mereka kepada kuasa ekonomi penjajah, maka jurang nilai-nilai keusahawan Melayu-Immigran ini telah meletakkan Melayu pada kecorotan disadvantages yang sangat jauh. Inilah asas kenapa Melayu corot di bidang-bidang industri dan dagang di negara ini malah rantau Nusantara.

(5)    Penstrukturan sektor awam lewat usaha-usaha penswastaan di 1990an merupakan langkah berani Kerajaan dalam mengenengahkan Melayu untuk menceburi dunia industri dan koprat lewat pengwujudan GLC. Langkah-langkah inilah yang telah melonjakkan Malaysia menjadi salah satu Asian Tiger pada 1990an. Langkah-langkah ini disasar untuk merobah ekuiti ekonomi Melayu berbanding bangsa-bangsa immigran dan asing. Namun, semarak pengkopratan Melayu membuka ruang bagi kehancuran bangsa itu sendiri. Lantaran perubahan sosio-ekonomi yang mendadak di kalangan segelintir Melayu, mereka akhirnya menumbuhkan budaya Melayu Kapitalis yang lupa adap dan nilai-nilai moral dan tanggungjawab collective bermasyarakat. Politik yang seharusnya menjadi seni pengurusan  yang hebat, ditukar menjadi sumber menegakkan kuasa untuk kekayaan segelintir - rasuah,
kronisma dan nepotisma mulai menunjangi budaya koprat dan politik Melayu. Sebermula 1980an Melayu menceburi politik untuk kekayaan sendiri dan kelompok. Kekuasaan serta kemewahan pada segelintir Melayu bukan lagi sebagai amanah  untuk keadilan sosial Melayu sejagat, namun menjadi medan nafsu-nafsu tamak serakah kenyang sendiri-sendiri.

(6)  Sesungguhnya pengkopratan Melayu merubah menjadikan mereka kapitalisma yang tamak dan lupa akan bangsa, agama dan negara. Tunjangan kita pada masa itu adalah mengejar the Malays Economic Equity. Kita mengasak Melayu untuk menghambat dunia materialistik. Atas faktur masa serta inginkan kejayaan cepat, maka soal wibawa, jatidiri, upaya dan kelayakan menjadi perkiraan sampingan. Siapa bermuka tebal dan berhati kering akhirnya mengaut segala-gala.  Sepertinya peringatan Al Quran, jika dunia yang kita hambat, maka dunialah yang kita dapati. Dunia yang kita dapati adalah dunia yang tidak menjurus kepada kesejahteraan Melayu seluruhnya.  Kita akhirnya terjerumus kepada the bad quality Malays. 

(7)    Di akhir 1990an sehingga kini, Melayu dipermalukan sebagai bangsa lemah, kekal miskin, mundur, kaki rasuah, salah guna kuasa dan malah penipu dan pembohong. Kebobrokan materialisma menjalar ke segenap kehidupan Melayu tanpa pengecualian - beasr kecil, koprat, agamawan bahkan akademik semua bertukar kapitalis lapar tamak. Melayu menjadikan diri mereka mudah diperkudakan. Melayu menjadi Bangsa Tong Sampah. Segala kekotoran dan kelemahan dilonggokan pada bangsa ini. 

ANWAR DAN HARAPAN NEGARA:

Anwar sejak di alam pelajar berteriak tentang kelemahan dan pembelaan Melayu. Suaranya menjadi gegak menguncang setiap jantung rakyat negara ini bilamana dia dipecat dari kekuasaannya bermula Sept., 1998. Dari 1998 sehingga 2022 Anwar adalah harapan Malaysia untuk memperbetulkan langkah-langkah khilaf dan silap kita. Anwar cukup lantang, berani dan tega menghambur dakwaan penyelewengan para pemimpin Melayu dalam memporak perandakan maruah, martabat dan darjat Melayu dan negara. Anwar akhirnya menerjah dengan iltizam reformasi menyeluruh.  Namun, bermula dari Nov., 2022 sehingga
kini, gegak gempita Reformasi Anwar hanyut tanpa jejaknya. Malah, negara mengalami keresahan sosial dan ekonomi yang kian parah. Ringkasnya, sejak Nov., 2022 rakyat Malaysia telah mencurahkan air di tempayan hanya kerana guruh berdentum kuat entah dari langit mana sedang yang turun hanyalah habuk-habuk menyesakkan. 

(2)   Anwar dengan politik retorik dan dendam, telah leka menabur emosi dan persepsi dangkal. Anwar tidak berpunya ketumbukan reformasi seperti ditempik dan diharapkan. Anwar hanya hebat dalam menabur janji, membina persepsi namun ibarat pemain bola, lariannya tidakpun sampai ke tengah padang. 

(3)    Kini jelas, banyak tindakan-tindakan Anwar adalah bersifat tidak teliti, tidak cermat, tidak dikaji menyeluruh. Sikap Anwar, ibarat pemain Boria, segala nyanyian atau lakunan adalah sekadar hiburan sekejap. Ringkasnya, peluang telahpun diberikan kepada Anwar untuk membukti kehebatannya, namun rakyat Malaysia sedang mengalami fenomena mencurah garam ke Laut Mati. Anwar dalam istilah Melayu Sri Aman Sarawak: "Abu duak sudukpun sik ada" - dalam Melayu Malaya kira-kira bermaksud: "Habukpun tarak". Kenapa Anwar yang "hebat" jadi begitu?

KEPEMIMPINAN UMMAH PAS TAWARAN TERBAIK SEMASA:

Pertama-tama saya tidak melihat PAS sebagai Parti Islam. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya di Kelantan (1973-75), Kedah (1978-1979) serta pergaulan saya semasa di UKM (1979-1984), bagi saya, PAS adalah Parti Konservatif Melayu. Istilah konservatif yang saya gunakan lebih merujuk kepada kecederungan untuk mempertahankan nilai-nilai tradisional Melayu yang selari dengan keperluan mandiri bangsa tersebut. Buddha, Hindu, bahkan Barat dan Jepun seperti menindas Melayu, maka Islam yang mereka anuti akhirnya menjadi asas kepada keperluan mandiri mereka. PAS mahu menjadikan Islam sebagai teras pokok dalam membina Melayu yang kokoh dari segala sudut. Bagi saya itu logik politik PAS yang mantap.

