.

1/6/2026 CARA SARAWAK - tidak perlu dicurigai.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 11, 2026

Share

& Comment

PROLOQ:

Pada April lepas, seorang teman dari Kuala Lumpur datang menziarah saya di Kampong. Dia was-was tentang keadaan saya lantaran saya telah agak mendiam diri sekian lamanya. Kami sama-sama bersekolah di Kuala Krai, Kelantan dalam 1973-75. Kami bertemu semula di UKM Lembah Pantai pada 1979-84. Kini dia menjawat sebagai Pakar Paru-Paru di IJN Kuala Lumpur. Saya membawa dia berkeliling dalam lingkungan zaman anak-anak saya. Semasa enak makan juadah asam pedas ikan terubuk ala Sarawak bersama isterinya di rumah saya di Kampong, tetiba dia berkata kepada isterinya: "Kehidupan ABC (saya) jauh lebih susah dari yang saya dapat bayangkan suatu ketika dulu. Patutlah jiwanya dan fighting spiritnya lain dan sukar untuk kita fahami. Dia melalui dan berpunya kudrat perjuangan yang keras dan tersendiri."



(2)  Disembar 1972, dalam musim tengkujoh, Muara Tebas iaitu daerah pertemuan empat muara; Sg Sarawak, Batang Samarahan, Batang Sadong dan Batang Lupar, ombak dari Laut China Selatan cukup menganas. Di daerah itulah puncak ombak menghempas menebas pantai. Perhubungan persisir pantai Sarawak ke Kuching cukup sulit pada waktu itu. Pada ketika  itulah  saya perlu berangkat ke Kuching dari Simunjan Bon Voyage ke Kuala Lumpur.
Jalan laut kira-kira tertutup. Pilihan selanjutnya adalah lewat jalan sungai ke Gedong di pedalaman Simunjan dan dari sana menaiki bas lewat jalan-jalan yang banjir di sana sini ke Serian dan selanjutnya ke Kuching. Bermula dari jam 0800 pagi, hanya sekitar jam 22:00 malam baru tiba di Civic Center Padungan, yang kini telah saya bangunkan sebagai I-Com Square semasa saya berkhidmat di PELITA. Semasa hendak menaiki pesawat, Abdul Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak pada masa itu turut menghantar kami dengan pesanan beliau: "Kamu adalah duta-duta kecil Sarawak di Malaya. Kamu mesti berlajar bersungguh-sungguh, menunjukkan teladan baik-baik dan nanti pulang dapat berbakti kepada Sarawak". Lantaran Kelantan juga dilanda banjir, jalan ke sana juga bermasalah, maka dari Kuala Lumpur saya menaiki keretapi Kelas III dari stesyen KL ke Kuala Krai. Bermula dari jam 1800 sekitar jam 10:00 keesokannya baru saya sampai ke Sekolah Sultan Yahya Petra, SYP Kuala Krai dan lansung masuk kelas dan tidur di sepanjang kelas. 

(3)    Bila saya berkhidmat dalam perkhidmatan Awam Sarawak 1986-2011, dendam saya untuk merobah kawasan persisir cukup kuat. Selaras dengan jawatan saya sebagai seorang pegawai dalam merancang, menyelaras dan memantau pembangunan Luar Bandar dan Pertanian di UPEN (1986-2002) dan kemudian di PELITA (2002-2011), saya sedaya upaya cuba membawa perubahan sosio-ekonomi di kawasan-kawasan persisir dan pedalaman Sarawak. Kini, biarpun telah "bersara" namun jiwa saya tentang semua itu belum luntur. In Shaa Allah dalam sedikit waktu lagi, dan atas undangan beberapa agensi berkaitan, saya kira akan mengerakkan suatu Model Private-People Partnership bagi mengisi kekosongan dari segala usaha besar Abang Johari dewasa ini.

