PROLOQ:
The English word wisdom originates from the Old English wīsdōm, which is derived from wīs ("wise") and dōm ("judgment, decision, law"). The Proto-Germanic root wis- ("to see, to know") connects wisdom to perception and insight. Related terms appear in Old High German (wīssag, "prophetic"), Old Norse (vísdómr), and Gothic (weisdumbs). In Ancient Greek, wisdom is expressed as σοφία (sophia), often referring to both practical skill and philosophical insight. The term was central to Greek philosophy, particularly in Plato's and Aristotle's discussions on virtue. The Latin equivalent, sapientia, derives from sapere ("to taste, to discern"), emphasizing wisdom as discerning between right and wrong.
(2) Dari tafsiran di atas, wisdom boleh diterjemahkan sebagai kebijaksanaan. Ini bukan sekadar bijak, tetapi adalah kebijakan yang melangkau kebiasaan. Sanaan pada penambahan akhiran kebijakan itu menunjukkan bahawa sifat bijak itu samaada melangkau keadaan dan atau masa.
(3) Razak Husein mampu menyatukan UMNO dan PAS lewat Asri Muda pada Januari 1972 bagi membentuk sebuah Perikatan yang kukuh. Pada Sept 2019 sekali lagi PAS dan UMNO membentuk Maufakat Nasional. Kini, di bawah gerakan Maufakat Nasional 2.0 juga Payung Besar, usaha-usaha untuk menyatupadukan Melayu sedang digerakkan tanpa henti. Biarpun Melayu payah bersatu secara jangka panjang, namun keinginan untuk bersatu itu sentiasa ada pada Melayu. Dalam kontek ini, saya ingin meminjam wisdom Tun Abdul Razak Hussein, bilamana beliau dipertanyakan: "Kenapa tidak bubarkan saja PAS lantaran mereka sudah bergabung dengan UMNO dan membentuk ketumbukan Melayu yang sangat kuat?"

Kata "Melayu" berasal dari bahasa Sanskerta dan bahasa lokal. Secara etimologis, kata ini terdiri dari "mala" yang berarti mula dan "yu" yang berarti negeri, sehingga dapat diartikan sebagai "negeri mula-mula" atau tempat pertama dihuni manusia di wilayah tersebut. Dalam
bahasa Tamil, Melayu atau Melayur berarti tanah tinggi atau bukit, sedangkan dalam bahasa Jawa, kata Melayu berarti berjalan cepat atau lari. Nama ini juga terkait dengan sungai-sungai seperti Sungai Melayu di Sumatra dan Johor, yang menjadi pusat peradaban awal Melayu. Bangsa Melayu terbagi menjadi beberapa kelompok, termasuk Proto-Melayu (Melayu Tua) dan Deutro-Melayu (Melayu Muda). Proto-Melayu diperkirakan bermigrasi ke Kepulauan Melayu sekitar 2500–1500 SM, sedangkan Deutro-Melayu datang kemudian dengan peradaban logam dan menetap di pesisir. Sejarah mencatat kerajaan-kerajaan Melayu awal seperti Kerajaan Malayu dan Sriwijaya di Sumatra, yang menjadi pusat perdagangan dan peradaban. Melayu bukan hanya sekadar suku bangsa, tetapi juga mencakup bahasa, budaya, dan wilayah geografis yang luas. Identitas Melayu terbentuk dari sejarah migrasi, interaksi dengan
kelompok lain, dan perkembangan budaya yang kaya, menjadikannya salah satu kelompok etnis penting di Asia Tenggara dengan pengaruh yang luas hingga ke wilayah Polinesia dan kepulauan sekitarnya.
Dalam Perlembagaan Malaysia, 'Melayu' didefinisikan sebagai seseorang yang beragama Islam, mengamalkan adat Melayu, dan bertutur dalam bahasa Melayu, sebagaimana diperuntukkan di Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
UMNO DULU & KINI?