(2)    Sejarah Barat mengatakan bahawa manusia berkembang dari Orang Batu Pemburu - Hunting Cave Men  menjadi manusia-manusia petani, penternak lalu kemudiannya perusahaan. Era Stone Age Man bermula sekitar 3.5 juta sehingga 3,000 BC dahulu. Maka Melayu dari sorotan Barat pasti asalnya dari sosok-sosok kuno tanpa ilmu. Secara Islami pasti itu perlu sangahan hebat. Allah seperti Al Quran ceritakan telah memberikan Adam AS ilmu serta kehidupan yang tinggi temadun dan adapnya iaitu Syurga. Adam AS tercipta dengan penuh martabat kehormatan. Iblis dan malaikat Allah perintah akur kepadanya. Maka tidak mungkin Adam AS datang ke dunia lalu bertukar menjadi Orang Batu. 

(3)    Biar Orang Batu apa lagi Islam, manusia Allah ciptakan agar mereka bermasyarakat. Adam AS di hadiahkan Hawa kerana tanpa Hawa, Adam tiada gunanya adn sebegitulah sebaliknya. Adam AS Allah cipta untuk memimpin. Agar proses kepemimpinan itu dapat terlaksana, maka Adam AS perlu membiak membentuk masyarakat manusia. Maka dari hujah ini, masyarakat manusia, Islam lihat sebagai Ummah. Adam, Hawa, Islam dan Ummah adalah integrities yang tidak boleh dipisahakan.

(4)    Dalam dunia politik Melayu, PAS meletakkan Islam sebagai thema perjuangannya, agar Parti itu dapat diterima oleh Melayu menyaingi UMNO yang memilih bertunjangkan bangsa.
Namun itu bukan suatu kelicikan atau keanihan lantaran tafsiran Melayu dalam Perlembagaan Negara -
kaum yang mengamal adat budaya Melayu dan beragama Islam - mewajarkan untuk PAS menjenamakan dirinya sebegitu. Sesiapapun yang mengamal adap kehidupan Melayu namun kekal tidak Muslim, dia bukan Melayu. Jikapun dia Muslim dan tidak beradap Melayu, dia bukan Melayu. Maka penjenamaan PAS sebagai Parti Islam adalah kewajaran demi political convinience untuk menantang UMNO. Kedua-duannya cuba menonjol siapa lebih Melayu dan atau membela Melayu.  PAS saya kira bijak dalam menghubungkan perjuangan mereka agar bertunjangkan Islam. Islam membedakan sesiapa Melayu atau bukan. 


(5)    Tidaklah keterlaluan jika saya katakan, Melayu yang berjaya, namun sedang menipis nilai-nilai keperihatinan mereka kepada Melayu dan Islam, saya lihat mereka sebagai Melayu lupa diri. Kita sedang dilipahi Melayu lupa diri. Kacang lupa kulit. 

(6)    Akibat rusuhan kaum pada 1969, DEB (1972-1990) telah dirumuskan. DEB ada banyak kebaikannya. Setidak-tidak tahap kemiskinan di negara ini Bank Duniapun perakui akan kehebatan langkah-langhkah kita. Juga, biar tidak banyak dibicarakan, sesungguhnya di sisi lain DEB telah memperkasakan ekonomi kaum immigran. Kaum immigran sebetulnya mengaut lebih untung segera dari DEB. Atas sifat industrialist kaum immigran, mereka berjaya mengambilalih perusahaan-perusahaan dan dagangan yang British tinggalkan. DEB adalah mirip gerakan nasionalisma. Namun nasionalisma ini terpakai hebat kepada kaum immigran dan kurang menguntungkan para pribumi. Keadaan ini tidak menepati kehendak DEB sebenar, maka jurang ekonomi antara pribumi dan immigran kian meluas. Untuk memperbaiki keadaan, usaha-usaha penswastawaan diperkenalkan pada 1983. Struktur ekuiti ekonomi antara kaum negara ini cuba diperbetulkan.  Cuma pembaikan ekuiti ini tidak meresap kepada rakyat secara langsung. Ianya lebih bersifat perubahan dari segi ekonomi makro dari ekonomi mikronya.  Akibatnya jurang pendapatan rakyat kian meluas dan ini berlaku di antara kaum juga di dalam kaum itu sendiri - inter and intra ethnics disparity. Hasilnya, biar negara kian maju, namun nikmat kesejahteraan kepada rakyat tidak meluas dan ketara. Jauh sekali dari mapan. Rakyat terus terpaksa ditangung dengan pelbagai subsidi langsung dan tidak langsung.  


(7)    Sejak 1963, ekuiti ekonomi Melayu dapat diperbaiki lewat institusi. Felda, Felcra, MARA, PKEN, TH, ASB dsb sangat berkesan dalam memperbaiki ekonomi Melayu. Kemudian lewat penswastaan, GLC pula cukup berperanan besar dalam memperbaiki ekuiti ekonomi Melayu. Namun, b
ahananya bagi Melayu, ekuiti mereka lebih berbentuk milikan institusi. Institusi ini dari bersifat menegak dan memperkasa ekonomi Melayu massa, perlahan-lahan berubah menjadi institusi koprat kacang lupakan kulit.  Institusi-institusi ini cukup terdedah dan sangat bersifat integrity risk adverse. TH, Felda, Felcra, Sime Darby, Bank Bumiputera dan pelbagai yang lainnya dilanda pelbagai isu-isu tadbirurus yang cukup merugikan. Inilah apa yang saya ringkaskan sebagai - kekayaan dunia kita hambat, maka itulah yang kita dapat, namun ianya tidak membawa barakah dan rahmat meluas kepada Melayu. Melayu yang dipertanggungjawab untuk mengurus para GLC ini benar-benar menjadi kacang lupakan kulit - mereka jadi lupa Melayu, lupa agama, lupa negara.  Konsep tanggungjawab Ummah mereka lupakan.

