.

2/9/10 SEBULAN BERHARI RAYA

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 07, 2010

Share

& Comment


Allah menghendaki kita berpuasa selama sebulan. Berpuasa, bermaksud menahan dari rasa lapar dan dahaga dari mulai subuh sehingga maghrib. Bukan hanya sekadar itu, mata, hati, lidah, fikiran dan segala-galanya juga perlu berpuasa. Bagi menambah barkahnya, puasa perlu disusuri dengan majlis ilmu dan kemasyarakatan.


(2) Pendeknya, Ramadhan adalah tempoh masa bagi umat Islam berkorban.Kita diperlukan mengorbankan segala tabiat kebiasaan kita: makan sembarangan waktunya, melihat sesuka hatinya, berkata ikut sedap rasanya, apa juga, segalanya, kita perlakukan seperti tiada batasnya.

(3) Pada hemat saya, Ramadhan adalah tempoh di mana Allah menjadikan ianya sebagai peringatan kepada kita bahawa segala sesuatu itu ada batasnya. Dalam setahun, sebulan kita diwajibkan untuk merasa 'derita'. Segala 'ketakterbatasan' sepanjang sebelas bulan, maka sebulan kita 'dibataskan'. Pelbagai hujah fizikal, rohaniah, jasmaniah telah banyak diperkatakan sebagai ganjaran atas 'derita pembatasan' sebulan berpuasa. Banyak buku menulis mengenai ini. Di mimbar-mimbar masjid, surau, corong-corong radio, media dsb telah memperkatakan ini.

(4) Saya ucapkan tahniah, syabas dan semoga Allah memberkati segala kepatuhan mereka yang mencukupi Terms and Conditions (T&C) berpuasa sebulan, dan bahkan ada yang menyambung sehingga enam hari lagi! Mudah-mudahan kesejahteraan, kemakmuran dan keberkatan bersama kalian semua.

(5) Saya cuma ingin mencuit sedikit, bagaimana pula terjadinya, selepas berpuasa sebulan orang Melayu beraya sehingga sebulan? Adakah kerana berpuasa sebulan itu telah ditafsirkan sebagai 'kita telah bekerja, berkorban, siksa, dsb sebulan', maka setelah selesai 'derita sebulan itu', maka kita mesti merayakan 'kemerdekaan sebulan pula'?

(6) Sememangnyalah Aidil Fitri itu adalah hari kemerdekaan bagi mereka yang telah dengan sempurnanya menjalankan ibadah puasa. Namun, adakah erti kemerdekaan itu sama dengan beraya-fiesta? Saya percaya, kemerdekaan yang dimaksudkan selepas berpuasa adalah merdeka-syukur! Merdeka-syukur kerana kita berjaya menempuh segala dugaan, ujian, cabaran Allah. Kita cukup tabah, iltijam, khusuk, dan suci-ikhlas dalam menjalani amalan berpuasa dan segala sesuatu berkait dengannya. Kerana kejayaan itulah maka, Aidil Fitri, Allah hadiahkan buat umatNya.

(7) Syawal sememangnya sebulan. Bila bulan Syawal tempohnya adalah sebulan, apakah bermaksud kita berayapun mesti sebulan? Agaknya, bagaimana Muhammad dan para sahabatnya meraikan Aidil Fitri? Saya belum pernah mendengar atau membaca tulisan mengenai ini. Adakah ini bermakna, Muhammad tidak sekali-kali meraikan Aidil Fitri sebagai mana kita orang Melayu merayakan Hari Raya?

(8) Yalah, nama dah Raya, kenalah berpesta gila! Kalau tak, jangan disebut Raya! Cuma, siapa raya, siapa kaya, siapa lepas itu.....hutang berjela-jela! Gaji habis, bonus habis! Tak apalah, duit boleh dicari, kebahagian kena nikmati! Bahagialah! Tak mengape ye, bio pape ase bergaye! Melayu kite, wajibnya tinggel tak mengapa, sunatnya kena buat gila-gila. One Step Ahead! Nak buat guane, dah adat lagu tu!


Terasi, Pendam, Simunjan
7 Sept., 2010.