ISU POKOK DAN TUJUAN TULISAN:

Atas pendidikan, latarbelakang kerjaya dan kehidupan saya, kesejahteraan rakyat umum sering berlegar dalam kepala dan jiwa saya. Saya sering menyorot apapun pembangunan yang dijalankan oleh swasta dan kerajaan dari sudut keberuntungan kepada rakyat. Kesaksamaan rakyat dalam mengaut kemakmuran dan kesejahteraan menjadi pemerhatian berat saya.

(2)  Atas faktur tersebut, lantaran sempat berkhidmat selama 25 tahun di sektor awam dalam mengurus grass root issues (sebagai Residen), kesenggangan sosio-ekonomi wilayah, sektor dan kaum (sebagai pegawai dan Pengarah UPEN) serta pengolahan swasta dalam merancakkan pembangunan negeri (sebagai Pengurus Besar GLC) dan kini dalam Public Listed Company, saya dapat melihat kekuatan urus tadbir pembangunan sosio-ekonomi peringkat nasional dan negeri secara lebih pragmatik.

(3)    Tunku sebagai pengasas Malaya Merdeka dan pembentukan Malaysia, tugas awal beliau adalah menyatupadukan rakyat dalam sebuah negara muda. Razak Husein pula kemudian cuba membina kekuatan negara berteraskan kesaksamaan agihan ekonomi. Mahathir kemudiannya atas keinsafan dan kemahuannya agar kelompok majoiti 70 peratus dari penduduk negara ini agar memperolehi economic cake share yang wajar, beliau memecut dengan langkah transformasi pengurusan dan ekonomi yang keras dan drastic. Mahathir memaksakan pengkopratan pentadbiran awam di bidang ekonomi serta mengasak ekonomi asas pembuatan dan perkhidmatan kepada rakyat. Kedua-dua Razak dan Mahathir melakukan banyak projek mega. Cuma bezanya adalah dari segi pembiayaan dan cara pengurusan. Razak menumpu kepada pembiayaan awam serta pinjaman dari Bank Dunia dan Bank Asia. Mahathir menumpu kepada pinjaman dalaman lewat penerbitan bond dan sukuk. Wujudnya pelbagai GLC telah menimbulkan masalah lain kepada Mahathir ie kecurigaan kaum dagang bukan Melayu terhadap apa yang Anwar kemudian jaja sebagai Mahathir Cronism and Nepotism.  Benar, corruption kemudiannya adalah perisa yang Anwar berjaya sajikan sebagai penyedap kepada sesanggupan rakyat berguling-guling membenci Mahathir.

(4)    Di Sarawak proses pembangunan juga sama. Tawi Seli dan Kalong Ningkan yang memimpin Sarawak di pasca kemerdekaan dan awal pembentukan Malaysia, akibat kekurangan pengalaman serta dana, peranan mereka sama saja sepertinya Tunku. Kemudian bila Rahman Yaakub mengambilalih, dengan hubungannya yang baik dengan Kuala Lumpur serta agak berpendidikan dan berpengalaman, beliau mampu mengorak langkah seiring Razak dalam membawa perubahan di Sarawak. Kemudian bila Taib Mahmud mengambilalih, dan ini seiringan dengan waktu Mahathir mulai berkuasa, cara mereka berdua sangat mirip. Taib mulai mengorak langkah penglibatan besar pihak swasta dan mulai mengerakkan agensi separa kerajaan dalam memicu pembangunan di Sarawak. Kemudian dengan suntikan semangat Sarawak for Sarawak Adenan Satem, memberikan Abang Johari kekuatan yang lebih besar dalam mengorak langkah mega bagi memancu pembangunan lebih saksama dan bermakna bagi Sarawak.

