.

3/6/1016 PENGANTI REFORMASI ANWAR.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 23, 2026

Share

& Comment

PROLOQ:

Apa hebatnya Firaun yang mampu mengangkat dirinya sebagai Tuhan? Juga apa hebatnya Kigula maharaja Rom yang menjadikan dirinya Tuhan? Sebegitu juga apa hebatnya bapa Ibrahim AS yang mampu menjadikan segala ukiran patungnya adalah Tuhan? Tidakkah semua ada satu ciri yang sama? Semua pandai bermain kata-kata dan lalu melakukan apa saja yang mampu menyakin sesiapapun. Kuncinya adalah kata-kata, ie lidah. 

(2)    Kenapa orang Melayu dahulu begitu taksub dengan para bomoh?. Apa saja masalah hidup mereka, Tok Bomoh adalah rujukan utama mereka. Tok Bomoh cukup pandai bercerita sehingga Melayu jadi hanyut. Sebegitulah Melayu di tahun-tahun sebelum mungkin 1940an. Melayu dulu-dulu terbelengu dengan tahyul yang dipanas atau ditokok tambah dengan sagala speculative sebenarnya. Jiwa Melayu seolah-olah terlalu kerdil, sehingga segala pembohongan atau dongengan mereka terima bulat-bulat. Apakah itu kini tidak sedang berlaku?

SISTEM EKONOMI ALTERNATIF:

Mengikut banyak tulisan, manusia mulanya adalah pemburu. Itulah gambaran kehidupan manusia cave man (2,000,000 - 5,000 BC) Pada mulanya, dunia ini penuh dengan segala jenis binatang dan berburu adalah yang paling mudah. Sebetulnya, bukan hanya berburu paling mudah bahkan, tanaman juga sangat berlimpah. Lantaran tanaman makanan juga sudah melimpah, maka itu tinggal hanya dipetik, Sedang berburu, biar binatang perburuan juga melipah, namun ianya perlu mengambil daya usaha yang lebih berbanding dengan memetik tanaman. Maka berburu dilihat sebagai lebih dominan. Maka berburu ditafsir sebagai usaha pertama kehidupan manusia. Kemudian baru diikuti dengan bertani.

(2)     Masa berlalu, maka manusia akhirnya perlu bertani (12,000 BC) iaitu bercucuk tanam. Lalu kemudian mereka berternak. Semua ini melalui proses evolusi yang panjang. Lewat waktu manusia bukan hanya perlu menjalani evolusi kehidupan, lantaran juga berkembang sistem urus tadbir manusia, maka evolusi perlu diganti revolusi dan transformasi. Di awal 1900an, berlaku proses revolusi industri. Juga akibat keperluan revolusi industri, maka berlaku revolusi politik iaitu urustadbir  negara dan wilayah. Revolusi Industri menghasilkan sistem-sistem pentadbiran kapitalis, imperialis, demokrasi, komunis dan sosialis atau campuran semua itu. Khususnya di tahun-tahun 1500an, khasnya pihak Barat serta akibat WWII pada 1940an,  rantau Timur dan Selatan dunia, Barat lakukan transforamsi yang cukup merugikan masyarakat jajahan meraka demi keperluan revolusi industri mereka. Sedang ketemadunan Islam (750 - 1922) yang cukup hebat sebagai dasar transformasi temadun manusia dari semi-civilised (5,000 - 221BC) - Nile, Euphrates, Indus and Yang Tze, hancur akibat silap langkah masyarakat Islam (Othoman) dalam WWI dan WWII. 

(3)    Semenjak tamatnya perang WWII (1945-1991), dunia terbelah dua akibat Perang Dingin USA dan blok Russia-China. USA bangkit jadi kuasa besar dunia dan menguasai segala bentuk perdagangan yang ada. Semua USA lakukan dengan cara licik, bahkan kotor. IMF dan World Bank menjadi peneraju ekonomi kapitalis dunia dan melalui keduanya, USA menjadikan U$D sebagai perantara perdaganagn tunggal dunia. Bahkan U$D kemudian menjadi senjata perdaganngan, ekonomi, sosial, politik dan ketenteraan USA dalam menguasai dunia. Minyak dan gas yang menjadi pengerak kepada kemajuan dunia juga dikawal rapi oleh U$D. Kerjasama (kolonisma sebenarnya) USA- Saudi mewujudkan Petro-Dollar iaitu O&G mesti didagang menggunakan U$D. 