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

20 comments:

Anonymous said...

TeRAsa RiNDU pADA PeNGARANG iNI...... SeMOgA DIRINyA TElah KEtEMUI aPa yANg Di caRi....

Anonymous said...

Melayu Islam kita masih lemah bila berdepan dengan persiapan raya.Segalanya mesti baru menjelang lebaran. Beribu ringgit pasti habis. Sayang. Duit yang boleh digunakan utk tujuan lebih penting akhirnya terkorban. Alangkah eloknya duit disimpan dan digunakan bila keadaan perlu kelak.

Anonymous said...

Bila gaji dh besar, senang lah cakap.. pernah terpikir bagaimana perasaan orang bawahan? Pernah terpikir betapa banyak tanggungan orang lain. bukan nafsu tetapi mencukupi seadanya... pikirlah wahai hamba Allah, di suatu tempat kita akan sama sahaja. Mati itu tak kira usia. Beramal lah. Jadikan diri sebagai contoh dan tauladan bila ajal menjelang, bukan nya sebagai bahan cacian dan cemuhan. Jadi la sebagai kenangan, bukan nya si bajingan. Lu pikir la sendiri...

Anonymous said...

Marah betul...tapi persoalan yg ingin diutarakan oleh saudara Abdullah di sini bukan soal besar atau kecil gaji. Apa yang diutarakan oleh beliau perihal berjimat cermat ketika membeli belah utk Hari Raya...that all. Mungkin saudara ingin memberitahu kepada saudara Abdullah bahawasanya gaji belum naik lagi ker? Bagitau direct jer...takyahler nak sembunyi. peace.

Anonymous said...

betul tu...jgn lah cepat melenting.. faham kan maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat...maksudnya jgn berbelanja lebih sudu dari kuah..ukur baju di badan sendiri..itu lah maksudnya... beliau hanya memperingatkan sahaja sebagai saudara sesama islam supaya tidak membazir..kerana membazir itu adalah yang di sukai syaitan....wallallah hu a'lam...

Anonymous said...

Saya kebetulan kenal dengan penulis agak lama juga. Sejak beliau dari mula bertugas sehingga kini, dari gaya perbelanjaan beliau, beliau tidak sekali-kali menunjukkan perubahan. Beliau hanya berbelanja banyak untuk buku, dan kemana-mana juga beliau pergi pasti bulku didahulukan.

(2) Pastinya gaji beliau sekarang mungkin 10-15 kali lebih besar dari sebelumnya. Kalau sdra yang seperti marah teramat sangat, perhatikan, beliau tetap tinggal di rumah yang layaknya hanya didiami oleh seorang Pekerja Am Rendah (PAR), saya kira harganya kurangpun dari RM100,000.00. Begitu juga beliau tetap dengan kereta yang murah, makan beliau selalu di warung-warung. Juga perhatikan pakaian beliau, tidak pun menunjukkan apa-apa perubahan sejah puluhan tahun lalu. Saya pernah terserempak dengan beliau membali pakaian di Bunddle Shop.

(3) Paling ketara, biarpun di waktu rasmi, beliau tetap menggunakan Kelas Ekonomi untuk semua penerbangan beliau, bahkan ada waktunya beliau menggunanakan Air Asia. Begitu juga semasa menginap dihotel, beliau hanya memilih hotelk sederhana dari selayaknya.

(4) Saya pernah pergi melawat bersama-sama beliau, beliau akan mengeluarkan wang sendiri untuk makan-minum para kakitangan yang berpergian bersama beliau.

(5) Juga mungkin 'si marah' ini juga tidak perasan, jarang sekali beliau menggunakan kereta rasmi beliau. Saya kira banyak lagi perkara-perkara rasmi yang beliau layak, tidak beliau gunakan. Sesungguhnya, beliau adalah seorang yang lain dari yang lain, cuma kita tidak 'perasan' kerana begitulah sifat beliau, prihatinnya bukan untuk 'sekelomp[ok' namum buat rakyat yang sentaiasa dekat dihatinya.

