.

3/1/2026 PENGUKUHAN RINGGIT - HAKIKAT ATAU MAINAN POLITIK?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 30, 2026

Share

& Comment

PRESTASI RINGGIT:





















Ringgit telah menunjukkan pengukuhan ketara sejak beberapa bulan yang lepas. Kini Ringgit didagang di bawah paras RM4.00 bagi setiap U$D berbanding sekitar RM4.20 awalnya. Pengukuhan ini adalah yang terbaik sejak 15 tahun yang lepas. Sekilas pandang, ianya sesuatu yang baik untuk negara. Paling menguja malah mensirna "harapan" - ekonomi kita sedang baik-baik. Apakah itu benar atau banyak perkara belum kita perhitungkan? 

(2)    Sesungguhnya, kecapaian kenaikan nilai Ringgit  terhasil dari langkah-langkah politik Anwar. Saya ulangi, hasil langkah-langkah politik Anwar. Ianya bukan atas tunjang dasar dan



















kerangka ekonomi negara semasa. Dasar dan kerangka ekonomi Malaysia telah stabil dan mantap sejak 1972. Cuma Ringgit merundum bila mana di bawah Mahathir, sikap anti-Amerika dan Zionisnya telah membawa parah. Hujah saya ini adalah berasaskan perbandingan ketara antara GDP Malaysia berbanding Iran dan Papua New Guinea. GDP nominal Malaysia pada 2025 adalah dianggarkan pada U$D470B. GDP nomimal Iran pula adalah sekitar U
$D356-U$D375. Bagi PNG, GDP nominal mereka adalah sekitar  U$D32-38B. Maksudnya, keaktifan ekonomi Iran biar telah mengalami sekatan USA sejak 1979 kekal cergas dan tidaklah sangat jauh berbanding Malaysia. Iran pula mempunyai simpanan dan eksport minyak dan gas yang jauh lebih besar dari Malaysia. Papua New Guinea pula boleh dikategorikan sebagai dunia ke III kelas bawah. Cuba perhatikan, nilai Kina PNG adalah setara RM0.92 sedang IRR Iran bernilai RM0.93 bagi setiap IRR10,000.00

(3)    Ringgit berbanding U$D kelihatan mengukuh. Namun Ringgit berbanding Bath Siam, Peso Filipin dan matawang lain serantau  bagaimana? Kita biasa menikmati RM = Bath 10.00 = Peso 10.00. Kini bagaimana? Kita untung berbanding Rupiah Indonesia. Cuma apakah itu benar-benar menguntyungkan negara? Sesungguhnya bukan hanya Ringgit yang meningkat nilainya berbanding U$D tetapi banyak negara lain juga mengalami kenaikan. Cuma bezanya adalah dari nsegi julat ketinggian kenaikan tersebut. Kenapa itu sebegitu?

(4)    Cuba perhati sejarah USA. Pada saat mereka dalam kegawatan ekonomi, langkah hebat mereka adalah lewat menaja dan terlibat dalam peperangan. Trump cuba lari dari paradox tersebut. Dia ingin mencipta kedamaian. Azamnya, dalam sebulan dia menjadi Presiden, dia berharap untuk menghentikan peperagan Ukriane dan Israel-Hamas. Dia gagal. Maka kini Trump perlu kembali kepada tradisi USA - galakkan perang bersenjata dan juga perdagangan.

GAME PERDAGANGAN USA:

Kenapa nilai IRR Iran sangat parah, sedang Kina PNG pula hampir setara Ringgit? Jawabnya bukan atas dasar ekonomi atau dagang, sebaliknya adalah berteraskan permainan politik. Iran anti-USA sejak kejatuhan Shah Iran pada 1979. Iran adalah sekutu Palestin dalam melawan penjajahan Israel. Cuba lihat sikap PNG terhadap Israel? Sejak bila Ringgit mengukuh kuat secara ketara? Tidakkah ianya bermula bila Anwar sering berulang alik ke Turkiye dan kemudian dengan pemertaan Perjanjian Dagang Anwar-Trump (ART) pada 26 Okt., 2025 yang lepas.

