.

ABC Sadong

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand. ABC Sadong
Showing posts with label Islamic Thought. Show all posts
Showing posts with label Islamic Thought. Show all posts

1/9/2025 BAGAIMANA AL QURAN BERKERJA?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 06, 2025

PROLOQ:

Suatu masa dulu, saya membaca kisah tentang seorang penjual roti di Damshek, Syria. Amalannya, setiap kali dia memulakan sesuatu dengan berIstifar. Maka jumlah Istifarnya sehari mungkin ribuan banyaknya. Kenapa dan apa fadhilatnya?

(2)   Sedang di Baghdad, Iraq pula, Imam Ahmad sering bermimpi berdatangan ke Damshek. Namun atas terbatas waktu juga banyak hal maka niatnya sering tertangguh. Nalurinya sekian hari kian memberat untuk ke Damshek. Dia tidak tahu kenapa? Namun pada suatu waktu dia tekad ke Damshek. Perjalanannya sungguh lama dan sangat memenatkan lantaran dia hanya berkenderaan unta. Sesampai di Damshek, hari sudah kesurupan, lalu dia singgah Sholat Maghrib di sebuah Mushola. Kedatangannya menarik perhatian Si Tukang Roti yang kebetulan berwarung di seberang jalan berhadapan Mushola berkenaan. Seusai Maghrib, Imam Ahmad istirehat di pojok Mushola, duduk bertinggung tanpa henti kumat kamit sepertinya berwirid. Ulah beliau terus diperhatikan oleh Tukang Roti. Seusai Isya, Imam Ahmad memohon kebenaran untuk menumpang tidur di verandah Mushola. Beliau tidak diizinkan oleh penjaga Mushola dan malah dihalau. Kejadian itu diperhatikan oleh Tukang Roti. Atas sifat manusiawinya, dia mengundang Imam Ahmad untuk istirehat saja di warungnya. 

(3)   Tanpa basa basi untuk berkenalan, Imam Ahmad lantaran kelelahan yang memukul berat, berbaring di bangku panjang menghadap ke Tukang Roti yang tangannya sibuk menguli dan membakar roti. Imam Ahmad dapat mendengar setiap Istifarnya beserta segala geraknya. Mulutnya tidak henti-henti berIstifar. Sekitar jam empat pagi buta, Imam Ahmad terjaga dan dia dapati Sang Tukang Roti sudah sibuk membenahi dan membersihkan warungnya untuk memulakan perniagaannya. Selepas membersih diri Imam Ahmad ke Mushola dan kemudian setelah usai Subuh dia kembali ke warung Tukang Roti. Di sana telah tersedia beberapa buku roti dengan kopi pekat Arab.

(4)   Imam Ahmad dijemput sarapan bersama oleh Tukang Roti. Sambil menyantap apa seadanya, untuk memulakan bicara Imam Ahmad bertanyakan: “Saya perhatikan Tuan sentiasa berIstifar dalam memulakan apa langkah kerja sekalipun. Boleh saya tahu kenapa?”. Jawab Sang Tukang Roti ringkas: “Sejak saya mengamalkan berIstifar, Allah menunai apa saja hajat saya" “Semuanya?” pertanyaan Imam Ahmad inginkan kepastian. “Ya, apa saja Tuan.” Jawab Tukang Roti. “Kalau semuanya sudah Allah perkenankan, kenapa Tuan terus-terus saja berIstifar?” soal Imam Ahmad dalam nada agak curiga. “Ada satu hajat saya belum Allah tunaikan. Saya sangat ingin ketemu sama Imam Ahmad Hambali dari Baghdad”.  Imam Ahmad terbungkam. Dia kelu. Matanya menyorot tajam Sang Tukang Roti. Sang Tukang Roti juga bungkam. Mulutnya terhenti memamah rotinya. Mereka bertatapan lembut. Sambil menghulur jabat, Imam Ahamd memperkenalkan dirinya sebagai Imam Ahmad Hambali dari Baghdad yang Tukang Roti itu dambarkan untuk sekian waktunya. “MasyaAllah. SubhanAllah. Alhamdullilah. Allahuakabar” serentak mereka lafazkan lalu berpeluk bagai dua kekasih yang telah mati namun hidup dan ketemu kembali.

TERAS PERSOALAN SAYA:

Allah menegaskan bahawa Al Quran perlu dijadikan pegangan dalam apa-apa urusan manusia (Al Quran 65:3) Mengikut Imam Nawawi, dalam Kitab Al Fadhailnya, setiap patah perkataan Al Quran, sesiapa membacanya akan beroleh 10 kebaikan. Apa maksud kebaikan itu? Kedua, Al Quran itu dari Allah. Juga, Al Quran menegaskan, apapun yang terjadi di alam semesta ini, Allah ketahui sebelumpun kejadiannya. Simpulan dari ini, maka saya yakin, Al Quran adalah antidot kepada segala apa juga musibah yang terjadi. Maka pokoknya, jika Davinci Codes sebuah karya manusia, telah dapat dibongkar sehingga menjadi bukan sekadar sebuah citra layar hebat, namun telah dimanafaatkan oleh segelintir untuk menguasai manusia sejagat, maka kenapa belum ada yang namanya Umat Muhammad SAW berusaha keras membongkar Kod-Kod Ayat-Ayat Al Quran bagi membina kehebatan tiada tandingnya buat seluruh manusia?

(2)   Ambil contoh, jika diamalkan dengan penuh yakin dan betul, Yasin:9 boleh memberikan perlindungan dan harapan yang sangat hebat bagi pengamalnya. Bagaimana ini boleh sebegitu? Saya tidak mempersoal akan kuasa Kun Fayakun Allah. Saya ingin membawa pembaca untuk membongkar Quranic Codes huruf-huruf, susunan kata, ayat, surah malah segala apa laginya pada sebuah Al Quran sehingga ianya mampu menjadi tunjangan bagi segala apapun dalam kehidupan kita. Apakah unsur pada Yasin: 9 yang mampu memberikan ianya kuasa yang sangat menakjubkan? Adakah content dan susunan contentnya? Adakah bersebab cara bacaannya iaitu jika disorot dari segi Fizik atau Thermophysic tenaga dari getaran lidah melafazkannyakah? Atau waktu bacaannyakah? Atau sebab musabab pembacaannyakah? Atau apanya? Soal keyakinan, itu pasti. Namun apakah semata-mata yakin maka ianya berkesan? Jika yakin asas tunggalnya, apa mungkin wajar kita menyembelih lembu dengan batang pisang? Apa rahsia sebenarnya kekuatan pada sebuah Al Quran dan segala isi di dalamnya?

(3)   Saya menulis akan perkara ini agar jika boleh saya ingin mengajak kita Umat Islam dengan segala pengalaman dan keilmuan yang kita ada melihat the Science of the Al Quran bagi masalahat umat kita yang mundur dan teraniaya. Di Timur Tengah, di Asia Tengah, di Afrika, Eropah dan malah di Amerika, di mana-mana umat Islam cukup tertindas dan tersisih. Maka bagaimana seharusnya kita di samping melihat Islam secara theologi, kita mengkaji Al Quran secara saintifik. Penemuan-penemuan saitifik ini, pastinya dapat mengangkat kita ke titik yang paling tinggi di antara mahluk Allah lainnya.

(4)   Untuk menamakan segelintir saintis silam Islam seperti Al-Hassan Ibn Al-Haytham (965 – 1040) physicist, Mohamed Ibn Musa Al-Khawarizmi (780 – 850) Algorithm, Jabir Ibn Hayyan (721 – 815) dalam bidang Kimia, Al-Zahrawi (936 – 1013) pembedahan moden, Ibn Khaldun (1332 – 1406) sosiologi dan sejarah, Ibn Sina (980 -1037) perubatan moden, Abu Al-Rayhan Al-Biruni (973 -1048) pengiraan jejari bumi dan trigonometri, Al Farabi (870-951) ahli musik dan filosofi, Ibnu Bathuta (1304-1369) pengembara geographer dsb yang berasal dari rantau Parsia (Syiria, Iraq, Iran dan Pedalaman Asia Tengah) adalah pelopor dalam menterjemahkan kandungan Al Quran menjadi ketemadunan moden yang dijarah Barat tanpa penghargaan sewajarnya. Mereka ini tidak melihat Al Quran semata-mata dari sudut theologi, namum meluas ke bidang teknologi dan sains lainnya.

(5)    Khilaf dan mungkin salahnya, percaturan Muslim Arab, Persia, Asia Tengah, Timur Jauh dan malah Afrika kemudian dari Kerajaan Ummayah dan Abassiah, menjadikan Islam melemah di tangan Barat. Adu domba selepas WWII merobek habis kekuatan Islam sehingga kini. Barat dan Orientalis mampu mengasak Islam hanya pada urusan akhirat sedang dunia adalah usrusan kafir. Barat menukar para pembesar Islam menjadi feudalis terpisah dari rakyat dan ummah seluruhnya. Di Malaya dan malah di rantau Nusantara, Islam adalah pengajian pondok untuk akhirat dan sekolah sekular adalah untuk para kafir. Makanya Al Quran kian terpisah dari sorotan sains dan teknologi, biar itu sebermulanya adalah tradisi Islam pasca SAW. Kita mengundur lantaran kita mengenepikan Islam dari sudut pembongkaran secara saintifik dan teknologis.

(6)    Kelemahan dan kesilapan yang Malaysia tidak berani perbaiki biar selepas merdeka adalah untuk menyatu gigih pendidikan sekularisma Barat dan Islam secara utuh. Islam hanya terdidik secara scratching the surface dalam sekolah-sekolah dan kolej-universiti sekular kita. Sedang pendidikan sekular pula dilihat dan dimomok sebagai ilmu kafir, biar asalnya sebenarnya dari ketemadunan Islam itu sendiri. Paling parah, tanpa pemikir dan pengubal dasar pendidikan di negara ini yang majoritinya Muslim tidak mampu melihat bahawa Pendidikan Vernacular Cina, India dan Kristian di negara ini - mereka menekankan falsafah tradisi mereka selaras kejayaan sekular anak-anak didik mereka. Lantaran itu pelajar aliran Vernacular mereka jauh lebih hebat dari pelajar keluaran aliran kebangsaan. Namun, Melayu-Melayu berjiwa sempit, melihat keutuhan dan perluasana sekolah vernacular sebagai ancaman kenegaraan tanpa mereka sedar otak sempit mereka yang mengundur Melayu ke gaung kemunduran dan tertinggal. Di sudut lain sekolah vernakular (pondok) Melayu kekal disempitkan dengan hal-hal kematian yang selesa. Kita didik untuk mati sebelum mati.