(5)    Tulisan ini, pertama-tama, saya ingin melahirkan penghargaan kepada Abang Johari kerana dari 2017 sehingga akhir 2027, In Shaa Allah seluruh persisir Sarawak iaitu dari Lawas ke Sematan akan terhubung baik. Selama ini, "Melayu" Sarawak hanya bersatu secara antro-politik, namun menjelang 2028, In Shaa Allah mereka akan terhubung secara padu physically. In Shaa Allah sejarah akan mengenang Abang Johari sebagai Bapa Penyatuan dan Pemodernan Sarawak yang ulung. Cuma, akan saya gambarkan secara bayangan, cara Abang Johari mirip cara Mahathir dan ini saya khuathiri akan menimbulkan social unrest pasca Mahathirism seperti di alami di Malaya kini. Projek-projek mega, baik untuk negeri dan negara, namun kesaksamaan tidak rakyat nikmati. Kita, saya khuathir sedang membina senggangan sosio-ekonomi yang boleh merosakkan keutuhan perpaduan kaum dan wilayah. Genjala ini saya khuathir akan mula bertapak di Sarawak sekitar 10-15 tahun mendatang.

SARAWAK MEMILIH LANGKAH BERBEZA:

Biar sebagai kelompok serumpun nusantara, Sarawak memilih destiny yang berbeza dalam banyak hal. Ini harus siapapun tidak boleh iri apa lagi dengki. Sarawak adalah wilayah pulau
dalam sebuah pulau yang berpunya ecosystem tersendiri. Demografi dan taburan penduduk Sarawak cukup "goyah" jika disalah urus. Inilah apa yang terjadi di pasca kemerdekaan Sarawak serta penubuhan Malaysia. Perkara ini bukanlah ganjil lantaran Al Quran dengan jelas mengatakan betapa atas mahabijaksana Allah swt, Dia sengaja menjadikan kepelbagaian dalam apapun. Jika di Malaya ada harimau Malaya, namun Allah tidak mengadakan itu di Borneo, melain kita dianugerahkan Orang Utan. Semua ini agar kita exercise our leadership traits - kecerdasan kekahlifahan sedemikian rupa demi kebaikan bersama.

(2)  Stephan Kalong Ningkan (1963-66) dan Tawi Sli (1966-1969) adalah dua tokoh pemula dalam pengurusan Sarawak pasca merdeka. Kemiskinan serta kestabilan sosial adalah isu pokok yang perlu ditangani oleh dua tokoh ini. Namun keterbatasan pengalaman serta dana, mereka tidak dapat melakukan banyak perubahan. Namun mereka berjaya meletakkan batu asas bagi sebuah Sarawak yang merdeka serta berpunya kemahuan untuk berjaya.

(3)    Sarawak bukanlah sebuah wilayah yang mudah untuk diurus. Pertama mukabuminya cukup mencabar. Di kawasan persisiran penuh dengan paya bakau yang terpisah oleh seliratan  sungai-sungai dan anak-anak sungai. Ini kesedikit pedalaman pula dipenuhi dengan tanah paya gambut berair yang lembut dan dalam. Lalu di sebelah pedalaman oleh jaringan gunung-ganang yang cukup sulit untuk dikuasai. Bentuk mukabumi cukup mempengaruhi taburan kependudukan dan kaum di Sarawak. Di persisiran, berhamburan orang-orang Melayu, Melanau dan Kedayan membentang dari Sematan di Barat Daya ke Timur Laut di Lawas. Iban dan Bidayuh mengusai kawasan Mid Land sedang Orang Ulu menguasai jauh ke pedalaman. Sungai, paya dan gunung-ganang cukup memisah-misahkan perhubungan kaum di Sarawak. Walau apapun Tawi Sli, Kalong Ningkan, Rahman dan Taib, Adenan dan kini Abang Johari punya wisdom dalam menyatukan mereka pada era masing-masing.