(4)    Maka di tahun-tahun 1980an, mulai terdengar negara-negara selatan yang kebetulan adalah pengeluar O&G terbesar dunia berusaha untuk lari dari U$D. Petro-dollar ingin digantikan dengan Dinar Emas. Timbangtara Dinar Emas, katanya adalah berdasarkan nilai emas semasa. Namun nilai emas telah terlebih dahulu USA tetapkan mengikut timbangtara U$D. Bagimana pula nilai U$D ditetapkan? Itu saya lihat tergantung kepada nafsu USA terutama IMF. Maka jika hendak diganti dengan Dinar Emas, tetap ianya terpengaruh oleh nilai U$D. Maka dengan sebab itu saya berkira, Iraq (Sadam Husein), Libya (Muamar Ghadaffi), Syiria (Assad) dan bahkan Malaysia (Mahathir) perlukan masa yang panjang untuk menentukan caramana Dinar Emas harus dinilai. Atas perpanjangan masa dan proses ini maka USA mampu mengorak langkah untuk membunuh Sadam (2006), Ghadafi (2011), Asad (2024 lari) dan malah menjatuhkan Mahathir (2003). Usaha Dinar Emas jadi terbengkalai malah gagal.

(5)    Cuma, sesungguhnya Melayu berpunya akal yang lebih bijaksana, di samping gerakan menjadikan Dinar Emas sebagai alternatif, Malaysia telah memulakan langkah mewujudkan perbankan Islam (1983) iaitu dua tahun selepas Mahathir jadi PM  dan Dana Kewangan Islam atau Sukuk (1990) dan yang pertama di dunia. Langkah Dinar Emas Malaysia lebih berupa pengembangan Sistem Perbankan dan Kewangan Islam yang telah Malaysia pelopori sebagai alternatif setidak-tidak di kalangan 50 negara-negara Islam dunia dengan penduduk tidak kurang dari 2.0 billion orang.

(5)    Kemudian pada tahun 2009 muncul kerjasama BRICS. "BRICS originated as BRIC, a term coined in 2001 by economist Jim O’Neill to describe the rapidly growing economies of Brazil, Russia, India, and China. The group held its first informal summit in 2006, formalizing cooperation in 2009. South Africa joined in 2010, transforming the acronym to BRICS. The organization serves as a platform for political, economic, and social cooperation among emerging markets, aiming to increase the influence of Global South countries in international governance and reform global financial institutions like the IMF and World Bank. Between 2024 and 2025, BRICS expanded to include Egypt, Ethiopia, Iran, Saudi Arabia, the United Arab Emirates, and Indonesia, bringing the total number of full members to eleven. BRICS also introduced a partner country category in 2024 to integrate prospective members. Partner countries include Belarus, Bolivia, Cuba, Kazakhstan, Malaysia, Nigeria, Thailand, Uganda, Uzbekistan, and Vietnam, which collaborate with BRICS before potentially becoming full members. This system allows new countries to participate in dialogues and initiatives while proving their alignment with BRICS objectives. Apakah matawang yang akan BRICS gunakan? Belum ketara. Namun dalam perang Iran-Israel-USA pada awal 2026, Iran seperti telah merintis jalan agar Yuan China digunakan dalam jual beli O&G Iran. Namun tetap Yuan masih kekal bersandar pada U$D. USA telah menetapkan U$D sebagai barometer segala-galanya.

KANCAH EKONOMI DUNIA & JALAN KEJATUHAN MAHATHIR:

Di era 1940an, di waktu World Bank dan IMF dibentuk, dunia berada dalam "kegelapan serta miskin". Dunia tiada pilihan. USA dan Eropah adalah yang paling maju dan berkuasa. Empayer Islam sudah runtuh dan melemah penuh. Maka U$D serta sistem yang ditentukan oleh World Bank dan IMF diterima pakai oleh semua negara biar blok komunis sekalipun.
Kerana dunia terbahagi kepada dua blok - Demokrasi dan Kominis-Sosialis, sedang blok demokrasi adalah dominan maka segala langkah Blok Barat telah gunakan untuk terus menekan Blok Komunis-Sosialis dan malah negara-negara miskin. Kebetulan Iraq, Syria dan Libya adalah blok sosialis Islam, dan mereka berpunya sumber O&G yang tinggi, maka mereka USA dan Barat tekan habis-habisan. ASEAN membentuk blok berkecuali yang condong kepada demokrasi. ASEAN Barat jadikan rakan akrab atas kepentingan ekonomi-militer di sebelah timur jauh. Saya kira biar Mahathir punya daya condong kepada Dinar Emas dan ingin mengadakan alternatif kepada sistem Kapitalis-Imperialis, dia terselamat dari senjata USA lantaran Malaysia terlalu strategik; keamanan di Malaysia mesti dijaga dan Mahathir boleh ditentang lewat politik dalaman.