(6) Saya percaya, penulis, tahu padang permainan beliau, gendang tariannya, hutang medan pertempuran beliau. Begitulah insan, jika insaninya kembang jauh dari naluri halobanya. Mudah-mudahan sdra terus tabah dan kental.

Bayu senja said...

Sebulan puasa dan sebulan raya dah jadi macam satu trend bagi masyarakat kita.

Bagi yang berduit maka raya atau tak raya sama sahaja. Bagi yang kurang berduit maka mereka merasakan raya itu cuma setahun sekali, jadi apa salahnya berbelanja lebih sedikit, tapi janganlah macam kata orang Parit, bior pape asei bergaye! Cakap pasal Parit, dah lama saya tak ke sane..deroyan takde musim raye ni.

Bagi yang tak berduit raya macam puasa juga, mana ada duit lebih nak beraya sakan. Saya lihat dan lewati ramai dari golongan ini yang menyambut Syawal dgn apa yang ada. Sayu juga hati melihat dan mengenang mereka yang begini.

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Sdra Abdullah kerana begitu prihatin kepada golongan yang tidak berada, selalu cuba menyedarkan mereka yang agak berada tapi bukanlah kaya, dan tidak berlagak walaupun mempunyai pendapatan yang tinggi.

Kaya seseorang pada saya terletak pada hati dan budinya bukan pada wang ringgitnya.

Anonymous said...

saya setuju dengan mereka ttg En.Abdullah. Walau pun hanya sekali ketemu dirinya...bila bersama nya, seakan telah lama mengenaliny... beliau begitu istimewa dan lain dari yang lain... sikap sedarhana dan prihatin nya amat menyenangkan... beliau amat mulia bagi diri saya. Jasa dan pengorbanan beliau tak akan pernah dilupakan seumur hidup... Sesiapa yang tak mengenali nya mampu bercakap apa saja... tapi bila telah mengenalinya... Anda akan tahu betapa mulia dan baiknye beliau.... bak kata orang "" TAK KENAL MAKA TAK CINTA""... iTULAH En.ABDULLAH..

Anonymous said...

tp abdullah tak bpuasa pd bulan ramadhan...huahaha

Anonymous said...

ya....wah dia masih jahilliah agaknya....tapi betul ke? Kalau betul itu dia punya hallah...tapi kalau tak betul, apa akibatnya pada sdra/i? Elok pastikan....kerana setakat mengata, cuma didengar yang mendengar, tapi bila tertulis...ianya kekal sehingga...ya sdra/i tahu blog beliau dibaca sehingga keluar negara!

Sdra Abdullah tak nak jelaskan ke? Diam tandanya benar? Tapi, kadang-kadang diam...yalah orang Melayu kata...diam-diam berisi...tak semestinya semua mesti dijawap ye?

Anonymous said...

Ye.....cakap benda yang benar di lihat dengan mata sendiri....jangan hanya dengar cakap orang.... menfitnah dosanya lebih besar dari membunuh..... belum lagi di tambah dosa mengaibkan orang....... Masya-ALLAH tak tertanggung di sana nanti.....pe pun..... Hanya mereka yang tahu.....Silakan lah EN.ABDULLAH.... JELASKAN.......

Bayu senja said...

Ramai antara yang mengenali sdra Abdullah tidak betul-betul kenal akan dirinya kerana dia sendiri masih mencari-cari identitinya. Nasihat saya kalau sdra/i, tak mengenalinya, biarlah keadaan begitu sahaja. Itu lebih baik kerana sdra/sdri hanya tau luarannya sahaja. Dia tidak akan berganjak dengan keputusannya yang ada kalanya tidak betul. Egonya amat tinggi walaupun dia 'humble' pada dasarnya. Dia garang tetapi lembut hatinya pada anak-anak dan mereka yang tiada. Dia berjuang untuk mereka tetapi dengan kekerasan pada jiwanya, amarahnya pada bangsanya yang masih lena amat ketara. Dia bercakap dengan mereka yang sudah lama berniaga seakan-akan mereka ini tidak pernah mengepalai organisasi yang besar. Dia kekadangnya lupa dan alpa, tetapi berapa ramai kawan yang sanggup mengingatkannya?
Hingga ke hari ini , dia masih bergelut dengan dirinya sendiri. Kita semua seperti dia juga, punya halatuju dan kekangan yang tersendiri. What goes round comes around.