(8)    Sesungguhnya kebobrokan Melayu khasnya sejak akhir 1990an sehingga kini adalah atas satu kelemahan - nilai jatidiri tanggungjawab Ummah yang luntur dan menghakis. Melayu mulai melihat kejayaan Melayu dari sudut individu dan bukan kelompok. Individu Melayu yang berjaya adalah lambang kehebatan Melayu, soal bangsa, soal rakyat, itu masa bodoh lu. Melayu individualistik, Melayu yang tidak tekad membina Ummah adalah punca kepada kebobrokan Melayu. 

(9)    Maka PAS yang bergerak sejak tertubuh (1951) yang pada hakikatnya bertunjangkan masyarakat massa Melayu atau dalam istilah mereka, Ummah, saya lihat sebagai suatu kekuatan yang Melayu perlu garap segera. Benar, PAS lebih diterima di Kelantan, Trengganu, dan Kedah. Inilah negeri-negeri teras Melayu. Inilah negeri-negeri yang kokoh dalam mempertahan tradisi Melayu. Lantaran itu terutama di tahun-tahun 1980an ke 1990an, PAS dimohor sebagai parti Melayu mundur. Kebetulan negeri-negeri yang dikuasai PAS berada dalam relatif kemunduran yang parah. Itulah stigma PAS yang sukar Melayu di negeri-negeri lain sukar terima. Namun kini segala-gala kian berubah. PAS sudah mengakar di mana-mana di seluruh Malaysia.


(10)    Saya yakin, serta meminta Melayu untuk bermuhasabah mendalam - jika tunjang PAS adalah Melayu dan Islam dalam pengertian Ummah, maka PAS mewarisi tradisi bagai aur dan tebing dalam gerakan mereka untuk membela Melayu. Ummah Melayu harus terikat oleh Ukhwah Islamiah yang luhur. 

(11)    UMNO yang ditubuh pada 1946, juga pada mulanya berjuang pada landasan masyarakat massa Melayu untuk sekian waktu sehingga materialism merubah segala-gala terutama di penghujung 1990an. UMNO memudar lantaran UMNO menerima pendekatan secularisma dalam membina Melayu. Sikap individualistic and materilism inilah yang telah merosakkan Melayu.  UMNO seperti kian sesat dan tidak mahu kembali ke pangkal jalan, maka ianya harus Melayu hukum berat. PAS pula yang kekal dengan konsep berjuang untuk Ummah - harus diberikan peluang besar untuk memimpin Melayu. 

"Konsep kepimpinan ummah dalam Islam ialah amanah Allah untuk memimpin dengan adil, berteraskan al-Quran dan Sunnah, serta bertujuan menjaga kebajikan dan kesatuan umat (siasah syar'iyyah). Ia menekankan tanggungjawab individu sebagai khalifah, prinsip syura (musyawarah), dan integriti pemimpin untuk mencapai kesejahteraan dunia serta akhirat".

(12)  Setakat yang kita telah lihat, biar sehebat mana UMNO telah mengkhianati dan menekan PAS, setakat hari ini, PAS belum terbukti telah melakukan keonaran yang boleh merosakkan Melayu. Negeri-negeri di bawah PAS tidak menikmati kemajuan sosio-ekonomi hebat lantaran Federalisma kita tidak berteraskan Kepemimpinan Ummah. Federalisma kita sangat berpilih serta atas dasar menghukum dan dendam. Propaganda memburukkan PAS tetap ganas  dan berterusan. Namun pembuktian sah tetap sekadar tuduhan dan tohmahan tidak nyata. Maka semangat Kepemimpinan Ummah pada PAS  adalah jawaban kepada penyelesaian pelbagai masalah berat yang sedang Melayu hadapi. Melayu perlukan sebuah ketumbuhan yang mementingkan massa Melayu dari penekanan terhadap kejayaan dan kepentingan individu semata-mata.

EPILOQ:

Tidak tanpa sebab, Melayu doelu-doelu berkata: "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat". Tidak pula maufakat itu berdiri atas konsep individu. Maufakat hanya wujud atas usaha kelompok. Ummah adalah kelompok masyarakat yang mementingkan maufakat. Sejarah membuktikan bahawa manusia yang bergerak secara kelompok atau ummah akan berjaya jauh lebih hebat dan mapan.

(2)    Sesungguhnya, telah terlalu lama UMNO (sedari 1951) dan malah PH kini mengambil sikap menyisih negeri-negeri dan wilayah Melayu. Setidak-tidak tiga generasi lampau, negeri-negeri majoriti Melayu telah tersisih dan tertekan, dan mereka ini membentuk tidak kurang dari 60 peratus dari penduduk Melayu negara ini, maka adalah suatu kezaliman dan dangkal jika Melayu tidak mulai sedar dan mengembalikan kepimpinan Melayu ke tangan dan jiwa mereka yang mementingkan kesejahteraan Melayu Massa = Ummah. PAS adalah harapan bagi Melayu untuk kembali ke pangkal jalan. Asal pinang pulang ke tampuk, asal sirih pulang ke gagang, ikan pulang ke lubuk, Melayu kembalilah ke jatidiri yang luhur seperti para leluhur kita dulu-dulu. Kebangkitan Melayu harus berteraskan masyarakat massa, bukan segelintir individu.  "Bukan Tuah yang membina Melaka. Melaka berdiri lantaran masyarakat Melayunya". Kejayaan individu perlu dijadkan asas kebangkitan Melayu massa dan bukan untuk serakah sendiri atau kelompok kecil. Kepimpinan Ummah adalah keperluan untuk Melayu bangkit hebat. Bersama PAS kali ini kita tuntaskan hasrat dan nilai-nilai satu bangsa Melayu berjaya dunia dan akhirat. 

