PROLOQ:
Suatu masa dulu, saya membaca kisah tentang seorang
penjual roti di Damshek, Syria. Amalannya, setiap kali dia memulakan sesuatu dengan berIstifar. Maka jumlah Istifarnya sehari mungkin
ribuan banyaknya. Kenapa dan apa fadhilatnya?
(2) Sedang di Baghdad, Iraq pula, Imam Ahmad sering bermimpi
berdatangan ke Damshek. Namun atas terbatas waktu juga banyak hal maka niatnya
sering tertangguh. Nalurinya sekian hari kian memberat untuk ke Damshek. Dia
tidak tahu kenapa? Namun pada suatu waktu dia tekad ke Damshek.
Perjalanannya sungguh lama dan sangat memenatkan lantaran dia hanya
berkenderaan unta. Sesampai di Damshek, hari sudah kesurupan, lalu dia singgah
Sholat Maghrib di sebuah Mushola. Kedatangannya menarik perhatian Si Tukang Roti yang kebetulan berwarung di seberang jalan berhadapan Mushola berkenaan.
Seusai Maghrib, Imam Ahmad istirehat di pojok Mushola, duduk bertinggung tanpa henti kumat kamit sepertinya berwirid. Ulah beliau
terus diperhatikan oleh Tukang Roti. Seusai Isya, Imam Ahmad memohon kebenaran
untuk menumpang tidur di verandah Mushola. Beliau tidak diizinkan oleh penjaga
Mushola dan malah dihalau. Kejadian itu diperhatikan oleh Tukang Roti. Atas
sifat manusiawinya, dia mengundang Imam Ahmad untuk istirehat saja di
warungnya.
(3) Tanpa basa basi untuk berkenalan, Imam Ahmad
lantaran kelelahan yang memukul berat, berbaring di bangku panjang menghadap ke Tukang Roti yang tangannya sibuk menguli dan membakar roti. Imam Ahmad dapat mendengar setiap Istifarnya beserta segala geraknya. Mulutnya
tidak henti-henti berIstifar. Sekitar jam empat pagi buta, Imam Ahmad terjaga
dan dia dapati Sang Tukang Roti sudah sibuk membenahi dan membersihkan
warungnya untuk memulakan perniagaannya. Selepas membersih diri Imam Ahmad ke
Mushola dan kemudian setelah usai Subuh dia kembali ke warung Tukang Roti. Di
sana telah tersedia beberapa buku roti dengan kopi pekat Arab.
TERAS PERSOALAN SAYA:
(3) Saya menulis akan perkara ini agar jika boleh saya ingin mengajak kita Umat Islam dengan segala pengalaman dan keilmuan yang kita ada melihat the Science of the Al Quran bagi masalahat umat kita yang mundur dan teraniaya. Di Timur Tengah, di Asia Tengah, di Afrika, Eropah dan malah di Amerika, di mana-mana umat Islam cukup tertindas dan tersisih. Maka bagaimana seharusnya kita di samping melihat Islam secara theologi, kita mengkaji Al Quran secara saintifik. Penemuan-penemuan saitifik ini, pastinya dapat mengangkat kita ke titik yang paling tinggi di antara mahluk Allah lainnya.
(4) Untuk menamakan segelintir saintis silam Islam seperti Al-Hassan Ibn Al-Haytham (965 – 1040) physicist, Mohamed Ibn Musa Al-Khawarizmi (780 – 850) Algorithm, Jabir Ibn Hayyan (721 – 815) dalam bidang Kimia, Al-Zahrawi (936 – 1013) pembedahan moden, Ibn Khaldun (1332 – 1406) sosiologi dan sejarah, Ibn Sina (980 -1037) perubatan moden, Abu Al-Rayhan Al-Biruni (973 -1048) pengiraan jejari bumi dan trigonometri, Al Farabi (870-951) ahli musik dan filosofi, Ibnu Bathuta (1304-1369) pengembara geographer dsb yang berasal dari rantau Parsia (Syiria, Iraq, Iran dan Pedalaman Asia Tengah) adalah pelopor dalam menterjemahkan kandungan Al Quran menjadi ketemadunan moden yang dijarah Barat tanpa penghargaan sewajarnya. Mereka ini tidak melihat Al Quran semata-mata dari sudut theologi, namum meluas ke bidang teknologi dan sains lainnya.