Anonymous said...

Sdra Bayu senja,
ABC amat dikenali di kalangan warga kota, bahkan di Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Luar Negara. Siapa tidak kenal dengan beliau? Egonya yang amat tinggi & garangnya seperti singa. Sejauh manakah sdra Baju mengenali beliau?

Anonymous said...

Saya bukan Bayu senja tapi saya juga salah seorang teman kepada ABC ..sepenjang perkenalan tidak pernah dia garang tapi mungkin dia seorang yang sangat tegas apalagi dari sudut pekerjaan ..dia ingin memastikan agar semua nya berjalan dengan sempurna agar hasil yang di perolehi dapat di nikmati oleh rakyat .Mungkin saudara pekerja di bawah arahan nya..dan jika sekiranya saudara adalah seorang yang cekap amanah dan bertanggung jawab..saya yakin dan pasti saudara ABC akan menghormati dan kagum dengan saudara..renung2 kan la ye sebelum membuat penilaian ..cermin diri kita dahulu..baru melihat orang lain ..

Anonymous said...

Saya mengikuti perkembangan beliau seterusnya meneliti segala tulisannya dalam Blognya dan kenal beliau sebagai sahabat lama, pernah bekerja bersamanya di jabatan yang pertama beliau bekerja. Nak kata bagus benar belio tuk (Bahasa Sarawak)sik juak, tapi dari segi kerja opis (Admin)memang sik dapat dilawanlah, semuanya diambil tauk, cekap,tegas dan perihatin dengan orang bawahan yang berpendapatan rendah. teruskan menyumbang kearah kebaikan ummah sejagat...

Anonymous said...

SEBAB ITULAH BENAR KATA PEPATAH " TAK KENAL MAKA TAK CINTA"......

Anonymous said...

Kalau dulu gula sekilo RM1.40, RM1.70, tp sekarang dah naik RM2.00. Tidak selamanya begitu...dulu lain, sekarang lain.

Anonymous said...

Namun, tetap juga gulakan?

Bayu Senja said...

Mengenal seseorang bukan diukur dari segi tempoh mengenali, melihat seseorang itu melalui fizikal dan spiritual, kita boleh mengenali seseorang itu. Saya sudah mengenali sdra Abdullah sejak beliau bertugas di UEPN Sarawak lagi, waktu itu beliau baru pulang dari melanjutkan pelajaran beliau di Amerika Syarikat. Kebetulan pulak, beliau juga menuntut di universiti yang sama di Denver, Colorado.

Beliau memang seeorang yang tegas dan garang, cepat marah dan tiada simpati bagi mereka yang tidak perlu diberi simpati. Beliau jujur dalam pekerjaan dan rasuah bukan dalam vocabulary beliau. Tapi diplomasi beliau agak kurang ada kalanya beliau terlampau rakus dalam membuat keputusan.

Menjadi pujaan ramai dan celaan ramai mengikut laluan masing -masing. Beliau tidak menghiraukan apa yang orang lain kata kerana beliau punya prinsip hidup tersendiri. Sikapnya peramah jadi senang didekati, tapi oleh kerana moodnya yang sentiasa berubah, maka kita tidak tahu 'what's next'. Beliau seorang yang 'unpredictable', boleh mengambil apa jua tindakan yang mungkin kita tidak sangka dalam keadaan yang tertentu.

tapi kini beliau seudah 'mellow' oleh keran akedudukan beliau. Wang tidak mengubah perjalanan hidup beliau tapi wang sedikit sebanyak telah mengubah beliau. Tidak secara fizikal tapi lebih kepada spiritual. Kadangkalanya, apa yang dihujahkan tidak seperti mana yang dipraktikkan.

Hingga kini beliau masih bergelut dengan dirinya sendiri, lihatlah sahaja pada penulisan beliau yang terkini....

Anonymous said...

Apabila kita ingin mengenali seseorang kita perlu terima apa yg seadanya........

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.