.

ABC Sadong

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand. ABC Sadong
Showing posts with label Development Economy. Show all posts
Showing posts with label Development Economy. Show all posts

2/8/2026 PAYAH DAN MISKIN MELAYU AKAN KEKAL

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 26, 2026
Proloq:

Rockefeller was the second of six children born in Richfor, NY to con artist William A Rockefeller Sr. and Eliza Davison. Rockefeller had an elder sister named Lucy and four younger siblings: Willian Jr, Mary, and fraternal twins Franklin (Frank) and Frances. His father was of English and German descent, while his mother was of Ulster Scot descent. One source says that some ancestors were Huguesnots, the Roquefeuille family, who fled to Germany from France during the reign of Lousi XIV and a period of religious persecution. By the time their descendants immigrated to North America, their name had taken German form. William Sr. worked first as a lumberman and then a traveling salesman. He claimed to be a "botanic physician" who sold elixirs, and was described by locals as "Big Bill" and "Devil Bill." Unshackled by conventional morality, he led a vagabond existence and returned to his family infrequently. Throughout his life, Bill was notorious for conducting schemes

Eliza was thrifty by nature and by necessity, and she taught her son that "willful waste makes woeful want". She taught John how to save and track money, and the importance of it John did his share of the regular household chores and earned extra money raising turkeys, selling potatoes and candy, and eventually lending small sums of money to neighbors. He followed his father's advice to "trade dishes for platters" and always get the better part of any deal. Bill once bragged, "I cheat my boys every chance I get. I want to make 'em sharp." However, his mother was more influential in John's upbringing and beyond, while he distanced himself further and further from his father as his life progressed. He later stated, "From the beginning, I was trained to work, to save, and to give."

In September 1855, when Rockefeller was sixteen, he got his first job as an assistant bookkeeper working for a small produce commission firm in Cleveland called Hewitt & Tuttle. He worked long hours and delighted, as he later recalled, in "all the methods and systems of the office." He was particularly adept at calculating transportation costs, which served him well later in his career. Much of Rockefeller's duties involved negotiating with barge canal owners, ship captains, and freight agents. In these negotiations, he learned that posted transportation rates that were believed to be fixed could be altered depending on conditions and timing of freight and through the use of rebates to preferred shippers. The practices he learned during his years as a bookkeeper, in terms of keeping a close eye on the ledger, he would continue throughout his life. He reportedly, started at a young age, putting aside, from his meager earnings, money for charity. Rockefeller was also given the duties of collecting debts when Hewitt instructed him to do so. Instead of using his father's method of presence to collect debts, Rockefeller relied on a persistent pestering approach. Rockefeller received $16 a month for his three-month apprenticeship. During his first year, he received $31 a month, which was increased to $50 a month. His final year provided him $58 a month.

As a youth, Rockefeller reportedly said that his two great ambitions were to make $100,000 (equivalent to $3.46 million in 2025 dollars) and to live 100 years. Rockefeller did spent six years with the Wall Street banking firm of Brown Bros & Co In 1930, he joined the National City Bank in New York, of which his maternal grandfather, James Stillman, had once been president and chairman of the board. Rockefeller himself became president of the bank in 1952, and chairman of the board in 1959. He retired as chairman in 1967. During his tenure, the bank merged with the smaller First National Bank and took the name The First National City Bank of New York.

At the time of his death, Rockefeller had four children, fourteen grandchildren, thirty-seven great-grandchildren, and one great-great-granddaughter. Aged 102, he was America's oldest living Olympic champion, and the earliest living cover subject of Time magazine.

IMF dan WB adalah diasaskan oleh bank-bank ternama di USA dan Eropah termasuk CitiBank. Selepas WWII mereka memberikan pinjaman untuk pemulihan negara-nagara yang dilanda peperangan. CitiBank kemudian mencipa Kad Kredit untuk memperluaskan pinjaman mereka bukan hanya kepada Kerajaan malah rakyat seluruh dunia. Dalam krisis kewangan 1997, banyak anak-anak muda Melayu terjerat akibat hutang Kad Kredit ini. Pada masa itu Anwar menaikan bunga bank serta menurunkan tempoh keberhutangan NPL kepada 3 bulan dari 6 bulan. Akibatnya, negara dan rakyat menanggung rentetan kepayahan sehingga kini.


Roda Kehidupan:

Payah, susah dan sukar adalah tiga perkataan yang sering digunakan untuk menjelaskan maksud yang sama. Jika kepayahan itu terlalu berat, maka kata getir digunakan. Kehidupan Melayu di zaman pemerintahan British boleh dikira dalam kepayahan. Segala-gala sukar
diperolehi. Namun di zaman Jepun, segala-gala bertukar menjadi getir. Dalam waktu perang, lumrahnya pergerakkan rakyat tersekat. Bukan hanya kehidupan Melayu menjadi berat susahnya, namun Melayu juga perlu berhadapan dengan masalah kewujudan anasir ganas kominis dan susupan British dalam melawan Jepun. Miskin pula adalah status sosial yang menjelaskan keadaan hidup serba kekurangan. Pada awal kehidupan Melayu, rata-rata mereka dalam kemiskinan. Cuma biar payah, Melayu masih mampu hidup dengan bahagia. Inilah apa yang dinamakan biar miskin tetap bahagia. 
Biar miskin tetap bergaya. Filem-filem P Ramlee sering mengambarkan prihal ini.  Sesungguhnya nilai-nilai kemasyarakatan yang cukup prihatin, menjadikan Melayu biar miskin namun tetap utuh.  Cuma lewat waktu, khususnya di tahun-tahun 1950an - 1960an akibat pertembungan pelbagai faktor khususnya yang terkait dengan nafsu kapitalisma, maka konsep-konsep papa mulai muncul. Di tahun-tahun 1980an golongan ini dinamakan sebagai miskin tegar - hardcore poor. 

(2)    Dalam kehidupan 1980an lima perkara asas mesti dipenuhi dan jika kedudukan sebegitu tercapai, maka sesorang atau keluarga itu boleh dikatakan terkeluar dari garis kemiskinan. Manusia perlukan lima keperluan asas - kediaman, makanan, pakaian, kesihatan dan pelajaran. Di zaman batu - kediaman manusia adalah gua, makanan adalah hasil kutipan apa adanya serta berburu, sedang pakaiannya hanyalah dedaunan atau kulit yang diolah jadi cawat. Kesihatan pula cukup dengan akal-akalan bomoh. Pelajaran cukup sekadar anak-anak berlajar berburu atau masak dari kedua orang tuanya. Hidup cukup ringkas dan mudah. Di zaman batu, kemiskinan tidak wujud lantaran semua manusia pada masa itu berada dalam status sosial yang sama. 

(3)    Kini di era 2020an, keperluan asas kita telah banyak berubah. Rumah bukan lagi sekadar ada tetapi mesti kecukupan dan selesa. Makanan perlu melimpah, enak dan berzat. Pakaian perlu banyak dan berjenama. Kesihatan bukan hanya perlu terjaga malah harus terjamin bermutu. Pelajaran pula bukan hanya sekadar mampu membaca, menulis dan mengira malah sudah dianggap sebagai modal asas untuk membina kesejahteraan hidup yang lebih tinggi. Keperluan mobiliti sudah menjadi keperluan asas yang tidak boleh dinafikan
Basikal dan motorsikal bukan lagi keperluan mobliti yang asas, akibat cuaca serta jarak perjalanan yang jauh, paling-paling punya sebuah kereta kecil adalah menjadi keperluan mendadak masa ini. Kenderaan EV akan menjadi keperluan asas di tahun-tahun 2050an. Hiburan dan komunikasi sudah menjadi keperluan asas yang baru. Akibat tekanan kerja serta suasana kehidupan yang kian menyempit, manusia kini perlukan tempat atau suasana untuk mereka dapat bersantai dan saling berhubungan dengan bebas dan terbuka. Handphone sudah sangat diperlukan biar oleh seorang nenek yang tangannya sudah terketar-ketar. Di barat, keperluan sek telah menjadi keperluan asas mereka sejak 1970an. Barat menilai tekanan sek sebagai faktor yang boleh mencelaru banyak perkara. Makanya budaya Rock, dadah serta LGBT berkembang luas di sana. Cuma tanpa kita sedari, di Malaysia gejala ini sudah menular dan kian berkembang. Cuma adap Timur mengekang dari pembicaraan perkara ini secara terbuka. Namun saya yakin tekanan seksual sangat tinggi di negara ini dan ini dapat dilihat dari segala hal berkait dengannya yang kian berkembang. Chow Kit Road Dirty Street mungkin sudah hapus, namun Bukit Bintang kian menjelma menjadi Selom @ Patpong Street Bangkok. Sesungguhnya, tanpa banyak perbicaraan konsep "anak dara tua, janda berhias, malah bujang terlajak" adalah suatu konsep dalam adat Melayu betapa "pelampiasan seksual bermoral" adalah sangat-sangat perlu. 

(4)    Ringkasnya kepeluan asas kehidupan masa kini sudah berkembang meliputi bukan sekadar ada, tetapi dalam kualiti dan masa yang tepat. Rumah, makanan, pakaian, kesihatan dan keselamatan, pendidikan dan pekerjaan, mobiliti dan perhubungan, hiburan dan riadah serta sek atau berumahtangga adalah kebutuhan yang tidak boleh dinafikan. Semua ini sudah menjadi hak asasi manusia kini.

(5)    Saya melihat, kitaran hidup manusia akan berulang-ulang, jika tidak dalam jela 50 tahun, mungkin 100 tahun atau 1,000 tahun kemudian. Bermula sebagai manusia batu stone age people, bertemadun, punah dan kembali menjadi stone age - itu jika dilihat dari sejarah Barat. Dari sudut Islam, bermula dalam keyamanan mutlak - Syurga bagi Adam dan Hawa, lalu diturunkan ke bumi menjadi "stone age persons", membina temadun sehingga kembali sesat lalu punah dan yang berjaya kembali ke Syurga. Itu mungkin mengambil masa 1,000,000,000 tahun setelah Adam berdatang ke bumi.

Persoalan Pokok:

Di tahun 1970an, sebagai aktivis pelajar, Anwar Ibrahim melalak pasal kemiskinan. Baling,
Kedah yang terdedah dengan masalah susupan Kominis serta muka bumi yang rugged dan penduduk yang bertaburan dan terpencil, menjadi bahan utama jeritan kemiskinan Anwar. Baling pada masa lalu hanya sesuai untuk tanaman getah. Di zaman penjajahan Jepun harga getah tinggi. Bila tamat WWII, harga getah menjunam maka berlaku kemiskinan di Baling. Anwar menjerit rakyat Baling kebuluran. Kerajaan tidak berbuat apa-apa. Dan kita juga harus ingat, di tahun 1970an, Mahathir juga hilang sabar di atas kesabaran melampau Tunku. Pada masa itu, Mahathir cukup resah melihat gelagat Tunku yang agak lembab dalam menangani kesusahan dan kemiskinan orang-orang Melayu. Bezanya, Mahathir berperang dengan Tunku secara dalaman, Anwar memerangi Kerajaan di jalanan. 

(2)    Perkara yang ingin saya bicarakan, bukanlah soal Anwar atau Mahathir. Saya ingin bertanya dan menerokai apakah kemiskinan dan kepayahan ini akan ada titik noktahnya? Anwar berkata dia akan menoktahkan kemiskinan tegar di mana-mana semasa ghairahnya dia, dan kini, semua itu tidak nyata. Kemiskinan tegar di Selangor, Kuala Lumpur, malah Johor katanya akan terhapus pada 2026 ini. Di Sabah dikatakan akan terhapus pada 2028. Jika di Sabah boleh pada 2028, rasa-rasanya di Perlis, Kedah. Kelantan dan Kedah pasti boleh dibuat pada 2027. Cuma, cuba lihat, gelandangan kian meningkat di kota-kota besar di seluruh negara dan bukan hanya di Kuala Lumpur. Jadi sekali lagi apakah kemiskinan bukan sekadar kemiskinan tegar, apakah akan wujud titik noktahnya? 