(6) Kelemahan dan kesilapan yang Malaysia tidak berani perbaiki biar selepas merdeka adalah untuk menyatu gigih pendidikan sekularisma Barat dan Islam secara utuh. Islam hanya terdidik secara scratching the surface dalam sekolah-sekolah dan kolej-universiti sekular kita. Sedang pendidikan sekular pula dilihat dan dimomok sebagai ilmu kafir, biar asalnya sebenarnya dari ketemadunan Islam itu sendiri. Paling parah, tanpa pemikir dan pengubal dasar pendidikan di negara ini yang majoritinya Muslim tidak mampu melihat bahawa Pendidikan Vernacular Cina, India dan Kristian di negara ini - mereka menekankan falsafah tradisi mereka selaras kejayaan sekular anak-anak didik mereka. Lantaran itu pelajar aliran Vernacular mereka jauh lebih hebat dari pelajar keluaran aliran kebangsaan. Namun, Melayu-Melayu berjiwa sempit, melihat keutuhan dan perluasana sekolah vernacular sebagai ancaman kenegaraan tanpa mereka sedar otak sempit mereka yang mengundur Melayu ke gaung kemunduran dan tertinggal. Di sudut lain sekolah vernakular (pondok) Melayu kekal disempitkan dengan hal-hal kematian yang selesa. Kita didik untuk mati sebelum mati.
PENGAMALAN
SENDIRI:
Pada Zaman Saya Masih Kanak-Kanak:
Saya tumbuh di zaman payah. Bukan miskin, tetapi payah. Segala-gala cukup - makanan berkhasiat, pakaian, kediaman, hiburan dsb, cuma kemewahan pada masa itu tidak menjadi
Pada Zaman Remaja Saya:
Saya suka membaca. Saya membaca apa saja. Bahan serious atau tidak, itu bukan keutamaan saya. Saya membaca apa seadanya di depan saya dan atau yang boleh saya capai. Kehebatan Al Qursi saya temui bila saya membaca tentang seorang pengembara alim.
(2) Di kejauhan, masyarakat Kampung geger kerana tiba-tiba rumah yang telah sepi tiada berpenghuni sejak sekian lama menjadi terang benderang serta bingit riuh rendah. Di tengah malamnya, kelihatan rumah tersebut seperti terbakar dan suara-suara melolong sangat jelas
(3) Saya menamatkan pengajian saya dari Universiti pada 1984. Mulanya, lantaran saya agak memilih dalam bidang kerjaya serta saya ingin berdikari dari makan gaji, maka saya mula membuat dagangan keluaran kampung-kampung sekitaran ke pekan Simunjan. Dari kampung sumber, saya perlu menggunakan bot selama sekitar 3-4 jam untuk memasarkan hasil-hasilan tersebut. Untuk ke kampung-kampung mencari khasnya buah-buahan limau, saya perlu meredah Kuala Sadong dan seterusnya menyusur pinggiran Laut China Selatan untuk sampai ke Semera dan Jemukan. Kawasan ini sering bergelora bila berlaku ribut dan atau angin kencang.
Di Perjalanan Antarabangsa:
Semasa saya di USA 1996-1998 dan di mana-manapun, jika saya punya kesempatan duduk
(2) Itu sudah 29 tahun lampau, dan kekal saya teruskan sehingga kini berbuat seperti saya lakukan di mana-mana. Kalian kapan?