PENGAMALAN SENDIRI:

Pada Zaman Saya Masih Kanak-Kanak:

Saya tumbuh di zaman payah. Bukan miskin, tetapi payah. Segala-gala cukup - makanan berkhasiat, pakaian, kediaman, hiburan dsb, cuma kemewahan pada masa itu tidak menjadi

kekayaan hidup pada takrifan kini. Semasa kanak-kanak umuran 7-12 tahun, saya sering berjalan kaki mengharung denai jalan setapak yang becak dan renyah bila hujan dan sering kebanjiran bah air masin bila di pertengahan dan hujung kalender Islam. Saya sering ke sekolah berjalan mengharungi kepayahan sendiri-sendiri. Untungnya, pada usia sekitar 4-5 tahun, saya diajar ayah dan ibu mengaji. Pada usia sekitar 7 tahunan, ibu mengajar agar saya hafal dan mengamal membaca Al Fathihah dan tiga Qul pada setiap saya merasa khuathir, cemas, bahaya atau takut di jalanan. Pesan ibu, jika itu amalan saya, maka Dia ada dekat dan melindungi saya. Bijaknya ibu, dia menggunakan Dia sebagai ganti nama pelindung saya, lantaran pada usia sebegitu, konsep Allah itu pasti saya tidak mengerti. Dia (D) yang saya mengerti pada masa itu adalah dia (d) = ibu, suatu sosok yang akrab saya dampingi semasa anak-anak. Al Fathihah dan tiga Qul menjadi asas kekuatan saya untuk menempuh jalan payah ke sekolah pada masa itu, sehingga membawa saya ke segala kejayaan selanjutnya.

Pada Zaman Remaja Saya:

Saya suka membaca. Saya membaca apa saja. Bahan serious atau tidak, itu bukan keutamaan saya. Saya membaca apa seadanya di depan saya dan atau yang boleh saya capai. Kehebatan Al Qursi saya temui bila saya membaca tentang seorang pengembara alim.

Dalam suatu pengembaraannya dia sampai ke sebuah perkampungan. Namun hari sudah malam. Dia perlu tempat untuk berteduh istirehat. Dalam perjalanannya menuju kampung berkenaan, dia melewati sebuah rumah besar lalu singgah atas niat untuk menumpang berteduh. Namun biar pintu rumah itu terbuka, penghuninya tiada. Dia memutuskan untuk tidur di rumah tersebut dan awal subuh dia berhajat ke Mushola terdekat.

(2)   Di kejauhan, masyarakat Kampung geger kerana tiba-tiba rumah yang telah sepi tiada berpenghuni sejak sekian lama menjadi terang benderang serta bingit riuh rendah. Di tengah malamnya, kelihatan rumah tersebut seperti terbakar dan suara-suara melolong sangat jelas

dan hingar bingar. Maka di awal subuh, masayarakat berbondong-bondong mengelilingi rumah tesebut untuk meneliti apa gerangan yang  telah terjadi tadi malam. Apa yang mereka dapati Pengembara tersebut sedang keluar meninggalkan rumah tersebut untuk mencari Mushola. Mereka terpinga-pingga melihat keajaiban Pengembara tersebut. Tiada apa-apa kesan kecederaan atau apa padanya. Mereka lalu menyoal Pengembara tersebut tentang dirinya dan menceritakan kebakaran besar dan hiruk pikuk yang mereka lihat dan dengar tadi malam di rumah tersebut. Pengembara mengkhabarkan bahawa dia adalah Pengembara, dia hanya menumpang tidur di rumah kosong tersebut. Amalannya, sebelum tidur adalah membaca Al Qursi sebanyak 4 kali dan meniup ke sudut-sudut rumah. Dia menjadikan Al Qursi sebagai pelindungnya. Mengikut Bukhari dan Muslim dll menjelaskan terdapat 99 Hadis yang menjelaskan kehebatan Al Qursi. Salah satu yang paling unggul adalah ianya menghalang seseorang Muslim dari terbakar api Neraka. Dalam prihal cerita ini, Al Qursi telah melindungi malah membakar hangus syaitan yang selama ini telah menghuni rumah tersebut.

(3)    Saya menamatkan pengajian saya dari Universiti pada 1984. Mulanya, lantaran saya agak memilih dalam bidang kerjaya serta saya ingin berdikari dari makan gaji, maka saya mula membuat dagangan keluaran kampung-kampung sekitaran ke pekan Simunjan. Dari kampung sumber, saya perlu menggunakan bot selama sekitar 3-4 jam untuk memasarkan hasil-hasilan tersebut. Untuk ke kampung-kampung mencari khasnya buah-buahan limau, saya perlu meredah Kuala Sadong dan seterusnya menyusur pinggiran Laut China Selatan untuk sampai ke Semera dan Jemukan. Kawasan ini sering bergelora bila berlaku ribut dan atau angin kencang.

(4)    Suatu hari, semasa betul-betul di tengah muara sungai, cuaca bertukar bergelora dan angin laut bertiup deras menuju ke hulu. Ombak laut menghambat bot saya yang sarat muatan.  Saya terperangkap dalam hempasan ombak yang mengila dan air mulai menerpa masuk ke dalam bot. Saya sendirian. Apa yang saya buat? Saya teringat Surah Al Kursi. Saya membaca surah tersebut berulang-ulang tanpa henti. Sebelah tangan memegang steering kemudi, dan sebelah lagi seberapa kuat dan laju menimba keluar air yang sudah mengisi separuh dari bot. Akhirnya setelah bertarung hebat saya dapat merapat ke Pengkalan Kampung saya.

Di Perjalanan Antarabangsa:

Semasa saya di USA 1996-1998 dan di mana-manapun, jika saya punya kesempatan duduk

berhadapan dengan anak-anak kecil dan remaja, saya sering menatap mereka dan melemparkan senyuman. Dalam senyum, dalam diam, saya sering mambaca Al Qursi dan berdoa agar anak-anak ini di kemudian hari akan bersama Islam samada dari segi batin dan atau zahirnya. Saya mengunakan Al Qursi untuk menyemai nur Islam ke dalam jiwa dan sanubari mereka. Di USA saya dapat mengIslamkan seorang teman jejaka. Di kampung, akhirnya seorang gadis telah kembali kepada Islam.

(2)    Itu sudah 29 tahun lampau, dan kekal saya teruskan sehingga kini berbuat seperti saya lakukan di mana-mana. Kalian kapan?

Di Zaman Kerjaya Awam:

Bila dewasa khasnya bila saya menjawat jawatan penting serta perlu menjalankan kerja-kerja tidak popular yang boleh menyinggung pihak-pihak terkait, bila hendak tidur, mahu keluar dari rumah serta bila hati saya was-was, maka dengan rendah hati dan keyakinan akan berIstifar, Sholawat, lalu membaca Al Fathihah, 3 Qul, Al Qursi. Kini saya tambahi Al Khauthar sebelum Al Qursi dan HasbiAllah sebagai penutup. Alhamdullilah, setakat ini, amalan ini telah menjadi pelindung serta pengaman yang cukup berkesan bagi diri saya.

(2)    Pada ketika saya perlu berjumpa pihak atasan dan atau rakyat bawahan atas permasalahan yang berat, sebegitulah amalan saya, dan Alhamdullilah, saya lolos dengan mudah. Cuma bila merenung kembali pengalaman lepas, satu perkara yang banyak pihak melihat anih pada diri saya adalah I detached myself from all of celebration form. Saya tidak meraikan sebarang kejayaan yang saya capai. Saya lebih gemar melihatnya berlalu dengan diam dan bersiap untuk sesuatu ke depan seterusnya. 

Insiden Muktahir:

Semalam (5 Sept., 2025), awal pagi saya berlepas dari Kota Kinabalu untuk pulang ke Kuching. Saya perlu singgah ke rumah saya di Kuching untuk mengambil beberapa bahan untuk meneruskan perjalanan saya ke Kota Bharu. Dari Kuching, saya berangkat ke KLIA2 jika ikut jadual adalah pada jam 16:15. Namun berlaku kelewatan sehingga jam 16:55. Saya tiba di KLIA2 pada jam 20:30. Pada tiket ke KB saya patut boarding di Gate J12. Dari KLIA2 ke KB, flight saya berlepas pada jam 20:45. Maka saya berpunya hanya 15 minit untuk boarding. Saya menuju ke Gate J12, namun Boarding Hall kosong. Saya perlu ke Gate K14 dan itu jika berjalan kaki perlu 20-30 minit. Saya belum boleh berlari lantaran kaki saya yang patah belum pulih sepenuhnya. Dalam kesuntukan masa, saya berjalan pantas serta cuba-cuba berlari-lari anak. 

(2)    Sesampai saya di Boarding Gate, signal di pintu sudah menyatakan Gate Closed. Alhamdullilah, petugas Counter baru hendak menutup Gate Masuk, sayapun menyua tiket dan mengatakan My Kuching Flight was delayed. Dia membenarkan saya masuk. Syukurnya, pada masa itu ada berlaku sedikit masalah bagasi di kalangan penumpang dan pesawat perlu delayed seketika. Sesungguhnya, dalam kecemasan waktu yang saya alami, tanpa rasa gundah, saya berusaha mengejar masa. Setiap langkah saya lafazkan Istifar dan HasbiAllah. Biar penat, peluh menyimbah, saya sempat menaiki pesawat dan kejadian ini triggered saya menulis akan perihal ini bermula dalam Flight AK 6438 dari KLIA2 ke KB dan seterusnya. Persoalan saya, kesungguhan usaha, "kezaliman", dan rintih doa dan harapan, bagaimana Istifar dan HasbiAllah bekerja?

AJARAN AL QURAN, HADIS DAN ULAMA:

Kini dunia keIlmuan sangat terbuka luas. Teknologi digital telah membuka ruang yang begitu tersebar untuk kita mengerti dan mendalami banyak hal. Ilmu keIslaman tidak terkecuali. Saya kini banyak menghabiskan masa meneliti natijah bahawa Al Quran adalah jalan penyelesaian kepada segala apapun di alam ini. Apakah yang Allah maksudkan sebagai semua? Atau bagaimana Al AQuran itu harus diperlakukan agar ianya adalah jalan penyelesaian untuk semua perkara?

(2)       Saya muskil, seumur hidup ini apakah saya akan dapat menemukan jalannya? Jika tidak, apa mungkin saya dapat membuka jalan ke arah itu? Saya ingin berfikir, apakah tujuan hidup saya kini dan ke depan akan menuju ke arah itu? Di sepanjang 2022 sehingga akhir 2024 Allah menguji saya dengan dugaan yang cukup menguncang, sehingga saya terkapar sendiri, apakah tujuannya Dia? Saya berkira saya telah menunaikan segala tanggungjawab saya kepada pesan dan wasiat kedua orang tua saya. Saya juga berkira saya telah “puas” berbakti wang Ringgit dan tulang empat kerat untuk keluarga dan masayarakat sekeliling saya. Makanya saya menyoal, fikiran ini muncul dalam perjalanan panjang ini, apa maksudnya? Apakah mungkin Allah sedang membuka lowongan yang saya inginkan selama ini untuk menjadi pemikir masa depan dan menyumbang intelektual bagi bangsa dan masyarakat di sekeling malah di luar lingkungan hidup saya?