(2)    ART bukanlah suatu proses dagangan hakiki. Ianya adalah mainan political trade game Trump. Trump mengurangkan tariff dari 25 peratus ke 19 peratus ke atas eksport Malaysia, dengan syarat Malaysia mesti menjadi sekutu USA dalam segala bidang yang ianya perlukan. Malaysia, berbangga dapat pengurangan tariff sebanyak 6 peratus, namun lupa kita kekal dikenakan tariff sebanyak 19 peratus berbanding kosong sebelumnya. Dalam Mathematik, Trump mencekek kita 19 kali, kita "menyerahkan" kuasa dagangan kita kepadanya. Jika dilihat secara mendalam, nilai U$D pada 26 Okt., 2025 adalah RM4.20-4.25. Ini bermaksud, dalam tempoh tiga bulan selepas ART, Ringgit telah mengukuh sebanyak  5-6 peratus. Secara Mathematik mudah, kita dapat 5-6 peratus, Trump sapu 19 peratus. Tidakkah kita masih mengalami susutan 13-14 peratus dari perolehan kita?

(3)    Bagi saya ART adalah cara USA menguasai Malaysia tanpa perang atau tindakan-tindakan ekonomi yang keras. Malaysia akan jinak bersama ART. Trump bermain silat dalam keadaan politik dan pengurusan negara yang lemah. Saya yakin interligensia CIA-Mossad USA-Israel cukup bijak menilai fluidity politik kita kini.

(3)    Malaysia ada sesuatu yang dunia perlukan. Kedudukan strategik dalam jalur dagangan dan ketenteraan itu modal sangat besar kita. Pengaruh Malaysia di rantau Asia-Pasifik serta dunia Islam juga given leverage yang sangat penting. Paling menonjol, dengan peralihan teknologi penjanaan tenaga lestari serta bekalan air yang banyak dan alam yang stabil, Malaysia jika diolah betul-betul akan menjadi pusat denyut nadi pengolahan data dan perisian data dunia. Tiori saya - jika Al Quran mengatakan bahawa hati adalah penentu baik-buruk seseorang insan, maka itu memberikan gamabaran implying bahawa dunia juga harus berpunya jantung. Malaysia boleh jadi jantung dunia. Maka CIA-Mossad yang kerjanya adalah untuk mengukuh kedudukan USA-Israel, saya yakin mereka mengerti maksud Al Quran tersebut pada sebuah geografi bernama Malaysia. Malaysia mampu menyediakan segala keperluan untuk menjadi jantung dunia. Itu mesti mereka kuasai. Politik kita yang lemah memebeikan USA menangan itu.

MALAYSIA JANTUNG DUNIA?

Saya akan menulis selanjutnya apa maksud saya bahawa Malaysia mampu menjadi Jantung Dunia. Sesungguhnya telahan Konichi Omahe dalam MegaTrend tentang masa depan Kuala Lumpur serta tindakan TDM dalam mengasak ekonomi digital adalah suatu vision yang Anwar sedang nafikan, dan terpaksa dia jilat kembali. Vision TDM tersebut akan menjadi nadi ekonomi dan kehebatan hakiki Malaysia di masa depan. Ianya bukan wawasan ciptaan sosok Mahathir tetapi saya yakin itulah Hidayah yang Allah turunkan sebagai wawasan tarifannya. In Shaa Allah Anwar akan perlu menjilat segala ludahan sumpah seranah khianatnya.

APAKAH USA GAME AKAN BERJAYA? 

Peperangan Ukraine akan berlanjutan. Russia pasti berdegil selagi Ukriane degil untuk bersama NATO dan EU. Sebaliknya EU dan NATO mulai gusar dengan niat USA untuk menguasai Greenland. Kecurigaan EU malah NATO kepada USA pasti meningkat dan ini pastinya merebak kepada hal-hal ekonomi. Apakah benar USA mahu menguasai Greenland? Dalam masa yang sama, penculikan ke atas Presiden Venezuela oleh USA pasti mengusarkan Latin Amerika. Mereka sedang bertindak balas. Kuasa ekonomi USA di Latin Amerika pasti kian mengurang. Di Afrika suatu gerakan penyatruan dan reform yang dilakukan Ghadafi di tahun-tahun 1980an mulai tumbuh kembali. Dengan bantuan China, banyak negara Afrika sedang sibuk membangun dengan menyisih Eropah dan USA. Kuasa ekonomi USA di Afrika kian mengusut. China juga sedang marak menerobosi Asia Tengah. Kerjasama erat China-Russia akan menyeret Asia Tengah keluar dari pengaruh USA..... In Shaa Allah bersambung.


#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.