Proloq:
Rockefeller was the second of six children born in Richfor, NY to con artist William A Rockefeller Sr. and Eliza Davison. Rockefeller had an elder sister named Lucy and four younger siblings: Willian Jr, Mary, and fraternal twins Franklin (Frank) and Frances. His father was of English and German descent, while his mother was of Ulster Scot descent. One source says that some ancestors were Huguesnots, the Roquefeuille family, who fled to Germany from France during the reign of Lousi XIV and a period of religious persecution. By the time their descendants
immigrated to North America, their name had taken German form. William Sr. worked first as a lumberman and then a traveling salesman.
He claimed to be a "botanic physician" who sold elixirs, and was
described by locals as "Big Bill" and "Devil Bill." Unshackled by conventional morality, he led a vagabond existence and returned to his family infrequently. Throughout his life, Bill was notorious for conducting schemes
Eliza was thrifty by nature and by necessity, and she taught her son that "willful waste makes woeful want". She taught John how to save and track money, and the importance of it John did his share of the regular household chores and earned extra
money raising turkeys, selling potatoes and candy, and eventually
lending small sums of money to neighbors. He followed his father's advice to "trade dishes for platters" and
always get the better part of any deal. Bill once bragged, "I cheat my
boys every chance I get. I want to make 'em sharp." However, his mother
was more influential in John's upbringing and beyond, while he distanced
himself further and further from his father as his life progressed. He later stated, "From the beginning, I was trained to work, to save, and to give."
In September 1855, when Rockefeller was sixteen, he got his first job as an assistant bookkeeper working for a small produce commission firm in Cleveland called Hewitt & Tuttle. He worked long hours and delighted, as he later recalled, in "all the methods and systems of the office." He was particularly adept at calculating transportation costs, which
served him well later in his career. Much of Rockefeller's duties
involved negotiating with barge canal owners, ship captains, and freight
agents. In these negotiations, he learned that posted transportation
rates that were believed to be fixed could be altered depending on
conditions and timing of freight and through the use of rebates to
preferred shippers. The practices he learned during his years as a
bookkeeper, in terms of keeping a close eye on the ledger, he would
continue throughout his life. He reportedly, started at a young age,
putting aside, from his meager earnings, money for charity. Rockefeller was also given the duties of collecting debts when Hewitt
instructed him to do so. Instead of using his father's method of
presence to collect debts, Rockefeller relied on a persistent pestering
approach. Rockefeller received $16 a month for his three-month apprenticeship.
During his first year, he received $31 a month, which was increased to
$50 a month. His final year provided him $58 a month.

As a youth, Rockefeller reportedly said that his two great ambitions were to make $100,000 (equivalent to $3.46 million in 2025 dollars) and to live 100 years. Rockefeller did spent six years with the Wall Street banking firm of Brown Bros & Co In 1930, he joined the National City Bank in New York, of which his maternal grandfather, James Stillman, had once been president and chairman of the board. Rockefeller himself became president of the bank in 1952, and chairman of the board in 1959. He retired as chairman in 1967. During his tenure, the bank merged with the smaller First National Bank and took the name The First National City Bank of New York.At the time of his death, Rockefeller had four children, fourteen grandchildren, thirty-seven great-grandchildren, and one great-great-granddaughter. Aged 102, he was America's oldest living Olympic champion, and the earliest living cover subject of Time magazine.
IMF dan WB adalah diasaskan oleh bank-bank ternama di USA dan Eropah termasuk CitiBank. Selepas WWII mereka memberikan pinjaman untuk pemulihan negara-nagara yang dilanda peperangan. CitiBank kemudian mencipa Kad Kredit untuk memperluaskan pinjaman mereka bukan hanya kepada Kerajaan malah rakyat seluruh dunia. Dalam krisis kewangan 1997, banyak anak-anak muda Melayu terjerat akibat hutang Kad Kredit ini.
Roda Kehidupan:
Payah, susah dan sukar adalah tiga perkataan yang sering digunakan untuk menjelaskan maksud yang sama. Jika kepayahan itu terlalu berat, maka kata getir digunakan. Kehidupan Melayu di zaman pemerintahan British boleh dikira dalam kepayahan. Segala-gala sukar diperolehi. Namun di zaman Jepun, segala-gala bertukar menjadi getir. Dalam waktu perang, lumrahnya pergerakkan rakyat tersekat. Bukan hanya kehidupan Melayu menjadi berat susahnya, namun Melayu juga perlu berhadapan dengan masalah kewujudan anasir ganas kominis dan susupan British dalam melawan Jepun. Miskin pula adalah status sosial yang menjelaskan keadaan hidup serba kekurangan. Pada awal kehidupan Melayu, rata-rata mereka dalam kemiskinan. Cuma biar payah, Melayu masih mampu hidup dengan bahagia. Inilah apa yang dinamakan biar miskin tetap bahagia. Biar miskin tetap bergaya. Filem-filem P Ramlee sering mengambarkan prihal ini. Sesungguhnya nilai-nilai kemasyarakatan yang cukup prihatin, menjadikan Melayu biar miskin namun tetap utuh. Cuma lewat waktu, khususnya di tahun-tahun 1950an - 1960an akibat pertembungan pelbagai faktor khususnya yang terkait dengan nafsu kapitalisma, maka konsep-konsep papa mulai muncul. Di tahun-tahun 1980an golongan ini dinamakan sebagai miskin tegar - hardcore poor.