(3)    Alhamdullilah, kelihatan Allah sedang membuka jalan kepada saya untuk melihat dan menyumbang kepada ketemadunan dan pemahaman terhadap Islam pada pola fikir tidak tradisional juga tidak pada jalan liberalisma orientalis. Mudah-mudahan itulah terobosan saya selanjutnya. Mudah-mudahan itulah jalan pilihan Allah untuk saya di kedepannya. In Shaa Allah.

EPILOQ:

Sejak 7 Julai, 2024 Zionis mulai menjarah rakyat Gaza sehingga kini, Umat Islam Malaysia
telah sepakat membaca Doa Qunud buat mereka. Apakah ada kesannya? Israel terus membantai Gaza sehingga terbabas menyerang Syiria, Iraq, Lubenan, Iran dan sehingga ke Yaman. Dari 7 Julai 2024, dunia Barat mulai bangkit mendokong Gaza. Lalu kemudian Los Angeles hangus terbakar, diikuti di Israel sendiri serta beberapa siri taufan dan banjir berlaku di USA. Di Eropah tidak kurang malapetaka menimpa mereka. Perang Russia-Ukriane telah mengoyah bekalan tenaga ke Eropah dan ini sangat menyulitkan di waktu Musim Sejuk. Apakah ini norma-norma biasa atau cakrawala sedang menyusun diri untuk menyahut segala getaran Qunud dan doa?

(2)    Bila Israel secara terang menyerang Tehran, dan Iran bangkit membalas, segala sistem pertahanan Israel bolos bukan hanya dari serangan Iran tetapi oleh sistem-sistem

persenjataan kecil Hamas, Lubenan, Syiria, Iraq dan malah Yaman. Di Israel sendiri telah bangkit rasa tidak enak kepada Nethanyahu dan pergolakkan sedang melanda negara itu.

(3)    Di kalangan dunia Arab, Gaza telah meletakkan rakyat di atas dari kepentingan feudal bangsawan pemerintah yang sediada. Mudah-mudahan itu kekal dan merubah pantas.

(4)  Andaian saya, jika Gaza mampu bertahan sehingga hujung 2026, Israel akan hanya dihuni oleh dua kelompok pelampau Yahud iaitu para Zionist dan Yahud Orthodox. Yahud Orthodox akan kekal mempertahankan agama mereka di Israel. Tanpa mereka agama Yahudi pasti pupus. Zionist tidak bertempat di mana-mana. Eropah dan Amerika tidak mahu kepada kelompok ini. Israel akan jadi tempat hidup dan matinya mereka. In Shaa Allah atas Qunud dan segala doa umat Islam, atas kental dan sabarnya Gaza, Israel pasti lenyap. 

(5)    Umat Islam, ayuh kita terus-terus kirimkan doa Qunud untuk Palestine, lantaran getaran dari seluruh pelusuk dunia secara ikhlas, secara bersama, secara penuh insaf akan menuju arasi Allah lalu memantul balik membuka lebih banyak hati dan keinsafan manusia-manuisa

untuk bersama Palestin. Sengsara mereka kini adalah jalan menyatukan dan memperbanyak umat di mana-mana. In Shaa Allah.

(6)    Di Kota Bharu hari ini, 6 Sept., 2025, sebelum saya ke destinasi sebenar saya pada jam 1400 nanti, saya telah menemukan Taman Bromeliad terbesar di Kota Bharu. Harga jualan di sini, saya kira adalah 50 peratus lebih murah dari Shopee dan hanya 25-30 peratus dari di Kuching. In Shaa Allah pada penghujung 2026, atas doa agar Palestin berjaya mutlak dan bebas dari segala sengsara, saya akan kembali ke tulisan ini dari Taman Bromeliad saya di Kampung. Bromeliad, kembang serumpun nenas, pada warna-warninya, apa mungkin mampu mengilhamkan kepada saya cara pengalisaan faktor-faktor kuasa pada huruf-huruf, kata-kata, ayat-ayat dan surah-surah sebuah Al Quran agar ianya hebat dihargai dan diamalikan?


5 - 6 Sept., 2025

AK6438 KL-KB & Seven Garden, PCB Kota Bharu

3/12/2024 CEDUNGAN DAN JODOH - fenomena fisiologi dan moralnya

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 31, 2024
Resah Seorang Sahabat:

Sahabat yang sedang kegalauan akibat perceraiannya ingin liburan bersama anak-anaknya ke Kuching. 
Saya ada menulis tentang ujian hidupnya itu dalam siri 1/9/2024 bertajuk - Syirik dan curang apa ada bedanya? Sejak pertemuan pada Ogos lepas, dia tidak mengetahui keadaan kesihatan saya. Biasanya jika saya sakit, saya lebih memilih untuk sendiri lantaran saya ingin berehat penuh. Sebabnya mudah - atas keperluan agar "total shutdown" untuk "my first bilogical system" dan "my second biological system" dapat berfungsi penuh bagi memulihkan dengan seberapa segera segala kecacatan yang wujud. Kini kesan pembedahan hempedu saya kira telah pulih biar sesekali gastrik tetap masih menyerang, namun keadaan kaki saya belum pulih sepenuhnya. Saya masih perlu berjalan bertongkat dan berkerusi roda.  

(2) Dia berada di Kuching dari 23 - 27 Disembar, 2024. Pada tempoh ini, Kuching cukup meriah dalam suasana Kristmas dan Tahun Baru. Kuching dan Serian juga pada masa ini meriah dengan dagangan segala jenis durian kampung. Dalam tempoh tersebut, saya membawa mereka ke Rancang Waterfall di Serian sekitar 100 KM dari Kuching dan kemudian ke Sematan, Bako dan Santubong. Seafood dan durian menjadi kegemaran kami berdua dan anak-anaknya, maka banyak masa akan dihabiskan di premis-premis seafood dan warung-warung durian yang easy access buat saya. Saya yakin, liburan bukan keperluannya, tetapi consultation adalah tujuan utamanya. Biar dalam keadaan masih kurang berdaya, mengikuti lrik Hilang nyanyian Justy Alri, penyanyi Lombok Indonesia saya memaksakan diri untuk melapang masa buatnya: "Ada yang hilang dan takkan kembali; Namun waktu memaksamu terus jalani, Lewati kerasnya hari penuh kelikir duri, Kawan ingatlah kau tak sendiri ....." 

(3) Dalam pertemuan terdahulu, dalam mendepani tuntutan perceraian dari isterinya, saya memilih untuk menenangkan fikirannya agar take a step by step. Alhamdullilah, dia dapat melepaskan isterinya dengan tanpa banyak kerenah. Setakat ini, isterinya tidak menuntut apa-apa. Cuma kekhuathirannya adalah prihal penjagaan anak-anaknya. Sahabat saya tersebut masih dalam kegalauan yang cukup mengugat. Mana tidak, dia menikah pada umuran sekitar 50an, jodohnya pada masa itu di ambang awal 30an. Baginya biarlah itu menjadi the first and only marriage - loving and caring forever. Dikira pasangan cukup matang dan ideal baginya, serta sedang berpunya sepasang zuriat yang masih anak-anakan. Selepas menikah, sahabat saya seperti kalangan top management leadership group - dia cukup focus pada kerjayanya serta sangat mencintai dan berkasih sayang terhadap keluarga secara dia. Namun kini segala-gala punah lantaran beda usia dan beda cita rasa, isteri terguncang keImanan lalu khianat curang. Dia benar-benar terluka dan lirih parah. Jika dia terus-terusan sebegitu, maka kesihatan dan saikologi dia akan parah dan hasratnya untuk mendapat hak penjagaan anak-anaknya mungkin punah. Saya membicara content tulisan ini kepadanya sebagai jalan untuk saya mengalih lirihnya kepada mendepani permasalahan beliau dengan jalan redha, pasrah dan strategis. 

(3) Dalam tulisan ini saya cuba melihat pernikahan iaitu penyatuan jodoh seseorang sebagai suatu proses cedungan - tissue transplanting. Ada kekal juga goyah tissue compatibilitynya. 

Kadar Perceraian Di Malaysia: 

Kecurangan mungkin menjadi punca utama kepada masalah perceraian di negara ini. Kecurangan sering terjadi antara pasangan janda-suami, isteri-duda atau isteri-suami orang? Paling banyak saya kira antara isteri dan suami orang lain. Jarang berlaku kecurangan antara suami dan anak dara bahkan isteri dan bujangan? Sering yang menjadi sebab kecurangan pula adalah kesepian - perhatian mengurang atau punah, atas faktor-faktor keperluan hidup dan ada ketikanya campurtangan pihak ketiga khasnya ibu bapa. Namun hakikat theologinya - semua kerana kurang syukur dan atau sabar.  Lumrahnya, suami, isteri, janda atau duda mereka sudah tahu asam garam hidup. Lantaran itu di dalam perselingkuhan, mereka bijak bermain muka dan bahkan memancing - sweet talk dan atau menumpah simpati. Biasanya simpati berakhir dengan tuntutan mengadai diri. 

(2) Melihat kepada prihal penceritaan Bible betapa Hawa terpedaya oleh sang ular lalu mendekati the apple tree lalu memetik dan memakan buahnya adalah bersebab kata-kata godaan "Itulah pohon yang jika kamu makan buahnya, kamu akan berolehi ilmu yang belum ada pada kamu" pujuk Iblis-Ular. Mungkin, Steve Job pencipta Iphone menggunakan lambang Apple sebagai produk Smart Iphone dan Ipadnya atas ilham serupa. Literally sebegitulah tampaknya, namun bacaan saya lain - apa ilmu yang Adam AS tidak ada? Dia berpunya segala ilmu mengatasi ilmu para Iblis sekalipun. Itu para Malaikat perakui dan mereka tunduk kepada Adam AS. Jika tidak percaya, cuba lihat apakah Iblis mampu mencipta Artificial Intelligent Robot - jika mereka mampu, pasti mereka telah mencipta segala manusia buatan untuk mudah menyesatkan manusia. Bacaan saya terhadap kelemahan Hawa dan Adam kemudiannya adalah "terlalu kepingin dihargai - too validation cranky". Mereka sudah Allah bekali dengan cukup ilmu, namun tetap mahu validation untuk kelihatan lebih berilmu. Dalam erti kata pendek, riak dan atau kurang syukur adalah rahsia yang Allah bukakan kepada Iblis tentang kelemahan besar manusia. Secara average, itulah kelemahan manusia - mereka mengejar penghargaan - recognition dari kekal syukur humble, jujur dan focus kepada tujuan hidup hakiki mereka. 




