(3)    Semoga Melayu tersisih segera bergabung membentuk ummah yang kental. Kemantapan SG4 pasti dapat membuka rahmat meluap kepada Melayu Pattani dan Indochina lainnya. Kejayaan besar Melayu Sabah dan Sarawak pasti akan meluapkan rahmat kepada Melayu Tagaloq serta Borneo lainnya. PAS adalah sandaran untuk merobah Melayu menjadi suatu bangsa besar dan terhormat. In Shaa Allah.

Kuching
17-30 March, 2026


1/3/2021 MATI DI BANDAR ITU MAHAL ..... 700% lebih murah di Kampung.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 31, 2021

Berapa ramai antara kita pernah berfikir, berapakah nilai sebuah kematian? Satu persoalan yang anih, namun ianya sesuatu yang cukup menarik. Kematian itu pasti. Tidak perlu ditakuti dan tidak perlu dinanti-nantikan. Dalam Islam, kematian adalah suatu titik kehidupan baru, buat si mati juga yang ditinggalkan. Buat si mati, kematian adalah titik kembalinya kita kepada azali kejadian kita; tanah. Kita mula asalnya dari tanah dan debu, maka kembalilah kita kepada tanah dan debu. Sebegitulah nasib jasad kita, sehingga timbulnya hari kebangkitan. Berapakah nilai kematian itu? Mengikut Al Quran, sebuah kematian, nilai diri kita adalah setara segala kebaikan dan kejahatan yang pernah kita lakukan di sepanjang hidup duniawinya kita. Allah menegaskan, biar sebesar debu kebaikan dan atau kejahatan yang kita lakukan, semua akan Dia nilaikan. Penilaian Allah adalah berasaskan Neraca Mahsyar. Ganjaran nilainya adalah tahap Syurga dan atau Neraka yang setara. Namun sebelum itu, kita akan berada di alam kubur. Lama waktunya, itu rahsia Allah. Di alam kubur, kita menanti detik penilaian yang Allah telah janjikan. Semasa penantian itu, hanya kebaikan yang boleh melapang dan menerangi persemadian kita. Jika kejahatan kita mengatasi segala-gala, maka kubur menjadi neraka pertama persemadian kita.

(2) Saya yakin, bukan sekadar Islam mengajar kita tentang senang; baik dan payah; buruknya sebuah kematian. Agama dan adat budaya lain juga meladeni kematian dengan segala ritual yang cukup berjela-jela. Kisah Qabil, anak Adam AS yang membunuh adiknya Nabil, hanya kerana cemburu dan bahil, telah meresahkan diri Qabil untuk sekian waktu sehinggalah sang gagak mengajarnya ritual pengkebumian yang saya kira telah manusia dari saat itu kembangkan menjadi sesuatu yang cukup berjela-jela dan menyusahkan.  Kematian di zaman Firaun bahkan Maharaja China mengundang pengorbanan keluarga, pengikut malah rakyat jelata yang cukup perit mengharukan. Masyarakat Buddha dan Hindu umpamanya, bukan hanya mengembalikan jasad kematian ke dalam bentuk azali debunya, malah di mana mampu dan semampu-mampunya mahu debu jasad itu harus kembali ke kampung halaman asalnya. Semua itu memerlukan biaya yang ritual yang mahal. Kematian dalam masyarakat Cina, contohnya pada pandangan saya cukup menyusahkan. Perbelanjaan yang besar bukan hanya perlu dalam menguruskan jenazah, malah tahun-tahun seterusnya. Agak ringan dalam masyarakat Melayu dulu-dulu, sekadar Tahlilan Haul pada setiap tahun, sehingga muncullah kini pandangan yang mengatakan bahawa Tahlilan Haul itu "tidak ada dalam Islam" dan menjadi debat besar di Indonesia yang sekian lama dahulu dibauri budaya Buddha dan Hindu.

(3) Saya pernah diceritakan bagaimana sebuah kematian di kalangan puak Papua New Guinea adalah ibarat malapetaka. Sebuah kematian di rantau tersebut boleh mengundang kepapaan kepada keluarga yang tertinggal. Keluarga si mati terpaksa bergolok bergadai untuk mengurus jenazah. Belanja mengurus sebuah kematian adalah sangat besar dan membebankan. Nilai kematian dan perkahwinan dalam budaya tersebut paling menghukum. Sebegitulah kematian di kalangan puak Penan di pedalaman Sarawak juga menjadi sesuatu yang cukup mengerikan. Bila berlaku kematian, maka seluruh kampung mereka perlu dipindahkan. Inilah apa yang Alias Congo dalam Madu Tiga P Ramlee maksudkan "Haiya matipun susah, ilup (hidup)pun susah."

(4) Suatu kemusyilan yang pelik pada padangan saya adalah, rata-rata manusia dari kelompok apapun mengatakan bahawa "kematian adalah kembalinya manusia kepada sang Pencinta"; namun pada saat kematian berlaku, sepertinya yang hidup tidak redha kepada kepulangan kekal si mati. Bukan sekadar itu, ritual yang mengiringi kematian juga berjela-jela membebankan. Di dalam Islam, Nasrani malah Yahudi, kematian adalah "kembalinya kita kepada Allah yang Maha Penyayang dan Pengasih". Maka jika itu kita pegang benar-benar, seharusnya kematian harus kita terima dengan segala kelapangan dan keredhaan. Paling penting, urusan kematian harus dipermudahkan. Kita harus rehda dan mempermudahkan kepada si mati untuk "segera pulang kepada Pencintanya". Hidup kita di dunia ini hanyalah pertandangan ie persinggahan, saat harus berangkat pulang, cukup sekadar didoakan selamat berangkat. Lantaran itu, bagi saya, maka hukum Islam adalah wajar bahawa sebuah kematian itu harus menjadi urusan yang mudah namun suci. Yang penting, jasad si mati harus disemadi dengan penuh kesucian - madi, kafan dan semadi secara sempurna. Dia harus segera dikembalikan kepada Pencipta dan Pencintanya dalam keadaan penuh suci. Tiada tuntutan kurang dan atau lebih dari itu.