(3)    Saya pernah satu kuliah dengan seorang teman dari Kyoto Jepun. Saya bertanya kepada beliau apakah masalah kemiskinan di Tokyo atau Kyoto sama dengan apa yang sedang berlaku di Denver, Colorado. Saya memetik Denver, sebuah metro skala sederhana dengan penduduk Anglo, Itali, Jerman dan Yahudi yang banyak dan bukan New York, Chicago
atau Los Angeles yang ramai pendatang asing. Dia seperti terpinga-pinga. "What do you mean by poverty?" soal dia kepada saya. Maka merujuk kepada Denver, saya katakan "Like those homeless and those being fed by the welfare system that they have here in Denver". Konsep di Jepun dan Singapura adalah sama. Selagi seseorang itu masih mampu bekerja, mereka akan disediakan pekerjaan setidak-tidak untuk menampung kehidupan mereka sendiri. Maka tidak heran jika kita santai memerhati di Changi dan bahkan di kota-kota di Jepun, mereka yang sudah membongkok tetap akan berkerja. Jika mereka sudah nyata tidak mampu bekerja maka mereka akan tinggal di ElderlyCare Center dan dijaga oleh negara. Biarpun perkara ini juga kian berkembangan di Malaysia, namun dalam masyarakat Melayu, kalangan menua lebih memilih untuk kembali ke kampung halaman dan menjalani sisa-sisa hidup mereka di sana. Namun lewat perubahan masa, saya yakin ElderlyCare Center akan menjadi keperluan asas di masa depan, buat menampung masalah kemiskinan juga penuaan bersendiri tanpa perlu menjejaskan kehidupan anak-anak dan keluarga lainnya.

(4)    Berasaskan peryataan dan pemerhatian saya di atas, saya yakin kemiskinan dan malah kemiskinan tegar tidak akan pernah ternoktah. Anwar berada dalam ilusi tamak kuasa politik untuk berkata sebegitu. Biarpun secara visionary itu tidak salah namun tetap cetek pandangan sebegitu. Kemiskinan relatif dan tegar tidak akan pernah pupus namun secara visionary praktikal kita boleh katakan bahawa kita akan memperkukoh dan memperluas usaha dan rencana dalam membantu mereka dalam kemiskinan relatif dan tegar. Kita tidak akan mampu menoktah miskin tegar dan miskin relatif, tetapi Kerajaan Malaysia patut mampu membantu sepenuhnya kalangan tersebut. Kita perlu berusaha keras dan jujur to make Malaysians feel good.

Naratif Noktah Ayaq Caq Anwar?

Bila kita bercakap tentang kemiskinan relatif, istilah itu sahaja sudah perjelaskan bahawa garisnya sentiasa berubah mengikut masa dan keadaan. Jika ongkos hidup meningkat, pastinya garis kemiskinan relatif juga meningkat. Maka jika pendapatan seseorang dan atau keluarga bersifat malar dan atau marginal peningkatannya berbanding ongkos hidup, maka kedudukan kemiskinan relatifnya akan kian meningkat. Inilah apa yang sedang berlaku di Malaysia kini. Biar di kalangan berpencen sederhana, usia sudah melanjut (pastinya selepas berumur 60 tahun), kesihatan kian goyah, sedang depreciation rate - susut nilai untuk segala-gala keperluan hidupnya kian meningkat - rumah, kereta, alatan kerja dsb. Secara demografi Malaysia sudah memasuki negera menua, maka tekanan kemungkinan kemiskinan kian melebar. Golongan tua kian menjadi bebanan kepada generasi produftif. Bahkan golongan tua boleh menjadi penghambat kepada kemajuan golongan produktif.


(2) Bahkan masalah kerjaya setanding kemahiran dan pendidikan juga sudah menampakkan kesenggangan yang amat memburuk. Semua ini memberikan tekanan terhadap kehidupan rakyat khasnya di kalangan M50 dan B30 kini. Tidak usah dibicarakan tentang miskin tegar. Miskin tegar bukan hanya atas faktur upah dan ongkos hidup tetapi masalah musibah serta kesihatan juga perlu diambil kira. Secara pribadi saya pernah membantu beberapa dari mereka dalam golongan ini. Tiada apa yang mampu mereka perbuat selain hanya terlentang berdoa. Apa lagi jika sekeliling dilanda kemiskinan ie untuk bertahan hidup sendiri-sendiripun sangatlah payah, maka kini kita dapati kalangan miskin tegar cukup papa kedana kehidupan mereka.

(3)    Maka kemiskinan relatif dan miskin tegar tidak akan ada noktahnya. Mengurang boleh, menoktah hanyalah  retorik self pleasing. Ianya tetap wujud biar di Sweden dan Switzerland sekalipun. Di UAE, Kuwait dan Oman sekalipun, kerajaan berbelanja besar untuk mengurus mereka ini. Jika diperhati di Mekah dan Madinah, ramai yang hanya mampu berjaja di kaki lima dan sentiasa berlarian lintang pukang dari buruan para polis dan penguasa di sana. Di Malaysia ini kini, Anwar sentiasa mengeluarkan naratif yang menjanjikan bulan dan bintang, biar yang terjangau hanyalah ayaq caq kata orang Kedah, air juruk kata Melayu Sarawak atau air kumbahan dapur dalam Melayu bakunya.

(3)    Pastinya ada asas yang kukuh bila mana Allah menetapkan bahawa asnaf paling afdal dalam soal kebajikan Islam adalah para fakir miskin. Saya yakin Allah sengaja mewujudkan kalangan miskin, dhaif dan melarat untuk melihat setidak-tidaknya "siapa Anwar sebenarnya" jika tidak untuk menguji di mana Iman dan taqwa kita.

Bagaimana dengan kepayahan?

Tiada apa yang sukar, sulit, payah buat Allah. Dia maha berkuasa. "Kun" kataNya maka menjadilah. Namun cuba kita ingat. Bila Allah hendak mencipta Adam AS, maka Malaikat menyanggahNya. Iblis pula terang-terang menentang sampai ke Kiamat. Ada 'glich" nya dalam usaha Allah menjadikan Adam AS. Ini adalah petanda bahawa bersama manusia, Allah akan senentiasa "mempersulitkan untuk ujian hidupnya". 

(2)    Pemahaman saya, susah, payah, sulit, getir tidak akan pernah ternoktah. Malah jika diikuti dalam Al Quran, selagi kita beriman, pada setiap ketika kita diuji. Tergantung di mana Allah mahu meletakkan martabat kita akhirnya, ujian itu boleh saja bersekala kecil, sederhana malah berat. Juga ujianNya boleh bersifat sangat cepat seperti digigit semut atau lama dan berjujukan tanpa henti dan malah kian berat seperti halitar sambung menyambung dan diikuti dengan ribu dan banjir melanda. Cuba ingat, ujian Allah ke atas Muhammad SAW, apakah jauh lebih ringan dari ujian yang perlu dilalui oleh rakan akrabnya Abu Bakar Assidique? Dan apakah kedudukan Abu Bakar jauh lebih mulia dari SAW? Abu Bakar asalnya billionaire, namun akhirnya menjadi Khalifah yang miskin. SAW sedari janin miskin, sehingga wafatnya, tetap miskin. Maka jika kita faham akan prinsip yang Al Quran ketengahkan, maka kemiskinan dan kepayahan adalah ujian bagi mereka yang berIman dan atau pemimpin. Jika kita ikhlas dan tekad mendepaninya, ianya tidak akan pernah terhenti, malah mungkin jauh lebih melebar, namun kejayaan hakiki di sisi Allah adalah tekad dan kejujuran kita yang mutlak. SAW dan Abu Bakar (juga Umar, Othman dan Ali) semua mereka zuhud dan berakhir dengan kemulian yang tiada tolok bandingnya. Allah sengaja menimbun segala kepayahan dan kesulitan kepada SAW dan para sahabahnya, sebagai jalan memberikan mereka kemenangan terhebat.

(3)   Bagaimana rupa Vietnam di tahun 1970an. Hancur dibom Peranchis dan Amerika. Rakyat hidup merempat. Bagaimana rupa Filipina di tahun 1970an. Filipina di tahun 1970an adalah antara negara maju bertaraf dunia. Kebalikan dari Vietnam. Kenapa? Kerana pada masa yang sama, Filipina (dan Thailand) menjadi sekutu kuat USA dalam meranap Vietnam. Kehadiran bala tentera USA di Filipina membawa kemewahan kepada rakyat Filipina khasnya para perempuan mereka. Sebegitu juga di Thailand. Filipina dan Thailand bermewah dalam derita rakyat Vietnam dari pembantaian USA dan sekutu Baratnya. Kini Vietnam sedang mengatasi Malaysia dalam banyak hal, apakah mereka sudah dapat membebaskan diri dari kemiskinan dan kepayahan? Lihatlah bangsa Cham (Melayu) di tasik Tonle Sap, saya yakin kehidupan mereka kekal papa dan payah biarpun Vietnam kian makmur dan maju jauh.

(4)    Saya yakin, demi untuk berjaya, kepayahan dan kemiskinan tidak akan pernah terhapus. Dari sudut materialisma, biar kapitalisma, sosialisma, dan komunisma, semua mereka telah
gagal dalam membasmi kemiskinan relatif, kemiskinan tegar malah kepayahan kehidupan rakyat mereka. USA negara paling modern di dunia, masalah kemiskinan kian berkembang di sana. China telah berjaya dalam meningkatkan martabat kemajuan mereka, namun masih jauh untuk China mampu membebaskan rakyatnya dari kemiskinan. Di Jepun, biar kata miskin itu asing buat mereka, namun akibat penuaan, kemiskinan juga sudah mulai bertandang dalam kehidupan mereka. Cuma bezanya, Jepun cukup siaga dalam prihal tersebut, maka segalanya dapat diatasi. Di negara-negara Islam, Oman, Kuwait dan UAE mungkin adalah negara-negara yang berpunya sistem untuk mengatasi perkara ini dengan baik. Cuma jika perang Iran-USA berlanjutan, kepayahan hidup mereka pasti akan menjelmakan kembali kemiskinan di dalam kehidupan mereka. Cuba fikirkan agak-agak kapan kesengsaraan dan durjana di Gaza, Syiria, Lebanon, Iraq, Libya dan malah di Afghanistan akan berakhir? 

(5)    Di dunia Islam, kemiskinan pernah "terhapus" iatu pada tahun 717-720 untuk tempoh 30 bulan di bawah pemerintahan cucu Umar Al Khataab iaitu Umar Abdul Aziz. Sebelumnya dan selepas itu Kerajaan Muawiyah Damshek (dan Abbasiyah Baghdad) kegilaan dengan perluasan dan kenaikan cukai kerana terpengaruh oleh cara pentadbiran Byzantine dan Farsi.  Allah sengaja Dia mencipta pertunjuk agar Umat Islam sedar dan harus tekad berkeperibadian Islami, namun itu biar Anwar tidak perdulikan. Yahudi di Babylon pada 50BC telah mempengaruhi cara perniagaan dan kewangan Rom dan Farsi di mana riba sudah mulai mereka perkenalkan. Kegemilangan Islam punah hasil dari serapan kapitalisma dalam budaya kita.

