.

2/7/2026 HUT DAN MASA DEPAN SAMARAHAN

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 24, 2026

Share

& Comment

PROLOQ:

Saya tamat pengajian dari UKM sekitar Jun 1984. Semenjak itu saya mendapat beberapa tawaran berkerja di Kuala Lumpur. Namun hati saya tidak tergerak untuk segera bekerja. Saya mulanya dilamar oleh MARDI Serdang atas thesis Orkid Batu Kapur yang saya buat, saya tolak. Bujang Ulis yang berupa Ahli Parlimen Simunjan dan sangat saya kenali sebagai pengiat pelajar semasa di UKM, juga mengajak saya untuk bersamanya di Kementerian Perusahaan Utama, juga saya tolak.  Saya pulang ke Kampung dan juga tidak berminat untuk terus melamar kerja seperti semua rakan-rakan sebaya saya. Menaiki bot dari Kuching sekitar jam 0800 dan sampai di Kampong sekitar jam 1200, air Batang Sadong agak kecil, low tide maka saya terpaksa naik ke tebing dengan bergelut dengan selut sungai yang becak
sehingga ke lutut. Dalam perjalanan dari pangkalan ke rumah datuk saya, saya singgah di dua buah kedai Cina - satu namanya Godang, yang terletak di muara Sg Terasi, dan tawkey Cina Godang cukup kenal akan saya kerana dia juga sangat akrab dengan ayah serta keluarga ibu saya. Dari Godang, saya terus berjalan ke sebuah lagi Kedai Cina yang terletak benar-benar di Kampung ibu saya, Kg Terasi. Dari Godang ke kedai Cina satu lagi perlu berjalan lewat denai semak sekitar 30 - 45 minit tergantung keadaan jalan. Di situ saya singgah sebentar untuk melepas penat. Semasa singgah, towkey Cina yang dipanggil Atat (mungkin nama sebenarnya Ah Tatt) tidak kenal akan diri saya lalu bertanya siapa saya dan dari mana. Saya sebutkan nama datuk dan ayah saya. "
Haiya, lu sudah busat. Sudah habis sekolahkah?" teriak towkey itu pada saat saya habis memperkenalkan diri saya. "Apa macam dagang sini sekarang?", balas saya untuk melanjut bicara. "Hai ya dari lu punya mama masih budak sampai lu sudah busat ini macam, ini kampung tarak maju langsung. Hilup tidak, matipun tidak", balas beliau. Ironinya, dia dapat pula hidup dan kekal berniaga di situ sejak zaman Jepun lagi. Inilaha apa yang kialangan Youtuber Cina katakan: "Cina berniaga mana pernah untung, terutama dekat-dekat Gong Xi Fatt Choi".

(2)   Di Kampung, seawal hari kedua saya mulai mengunjungi rakan-rakan saya di sekolah
rendah dahulu. Alhamdullilah pada masa itu, bertaraf seorang siswa, kepercayaan rakan-rakan dan keluarga mereka adalah sangat tinggi. Kampung saya adalah antara pengeluar kopra, koko dan kopi yang besar di daerah kecil Pendam. Kami adalah pengeluar biji koko kering yang terbesar sebenarnya. Lewat Berita RTM Sarawak Jam 1800, saya serig mengikuti harga harian kopra, koko dan kopi. Apa yang saya dapati beza harga bagi setiap 100 kati atau 60 Kg yang ditawarkan oleh kedua-dua kedai Cina tersebut adalah antara RM30.00-50.00. Itu sangat jauh nilainya. Ongkos hantaran ke Kuching adalah dalam RM3.00 bagi setiap 100 kati. Bayangkan itu pada nilai semasa Dollar U$D bersamaan RM2.50, jika kini U$D bersamaan RM4.20, maka nilai perbezaan harga adalah pada RM50.00 - RM85.00 suatu nilai cekekan para litah darat  yang sangat membebankan. Saya bertekad mahu merobah prihal tersebut.