(4)    Khasnya, sedari Rahman Yaakub (1969-1981), atas kesadaran mendalam beliau mengenai perlunya memperkukoh semangat nasionalisma, pertama dia mewujudkan Yayasan Sarawak untuk memajukan sumber manusia di Sarawak. Lewat YS dia menaja anak-anak Sarawak terpilih untuk belajar dan didedahkan dengan alam nasionalisma yang lebih luas di Malaya sejak 1972. Langkah beliau diikuti oleh Mustapha Harun di Sabah. Kedua dia juga antara yang menerajui penubuhan Petronas sebagai jalan agar kekayaan negara dapat diperkongsi secara saksama. Sarawak menyumbang 60 peratus (?) dari sumber LNG negara serta sekitar 30 peratus (?) dari sumber minyak negara. Dia bersetuju Sarawak mendapatkan 5 peratus royalti dahulu, dan kemudiannya jika boleh dirunding semula. Langkah ini kemudian dijejaki oleh Harris Salleh di Sabah. Ada tulisan mengatakan bahawa Sarawak telah menyumbang RM285.40 billion hasil O&G kepada Petronas dari 2018-2024. Bagaimana jika sejak 1974? Bahkan Rahman Yaakub adalah perintis kepada gagasan Barisan Nasional di peringkat pusat bilamana dia memulakan Parti Campuran di Sarawak - Melayu (PBB), Dayak (SNAP), dan Cina (SUPP) untuk menstabilkan keadaan politik di tahun 1970an.

(3)    Di era Taib Mahmud (1981-2013), Sarawak memilih untuk tidak terlalu terikat dan bergantung kepada Kuala Lumpur. Atas prinsip Federalisma sebuah Malaysia, Taib melakukan liberalisasi ekonomi tanpa sebuah peristiharan. Untungnya, Razak, Husein dan Mahathir redha akan pilihan Sarawak. Namun sebegitu Taib cukup menjaga hubungan akrab Kuching-Kuala Lumpur. Cuma di era Abdullah ada usaha-usaha untuk Malayanised Sarawak.
Akibat pergolakan mendalam dan lama di Malaya di pasca Najib, Sarawak memilih untuk solid together by ourselves

(4)  Sejak Rahman, banyak dasar dan inisiatif pembangunan di Sarawak adalah hasil adunan awam dan swasta. Biar formulanya sama dengan cara Mahathir, namun ramuanya berbeza. Sarawak perlu mengambil sikap agak berbeza atas kemajmukan kaumnya yang kira-kira agak seimbang berbanding Malaya. Paling menyulitkan, dana pembangunan juga agak terhad. Taib memilih untuk membangun sektor swasta di Sarawak lalu kemudian mengambil mereka sebagai rakan akrab dalam membangun Sarawak. Perkembangan hebat Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri adalah hasil kebijaksanaan jangka panjang Taib.

(5)    Di era Adenan Satem (2014-2017), tidak banyak dapat beliau lakukan lantaran masalah kegawatan ekonomi nasional dan serantau kesan dari Krisis Kewangan Asia 1997. Juga Sarawak terbeban oleh kasus ala 1MDB dari 2002-2011. Namun seperti saya nyatakan di atas, Adenan adalah seorang ahli politik yang agak licik dan shroud, beliau merobah slogan Sarawak for Sarawak bagi mendapatkan hak Sarawak dalam sebuah Persekutuan dan tidak seperti S4S bawaan asal SUPP lalu kemudian DAP untuk membolot Sarawak secara mutlak.  

(6)    Ubahsuaian S4S Adenan serta gerakan perundangan dan hubungan baik Kuching-Kuala Lumpur, akhirnya kini Sarawak mampu lega dalam hal pendanaan projek-rojek mega. Pendapatan tahunan Sarawak telah berganda dari sekitar RM3.00 - 4.00 billion setahun pada tahun 2000an, kini telah melonjak ke sekitar RM15.00 - RM20.00 billion setahun. Maka Belanjawan tahunan Sarawak juga telah meningkat dari sekitar RM3.00 - 4.00 billion setahun kepada RM10.00 - 16.00 billion setahun.

