.

1/2/2026 INILAH MASANYA .....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 21, 2026

Share

& Comment

KEBETULAN ATAU PETANDA JELAS?:

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan secara rasmi pada 24 Nov., 1951 (ada rujukan menyebut 23 Ogos 1951 sebagai penubuhan awal) di Bagan Tuan Kecil, Pulau Pinang. PRU15 pula telah diadakan pada 19 Nov., 2022. Dua peristiwa penting ini apakah kebetulan atau suatu petanda yang rakyat Malaysia perlu perhatikan. Juga PAS dan Anwar kedua-duanya kelahiran Pulau Pinang. Telahan saya, apa tidak mungkin PRU16 akan diadakan pada 18 Nov., 2028 jika tidak 27 Nov., 2027. Jika PRU16 diadakan pada Nov., 2028, maka usia PAS adalah 77 tahun. Angka 77 ini apa pula petandanya? Pertama-tama Arasy Allah di Syurga ke tujuh. Langit atau Syurga ada tujuh tingkat, sama bagi Neraka dan bahkan lapisan bumi. Kita ada tujuh lautan dan tujuh benua. Tujuh juga Allah maktubkan bilangan hari dalam seminggu. Sebegitu juga banyaknya zikir, sholawat malah bacaan Surah atau Ayat Al Quran wajar dibaca berulangan ganjil khasnya tujuh kali bagi tujuan-tujan keampuhannya

(2)    UMNO pula ditubuh pada 11 Mei, 1964. Usia UMNO pada 2028 adalah 82 tahun. Jika manusia, lutut sudah goyah. Keghairahan dalam apapun sudah jauh mereda. Penyakit tiga serangakai - rasuah (jantung), kronisma (darah tinggi) dan nepotisma (diabetes)- membadai UMNO dan ianya tumbang setelah 54 tahun berkuasa. DAP pula tertubuh pada 16 March 1966. Pada 2028, DAP sudah berusia 62 tahun. Dalam soal politik, usia 62 tahun kira matang dan DAP telah membuktikannya dengan bersama Mahathir dan Anwar dapat membentuk Kerajaan setelah menjadi pembangkang selama 52 tahun. Cuma pada 2018, Mahathir menggunakan DAP dan pada 2022 pula DAP menguda Anwar untuk berkuasa. Lantaran politik hipokrit Anwar, kini DAP mulai merasa mulai dipertikai oleh kaum Cina dan India yang menaruh harapan tinggi pada mereka asalnya. Maka suara dan gerak-gerak halus DAP dalam mempersoal kempimpinan Anwar kian lantang di kalangan DAP. 

(3)    Namun telahan utama saya adalah, tidakkah segala ini serta deretan kecelaruan kini akan membawa PAS ke Putera Jaya? Saya berkeyakinan ini akan berlaku berasaskan faktur-faktur semasa dan mendatang politik dan ekonomi negara.

LANGKAH EKONOMI SUMBANG ANWAR:

Bila Anwar dilucutkan dari MoF dan TPM pada 1998, perjuangannya yang paling hebat pada masa itu adalah menentang segala projek mega Mahathir. Senjata Anwar paling ampuh adalah dengan mendakwa bahawa melalui projek-projek mega itulah Mahathir dan kuncu-kuncu menyakau wang negara. Tuduhan rasuah, kronisma dan nepotisma membawa kepada slogan Reformasi yang cukup menguja rakyat sehingga Mahathir mengundur diri. Perkara ini kemudian cukup menghantui pentadbiran Abdullah Badawi di mana Khairi adalah tonggaknya. Ini mengakibatkan Abdullah tidak berani dalam mneneruskan projek-projek mega seterusnya. Anwar memerangkap Abdullah sehingga rakyat yang sudah biasa dengan segala projek-projek mega menghadapi masalah perkembangan pekerjaan dan pendapatan. Ekonomi kita yang mulanya terjejas oleh krisis kewangan 1997 dan dengan cara regressiove Abdullah, ekonomi Malaysia menjadi pudar. Najib yang mengatikan Abdullah, mengambil sikap jauh lebih berani dari Abdullah. Najib meneruskan usaha-usaha projek mega baharu - Koridor Ekonomi (ilham mulanya oleh Abdullah), ECRL, LRT, MRT, Menara 118, TRX, Industri Petro Kimia Pengerang dan pelbagai pelaburan luar negara oleh pelbagai GLC kita. Cuma khilaf Najib adalah menyalah guna wang negara untuk memancing undi dengan berselindung di balik 1MDB dan SRC. Langkah Najib tersebut meletakkan negara dalam kancah ekonomi yang lebih parah. 