(5) Saya berpandangan, urusan persemadian si mati adalah urusan yang hidup dan ianya harus mudah dan pantas. Jangan kita menjadi Qabil meratap binggung saat Nabil sudah kujur sebatang mayat. Allah menurunkan gagak buat mengajari kejahilan Qabil, agar segera yang mati disemadikan. Suatu tindakan yang mudah dan segera. Cuma kini saya melihat "kematian sudah menjadi ritual asal Qabil - binggung, berjela-jela dan menyusahkan."

(6) Saya menulis ini, lantaran saya menerima  sebuah SMS dari seorang teman tentang harga mengurus kematian seorang Muslim di Bandaraya Kuching. Mengikut hebahan LAKMNS anggaran belanja mengurus sekujur jenazah adalah dalam julat RM600.00-700.00 bagi setiap jenazah. Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk membeli bahan-bahan bagi pembuatan keranda, kafan dan pengalian liang lahad jenazah. Sekilas pandang, ianya tidak mahal. Seperti juga saya katakan terdahulu, kematian adalah pasti. Kita harus bersedia pada bila-bila masa ajal kita melayang. Maka atas precaution yang sama, siapapun dan kapanpun, harus juga bersedia untuk belanja mati. Mungkin, sedari kanak-kanak Umat Islam harus menabung buat urusan jenazahnya nanti, sama seperti kita harus mulai bertatih sholat sedari kanak-kanak. Tampak gampang dan logik. Namun, sebagai manusia yang nafsunya kekal subur biar kapanpun, kematian adalah perkara terakhir yang manusia fikirkan. Lantaran itu, saikologinya, persediaan untuk matipun pasti menjadi keperluan terakhirnya dan malah ramaipun yang tidak bersedia apapun untuk mati. Itu prihal pertama. Lantaran manusia tidak pernah bersedia tentang belanja matinya, maka matinya menjadi urusan yang "mahal terkejut"- biaya blak-blakan kata orang Jawa.

(7) Kedua, buah fikiran mengujudkan dan memperkasakan LAKMNS adalah dari Taib Mahmud yang mulai dapat melihat bahawa kebajikan masa depan umat Islam perlu dilihat secara khusus dan bijaksana. Setahu saya, di sepanjang pentadbiran Taib Mahmud, beliau berusaha untuk menjadikan LAKMNS sebagai sebuah badan yang mampu berdikari dalam mengurus kebajikan umat Islam. Pelbagai kelebihan diberikan kepada LAKMNS untuk mampu mencapai tahap tersebut. LAKMNS seingat saya banyak diberikan tanah bagi urusan pelaburan bagi mendatangkan sumber kewangan yang mantap dan mencukupi. Bahkan Umat Islam Sarawak juga banyak menyumbang dalam pelbagai bentuk bagi mengisi tabung Masjid. Maka sejak dari penubuhannnya, sehingga kini, bagaimana status kewangan LAKMNS? Pastinya, kita juga ingin tahu bagaimana dan untuk apa dana LAKMNS telah digunakan? Apakah LAKMNS belum punya kekuatan dana? Jika ya, saya yakin, pengurusan dan model LAKMNS harus diteliti secara mendalam dan meluas serta perlukan perubahan deras.

(8) Sekilas pandang, saya merasakan bahawa kini, dana LAKMNS banyak diguna secara membazir. Cuba perhatikan urusan-urusan penjagaan Masjid, dari pembinaan, ubahsuaian, pembaikan, selengaraan sehingga ke penggunaan elektrik, air malah jamuan berbuka puasa. Saya kira terlalu banyak "berlebih-lebihan". Saya belum berjumpa Masjid dibina dan diurus agar Self Financing. Saya melihat bahawa pengurusan LAKMNS tidak nampak perkara tersirat dari penubuhannya - mereka belum keluar dari comfort zone. Inspirasi Taib Mahmud belum LAKMNS terjemahkan secara lebih professional. Agak-agak berapa ongkos SAW belanjakan untuk urusan Nabawi di zaman hidup beliau? Biar ongkos tersebut diperkadarkan simulated ke zaman ini, apa beliau ada mengamalkan unsur-unsur pembaziran dan bermegah-megahan? Benar, Masjid "rumah Allah". Ianya wajib dijaga sempurna. Namun Allah tidak memerlukan segala macam pembaziran dan kemegahan. Cuba lihat Kaabah, apa ada padanya, azalinya? Hanya keluarga Saud yang menjadikan Kaabah agak  berbeza dari azalinya. Sama juga Masjid Nabawi. Pokoknya, biar Islam lahir untuk mengekang nafsu, namun nafsu payah sekali untuk Muslimin kawali. Saya mulai melihat, Masjid kian dijadikan wadah bagi menjamu nafsu bermegah-megah; riak. Kita sedang meraikan Masjid sebagai simbul kemegahan bukan wadah mengukuh keImanan dan kesejahteraan Ummah, maka dana Masjid tidak dibelanja pada jalan cukup hemah dan bermanafaat besar mampan buat Ummah.

(9) Saya juga sering berfikir, kapan agaknya LAKMNS dapat menyatukan semua Masjid dan Surau di Sarawak ke dalam suatu sistem pengurusan institusi Islam yang benar-benar dapat membawa kesejahteraan and kemakmuran kepada Ummah. Saya belum nampak suatu gerakkan massa dalam mengembeling seluruh kekuatan Masjid dan Surau-Surau agar benar-benar menjadi institusi Islam yang kebang meluas menjajari Nabawi di zaman SAW. Masjid dan surau seperti little Napolean terkesendiri.

(10) Perkara pokok yang ingin saya ketengahkan adalah, kematian adalah kemestian. Semua mesti mati. Sama seperti sholat Jumaat di Masjid. Setiap Muslim yang layak mesti sholat Jumaat. Urusan sholat adalah urusan suci dan mudah. Bukan dimewah-mewah apa lagi dipayah-payahkan. Maka mati dan sholat adalah kemestian yang mesti. Kedua-dua memerlukan penjagaan kesucian dan dipermudahkan. Maka kenapa sholat dan mati harus menjadi suatu budaya yang kian mahal?

