Optimizing My Time:
Sabtu 31 Jan., seawal jam 0700 saya ke Pasar Satok untuk mengambil anak-anak benih yang telah saya pesan. Kemudian pada jam 10:00 saya terus ke Bt 39 Sg Lamat Jalan Kuching-Serian juga bertujuan untuk mengambil benih limau manis dan madu. Kemudiannya, ke Tarat untuk membeli buah durian khas penghasilan kawasan tersebut. Tarat biasanya mengeluarkan jenis-jenis durian yang lazat. Sekitar sebulan lepas, di Tarat inilah saya menemukan durian Isu-Kahwin yang memberikan buah yang besar serta lunak seperti durian isu asalnya. Di nursey Sg Lamat saya mendapatkan benih durian isu kahwin. Kemudian saya terus pulang ke Kampung.
(2) Sekitar dua minggu lepas saya tidak pulang ke Kampung. Maka pada sepanjang petang Sabtu saya menghabiskan masa untuk merawat segala pokok bunga serta membersih keliling halaman dan rumah saya. Pada malam Sabtu membawa ke pagi Ahad, hujan tiada henti. Maka saya mengambil keputusan untuk kembali ke Kuching lantaran pada Isnin 2 Feb., saya perlu berangkat ke Kota Kinabalu. Petang Ahad sekitar jam 1600 saya mengundang anak saya untuk membawa cucu bongsu saya makan-makan di the Spring Mall. Kebetulan 30 Jan adalah hari Ulang Tahun cucu sulong saya. Sebelum makan saya membawa cucu saya membeli sebuah hadiah untuknya dan selesai makan-makan saya kembali istirehat di rumah di Kuching.
Sifat saya sebegitulah. Kata seorang teman lama di SMSAH: "Hang dari sejak student, bila yang hang tak sebok. Dulu dok sebok dengan pelbagai aktiviuti sekolah. So tak heran kot hang tak pernah letih". Saban waktu, secara spontan, saya akan mencari jalan untuk mengisi ruang masa yang ada.
Beauty Is A Wound:
Cuaca agak terang namun tanda-tanda wan mengarak pekat mulai ketara. Maka biar. pesawat saya dijangka berangkat pada jam 15:00 pada 2 Feb., 2026 ke Kota Kinabalu. Kerana khuathir hujan serta sesak, saya ke Lapangan Terbang tiga jam lebih awal. Dalam tempoh itu saya membaca sebuah novel yang saya beli di Jakarta pada 16 Jan., 2026 berjudul Beaty Is A Wound karya Eka Kurniawan. Novel tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh ....Dikatakan bahawa novel itu telah diterjemahkan dalam 33 bahasa di dunia.
(2) Apakah novel ini sebuah novel yang hebat? Hebat atau tidak, ianya tergantung kepada sesiapa membaca. The beauty is by the beholding eyes. Bagi saya, uniknya novel ini adalah pada cara ianya dipersembahkan. Ianya mengisahkan Dewi Ayu, seorang wanita yang telah mati namun bangkit kembali dua puloh satu tahun kemudian. Kisahnya Dewi Ayu ini wujud di era Belanda, British, Jepun dan malah Pasca Kemerdekaan Indonesia yang dicengkam oleh kekacauan Komunisma. Dewi Ayu secocok namanya, adalah gadis cantik menawan. Dewi Ayu yang sebermula diperkosa akhirnya menjual diri di Pasar Daging Jakarta. Kecantikan membawa keberuntungan juga kebuntungan kepada dirinya. Ada waktu dia menjadi isteri rasmi, ada ketika kerana penghkianat dia terpaksa menjual diri demi keselamatannya. Dari sana dari perhubungan dengan segala jantan nan galak, dia melahirkan anak-anak dan malah cucu yang akhirnya juga menjadi pedagang daging segar. Semua kerana tekanan hidup hasil penindasan segala penjajah dan bahkan serakah pribumi sendiri. Namun akhirnya Dewi Ayu dapat melihat mereka yang khianat kepadanya dibantai oleh tangan-tangan ghaib Komuinsma.
(3) Novel ini mengingatkan saya tentang Chow Kit atau lebih tepat Jalan Hj Taib di akhir 1970an dan awal 1980an. Di situ ramai perempuan-perempuan Melayu, India dan Cina terjual sebagai daging-daging segar loyo. Inilah zaman peralihan Malaysia dari ekonomi asas pertanian kepada gerakan perindustrian dan urbanisasi. Kuala Lumpur pada masa itu penuh dengan kediaman-kediaman setinggan. Atas alasan kemiskinan serta terdesak, ramai perempuan-perempuan Melayu khasnya, terpaksa menjual diri mereka. Saya sering ke lorong-lorong gelap ini di masa lalu lantaran saya hanya mampu menyewa hotel-hotel murah di sekitar situ pada masa itu. Dalam tugas-tugasan rasmi saya ke Kuala Lumpur di 1980an, saya sering memilih untuk tinggal di Hotel Malaysia di Chow Kit. Ianya murah serta banyak tempat makan murah-murah di sekelilingnya. Di sebelah malam saya akan berjalan-jalan melihat keliling. Juga pada masa dulu, ramai rakan-rakan akrab saya dari pelbagai pelusuk Malaya menyewa rumah di Kg. baru dan itu sangat dekat dengan Chow Kit. Kami sering bertemu dan berkeliling di kawasan Chow Kit.