(2)    Kemelut politik yang dibawa Anwar lewat politik popular jalanan dan demonstrasi amat merosakkan ekonomi negara. Pertama, laungan - penyakit tiga serangkai - rasuah, kronisma dan nepotisma yang melampau melemahkan keyakinan pelabur luar untuk melabur di Malaysia. Sehingga Anwar berkuasa sejak tiga tahun lepas, dia masih bermain politik dengan laungan retorik tersebut dengan tanpa proses pembuktian yang berkesan dan berjaya. Segala janji reformasi yang dia laungkan selama 28 tahun hanyalah retorik jalanan yang dia mungkiri hebat. Benar, ada janji pihak-pihak pelabur dalam Data Center, namun pelaburan jenis ini tidak mendatangkan manafaat besar buat rakyat - peluang pekerjaan terhad, tenaga dan air murah kita mereka pergunakan, nilai eksport mungkin tiada, mereka pula akan mendapat manafaat percukaian yang sangat menguntungkan. Sesungguhnya, game ekonomi Anwar adalah bersifat Zero Sum Game.

(3)  Namun Anwar akan terus berbanga lantaran pengukuhan Ringgit. Tiorinya, bila Ringgit menguat, pendapatan eksport negara akan meningkat. Namun isunya, apakah produktiviti negara telah meningkat baik? Itu saya tidak yakin. Produktiviti kita telah menurun. Kedua, berbanding U$A, Ringgit menguat, namun berbanding matawang lain, Ringgit kekal lemah. Kerana itu, dagangan kita dengan negara-negara jiran tidaklah berkembang manapun. Maka biar Ringgit telah membaik, namun pendapatan rakyat tidak menokok hebat. Para penjawat awam dapat kenaikan gaji, namun di pihak swasta dan mereka yang bekerja sendiri bagaimana?  Secara keseluruhan ekonomi kita belum pulih pada kadar wajar dalam menyokong pertumbuhan pendapatan ketara kepada rakyat. Anwar sedang buntu dalam menghadapi kemelut ekonomi negara, maka untuk memenangi sokongan Barat, maka dia memilih cara IMF untuk perkembangan ekonomi kita. Hakikatnya, ekonomi kita tumbuh, saya kira sebahagian besarnya adalah atas sumbangan peluasan dan peningkatan segala bentuk cukai yang Anwar perkenalkan.

(4)    Amalan perbelanjaan defisit yang melebar saban tahun oleh Anwar hanya kerana ingin membuktikan bahawa Kerajaan berkeupayaan adalah sikap bodoh sombong Anwar yang pasti membawa padah besar kepada negara. Dalam masa sama, kutipan cukai tambahan serta penjimatan yang digembar gembur dibelanja bukan untuk benar-benar memperkukuh ekonomi negara tetapi lebih kepada usaha-usaha memancing undi duluan. Anwar bersandiwara dengan cukai, penjimatan subsidi dan bantuan ehsan kepada rakyat.

(5)    Satu keberuntugan ekonomi ala Anwar adalah pasaran saham kita menjadi cukup anjal. Keanjalan inilah yang para serakah kapitalis gemari. Kita akhirnya bukan membina ekonomi berteraskan productive growth tetapi speculative gain. Segelintir akan mengaut untung berteraskan riba dan manipulasi semata-mata. Saya tidak heran jika ini cukup digemari lantaran akhirnya bila PRU 16 mendatang, inilah sumber kewangan untuk membeli undi. Ekonomi negara lemah tidak mengapa, biar sesiapun terus berkuasa.

KETEMPANGAN POLITIK ANWAR:

Anwar jaguh dalam berpolitik. Putar belit politik Anwar mudah difahami jika sesiapa kenal budaya Boria. Anwar adalah Tukang Karut Politik Boria. Anwar pernah menunggang anak-anak muda Melayu untuk menguasai ABIM. Kemiskinan Melayu, yang Anwar kutip bukanlah dari pengalaman pribadi melainkan kupasan-kupasan novel tulisan A Samad Said, Shahnon Ahmad dsb dan dihamburkan sebagai tunggang perjuangan pemulanya. ABIM Anwar pergunakan untuk menarik minat PAS. Melalui ABIM Anwar menerjah ke alam Islami Antarabangsa untuk menonjolkan diri sebagai juara Islam. PAS termakan pancingan Anwar. Namun, bukan PAS idaman Anwar. Anwar licik dan tahu, PAS tidak membawa dirinya ke mana-mana. Mahathir silap perhitungan lantaran dia perlukan penyatuan Melayu untuk menumpu kepada memperkasakan ekonomi Melayu, maka Anwar dia jemput dengan hamparan permaidani kuning. Anwar kemudian mempergunakan kepercayaan dan kelemahan Mahathir untuk mencantas siapapun musuhnya termasuk Mahathir untuk segera menguasai tampuk kuasa negara.  