(6) Maka dari sudut Islam, kemiskinan dan kepayahan itu akan terus wujud jikka kita amalkan selain Islam. Kemiskinan dan kepayahan dalam Islam bukanlah suatu masalah. Semua itu hanyalah ujian. Lantaran ujian, maka pasti ada titik noktahnya. Juga lantaran ianya adalah suatu ujian, maka proses menjalanani ujian itu harus betul pada syariat Allah. Khasnya Abu Bakar Al Siddique dan Umar Al Khataab berusaha keras dalam membasmi kemiskinan sehingga diri mereka jatuh miskin namun usaha mereka hanya terbukti dapat dijayakan oleh Umar Abdul Aziz. Kenapa di zaman Abu Bakar dan Umar mereka gagal tetapi di era Umar Abdul Aziz pula dia berjaya? Di era Abu Bakar dan Umar, Kerajaan Islam masih lemah dalam segala hal. Di zaman SAW dan empat khalifah besarnya, mereka tekad dalam membentuk asas-asas tauhid dan budaya Islami yang betul. Mereka bergelut dalam membina manusia-manusia Islami kental. 

(7) Di era Abdul Aziz, Kerajaan Islam berada dalam kemakmuran. Cuma bila dalam kemakmuran, Umar melaksanakan syariat Islam sepenuhnya. Riba dan cukai berlebihan dihapuskan dan dia sendiri mengamalkan kehidupan "miskin - zuhuid" seperti datuknya. Maka seperti janji Allah, jika kita benar, segala kesulitan adalah kekuatan yang tiada tolok bandingnya. Itulah janji Allah dalam Al Isyarah 5-6: Fa inna ma'al-'usri yusra dan Inna ma'al-'usri yusra: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan dan sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"

(8)    Sejak 1997 negara dilanda krisis ekonomi berat, bermula Ogos 1998 Anwar menghantui Masjid Negara dan Padang Merdeka dengan reformasi yang katanya akan bersambung selepas 2027 nanti, pada 2009 kita mulai menerima akibat dari pengurusan 1MDB yang berat sehingga kita tersyohor sebagai negara paling kleptokrat pada 2017, pada 2019 kita pula diterjah oleh Covid 19, lalu kini sejak Feb 2024 ganguan bekalan minyak dunia mulai terasa sehingga tercetus perang Iran-Israel-USA pada 27 Feb., 2026.

(9)  Sulit dan kepayahan lalu jika dihadapi dengan penuh kelalaian maka kemiskinan akan menjelma hebat. Sesungguhnya puncak kepayahan di dunia kini kian mengila bila mana jika kita perhati betul-betul dari gelagat tiga pemimpin strategis dunia. Pertama USA, Trump sebagai pemimpin paling hebat dunia, mencipta Trump's Dance atas lelah dilanda payahnya dia. Kedua, Prabowo atau saya gelar bebagai WoWo juga telah mencipta tarian Gajah Miring dalam lelahnya dia berdepan masalah rakyat Islam terbessar dan strategis di dunia. Tidak lupa, di bumi ini, Anwar yang ingin saya perkenalkan sebagai War-War atas sikapnya suka war-war retorik juga sudah joget-joget ikut-ikutan Trump dan Prabowo. Malaysia yang geopolitik strategis, Anwar tidak bangun pada sekadarnya demi manafaat optima Melayu yang kian tersisih and menyisisih.

Epiloq:

Pada 3 Sept., 2026 saya diundang oleh teman akrab sedarjah saya di tahun 1973-75 untuk menghadiri Majlis Nikah anak sulongnya. Teman-teman lain sudah bercucu dan ada yang bercicit, teman ini baru hendak bermenantu. Dia sendiri menikah pada usia 40 tahun. Kenapa? Semasa anak-anaknya dia diselubungi kepayahan. Semasa remaja dia bergelut untuk menaikkan pencapaian akademik dan kemahirannya. Melalui jalan susah, dia akhirnya dapat lolos sebagai pendidik serta kemudian dapat menjadi Guru Besar. Alhamdullilah kehidupannya kini sangat membaik namun lain-lain ahli keluarganya terus tertekan lantaran masalah kesihatan dan sebagainya.

(2)    Pada malam 4 Sept., 2026, seorang teman yang sudah "sangat berjaya" dalam ukuran banyak kalangan M40 Melayu, mengundang saya untuk bersama menyelesaikan masalah tanah di kampung ibunya. Pada malam itu dia mengundang sekitar 10 keluarga yang dapat mewakili majoriti penduduk kampung tersebut bagi melihat bagaimana prihal tanah mereka perlu diuruskan. Tanah Kampung yang mereka duduki mempunyai satu geran. Di dalam geran tersebut terseranai para pemiliknya dengan peratus milikan yang mereka miliki. Tiada angka mutlak luas tanah yang mereka miliki serta tiada pernyataan kedudukan tanah masing-masing pada geran tersebut. Maka lewat waktu, berlaku pertukaran milikan tanah sejak berkurun, dan ini pastinya menimbulkan banyak pertelingkahan antara mereka sejak akhir-khir ini lantaran sudah semakin banyak rumah dibina serta berkeadaan lintang pukang. Rata-rata penduduknya adalah mereka yang hanya mampu "kais pagi makan pagi". Majlis Kerajaan tempatan pula saya kira lepas tangan dalam memperbaiki "nuansa perkampungan" tersebut. Jalan kecil, tidak berturap, bengkang bengok, berlonbang-lobang - bagai segala jantung yang bolong merata.. Street lightining pastinya terabai terus. Perparitan tiada. Kutipan sampah pastinya tidak terurus. Kebetulan pada malam itu ada hujan dan "sengsara" kehidupan jelas mirip Mumbai Back Street. Kampung ini terletak di persekitaran perbandaran yang seharusnya mengambil usaha untuk meperbaiki keadaan. 

(3)  Pertama saya nasihati penduduk tempatan membentuk suatu Jawatankuasa bersama dalam mengatasi masalah mereka. Grekan ini tidak wajar hanya dilakukan oleh sekelopok kecil apa lagi seseorang sahaja. Seluruh penduduk perlu terlibat dan faham akan kesan tindakan atau kelalaian mereka. Kedua, dengan kesepakatan yang padu, mereka perlu melantik Jurukur bertauliah untuk mengukur, menetukan dan memeta lot rumah masing masing dan perlu mengikut peratusan agihan seperti di dalam geran. Kemudian, Jawatankuasa berkenaan secara bersepadu mengemukakan pelan lot-lot tersebut untuk diiktiraf serta wartakan oleh pihak-pihak berkenaan. Kemudian mereka juga boleh mengunakan juruukur berkenaan untuk membuat Layout Plan untuk Kampung tersebut dan mengemukakannya kepada Majlis Perbandaran untuk diwartakan. Dengan cara-cara ini, milikan lot akan jelas serta keperluan asas Kampung dapat dibangun dengan lebih teratur. Cuma disebabkan masalah "kemiskinan" - saya kira Ringgit dan otak, maka saya tidak menjawab secara langsung akan masalah tidak berakhir tersebut, dan juga waktu sudah mencapai jam 00:00 melainkan hanya berkata: "Berpegang teguhlah kepada tali Allah", dan senentiasa ingatlah pesanan nenek datuk kita: "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat; ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dan sesal dulu pendapatan. sesal kemudian mampuslah sendiri".

(4)    Saya kini kian menyadarari, segala masalah kepayahan dan kesusahan umat Melayui adalah bersebab pemimpin (dan penjawat) Melayu sudah kian lupa, bahawa Muhammad SAW berjaya membebaskan umat Islam dari segala kedungguan dan kesulitan adalah dengan berdisiplinkan Islam. Muhammad SAW (dan empat khalifah besar) biar boleh, dia menghidar kemewahan hidup duniawi. Pemimpin dan penjawat kini, sudah kian sibuk untuk senang sendiri-sendiri kini dengan lupa, anak cucu cicit mereka esok-esok bagaimana?

Kuching-Kota Bharu-Putera Jaya
26/8 - 17 Sept., 2026

2/7/2026 HUT DAN MASA DEPAN SAMARAHAN

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 24, 2026
PROLOQ:

Saya tamat pengajian dari UKM sekitar Jun 1984. Semenjak itu saya mendapat beberapa tawaran berkerja di Kuala Lumpur. Namun hati saya tidak tergerak untuk segera bekerja. Saya mulanya dilamar oleh MARDI Serdang atas thesis Orkid Batu Kapur yang saya buat, saya tolak. Bujang Ulis yang berupa Ahli Parlimen Simunjan dan sangat saya kenali sebagai pengiat pelajar semasa di UKM, juga mengajak saya untuk bersamanya di Kementerian Perusahaan Utama, juga saya tolak.  Saya pulang ke Kampung dan juga tidak berminat untuk terus melamar kerja seperti semua rakan-rakan sebaya saya. Menaiki bot dari Kuching sekitar jam 0800 dan sampai di Kampong sekitar jam 1200, air Batang Sadong agak kecil, low tide maka saya terpaksa naik ke tebing dengan bergelut dengan selut sungai yang becak
sehingga ke lutut. Dalam perjalanan dari pangkalan ke rumah datuk saya, saya singgah di dua buah kedai Cina - satu namanya Godang, yang terletak di muara Sg Terasi, dan tawkey Cina Godang cukup kenal akan saya kerana dia juga sangat akrab dengan ayah serta keluarga ibu saya. Dari Godang, saya terus berjalan ke sebuah lagi Kedai Cina yang terletak benar-benar di Kampung ibu saya, Kg Terasi. Dari Godang ke kedai Cina satu lagi perlu berjalan lewat denai semak sekitar 30 - 45 minit tergantung keadaan jalan. Di situ saya singgah sebentar untuk melepas penat. Semasa singgah, towkey Cina yang dipanggil Atat (mungkin nama sebenarnya Ah Tatt) tidak kenal akan diri saya lalu bertanya siapa saya dan dari mana. Saya sebutkan nama datuk dan ayah saya. "
Haiya, lu sudah busat. Sudah habis sekolahkah?" teriak towkey itu pada saat saya habis memperkenalkan diri saya. "Apa macam dagang sini sekarang?", balas saya untuk melanjut bicara. "Hai ya dari lu punya mama masih budak sampai lu sudah busat ini macam, ini kampung tarak maju langsung. Hilup tidak, matipun tidak", balas beliau. Ironinya, dia dapat pula hidup dan kekal berniaga di situ sejak zaman Jepun lagi. Inilaha apa yang kialangan Youtuber Cina katakan: "Cina berniaga mana pernah untung, terutama dekat-dekat Gong Xi Fatt Choi".

(2)   Di Kampung, seawal hari kedua saya mulai mengunjungi rakan-rakan saya di sekolah
rendah dahulu. Alhamdullilah pada masa itu, bertaraf seorang siswa, kepercayaan rakan-rakan dan keluarga mereka adalah sangat tinggi. Kampung saya adalah antara pengeluar kopra, koko dan kopi yang besar di daerah kecil Pendam. Kami adalah pengeluar biji koko kering yang terbesar sebenarnya. Lewat Berita RTM Sarawak Jam 1800, saya serig mengikuti harga harian kopra, koko dan kopi. Apa yang saya dapati beza harga bagi setiap 100 kati atau 60 Kg yang ditawarkan oleh kedua-dua kedai Cina tersebut adalah antara RM30.00-50.00. Itu sangat jauh nilainya. Ongkos hantaran ke Kuching adalah dalam RM3.00 bagi setiap 100 kati. Bayangkan itu pada nilai semasa Dollar U$D bersamaan RM2.50, jika kini U$D bersamaan RM4.20, maka nilai perbezaan harga adalah pada RM50.00 - RM85.00 suatu nilai cekekan para litah darat  yang sangat membebankan. Saya bertekad mahu merobah prihal tersebut.