(3) Carta di atas seolah-olah mengambarkan 20 peratus dari penikahan akan berakhir dengan perceraian. Ini suatu angka yang cukup tinggi. Secara statistik, 20 peratus tidaklah tinggi, namun bukan semata-mata statistik yang harus kita perhatikan, kesan rangkaian perceraian yang harus dilihat secara meluas. Saya yakin dengan tekanan hidup yang tidak usai oleh sistem politik negara yang terus-menerus kacau, masalah ini akan lebih mendesak di masa depan. Impact post Covid 19 iaitu bagi tahun-tahun 2023-2025 agak-agak bagaimana? Apapun, saya kira pihak berkuasa Islam tidak melakukan kajian mendalam serta melakukan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang intensif, consistent dan menyeluruh dalam menangani masalah ini. Mereka sedar bahawa keruntuhan rumahtangga adalah perkara cukup Allah tidak gemari, namun pendidikan berumahtangga dibiarkan kepada waktu dan keadaan mendidik pasangan masing-masing. Seharusnya para agamawan dan sosiologi melihat dan memperlakukan perceraian sebagai bahana besar kepada keluarga dan masyarakat Islam. Ianya boleh menjurus kepada banyak masyaalah sosial berat. 

(4) Kemusnahan sebuah rumah tangga dan percintaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dileburkan. Apa lagi bilamana ikatan itu terjalin atas wawasan dan pengorbanan yang besar dan mulia. Sebegitu juga prihalnya pengkhianatan sebuah persahabatan dan atau amanah. Pedihnya boleh saja luluh ngeri bagai sebahagian dari tubuh kita disentap siatkan. Pedihnya banyak mengakibatkan gejala cukup dahsyat dan menyayat. Jika korbannya bukan pasangan berkaitan, dalam apapun anak-anak itu pasti. Jika di dalam sebuah amanah, akibatnya boleh membawa setback yang cukup mencabar dan mengugat. Saya kadang-kadang terfikir, kenapa ianya harus sebegitu? Atau apa saja yang terkait dengan perasaan - hati, pada saat terluka maka akan banyak beban nan tertanggung. Mungkin di sinilah letak benarnya bila SAW mengatakan bahawa " baik buruknya seseorang terletak pada segumpal daging dalam dirinya - hatinya". Hanya kekuatan keImanan dan mental dapat mengurus sebuah hati nan remuk. Ini bukanlah keperibadian yang mudah untuk digapai dan dipertahankan. 

(5) Saya mahukan teman saya melihat kudrat  dan iradat - ketentuan dan tujuan keruntuhan rumahtangganya melalui jalan tidak biasa-biasa. Pada kebiasaan, sebuah perceraian adalah sebuah perjalanan yang arus dipersetankan sahaja. Jika kita berpegang kepada syahadah kita, perceraian bukan suatu musibah tetapi sebuah perjalanan. Saya ingin membawa beliau melihat dan mengenali bahawa perceraian ada asas-asas hikmah kukuhnya. Ada keperluan saintifik, saikologi dan moral mendalamnya. Soal hukum dan tradisi telah banyak kita dengar dan baca. Perceraian bukan suatu proses biasa-biasa. Ianya benar-benar kudrat dan iradat Allah. Saya ingin dia menerima itu sebegitu agar dia lebih tenang, redha dan pasrah tentang apapun di hari-hari ke depannya.

(6) Dia telah menjalani proses awalnya iaitu penyelesaian tuntutan cerai tanpa banyak basa basi. Itu pemula. Apapun permasalahan yang kita hadapi, kita tidak perlu rewel. Permudahkan saja segala urusan. Biarpun jika ada yang kepingin menyakiti kita - mudahkan sahaja dan yakinlah Allah tetap ada bersama jika kita benar. Kini dia sudah dalam mutlak terpisah. Tempoh edah sudah lepas. Mantan sedang seronok dengan caranya. Dia tidak perlu tahu dan ambil tahu. Itu bukan lagi menjadi sebahagian urusan wajib dirinya. Jika Allah boleh berfirman "bagiKu agamaKu, dan bagimu agamamu", maka pengang saja "hidupku adalah hidupku, hidupmu adalah hidupmu".  

(7) Anak-anak tetap bersamanya. Tempoh adjustment yang besar sedang berlaku kepada anak-anaknya. Dia harus kekal saja menjadi seorang ayah yang baik-baik, tidak perlu menjadi ayah-ibu, kerana itu perlukan lakunan yang tidak mungkin akan dapat dia tunaikan secara consistent apa lagi sejujurnya. Syukurnya, belum ada movement dari mantan isteri untuk mendapatkan haknya. Namun itu adalah haknya, dari segi hukum kapanpun tetap menjadi haknya. Cepat atau lambat, ianya mesti diperakui dan ditunaikan sebegitu. Kini, strategi terunggul teman adalah harus kekal yakin kepada Syahadah - berdoa dan berserah mutlak. Dia harus jangan berebut kasih atau simpati dari anak-anaknya. Jangan jadikan anak-anak medan untuk menentukan siapa benar siapa pengkhianat. Biarlah mereka tumbuh dengan jiwa yang bebas namun terpimpin untuk mengerti dan mendepani cabaran masa depan mereka. 
Ibarat pengembala, kekal focus mengembala - ternakan harus kenyang dan selamat. Jadilah pengembala yang sehebat - SAW bahkan Umar Al Khataab. Jika tidak arif, tonton berkali-kali dan fikirkan maksud P Ramlee dalam filem Ahmad Albab.

(8) Muhammad SAW adalah manusia terpilih. Paling Allah sayangi dan pelihara. Namun Allah jadikan dia pengembala. Sendiri di gurun tandus bersama beban amanah yang para serigala cukup tekad dan licik untuk membaham. Kedua, dia Allah nafikan kasih sayang penuh kedua orang tuannya, datuk dan malah bapa saudaranya. Apakah hikmahnya yang kita harus mengerti?

Cedungan: 

Cedung adalah istilah Melayu Kelantan yang bermaksud pemindahan anak benih padi dari tapak semaian ke sawah. Istilah Inggerisnya adalah transplanting. Istilah ini saya tidak pasti apakah diterima meluas sebagai istilah perubatan yang bermaksud pemidahan tisu. Kini saya perhatikan sikap orang Melayu dalam mempertahankan jati diri Melayu cukup rapuh - cedung mereka pinggirkan dan transplan mereka terima pakai.  Saya mula mengenali istilah ini bila saya mempelajari Fisiologi semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1979-84. Istilah ini kekal dalam ingatan saya, pertama lantaran semasa saya masih anak-anak sekitar tahun 1964-72 saya sering mengikut orang tua saya melakukan kerja-kerja pencedungan di sawah. Saya sering buntang banteng membantu ibu dan ayah mengangkut anak benih padi di sawah bertanah becak berair, sambil-sambil berteriak-teriak mengejar ikan gabus dan kepipiting. Kedua, bila saya melanjutkan pelajaran di Kuala Krai, Kelantan pada 1973-75, saya telah diangkat oleh sebuah keluarga tani yang tinggal di Melor, Kelantan. Saya sering mengikut keluarga ini ke sawah dan ikut-ikut mencedung.  Namun kini proses ini rata-rata telah dilakukan oleh mesin-mesin moden. 

(2) Bagaimana saya boleh berfikir untuk mengandingkan jodoh dan cedungan? Pertama saya ingin membawa pembaca kepada konsep meluas cedungan. Cedungan menjurus kepada pemindahan tisu. Namun dalam tulisan ini, saya cuba mengaitkan cedungan dengan pengkulturan tisu - tissue culture. Keduanya mungkin kelihatan berbeza, namun, cedungan pasti perlu melibatkan pengkulturan tisu. Ianya bukanlah pengkulturan tisu secara hakiki namun proses pembaikan tisu yang terganti oleh tisu cedungan pasti ada melibatkan proses tisu kultur - tissue regeneration. Proses ini sangat jelas jika dilihat pada teknologi Stem Cell.  Dalam proses Stem Cell, suatu sel yang rosak akan diganti dengan pengenalan sel baru  - introduced or transplanted cell. Sel baru ini akan berganda replicate atau regenarating membentuk sel-sel gantian. Samalah dalam proses crystallization dalam fizik dan kimia. Ini sering kita lihat bagi mereka yang mengalami masalah penyakit berkaitan dengan darah, sum-sum, sendi tulang dan malah penyakit-penyakit berkait dengan tulang. Samalah dalam proses pemindahan organ seperti jantung, ginjal, hati malah jika berlaku robekan pada tisu-tisu tertentu badan. Bila tisu baru diperkenalkan - cedung untuk mengantikan tisu yang rosak pasti akan berlaku pengkulturan tisu secara semulajadi pada bahagian sambungan cedungan tersebut. Sama juga bila luka kita dijahit. Di kawasan jahitan pasti perlu tumbuh tisu-tisu baru bagi memungkinkan taupan bahagian luka yang dijahit. 

(3) Cedungan memerlukan tisu yang serasi. Cedungan terbaik adalah dari dua tisu yang mutlak serasi. Jika tidak mutlak, sewajarnya julat keserasian perlulah sangat tinggi. Tidak boleh 50:50. Cedungan dua tisu yang tidak serasi boleh mengakibatkan kecederaan parah jika tidak maut. Bila ketakserasian berlaku, biasanya tisu penerima akan mengambil langkah-langkah menyerang tisu yang diperkenalkan - satu proses bilogical rejection akan berlaku dengan hebat. Banyak kejadian di mana bila tisu dan atau organ baru yang seseorang terima dari penderma - donor yang kurang atau tidak serasi membawa komplikasi yang rumit. Makanya kini bila sesuatu cedungan ingin dibuat, maka pelbagai saringan perlu terlebih dahulu dilakukan. 

(4) Biar cedungan yang dibuat kira-kira hampir sempurna, kebarangkalian biological rejection tetap berlaku cuma waktunya mungkin tidak secepat bilamana ketakserasian wujud. Kenapa Allah tetap memungkinkan biological rejection berlaku, itu bagi saya agar manusia kental terus menyelidik dan memperbaiki keilmuan mereka. Juga sengaja Allah menjadikan segala-gala sentiasa dalam 50:50 agar kita tidak take thing for granted dan atau riak. Cara Allah menguji dan bahkan memperkokoh keImanan khasnya kesabaran kita adalah cukup strategis dan banyak ketikanya misteri.