(2)    In my simple sense, permainan politik ala sundal bolong, menjual tubuh yang kelihat mengiur namun paw jualannya penuh kuman dan bencana membawa ke neraka. Namun sang sundal apa pedulinya, wang lebih penting dari nilai moral. Terkadang sebegitulah kelicikan main politik seetengah sang tamak haloba riak.

(3)    Dalam perlantikan Anwar sebagai PMX, saya yakin Anwar sengaja mengenepikan PAS (dan PPBM). Anwar bermain cas keting terhadap PAS dan PPBM. Sebab pertama, Anwar cukup sokongan dari Sabah dan Sarawak. Kedua, jika PAS dan PPBM dibawa masuk, Anwar akan berdepan masalah dalam agihan ahli Kabinetnya dan bahkan mengungguli agensi-agensi penting negara. Anggota MP PAS dan PPBM jauh lebih besar dari UMNO, Amanah malah PKR sendiri. Maka jika PAS dan PPBM dibawa masuk, biar PKR sendiri akan terpaksa di kesampingkan. DAP dan komponen Sarawak dan Sabah juga mungkin tidak senang hati. Inilah asas tempangnya politik Anwar. Jiwanya kerdil.

(4)    Politik Anwar adalah politik dendam menghukum. Politik menghukum Anwar adalah ketempangan kedua yang akan menyungkurkannya. Perlis, Kedah, Trengganu, dan Kelantan Anwar pinggirkan. Masalah asas di negeri-negeri ini Anwar pandang rengan. Anwar lupa, Kerajaan Persekutuan telah sangat berjaya dalam membantu mempertingkatkan pencapaian akademik dan kemahiran rakyat dari negeri-negeri ini. Cuba lihat penjawat-penjawat utama agensi awam dan GLC negara, mereka dari negeri mana yang banyak menduduki jawatan tertinggi? Peminggiran negeri-negeri ini dari segi pembangunan teras pastinya akan menikam Anwar sendiri akhirnya. Penjawat awam diam, namun hati mereka terguris lantaran negeri-negeri Melayu Anwar kekal sisihkan. 

(5)    Dengan Sabah dan Sarawak, Anwar bermain Tom & Jerry. Ada waktu-waktu saling bersama namun akhirnya tunggang langgang memberantakkan seisi rumah. Permainan sebegini, ada untung dan ruginya. Untungnya, Anwar, Sabah dan Sarawak saling tergantungan. Selagi itu sebegitu, khasnya Sarawak sangat beruntung. Namun tiba masanya, ianya mungkin kembali bergelora. Bagi saya Anwar sengaja tidak mahu mengurus prihal Sabah, Sarawak malah Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu lewat jalan Federalism yang tulin dan penuh demokratik. Anwar terlalu bacul untuk menyelesaikan permasalah pokok negeri-negeri dan wilayah-wilayah lewat jalan demokrasi Parlimen. 

(6)    Hati Anwar kerdil. Hatinya penuh dendam biar mulutnya berkata tidak. Lantaran berhati dendam, pemikiran Anwar sentiasa diburu ketakutan. Dia takut bayang-bayang sendiri sehingga Daim Zainuddin yang sudah kaku tidak dapat melawanpun dia tetap hambat. Sebegitu juga dengan Mahathir. Bagusnya, kedua-dua Daim dan Mahathir, jasa mereka speak londer than Anwar screaming. Permusuhan Anwar ke atas mereka telah, sedang dan akan membawa padah kepada dirinya. Anwar telah terlalu banyak meludah ke langit, kini angin sedang memulangkan ludah serapah itu ke mukanya sendiri. dari memerah otak dan tenaga untuk membina semual negara, Anwar lebih ghairah mencari jalan membalas dendam namun secara bacul.

TELAHAN SAYA:

TDM pada 2028 akan berusia 103 tahun. Dia sudah sukar bergerak cergas dan jauh. Dia pasti sedar akan kudrat dirinya. Hadi Awang pula pada 2028 akan berusia 80 tahun. Juga sudah uzur. Dia sedang menua bagai singa yang taringnya sudah luruh. Anwar juga akan berumur 80 tahun pada 2028. Namun berbanding Hadi dan Mahathir, Anwar "kelihatan" masih segar, cuma apakah itu benar atau lakunan, hanya dia dan Allah yang tahu. Anwar adalah pelakun politik terbaik negara. Namun berbanding Najib dan Mahathir, Anwar lebih mudah panas baran. Lantaran itu, saya kira dengan segala tekanan yang sedang dan akan di hadapi, Anwar akan jauh lebih goyah dan mengelabah, bahkan gelojoh dalam banyak hal. Dia sedang menempah jalan tersungkur.