(3)  Sebagai graduan UKM serta bersekolah aliran Melayu penuh di Kelantan dan Kedah, kesedaran saya tentang himpitan kemiskinan cukup "membara". Bersekolah di Ulu Kelantan kemudian ke Kubang Pasu iaitu Jitra, dan berasal dari Simunjan, isu kemiskinan
sememangnya mudah untuk saya mengerti akan sebab dan musababnya. Masalah lintah darat adalah salah satu punca besarnya. Komoditi rakyat dibeli murah, keperluan rakyat pula harga kian menaik. Sudahlah rakyat miskin, bebanan hidup mereka terus saja tertekan. 
Maka saya
berkeliling kampung untuk mengerakkan masyarakat Kampung untuk mencebur diri dalam perdagangan biarpun secara kecil-kecilan dahulu. Mereka pada dasarnya bersetuju, namun mati akal bila timbul soal modal. Namun itu dapat saya atasi, dengan membentuk kerjasama JV tidak rasmi antara saya dengan rakan Cina dengan gelaran Ciku di Pasar Pendam yang suatu ketika dahulu menumpang bersawah di tanah datuk saya di Simunjan. Hasil bersawah itu beliau dapat membina kedai di Pendam dan antara 30 orang pedagang Cina yang mempelopori pelbagai jenis perniagaan di sana sejak 1950an. Pada 1985 saya bangunkan sebuah Koperasi dan dapat menyatukan seluruh penduduk kampung saya serta kampung-kapung tetanga dalam memasarkan terus hasil keluaran kampung ke Kuching. Bersama masyarakat Kampung, kami membina kedai runcit dan ianya berjalan baik sehingga 1996. Kini bangunan Koperasi telah diubah menjadi Tadika KEMAS.

(4)    Kehidupan di Pendam (kemudian pada 4 Ogos, 1998 dinamakan sebagai Sadong Jaya)  - serta seluruh persisir Samarahan pada 1960an adalah cukup payah. Kehidupan rakyat sangat ditentukan oleh alam iaitu air pasang-surut. Di musim pasang kecil, rakyat bertani atau menyadap untuk membuat gula dan garam nipah. Pada masa air pasang besar, mereka mengerjakan kelapa dan ke laut sebagai nelayan.  Mahu ke manapun, lantaran perlu berperahu atau bot, waktu air pasang surut sangat menentukan segala waktu dan pola perjalanan mereka.  
Air bah limpahan pasang besar air laut masin cukup membatas kemajuan pertanian di seluruh persisir Samarahan pada masa itu. Sebelum 1972 seluruh persisir Samarahan sering dilimpahi bah air masin terutama di tanggal 13-17 dan 29-1 takwin Islam. Pada tanggal-tanggal tersebut berlaku full moon atau anak bulan baru terbit. Pasang besar berlaku pada masa itu. Persisir Samarahan dan seluruh persisir Sarawak sebenarnya berada 0.5-1.0 meter di bawah paras laut (MSL). Bentuk mukabumi sebegini ada rahmatnya juga besar cabarannya.

(5)    Tonggak ekonomi rakyat sekitar 1980an adalah pembalakan serta segala macam kerja perborohan perusahaan terutama berkait dengan produk kayu. Pertanian dan perikanan hanyalah suatu perekonomian  ayam kampung - kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

PENUBUHAN BAHAGIAN SAMARAHAN:

Saya tidak pernah peduli bila Bahagian Samarahan ditubuhkan. Pada 24 Julai, 2026 saya
sholat Jumaat di Masjid Daerah Kecil Sadong Jaya dan khutbah khas telah dibaca sebagai memperingati penubuhan Bahagian Samarahan pada 24 Julai, 1986 dahulu. Tarikh ini, mungkin Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, Ahli Parlimen serta ADUN Muara Tuang (nama asal Kota Samarahan) sengaja anjak dua hari selepas HUT Sarawak pada 22 Julai, 1963. Khutbah tersebut merungkai sekilas lalu tentang susah payah dan kejayaan besar terkini Bahagian Samarahan yang terdiri dari Daerah Simunjan (Sebuyau, Simunjan, Pendam dan Gedong), Asajaya dan Samarahan. Sebelum ini semua daerah-daerah ini dirangkumkan ke dalam Bahagian Kuching. Kini Bahagian Kuching telah dipecah menjadi tiga Bahagian iaitu Kuching (merangkumi Kuching, Bau dan Lundu), Samarahan (merangkumi Samarahan, Asajaya dan Simunjan) dan Serian.

(2)  Tujuan tulisan saya ini adalah untuk mengimbau kembali keadaan sosio-ekonomi Samarahan sejak penubuhannya pada 24 Julai 1986 sehingga kini. Kebetulan saya memasuki Pentadbiran Kerjaan Negeri Sarawak pada 1 Okt., 1986 dan di tempatkan di Unit Perancang Negeri, UPEN dan tugasan utama saya adalah membantu dalam merancang, menyelaras dan memantau Pembangunan Luar Bandar dan Pertanian Sarawak. Simunjan dan Samarahan pada awal 1980an adalah antara daerah-daerah yang parah dilanda kemiskinan. Selain kawasan-kawasan pedalaman, kawasan-kawasan persisir Sarawak cukup hebat dilanda kemiskinan. Sungai-sungai berseliratan memisah-misahkan kawasan persisir, ditambah pula kawasan-kawasan paya gambut dan paya bakau yang luas serta sering dilanda bah, menjadikan kehidupan rakyat menjadi bertambah sukar. Kehidupan mereka penuh getir dan mencabar.

(3)   Merenung kembali akan tempoh kerjaya saya di sektor awam sepanjang 1986-2011, biar kelulusan saya adalah di bidang Botani, namun ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan tugasan merancang, menyelaras dan memantau Pembanguna Luar bandar dan Pertanian, dan kehidupan silam yang penuh susah dan getir, semua itu bukan kebetulan. Allah menetapkan kudrat saya sebegitu dan tanpa sedar saya telah terprogram untuk bergemulang untuk membebaskan setidak-tidak masyarakat luar bandar persisir Sarawak dari belengu kemiskinan yang parah. Juga bukan kebetulan, hampir seluruh rakyat Melayu Sarawak mendiami kawasan persisiran yang cukup mencabar untuk mengurusnya.

(4)  Selepas penubuhan Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengusahakan pembangunan kawasan tebatan banjir di seluruh Sarawak di bawah pembiayaan ADB - di Lawas, Matu Daro, Simanggang dan Nonok. Untuk daerah kecil Nonok, pembangunan Tebatan Banjir Nonok ( kemudian pada 1970 ditukar menjadi Asajaya) dijalankan berbagai projek pemula secara berperingkat-peringkat sejak 1972.


(4)    Pada 1980an, untuk ke Kota Samarahan, samada saya perlu melalui Jalan Muara Tuang Lama yang sempit, bengkang bengkok serta memakan masa lewat Bt Tujuh-Jalan Lama Penrisen, jika bertolak dari Kuching pada jam 0800, sampai tak sampai di Kota Samarahan
sekitar jam 1100-1200. Jika tidak, dari Kuching saya akan menaiki bot laju 120-180 hp merentasi segala denai (lobak) pada air pasang besar seawal jam 0600 pagi dan harus kembali pulang selewat-lewat jam 1700 petangnya. Memang seronok membelah hutan bakau ini, namun jika tersesat atau kandas, panas, hujan, agas dan nyamuk akan menyerang gila. Jika saya hendak melawat ke Asajaya, saya mesti menaiki bot serta harus bergantung penuh kepada jadual air pasang-surut. Pada masa itu semua tugasan perlu perancangan logistik yang rapi terutama bila melibatkan tinjauan ke tapak. Penjagaan masa menjadi sangat kritikal. Cuma lantaran saya biasa dengan keadaan kampung, hidup dalam serba kekurangan, segala kepayahan ini adalah suatu pengalaman yang cukup menyeronokan. Dari 1986-2002 saya bergelut bersama segala agensi dalam usaha membangunkan Kota Samarahan dengan segala pembangunan asas, kini seluruh Bahagian ini sedang mengalami lonjakan pembangunan yang cukup dinamis.

(5)    Sesungguhnya, di sepanjang 1986-1990an, akibat masalah jalan perhubungan yang belum bersambung sempurna, banyak kerja-kerja lawatan saya ke kawasan persisir dan pedalaman Sarawak adalah menggunakan jalan air. Biar payah dan mencabar, namun ada indahnya. Setidak-tidak semua kepahitan itu adalah detik-detik indah yang saya rindukan dalam keadaan kini yang agak serba mudah dan selesa.

(6)    Pada tahun 2002-2011, sebagai Pengurus Besar salah sebuah GLC Sarawak, tugasan besar saya adalah dalam membawa segala bentuk pembangunan bandar dan luar bandar ke seluruh Bahagian Samarahan (dan Sarawak). Tumpuan kita adalah menyemarakkan perladangan dan pekebunan sawit. Sawit telah Sarawak gunakan sebagai strategi paling berkesan dalam memperbaiki pendapatan rakyat di luar bandar.

SUMBANGAN TANGAN KECIL:

Usaha transformasi gigih Taib ke atas Kota Samarahan bermula dengan memisahkan wilayah tersebut dari Bahagian Kuching menjadi Bahagian tersendiri pada 24 Julai 1986. Dengan menaik taraf sebagai Bahagian, maka pusat khidmat agensi-agensi penting dapat ditubuhkan di Kota Samarahan. Jika tidak segala urusan perlu dilakukan di Kuching dan ini amat menyylitkan rakyat. Perbandaran Kota Samarahan Taib rancang sebagai sebuah pentagon. Agensi-agensi penting peringkat Bahagian dibangun di keliling pentagon. Langkah ini kemudian disusuli dengan pembukaan Universiti Malaysia Sarawak pada 1993. Lalu disusuli dengan penempatan Kampus UiTM Sarawak di Kota Samarahan pada 1997. Kemudian  diikuti oleh pembukaan IPG Kota Samarahan pada 1 Jun 1999. Institusi pentadbiran dan pendidikan Taib alatkan sebagai pemula pembangunan pesat Kota Samarahan.

(2)    Pada sekitar Jun 1999 saya telah ditugaskan untuk membuat review akan masalah kelembapan pertubuhan Kota Samarahan.  Alhamdullilah atas kemampuan saya untuk mengkritik secara tepat akan kelemahan pembangunan Kota Samarahan itu pada masa itu, maka pada Sept 1999 saya telah diminta untuk menjadi Residen Bahagian Bintulu bagi mengurus segala macam gelaja sosio-ekonomi di sana. Dalam taklimat kepada Taib, saya telah mengemukakan beberapa galang pokok ke atas kelembapan pembangunan di Kota Samarahan biar pelbagai usaha dan pelaburan banyak telah Taib curahkan. Di antara kritik saya yang utama adalah disjointed Kota Samarahan urban development fabrics maka urban fabrics strong linkages perlu dibuat; kedua Kota Samarahan devoid of strong social infrastructures bagi menarik rakyat untuk mendiami Kota tersebut, hakikatnya sebuah kota belum terwujud biarpun sektor
pekerjaan sudah berkembang baik. Pada 2002, Taib sekali lagi merunggut kepada saya tentang lembabnya Kota Samarahan. Kali ini, saya jelaskan kepada beliau, Kota Samarahan berpunya young population yang tinggi. Namun kuasa untuk mengekal dan menarik mereka untuk kekal di Kota Samarahan adalah lemah. Kota Samarahan perlukan an urban focal place - untuk shopping, leisure and entertainment. Pada Jun 2013, Summer Mall beroperasi di Kota Samarahan dan ianya menjadi kayukuran kemakmuran Bahagian Samarahan. Seiringan dengan itu, kawasan perumahan Desa Ilmu telah diperluas dan pelbagai pusat komersil kini sudah beroperasi penuh. Dari Kampung, saya hanya perlu memandu sekitar 40 KM untuk menikmati juadah-juadah enak - Susi, Korean Foods, Thai Foods, segala Western Foods dan sebagainya makanan-makanan segera dan membeli belah segala keperluan modern lainnnya.