(3)  Sebagai graduan UKM serta bersekolah aliran Melayu penuh di Kelantan dan Kedah, kesedaran saya tentang himpitan kemiskinan cukup "membara". Bersekolah di Ulu Kelantan kemudian ke Kubang Pasu iaitu Jitra, dan berasal dari Simunjan, isu kemiskinan
sememangnya mudah untuk saya mengerti akan sebab dan musababnya. Masalah lintah darat adalah salah satu punca besarnya. Komoditi rakyat dibeli murah, keperluan rakyat pula harga kian menaik. Sudahlah rakyat miskin, bebanan hidup mereka terus saja tertekan. 
Maka saya
berkeliling kampung untuk mengerakkan masyarakat Kampung untuk mencebur diri dalam perdagangan biarpun secara kecil-kecilan dahulu. Mereka pada dasarnya bersetuju, namun mati akal bila timbul soal modal. Namun itu dapat saya atasi, dengan membentuk kerjasama JV tidak rasmi antara saya dengan rakan Cina dengan gelaran Ciku di Pasar Pendam yang suatu ketika dahulu menumpang bersawah di tanah datuk saya di Simunjan. Hasil bersawah itu beliau dapat membina kedai di Pendam dan antara 30 orang pedagang Cina yang mempelopori pelbagai jenis perniagaan di sana sejak 1950an. Pada 1985 saya bangunkan sebuah Koperasi dan dapat menyatukan seluruh penduduk kampung saya serta kampung-kapung tetanga dalam memasarkan terus hasil keluaran kampung ke Kuching. Bersama masyarakat Kampung, kami membina kedai runcit dan ianya berjalan baik sehingga 1996. Kini bangunan Koperasi telah diubah menjadi Tadika KEMAS.

(4)    Kehidupan di Pendam (kemudian pada 4 Ogos, 1998 dinamakan sebagai Sadong Jaya)  - serta seluruh persisir Samarahan pada 1960an adalah cukup payah. Kehidupan rakyat sangat ditentukan oleh alam iaitu air pasang-surut. Di musim pasang kecil, rakyat bertani atau menyadap untuk membuat gula dan garam nipah. Pada masa air pasang besar, mereka mengerjakan kelapa dan ke laut sebagai nelayan.  Mahu ke manapun, lantaran perlu berperahu atau bot, waktu air pasang surut sangat menentukan segala waktu dan pola perjalanan mereka.  
Air bah limpahan pasang besar air laut masin cukup membatas kemajuan pertanian di seluruh persisir Samarahan pada masa itu. Sebelum 1972 seluruh persisir Samarahan sering dilimpahi bah air masin terutama di tanggal 13-17 dan 29-1 takwin Islam. Pada tanggal-tanggal tersebut berlaku full moon atau anak bulan baru terbit. Pasang besar berlaku pada masa itu. Persisir Samarahan dan seluruh persisir Sarawak sebenarnya berada 0.5-1.0 meter di bawah paras laut (MSL). Bentuk mukabumi sebegini ada rahmatnya juga besar cabarannya.

(5)    Tonggak ekonomi rakyat sekitar 1980an adalah pembalakan serta segala macam kerja perborohan perusahaan terutama berkait dengan produk kayu. Pertanian dan perikanan hanyalah suatu perekonomian  ayam kampung - kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

PENUBUHAN BAHAGIAN SAMARAHAN:

Saya tidak pernah peduli bila Bahagian Samarahan ditubuhkan. Pada 24 Julai, 2026 saya
sholat Jumaat di Masjid Daerah Kecil Sadong Jaya dan khutbah khas telah dibaca sebagai memperingati penubuhan Bahagian Samarahan pada 24 Julai, 1986 dahulu. Tarikh ini, mungkin Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, Ahli Parlimen serta ADUN Muara Tuang (nama asal Kota Samarahan) sengaja anjak dua hari selepas HUT Sarawak pada 22 Julai, 1963. Khutbah tersebut merungkai sekilas lalu tentang susah payah dan kejayaan besar terkini Bahagian Samarahan yang terdiri dari Daerah Simunjan (Sebuyau, Simunjan, Pendam dan Gedong), Asajaya dan Samarahan. Sebelum ini semua daerah-daerah ini dirangkumkan ke dalam Bahagian Kuching. Kini Bahagian Kuching telah dipecah menjadi tiga Bahagian iaitu Kuching (merangkumi Kuching, Bau dan Lundu), Samarahan (merangkumi Samarahan, Asajaya dan Simunjan) dan Serian.