LANGKAH GIGIH & BERANI ABANG JOHARI:

Sejak 2017 Abang Johari telah melakukan beberapa langkah berani serta di luar kebiasaan kita. Pertama dia focus dalam pembangunan prasarana, bekalan elektrik, bekalan air, serta jaringan internet di seluruh Sarawak. Insentif pelaburan besar-besaran serta memperkukuh
competitive advantages beliau lakukan dengan gigih. Dalam memperkuat competitive advantages ini, Sarawak kini sedang gigih dalam menempatkan Sarawak sebagai locality utama serantau bagi industri berteknologi tinggi masa depan. Sumber tenaga lalu bekalan air diusahakan secara gigih dengan perluasan projek hidro dan takungan air. Sarawak juga giat menerokai sumber tenaga diperbaharui. Lapangan terbang antarabangsa baru serta pelabuhan laut dalam baru juga semua dalam pipeline. Bersama Sabah, Brunei dan Indonesia, Sarawak juga akan menerajui pembinaan jaringan keretapi rentas Borneo. Sarawak sudah mememiliki syarikat penerbangan sendiri bagi melonjak e-dagang serta sektor perlancungan serantau.

(2)    Kemudian, lantaran adanya limpahan pendapatan negeri yang lebih baik, beliau kemudian menumpu dalam memperkasa sumber kewangan negeri lewat penubuhan DBOS - Bank Pembangunan Sarawak, lalu Sarawak Sovereign Fund SSF. Sarawak juga kemudian melakukan suntikan saham yang lebih tinggi di RH Bank dan menjadikan ianya Perbankan asas Sarawak. 

(3)  Seiringan segala pembangunan mega fizikal, Sarawak juga menekankan pembanguan sumber manusia berkemahiran di segala bidang industri yang akan menjadi tumpuan Sarawak di masa hadapan. Tiga buah universiti yang dibina atas smart partnership dengan universiti-universiti berprestij luar negara telah di mulakan sejak Taib lagi. Kemudian, kini homegrown Skill Development Center telah mendapat taraf sebagai universiti penuh. Bahkan kini semua anak Sarawak yang memasuki universiti localised Sarawak tidak perlu gusar tentang biaya pendidikan dan persaraan mereka. Kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk memberikan pendidikan sehingga peringkat tertinggi mereka mampu secara percuma sepenuhnya. Saya yakin, Sarawak akan bergerak cergas dalam menjadikan pendidikan dan kemahiran tinggi sebagai komoditi barunya. Sebegitu juga di sektor kesihatan. CENTEX umpamanya yang menjadi kegemaran anak-anak muda Sarawak merupakan pembaharuan Abang Johari lari dari konsep Politeknik dan Pusat Kemahiran tradisional yang Kerajaan Persekutuan amalkan untuk sekian lamanya.

(4)  Di bidang industri, langkah pemula Sarawak adalah lewat penubuhan Petros sebagai asas kepada pengursuan sumber O&G Sarawak serta peneraju bagi industri petro-chemical di Sarawak. Saya yakin, Sarawak mampu menjadi lokaliti industri digital yang baik khasnya bagi rantau ASEAN dan Pasifik Selatan. Industri digital dan elektronik akan menjadi tumpuan Abang Johari. Asas-asas industri digital sedang dia usahakan dengan pembentukan konsep pembangunan aeropolis di Tg Assam, Samarahan. Namun permodenan sektor industri di Sarawak tidak tertumpu hanya di Kuching. Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang-Lawas juga turut diberi perhatian seimbang. 

(5)   Langkah Abang Johari membangun Petros yang saya kira mirip Petronas serta DBOS - Sarawak Development Bank yang juga mirip Bank Pembangunan Malaysia dan penyuntikan saham terbesar ke RH Bank adalah langkah-langkah berani dalam memandirikan pengurusan kewangan dan pelaburan masa depan Sarawak. Pengujudan Sarawak Soveriegn Wealt Fund, setara dangan model Khazanah Malaysia Bhd. Sebegitu juga kini Sarawak telah mengorak langkah bagi mengembang sektor penerbangan tersendiri. Borneo berpunya potensi penerbangan yang luas, maka Kuala Lumpur tidak akan mampu menguasai ruang ini tanpa adanya rakan akrab seperti Sarawak. 