(2)    Isu pokok dunia pada 1980an adalah masalah Perang Dingin USA-Russia-China serta usaha-usaha negara Islam untuk lari dari U$D kepada Dinar Emas. Ini merbahaya buat USA dan Barat. Namun bagi negara-negara Selatan, sikap imperialisma dan kapitalisma Barat
cukup menekan kehidupan rakyat mereka. Pribumi Afrika Selatan contohnya cukup sengsara ditekan oleh kuasa ekonomi penjajah kulit putih dan sekutu-sekutu mereka. Bahkan Filipina biar kelihatan memecut maju berbanding tetangga ASEAN lainnya pada 1970an, namun kuasa ekonomi mereka dikuasai oleh MNC Barat dan kini mereka kian runtuh dan punah. Fenomena ini melimpah ke Latin Amerika dan Afrika. IMF dan WB menjadikan mereka sebegitu. Inilah apa yang Anwar tidak ambil peduli atau ketahui. Matanya kelabu asap biru.

(3)    Semenjak selepas WWII, Barat menjulang kaya dan berkuasa, sedang Timur dan Selatan semakin resah dan tercorot dalam banyak hal. Maka jika kita ingat, Mahathir telah melancarkan gerakan South-South (1986) dalam mengumpul negara-negara miskin untuk membentuk suatu pasaran yang saling mendokong. Gerakan Mahathir seiras BRICS (2009). Makanya, tidak heran jika USA melakukan segala upaya untuk menjatuhkan Mahatir dari dalam bukan pada jalan Sadam-Ghadaffi. Anwar dan DAP telah USA atau lebih mudah CIA dan Israel gunakan untuk menjatuhkan Mahathir yang cukup anti kapitalisma dan Zionisma.

"South South MOVEMENT BY MAHATHIR


FOCUS & IDENTITY REFORMASI ANWAR:

Abdul Razak dan Mahathir adalah dua nasionalis Melayu yang saya kira cukup tajam cara berfikir serta keras cara tindakan mereka. Kedua-dua bekerja keras demi martabat Melayu di Tanah Melayu. Makanya Razak memulakan reformasi pertanian menjadi Industri Pertanian lewat segala institusi yang beliau bentuk. Razak juga telah berusaha gigih dalam membangun sumber manusia Melayu. Maka bila beliau pergi, Razak telah mewariskan tokoh-tokoh pentadbir Melayu yang bijak serta punya intergiti tinggi. 

(2)    Kemudian Mahathir lantaran kecewa terhadap pencapaian DEB, beliau merubah dasar-dasar Razak kepada Dasar Perindustrian dan Penswastaan. Biarpun sebegitu, DEB tetap Mahathir pegang kuat. Penswastaan Mahathir mampu menokok ekuiti Melayu lewat segala GLC dan GIC yang beliau bentuk. Maka selepas Mahathir meletak jawatan, beliau meninggalkan GLC dan GIC yang berpunya dana yang cukup besar.

"NEP Impact: Wealth in the hands of the bumiputras went from 4% in 1970 to about 20% in 1997. The overall wealth of the country grew; per capita GNP went from RM1,142 in 1970 to RM12,102 in 1997. During the same period, absolute poverty in the population as a whole dropped from 50% to 6.8%. It is unclear what role the NEP played in these changes.

The gini index declined from 51.3 in 1970 to 44.6 in 1997, and 1987 figures indicated the mean income of the Malays had improved relative to both the Chinese and Indian communities. However, some have used 1997 statistics with 70.2 percent of households in the bottom 40 percent income group as Bumiputra, and 62.7 percent of households in the top 20 percent income bracket as non-Bumiputra, to argue that inequities remain. The Gini index also began to increase in the 1990s, going from 44.6 to 46.4 between 1990 and 1995; meanwhile, 1997 figures indicated that Chinese incomes were increasing at a rate double that of Malays'. Intra-ethnic income differences also increased markedly, especially among Malays.