(2)  Tujuan tulisan saya ini adalah untuk mengimbau kembali keadaan sosio-ekonomi Samarahan sejak penubuhannya pada 24 Julai 1986 sehingga kini. Kebetulan saya memasuki Pentadbiran Kerjaan Negeri Sarawak pada 1 Okt., 1986 dan di tempatkan di Unit Perancang Negeri, UPEN dan tugasan utama saya adalah membantu dalam merancang, menyelaras dan memantau Pembangunan Luar Bandar dan Pertanian Sarawak. Simunjan dan Samarahan pada awal 1980an adalah antara daerah-daerah yang parah dilanda kemiskinan. Selain kawasan-kawasan pedalaman, kawasan-kawasan persisir Sarawak cukup hebat dilanda kemiskinan. Sungai-sungai berseliratan memisah-misahkan kawasan persisir, ditambah pula kawasan-kawasan paya gambut dan paya bakau yang luas serta sering dilanda bah, menjadikan kehidupan rakyat menjadi bertambah sukar. Kehidupan mereka penuh getir dan mencabar.

(3)   Merenung kembali akan tempoh kerjaya saya di sektor awam sepanjang 1986-2011, biar kelulusan saya adalah di bidang Botani, namun ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan tugasan merancang, menyelaras dan memantau Pembanguna Luar bandar dan Pertanian, dan kehidupan silam yang penuh susah dan getir, semua itu bukan kebetulan. Allah menetapkan kudrat saya sebegitu dan tanpa sedar saya telah terprogram untuk bergemulang untuk membebaskan setidak-tidak masyarakat luar bandar persisir Sarawak dari belengu kemiskinan yang parah. Juga bukan kebetulan, hampir seluruh rakyat Melayu Sarawak mendiami kawasan persisiran yang cukup mencabar untuk mengurusnya.

(4)  Selepas penubuhan Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengusahakan pembangunan kawasan tebatan banjir di seluruh Sarawak di bawah pembiayaan ADB - di Lawas, Matu Daro, Simanggang dan Nonok. Untuk daerah kecil Nonok, pembangunan Tebatan Banjir Nonok ( kemudian pada 1970 ditukar menjadi Asajaya) dijalankan berbagai projek pemula secara berperingkat-peringkat sejak 1972.


(4)    Pada 1980an, untuk ke Kota Samarahan, samada saya perlu melalui Jalan Muara Tuang Lama yang sempit, bengkang bengkok serta memakan masa lewat Bt Tujuh-Jalan Lama Penrisen, jika bertolak dari Kuching pada jam 0800, sampai tak sampai di Kota Samarahan
sekitar jam 1100-1200. Jika tidak, dari Kuching saya akan menaiki bot laju 120-180 hp merentasi segala denai (lobak) pada air pasang besar seawal jam 0600 pagi dan harus kembali pulang selewat-lewat jam 1700 petangnya. Memang seronok membelah hutan bakau ini, namun jika tersesat atau kandas, panas, hujan, agas dan nyamuk akan menyerang gila. Jika saya hendak melawat ke Asajaya, saya mesti menaiki bot serta harus bergantung penuh kepada jadual air pasang-surut. Pada masa itu semua tugasan perlu perancangan logistik yang rapi terutama bila melibatkan tinjauan ke tapak. Penjagaan masa menjadi sangat kritikal. Cuma lantaran saya biasa dengan keadaan kampung, hidup dalam serba kekurangan, segala kepayahan ini adalah suatu pengalaman yang cukup menyeronokan. Dari 1986-2002 saya bergelut bersama segala agensi dalam usaha membangunkan Kota Samarahan dengan segala pembangunan asas, kini seluruh Bahagian ini sedang mengalami lonjakan pembangunan yang cukup dinamis.