(2)    Pergolakan dalam PPBM saya kira adalah untuk membuka jalan mudah bagi PAS. Cuma semoga serpihan PPBM pimpinan Hamzah akan lebih condong kepada PAS dari memulakan Parti baru. Muhhyddin - biarkan dia terjun dengan labu-labunya. Saya secara firasat tidak jelas agak ragu dengan mereka di keliling Muhhyddin - Azmin, Peja, Razi dan Tun Faizal. Bahkan saya pernah secara eyes-to-eyes bersama Muhyiddin di mana dia meluahkan rasa kecewa kerana Civil Servants tidak endah akan commandnya. Bagi saya dalam prihal Covid 19, cara kerja Muhhydin-KJ juga telah merosakkan ekonomi negara. Maka jika PAS dan Hamzah kekal berpadu, by time gerombolan Muhyiddin akan bersepai. Juga paling saya bersyukur bila orang yang tidak lepas bersama Mahathir iaitu Khairuddin kini telah bersama PAS. Bagi saya, sosok ini terlalu menjual Mahathir sehingga dia menjadi cemuhan ramai. Saya ingin melihat di masa-masa ke depan, Mahathir bersikap sebagai negarawan sejati - lebih bersifat moderator dari terkedepan.

(3)    Dari segi Mathematik, akibat perpecahan dalam PPBM, Hamzah akan dapat menarik keluar 18 MP PPBM. UMNO pula hanya ada 26 kerusi UMNO. Dari sejumlah itu, dikatakan 10-13 orang akan "belot".   Amanah ada 8 anggota Parlimen. Ini Parti kecil dan boleh tumbang jika percaturan wajar dapat diatur segera. Pergolakan antara Rafizi-Anwar boleh menjejaskan 10-13 dari sejumlah 33 anggota Parlimen PKR. Secara tiori, jika Hamzah kental bersama PAS, maka PAS tiada masalah dalam mengisi pencalunan bagi 60 kawasan milik PPBM, UMNO, PKR dan Amanah. PAS kini memiliki 43 kawasan Parlimen. Bersama kumpulan Hamzah, PAS akan dapat mencalunkan diri secara mudah bagi 121 kawasan Parlimen. Dengan usaha gigih dari sekarang serta dengan wajah Malaysia Bersih Sejati, In Shaa Allah sebuah Kerajaan Malaysia yang lebih kukoh akan dapat terbentuk pada 2028. PAS akan menerajui Kerajaan Malaysia pada 2028.

(4)    PAS patut bermain neutral dalam gagasan penyatuan Melayu. Tidak perlu ghairah untuk membujuk parti-parti Melayu pembangkang bagi membentuk gagasan tersebut. Apa yang PAS perlu lakukan adalah siap siaga untuk bertarung solo dan sesuatu kawasan hanya dilepaskan jika ada parti-parti kecil yang sanggup bersama PAS atau mendokong PAS dan berpunya prospek untuk menang. Mendokong PAS bukanlah bermaksud tunduk kepada bahana ketasuban terhadap individu atau kelompok namun kebersamaan dalam memperjuang dan membina negara yang bersih, demokrasi dan makmur untuk semua.

(5)    PAS di masa lampau berpunya pemimpin moderate seperti Asri Muda bahkan Nakaie. PAS boleh kembali kepada sikap tersebut atau lebih baik dari itu. Sikap Hadi di umuran < 70 tahun hendaklah dielakkan. Dalam masa yang sama, DAP biarkan ianya kesendirian. Tiba masa, jika PAS mendapat mandat mantap dari orang-orang Melayu, maka DAP akan mudah diurus. Sama halnya bagi Sabah dan Sarawak. Kedua wilayah tersebut harus diberikan kebebasan dan hak mereka yang selayaknya melalui proses yang lebih demokratik iaitu lewat Parlimen. 

Saya yakin. Inilah masanya untuk PAS menguasai Putera Jaya. Biarlah PAS ke Putera Jaya semasa Mahathir masih hidup kerana setidak-tidak PAS akan sedar bahawa sumpah mereka untuk menjual Putera Jaya kerana takut hutang Mahathir hanyalah dakyah picek mereka bersama Anwar suatu ketika dahulu. Sesungguhnya, hutang negara jauh lebih besar di zaman Anwar berbanding dengan sesiapapun sebelumnya. Dalam tempoh tiga tahun, Anwar telah menokok hutang negara tidak kurang dari RM200billion, itu kira-kira empat kali lebih besar dari keberhutangan skandal 1MDB. Hadi sudah menua, Mahathir sudah tua, Muhyiddin sang tua belum sedar diri, Ku Li juga sudah tua, maka yang tua-tua ini mainkan saja peranan sebagai orang tua-tua yang hanya menegur dan menasihat. Kudrat kalian sudah dipenghujung jalan. Ingat sahaja, bila SAW telah uzur, dia hanya dapat menuding kepada Abu Bakar untuk mengImami Sholat. Hadi seharusnya mengerti kias ini dari SAW.

Terasi, Sadong Jaya
21 Feb., 2026

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.