UMNO pada asasnya adalah parti politik untuk dan diasaskan oleh orang Melayu. UMNO pada dasarnya terbentuk bagi memperjuangkan segala ruang lingkup hak-hak orang Melayu. Onn Jaafar, sebagai pengasas UMNO lantaran perubahan keadaan cuba menjadikan UMNO sebagai parti universal berbilang kaum meliputi Melayu, Cina dan India. Onn bercita-cita menjadikan UMNO sebagai parti berbilang kaum bersifat nasional sebenar. Namun usaha Onn itu ditentang oleh ahli-ahli UMNO dan akhirnya Onn disingkirkan dan Tunku Abdul Rahman Melayu pilih untuk menerajui UMNO. Maka roh dan semangat UMNO adalah Melayu dan untuk Melayu. UMNO is by and for the Malays. Melayu pula harus menepati tafsiran perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan.
(2) Maka tidak heran, semasa kempen PRU 15 pada 2022, UMNO melemparkan slogan: "No Anwar, No DAP". Anwar dilihat sangat kuat dalam memperjuangkan liberalisma dan mahu berkongsi kuasa dengan sesiapapun. UMNO tidak dapat menerima itu. Namun bilamana Anwar di bawah PH tidak mendapat majoriti yang sewajarnya, biar DYPA menitahkan agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk, UMNO memilih untuk bersama Anwar dari bersama PAS dan Bersatu. Akibatnya, UMNO telah dijenamakan sebagai UMDAP. Melayu konservatif tidak dapat menerima UMDAP sepertinya gagasan Onn Jaafar di tahun 1950an dahulu.
(3) Kini sedang berlaku kempen ganas untuk menafikan UMDAP. UMDAP dicap sebagai pengkhianat perjuangan Melayu. Maka Melayu sedang diasak untuk tidak bersama UMDAP. Zahid, sedang dinobatkan sebagai Presiden UMDAP, bukan UMNO. Kenapa? Sebabnya mudah. Akarnya, kita harus kembali kepada tafsiran perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan seperti tertera di atas. Kita harus ingat, kemerdekaan Malaya adalah hasil perjuangan UMNO. Melayu menuntut agar Malaya merdeka, supaya hak-hak Melayu kekal. Maka di dalam Perlembagaan Malaya dan juga Persekutuan Malaysia kemudiannya, pasal-pasal terkait dengan tafsiran dan hak-hak Melayu telah menjadi tonggak kepada Perlembagaan Negara. Makanya segala takrifan dan tafsiran tentang perlembagaan dan tindkan UMNO perlulah juga selaras dengan Perlembagaan Negara. Dalam erti kata ringkas, UMNO is by and for the Malays. Apa-apa tempelan pada UMNO itu dianggap sebagai tidak wajar dan tidak boleh diterima. Ibarat dalam cedungan tisu - tissue transplant, apa lagi kacukan silang kambing dan arnab, UMNO + DAP = UMDAP adalah penikahan jenis dan atau agama yang tidak wajar. Melayu tidak boleh menerima prihal ini.
TOHMAHAN ANWAR DAN DAP MEMBADI MELAYU:
Melayu Malaya mulai bermasalah sejak 1511 dengan kedatangan Portugis. Melayu Nusantara - Champa, Sulu, Pattani dan Indonesia mulai menerima kecelaruan dengan hadirnya penjajah. Champa (1471) bermasalah akibat serangan puak Viet. Sulu pula dibantai Sepanyol (1521). Pattani (1786) dikutak katik sehingga kini oleh pengkhianatan Siam. Di Indonesia, Belanda (1601) menjadi dalang kepada kelemahan seluruh bangsanya. Perdagangan, perladangan serta perindustrian Melayu di wilayah-wilayah ini menjadi terkulai akibat keris dan tombak tidak mampu menantang meriam dan senapang penjajah.
(2) Sejak merdeka pada 1957, Melayu Malaya dalam apa cara telah berusaha keras dalam bertatih, berdiri berjalan dan belari, sedari 1972 membawa ke 1997, dalam tempoh itu Melayu telah mampu bangkit dari masyarakat terpinggir petani di luar-luar bandar menjadi masayarakat perdagangan dan perindustrian. Razak berhempas pulas membangun sektor pertanian Melayu lewat pelbagai pembangunan wilayah - KEMUBU, MUDA, DARA, Ketengah, KEJORA, dan segala macam agensi awam seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan institusi-institusi sokongan yang hebat-hebat seperti PKNS, MARA, Bank Bumiputera dsb. Razak berjaya mengurangkan secara berkesan masalah kemiskinan di kalangan orang Melayu dan bahkan menyediakan orang Melayu untuk tampil duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum Cina dan India. Kejayaan hebat Razak adalah lewat institutionalized Malays development agenda and frameworks. Razak mewariskan asas kekuatan institusi dan tenaga manusia yang cekal bagi transformasi Mahathir seterusnya.