(5) Biar manusia itu jelas sama pada jantina dan fizik luaran, dalaman dan juga sifat-sifat anatomi lainnya, namun sebegitu secara mikronya mereka banyak bedanya.  Darah umpamanya merah untuk sesiapapun, namun kumpulan darah tetap banyak jenisnya. Kenapa Allah menjadikan terlalu banyak homo sapien manusia? Di dalam bidang pe
rubatan dan saintifik, perbedaan mikro pada manusia adalah untuk menzahirkan keserasian. Tetap ada keserasian dalam kepelbagaian - tetap ada compatibility in diversity. Sifat keserasian adalah sifat terpilih. Serasi adalah ciri khusus yang unique dan tersendiri. Ianya bukan sesuatu yang lumrah atau common. Sifat keserasian dalam kepelbagaian itu perlu ada lantaran Allah mahu segala-gala harus berpasangan. Keserasian berupa prasyarat precondition bagi keperluan berpasangan. Keserasian bukan bermaksud kesamaan atau commonality. Kedua, perbedaan mikro pada manusia, contoh gene Si A tidak akan mutlak sama dengan gene Si B. Sebabnya, perbedaan mikro ini secara biologi dan saikologinya menjadi setiap manusia itu adalah pada dirinya - diversity makes one unique by onself. Makanya akan kita temui, biar antara yang sangat bijak, namun kebijaksanaan mereka tetap berbeda. Tidak ada duanya Al Biruni, bahkan Iman Shafiee sekalipun. Mahathir akan hanya wujud sebagai seorang dirinya Mahathir, tidak akan boleh Muhammad Sabu menjadi dan sebaliknya Mahathir. Perbedaan mikro ini membolehkan seseorang menjadi dirinya pada kudrat dan iradatnya. Itu kelebihan cara Allah, hanya Dia yang mampu menjadikan yang serupa tetap tidak sama.

Jodoh:

Adam AS mulanya tercipta sendirian. Dia Allah cipta atas kudrat - sebagai khalifah di muka bumi - dengan iradat memberikan kepemimpinan saksama. Allah menjadikan Adam, unique pada dirinya - seorang manusia yang bijak dan istimewa. Adam tidak sama dengan mana-mana mahluk terdahulu dan kemudian darinya. Di bumi Allah telah ciptakan segala dan mungkin terus mencipta, dan segala-galanya ada nilai saling ketergantungan antaranya; positive - negative co-relation. 

(2) Di dalam Al Quran, dinyatakan segalanya adalah berpasangan. Ada siang ada malam. Maka ada matahari dan ada bulan. Ada surut ada pasang. Ada angin ada ombak. Ada mulia ada kehinaan. Ada setia ada curangnya. Ada para Iblis dan ada para Nabi dan Rasul. Apapun dan segalanya pasti berpasangan. Cuma Adam AS awalnya sengaja Allah tidak ciptakan berpasangan lantaran, saya berkira, Dia mahu membuktikan kepada Malaikat dan Iblis, bahawa sifat kepemimpinan dan kebijaksanaan ada pada Adam AS dan tidak pada mereka - Adam AS berpunya akal, tidak pada Iblis dan Malaikat. 

(3) Segala-gala telah Allah cukupkan untuk Adam di Syurga. Namun, kebijaksanaan nyata dan awal Adam adalah dia tahu di mana kekurangannya. Dia mesti memperbetulkan itu. Itulah sifat asas sebuah kepemimpinan. Tahu di mana dan apa kekurangan kita lalu tangkas memperbaiki dan atau memperkuatkan diri.  Saya yakin, Adam AS tahu dirinya tidak kekal, dia tahu segala ciptaan Allah akan punah juga. Maka demi kelestarian kepemimpinan manusia, dia harus berwaris. Maka pinta Adam AS kepada Allah hanyalah pasangannya. Maka Allah mengurniakan Adam AS Hawa terus dari tulang rusuknya.

(4) Kenapa Allah tidak mencipta Hawa dari juzuk sepertinya Adam iaitu debu dan tanah? Rusuk adalah subset dari seluruhnya Adam. Saya berkeyakinan, setiap inci dari tubuh manusia, biar serupa tetap tidak sama. Mikro-biologinya akan berbeda. Maka bila rusuk Adam dijadikan Hawa, maka Hawa adalah berbeda dari Adam namun tetap sebahagian dari Adam AS. Biar fizikal hampir-hampir serupa, namun secara fungsian mikro biologis, sosiologi dan moralnya sangat berbeda. Adam AS Allah kudratkan untuk menjadi sosok pemimpin dan iradat memimpin. Itu kemahuan Allah. Pada Hawa, mahunya Adam AS pada sosok itu adalah teman serasi dan yang melahirkan segala pemimpin sesudahnya. Adam dan Hawa, Allah tentukan harus berpunya keserasian. Cara Hawa tercipta adalah jalan hukum azali Allah dalam menentukan bahawa keserasian adalah asas bagi sebuah pasangan dan ikatan. Inilah diversity and uniqueness pada dua insan lelaki dan wanita. Pada kepelbagaian itu, Allah menjadikan mereka saling memerlukan untuk melengkapi kekurangan yang ada. 

(5) Adam AS sebagai manusiawi ciptaan terawalNya, dia ketiadaan pasangan untuk kelangsungan tujuan penciptaannya - kepemimpinan. Dia mulanya kelompangan pelengkapnya - dia mengalami partnership gap. Dari sudut boilogi, sosialisasi dan moralnya,  Adam tanpa Hawa adalah tidak sempurna. Dia kekurangan sesuatu. Maka bagi memenuhi kehendak Adam untuk berpasangan, maka Allah menjadikan pasangan dari juzuk yang serasi dengannya. Pilihan Allah adalah harus dari juzuk Adam itu sendiri. Kenapa sebegitu, yakinlah bahawa apapun yang Allah perlakukan, Dia punya pertunjuk masa depan yang cukup luas. Pilihan juzuk Hawa adalah pada tulang rusuknya Adam, tidak bahagian lain darinya. Kenapa? Dan ketika, Allah menyentap tulang rusuknya untuk menjelmakan Hawa, maka telah berlaku kelompangan gap pada dirinya as himself. Demi Hawa, Adam mengorban dirinya untuk diregut. Terjadi kelompangan gap pada jasad tubuhnya. Dan gap itu, Allah takdirkan harus dilengkapi dari tisunya sendiri juga. 

(6) Sesungguhnya, Allah menjadikan Hawa dari tulang rusuk Adam, saya mengira ada dua pertunjuk yang cukup luas dan mendalam pengertiannya. Pertama, manusia akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang akhirnya memerlukan proses cedungan. Penciptaan Hawa dari jasad Adam sendiri adalah pertunjuk Allah bahawa cedungan dan kulturan tisu adalah sesuatu yang boleh dan perlu. Ini kemudian Allah perkukohkan dengan kelahiran Isa AS tanpa adanya persenyawaan ovum dan sperma. Pengkulturan tisu secara in vivo dan in vitro fertilization adalah hikmah di sebalik semua itu. 
Pemindahan tisu juga boleh asalkan ianya serasi.

(7) Kedua, tulang rusuk punya tugas yang amat penting secara anatominya kepada manusia juga haiwan lainnya. Di balik rusuk tersimpan segala organ penting manusia - paru-paru, jantung, hati, pankerias dan hempedu - yang berupa organ-organ utama dalam mengatur sebahagian besar dari fungsian fisiologi manusia. Selepas otak, saya berkira kelompok segala organ yang dilindungi tulang rusuk adalah kedua terpenting. Tanpa paru-paru, bekalan oksijen tubuh akan putus. Tanpa jantung, fungsian sistem pengangkutan nutrien, perlalian, hormon dan perkumohan manusia akan binasa. Hati atau liver dan pankerias adalah pengaturcara rembesan horman dan mempengaruhi rembesan enzim dalam sistem penghadaman dan bahkan perkumohan kita, tanpa keduanya, fungsian penjanaan tenaga dan detoxication 
kita pasti terjejas teruk.   Apakah kias yang Allah ingin berikan tentang tulang rusuk dan kejadian Hawa darinya? Bagi saya - organ-organ yang dilindungi rusuk adalah ibarat isi rumah. Rusuk adalah rumah, dan segala organ di dalamnya adalah harta milik sebuah rumah. Gabungan antara rumah dan segala harta di dalamnya itulah yang membentuk sebuah rumahtangga. Ini termasuklah segala anak cucu cicit di dalamnya. Prinsip sebuah rumah adalah ianya harus kokoh agar isinya terjada dan terpelihara rapi. 

(8) Seperti saya nyatakan awalnya, otak merupakan kelompok organ yang terpenting dalam anatomi dan fisiologi manusia. Otak adalah ibarat CPU dalam sistem pengkomputeran. Lumpuh CPU maka lumpuhlah sesebuah komputer dan segala terkait dengannya. Lantaran sangat pentingnya otak, maka Allah lengkapkan otak dalam pengawasan CCTV deria sensor yang lengkap - mata, telinga, hidung dan mulut. Berbanding rusuk, otak dilindungi oleh tengkorak iaitu kepala. Ianya jauh lebih keras dan utuh berbanding tulang rusuk. Namun mahabijaksana Allah, sistem pertahanan manusia untuk sistem otak dan sistem kerangka rusuk, Dia adakan tangan yang cukup flexible dan tangkas reflectnya. Antara kepala dan dada iaitu kerangka rusuk, ianya jelas terpisah. Apa maksud saikologi dan moralnya? Bagi  saya, kepala dan segala organ lindungannnya berperanan untuk mengaruh induce atau deduce and regulate - dalam sosiologi atau moral, the brain take the lead. Kerangka dada atau rusuk dan organ lindungannya adalah executor pelaku kepada segala arahan otak. Metaforiknya, sistem kerangka rusuk atau dada adalah follower kepada sistem kepala. Lagipun secara literasinya kepala adalah dinamakan kepada bukan ekor iaitu head is named head not tail. Maka darjat dan fungsinya keduanya hendaklah difahami betul-betul. Sebegitu juga "pemisahan" keduanya juga harus dilihat dan fahami juga. 

(9) Secara metafora, di dalam Al Quran Allah menjelaskan bahawa peranan wanita apa lagi bila ditakdirkan menjadi isteri - dia adalah pelindung harta, rumahtanga dan maruah keluarganya.  Allah menuntut sang isteri untuk taat kepada suaminya dapaling utama patuh kepada segala perintah Allah sebagai custodian sebuah rumahtangga. Imbalannya, sang suami mesti menjaga kebajikan isterinya.  Lantas keserasian dalam sesebuah perjodohan cukup recam - complex pertaliannya - bukan sekadar biologi, sosiologi malah dari sudut moral juga. 

(10) Sedikit berbeza dengan cedungan, jodoh bukan hanya menuntut keserasian biologi atau chemistry spark. Jodoh adalah saling melengkapi. Tanpa jodoh manusia akan kekal kelompangan. Manusia yang lompang, khasnya lelaki yang tidak berpunya jodoh - tingkah dan focus kepemimpinannya pasti tidak sempurna. Maka perjodohan adalah sebuah keserasian yang bukan hanya perlu sejadi namun ianya juga adalah soal KeImanan.