(3)    Sesungguhnya pembangunan ekonomi wilayah - regional economic development - yang meluas, khasnya lewat perladangan dan perkebunan sawit yang meluas di seluruh pedalaman Samarahan khasnya di Asajaya dan Simunjan telah menyumbang hebat kepada peningkatan kuasa beli dan kemakmuran penduduk temnpatan. Ditambah dengan jaringan jalan serta jambatan, mobility penduduk pula menjadi semakin mudah serta meluas. 

(4)    Akhir-akhir ini saya mulai berfikir, apa yang membuat Taib agak kurang senang dengan kelembapan kemajuan Kota Samarahan sekitar 1999-2010. Kini saya dapat mengagak. Pada
2002, dalam perbicaraan santai saya bersama Taib, dia menegaskan untuk memindahkan Kawasan Perindustrian Pending ke Kota Samarahan iaitu bersebelah dengan Jambatan Samarahan. Saya dapati, kawasan perindustrian baru ini, hanya kini baru tampak kegiatan aktifnya. Saya menjangka fakturnya adalah kerana tarikh tamat operasi Perindustrian Pending sudah hampir tamat, juga Kota Samarahan sudah membangun hebat dan di bawah pentadbiran Abang Johari, beliau akan membina Lapanganterbang dan Pelabuhan Baru sekitar 20 KM dari Kawasan Perindustrian ini. Saya menduga, Taib ingin Industri agak kotor di Pending segera pindah dan Bandaraya Kuching akan dapat dibangun sebagai Healty City tulin. Kedua, kepesatan Kota Samarahan boleh menjadi penampan yang baik bagi mengelak terlalu ramai penduduk dari luar bandar hijrah memasuki Kuching. Dengan harga tanah yang mahal, penghijerahan ini boleh menekan segala kemudhan sosial di Kuching. Kota Samarahan mampu menampung kehadiran mereka ini lantaran Kota Samarahan masih berupa kertas putih bersih. 

(5)    Langkah Abang Johari dengan menempatkan Terminal ART bersebelahan Kawasan Industri Kota Samarahan serta kemudian dihubung terus ke Lapangan Terbang dan Pelabuhan Laut Dalam baru di Tg Embang, yang jaraknya sekitar 15-20 KM dari Terminal tsb pasti akan menjadikan Kota Samarahan sebagai kawasan perindustrian baru Sarawak dan pasti mempunyai kelibihan logistik yang lebih baik berbanding dengan mana-mana kawasan
di seluruh Sarawak. 
 ART bukan hanya akan memudahkan perjalanan massa di Bandaraya Kuching, namun yang lebih utama ianya dapat menyurai serta memudahkan pergerakan para pekerja perkilangan sejauh Santubong-Bako-Buntal ke Kota Samarahan. 

(6)    Semasa di UPEN dari 1986-2002, dan kebetulan tahun kemasukan saya pada 1 Okt 1986 adalah permulaan perlaksanaan RMK5 (1986-1990) saya telah bekerjasama erat dengan JPS Sarawak untuk memperluaskan Projek Tebatan Banjir Asajaya untuk meliputi Daerah Kecil Sadong Jaya yang kemudiannnya dikenali sebagai Asajaya DID Scheme Block IV. Projek ini meliputi seluruh Daerah Kecil Sadong Jaya yang meliputi kawasan Semera, Jemukan, Iboi-Pelandok, Sadong Jaya dan sehingga ke Sebuyau - Ensengei. Kemudian dari hasil Kajian Prefeasibility Study Sebangan-Bajong Integrated Development Plan yang saya ketuai bersama-sama segala agensi teknikal, pada RM6 (1991-1995) saya juga telah dapat mempengaruhi pihak MoA untuk membiayai perluasan projek tebatan banjir ini
untuk meliputi Sebangan-Bajong-Sebuyau secara 50:50 funding bersama Kerajaan Sarawak. Lanjutan dari ini, projek tebatan banjir ini juga terus diperluaskan ke Simunjan. Dengan perluasan Projek Tebatan banjir ini, pulohan ribu tanah pertanian menjadi sangat subur dan lebih mudah dibangunkan secara komersil. Maka pada 2002-2011 semasa di GLC saya mengerakan pelaburan swasta ke kawasan-kawasan ini serta mengerakkan FELCRA dan MPOB untuk membantu mengembangkan tananam sawit di kalangan pekebun-pekebun kecil di seluruh Persisir Samarahan (dan Sarawak). Kesannya, pendapatan rakyat luar bandar berkembang baik dan kadar kemiskinan kian menurun. 

(6)    Kini setiap kali memandu pulang dari Kuching ke kampung, saya akan perhatikan segala perubahan yang kian melanda seluruh perjalanan sekitar 70-80 KM tersebut. Saya sedikit sebanyak sangat bersyukur melihat kehidupan rakyat sangat membaik dan mereka terus berusaha untuk bertambah lebih baik. Rumah-rumah kayu bukan hanya telah bergantian, namun banglo-banglo desa kian bercambah. Jika dulu motorsikal lebih banyak dari kereta, kini rakyat sudah mula memilih pickup untuk urusan harian mereka. Setidak-tidak a good country living kian muncul di persisiran Samarahan.

(6)    Pada 1990 juga Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan Yugoslav dalam mencari jalan untuk membina jalan atas batas-batas tebatan banjir. Dengan teknologi geo-textile akhirnya jalan perhubungan dapat dibangun ke seluruh persisir Samarahan. Pada 16 Okt 2016 Kerajaan Persekutuan menyiapkan jambatan Batang Sadong. Pada 8 Jun 2018 jambatan Samarahan pula disiap dan dirasmikan. Kedua-dua jambatan ini membuka persisir Samarahan kepada rentak pembangunan yang lebih besar. Sesungguhnya dengan terbinanya kedua-dua jambatan ini menjadi salah satu faktur utama dalam melonjak hebat pembangunan di Kota Samarahan. Dalam ulasan saya kepada rakan saya di UPE JPM pada 2009 dalam perumusan Semakan Separuh Penggal RMK9 (2006-10) bila ditanya antara Jambatan Sadong dan Samarahan, yang mana dulu harus Kerajaan Pusat biayai? Jawab saya mudah, harus Jambatan Sadong dulu, kerana jambatan itu akan membuka Kota Samaraha kepada larger regional economic catchment, juga telah wujud jalan alternatif dari Kota Samaran ke Asajaya. Perhubungan Asajaya-Simunjan perlu diwujudkan agar regional development disparity di kawasan tersebut dapat dikecilkan. Langkah ini, kini saya dapat perhatikan sebagai langkah strategik yang betul.

MASA DEPAN CERAH SAMARAHAN:

Keberadaan kepelbagaian kaum di Samarahan - Melayu, Iban, Bidayuh, Cina, Jawa, dan Bugis di antara utamanya, memberikan suatu bauran kependudukan yang cukup bertenaga bagi Samarahan. Melayu dengan segala macam kepandaian mereka - di laut, di darat, di pentadbiran dan malah politik, bersama Cina yang jelas dayausaha dagang dan industri, serta kaum-kaum lain yang ketara kecekalan mereka di bidang pertanian dan malah industri, semua faktur-faktur ini memberikan Samarahan socio-economic cohesiveness yang cukup hebat. Ianya adalah modal insan unggul dalam menjadikan sesuatu wilayah itu untuk terus memecut maju ke hadapan. Konsep politik Unity in Diversity amalan Taib dan berlanjutan di zaman Adenan dan kini Abang Johari telah mampu menghidang kestabilan sosial di Sarawak seluruhnya dan ini memungkinkan segala uasaha pembangunan dapat dilakukan secara lebih strategik dan bukan secara Pork Barrel - ikut selera politik rakus. Kota Samarahan, asalnya Muara Tuang, juga menepati konsep the Confluent of many rivers yang sering Taib perkenalkan. Muara, dalam konsep geografi adalah kuala di mana pelbagai sungai akan bertemu. Muara Tebas umpamanya adalah pertemuan antara Batang Sadong, Samarahan dan Sarawak. Kuala Lumpur adalah pertemuan Sg Gombak dan Sungai Klang. Kota Samarahan = pertemuan pelbagai kaum - Melayu, Iban, Bidayuh, Cina dll di Muara Tuang. Dengan rencana asal Taib dalam membina the Greater Kuching yang meliputi Kuching-Samarahan-Lundu, Kota Sam,arahan In Shaa Allah akan menjadi Metro-Kuching dalam tempoh 15-20 tahun mendatang.

(2)    Sesungguhnya Abdul Rahman Yaakub, Taib Mahmud dan kini Abang Johari saling melengkapi dalam menyediakan asas-asas socio-economy values added untuk Samarahan (dan Sarawak) untuk terus memecut maju - tebatan banjir, jalanraya, jambatan, kawasan industri, perbandaran baru, institusi-institusi awam pennting. Terletak hampir dengan Kuching dan dengan pembinaan segala prasarana utama yang baru, Samarahan pasti akan menjadi growth pole bagi Sarawak Selatan. In Shaa Allah.

(3)    Pembangunan Samarahan yang menitik beratkan Institusi Kemudhan Sosial, Sistem Pentadbiran Lengkap, Pembangunan Kawasan Kependudukan Setempat,  Industri, segala kemudahan sokongan prasarana dan utiliti yang baik serta pertanian dan pembangunan luar bandar, saya yakin, Samarahan akan muncul sebagai salah satu wilayah di Sarawak yang akan memberikan peluang bagi pencapaian kesejahteraan dan kemakmuran hidup yang jauh lebih baik dari wilayah-wilayah lainnya. 

CAVEAT YANG MENGUSARKAN SAYA:

Tiada siapa boleh menafikan bahawa di dalam proses pembangunan berteraskan sistem demokrasi dan kapitalis semasa, development skewness pasti akan terjadi. Ada yang akan beroleh laba yang hebat, namun tetap banyak yang sekadar penonton kemajuan.  Fenomena ini samada disengajakan juga boleh terjadi lantaran khilaf atau silap kita. Cuma faktur yang merelakannya sering bersandarakan dua hujah. Pertama, kita perlu bina big economic cake dulu. Kedua, time is the essence.

(2)    Dua falsafah ini telah Mahathir amalkan dari 1981-2003. Mahathir rombak latarbelakang sosio-ekonomi Melayu dengan cepat mendadak. Dia rombak dari Melayu asas pertanian kepada Melayu asas industri. Mahathir memaksa dari Melayu asas awam kepada Melayu asas koprat. Malaya Mahathir asak dengan perindustian pantas. Segala projek mega Mahathir henyak di Malaya. Benar, khasnya di kalangan Melayu sangat berubah. Dari gadis hanyir kotor bergelut lintah dan pacat di sawah, menjadi minah karen di kota-kota. Dari diam di gubuk dimamah anai-anai di desa-desa, Melayu berebut-rebut membina setingan di kota-kota. Memang benar, dari mengayuh basikal tua di jalan-jalan kampung, Melayu mulai memecut Datsun 120Y bingit di kota-kota. Sesungguhnya, Mahathir telah berjaya menjadikan Melayu boleh bertatih maju, namun Mahathir juga telah menjadikan Cina dan India mampu terbang secara supersonik. Relatifnya, Melayu kekal merayap di bumi, Cina dan India sudah mengapai angkasa. Dalam ekonomi, jurang antara dan di antara kaum meluas. Akhirnya, tamak dan haloba kapitalis melahirkan politik corrupt yang sulit diperbetulkan biar Anwar sehingga kini jikapun terus berguling-guling di depan Masjid Negara.