(5)    Sesungguhnya, di sepanjang 1986-1990an, akibat masalah jalan perhubungan yang belum bersambung sempurna, banyak kerja-kerja lawatan saya ke kawasan persisir dan pedalaman Sarawak adalah menggunakan jalan air. Biar payah dan mencabar, namun ada indahnya. Setidak-tidak semua kepahitan itu adalah detik-detik indah yang saya rindukan dalam keadaan kini yang agak serba mudah dan selesa.

(6)    Pada tahun 2002-2011, sebagai Pengurus Besar salah sebuah GLC Sarawak, tugasan besar saya adalah dalam membawa segala bentuk pembangunan bandar dan luar bandar ke seluruh Bahagian Samarahan (dan Sarawak). Tumpuan kita adalah menyemarakkan perladangan dan pekebunan sawit. Sawit telah Sarawak gunakan sebagai strategi paling berkesan dalam memperbaiki pendapatan rakyat di luar bandar.

SUMBANGAN TANGAN KECIL:

Usaha transformasi gigih Taib ke atas Kota Samarahan bermula dengan memisahkan wilayah tersebut dari Bahagian Kuching menjadi Bahagian tersendiri pada 24 Julai 1986. Dengan menaik taraf sebagai Bahagian, maka pusat khidmat agensi-agensi penting dapat ditubuhkan di Kota Samarahan. Jika tidak segala urusan perlu dilakukan di Kuching dan ini amat menyylitkan rakyat. Perbandaran Kota Samarahan Taib rancang sebagai sebuah pentagon. Agensi-agensi penting peringkat Bahagian dibangun di keliling pentagon. Langkah ini kemudian disusuli dengan pembukaan Universiti Malaysia Sarawak pada 1993. Lalu disusuli dengan penempatan Kampus UiTM Sarawak di Kota Samarahan pada 1997. Kemudian  diikuti oleh pembukaan IPG Kota Samarahan pada 1 Jun 1999. Institusi pentadbiran dan pendidikan Taib alatkan sebagai pemula pembangunan pesat Kota Samarahan.

(2)    Pada sekitar Jun 1999 saya telah ditugaskan untuk membuat review akan masalah kelembapan pertubuhan Kota Samarahan.  Alhamdullilah atas kemampuan saya untuk mengkritik secara tepat akan kelemahan pembangunan Kota Samarahan itu pada masa itu, maka pada Sept 1999 saya telah diminta untuk menjadi Residen Bahagian Bintulu bagi mengurus segala macam gelaja sosio-ekonomi di sana. Dalam taklimat kepada Taib, saya telah mengemukakan beberapa galang pokok ke atas kelembapan pembangunan di Kota Samarahan biar pelbagai usaha dan pelaburan banyak telah Taib curahkan. Di antara kritik saya yang utama adalah disjointed Kota Samarahan urban development fabrics maka urban fabrics strong linkages perlu dibuat; kedua Kota Samarahan devoid of strong social infrastructures bagi menarik rakyat untuk mendiami Kota tersebut, hakikatnya sebuah kota belum terwujud biarpun sektor
pekerjaan sudah berkembang baik. Pada 2002, Taib sekali lagi merunggut kepada saya tentang lembabnya Kota Samarahan. Kali ini, saya jelaskan kepada beliau, Kota Samarahan berpunya young population yang tinggi. Namun kuasa untuk mengekal dan menarik mereka untuk kekal di Kota Samarahan adalah lemah. Kota Samarahan perlukan an urban focal place - untuk shopping, leisure and entertainment. Pada Jun 2013, Summer Mall beroperasi di Kota Samarahan dan ianya menjadi kayukuran kemakmuran Bahagian Samarahan. Seiringan dengan itu, kawasan perumahan Desa Ilmu telah diperluas dan pelbagai pusat komersil kini sudah beroperasi penuh. Dari Kampung, saya hanya perlu memandu sekitar 40 KM untuk menikmati juadah-juadah enak - Susi, Korean Foods, Thai Foods, segala Western Foods dan sebagainya makanan-makanan segera dan membeli belah segala keperluan modern lainnnya.