Di Zaman Kerjaya Awam:
Bila dewasa khasnya bila saya menjawat jawatan penting serta perlu menjalankan kerja-kerja tidak popular yang boleh menyinggung pihak-pihak terkait, bila hendak tidur, mahu keluar dari rumah serta bila hati saya was-was, maka dengan rendah hati dan keyakinan akan berIstifar, Sholawat, lalu membaca Al Fathihah, 3 Qul, Al Qursi. Kini saya tambahi Al Khauthar sebelum Al Qursi dan HasbiAllah sebagai penutup. Alhamdullilah, setakat ini, amalan ini telah menjadi pelindung serta pengaman yang cukup berkesan bagi diri saya.
(2) Pada ketika saya perlu berjumpa pihak atasan dan atau rakyat bawahan atas permasalahan yang berat, sebegitulah amalan saya, dan Alhamdullilah, saya lolos dengan mudah. Cuma bila merenung kembali pengalaman lepas, satu perkara yang banyak pihak melihat anih pada diri saya adalah I detached myself from all of celebration form. Saya tidak meraikan sebarang kejayaan yang saya capai. Saya lebih gemar melihatnya berlalu dengan diam dan bersiap untuk sesuatu ke depan seterusnya.
Insiden Muktahir:
Semalam (5 Sept., 2025), awal pagi saya berlepas dari Kota Kinabalu untuk pulang ke Kuching. Saya perlu singgah ke rumah saya di Kuching untuk mengambil beberapa bahan untuk meneruskan perjalanan saya ke Kota Bharu. Dari Kuching, saya berangkat ke KLIA2 jika ikut jadual adalah pada jam 16:15. Namun berlaku kelewatan sehingga jam 16:55. Saya tiba di KLIA2 pada jam 20:30. Pada tiket ke KB saya patut boarding di Gate J12. Dari KLIA2 ke KB, flight saya berlepas pada jam 20:45. Maka saya berpunya hanya 15 minit untuk boarding. Saya menuju ke Gate J12, namun Boarding Hall kosong. Saya perlu ke Gate K14 dan itu jika berjalan kaki perlu 20-30 minit. Saya belum boleh berlari lantaran kaki saya yang patah belum pulih sepenuhnya. Dalam kesuntukan masa, saya berjalan pantas serta cuba-cuba berlari-lari anak.
AJARAN AL QURAN,
HADIS DAN ULAMA:
Kini dunia
keIlmuan sangat terbuka luas. Teknologi digital telah membuka ruang yang begitu
tersebar untuk kita mengerti dan mendalami banyak hal. Ilmu keIslaman tidak
terkecuali. Saya kini banyak menghabiskan masa meneliti natijah bahawa Al Quran
adalah jalan penyelesaian kepada segala apapun di alam ini. Apakah yang Allah
maksudkan sebagai semua? Atau bagaimana Al AQuran itu harus diperlakukan agar
ianya adalah jalan penyelesaian untuk semua perkara?
(2) Saya muskil, seumur hidup ini apakah saya
akan dapat menemukan jalannya? Jika tidak, apa mungkin saya dapat membuka jalan
ke arah itu? Saya ingin berfikir, apakah tujuan hidup saya kini dan ke depan akan
menuju ke arah itu? Di sepanjang 2022 sehingga akhir 2024 Allah menguji saya dengan dugaan yang cukup menguncang, sehingga saya terkapar sendiri, apakah tujuannya Dia? Saya berkira saya telah menunaikan segala tanggungjawab
saya kepada pesan dan wasiat kedua orang tua saya. Saya juga berkira saya telah
“puas” berbakti wang Ringgit dan tulang empat kerat untuk keluarga dan masayarakat sekeliling saya. Makanya saya menyoal,
fikiran ini muncul dalam perjalanan panjang ini, apa maksudnya? Apakah mungkin Allah sedang membuka lowongan yang saya inginkan selama ini untuk menjadi pemikir masa depan dan menyumbang intelektual bagi bangsa dan masyarakat di sekeling malah di luar lingkungan hidup saya?