(3)    Pola serupa saya perhatikan sedang berlaku di Sarawak. Pembangunan prasarana mega yang rancak sedang berlaku di seluruh Samarahan (dan Sarawak) menyediakan peluang kontrak berniali tinggi kepada segelintir. Itu logik dan pasti. Tidak mungkin rakyat marhain mampu terlibat dalam kontrak bernilai jutaan Ringgit. Sekadar ratusan ribu Ringgit juga belum pasti dapat. Paling-paling kebanyakan akan jadi boroh upahan. Kontraktor yang mendapat kontrak bernilai tinggi ini, pastinya ganjarannya juga tinggi. Risikonya juga tinggi. Maka mereka sering mempunyai risk and sustainable business management strategy yang hebat. Maka, kini jika kita ke Samarahan bahkan ke seluruh Sarawak, commercial properties development cukup melata. Maksudnya, para kontraktor ini sudah menjangka akan masa depan ekonomi cerah Sarawak, maka dalam masa mendapat pelbagai kontrak Kerajaan mereka juga harus melabur perolehan mereka dalam hartanah. Sebabnya mudah, jika kontrak telah selesai, setidak-tidak mereka terus kekal dalam perdagangan lainnya. Ironinya, ini ketara di kalangan usahawan Cina. Mereka bijak to grow business from existing business. Itu kelebihan mereka lantaran mereka sudah berbudaya mantap warisan dari Yang Tze Kiang Civilization. Makanya kota-kota baru - new township mulai membangun di serata Samarahan ( dan Sarawak). Saya yakin dan pasti 99.99 peratus dari semua itu milik pelaburan kaum dagang Cina. I'm not complaining about their wealth and their intelligent.

(4)     Persoalan yang bermain di kepala saya, jikapun ada Melayu yang mendapat laba mewah, apakah Melayu ini akan melabur atau berbuat sesuatu untuk terus maju, jikapun bukan untuk masyarakatnya, setidak-tidak untuk cicit piutnya ATAU dia memilih untuk bergaya maju? Anihnya, biar sebagai Muslim, kebanyakan Melayu berfikir dan bersikap bahawa dia hanya hidup sekali sahaja dan singkat. Islam menegaskan sesiapapun akan kekal hidup selepas dia mati. Hidup keduanya ditentukan oleh kebaktian di kehidupan awalnya.

(5)    Di samping projek-projek mega, jika kita amati betul-betul, akan kita dapati tumbuhnya Rumah-Rumah Kongsi Boroh. Keadaan sosial mereka di situ, siapa peduli dan benar-benar prihatin? Selepas sesuatu Projek itu siap, mereka akan hijerah ke Projek lain dalam keadaan yang sama. Kitaran hidup mereka, mereka beredar dari tapak Projek Mega Awam ke Projek Komersil Cina. Mereka menua sebagai boroh kasar dan akhirnya pulang menjalani hidup yang "marginally improved di desa-desa". Cuma generasi muda anak cucu mereka, kemudian hijerah ke kota-kota, menyewa di mana-mana dan tetap jadi kuli di sektor perkhidmatan pula. 

(5)    Saya amati, trend evolusi kehidupan pribumi - Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dll - setidak-tidak dua generasi dalam perborohan kasar, satu generasi dalam kuli perkhidmatan dan kemudian generasi ke empat baru menikmati namun masih kekal dalam perkidmatan sedikit selesa. Di mana uasaha-usaham membina usahawan-usahawan di kalangan pribumi yang sedari awal suatu proses pembangunan? Sarawk jika tidak hati-hati dan tegas dalam memerhati persoalan ini, saya kuathir, kita akan turut melalui politik heboh kusut masai Malaya hari ini pada 15 - 20 tahun mendatang.

Kuching - Kota Kinablau
24 Julai - 11 Ogos, 2026

1/6/2026 CARA SARAWAK - tidak perlu dicurigai.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 11, 2026
PROLOQ:

Pada April lepas, seorang teman dari Kuala Lumpur datang menziarah saya di Kampong. Dia was-was tentang keadaan saya lantaran saya telah agak mendiam diri sekian lamanya. Kami sama-sama bersekolah di Kuala Krai, Kelantan dalam tahun 1973-75. Kami bertemu semula di UKM Lembah Pantai pada 1979-84. Kini dia menjawat sebagai Pakar Paru-Paru di IJN Kuala Lumpur. Saya membawa dia berkeliling dalam lingkungan zaman anak-anak saya. Semasa enak makan juadah asam pedas ikan terubuk ala Sarawak bersama isterinya di rumah saya di Kampong, tetiba dia berkata kepada isterinya: "Kehidupan ABC (saya) jauh lebih susah dari yang saya dapat bayangkan suatu ketika dulu. Patutlah jiwanya dan fighting spiritnya lain dan sukar untuk kita fahami. Dia melalui dan berpunya kudrat perjuangan yang keras dan tersendiri."


(2)  Disembar 1972, dalam musim tengkujoh, Muara Tebas iaitu daerah pertemuan empat muara; Sg Sarawak, Batang Samarahan, Batang Sadong dan Batang Lupar, ombak dari Laut China Selatan cukup menganas. Di daerah itulah puncak ombak menghempas menebas pantai. Perhubungan persisir pantai Sarawak ke Kuching cukup sulit pada waktu itu. Pada ketika  itulah  saya perlu berangkat ke Kuching dari Simunjan Bon Voyage ke Kuala Lumpur.
Jalan laut kira-kira tertutup. Pilihan selanjutnya adalah lewat jalan sungai ke Gedong di pedalaman Simunjan dan dari sana menaiki bas lewat jalan-jalan yang banjir di sana sini ke Serian dan selanjutnya ke Kuching. Bermula dari jam 0800 pagi, hanya sekitar jam 22:00 malam baru tiba di Civic Center Padungan, yang kini telah saya bangunkan sebagai I-Com Square semasa saya berkhidmat di PELITA. Semasa hendak menaiki pesawat, Abdul Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak pada masa itu turut menghantar kami dengan pesanan beliau: "Kamu adalah duta-duta kecil Sarawak di Malaya. Kamu mesti berlajar bersungguh-sungguh, menunjukkan teladan baik-baik dan nanti pulang dapat berbakti kepada Sarawak". Lantaran Kelantan juga dilanda banjir, jalan ke sana juga bermasalah, maka dari Kuala Lumpur saya menaiki keretapi Kelas III dari stesyen KL ke Kuala Krai. Bermula dari jam 1800 sekitar jam 10:00 keesokannya baru saya sampai ke Sekolah Sultan Yahya Petra, SYP Kuala Krai dan lansung masuk kelas dan tidur di sepanjang kelas. 

(3)    Bila saya berkhidmat dalam perkhidmatan Awam Sarawak 1986-2011, dendam saya untuk merobah kawasan persisir cukup kuat. Selaras dengan jawatan saya sebagai seorang pegawai dalam merancang, menyelaras dan memantau pembangunan Luar Bandar dan Pertanian di UPEN (1986-2002) dan kemudian di PELITA (2002-2011), saya sedaya upaya cuba membawa perubahan sosio-ekonomi di kawasan-kawasan persisir dan pedalaman Sarawak. Dalam perhidmanatn singat saya sebagai Residen Bintulu kawasan persisir seperi Kuala Serupai, Kuala Tatau dan Nyalau saya berikan perhatian sejak minggu pertama saya di sana. Kini, biarpun telah "bersara" namun jiwa saya tentang semua itu belum luntur. In Shaa Allah dalam sedikit waktu lagi, dan atas undangan beberapa agensi berkaitan, saya kira akan mengerakkan suatu Modified Model Private-People Partnership bagi mengisi kekosongan dari segala usaha besar Abang Johari dewasa ini.

ISU POKOK DAN TUJUAN TULISAN:

Atas pendidikan, latarbelakang kerjaya dan kehidupan saya, kesejahteraan rakyat umum sering berlegar dalam kepala dan jiwa saya. Saya sering menyorot apapun pembangunan yang dijalankan oleh swasta dan kerajaan dari sudut keberuntungan kepada rakyat tdiak boleh dikesampingkan. Sekarang saya berkhidmat dengan Public Listede Company, sikap sebegitu saya p[ertahankan. Kesaksamaan rakyat dalam mengaut kemakmuran dan kesejahteraan menjadi pemerhatian berat saya.

(2)  Atas faktur tersebut, lantaran sempat berkhidmat selama 25 tahun di sektor awam dalam mengurus grass root issues (sebagai Residen), kesenggangan sosio-ekonomi wilayah, sektor dan kaum (sebagai pegawai dan Pengarah UPEN) serta pengolahan swasta dalam merancakkan pembangunan negeri (sebagai Pengurus Besar GLC) dan kini dalam Public Listed Company, saya dapat melihat kekuatan  tadbir urus pembangunan sosio-ekonomi peringkat nasional dan negeri secara lebih pragmatik.

(3)    Tunku sebagai pengasas Malaya Merdeka dan pembentukan Malaysia, tugas awal beliau adalah menyatupadukan rakyat dalam sebuah negara muda. Razak Husein pula kemudian cuba membina kekuatan negara berteraskan kesaksamaan agihan ekonomi. Mahathir kemudiannya atas keinsafan dan kemahuannya agar kelompok majoiti 70 peratus dari penduduk negara ini agar memperolehi economic cake share yang wajar, beliau memecut dengan langkah transformasi pengurusan dan ekonomi yang keras dan drastic. Mahathir memaksakan pengkopratan pentadbiran awam di bidang ekonomi serta mengasak ekonomi asas pembuatan dan perkhidmatan kepada rakyat. Kedua-dua Razak dan Mahathir melakukan banyak projek mega. Cuma bezanya adalah dari segi pembiayaan dan cara pengurusan. Razak menumpu kepada pembiayaan awam serta pinjaman dari Bank Dunia dan Bank Asia. Mahathir menumpu kepada pinjaman dalaman lewat penerbitan bond dan sukuk. Wujudnya pelbagai GLC telah menimbulkan masalah lain kepada Mahathir ie kecurigaan kaum dagang bukan Melayu terhadap apa yang Anwar kemudian jaja sebagai Mahathir Cronism and Nepotism.  Benar, corruption kemudiannya adalah perisa yang Anwar berjaya sajikan sebagai penyedap kepada sesanggupan rakyat berguling-guling membenci Mahathir.

(4)    Di Sarawak proses pembangunan juga sama. Tawi Seli dan Kalong Ningkan yang memimpin Sarawak di pasca kemerdekaan dan awal pembentukan Malaysia, akibat kekurangan pengalaman serta dana, peranan mereka sama saja sepertinya Tunku. Kemudian bila Rahman Yaakub mengambilalih, dengan hubungannya yang baik dengan Kuala Lumpur serta agak berpendidikan dan berpengalaman, beliau mampu mengorak langkah seiring Razak dalam membawa perubahan di Sarawak. Kemudian bila Taib Mahmud mengambilalih, dan ini seiringan dengan waktu Mahathir mulai berkuasa, cara mereka berdua sangat mirip. Taib mulai mengorak langkah penglibatan besar pihak swasta dan mulai mengerakkan agensi separa kerajaan dalam memicu pembangunan di Sarawak. Kemudian dengan suntikan semangat Sarawak for Sarawak Adenan Satem, memberikan Abang Johari kekuatan yang lebih besar dalam mengorak langkah mega bagi memancu pembangunan lebih saksama dan bermakna bagi Sarawak.