Isunya: 


































Isu yang terus memuskilkan saya adalah, bila jodoh sudah terikat, keserasian telah wujud, kenapa lewat masa, biar dalam pasangan paling cocok sekalipun - contoh SAW dan Habsyah, perceraian tetap berlaku. Namun perceraian sebentar SAW dan Habsyah tidak boleh dilihat sebagai perceraian biasa-biasa, melainkan itu sengaja Allah tunjukkan atas keperluan menjaga batas hak seorang suami kepada seorang isteri yang pure Allah biding. Sedikit kegelinciran kesabaran boleh saja mengakibatkan perceraian. 

(2) Dalam kasus-kasus perceraian biasa, hujah yang sering terlontar adalah - saling kurang atau tidak memberikan perhatian. Perkara ini sering terjadi bukan dalam tempoh lima tahun pertama selepas menikah, seringnya antara 5 -10 tahun. Sepertinya spark atau heat  jodoh hanya hangat memanas dalam julat lima tahun pertama dan selepas itu menjadi dingin dan hambar mungkinnya. Semakan saya dari Perangkaan DOSM tentang Perceraian Di Malaysia tidak menjelaskan akan punca-punca utama perceraian. Namun melihat kepada julat umur di mana perceraian sering terjadi iaitu 25 - 44 tahun bagi kedua-dua lelaki dan perempuan adalah suatu pertunjuk yang sangat menarik. Julat tertinggi adalah pada umuran 30 - 39, kenapa ya?

(3) Dalam tulisan saya siri 1/12/2024 Cerminan tabii dan sikap lelaki di balik kejadian Adam AS para Ironinya (sub para 5) saya melontarkan: Keperluan kepemimpinan di kalangan kelompok ini banyak ketika adalah sangat mencabar lantaran mereka bukan sekadar mengurus apa saja di peringkat mereka, malah mereka juga ingin berjuang untuk menempatkan diri di kalangan T10 - T15. Suasana kepemimpinan boleh bersifat sangat sengit malah fragile bagi sesetengah kalangan. Keadaan ini menimbulkan gelora dan keadaan kurang menentu. Jika diperhatikan, biar berbanding kelompok T10 -15, golongan ini perlu bekerja lebih keras lantaran merekalah sandaran bagi kalangan T10 - 15. Middle management atau on becoming a successful person, menuntut kerja keras dan banyak pengorbanan. Lantaran tidak ramai yang dapat menyeimbangi Emotional dan Social Equation ESQ inilah golongan yang paling banyak berubah sikap yang ada ketikanya cukup extreme. Tuntutan dan cabaran untuk menaiki heraki kepemimpinan yang meninggi banyak menukar mereka menjadi seperti status centric, individualistik dan egoism. Itulah nasib mereka. Banyak kalangan rakan-rakan saya di Kuala Lumnpur, Kuching dan bahkan Simunjan telah berubah menjadi kalangan sebegini. Kebanyakan mereka adalah dalam julat usia 30 - 40an. Tanpa terdahulu merujuk kepada Perangkaan DOSM, telahan saya bahawa perceraian banyak berlaku pada umuran sebegitu tampak benar. Kenapa? Saya melalui dan memerhatikannya.

(4) Tekanan untuk melonjakkan diri itu suatu hal, namun selepas berfikir untuk kedua kalinya, saya berkira inilah peringkat umur kedewasaan itu mulai teruji. Dalam Islam, berani saya katakan inilah tingkat bila Iman - syukur dan sabar sangat teruji. Pada usia sebegini, suami dan isteri sudah mulai mahu melihat ke mana masa depan mereka. Apa dan ke mana perkahwinan akan membawa atau meletakkan status mereka akhirnya? Jika pada usia 20 - 30, perkahwinan adalah bulan madu yang indah, segala kekusutan terobat pada tingkah nakal dan lucu anak-anak yang masih kecil, juga sebuah pelarian dari belenggu ibu-bapa dan ingin berasa bebas bersama kekasih hati, namun pada usia 30-40an, saya berkira self satisfaction examiniation mulai berlaku. Pada saat ini terjadi, maka pasti banyak unsur-unsur unsatisfaction akan membuak- mengelojak. Apa lagi jika status unsatisfying terkini mulai disorot kepada pasangan lain dan bahkan menjadi tajuk perbincangan harian bersama keluarga dan bahkan rakan-rakan akrab. Saya menduga, seperti saya nyatakan mulanya - pada saat Hawa mahukan validation tentang kehebatan ilmunya, maka Iblis mengodanya untuk menghampiri lalu memetik dan berkongsi enak the apple fruit, maka dalam titik lemah realisizing all of  unsatisfying factors itulah menjadi moment sangat ampuh untuk Iblis memainkan perananya. Iblis hanya berminat untuk manusia berbuat yang tidak baik. Pisah. Iman, syukur dan sabar akan berada pada titik paling lemah. 

(5) Saya belum berani untuk mengutarakan sebab dari sudut kaum Hawa per se, namun bagi para suami, selepas lima tahun menikah, padangan hidupnya sangat berubah lantaran jika dia telah berpunya anak-anak, dia kian focus untuk mewariskan segala keselesaan untuk anak-anak dan keluarga. Bahkan pada umuran lebih 30an, para suami kian terbeban dengan lebih banyak tanggungjawab dan cabaran kerjayanya. Lantaran itu hidupnya beralih focus kepada kerjayanya. Hubungan luarannya menjadi lebih terserlah dari hubungan dalam keluarga.  Apakah ini ganjil? Saya melihat itu tidak, kerana jika kita kembali kepada fitrah kejadian lelaki = tanah dan debu, dia kapanpun harus bergelumangan. Dia tercipta dari juzuk hina, yang dia hambat adalah kemuliaan. Sikapnya, berubah bila telah beristeri, bukan kerana hangat-hangat tahi ayam atau sudah habis manis sepah dibuang, tidak sama sekali, tetapi,
kita mungkin tidak pernah mengkaji kudrat kenapa Hawa tercipta dari rusuk Adam - bagi saya, kudrat kejadian sebegitu menjadikan lelaki berpunya tanggapan bahawa bila seorang perempuan sudah menjadi isterinya, maka baginya sang isteri itu perlu merasakan sense of security yang tinggi atas institusi pernikahan mereka. 

(5) Bagi lelaki, jaminan perhatian dan kasih sayangnya kepada isterinya adalah pada institusi pernikahan. Selagi dia kekal menikahi isterinya, baginya itulah bukti kasih sayangnya melampaui apapun. Lain-lain adalah sandiwara dan secondary. Makanya jaminan masa depannya menjadi focus kepada mencari segala kekuatan buat keluarga, masyarakat dan bahkan negara dan bukan sang isteri per se. Tangungjawab keluarga dan sosial yang lebih luas menjadi perhatian beratnya.  Lihat saja pada perilaku mereka yang berjaya seperti Mahathir, Elon Musk, Bill Gate, Trump, Nelson Mandela, Muhammad Ali malah Cristiano Ronaldo. Bahkan lantaran focus Muhammad SAW terhadap Islam dan Ummah maka berlaku fitnah terhadap isteri-isteri beliau. Pendapat saya ini boleh disanggah, namun hipotisis saya adalah benar bila saya amat-amati secara rawak pasangan yang kian menua - saya belum pernah mendengar suami yang mengeluh dan berkata "Di manakah isteriku yang dulu - segar bungar, cergas, cerdas, mengiorkan?" Jika persolan ini terpacul di bibir sang suami, rasa-rasa para Malaikat di langit ke tujuhpun ketar ketir ketakutan dari berontakkan para isteri. Namun banyak kali saya mendengar keluhan "Di manakah suamiku yang dulu ganteng, segar bungar ...". Lontaran kata-kata sebegitu bukan disembunyi-sembunyikan, malah tepat diludah ke batang hidung sang suami yang kian menua dan lembek; apa terjadi? Sang suami hanya tersenyum dan melampiaskan kesipuannya jika tidak pada rokok, atau kopi atau berlalu pergi terhencot-hencot. 

Rahsia Perlunya Keserasian: 
  
Dalam cedungan transplanting, cantuman grafting, dan perkahwinan breeding and cross breeding  keserasian biologi adalah keperluan mutlak. Kaki seorang pesakit diabetes bila dipotong tidak boleh diganti dengan kaki kuda atau lembu. Biar manusia dan kuda atau lembu adalah mamalia, namun genera dan spesis mereka berbeda. Samalah, pisang tidak boleh dicantum apa lagi dikahwinkan dengan durian. Apa lagi mengkahwinkan Orang Utan yang 98.4 peratus secara genetik serupa dengan manusia, benar "kahwin" tetap boleh cuma hasilnya adalah sebuah kejahilan nan jorok. Biar dalam sesama spesispun terutama pada manusia, tetap berlaku ketakserasian biologi. Perbedaan sifat mikro-biologi antara individu manusia akan mempengaruhi keserasian antara mereka. Kumpulan darah sering dijadikan bench mark utama lantaran dalam sesuatu cedungan, yang paling cepat bertindak balas adalah sel-sel dan plasma - macrophage darah. Darah merupakan tonggak pertahanan tubuh seorang manusia dan haiwan lainnya. Sebarang keterasingan pada badan, maka darah akan menyerang kehadiran bendasing tersebut. 

(2) Kenapa ini terjadi, pertama seperti saya nyatakan terdahulunya, agar manusia terus mendalami ilmu perubatan dan bahkan bio-engineering. Itu jelas. Kedua, dari segi evolusi, ini adalah berupa natural selection process. Alam terus menerus mengalami perubahan. Macro atau micro climate changes berlaku setiap masa. Maka segala hidupan perlu melakukan perubahan atau penyesuaian adaptation yang setara untuk kemandirian mereka. Secara biologi ini dinamakan suatu proses evolusi iaitu penyesuaian kehidupan dengan perubahan alam terutama ekologi habitat. Manusia-manusia di tropika perlu berevolusi untuk sesuai dengan segala habitat dan ekologi tropika - hangat, kelembapan tinggi, banyak penyakit dsb. Sedang manusia-manusia di tundera seperti khutub pula perlu menjalani proses evolusi untuk rentan dingin melampau, kekurang cahaya, malah sumber makanan yang cukup terhad. Akibatnya, ciri-ciri mikrobilogi manusia di habitat dan ekologi yang berbeza akan terus berubah dan saling menjarak. Perkara ini tidak hanya berlaku dalam julat ekologi yang berbeza malah pada ekologi dan habitat yang sama. Keserasian adalah asas bagi kemandirian suatu kewujudan, ikatan dan atau perhubungan. 