(6)    Sesungguhnya semua ini adalah selaras dengan usaha-usaha kita dalam libralised economy Sarawak agar tidak terlalu bergantung kepada Kuala Lumpur. Cuma sifat "iri" pada Melayu harus tidak bergelora sehingga Kuala Lumpur atau ada sebahagian rakan-rakan di Malaya melihat bahawa Sarawak terlalu istimewa sehingga kita berbuat apa saja sepertinya kita bersikap Malaysia within Malaysia. Sesungguhnya apa yang Sarawak lakukan adalah sifat Federalisma sebenar yang harus kita amalkan. Ini tidak asing. Pulau Pinang dan bahkan Selangor dan Johor telah diberikan pendekatan sama. Melaka sedang menyusul. Sesungguhnya, wilayah atau negeri yang mampu perlu memecut cepat dalam ruang lingkup kepentingan bersama - Sarawak maju, negara ikut maju serta mendapat asas percukaian yang luas dan tinggi. Pastinya dengan langkah ini kita tidak perlu menjadi kerbau IMF memperluas dan mempertingkatkan cukai tanpa perluasan asas dan rangkaian ekonomi seluruhnya.

(7)  Yakinlah Sarawak Economic Liberalisation strategy biar tidak diwar-warkan sepertinya Anwar, lebih menjurus kepada strengthening domestic economi power dari liberalisasi Anwar yang mencekek ekonomi tempatan dengan tunduk sujud kepada cara dan kepentingan IMF. In Shaa Allah Sarawak akan menuju ke arah Trully Malaysia. Kita hormati kepelbagaian, kita rai kepelbagaian sepertinya tuntutan Allah di dalam Al Quran. 

MY EARLY SALUTE TO ABANG JOHARI:

Dua immediate kejayaan besar yang rakyat Sarawak sangat hargai. Pertama dengan siapnya Pan Borneo Highway. Lebuhraya ini mempercepat serta memberikan laluan yang lebih selesa dan selamat untuk rakyat Sarawak bergerak dari Kuching ke Miri. Cuma Pan Borneo tidak menyambung Miri ke Lawas. Brunei jadi pemisah Miri dan Limbang-Lawas. Maka, kini Sarawak sedang membangun sambungan Lebuhraya Miri-Sabah sebagai sambungan dari Pan Borneo Highway. Sejumlah RM6.00 billion akan Kerajaan Sarawak belanjakan bagi tujuan ini. Kedua adalah dengan terbinanya segala jambatan di Lebuhraya Persisir Sarawak. Jalan Persisir telah dimulakan sejak era Taib. Namun biaya pembinaan keperluan jambatan di rantau tersebut cukup mahal maka rentak pembangunannya cukup perlahan. Alhamdullillah, Abang Johari telah mengerakkan pembinaan 8 buah jambatan baru di kawasan berkenaan dan akan siap sepenuhnya menjelang akhir 2026 ini.

(2)    Sejak mula berkhidmat di UPEN pada 1986, saya antara lain telah ditugaskan untuk memikirkan cara untuk mengurangkan masalah kemiskinan penduduk luar bandar. Bagi kawasan persisiran, punca utamanya adalah masalah kebergantungan rakyat terhadap kenyamanan cuaca. Pada musim teduh, rakyat boleh menjalani kehidupan sebagai nelayan dan petani dengan baik. Tiba musim tengkujoh, segala-gala menjadi terlalu sulit. Jadi faktor utama kemiskinan dan kemunduran mereka adalah masalah perhubungan serta masalah prasarana bagi mendokong pertanian secara komesrsil dan intensif. 