(11) Maka LAKMNS harus kembali kepada niat asalnya. Biarlah LAKMNS menjadi suatu institusi yang mengaman tenteramkan jiwa Muslimin, bukan institusi yang Muslimin lihat sebagai institusi membebankan biar di saat hujung hidupnya. Ongkos kematian, harus ditangani sebagai tanggungjawab Masjid apa lagi LAKMNS. Benar tiada apa yang percuma di alam duniawi ini. Cuma saya ingin mengembalikan kepada yang berfikiran sebegitu untuk merenung kenapa "biar dalam prihal wajib, Allah tetap memberikan laluan free tol?" Contoh, sholat. Sholat wajib untuk semua. Namun wanita haid, uzur, tidak wajib sholat. Apakah kias Allah dalam soal tersebut berkait dengan belanja mati LAKMNS? Pandangan saya, LAKMNS harus berhati-hati dalam penetapan dan hebahan ongkos kematian mereka. Jangan sampai LAKMNS dilihat bersikap membebankan. VVIP mendapat kemudahan terbaik, kenapa tidak rakyat biasa? Sesungguhnya jasad VVIP dan rakyat biasa, sama saja "jalan penilaiannya". Biarlah LAKMNS menjadi sahabat akrab Ummah bukan litah, pacat atau tse-tse - metak kata Orang Laut. LAKMNS hakikatnya untuk apa?

(12) Saya mengira, jika LAKMNS dapat melihat pengurusan kebajikan kaum Muslimin secara lebih terbuka dan tidak taksub mengikut budaya sediada apa lagi nafsu riak, saya yakin segala urusan kebajikan umat Islam pasti menjadi mudah, murah malah "percuma". Para pentadbir LAKMNS mungkin perlu mendongkel kitab-kitab tentang cara SAW, Abu Bakar, Umar Al Khatab dan malah Umar Abul Aziz menguruskan kebajikan Umat pimpinan mereka. Soalnya saya kira LAKMNS sedang mengurus soal-soal kebajikan Umat Islam masih pada tahap "kampung yang jumud". LAKMNS saya kira lebih gemar melayan nafsu bermegah-megah membazir dari mengurus kebajikan pada tafsiran kebajikan yang meluas. Bahkan LAKMNS harus malu kepada tradisi Kampung, ongkos mati di kampung adalah "NOL; KOSONG".

(13) Pernahkan LAKMNS membuat Pangkalan Data untuk Umat Islam dan segala Masjid dan Surau di Sarawak yang mereka uruskan dan atau perlu pertanggungjawabkan? Kalau tidak terfikir, maka amat dhaiflah pengurusan LAKMNS. Sebabnya, tidakkah Al Quran dengan jelas mengatakan bahawa Allah tahu segala-gala maka Dia dapat mengurus alam dengan penuh sempurna. Bagaimana Allah boleh tahu segala-gala? Apakah sistem yang Allah gunakan? Jika Al Quran sudah berkata sebegitu, maka kenapa institusi Islam tidak meneladani cara pengurusan Allah? Perkara paling mudah LAKMNS boleh tangkap di dalam Pengkalan Data mereka adalah segala kemudahan khiarat kematian yang ada diperuntukkan oleh pelbagai agensi dan GLC kini. Saya kira, dengan Pangkalan Data sebegitu prihal ongkos kematian bagi ummah pasti menjadi mudah. Samalah juga segala sumber dan kekuatan segala Masjid dapat digembelingkan tanpa perlu penduaan kemudahan dan ongkos. Soalnya, apakah pengurusan LAKMNS benar-benar menjiwai prinsip dan bidang kebajikan Islam? Saya khuathir pengurusan LAKMNS masih di tahap si buta memimpin si pekak atau si tuli memimpin si buta.

(14) Sesungguhnya nilai kematian di Kuching adalah 600-700 peratus lebih mahal dari di Kampung, biar di kampung tiada LAKMNS. Kenapa?

Kuching, Sarawak
31 March - 13 April, 2021

2/10/14 BILA YAHUDI SUDAH BERMINAT PADA DURIAN......apa maksud mereka?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 15, 2014
Saya sangat mendokong bila Negara bergerak ke arah Sistem Kewangan Islam. Itulah salah satu asas utama kepada Sistem Ekonomi Islam. Kekecewaan saya cuma, bila Sistem Kewangan Islam kita masih mengambil Sistem Kewangan Barat sebagai Tanda Aras. Semuanya saya mengira, konsep risiko perniagaan biar dalam Perbankan Islam masih sangat terikat kepada cara penilaian Barat. Sistem Kewangan Islam yang kita dan Timur Tengah amalkan tidak berdiri atas nilai-nilai tersendiri, kendiri menjauh dari sistem Barat. Muhammad SAW berkali-kali dalam banyak hal cuba mengingatkan kita agar punya jati diri, biar dalam hal-hal yang kecil-kecil. Maka seharusnya kita dapat membaca itu sebagai saranan baginda agar kita kendiri dalam banyak hal jika tidak semua khusus dalam hal-hal mencakup kepentingan umum yang asas. Khilafnya, kita titik beratkan soal-soal titik bengek tetapi tidak pada Fardhu Kifayah yang sangat berkepentingan umum. Maka Perbankan Islam kita masih mengenakan Kadar Perkongsian Untung yang membebankan pengguna. Saya juga melihat budak-budak di Perbankan Islam masih mengamalkan budaya kerja seperti rakan-rakan mereka di Perbankan Barat. Saya tidak nampak sifat Ummah friendly pada mereka.

(2) Perbankan adalah keperluan asas kini. Tanpa Bank, banyak perkara akan terjejas dan tidak boleh berjalan dengan baik. Barat terutama Yahudi sudah tahu prihal ini, mereka telah mahir tentang ini sejak 500BC. Mereka cuba menguasa Eropah, namun tidak digemari banyak, namun cuma Hitler berani bangun membantai mereka habis-habisan. Kini, melalui Amerika mereka sedang menjerat seluruh manusia lewat Perbankan Konvensyenal seperti mereka gelarkan. Sesungguhnya pertentangan Islam dan Yahudi di dalam dunia perniagaan adalah Riba iaitu Kadar Faedah dan atau Pemgambilan Untung Lahab. Islam menentang Kapitalis melampau. Keresahan hidup Melayu di bandar khususnya kini adalah lantaran para pemimpin kita tidak membendung hebat kelahaban Kapitalis di Negara ini. Mohd Najib sedang terkial-kial menerima bahana ini.