(3) Hakikatnya, dua manusia adalah dua tisu yang berbeza. Penyatuan dua manusia iaitu penikahan, hakikat saintifiknya adalah cedungan dua tisu massa yang berbeza. Seperti saya jelaskan di atas, penyatuan dua tisu berbeza harus memiliki keserasian yang tinggi. Tanpa keserasian yang tinggi, penyatuan apapun akan robek dan punah juga akhirnya. Cuba fikirkan, jika besi disambung dengan kayu, salah satunya akan reput dan bahkan berkarat mendahului yang lainnya. Juga cuba berpakaian yang tidak cocok, pasti pemakainya tidak akan selesa dan menukar pakaiannya paling segera boleh. Jodoh dan cedungan, serupa, pada saat keserasian meluput atau musnah, maka lerailah sebuah ikatan. Dan saya berkira, mahabijaksana Allah, Dia menjadikan keserasian sebagai pokok terhadap sebuah ikatan yang setia. Ikatan yang setia melahirkan sikap kepertanggungjawaban yang tulin dan jujur. Allah mencipta fenomena keserasian sebagai asas sebuah kesetian agar yang terkait menjadi saling bertanggungjawab. Sesungguhnya, saya yakin hanya sikap jujur bertanggungjawablah yang menjadi manusia itu manusia sejatinya manusia. Suami yang bertanggungjawab tidak akan menduakan isterinya dan sebaliknya, dalam senang dalam payah. 

(4) Lantaran jodoh adalah berupa sebuah keserasian, sepertinya pencedungan, maka pada saat keserasian itu luput, maka putuslah sebuah jodoh atau penikahan. Dari segi biologinya, telah saya perkatakan di atas, namun dari segi moralnya, di situlah banyak kelemahan yang saya lihat bahkan telah lalui. Terutama bila kita berada dalam Middle Management atau Leadership Sector - yang terkadang-kadang disebut sebagai middle age crisis, tekanan keperluan kerjaya atau hambatan jaminan kehidupan menyebabkan kita perlu memusat kepada kerjaya. Segala ilmu untuk menjayakan kerjaya kita akan kita beri perhatian hebat. Apa lagi bila sudah berada dalam Top Management atau Leadreship Sector - kekuasaan politik, urusniaga bahkan status sosial yang tinggi menjadi pertaruhan kita. Kita melayani kehidupan berumahtangga sebagai thing for granted and given. Ternyata seharusnya tidak sebegitu. Gah sang suami dalam kerjayanya, bukanlah kebahagian buat sang isteri, malah menjadi kecemburuan dan paling parah, bahkan menjadi sisi menidakkan atau meminggirkan kepada sang isteri.

(5) Inferiority complex - pada sang isteri, dan superiority complex pada sang suami - mungkin salah satu fakturnya, namun saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa kejahilan ilmu berumah tangga adalah sebab utamanya. Bukan hanya kepada sang suami, tetapi pada sang isteri juga. Jika salah seorang punya keImanan yang tinggi berserta keIlmuan berumah tangga yang hebat, saya yakin kegoyahan rumah tangga akan dapat dileburkan. Lihat pertama-tama Adam AS dan Hawa. Tiada rejection Adam ke atas Hawa biar khilaf Hawa membawa padah berat buatnya. Kedua lihat pada Ibrahim AS dalam hal, isteri-isterinya Hajar dan Sarah. Ibrahim dapat menyelesaikan kecemburuan Sarah dengan sangat baik. Lihat juga pada Asyiah dan suaminya Firaun. Asyiah kekal bersama Firaun biar Firaun itu cukup kafir sifat-sifatnya.  Umar Al Khaatab nan terkenal tegas dan garangnya, dia kekal diam di atas olah isterinya yang mengemeskan. Semua landaran keserasian hebat dalam unsur sabar dan syukur.

(6) Namun, seperti saya pernah tuliskan dalam artikel terdahulunya - a man must stand a man, ada waktunya kelainan-kelainan sikap perlu ada - contoh lihat pada perintah Allah kepada Noah dan Lut ke atas anak-anak dan isteri mereka, dan Ismail dan isteri pertamanya. Dalam soal, SAW dalam kasus perceraian singkatnya dengan Habsyah serta sifat-sifat cemburu dan demanding validation Siti Aishah, semua itu bukan natural, tetapi sesuatu yang Allah sengaja adakan. Semua itu agar kita ingati, mengerti dan teladani. Pada suatu sosok yang terhebat sekalipun - ketakserasian berlaku dan Allah tunjukkan cara melewatinya. Cuma, dalam sistem pendidikan Islam dan kekeluargaan di negara ini, tekanan kita terlalu condong kepada Fardhu Ain, kita membiarkan keperluan Fardhu Kifayah itu sebagai a knowledge to be gain along the way. Saya berkira itu cukup silap dan tidak wajar. Satu gerakkan dalam memperkokoh institusi berumahtangga dan kekeluargaan dan malah kemasyarakatan di kalangan Ummah perlu diusahakan keras dan ianya harus dijadikan suatu strategi dakwah yang sangat berkesan. 

(7) Keserasian biologi biasanya Allah wujudkan dengan adanya chemistry spark. Biar kita berpunya banyak teman namun chemistry spark biasanya terjadi pada lingkungan cukup terhad - ie only to the special one. Sedang keserasian sosiologi, saya perhatikan banyak terpengaruh oleh budaya dan pandangan hidup. Kedudukan sosiologi setaraf sangat memungkinkan perjodohan - ini, cuba difahami dari ungkapan itik sama itik, enggang sama enggang. Namun ada juga kelainannya, biar secara sosiologi tidak setaraf, namun pandangan hidup menjadi faktur utama kenapa perjodohan itu berlaku. Contoh jelas - SAW seorang pedagang kecil dan Siti Khadijah janda kaya raya dan malah Fatimah Al Zahrah dan Ali Abi Thalib keduanya bertaup hanya pada batas keImanan kental. Namun di sisi Islam, keserasian moral seharusnya menjadi pertaruhan utama. Ketempangan biologi dan sosiologi akan dapat diatasi sepenuhnya oleh keserasian moral yang tinggi - nilai Iman, syukur dan sabar taraf wahid - buktinya, Hawa dan Adam, Hajar malah Sarah dan Ibrahim, Asyiah dan Firaun, Ayub dan isteri dan Hasmah dan Mahathir (In Shaa Allah). 

(8) Mahabijaksana Allah, banyak orang tidak tahu. Pada faraj dan juga kelamin lelaki ianya mempunyai micro-habitat yang tersendiri. Berasaskan faktur kesihatan dan personal hygiene micro-habitat kelamin setiap orang berpunya koloni mirob yang tersendiri dan berkemungkinan besar berbeza-beza. Maka dalam perselingkuhan dan apa lagi kepelbagian perselingkuhan multiple relationships yang membawa kepada zina, pertembungan pelbagai mikrob ini boleh mengakibatkan masalah besar kepada yang berkaitan. Cuba fikir, jika makanan kita tercemar oleh mikrob - virus, bakteria, protozoa, malah kulat dan apapun, jika perut kita tidak serasi iaitu sistem badan kita tidak dapat menerimanya, kita pasti samada muntah atau ceret-beret. Samalah jika berlaku multiple sexual relationship, bila ketakserasian mikrob pada mikro-habitat kelamin yang berkenaan, kejadian-kejadian seperti rashes, VD dan malah HIV akan berlaku. Cara Allah, sebegitulah Dia mencipta agar manusia kekal setia dan bertanggungjawab. Saya yakin, terutama kepada para perempuan, di sinilah saya kira hakikatnya kenapa edah itu perlu selepas sesuatu perceraian.  Saya yakin edah 3-4 bulan adalah penting untuk neutralised lingkungan faraj para janda dan atau balu. Juga, zina itu perlu dielakkan. 

(9) Sesungguhnya, keserasian adalah grand plan Allah. Kita hanya mampu menjelaskan sebahagiannya, dan belum seluruhnya. Saya yakin, jodoh dan keserasian biologi adalah perkara yang perlu bersama bagi memungkinkan kejayaan sebuah perkahwinan - pengembangan zuriat manusia. Kita berjodoh lantaran kita serasi. Perkahwinan adalah sebuah percantuman massa tisu-tisu. Keserasian menjadi prasyaratnya. Keserasian bukan sekadar pada fizik, sosiologi, saikologi, biologi malah moralnya. Namun biar apapun yang
kita duga, kita harus kekal ingat bahawa kudrat jodoh Allah ada iradatNya yang kita tidak akan ketahui sepenuhnya. Hanya masa yang akan menentukannya. 
Ambil contoh Aminah dan Abdullah, orang tua SAW. Mereka diceritakan pasangan paling ideal dari segi fizikal, sosiologi, saikologi malah moral. Namun mereka berjodoh dalam masa terlalu singkat. Jika dibuat sebuah novel, ianya pasti cukup trajis. Kenapa? Saya melihat iradat Allah dalam pernikahan dan jodoh singkat Aminah - Abdullah adalah untuk melahirkan Muhammad yang tegar dan kekar. Sebegitu juga yang berlaku terhadap jodoh Muhammad - Siti Khadijah. Dalam kehilangan isteri yang sangat mendokong, Muhammad berubah menjadi seorang paling strategis dan cekal. Anak-anak Muhammad membesar dalam suasana paling mencabar. Mereka kekar bersama teguhnya bapa mereka. Sesungguhnya, keserasian adalah tentang keredhaan Allah. Allah mempunyai sebab mempertemu dan menamatkan jodoh seseorang. Cuma cara Allah memutuskan sebuah ikatan pernikahan tidak akan secara perselingkuhan seperti yang kini banyak berlaku.

(8) Perselingkuhan adalah jalan sesat dan menyesatkan. Itulah jalan yang cukup memberikan keseronokan kepada para Iblis. Perselingkuhan adalah asas kemurkaan dan laknat Allah. Perselingkuhan adalah ibarat kita menantang dan atau menolak apa yang Allah kudratkan hakiki kepada kita. Akibatnya pasti berat dan berpanjangan. Perselingkuhan bukanlah kudrat, tetapi kelemahan Iman dalam mendepani kekusutan atau perjalanan hidup. 

Pilihan Pada Sahabat:

Buat teman saya, beliau dapat menerima bahawa Allah mungkin telah menetapkan pasti berlaku ketakserasian dalam hubungan rumahtangganya. Itu sudah dapat dia terima dan boleh dikira sebagai tutup buku. Redha atas retak rumahtangganya sudah menjadi pegangannya. Kini saya perlu menyemai dan menyedarkannya tentang next step iaitu pasrah. 

(2) Cuma yang dia khuathirkan, isterinya akan menuntut penjagaan anak. Itu dia sukar terima. Namun hukumnya jelas - ibu berpunya hak dalam penjagaan anak sehingga umuran 18 tahun. Ini bukan hukum sivil. Ini hukum adat dan hakiki Allah. Maka sahabat saya berada dalam gundah berat. Biar dia telah dapat menerima - redha dengan perceraiannya, namun dia tidak mungkin dapat menerima kemungkinan tercerai dari anak-anaknya. Dilema beliau, mungkin lantaran sakit hati yang berat - maruahnya tercalar lantaran mantan isteri terbang kerana orang ketiga - suatu tempelan kulit babi di mukanya - pasti pedih dan menikam dalam. Maka anak-anak menjadi taruhan. Dia mungkin benci membara terhadap mantan isteri dan menjadikan anak-anak jalan membalas dendam. Maka biar buku telah tertutup namun redhanya belum kukuh. Itu biasa. Dia hanyalah manusia yang tengah berjalan jauh.   