(3) Alhamdullilah, kelihatan Allah sedang membuka jalan kepada saya untuk melihat dan menyumbang kepada ketemadunan dan pemahaman terhadap Islam pada pola fikir tidak tradisional juga tidak pada jalan liberalisma orientalis. Mudah-mudahan itulah terobosan saya selanjutnya. Mudah-mudahan itulah jalan pilihan Allah untuk saya di kedepannya. In Shaa Allah.
EPILOQ:
Sejak 7 Julai, 2024 Zionis mulai menjarah rakyat Gaza sehingga kini, Umat Islam Malaysia
telah sepakat membaca Doa Qunud buat mereka. Apakah ada kesannya? Israel terus membantai Gaza sehingga terbabas menyerang Syiria, Iraq, Lubenan, Iran dan sehingga ke Yaman. Dari 7 Julai 2024, dunia Barat mulai bangkit mendokong Gaza. Lalu kemudian Los Angeles hangus terbakar, diikuti di Israel sendiri serta beberapa siri taufan dan banjir berlaku di USA. Di Eropah tidak kurang malapetaka menimpa mereka. Perang Russia-Ukriane telah mengoyah bekalan tenaga ke Eropah dan ini sangat menyulitkan di waktu Musim Sejuk. Apakah ini norma-norma biasa atau cakrawala sedang menyusun diri untuk menyahut segala getaran Qunud dan doa?
(2) Bila Israel secara terang menyerang Tehran, dan Iran bangkit membalas, segala sistem pertahanan Israel bolos bukan hanya dari serangan Iran tetapi oleh sistem-sistem
persenjataan kecil Hamas, Lubenan, Syiria, Iraq dan malah Yaman. Di Israel sendiri telah bangkit rasa tidak enak kepada Nethanyahu dan pergolakkan sedang melanda negara itu.(4) Andaian saya, jika Gaza mampu bertahan sehingga hujung 2026, Israel akan hanya dihuni oleh dua kelompok pelampau Yahud iaitu para Zionist dan Yahud Orthodox. Yahud Orthodox akan kekal mempertahankan agama mereka di Israel. Tanpa mereka agama Yahudi pasti pupus. Zionist tidak bertempat di mana-mana. Eropah dan Amerika tidak mahu kepada kelompok ini. Israel akan jadi tempat hidup dan matinya mereka. In Shaa Allah atas Qunud dan segala doa umat Islam, atas kental dan sabarnya Gaza, Israel pasti lenyap.
(5) Umat Islam, ayuh kita terus-terus kirimkan doa Qunud untuk Palestine, lantaran getaran dari seluruh pelusuk dunia secara ikhlas, secara bersama, secara penuh insaf akan menuju arasi Allah lalu memantul balik membuka lebih banyak hati dan keinsafan manusia-manuisa
untuk bersama Palestin. Sengsara mereka kini adalah jalan menyatukan dan memperbanyak umat di mana-mana. In Shaa Allah.(6) Di Kota Bharu hari ini, 6 Sept., 2025, sebelum saya ke destinasi sebenar saya pada jam 1400 nanti, saya telah menemukan Taman Bromeliad terbesar di Kota Bharu. Harga jualan di sini, saya kira adalah 50 peratus lebih murah dari Shopee dan hanya 25-30 peratus dari di Kuching. In Shaa Allah pada penghujung 2026, atas doa agar Palestin berjaya mutlak dan bebas dari segala sengsara, saya akan kembali ke tulisan ini dari Taman Bromeliad saya di Kampung. Bromeliad, kembang serumpun nenas, pada warna-warninya, apa mungkin mampu mengilhamkan kepada saya cara pengalisaan faktor-faktor kuasa pada huruf-huruf, kata-kata, ayat-ayat dan surah-surah sebuah Al Quran agar ianya hebat dihargai dan diamalikan?
5 - 6 Sept., 2025
AK6438 KL-KB & Seven Garden, PCB Kota Bharu












Popular
Tags
Videos
0 comments:
Post a Comment