(3)    Sesungguhnya pembangunan ekonomi wilayah - regional economic development - yang meluas, khasnya lewat perladangan dan perkebunan sawit yang meluas di seluruh pedalaman Samarahan khasnya di Asajaya dan Simunjan telah menyumbang hebat kepada peningkatan kuasa beli dan kemakmuran penduduk temnpatan. Ditambah dengan jaringan jalan serta jambatan, mobility penduduk pula menjadi semakin mudah serta meluas. 

(4)    Akhir-akhir ini saya mulai berfikir, apa yang membuat Taib agak kurang senang dengan kelembapan kemajuan Kota Samarahan sekitar 1999-2010. Kini saya dapat mengagak. Pada
2002, dalam perbicaraan santai saya bersama Taib, dia menegaskan untuk memindahkan Kawasan Perindustrian Pending ke Kota Samarahan iaitu bersebelah dengan Jambatan Samarahan. Saya dapati, kawasan perindustrian baru ini, hanya kini baru tampak kegiatan aktifnya. Saya menjangka fakturnya adalah kerana tarikh tamat operasi Perindustrian Pending sudah hampir tamat, juga Kota Samarahan sudah membangun hebat dan di bawah pentadbiran Abang Johari, beliau akan membina Lapanganterbang dan Pelabuhan Baru sekitar 20 KM dari Kawasan Perindustrian ini. Saya menduga, Taib ingin Industri agak kotor di Pending segera pindah dan Bandaraya Kuching akan dapat dibangun sebagai Healty City tulin. Kedua, kepesatan Kota Samarahan boleh menjadi penampan yang baik bagi mengelak terlalu ramai penduduk dari luar bandar hijrah memasuki Kuching. Dengan harga tanah yang mahal, penghijerahan ini boleh menekan segala kemudhan sosial di Kuching. Kota Samarahan mampu menampung kehadiran mereka ini lantaran Kota Samarahan masih berupa kertas putih bersih. 

(5)    Langkah Abang Johari dengan menempatkan Terminal ART bersebelahan Kawasan Industri Kota Samarahan serta kemudian dihubung terus ke Lapangan Terbang dan Pelabuhan Laut Dalam baru di Tg Embang, yang jaraknya sekitar 15-20 KM dari Terminal tsb pasti akan menjadikan Kota Samarahan sebagai kawasan perindustrian baru Sarawak dan pasti mempunyai kelibihan logistik yang lebih baik berbanding dengan mana-mana kawasan
di seluruh Sarawak. 
 ART bukan hanya akan memudahkan perjalanan massa di Bandaraya Kuching, namun yang lebih utama ianya dapat menyurai serta memudahkan pergerakan para pekerja perkilangan sejauh Santubong-Bako-Buntal ke Kota Samarahan. 