(5)    Tulisan ini, pertama-tama, saya ingin melahirkan penghargaan kepada Abang Johari kerana dari 2017 sehingga akhir 2027, In Shaa Allah seluruh persisir Sarawak iaitu dari Lawas ke Sematan akan terhubung baik. Selama ini, "Melayu" Sarawak hanya bersatu secara antro-politik, namun menjelang 2028, In Shaa Allah mereka akan terhubung secara padu physically. In Shaa Allah sejarah akan mengenang Abang Johari sebagai Bapa Penyatuan dan Pemodernan Sarawak yang ulung. Cuma, akan saya gambarkan secara bayangan, cara Abang Johari mirip cara Mahathir dan ini saya khuathiri akan menimbulkan social unrest pasca Mahathirism seperti di alami di Malaya kini. Projek-projek mega, baik untuk negeri dan negara, namun kesaksamaan tidak rakyat nikmati. Kita, saya khuathir sedang membina senggangan sosio-ekonomi yang boleh merosakkan keutuhan perpaduan kaum dan wilayah. Genjala ini saya khuathir akan mula bertapak di Sarawak sekitar 10-15 tahun mendatang.

SARAWAK MEMILIH LANGKAH BERBEZA:

Biar sebagai kelompok serumpun nusantara, Sarawak memilih destiny yang berbeza dalam banyak hal. Ini harus siapapun tidak boleh iri apa lagi dengki. Sarawak adalah wilayah pulau
dalam sebuah pulau yang berpunya ecosystem tersendiri. Demografi dan taburan penduduk Sarawak cukup "goyah" jika disalah urus. Inilah apa yang terjadi di pasca kemerdekaan Sarawak serta penubuhan Malaysia. Perkara ini bukanlah ganjil lantaran Al Quran dengan jelas mengatakan betapa atas mahabijaksana Allah swt, Dia sengaja menjadikan kepelbagaian dalam apapun. Jika di Malaya ada harimau Malaya, namun Allah tidak mengadakan itu di Borneo, melain kita dianugerahkan Orang Utan. Semua ini agar kita exercise our leadership traits - kecerdasan kekahlifahan sedemikian rupa demi kebaikan bersama.

(2)  Stephan Kalong Ningkan (1963-66) dan Tawi Sli (1966-1969) adalah dua tokoh pemula dalam pengurusan Sarawak pasca merdeka. Kemiskinan serta kestabilan sosial adalah isu pokok yang perlu ditangani oleh dua tokoh ini. Namun keterbatasan pengalaman serta dana, mereka tidak dapat melakukan banyak perubahan. Namun mereka berjaya meletakkan batu asas bagi sebuah Sarawak yang merdeka serta berpunya kemahuan untuk berjaya.

(3)    Sarawak bukanlah sebuah wilayah yang mudah untuk diurus. Pertama mukabuminya cukup mencabar. Di kawasan persisiran penuh dengan paya bakau yang terpisah oleh seliratan  sungai-sungai dan anak-anak sungai. Ini kesedikit pedalaman pula dipenuhi dengan tanah paya gambut berair yang lembut dan dalam. Lalu di sebelah pedalaman oleh jaringan gunung-ganang yang cukup sulit untuk dikuasai. Bentuk mukabumi cukup mempengaruhi taburan kependudukan dan kaum di Sarawak. Di persisiran, berhamburan orang-orang Melayu, Melanau dan Kedayan membentang dari Sematan di Barat Daya ke Timur Laut di Lawas. Iban dan Bidayuh mengusai kawasan Mid Land sedang Orang Ulu menguasai jauh ke pedalaman. Sungai, paya dan gunung-ganang cukup memisah-misahkan perhubungan kaum di Sarawak. Walau apapun Tawi Sli, Kalong Ningkan, Rahman dan Taib, Adenan dan kini Abang Johari punya wisdom dalam menyatukan mereka pada era masing-masing.

(4)    Khasnya, sedari Rahman Yaakub (1969-1981), atas kesadaran mendalam beliau mengenai perlunya memperkukoh semangat nasionalisma, pertama dia mewujudkan Yayasan Sarawak untuk memajukan sumber manusia di Sarawak. Lewat YS dia menaja anak-anak Sarawak terpilih untuk belajar dan didedahkan dengan alam nasionalisma yang lebih luas di Malaya sejak 1972. Langkah beliau diikuti oleh Mustapha Harun di Sabah. Kedua dia juga antara yang menerajui penubuhan Petronas sebagai jalan agar kekayaan negara dapat diperkongsi secara saksama. Sarawak menyumbang 60 peratus (?) dari sumber LNG negara serta sekitar 30 peratus (?) dari sumber minyak negara. Dia bersetuju Sarawak mendapatkan 5 peratus royalti dahulu, dan kemudiannya jika boleh dirunding semula. Langkah ini kemudian dijejaki oleh Harris Salleh di Sabah. Ada tulisan mengatakan bahawa Sarawak telah menyumbang RM285.40 billion hasil O&G kepada Petronas dari 2018-2024. Bagaimana jika sejak 1974? Bahkan Rahman Yaakub adalah perintis kepada gagasan Barisan Nasional di peringkat pusat bilamana dia memulakan Parti Campuran di Sarawak - Melayu (PBB), Dayak (SNAP), dan Cina (SUPP) untuk menstabilkan keadaan politik di tahun 1970an.

(3)    Di era Taib Mahmud (1981-2013), Sarawak memilih untuk tidak terlalu terikat dan bergantung kepada Kuala Lumpur. Atas prinsip Federalisma sebuah Malaysia, Taib melakukan liberalisasi ekonomi tanpa sebuah peristiharan. Untungnya, Razak, Husein dan Mahathir redha akan pilihan Sarawak. Namun sebegitu Taib cukup menjaga hubungan akrab Kuching-Kuala Lumpur. Cuma di era Abdullah ada usaha-usaha untuk Malayanised Sarawak.
Akibat pergolakan mendalam dan lama di Malaya di pasca Najib, Sarawak memilih untuk solid together by ourselves. 

(4)  Sejak Rahman, banyak dasar dan inisiatif pembangunan di Sarawak adalah hasil adunan awam dan swasta. Biar formulanya sama dengan cara Mahathir, namun ramuanya berbeza. Sarawak perlu mengambil sikap agak berbeza atas kemajmukan kaumnya yang kira-kira agak seimbang berbanding Malaya. Paling menyulitkan, dana pembangunan juga agak terhad. Taib memilih untuk membangun sektor swasta di Sarawak lalu kemudian mengambil mereka sebagai rakan akrab cronies dalam membangun Sarawak. Perkembangan hebat Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri adalah hasil kebijaksanaan jangka panjang Taib.

(5)    Di era Adenan Satem (2014-2017), tidak banyak dapat beliau lakukan lantaran masalah kegawatan ekonomi nasional dan serantau kesan dari Krisis Kewangan Asia 1997. Juga Sarawak terbeban oleh kasus ala 1MDB dari 2002-2011. Namun seperti saya nyatakan di atas, Adenan adalah seorang ahli politik yang agak licik dan shroud, beliau merobah slogan Sarawak for Sarawak bagi mendapatkan hak Sarawak dalam sebuah Persekutuan dan tidak seperti S4S bawaan asal SUPP lalu kemudian DAP untuk membolot Sarawak secara mutlak.  

(6)    Ubahsuaian S4S Adenan serta gerakan perundangan dan hubungan baik Kuching-Kuala Lumpur, akhirnya kini Sarawak mampu lega dalam hal pendanaan projek-rojek mega. Pendapatan tahunan Sarawak telah berganda dari sekitar RM3.00 - 4.00 billion setahun pada tahun 2000an, kini telah melonjak ke sekitar RM15.00 - RM20.00 billion setahun. Maka Belanjawan tahunan Sarawak juga telah meningkat dari sekitar RM3.00 - 4.00 billion setahun kepada RM10.00 - 16.00 billion setahun.

LANGKAH GIGIH & BERANI ABANG JOHARI:

Sejak 2017 Abang Johari telah melakukan beberapa langkah berani serta di luar kebiasaan kita. Pertama dia focus dalam pembangunan prasarana, bekalan elektrik, bekalan air, serta jaringan internet di seluruh Sarawak. Insentif pelaburan besar-besaran serta memperkukuh
competitive advantages beliau lakukan dengan gigih. Dalam memperkuat competitive advantages ini, Sarawak kini sedang gigih dalam menempatkan Sarawak sebagai locality utama serantau bagi industri berteknologi tinggi masa depan. Sumber tenaga lalu bekalan air diusahakan secara gigih dengan perluasan projek hidro dan takungan air. Sarawak juga giat menerokai sumber tenaga diperbaharui. Lapangan terbang antarabangsa baru serta pelabuhan laut dalam baru juga semua dalam pipeline. Bersama Sabah, Brunei dan Indonesia, Sarawak juga akan menerajui pembinaan jaringan keretapi rentas Borneo. Sarawak sudah mememiliki syarikat penerbangan sendiri bagi melonjak e-dagang serta sektor perlancungan serantau.

(2)    Kemudian, lantaran adanya limpahan pendapatan negeri yang lebih baik, beliau kemudian menumpu dalam memperkasa sumber kewangan negeri lewat penubuhan DBOS - Bank Pembangunan Sarawak, lalu Sarawak Sovereign Fund SSF. Sarawak juga kemudian melakukan suntikan saham yang lebih tinggi di RH Bank dan menjadikan ianya Perbankan asas Sarawak. 

(3)  Seiringan segala pembangunan mega fizikal, Sarawak juga menekankan pembanguan sumber manusia berkemahiran di segala bidang industri yang akan menjadi tumpuan Sarawak di masa hadapan. Tiga buah universiti yang dibina atas smart partnership dengan universiti-universiti berprestij luar negara telah di mulakan sejak Taib lagi. Kemudian, kini homegrown Skill Development Center telah mendapat taraf sebagai universiti penuh. Bahkan kini semua anak Sarawak yang memasuki universiti localised Sarawak tidak perlu gusar tentang biaya pendidikan dan persaraan mereka. Kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk memberikan pendidikan sehingga peringkat tertinggi mereka mampu secara percuma sepenuhnya. Saya yakin, Sarawak akan bergerak cergas dalam menjadikan pendidikan dan kemahiran tinggi sebagai komoditi barunya. Sebegitu juga di sektor kesihatan. CENTEX umpamanya yang menjadi kegemaran anak-anak muda Sarawak merupakan pembaharuan Abang Johari lari dari konsep Politeknik dan Pusat Kemahiran tradisional yang Kerajaan Persekutuan amalkan untuk sekian lamanya.

(4)  Di bidang industri, langkah pemula Sarawak adalah lewat penubuhan Petros sebagai asas kepada pengursuan sumber O&G Sarawak serta peneraju bagi industri petro-chemical di Sarawak. Saya yakin, Sarawak mampu menjadi lokaliti industri digital yang baik khasnya bagi rantau ASEAN dan Pasifik Selatan. Industri digital dan elektronik akan menjadi tumpuan Abang Johari. Asas-asas industri digital sedang dia usahakan dengan pembentukan konsep pembangunan aeropolis di Tg Assam, Samarahan. Namun permodenan sektor industri di Sarawak tidak tertumpu hanya di Kuching. Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang-Lawas juga turut diberi perhatian seimbang. 

(5)   Langkah Abang Johari membangun Petros yang saya kira mirip Petronas serta DBOS - Sarawak Development Bank yang juga mirip Bank Pembangunan Malaysia dan penyuntikan saham terbesar ke RH Bank adalah langkah-langkah berani dalam memandirikan pengurusan kewangan dan pelaburan masa depan Sarawak. Pengujudan Sarawak Soveriegn Wealt Fund, setara dangan model Khazanah Malaysia Bhd. Sebegitu juga kini Sarawak telah mengorak langkah bagi mengembang sektor penerbangan tersendiri. Borneo berpunya potensi penerbangan yang luas, maka Kuala Lumpur tidak akan mampu menguasai ruang ini tanpa adanya rakan akrab seperti Sarawak. 

