Esok 11 Julai, 2026 rakyat Johor akan turun memilih. Saya tidak mahu membincang soal masyarakat Cina kerana bagi saya mereka sudah ada ketemadunan bertulis 7,000 tahun silam. Sama bagi masyarakat India. Lantaran awalnya pembentukkan ketemadunan bertulis pada mereka, maka mereka sudah mahir mengatur hidup sendiri.
(2) Pada 11 Julai, Melayu Johor yang menjadi tonggak kepada kelahiran temadun Melayu Malaysia modern dari kesatuan Melayu Johor-Riau, dan itu hanya wujud mengikut rekod China di sekitar 700 - 900 tahun dahulu. Maka dari sudut relativitinya, Temadun Melayu hanyalah 10 peratus dari Temadun China dan India dari sudut perbandingan masanya. Maka dari sudut pengalaman dan kekuatan ilmu, Melayu hanyalah 10 peratus dari kekuatan ilmu dan pengalaman China, India, Arab dan bahkan Farsi. Itu perlu kita lihat secara akademik dan bukan emosional. Makanya, atas keterbelakangan waktu ini, saya lebih suka untuk membicarakan prihal Melayu dari kaum Cina dan India. Sedari dulu saya sudah berpendirian - no need for the Malays to worry about the Chinese and Indian, they know how to survive and adjust. Melayu yang perlu mengatur diri dan Cina dan India akan tutur mengatur diri asalkan mereka dapat meraih kekuatan bersama penyusunan kekuatan Melayu.
(Insertion: Hasilnya MCA menang 8 berbanding DAP 6 dan MIC 1. PH menang 8 berbanding BN 48. Suatu bukti, jika Melayu bersatu dan kuat, Cina dan India akan adjust sendiri).
(3) Sabtu 11 Julai, 2026 saya yakin akan menjadi titik penentuan apakah Melayu Malaya akan bangkit membentuk kesatuan atau mereka sedang ingin menjual diri mereka. Melayu Johor yang terkenal dengan kebangkitan Melayu lalu membentuk UMNO akan menjadi penentu akan prihal tersebut. Melayu Sarawak dan Sabah, atas sifat minoriti kami, In Shaa Allah atas keperluan kami sendiri, kami akan adjust accordingly. Bukanlah Melayu Sarawak dan Sabah mahu terasing dari Melayu Malaya, percayalah kami telah melakukan adjustment sejak sebelum North British Company datang ke alam kami lagi. Kami telah adjusted to the level we are very giving and taking among all races di Borneo ini. Alhamdullilah setakat ini.
(4) Keresahan Melayu Malaya, bukanlah sebab Anwar dan DAP. Keresahan Melayu Malaya adalah bersebab mereka sendiri. Anwar dan DAP, as I see them, they are just greedy opportunist, so they capitalised the Malaya Malays weaknesses. Ibarat, Allah telah kekalkan agar Iblis dan manusia di dunia, dan Iblis pula telah ditetapkan untuk memesongkan manusia, maka jika manusia terpesong, seperti Allah tetapkan adalah berakibat dari sikap dan Iman manusia itu sendiri. Manusia akan ke neraka atau syurga, bukan atas sebab Iblis tetapi atas tubuh badan manusia itu sendiri. Maka Anwar dan DAP bukan isunya, jika Melayu bersatu dan baik-baik. Isu pokoknya adalah Melayu itu sendiri.
(5) Dalam PRN Johor kali ini, saya kira sudah ada titik pertemuan kepada kesatuan Melayu. Pertama, UMNO negeri Johor berani mengorak langkah untuk tulin UMNO. Di peringkat persekutuan, biar UMNO bersikap UMNO tuli, setidak-tidak UMNO Johor mahu mengorak langkah kepada TULIN UMNO. Itu wajar lantaran di Johor UMNO lahir, dan lahir di Istana Johor seperti perakuan Sultan Iskandar. Kedua, di kalangan PN, PAS menunjukkan gerakan politik matang. PPBM bertanding 26 kerusi. PAS hanya 11. Pejuang 1. Gerakan (?). Mereka tidak berebut kerusi. Paling istimewa, PAS mengeluarkan permitaan kepada ahli-ahlinya agar menyokong UMNO di mana PAS tidak bertanding. PAS (dan PN) saya lihat pragmatik dalam agihan kerusi dan mereka hanya bertanding di kawasan mereka yakin ada peluang besar. Ketiga, PAS terang-terang sangat berminat untuk melihat UMNO menerajui Kerajaan Negeri Johor. PAS akan melontarkan sokongan mereka di mana perlu untuk tujuan itu.
(Insertion: Langkah PAS dilihat janggal. Jika PAS sayangkan Melayu, kenapa PAS turut bertanding? Kenapa tidak beri laluan penuh kepada UMNO? Politik adalah seni. Bila ianya adalah seni, maka langkah siapapun itu adalah seni pada pihak mereka. Setidak-tidak, PAS
berpunya pentas untuk mendekati pengundi. PAS tahu mereka tidak ada tempat nyata di Johor. Tetapi berpunya pentas untuk menyatakan kekhuatiran PAS tentang Melayu dfan Islam adalah penting. Soal mengundi - PAS berlapang dada. Itu strateginya.)
berpunya pentas untuk mendekati pengundi. PAS tahu mereka tidak ada tempat nyata di Johor. Tetapi berpunya pentas untuk menyatakan kekhuatiran PAS tentang Melayu dfan Islam adalah penting. Soal mengundi - PAS berlapang dada. Itu strateginya.)
(6) Jika UMNO Johor berjaya dalam mengembelingkan diri untuk kembali menjadi UMNO TULIN, maka the next should be di Melaka dan Negeri Sembilan. Tidak wajar Melaka dan Negeri Sembilan harus kucar kacir dari segi memilhara adap budaya Melayu. Selangor perlu diurusan kemudian. Saya yakin jika UMNO dan PAS (PN) faham akan maksud secarik-carik bulu ayam, jalan merapikannya pasti ada. Apa lagi biduk lalu kiambang pasti bertaup.
Johor pemula segala. Selamat istikhamah dan insaf Melayu Johor. (Insertion: Negeri Sembilan, PKR telah mencemar Adat Istiadat Melayu dalam hal kemelut Istana kini. UMNO memberontak. Agihan kerusi DUN N9 - PH 17 dengan DAP 11, BN 14 dan PN5. Dari PRN Johor, PN mungkin kekal 5, dan BN boleh membuat inroad lewat MCA. Kerjasama BP-PN In Shaa Allah mampun raih 25-28 kerusi).
10 Julai 2026
Kuching.




Popular
Tags
Videos
0 comments:
Post a Comment