(3) Sesungguhnya, Allah secara sejadinya menumbuhkan segala lewat proses yang sangat teratur. Durian, umpamanya adalah buah keagungan Melayu. Dari Champa ke Sulu, lalu Pattani dan Melayu-Jawa-Bugis, durian tetap dikenali sebagai durian. Dari biji ianya cambah dan mengambil masa seminggu. Sekitar 2-3 bulan ianya boleh dicedung ke tanah dusun. Sekitar 4-7 tahun kemudian baru berbuah. Jika tanah dusun baik salirannya, ianya boleh berbuah sehingga 50-75 tahun iaitu 2-3 generasi manusia. Sesungguhnya, Melayu hanya melihat durian sebagai durian, Melayu tidak melihat durian sebagai iktibar untuk Perbankan Islam. Durian berbuah sedikit-sedikit semasa mudanya. Buahnya sangat lebat serta rasa lebih enak di waktu matang iaitu sekitar umuran 15-40 tahun. Pada umur lebih dari 40 tahun, buah mulai kurang tetapi rasanya kekal enak. Apa maksudnya perangai berbuah durian sebegitu dengan daya pengeluaran dan daya kemampuan manusia. Juga apa iktibar yang boleh kita fahami mengenai benih yang baik dan dusun bersaliran baik dengan keperluan  Business Risk Management dalam Perbankan Islam. Kita khususnya tidak mahu berfikir biar Allah di dalam Al Quran sering mengatakan Lihatlah ke keliling, di sana pasti ada tanda-tanda kebesaranKu. Kita merumus Perbankan Islam dari sudut Tanda Aras Perbankan Barat, tidak pada fitrah Allah dalam mahluk yang Dia ciptakan di keliling kita. Dari fitrah tumbuh menyubur, Perbankan Islam sama hebat membunuh menyusahkan. Maka di mana letaknya Islam itu mudah.

(4) Saya sangat khuathir bila, IMF, seperti dilapurkan oleh Borneo Post pagi ini, kini sudah berminat untuk memanggil pengamal Perbankan Islam Dunia untuk berbincang bagi mengadakan suatu kaedah untuk menseragam amalan di dalam Perbankan Islam Dunia. Adakah ini betul? Tidakkah ini ibarat cuba memasang jerat untuk Umat Islam. Paling anih, mereka akan memanggil mesyuarat di kalangan para pakar Perbankan Islam, apa para pakar ini tidak ada usahakah untuk bermesyuarat sendiri dan merumuskan cara-cara kawalan seragam sendiri? Saya khuathir lantaran Mohd Najib punya kecenderungan tinggi untuk tunduk kepada Amerika. Mohd Najib mudah tunduk kepada Amerika. Saya secara keras, tidak nampak apa hak IMF untuk Regulate Islamic Banking System. Sepertinya, Yahudi ingin merobah Al Quran untuk Umat Islam gunakan, apakah ini boleh diterima? Minat IMF itu sama dengan Yahudi cuba mengajar Melayu tentang durian. Sesungguhnya, niat Yahudi jelas. Durian sudah kian laku di China. namun durian tidak boleh berbuah di luar dari Tropika. Maka mereka sangat takut, nantinya durian Melayu akan menguasai pasaran China. Mohd Najib, must keep the culture of planting durian within the Malays world for Allah makes it the King of our Fruits. Mudah-mudahan Mohd Najib faham dan berani mempertahan, jangan jadi Arab si Pak Turut.

Kuching, Sarawak
15 Oct, 2014

2/11/09 WHEN THE TUMMY CONTROLLED THE MIND...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 07, 2009

Early this year, I have forecasted that the Malaysian Economy would recover by 2010. And the latest, in the 2009 Budget Speech, the Prime Minister seem to be very confident of this recovery by 2010, with sign of better growth in the Q4/2009. The Governor of Bank Negara did re-enforced the PM statement immediately thereon. As a Malaysian, what it means is very important to our daily lives. Employment, money liquidity, and business opportunities would again expand, and everyone should be able to make a living accordingly.

(2) I write this article, because few days ago I really felt hurt to know, one fellow who earn merely RM600.00/month, whom probably is a breadwinner of a family, punched another guy whom acted accordingly to the required working procedure, but was not accepted to the punching fellow, which then triggered some disciplinary action be taken to the punching guy. The morale of the incidence is not wrt who is wrong or who is right, but the person whom disciplinary action was taken felt gone ‘his periuk nasi’, and at this hard economic situation, this fellow tummy’s seem to control the head. Though this is an isolated case, but thing could be worst if we don’t start to see the effect of bad State and or National Economic and Financial Management.

(3) Dr Mahathir Mohammed (DMM) during his 22 years tenureship as the Prime Minister, especially during the last 10 years period had been working hard to change the Global Currency Denomination from U$D to a basket of a mixed currencies (Yen, Pound, Euro, U$D, Deutchmark,etc) to ovoid over dependence on the U$D valuation of which was very much speculative in nature. He had also tried to push the idea of using the Dinar Dollar among the Islamic State> He had also persuaded the ASEAN to trade using their individual currency when trading among themselves. His initiatives failed due to the indifference and splitting attitude of the Arab nations while the West, due to the Sept., 11, 2001 NYWTC collapsed, saw the effort as a double jeopardy toward the Western dignity. The so called poor level of the Malaysian Human Right Images due to the various issues inflicted by the demotion of Datuk Sri Anwar Ibrahim as the Deputy Prime Minister in 1998, had been greatly capitalised by those who opposed such initiative by Malaysia. Instead of focusing on the potent Global Monetary issue, which became a serious reality in 2007-09, the whole Globe seem to focus their attention to terrorism, while domestically, we were confronted by Demokrasi Jalanan! Both Osama and the West (probably their conspiracy), had able to make the today World much poorer than the last three years. A great satanic success!