(3) Usaha-usaha Razak menjadi teras pokok kepada segala perubahan selanjutnya oleh Mahathir. Dalam era 1981-1997, Mahathir mampu menjelmakan fenomena Minah dan Mamat Kilang. Bahkan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baru dan Ipoh juga dilanda masalah setingan yang kronik. Melayu berlalih kehidupan dari terperosok di luar bandar berhijerah ke bandar-bandar tanpa persediaan yang rapi. Namun itulah harga sebuah pembangunan. Segala proses transitional perlu dialami. Dengan usaha gigih Mahathir, wajah Melayu di kota-kota cukup berubah. Melayu sudah mulai boleh berlari dalam menghambat apa yang menjadi hak dan keperluan mereka. Kejayaan Mahathir dalam merombak kehidupan Melayu adalah lewat langkah penswastaan yang gigih. Serangan Krisis Kewangan Asia 1997 mengugat usaha gigih dalam memeperkuat kedudukan sosio-ekonoi Melayu oleh Mahathir. Ditambah kegawatan politik serakah Anwar dan DAP (juga PAS), ekonomi Malaysia juga turut goyah dan berpanjangan sehingga kini. Gandingan Anwar dan DAP selama 25 tahun sebelum menjadi Kerajaan berguling-guling menabur tohmahan kejahatan Mahathir dalam mengurus negara. Kini tohmahan itu biar mereka sudah memasuki 4 tahun berkuasa penuh, mereka tidak berani untuk berdepan dengan Mahathir di mahkamah bagi membuktikan segala fitnah mereka. Namun, kerosakan telah terjadi. Sejak 1998 sehingga kini 2026, Malaysia yang seharusnya memecut jauh dalam segala bidang sosio-ekonomi, segala-galanya samada terencat atau menyimpang.
(4) Di zaman Najib Razak (2009-2018) beliau juga kekal membina negara dengan gigih. Atas kekukuhan kewangan segala GLC dan GIC warisan Mahathir, Najib berusaha melakukan lonjakan yang lebih hebat dari segala langkah Mahathir. Namun sekali lagi atas keghairahan untuk cepat berubah, Najib akhirnya tersunggkur akibat 1MDB dan segala rentetan penyelewenagan yang tidak wajar.
(5) Natijahnya, sejak Nov., 2022 sehingga kini, Anwar dan DAP yang sedang menjadi tonggak Kerajaan mereka kebuntuan cara dalam mengatasi masalah negara dan rakyat. Mereka memilih menciplak dan tunduk kepada sistem pengurusan ekonomi IMF dalam mendepani masalah yang kita hadapi. Percukaian serta caramana pelaburan di negara ini sedang diurus adalah hasil pertunjuk IMF. Liberalisasi ekonomi kita adalah jalan bagi IMF untuk menerobosi kuasa ekonomi kita dan mengaut manafaat darinya. Sifat imperialisma IMF Anwar abaikan dan ini pasti akan menjerat kita sepertinya langkah beliau menaikan faedah bank serta pemotongan subsidi pada 1997 dahulu. Saya yakin, lantaran sikap liberalisma kapitalisma aruhan kuat IMF Anwar dan DAP, jadi buta terhadap segala kekuatan dalaman yang kita miliki yang dunia perakukan. Pastinya IMF sangat menghargai sikap Anwar dan DAP ini lantaran jika Malaysia tidak mereka gelincirkan derail dari kekuatan yang kita sudah ada dan sedang perkukohkan, pastinya Malaysia akan menjadi titik mula perubahan sistem ekonomi dan kewangan alternatif terbaik dari sistem Kapitalisma IMF dan Barat.
