KEPAYAHAN YANG SAYA LALUI DAN PERHATIKAN:
Saya mulai melangkah kaki ke sekolah pada 1967 di Sg Putin, Primary School di Kampung Sg Putin, Sadong Jaya, Simunjan (pada masa itu). Kini Sadong Jaya telah dirangkumkan ke daerah Asajaya, Samarahan. Biarpun sekolah ini adalah sekolah kampung, namun bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris. Jika tidak silap, kami diajar 5-7 matapelajaran, hanya satu sahaja diajar dalam bukan Inggeris iaitu Bahasa Melayu. Pada masa itu, hanya kedapatan satu kelas untuk setiap Darjah. Pada 1968 saya bertukar sekolah ke Sekolah Rendah Abang Man, Simunjan. Di Abang Man, terdapat dua kelas bagi setiap Darjah.
(2) Pada 1973 saya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1-3 di SMR Kuala Krai, SMR KK, Kelantan, selepas melalui ujian saringan Common Entrance Examination, CEE. SMR KK adalah satu-satunya sekolah aliran Melayu yang ada di Jajahan tersebut pada masa itu. Sekolah Yahya Petra, SYP yang terletak lebih hampir ke pekan Kuala Krai menyajikan pendidikan aliran Inggeris. Saya sempat belajar sekitar dua bulan di SYP, namun kerana saya tidak dapat pickup dengan style English sebahagian guru-guru di situ, akhirnya saya minta kembali saja ke Sarawak. Saya juga membangkitkan kepada pihak Yayasan Sarawak, YS yang menghantar dan membiayai pembelajaran saya di sana bahawa mulanya kami dijanjikan untuk bersekolah di aliran Melayu namun pada masa itu kami ditempatkan di sekolah aliran Inggeris yang their bloody English I couldn't understand or follow. Makanya dengan itu saya dan 4 lagi rakan-rakan dari Sarawak dipindahkan ke SMR KK. Para pelajar dari pedalaman UK = Ulu Kelantan kebanyakan bersekolah di sekolah tersebut. Bagi satu darjah terdapat tujuh kelas ie dari A-G. SMR KK adalah titik mula bagi banyak hal dalam kehidupan saya. Setiap kelas, ada 30-35 murid. Maka setiap darjah ada 210 - 245 orang murid. Demografi mereka sangat diverse. Sebilangan mereka tidakpun tahu menulis, apa lagi dapat menguasai Math dan Sains.
(3) SMR KK mendedahkan saya kepada pertama untuk mengerti tentang payah dan kemiskinan. Kehidupan saya di Sarawak, kami tidaklah miskin cuma susah. Susah lantaran banyak perkara belum ada pada sebuah negeri yang hanya merdeka pada 1963. Biarpun Malaya merdeka pada 1957 iaitu enam tahun lebih awal dari Sarawak, namun kemiskinan dan kepayahan di UK = Ulu Kelantan jauh lebih sulit, biarpun dari segi prasarana dan ekonomi mereka kelihatan jauh lebih baik dari Sarawak. Sebabnya, Kelantan dan Malaya mempunyai bilangan penduduk yang jauh lebih besar dari Sarawak. Penjarahan British terhadap ekonomi dan penyisihan kaum di Malaya juga jauh lebih kejam berbanding Brooke di Sarawak. Politik Malaya pada masa itupun sudah berpihak-pihak. Saya mulai melihat permainan politik di UK = Ulu Kelantan. Paling nyata, UK juga mulai mendidik saya tentang kebangsaan dan keagamaan- racialism and religsm.
(4) Dengan keputusan SRP yang cemerlang, saya menempah kerusi ke SMSAH dan Matrikulasi UKM, Jitra, Kedah pada 1976-79. SMSAH adalah antara sembilan sekolah berasrama penuh pelopor di Malaya pada masa itu. SMSAH memperkenalkan kepada saya apa yang saya sebut sebagai regionalism = assabiyah kenegerian, serta menumbuhkan sikap detached kepada saya. Prihal Zara Qarina di Tawau Sabah sangat ketara di SMSAH pada masa itu, dan ini menjadi parah akibat sikap regionalism. Lantaran itu, ianya membentuk sikap detached kepada diri saya.