(3) Penduduk persisir Sarawak terdiri dari masyarakat Melayu, Melanau serta Kedayan. Melayu, sekitar 60-70 peratus Melanau dan Kedayan adalah beragama Islam. Secara antropologi Melayu, Melanau dan Kedayan adalah Melayu. Bagi memudahkan penulisan ini, saya gunakan tafsiran antropologi Melayu sebagai gantinama kepada kelompok ini. Secara relatif, perhubungan di kalangan kelompok ini adalah agak mudah berbanding dengan kaum-kaum lain di Sarawak. Air menjadikan asas perhubungan utama mereka. Cuma galangnya sedikit berbeza dari kawasan ke kawasan atau musimnya. Walau apapun, sejak sebermula Sarawk itu wujud dan berkembang sehingga 2026, masyarakat ini cukup tidak menyatu secara fizikal. Sungai, paya dan gambut menjadi penghalang perhubungan antara mereka. Akibatnya, dari segi politik apa lagi ekonomi, usaha-usaha untuk memperkukoh penyatuan antara mereka amatlah payah.


(4)    Sejak mengambilalih tampuk kepepimpinan Sarawak pada 2017, Abang Johari telah mengambil langkah tepat dengan secepat mungkin membangun keperluan prasarana jalan, jambatan, bekalan elektrik, bekalan air serta jaringan internet di seluruh Sarawak. Alhamdullilah sekitar 80 peratus kawasan persisir Sarawak telah terhubung baik dan sekitar 20 peratus lagi saya kira akan selesai menjelang 2027-30.  Dari segi jaringan jalan dan jambatan, saya kira kawasan Lassa (bertanda lingkaran merah dalam peta sisipan) adalah gap yang sedikit rumit untuk diatasi. Jaringan ke kawasan pedalam melalui Pan Borneo Highway juga sudah memberikan kesan mobility yang baik bagi Mid Region dan Highland Interior Sarawak.

(5)   Kegembiraan rakyat Sarawak terzahir jelas dari cara mereka meraikan perasmian Jambatan Lupar I pada 1 Jun 2026 lepas. Dari Kuching, pengunjung ke Jambatan ini akan melewati Kampung saya. Jalan melewati kampung saya menjadi sesak dan kini penuh hiruk pikuk di setiap hujung minggu. Kesesakan juga sudah mulai terasa di setiap hari. Kegilaan big bikers mulai terasa dan mudah-mudahan semua ini melahirkan ilham kepada rakyat bagaimana harus meraish menafaat besar dari segala ini. Saya menjangka rakyat akan lebih bebas untuk saling berkunjungan serta In Shaa Allah saling bersatu dalam segala bidang kehidupan
mereka. Dengan lengkapnya Lebuhraya Persisir dan Pan Borneo, Sarawak akan lebih menyatu. In Shaa Allah bila Lebuhraya Sabah-Sarawak siap dalam tahun 2030 nanti, integrasi Sabah-Sarawak akan menjadi sangat kukoh dan suatu wajah Malaysia yang uniquely diverse yet united akan muncul. Malaya jangan iri ya! Setidak-tidak Sarawak membantu dalam membentuk Malaysia yang kukuh serta saling mendokong. Sarawak and Sabah definitely be a future strong Malaysian Borneo.

(6)    Rakyat Kedah-Utara Perak-Seberang Prai cukup teruja bilamana Mahathir merasmikan Jambatan Pulau Pinang pada 3 Ogos 1985 iaitu 41 tahun dahulu, kira-kira 4 tahun selepas dia menjadi PM, sambil memandu Proton Saga. Rakyat Sarawak juga teruja dengan pencapaian kejuruteraan Malaysia ini. Kini rasa meriah itu rakyat Sarawak dapat rasakan pada 1 Jun 2026. Selama 41 tahun kita "iri" namun kita tidak dengki.

(7) My first salute to Abang Johari, for able to make Sarawakian to feel good and be pound of the State. Jambatan Lupar I sepatutnya dinamakan sebagai the Bujang Senang Bridge - sempena tershohornya Sang Bujang Senang Batang Lupar. Kibaran bendera Sarawak di Tugu Ibu Pertiwi di tebingan Sg Sarawak kini menjadi sangat berharga dan boleh dibangakan lantaran "kesaksamaan pembangunan" kian merata. In Shaa Allah dengan sumber sumber O&G yang mencukupi sebagai sumber tenaga, pengembangan industri hiliran petro-kimia serta dan menjadi setidak-tidak sumber kewangan utama negeri sekitar 30-40 tahun mendatang akan memacu Sarawak menuju sebuah wilayah yang makmur maju.