(4) Novel ini dan pengalaman dan pengamatan saya, pada saat ekonomi negara terjejas, kaum pribumi akan sasau. Sebabnya mudah - asas ekonomi mereka yang sempit. Mereka secara mudah terjerat dan terjebak oleh keadaan mendesak. Desa tidak menjadi tempat untuk mereka retreat seandainya ekonomi kota ranap. Di zaman perang dan kekacauan sosial, biasnya ekonomi kota akan punah dan di situlah pribumi akan terperangkap, buntu dan terjerat. Sesungguhnya, tanda-tanda ini kini kian ketara bilamana gejala-gejala sosial di kalangan Melayu kian memuncak. Sering saya kata ini sebagai Post Covid 19 issues. Hakikatnya inilah kelanjutan dari Asian Financial Crisis 1997 yang membawa kepada kemelut politik jalanan yang tidak berkesudahan sehingga kini biar Bapa Politik tersebut sedang sangat berkuasa.
Saya mengira, mudah-mudahan saya akan kekal cergas, cerdas dan cakna dalam menyumbang bagi mengurang jika tidak menyekat gejala-gejala Post Covid 19 ini.
Avo-Coco Milk Shake:
Pesawat mendarat di Kota Kinablu pada jam 16:15 petang. Untuk penginapan, kali ini saya memilih sebuah hotel yang lebih dekat dan mudah untuk saya mencari makan. Ke mana dan di mana saya pergi, kemudahan untuk makan adalah pilihan utama saya. Faktur kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya juga menjuadi pertimbangan uatama saya. Pastinya, saya suka berjalan keliling untuk melihat-lihat dan mencari buah fikir. Kali ini saya menghindar
the Promonade kerana di situ agak mahal dan saya sukar mendapatkan Avocado Juice. Bila ke Kota Kinabalu, ada tiga perkara yang saya gemari - Avocado Juice, Latto dan Limau Sabah. Alhamdullilah semua itu dapat saya nikmati.
(2) Dalam lawatan saya kali ini, saya meminta tuan gerai untuk mengolah Avo-Coco Milk Shake. Mulanya dia kelihatan kebinggungan. Namun bila saya kata: "Harga mudah - kamu kira Avocado + Kelapa Pandan." Baru dia mengangguk-nganguk dan berlalu senyum. Bila dia menghantar minuman itu kemudiannya, saya katakan kepadanya: "Kamu buat macam ini lain kali, setiap jualan yang kamu buat 5% darinya kamu simpan dan itu saya punya".
(3) Saya terfikir, jika Latto (rumpair) ini jika diadun bersama Sussi Sarawak - Umai, ianya pasti akan dapat menarik minat para pengunjung Jepun, China dan Korea untuk melahap juadah ini bersama bersama minuman-minuman "karbonated atau alchoholic". Ini pasti dapat merubah permintaan ke atas Latto dan akhirnya menjadi rakmat kepada para petani-nelayan kita. Kementerian Perlancungan terkadang hanya sibuk membawa masuk pelancung namun sambuatannnya entah kemana?
(4) Dari hotel tempat saya menginap ini, saya dapat menghayati sampling kehidupan sebenar Kota Kinablu - dari yang menjalar di jalanan sehingga yang gemar memekak telingga di Bar-Bar dan restoran penuh keributan. Segala itu dekat dengan hotel pilihan saya kali ini. Paling bagus, jika saya kepenatan, maka saya boleh saja singgah untuk pijatan kaki yang banyak tersedia di sekitarnya. Semua ini perlu saya hayati lantaran In Shaa Allah my next assignment ada kaitan untuk saya memerah otak bagaimana untuk membuat Urban Renewal Proposal yang mampu merangkum kehidupan jalanan dan kehidupan awangan-awangan ini. Sebuah kediaman ala Darul Hana Kuching telah diperkenalkan kepada saya dan saya diminta untuk mengemukan pragmatic development approach.
(5) Alhamdullilah, mesyuarat saya pada 3 Feb., bersama pihak-pihak berkaitan telah memberikan jalan jelas tentang dua Projek yang sedang saya usahan di Kota Kinablau kini. Biar telah berusrusan dalam hal ini sejak 2023, namun tekad dan kesabaran In Shaa Allah keberhasilnnya segera mendatang. Saya berangkat pulang ke Kuching apad jam 16:00 pada 4 Feb., 2026.
Kota Kinabalu International Airport
4 Feb., 2026

Popular
Tags
Videos
0 comments:
Post a Comment