(6)    Sesungguhnya semua ini adalah selaras dengan usaha-usaha kita dalam libralised economy Sarawak agar tidak terlalu bergantung kepada Kuala Lumpur. Cuma sifat "iri" pada Melayu harus tidak bergelora sehingga Kuala Lumpur atau ada sebahagian rakan-rakan di Malaya melihat bahawa Sarawak terlalu istimewa sehingga kita berbuat apa saja sepertinya kita bersikap Malaysia within Malaysia. Sesungguhnya apa yang Sarawak lakukan adalah sifat Federalisma sebenar yang harus kita amalkan. Ini tidak asing. Pulau Pinang dan bahkan Selangor dan Johor telah diberikan pendekatan sama. Melaka sedang menyusul. Sesungguhnya, wilayah atau negeri yang mampu perlu memecut cepat dalam ruang lingkup kepentingan bersama - Sarawak maju, negara ikut maju serta mendapat asas percukaian yang luas dan tinggi. Pastinya dengan langkah ini kita tidak perlu menjadi kerbau IMF memperluas dan mempertingkatkan cukai tanpa perluasan asas dan rangkaian ekonomi seluruhnya.

(7)  Yakinlah Sarawak Economic Liberalisation strategy biar tidak diwar-warkan sepertinya Anwar, lebih menjurus kepada strengthening domestic economi power dari liberalisasi Anwar yang mencekek ekonomi tempatan dengan tunduk sujud kepada cara dan kepentingan IMF. In Shaa Allah Sarawak akan menuju ke arah Trully Malaysia. Kita hormati kepelbagaian, kita rai kepelbagaian sepertinya tuntutan Allah di dalam Al Quran. 

MY EARLY SALUTE TO ABANG JOHARI:

Dua immediate kejayaan besar yang rakyat Sarawak sangat hargai. Pertama dengan siapnya Pan Borneo Highway. Lebuhraya ini mempercepat serta memberikan laluan yang lebih selesa dan selamat untuk rakyat Sarawak bergerak dari Kuching ke Miri. Cuma Pan Borneo tidak menyambung Miri ke Lawas. Brunei jadi pemisah Miri dan Limbang-Lawas. Maka, kini Sarawak sedang membangun sambungan Lebuhraya Miri-Sabah sebagai sambungan dari Pan Borneo Highway. Sejumlah RM6.00 billion akan Kerajaan Sarawak belanjakan bagi tujuan ini. Kedua adalah dengan terbinanya segala jambatan di Lebuhraya Persisir Sarawak. Jalan Persisir telah dimulakan sejak era Taib. Namun biaya pembinaan keperluan jambatan di rantau tersebut cukup mahal maka rentak pembangunannya cukup perlahan. Alhamdullillah, Abang Johari telah mengerakkan pembinaan 8 buah jambatan baru di kawasan berkenaan dan akan siap sepenuhnya menjelang akhir 2026 ini.

(2)    Sejak mula berkhidmat di UPEN pada 1986, saya antara lain telah ditugaskan untuk memikirkan cara untuk mengurangkan masalah kemiskinan penduduk luar bandar. Bagi kawasan persisiran, punca utamanya adalah masalah kebergantungan rakyat terhadap kenyamanan cuaca. Pada musim teduh, rakyat boleh menjalani kehidupan sebagai nelayan dan petani dengan baik. Tiba musim tengkujoh, segala-gala menjadi terlalu sulit. Jadi faktor utama kemiskinan dan kemunduran mereka adalah masalah perhubungan serta masalah prasarana bagi mendokong pertanian secara komersil dan intensif. 

(3) Penduduk persisir Sarawak terdiri dari masyarakat Melayu, Melanau serta Kedayan. Melayu, sekitar 60-70 peratus Melanau dan Kedayan adalah beragama Islam. Secara antropologi Melayu, Melanau dan Kedayan adalah Melayu. Bagi memudahkan penulisan ini, saya gunakan tafsiran antropologi Melayu sebagai gantinama kepada kelompok ini. Secara relatif, perhubungan di kalangan kelompok ini adalah agak mudah berbanding dengan kaum-kaum lain di Sarawak. Air menjadikan asas perhubungan utama mereka. Cuma galangnya sedikit berbeza dari kawasan ke kawasan atau musimnya. Walau apapun, sejak sebermula Sarawk itu wujud dan berkembang sehingga 2026, masyarakat ini cukup tidak menyatu secara fizikal. Sungai, paya dan gambut menjadi penghalang perhubungan antara mereka. Akibatnya, dari segi politik apa lagi ekonomi, usaha-usaha untuk memperkukoh penyatuan antara mereka amatlah payah.


(4)    Sejak mengambilalih tampuk kepepimpinan Sarawak pada 2017, Abang Johari telah mengambil langkah tepat dengan secepat mungkin membangun keperluan prasarana jalan, jambatan, bekalan elektrik, bekalan air serta jaringan internet di seluruh Sarawak. Alhamdullilah sekitar 80 peratus kawasan persisir Sarawak telah terhubung baik dan sekitar 20 peratus lagi saya kira akan selesai menjelang 2027-30.  Dari segi jaringan jalan dan jambatan, saya kira kawasan Lassa (bertanda lingkaran merah dalam peta sisipan) adalah gap yang sedikit rumit untuk diatasi. Jaringan ke kawasan pedalam melalui Pan Borneo Highway juga sudah memberikan kesan mobility yang baik bagi Mid Region dan Highland Interior Sarawak.

(5)   Kegembiraan rakyat Sarawak terzahir jelas dari cara mereka meraikan perasmian Jambatan Lupar I pada 1 Jun 2026 lepas. Dari Kuching, pengunjung ke Jambatan ini akan melewati Kampung saya. Jalan melewati kampung saya menjadi sesak dan kini penuh hiruk pikuk di setiap hujung minggu. Kesesakan juga sudah mulai terasa di setiap hari. Kegilaan big bikers mulai terasa dan mudah-mudahan semua ini melahirkan ilham kepada rakyat bagaimana harus meraish menafaat besar dari segala ini. Saya menjangka rakyat akan lebih bebas untuk saling berkunjungan serta In Shaa Allah saling bersatu dalam segala bidang kehidupan
mereka. Dengan lengkapnya Lebuhraya Persisir dan Pan Borneo, Sarawak akan lebih menyatu. In Shaa Allah bila Lebuhraya Sabah-Sarawak siap dalam tahun 2030 nanti, integrasi Sabah-Sarawak akan menjadi sangat kukoh dan suatu wajah Malaysia yang uniquely diverse yet united akan muncul. Malaya jangan iri ya! Setidak-tidak Sarawak membantu dalam membentuk Malaysia yang kukuh serta saling mendokong. Sarawak and Sabah definitely be a future strong Malaysian Borneo.

(6)    Rakyat Kedah-Utara Perak-Seberang Prai cukup teruja bilamana Mahathir merasmikan Jambatan Pulau Pinang pada 3 Ogos 1985 iaitu 41 tahun dahulu, kira-kira 4 tahun selepas dia menjadi PM, sambil memandu Proton Saga. Rakyat Sarawak juga teruja dengan pencapaian kejuruteraan Malaysia ini. Kini rasa meriah itu rakyat Sarawak dapat rasakan pada 1 Jun 2026. Selama 41 tahun kita "iri" namun kita tidak dengki.

(7) My first salute to Abang Johari, for able to make Sarawakian to feel good and be pound of the State. Jambatan Lupar I sepatutnya dinamakan sebagai the Bujang Senang Bridge - sempena tershohornya Sang Bujang Senang Batang Lupar. Kibaran bendera Sarawak di Tugu Ibu Pertiwi di tebingan Sg Sarawak kini menjadi sangat berharga dan boleh dibangakan lantaran "kesaksamaan pembangunan" kian merata. In Shaa Allah dengan sumber sumber O&G yang mencukupi sebagai sumber tenaga, pengembangan industri hiliran petro-kimia serta dan menjadi setidak-tidak sumber kewangan utama negeri sekitar 30-40 tahun mendatang akan memacu Sarawak menuju sebuah wilayah yang makmur maju.

(8)    Sarawak yang makmur dan sejahtera, pasti akan menyumbang setidak-tidak 28 peratus dari sumber limpahan ekonominya kepada Kerajaan Persekutuan. Sarawak yang makmur dan sejahtera pasti memperkokoh Federalisma Malaysia.

EPILOQ - MY CAVEAT & MY CONCERN:

Cuma seperti saya katakan terdahulu, Abang Johari dalam kesungguhan untuk meletakkan Sarawak sebagai negeri makmur dan maju, pertama Abang Johari perlu menilai secara meluas dan mendalam bagaimana Lim Chong Eu (1969-1990) telah memajukan Pulau Pinang namun sebilangan rakyat jelatanya sehingga kini berada dalam dwikotomi sosio-ekonomi yang meresahkan. Ekonomi Pulau Pinang memecut hebat, namun keresahan kaum di tanah besar dan balik pulau akhirnya memuncak dan kini menjadi parah. Bukan kerana apa, industri E&E sangat menguntung negeri dan negara, namun rakyat hanyalah kuli murahan. Benar pendapatan kuli-kuli murahan ini telah meningkat, namun their great purchasing power telah kalangan  tertentu harvest all out sehingga melebarkan lagi jurang sosio-ekonomi antara kaum. Bermula sebagai Minah dan Mamat Kilang, kini mereka bertukar jagi Pelayan dan Pemandu Grab. Segala gedung muncul di Pulau Pinang mendahului negeri-negeri lain biarpun Kuala Lumpur, sedang rakyat kebanyakan kekal menjadi penguna dan kuli-kuli murahan. Mereka tidak bersama dalam menikmati kemakmuran yang terbina. Keseimbangan ekonomi, Lim Chong Eu tidak diurus dengan betul dan menyeluruh sehingga Gerakan tumbang parah di tangan DAP.

(2)  Mahathir (dan Najib) juga telah melakukan khilaf bilamana dia memacu pembangunan hebat lewat segala projek mega di Malaya. Projek-projek mega ini cukup hebat buat negara sehingga menjadikan Trump dan rakyat Amerika kagum dengan Malaysia.  Projek-projek mega Mahathir dan Najib, menjulang peluang dagang dan industri di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Ipoh bahkan meluas ke Melaka dan Seremban.  Para pemikir ekonomi khasnya Jomo Kawe Sundram cukup kritis dengan jurang yang terbina dari langkah-langkah Mahathir dan Najib, namun usaha untuk memperbaiki keadaan ini kurang berkesan lantaran "kita terlalu focus membina negara secara kapitalis". Saya tidak menafi, bahawa kedua-dua Mahathir dan Najib juga bekerja keras dalam usaha untuk memperkokoh usaha-usaha menyeimbangi kekuatan ekonomi antara kaum, namun saya berkira kedua-dua mereka gagal lantaran "manusia-manusia yang mereka amanahkan untuk menjalani tugas itu sikap individual greed mereka cukup tebal dan tidak pernah puas". Di Malaya, saya kira, kembali kepada fitrah Islam adalah jalan pemulihannya, namun di Sarawak, Abang Johari perlu jalan yang lebih acceptable to the diverse ecosystem. Jawabannya tetap jalan Islam, cuma corak dan rentaknya harus dicermati. Cabarannya pasti lebih besar dari di Malaya, namun In Shaa Allah, segala pertunjuk telah Allah hamparkan.

(3)    Sesungguhnya, ada hikmah yang sangat besar jika kita lihat kenapa the Jews are Allah chosen one. Chosen untuk apa? Adakah mereka benar-benar hebat atau ibarat pepatah Melayu katakan; "Pukul anak sindir menantu". Allahuallam Bisawab.

Kuching, Sarawak
7-11 June, 2026

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.