(3) Apakah nasihat jalan keluar yang harus saya berikan kepadanya? Cinta isteri memudar lantaran nafsu muda yang mendorong perselingkuhannya. Dia belum puas menikmati nikmat dunia. Jika itu sebegitu, di sisi Allah teman saya berpunya advantages yang sangat tinggi. Pertama, isterinya telah melakukan dosa besar yang cukup keji lantaran meminta cerai. Saya ada membaca, isteri sebegitu selama 500 tahun tidak akan memasuki syurga. Lima ratus tahun ahkirat bukan dunia. Sehari di akhirat, diibaratkan 1,000 tahun dunia. Jika dia sampai menikahi selingkuhnya, mereka akan melakukan dosa besar yang hebat. Lelaki yang menikahi isteri yang meninggalkan suaminya, dosanya cukup berat. Keberakahan rumahtangga mereka menjadi payah. Sesiapa dalam gelumangan dosa, apa lagi Allah, malaikatpun menjauh darinya. Saya berkira, mantan isteri sedang berada dalam "black listing" Allah. Teman saya berpunya upper hand dari segi empati Allah kepadanya. 

(4) Sesungguhnya, dia boleh membawa selingkuhan mantan isteri ke pengadilan atas dakwaan meruntuhkan rumahtangganya. Kesannya pasti berat buat mantan dan selingkuhnya. Jika terbukti perselingkuhan itu wujud, dia boleh saja menuntut gantirugi yang besar. Perkara ini termaktub dalam alasan tuntutan cerai mantan isterinya - tidak serasi dan sudah ada orang lain. Saya kira itu tidak perlu dan tiada untung dari sisi ganjaran akhirat buatnya. Itu untung dunia bukan akhirat. Paling utama, saya kira dia telah teraniaya. Isteri dalam gelumangan dosa sedang dia dalam redha teraniaya, maka In Shaa Allah, Allah akan berpihak penuh kepadanya. Inilah kekuatan sebenar dirinya di sisi Allah. Dia redha dalam penganiayaan dan pengkhianatan. 

(5) Dalam advantages sebegitu, dia harus hanya berserah - pasrah total kepada Allah. Dia mesti terus menjadi manusia baik-baik malah lebih baik. Dia mesti bertanggungjawab penuh terhadap anak-anaknya. Biarkan mantan isteri berbuat apa yang dia suka. Dia sudah bukan tanggungjawabnya. Biasa dalam gelumangan dosa, sesiapapun tidak akan berfikiran waras dan pasti jatuh tersembam juga. Biar apapun dia jangan menyekat mantan isteri untuk bersama anak-anak kecuali jika memudharatkan. 
Hukum Allah jangan dipersoal apa lagi dikhianati. Dia perlu terus saja menjadi ayah dan manusia yang baik. Perbaiki saja ibadahnya, perkuat saja sabarnya. Sabar dan syukurnya harus terus menguat. Pada titik di mana salah satunya tergugat, akibatnya pasti parah. Fahami secara mendalam kenapa Tasbih SuhanaAllah, Tasmid Alhamdullilah, Takbir AllahuAkhbar, Istifar, Sholawat dan zikir HasbiAllah itu keharusan yang tinggi untuk diamalkan saban waktu duka, sedih, teruja, gembira malah dalam berbuat apapun. Perbanyak dan teruslah berdoa berserah - pasrah total kepada Allah. Janji Allah, berpegang teguhlah kepada pesan SAW betapa antara yang teraniaya dan Allah tiada tabir di antara keduanya. Biar hanya sedetik sesal dan kesal atau luluh air mata biar tidak menetis sekalipun, Allah mengerti apa dalam hati kita. Dia tetap bersama yang redha, sabar dan pasrah, In Shaa Allah.

(6) Apapun terjadi kepada anak-anaknya, itu juga adalah jodoh dalam ertikata yang lain. Jika jodoh anak-anak membesar di tangannya, pertanggungjawapkan saja sebaik-baiknya. Juga sebegitulah jika sebaliknya. Ada iradat Allah pada apapun kejadiannya yang melanda kita. Jodoh singkat dan trajis Aminah-Abdullah dan Khadijah-Muhammad harus dia fahami betapa besarnya iradat Allah kepada sosok Muhammad SAW dan anak-anak mereka - Zainab, Ruqayah, Ummu Khalthum dan Fatimah, semuanya tumbuh sebagai manusia-manusia teguh Iman dan mulia pekerti mereka. Namun semua mereka meninggal di depan matanya dan atau tidak lama selepas beliau. Apa lagi dengan perginya anak-anak lelaki SAW - Al Qassim, Abdullah dan Ibrahim yang tidak sempatpun menjejak umuran dewasa - ada maharahmatnya untuk SAW dan Umatnya seluruhnya. 

(7) Tanpa henti berikan bimbingan anak-anak pada jalan sewajarnya. No over protecting apa lagi pampering.  Sering saja doakan kesejahteraan buat mereka. Bersedia saja bahawa suatu hari mereka juga bukan milik kita. Cuma dia harus cekal baik-baik sahaja. Tiada apa yang mustahil bagi Allah. Gunung Dia boleh ratakan jadi lautan. Lautan dia boleh gelojakkan menjadi dataran pergunungan. Maka redhalah atas segala kudratnya dan pasrah dalam menjalani iradatnya terhadap kita. Kita cuma harus perkuatkan Iman dan mengerti dengan seluas dan sedalamnya maksud syukur dan sabar. Kudrat dan iradat Allah pada sebuah cedungan dan jodoh yang punah adalah agar kita dekat dan menjadi terbaik di sisiNya. 

Lambaian Pulang:

Di sepanjang mondar mandir, saya sering memasang nyanyian Abiet G Ade berjudul Untuk Kita Renungkan dan Isyu sehingga dia dan anak-anaknya seperti sudah mengemari rentak dan lirik nyanyian itu, dan ada waktu kami sama-sama bernyanyi. Saya yakin, Untuk Kita Renungnan dan Isyu akan menjadi dendangan mereka selepas ini. Mudah-mudahan mereka akan mengerti. In Shaa Allah. 

(2) Kedua di sepanjang kami bersama, kami berkongsi kamar dan punya peluang untuk saling bercerita heart-to-heart. Saya ceritakan kepadanya sejak Kerajaan melaksanakan PKP kerana Covid 19 pada 2019 saya cukup kekalutan-  sehingga pada 10 Mac., 2022 dalam detik sabar yang luput, satu titik permulaan kehancuran berlaku dalam hidup saya. Dari April sehingga Oktober 2022 saya diuji dengan masalah kesihatan diri dan keluarga yang parah. I was hopitalized in May and my other half in July.  Kemudian pada 3 Okt., 2022 segala penat jerih yang saya usahakan sejak 2003 iaitu sekitar 19 tahun terdahulu, berkecai. Segala usaha saya di kampung runtuh seluruhnya.  Inilah maksud Abiet G Ade - "dalam kekalutan, masih banyak tangan yang berbuat nista.." Saya bertahan untuk tidak menangis, apa lagi sesal atau marah. Saya belajar menerima lalu memilih jalan to be alone. Saya seperti mengimbau pesan ayah dan ibu, pada saat kekhuatiran - kekalutan memuncak, saya perlu yakin dan jadikan Al Fathihah dan 3- Qul (tambahan Al Khauthar , Kursi dan HasbiuAllah) sebagai zikir dan berserah penuh kepadaNya namun berusaha keras untuk kembali bangkit. I was really exhausted physically, financially, mentally and emotionally. So I acted a lone wolf. Saya memilih jalan Muhammad SAW khalwat sendiri saat dia terpukul hebat oleh fitnah. Namun pada sekitar 9 March 2023 hanya tiga hari sebelum  pada 12 March - 24 April, 2023 saya mengambil istirehat penuh untuk ibadah Ramadhan 2023, Allah henyakkan ujian yang benar-benar meletakkan saya pada titik paling bawah. Saya lemas dalam gaung sehingga 15 Jun., 2023. Selepas tarikh itu, berbekal "HasbiAllah ..." saya bekerja keras dan Alhamdullilah kecerahan di hujung lorong mulai saya lihat, namun Allah tidak melepaskan saya untuk meraikannya. Saya Dia pukul dengan ujian kecederaan yang "melumpuhkan" pada 18 Okt., 2023 dan sekali lagi pada 4 Nov., 2023. "Dan last, 24 Nov, 2024 kita bersama ke NSMC dan you know, I'm just 50 per cents recovering. From 10 Oct., 2022 sehingga, I won't know when, I'll be a lone wolf".

(3) "What I learnt - Iman = Syukur + Sabar. Syukur jodohnya mestilah Sabar. Tanpa syukur nan jernih, kita tidak akan sabar yang tulin. Tanpa sabar, syukur kita tersungkur.  Tiada atau luntur salah satunya, Iman pasti goyah. Saat Iman goyah, ujian akan bertukar menjadi malapetaka. Cuma biar kita kurang berIman ie Syukur dan Sabar kita belum sempurna, jika kita kekal berusaha baik-baik saja, janji Allah - Dia akan sentiasa menolong dan tidak akan menguji kita pada tahap kita tidak mampu mendepaninya. Maka jika Allah terus-terusan menguji kita, jodoh kita dan Allah kekal ada, cuma masa dan keadaan sahaja yang akan menzahirkan nikmat dan rahmat dariNya. Kita kekal serasi sajalah kepada Allah agar kita kekal berjodoh padaNya.

(4) "For your case teman, you sudah sangat dewasa matang - tiada apa yang kamu perlukan lagi melainkan membina keluarga yang soleh dan bahagia - sifat pemimpin keluarga yang baik-baik biar bukan terbaik; sedang mantan kamu dia masih ingin belum puas dengan kehidupan remajanya - belum dewasa, belum matang penuh - sifat isteri dan ibunya belum sempurna; mungkin Allah mahu kamu yang mendewasakan anak-anak kamu demi tujuan yang hanya Dia tahu kemudiannya. Mantan kamu - cedungan tisu kamu - ianya sudah tidak serasi dengan kamu, pisahkan saja dan tahanlah sakitnya In Shaa Allah tisu kamu akan membaik sendiri juga akhirnya.  Just be a good father to your kids either you are together or apart. Maka kawan, you and your kids will continue to rest in Solo, I won't see you all departing. Wish your kids my love and appreciation to like my Abiet. You all will be strong"". In Shaa Allah. 


26-30 Dec., 2024
Damai Beach Resort, Santubong, Kuching.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.