(5) Psychological research has increasingly focused on understanding the concept of detached character, which is characterized by an interpersonal avoidance and indifference to the emotions of others. The concept of detached character was initially introduced by Browlby in 1969. He argued that a person with a detached character was indifferent to interpersonal relationships and would withdraw from social contact. Recent research has expanded upon Bowlby’s initial definition of detached character and has identified it as a personality trait rather than a coping mechanism. Studies have shown that individuals with this trait tend to be more emotionally detached than others, experience lower levels of social connectedness, and have difficulty forming close relationships. They also tend to be more self-focused, have difficulty expressing their feelings, and may be more prone to depression and anxiety (Kazemi, 2013).
(6) Para (5) adalah tafsiran terhadap sikap detached secara akademik. Saya melihat diri saya sebagai seseorang yang mudah mengambil sikap detached. Namun sikap detached saya lebih cenderung sebagai suatu sikap coping trait. Dalam bahasa mudahnya, detached the coping traits adalah suatu sikap menghidar atau menjauh bilamana sesuatu perkara itu difikir atau yakini tidak sesuai dengan cita rasa atau alam fikiran kita. Makanya saya banyak bersikap loner iaitu lebih gemar menyendiri dari sibuk-sibuk terjun ke kancah yang boleh mengugat jalan fikir malah tindakan saya. Saya cukup peka membaca penerimaan keliling ke atas keberadaan apa lagi keperluan diri saya. Makanya, saya dalam banyak hal, saya mengambil sikap - you trust me, I'll be there, you don't trust me, saya akan berlalu pergi. Makanya saya lebih gemar menjadi loner untuk terus memerhati, berfikir dan mengatur apa yang saya perlu lakukan. Focus saya adalah what should my presence be as Allah wanted me to be wherever I am.
IMPIAN HIDUP SAYA :
Saya ke Kota Bharu kali ini atas beberapa urusan penting. Pertamanya untuk menunaikan hajat seorang kenalan yang telah berjasa dalam memberikan buah fikir tentang rekabentuk Masjid Darul Hana, Kuching. Pada 2009, saya telah menyatakan keinginan saya untuk bersara awal kepada Taib Mahmud, KM Sarawak pada masa itu. Sebelum saya bersara, saya ingin melaksanakan my last project for our people. Saya mengesyorkan agar Kerajaan Negeri mengambil langkah tegas bagi mengatasi segala gejala sosial hasil dari dwikotomi demografi dan sosio-ekonomi masyarakat di dua belah tebingan Sg Sarawak. Saya melihat penempatan dari SiolKandis ke Bintawa di Kuching Utara akan menjadi masalah besar jika tidak ditangani segera. Taib telah bersetuju untuk saya memulakan langkah tersebut. Maka saya melihat pembinaan Masjid Darul Hana yang unique and identic sebagai asas penting bagi mendapatkan persetujuan rakyat setempat bagi merombak struktur dan nuansa 12 (?) penempatan di situ. Kini seluruhnya sedang dibangun sebagai Projek Darul Hana mengambil sempena nama Kerajaan Asal Sarawak di zaman pemerintahan kesultanan Brunei dahulu sebelum kedatangan Brooke.
(2) Cita-cita hidup saya komplek dan tidak memihak kepada kepentingan pribadi. Saya tidak memimpikan jawatan. Saya juga kurang peduli prihal pendapatan @ kemewahan yang perlu saya perolehi. Worldly self personal interest bukan matlamat hidup saya. Secara fizik ada tiga hal yang ingin saya capai. Pertama, saya ingin membina Masjid. Alhamdullilah, Masjid Darul Hana telah terbangun secara unique dan berfungsian identic kepada mayarakat di Tebing Utara Sg Sarawak. Kedua saya ingin membina Universiti. Cita-cita ini hampir-hampir terjadi pada 2022. Namun pada Feb., 2022 usaha saya untuk membantu memperkasa dan menjulang hebat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi telah "disailang" oleh mereka yang lapar tanpa moral. Projek yang saya anggar bernilai sekitar RM1.40 billion dan mampu menjana sekitar RM 400.00 - 600.00 juta/ tahun pulangan kepada UKM. Projek ini akan dibiayai penuh melalui pelaburan swasta. Lantaran lapar dan tidak bermoral, Projek ini telah terpinggir sehingga kini. Namun saya tidak pernah berputus asa, maka pada 2025 ini saya hampir-hampir dapat mengusahakan UKM Offshore Campus di Kuching. Ianya dicadang sebagai Kampus Antarabangsa UKM di luar dari Bangi. Cuma pada saat ianya dalam proses incubation and crystallization, berlaku pergolakkan di UKM sehingga ianya perlu ditangguhkan untuk sementara waktu. Nan pasti saya tidak akan berhenti sehingga saya berjaya membangun sebuah Universiti Virtual bertaraf dunia di mana-mana di negara ini. Atas prospek serantau serta "keanihan politik negara", Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah menjadi sorotan penting saya.