NATIJAH KEBIJAKSAAN RAZAK:
Abdul Razak Husein, Tun, Ismail Abdul Rahman, Tun Dr dan Mahathir Muhammed adalah antara tokoh politik negara yang saya ikuti sejak dibangku sekolah. Inilah tokoh-tokoh politik, pemikir dan pengerak perubahan Melayu yang sukar diganti. Saya tidak banyak membaca tentang Anwar dan bahkan muak untuk mengikuti beliau sejak 1997 lagi.
(2) Seperti tertera di sebelah, Razak tidak mahu membubar atau mengharamkan PAS semasa UMNO di puncak kekuatannnya. Samalah sepertinya langkah Mahathir untuk tidak mengharamkan UMNO pada 2018-2020 bila beliau kembali menjadi PM kedua kalinya. Jika Mahathir lakukan iru pada 2018, saya yakin selain Kelantan dan Trengganu, semua negeri dan wilayah lain akan mnyokong beliau. Kedua-dua Razak dan Mahathir berpunya kebijaksanaan yang jauh dalam usaha untuk menjaga dan memertabatkan Melayu.
(3) Kini, sejak 1997 UMNO mulai bermasalah. Masalah UMNO meleret sehingga kini. Paling parah, saya kira UMNO sudah berada di titik paling lemah sebagai pembela dan menjaga kepentingan Melayu. Perjuangan UMNO tidak lagi menumpu kepada martabat bangsa, agama dan negara, emailinkan tembolok segelintir tertentu. Melayu hanya kudaan mereka ini. Tanah tumpah darah Melayu kian dihakis. Islam mulai dipersenda. Adat budaya Melayu kian tidak dihormati. daulat Raja-raja Melayu juga sudah tidak diendahkan. Yang menjadi dalang kepada semua ini adalah para munafik Melayu. Tongak kekuatan dan keutuhan Melayu sedang dipermainkan. UMNO sudah hilang segala tenaga dalam mempertahankan semua itu.
(4) Dalam kemuncak kemelut kliptokrat, Bersatu ditubuh untuk mengantikan UMNO. Ianya hampir berjaya namun berpecah belumpun sampai di tengah jalan. Dalam masa yang sama pelbagai Parti nyamuk Melayu tertubuh. Lalu banyak pihak berkata: "Melayu kian berpecah lantaran wujudnya terlalu banyak parti Melayu ditubuhkan." Hakikatnya, jika disorot dari penciptaan Melayu, apakah kerana wujudnya banyak kelompok-kelompok Melayu maka Allah tidak inginkan Melayu bersatu? Melayu ada di Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Filipina, Indonesia malah Madagaskar dan tidak terhad di Malaysia dan Brunei sahaja. Jika kita guna nafsu dan akal Iblis, mungkin sebegitulah pandangan kita. Namun jika kita fahami mahabijaaksananya Allah, pasti kepelbagaian itu berpunya maksud yang lebih luas dan jauh. Allah pada pandangan saya mencipta kepelbagaian dalam Melayu untuk menguji kekuatan Iman dan fikiran Melayu tentang bagaimana dalam kepelbagaian itu Melayu boleh jadi kuat.
(5) Maka jika disorot dari kepelbagaian Melayu, Razak dan juga Mahathir dan bahkan Ahmad Fuad Hassan (1951), Allah menakdirkan PAS ditubuih dan dikekalkan sebagai pelapis kepada kewujudan UMNO dalam membela nasib dan hak orang Melayu. Kebetulan dalam PRU2022 PAS muncul sebagai Parti dominan Melayu juga negara, sedang UMNO kian menyusut malah bertukar jadi UMDAP. Maka, semoga benarlah betapa Allah sudah memberi pertunjuk bahawa PAS adalah parti yang boleh mengantikan UMNO untuk membela Melayu. Juga kemnelut Melayu kini juga adalah sebagai pertunjuk dari Allah agar PAS juga harus bersifat suci, dinamis dan progressif. Hanya PAS yang suci, dinamis dan progressif yang dapat mengalas beban bagi memperkokoh martabat dan daulat Melayu serta memberikan jaminan kemakmuran dan kesejahteraan meluas kepada seluruh rakyat Malaysia.
EPILOQ:
0 comments:
Post a Comment