Bumiputra participation in the professions and private sector increased as well, although Bumiputra remain somewhat under-represented. Between 1970 and 1990, the Bumiputra share of accountants doubled from 7 to 14 per cent, engineers from 7 to 35 per cent, doctors from 4 per cent to 28 per cent, and architects from 4 to 24 per cent. The Bumiputra portion of the share market – a figure frequently cited as "a measurement of overall community wealth", despite claims that it was misleading – increased from 2 to 20 per cent over the same period according to one academic's measurements. The Chinese share also increased from 37 to 46 per cent, at the expense of foreign participation. Official KLSE figures from 1998 were even more optimistic, indicating Bumiputra share ownership stood at 28.6% in 1990 and 36.7% in 1996.

The Chinese community in Malaysia accepted the NEP as a necessary evil to avoid Indonesian style aggression, which the ruling party consistently instigate and deemed appropriate as their threat based policy. Furthermore, the Chinese community generally moved away from the public sector and set up businesses in the private sector, where the impact of the NEP was less pronounced.

In spite of the policies implemented under the NEP, the share of the national wealth owned by the non-Bumiputra races increased beyond the 40% mark". Kini ada yang mengatakan bahawa 30 peratus dari penduduk negara ini menguasai 90 peratus dari kekayaaan negara. Maka DEB untuk siapa?


(3)    Hakikatnya, akibat dari tindakan-tindaka strategik Razak dan Mahathir corak reformasi dan tarsformasi ekonomi Melayu menjadi kian ketara. Kehidupan Melayu kian berubah dan mereka juga mulai menguasai sebahagian sektor utama ekonomi negara. Saya yakin, kepimpian politik Cina dan India mulai "gelisah" dengan kemajuan Melayu ini. Malaysian economic cake kian dibahagi-bahagi. Melayu mulai melangkan kuat dalam merebut their economic cake. Saya yakin, seiringan dengan sifat tamak para pedagang dan industri Cina-India, di mana kekayaan mereka hanya dibolot oleh sebahagian kecil dari mereka serta amalan rasuah yang mulai ketara dan meluas, maka sepertinya PAS dalam masyarakat Melayu, maka DAP mulai menabur tohmahan mulanya kepada MCA dan Gerakan dan akhirnya kepada Mahathir. Anwar menjadikan tohmahan berganti fitnah.

(3)    Bila Anwar dipecat pada 1998, PAS dan DAP cepat-cepat capilised sifat kebencian Anwar terhadap Mahathir. Isu kronisma, nepotisma dan rasuah menjadi isu panas yang mudah dfijaja dan ditelan oleh rakyat. UMNO, MCA dan MIC dilihat cukup rasuah, mengamal kronisma dan nepotisma. Apa lagi akibat Krisis Kewangan Asia 1997, ekonomi Malaysia terjejas parah, maka rakyat cukup menerima api-apian kronisma, nepotisma dan rasuah tohmahan Anwar dan DAP. Mereka nampak keadaan dan masa yang tepat untuk merampas kuasa dari BN. Maka PKR + DAP + PAS mereka membentuk PR dan berjuang sehingga membawa Al Gore, Naib Presiden USA serta Amen Rais dari Indonesia untuk mendokong REFORMASI. Apakah REFORMASI Anwar dan DAP sebenarnya?

(4)    Bagi PAS, keperluan reformasi mereka mudah. Mereka mahu sistem Islam dijadikan teras pentadbiran negara. Cuma bagaimana, itu PAS belum sedia menjawap, Namun yang penting, PAS melihat Mahathir sebagai kekangan kepada iedologi Islam mereka. Biar PAS tidak pasti tentang perincian cara pentadbiran mereka, setidak-tidak di dalam jiwa adanya roh Islam. tentang caramana, saya nampak banyak telah kita lakukan cuma perlukan pembaikan berterusan. Al Quran dan SAW tidak menetapkan perincian bagaiman sesebuah negara dan masyarakat harus diurus. Al Quran dan SAW hanya memberikan garis panduan - perinciannya, SAW pernah mengusulkan: "Urusan dunia, kamu akan lebih tahu dari aku". Sejarah menjelaskan bahawa PAS adalah ketumbukan konservatif yang mahu jatidiri Melayu yang bersih dan sopan itu kekal. 

" Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Kesedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan kesedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walaubagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno."

(5)    DAP juga jelas perjuangan mereka. Hapuskan DEB. DAP mahu seluruh rakyat Malaysia diberikan hak-hak samarata. Samarata, samarasa adalah impian DAP. Biarlah ekonomi kita diurus secara liberal. Bagi mereka, siapa mampu serta berkebolehan, maka biarlah mereka berbuat apapun. Saya melihat DAP berpunya roh liberal kapitalis-demokrat dan sosialis. Hongkong, Taiwan, Macao dan Singapura mungkin menjadi teladan mereka. Saya yakin biar kinipun mereka tidak berani untuk menedalani China lantaran dengan sengaja mereka diamkan, kejayaan China kini adalah akibat "guided economic strategy". China sebetulnya menjalani pembagunan pesat akibat langkah "stringent guided economic reform". Saya juga berani menempelak DAP, sesungguhnya kejayaan semua negara Barat adalah akibat mulanya mereka menekan semua yang tidak mampu serta mengaut untung dari mereka yang tidak mampu atau lemah. Tidakkah barat adalah juga penjajah yang telah memporak perandakan China dan India? Berani DAP untuk menganalisa sistem ekonomi Barat yang berjaya yang ingin mereka ikuti?

(6)    Sesungguhnya perkembangan hebat ekonomi Hongkong, Macao, Taiwan dan malah Singapura adalah berteraskan "selective croyism economic strategy". Mereka memilih siapa yang patut mereka dokong. Mereka ketepikan siapa yang mereka tidak mahu. Maka berlaku dwikotomi sosio-ekonomi hebat China Tanah Besar dan China Satelit. DEB, apakah ianya sekejam itu? Apa boleh DAP analisa itu dengan pure academic methodology. Jomo Kawe Sundarm banyak menulsi tentang ini, namun bagi saya beliau menyorot itu lebih kepada macro-economic methodology. Bagaimana dengan pure cross-national interest. Apartehid Afrika Selatan dan malah Israel, adakah ianya membawa kemakmuaran sejati dan berkekalan?

"The DAP was founded in 1965 by Malaya–based members of the Singaporean Peoples' Action Party (PAP), Chen Man Hin and Devan Nair, shortly after Singapore explusion from Malaysia. Singapore's expulsion was in part due to intense ideological differences between the PAP and the federal government, led by the UMNO. UMNO favoured the idea of Ketuanan Melayu and Malay nationalism for the country. In contrast, the PAP favoured a more egalitarian and civic nationalist Malaysian Malaysai, which the DAP would continue to espouse. Historically a democratic socialist party.

The party adopted the "Setapak Declaration" at the first DAP National Congress held on 29 July 1967, declaring itself "irrevocably committed to the ideal of a free, democratic and socialist Malaysia, based on the principles of racial and religious equality, social and economic justice and founded on the institution of parliamentary democracy"

Tafsiran mudah saya, DAP memilih democracy dalam segala hal - semua harus berteraskan meritocracy, siapa kuat dia dapat. Kebajikan umum pula dipelihara dari sudut socialist - welfare for the disadvantages. Ideologi ini, Melayu khasnya UMNO asalan tidak dapat terima dan mesti ditentang dengan apa cara sekalipun. Ideologi sebegini, bagi Melayu akan berakhirnya Melayu sebagai bangsa pinggiran. Ini amalan di Amerika, sehingga wujud gaung yang luas dan dalam antara Anglo dan bukan-Anglo. Apartheid Afrika Selatan membuktikan ianya hancur dan kini Israel tidak akan pernah selamat pada ideologi yang sama. Di Kemboja, Siam dan malah Vietnam, Melayu (Champa dan Pattani) akhirnya terpinggir dan memupus. Di Filipina, Melayu (Sulu) kian hanyut , melarat dan tidak damai.