(8)    Sarawak yang makmur dan sejahtera, pasti akan menyumbang setidak-tidak 28 peratus dari sumber limpahan ekonominya kepada Kerajaan Persekutuan. Sarawak yanhg makmur dan sejahtera pasti memperkokoh Federalisma Malaysia.

EPILOQ - MY CAVEAT & MY CONCERN:

Cuma seperti saya katakan terdahulu, Abang Johari dalam kesungguhan untuk meletakkan Sarawak sebagai negeri makmur dan maju, pertama Abang Johari perlu menilai secara meluas dan mendalam bagaimana Lim Chong Eu (1969-1990) telah memajukan Pulau Pinang namun sebilangan rakyat jelatanya sehingga kini berada dalam dwikotomi sosio-ekonomi yang meresahkan. Ekonomi Pulau Pinang memecut hebat, namun keresahan kaum di tanah besar dan balik pulau akhirnya memuncak dan kini menjadi parah. Bukan kerana apa, industri E&E sangat menguntung negeri dan negara, namun rakyat hanyalah kuli murahan. Benar pendapatan kuli-kuli murahan ini telah meningkat, namun their great purchasing power telah kalangan  tertentu harvest all out sehingga melebarkan lagi jurang sosio-ekonomi antara kaum. Bermula sebagai Minah dan Mamat Kilang, kini mereka bertukar jagi Pelayan dan Pemandu Grab. Segala gedung muncul di Pulau Pinang mendahului negeri-negeri lain biarpun Kuala Lumpur, sedang rakyat kebanyakan kekal menjadi penguna dan kuli-kuli murahan. Mereka tidak bersama dalam menikmati kemakmuran yang terbina. Keseimbangan ekonomi, Lim Chong Eu tidak diurus dengan betul dan menyeluruh sehingga Gerakan tumbang parah di tangan DAP.

(2)   Mahathir (dan Najib) juga telah melakukan khilaf bilamana dia memacu pembangunan hebat lewat segala projek mega di Malaya. Projek-projek mega ini cukup hebat buat negara sehingga menjadikan Trump dan rakyat Amerika kagum dengan Malaysia.  Projek-projek mega Mahathir dan Najib, menjulang peluang dagang dan industri di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Ipoh bahkan meluas ke Melaka dan Seremban.  Para pemikir ekonomi khasnya Jomo Kawe Sundram cukup kritis dengan jurang yang terbina dari langkah-langkah Mahathir dan Najib, namun usasaha untuk memperbaiki keadaan ini kurang berkesan lantaran "kita terlalu focus membina negara secara kapitalis". Saya tidak menafi, bahawa kedua-dua Mahathir dan Najib juga bekerja keras dalam usaha untuk memperkokoh usaha-usaha menyeimbangi kekuatan ekonomi antara kaum, namun saya berkira kedua-dua mereka gagal lantaran "manusia-manusia yang mereka amanahkan untuk menjalani tugas itu sikap individual greed mereka cukup tebal dan tidak pernah puas". Di Malaya, saya kira, kembali kepada fitrah Islam adalah jalan pemulihannya, namun di Sarawak, Abang Johari perlu jalan yang lebih acceptable to the diverse ecosystem. Jawabannya tetap jalan Islam, cuma corak dan rentaknya harus dicermati. Cabarannya pasti lebih besar dari di Malaya, namun In Shaa Allah, segala pertunjuk telah Allah hamparkan.

(3)    Sesungguhnya, ada hikmah yang sangat besar jika kita lihat kenapa the Jews are Allah chosen one. Chosen untuk apa? Adakah mereka benar-benar hebat atau ibarat pepatah Melayu katakan; "Pukul anak sindir menantu". Allahuallam Bisawab.

Kuching, Sarawak
7-11 June, 2026

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.