(3) Ketiga saya juga bercita-cita untuk membangun hospital. Kehadiran saya ke Kota Bharu kali ini, sambil menyelam minum air adalah untuk organise para pengamal perubatan di Kota Bharu bagi membentuk satu kumpulan pakar untuk operational Islamic Specialist Hospital yang sedang saya usahakan di Kuching dan Kota Kinabalu.
(4) Berkaitan dengan artikel siri 1/9/2025 BAGAIMANA AL QURAN BERKERJA? terdahulu, saya In Shaa Allah akan memulakan usaha saya dalam mengenggahkan konsep a Research-based Education bermula dari Tadika sehinggalah ke Sekolah Menengah. Di negara ini, kita sedang melaksanakan apa yang dinamakan Research Universities, maka bagi menyemarak usaha tersebut, maka Research-based Education perlu dilakukan sedari rebung. The concept of the research university first arose in early 19th-century in Prussia, Germany, where Wilhelm von Humbolt championed his vision of Einheit von Lehre und Forschung (the unity of teaching and research), as a means of producing an education that focused on the main areas of knowledge, including the natural sciences, social sciences, and humanities, rather than on the previous goals of the university education, which was to develop an understanding of truth, beauty, and goodness. A research university or a research-intensive university is a university that is committed to research as a central part of its mission. They are "the key sites of knowledge production", along with "intergenerational knowledge transfer and the certification of new knowledge" through the awarding of doctoral degrees, and continue to be "the very center of scientific productivity". They can be public or private, and often have well-known brand names. Undergraduate courses at many research universities are often academic rather than vocational and may not prepare students for particular careers, but many employers value degrees from research universities because they teach fundamental life skills such as critical thinking. Globally, research universities are overwhelmingly public institutions, while some countries like the United States and Japan also have well-known private research institutions.Roger L. Geiger, "the leading historian of the American research university," has argued that "the model for the American research university was established by five of the nine colonial colleges chartered before the American Revolution (Harvard, Yale, Penssylvania, Princeton and Columbia); five state universities (Michigan. Wisconsin, Minnesota, Illinois and California); and five private institutions conceived from their inception as research universities (MIT, Cornel, John Hopkins, Stanford and Chicago).
(5) Semua ini dan atas keyakinan saya bahawa cara Allah mencipta serta mengurus alam cakrawala ini adalah lewat kuasa elektromagnetik, maka akhirnya saya ingin merumus bagaimana Masjid, Universiti dan Hospital akhirnya dapat dirangkai lewat teknologi digital yang meluas dan menyeluruh bagi mencipta kehidupan duniawi yang syurgawi. Jangan ditanya saya apa maksudnya ini, lantaran saya masih perlu banyak diam, merenung, berfikir dan terus berjalan sendiri. Saya mengambil iktibar bagaimana Muhammad menemukan Islam dengan menghayat bagaimana masyarakat Quraish Jahilliah perlu diurus dan dihenyak untuk menjadikan kita akhirnya mendapat rahmatnya sama. Muhammad khalwat di Hira, pada zaman Jawa kuno diamalkan dalam konsep bertapa. Saya juga bertapa bilamana saya tercabar hebat dan sedang mencari jalan pemikiran yang besar. Bertapa = khalwat, berdiam diri focus menyerah kepada Allah dalam mencari jalan keluar atas apa yang sedang berlaku ke atas diri apa lagi Ummah ini. Allahuaalm Bisawab.
6-7 Sept., 2025
Kota Bharu-KL-Kuching






Popular
Tags
Videos
0 comments:
Post a Comment