(6)    Semasa di UPEN dari 1986-2002, dan kebetulan tahun kemasukan saya pada 1 Okt 1986 adalah permulaan perlaksanaan RMK5 (1986-1990) saya telah bekerjasama erat dengan JPS Sarawak untuk memperluaskan Projek Tebatan Banjir Asajaya untuk meliputi Daerah Kecil Sadong Jaya yang kemudiannnya dikenali sebagai Asajaya DID Scheme Block IV. Projek ini meliputi seluruh Daerah Kecil Sadong Jaya yang meliputi kawasan Semera, Jemukan, Iboi-Pelandok, Sadong Jaya dan sehingga ke Sebuyau - Ensengei. Kemudian dari hasil Kajian Prefeasibility Study Sebangan-Bajong Integrated Development Plan yang saya ketuai bersama-sama segala agensi teknikal, pada RM6 (1991-1995) saya juga telah dapat mempengaruhi pihak MoA untuk membiayai perluasan projek tebatan banjir ini
untuk meliputi Sebangan-Bajong-Sebuyau secara 50:50 funding bersama Kerajaan Sarawak. Lanjutan dari ini, projek tebatan banjir ini juga terus diperluaskan ke Simunjan. Dengan perluasan Projek Tebatan banjir ini, pulohan ribu tanah pertanian menjadi sangat subur dan lebih mudah dibangunkan secara komersil. Maka pada 2002-2011 semasa di GLC saya mengerakan pelaburan swasta ke kawasan-kawasan ini serta mengerakkan FELCRA dan MPOB untuk membantu mengembangkan tananam sawit di kalangan pekebun-pekebun kecil di seluruh Persisir Samarahan (dan Sarawak). Kesannya, pendapatan rakyat luar bandar berkembang baik dan kadar kemiskinan kian menurun. 

(6)    Kini setiap kali memandu pulang dari Kuching ke kampung, saya akan perhatikan segala perubahan yang kian melanda seluruh perjalanan sekitar 70-80 KM tersebut. Saya sedikit sebanyak sangat bersyukur melihat kehidupan rakyat sangat membaik dan mereka terus berusaha untuk bertambah lebih baik. Rumah-rumah kayu bukan hanya telah bergantian, namun banglo-banglo desa kian bercambah. Jika dulu motorsikal lebih banyak dari kereta, kini rakyat sudah mula memilih pickup untuk urusan harian mereka. Setidak-tidak a good country living kian muncul di persisiran Samarahan.

(6)    Pada 1990 juga Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan Yugoslav dalam mencari jalan untuk membina jalan atas batas-batas tebatan banjir. Dengan teknologi geo-textile akhirnya jalan perhubungan dapat dibangun ke seluruh persisir Samarahan. Pada 16 Okt 2016 Kerajaan Persekutuan menyiapkan jambatan Batang Sadong. Pada 8 Jun 2018 jambatan Samarahan pula disiap dan dirasmikan. Kedua-dua jambatan ini membuka persisir Samarahan kepada rentak pembangunan yang lebih besar. Sesungguhnya dengan terbinanya kedua-dua jambatan ini menjadi salah satu faktur utama dalam melonjak hebat pembangunan di Kota Samarahan. Dalam ulasan saya kepada rakan saya di UPE JPM pada 2009 dalam perumusan Semakan Separuh Penggal RMK9 (2006-10) bila ditanya antara Jambatan Sadong dan Samarahan, yang mana dulu harus Kerajaan Pusat biayai? Jawab saya mudah, harus Jambatan Sadong dulu, kerana jambatan itu akan membuka Kota Samaraha kepada larger regional economic catchment, juga telah wujud jalan alternatif dari Kota Samaran ke Asajaya. Perhubungan Asajaya-Simunjan perlu diwujudkan agar regional development disparity di kawasan tersebut dapat dikecilkan. Langkah ini, kini saya dapat perhatikan sebagai langkah strategik yang betul.

MASA DEPAN CERAH SAMARAHAN:

Keberadaan kepelbagaian kaum di Samarahan - Melayu, Iban, Bidayuh, Cina, Jawa, dan Bugis di antara utamanya, memberikan suatu bauran kependudukan yang cukup bertenaga bagi Samarahan. Melayu dengan segala macam kepandaian mereka - di laut, di darat, di pentadbiran dan malah politik, bersama Cina yang jelas dayausaha dagang dan industri, serta kaum-kaum lain yang ketara kecekalan mereka di bidang pertanian dan malah industri, semua faktur-faktur ini memberikan Samarahan socio-economic cohesiveness yang cukup hebat. Ianya adalah modal insan unggul dalam menjadikan sesuatu wilayah itu untuk terus memecut maju ke hadapan. Konsep politik Unity in Diversity amalan Taib dan berlanjutan di zaman Adenan dan kini Abang Johari telah mampu menghidang kestabilan sosial di Sarawak seluruhnya dan ini memungkinkan segala uasaha pembangunan dapat dilakukan secara lebih strategik dan bukan secara Pork Barrel - ikut selera politik rakus. Kota Samarahan, asalnya Muara Tuang, juga menepati konsep the Confluent of many rivers yang sering Taib perkenalkan. Muara, dalam konsep geografi adalah kuala di mana pelbagai sungai akan bertemu. Muara Tebas umpamanya adalah pertemuan antara Batang Sadong, Samarahan dan Sarawak. Kuala Lumpur adalah pertemuan Sg Gombak dan Sungai Klang. Kota Samarahan = pertemuan pelbagai kaum - Melayu, Iban, Bidayuh, Cina dll di Muara Tuang. Dengan rencana asal Taib dalam membina the Greater Kuching yang meliputi Kuching-Samarahan-Lundu, Kota Sam,arahan In Shaa Allah akan menjadi Metro-Kuching dalam tempoh 15-20 tahun mendatang.

(2)    Sesungguhnya Abdul Rahman Yaakub, Taib Mahmud dan kini Abang Johari saling melengkapi dalam menyediakan asas-asas socio-economy values added untuk Samarahan (dan Sarawak) untuk terus memecut maju - tebatan banjir, jalanraya, jambatan, kawasan industri, perbandaran baru, institusi-institusi awam pennting. Terletak hampir dengan Kuching dan dengan pembinaan segala prasarana utama yang baru, Samarahan pasti akan menjadi growth pole bagi Sarawak Selatan. In Shaa Allah.

(3)    Pembangunan Samarahan yang menitik beratkan Institusi Kemudhan Sosial, Sistem Pentadbiran Lengkap, Pembangunan Kawasan Kependudukan Setempat,  Industri, segala kemudahan sokongan prasarana dan utiliti yang baik serta pertanian dan pembangunan luar bandar, saya yakin, Samarahan akan muncul sebagai salah satu wilayah di Sarawak yang akan memberikan peluang bagi pencapaian kesejahteraan dan kemakmuran hidup yang jauh lebih baik dari wilayah-wilayah lainnya. 

CAVEAT YANG MENGUSARKAN SAYA:

Tiada siapa boleh menafikan bahawa di dalam proses pembangunan berteraskan sistem demokrasi dan kapitalis semasa, development skewness pasti akan terjadi. Ada yang akan beroleh laba yang hebat, namun tetap banyak yang sekadar penonton kemajuan.  Fenomena ini samada disengajakan juga boleh terjadi lantaran khilaf atau silap kita. Cuma faktur yang merelakannya sering bersandarakan dua hujah. Pertama, kita perlu bina big economic cake dulu. Kedua, time is the essence.

(2)    Dua falsafah ini telah Mahathir amalkan dari 1981-2003. Mahathir rombak latarbelakang sosio-ekonomi Melayu dengan cepat mendadak. Dia rombak dari Melayu asas pertanian kepada Melayu asas industri. Mahathir memaksa dari Melayu asas awam kepada Melayu asas koprat. Malaya Mahathir asak dengan perindustian pantas. Segala projek mega Mahathir henyak di Malaya. Benar, khasnya di kalangan Melayu sangat berubah. Dari gadis hanyir kotor bergelut lintah dan pacat di sawah, menjadi minah karen di kota-kota. Dari diam di gubuk dimamah anai-anai di desa-desa, Melayu berebut-rebut membina setingan di kota-kota. Memang benar, dari mengayuh basikal tua di jalan-jalan kampung, Melayu mulai memecut Datsun 120Y bingit di kota-kota. Sesungguhnya, Mahathir telah berjaya menjadikan Melayu boleh bertatih maju, namun Mahathir juga telah menjadikan Cina dan India mampu terbang secara supersonik. Relatifnya, Melayu kekal merayap di bumi, Cina dan India sudah mengapai angkasa. Dalam ekonomi, jurang antara dan di antara kaum meluas. Akhirnya, tamak dan haloba kapitalis melahirkan politik corrupt yang sulit diperbetulkan biar Anwar sehingga kini jikapun terus berguling-guling di depan Masjid Negara.