(7)    Anwar pula bagaimana? Mudah. Pertama, dia mesti menebus maruahnya. Kononnya, Mahathir memusnahkan maruahnya. Cuma sikapnya dia memilih untuk "alang-alang menyeluk pekasam, biar dirinya masuk ke dalam tempayan sekali". Kedua, saya kira atas sifat saikologinya Anawr. Dia manusia yang mesti kelihatan a hero. Dia mesti menonjol dan  tertonjol sebagai a hero. Dia juara segala apapun. . Soal kemiskinan, dia juara, sehingga para pelajar  (1970an) bangkit bersamanya. Baling menjadi terkenal kerananya. 
Soal Islam, dia juara sehingga PAS (akhir 1970an) keliru. Bank Islam, Universiti Islam dan bahkan pelbagai institusi Islam adalah ideanya (?). Soal rasuah, kronisma dan nepotisma dia juara. Mahathir jadi bahan punchingnya. Rakyat bangkit habis-habisan. Dengan PAS, DAP kemudian ditambah Berstau lalu kini Amanah dan "UMNO" bersamanya, Anwar menjadi Hero Reformasi. Segala lapisan rakyat bulat bersamanya. Kini dia PMX, dia terus menjadi hero. Dia menjadikan segala isu turn an advantage to him - isu Palestine, Kg Baru, paip gas Petronas meletup, banjir, harga minyak dan segala macam. Lidahnya boleh saja mengata apa saja, menjadikan dia juara. Maka, saya punya simple conclusion berkenaan Anwar adalah Cameleon whom loose nothing but definitely gain. 

(8)   Apa jenis reformasi yang telah Anwar berjaya buat sejak Nov 2022 sehingga kini? Wayang serta camelon Anwar telah mampu menukar UMNO jadi UMDAP. Itulah idaman Anwar dan DAP, jinakkan UMNO dan seboleh-bolehnya, UMNO diDAPised, menjadi UMDAP sebagai langkah pertama untuk liberalised Melayu kepada Melayu terbuka dan menerima apa jua. Inilah hakikat tujuan dan bentuk reformasi Anwar dan DAP. Cinta Melayu kepada UMNO adalah tinggi, maka JIKKA UMNO sudah jadi kerbau dicucuk hidung iaitu UMDAP, maka Melayu akan jadi Pak Turut. Melayu mesti ditelanjangi. Segala serban dan tudung yang membungkus Melayu mesti dibuka, kemudian diberikan persalinan baru yang seragam untuk seluruh rakyat Malaysia Baru - open minded, liberal and "sewel" mungkin. Anwar dan DAP berjuang melemahkan Melayu untuk kekuatan kuasa mereka. Anwar tonggang DAP. DAP tonggang Anwar. Dua-dua tonggang UMNO. Amanah tumpang menonggang. Mungkin Bersatu akan senasib Amanah juga akhirnya. Tonggang menonggang akhirnya Melayu tonggang langgang.

USA (dan Israel) lega Mahathir sudah menua dan "tumbang" sepenuhnya. Idealisma Islam kini terbatas gerakkannya. Malaysia jadi rakan joget Trump dan dilelong lewat ART. Kini Trump boleh focus untuk musnahkan Iran agar dunia Islam semua kekal diam dan terus bersama IMF Ibnu World Bank Ibnu USA al Trump. Anwar berjaya menjadikan Malaysia subsivient kepada USA. Cuma, syukur PAS telah sedar, insaf dan sedang bergerak memperbaiki keadaan. In Shaa Allah selagi Islam menebal dan membaik dalam diri PAS, saya yakin kuasa Allah akhirnya juga yang menang. Melayu kekal berpeganglah kepada jatidiri Melayu yang berpekerti luhur

EPILOQ:

Al Quran At taubah: 128-129.


(2) Telah tiba bagi Melayu memahami secara mendalam maksud dan tuntutan Syahadah mereka. Melayu perlu yakin kepada diri mereka sendiri selagi mereka benar dan ikhlas, sesungguhnya Allah sentiasa ada dan cukuplah Dia bagi kita. Apapun kemelut yang sedang melanda kita, itu bukan musibah, itu ingatan dan ujian Allah untuk kita cekal berbenar meningkat darjat kita selagi kita manusia gigih berfikir dan berubah pada yang hak ke atas kita. In Shaa Allah.

(3) Melayu telah berpunya kekuatan yang Allah pertunjukkan. Kita telah mengukir nama di persada dunia dalam hal-hal tersebut, In Shaa Allah, berilah peluang kepada PAS dan semoga Allah akan membuka dan memperkuat segala apa yang telah kita miliki sebagai langkah untuk Melayu bangkit membina dan menyumbang kepada ketemadunan Islam hebat pada kurun ke 21 ini. In Shaa Allah.

Kuching, Sarawak 
22-23 Jun, 2026

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.