(4) I’m happy to see that lately, Malaysia had taken a bold step to move and promote the usage of Islamic Banking System as an alternative to the conventional old Western banking system. I hope, the effort would not die off as both the Global and domestic economy began to recover as forecasted in 2010. Malaysia must not behave ‘hangat-hangat tahi ayam’ in the matter, and we must relentlessly pursue the matter to the end, doesn’t matter how long and how much sacrifices we need to take. Let think and believe that Allah must have a clear and farsighted purpose for the reason why He created gold with various typical specialties as compare to all the other natural metals. Gold is available not too abundant yet not too scarce as well. It almost presence in every countries in it ‘controlled’ quantity, of such makes it having a much definitive value as compare to the U$D which probably could be just printed even on ‘kertas bungkusan belacan’.

(5) Our leaders and the people of Malaysia must spearhead the change of the present Capitalist Financial and Economic Management System to a much fair and just approach. Islam had made it clear that in trading, in whatever form, everything must be traded at fair, just and actual value. The early Egyptian Civilization especially during the Administration of Cleopatra had used gold as the trading unit. And this had been then practiced widely among the early Arab and Persian traders. Thereon, the Dinar came into play as the trade medium among these nations.

(6) We must work hard to make our Economic and Financial System to be not and very least speculative in nature. Islam, prohibit gaming (gambling), and speculative is a sort of gaming, which only benefit the least while inflicting great harm to the majority. A ‘Rumah Mesra Rakyat’ which cost RM49,000.00 a year ago, would now easily sell at RM80,000.00 in view of the high probability of the better economy outlook in the 2010. People rush to buy these houses not only because of potential pricing betterment but the potential of other Free Market Interplays. All these must be put on check!

(7) I do hope, all our planners (especially civil services) should work hard to ensure the cost to provide and sustain all our basic needs: home, food, clothing, health, education, transportation, and communication are seriously check. In this regard, it is the role of all the GLCs to be much cost-efficient and be bold in providing better services at an affordable price to our rakyat. Hopefully, which such intervention, our pure private sector capitalist greed could be on checked, or else, we would be seeing lots of Demokrasi Jalanan which one day would turn into Demokrasi Menjahanamkan: where we do nothing beneficial but shouting at each others, at least if it is among the monkeys, the predators would be scared off! But if such happen among us, our country would be on fire. Auzubillah!

(8) As for all of us, good to take kerepek pisang rather potatoes fringeless as we drive or watch the TV. At least our money cycle is kept with our own controlled system. That would be the least that we could do to help manage our economy into our own hand.

MyBazaaRia, Desa Ilmu, Kota Samarahan
7 Nov., 2009

1/6/09 PUSHING OUR ECONOMY AHEAD.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 04, 2009
In my various previous articles, I did touched on the way we should figure out our economic development. One of it is to shift our forex base from Dollar to Golden Dinar. Secondly is to move our domestic purchasing power through the development of our domestic and oversea niche market especially in the food-based industry.

(2) As of today scenarios, only the Japanese, Chinese, and Arab are holding great real cash. The American had declared themselves as 'almost bankrupt' while the EU are struggling badly to lift themselves out of the deep pit.

(3) The whole World Financial System had now defied the IMF Theory on Financial and Capital Movement from Low Interest to the High Interest State. The Osmosis of Capital movement seem to be no more valid.

(4) Singapore, during the 1997 Asian Regional Financial Crisis had learnt a painful lesson by adopting such theory. Singapore increased the interest rate (both for depositor and lending) with the intend to pool the ASEAN monies into the Singapore Banks and thus to lend those manies back to ASEAN and the rest of the world. Tons of ASEAN currencies shiped over to Singapore and making the affected ASEAN nations into the worst state. But, the Singapore (IMF) dream, doesn't materialize. Nobody was interested to borrow, and Singapore had to pay high interest return (as promised) to the depositors. The Singapore greed to tape wealth from the suffering of the neighboring States hit them back!

(5) The same goes to Malaysia when Bank Negara (definitely by the intruction of the then Minister of Finance and probably with the approval of the Cabinet) raised the interest rate to double digits and cutting the NPL to half. Here the intend is to keep the Ringgit in the Country, but forgetting to calculate what will happen to the rest of the economies.

(6) As such, I greatly appreciate for the Government to regulate our financial cost to the minimum. We should never be thinking that, in order to attract depositors, we must increase the return to investment through giving handsome interest return. I believe, we have not challenge our brain hard enough to break this, I would say, this Classical Financial Thinking. For the Muslim World, we have not even thinking hard enough to explore on the Islamic Financial System, where riba is considered a hinderance to the State economic and business growth.

(7) Again, I would like to repeat here, why is it the Islamic Banking System now is charging higher financial cost to the borrowers. Can't we not think of other ways to manage the business risks?

(8) In fact, the Grameen Bank in Pakistan, and the Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) had shown us the way. Just that probably, we are looking at these two system are only dealing with the small guys, therefore, they are not worth to be deeply studied. I have a strong believe, they worth to look at as the Model that we should expand.

(9) Both the Grameen Bank and AIM do not charge high interest among the borrowers. They have a very Comprehensive Management System in how to deal with the borrowers, such that the risk of default payment is very low, if exist, scientifically (statistically) could be write-off (less than 5%).

(10) Can we not start thinking, and really make Malaysia as the Global Banking
Center of Excellence. We can, what needed is for us to take a brave step with greater determintation. Let expand from both the Grameen Bank and AIM business risks management strategies and develop from there.

(11) Najib, let work on this. Let do less politicking, but think and work more for the good state of the nation. By the way, just to remind you, the real purpose of POLITIC is to ensure the good state of the nation. So let focus on the end, rather the mean (politic). The mean (politic) has so far doesn't give you the best result. Thus let restrategise.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.