(3)    Pola serupa saya perhatikan sedang berlaku di Sarawak. Pembangunan prasarana mega yang rancak sedang berlaku di seluruh Samarahan (dan Sarawak) menyediakan peluang kontrak berniali tinggi kepada segelintir. Itu logik dan pasti. Tidak mungkin rakyat marhain mampu terlibat dalam kontrak bernilai jutaan Ringgit. Sekadar ratusan ribu Ringgit juga belum pasti dapat. Paling-paling kebanyakan akan jadi boroh upahan. Kontraktor yang mendapat kontrak bernilai tinggi ini, pastinya ganjarannya juga tinggi. Risikonya juga tinggi. Maka mereka sering mempunyai risk and sustainable business management strategy yang hebat. Maka, kini jika kita ke Samarahan bahkan ke seluruh Sarawak, commercial properties development cukup melata. Maksudnya, para kontraktor ini sudah menjangka akan masa depan ekonomi cerah Sarawak, maka dalam masa mendapat pelbagai kontrak Kerajaan mereka juga harus melabur perolehan mereka dalam hartanah. Sebabnya mudah, jika kontrak telah selesai, setidak-tidak mereka terus kekal dalam perdagangan lainnya. Ironinya, ini ketara di kalangan usahawan Cina. Mereka bijak to grow business from existing business. Itu kelebihan mereka lantaran mereka sudah berbudaya mantap warisan dari Yang Tze Kiang Civilization. Makanya kota-kota baru - new township mulai membangun di serata Samarahan ( dan Sarawak). Saya yakin dan pasti 99.99 peratus dari semua itu milik pelaburan kaum dagang Cina. I'm not complaining about their wealth and their intelligent.

(4)     Persoalan yang bermain di kepala saya, jikapun ada Melayu yang mendapat laba mewah, apakah Melayu ini akan melabur atau berbuat sesuatu untuk terus maju, jikapun bukan untuk masyarakatnya, setidak-tidak untuk cicit piutnya ATAU dia memilih untuk bergaya maju? Anihnya, biar sebagai Muslim, kebanyakan Melayu berfikir dan bersikap bahawa dia hanya hidup sekali sahaja dan singkat. Islam menegaskan sesiapapun akan kekal hidup selepas dia mati. Hidup keduanya ditentukan oleh kebaktian di kehidupan awalnya.

(5)    Di samping projek-projek mega, jika kita amati betul-betul, akan kita dapati tumbuhnya Rumah-Rumah Kongsi Boroh. Keadaan sosial mereka di situ, siapa peduli dan benar-benar prihatin? Selepas sesuatu Projek itu siap, mereka akan hijerah ke Projek lain dalam keadaan yang sama. Kitaran hidup mereka, mereka beredar dari tapak Projek Mega Awam ke Projek Komersil Cina. Mereka menua sebagai boroh kasar dan akhirnya pulang menjalani hidup yang "marginally improved di desa-desa". Cuma generasi muda anak cucu mereka, kemudian hijerah ke kota-kota, menyewa di mana-mana dan tetap jadi kuli di sektor perkhidmatan pula. 

(5)    Saya amati, trend evolusi kehidupan pribumi - Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dll - setidak-tidak dua generasi dalam perborohan kasar, satu generasi dalam kuli perkhidmatan dan kemudian generasi ke empat baru menikmati namun masih kekal dalam perkidmatan sedikit selesa. Di mana uasaha-usaham membina usahawan-usahawan di kalangan pribumi yang sedari awal suatu proses pembangunan? Sarawk jika tidak hati-hati dan tegas dalam memerhati persoalan ini, saya kuathir, kita akan turut melalui politik heboh kusut masai Malaya hari ini pada 15 - 20 tahun mendatang.

Kuching - Kota Kinablau
24 Julai - 11 Ogos, 2026

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.