(2) Dalam kehidupan 1980an lima perkara asas mesti dipenuhi dan jika kedudukan sebegitu tercapai, maka sesorang atau keluarga itu boleh dikatakan terkeluar dari garis kemiskinan. Manusia perlukan lima keperluan asas - kediaman, makanan, pakaian, kesihatan dan pelajaran. Di zaman batu - kediaman manusia adalah gua, makanan adalah hasil kutipan apa adanya serta berburu, sedang pakaiannya hanyalah dedaunan atau kulit yang diolah jadi cawat. Kesihatan pula cukup dengan akal-akalan bomoh. Pelajaran cukup sekadar anak-anak berlajar berburu atau masak dari kedua orang tuanya. Hidup cukup ringkas dan mudah. Di zaman batu, kemiskinan tidak wujud lantaran semua manusia pada masa itu berada dalam status sosial yang sama.
(3) Kini di era 2020an, keperluan asas kita telah banyak berubah. Rumah mesti ada dan selesa. Makanan perlu melimpah, enak dan berzat. Pakaian perlu banyak dan berjenama. Kesihatan bukan hanya perlu terjaga malah harus terjamin bermutu. Pelajaran pula bukan hanya sekadar mampu membaca, menulis dan mengira malah sudah dianggap sebagai modal asas untuk membina kesejahteraan hidup yang lebih tinggi. Keperluan mobiliti sudah menjadi keperluan asas yang tidak boleh dinafikan. Basikal dan motorsikal bukan lagi keperluan mobliti yang asas, akibat cuaca serta jarak perjalanan yang jauh, paling-paling punya sebuah kereta kecil adalah menjadi keperluan mendadak masa ini. Kenderaan EV akan menjadi keperluan asas di tahun-tahun 2050an. Hiburan dan komunikasi sudah menjadi keperluan asas yang baru. Akibat tekanan kerja serta suasana kehidupan yang kian menyempit, manusia kini perlukan tempat atau suasana untuk mereka dapat bersantai dan saling berhubungan dengan bebas dan terbuka. Handphone sudah sangat diperlukan biar oleh seorang nenek yang tangannya sudah terketar-ketar. Di barat, keperluan sek telah menjadi keperluan asas mereka sejak 1970an. Barat menilai tekanan sek sebagai faktor yang boleh mencelaru banyak perkara. Makanya budaya Rock, dadah serta LGBT berkembang luas di sana. Cuma tanpa kita sedari, di Malaysia gejala ini sudah menular dan kian berkembang. Cuma adap Timur mengekang dari pembicaraan perkara ini secara terbuka. Namun saya yakin tekanan seksual sangat tinggi di negara ini dan ini dapat dilihat dari segala hal berkait dengannya yang kian berkembang. Chow Kit Road Dirty Street mungkin sudah hapus, namun Bukit Bintang kian menjelma menjadi Selom @ Patpong Street Bangkok. Sesungguhnya, tanpa banyak perbicaraan konsep "anak dara tua, janda berhias, malah bujang terlajak" adalah suatu konsep dalam adat Melayu betapa "pelampiasan seksual bermoral" adalah sangat-sangat perlu.
(4) Ringkasnya kepeluan asas kehidupan masa kini sudah berkembang meliputi bukan sekadar ada, tetapi dalam kualiti dan masa yang tepat. Rumah, makanan, pakaian, kesihatan dan keselamatan, pendidikan dan pekerjaan, mobiliti dan perhubungan, hiburan dan riadah serta sek atau berumahtangga adalah kebutuhan yang tidak boleh dinafikan. Semua ini sudah menjadi hak asasi manusia kini.
(5) Saya melihat, kitaran hidup manusia akan berulang-ulang, jika tidak dalam jela 50 tahun, mungkin 100 tahun atau 1,000 tahun kemudian. Bermula sebagai manusia batu stone age people, bertemadun, punah dan kembali menjadi stone age - itu jika dilihat dari sejarah Barat. Dari sudut Islam, bermula dalam keyamanan mutlak - Syurga bagi Adam dan Hawa, lalu diturunkan ke bumi menjadi "stone age persons", membina temadun sehingga kembali sesat lalu punah dan yang berjaya kembali ke Syurga. Itu mungkin mengambil masa 1,000,000,000 tahun setelah Adam berdatang ke bumi.
Persoalan Pokok:
Di tahun 1970an, sebagai aktivis pelajar, Anwar Ibrahim melalak pasal kemiskinan. Baling, Kedah yang terdedah dengan masalah susupan Kominis serta muka bumi yang rugged dan penduduk yang bertaburan dan terpencil, menjadi bahan utama jeritan kemiskinan Anwar. Baling pada masa lalu hanya sesuai untuk tanaman getah. Di zaman penjajahan Jepun harga getah tinggi. Bila tamat WWII, hanrga getah menjunam maka berlaku kemiskinan di Baling. Anwar menjerit rakyat Baling kebuluran. Kerajaan tidak berbuat apa-apa. Dan kita juga harus ingat, di tahun 1970an, Mahathir juga hilang sabar di atas kesabaran melampau Tunku. Pada masa itu, Mahathir cukup resah melihat gelagat Tunku yang agak lembab dalam menangani kesusahan dan kemiskinan orang-orang Melayu. Bezanya, Mahathir berperang dengan Tunku secara dalaman, Anwar memerangi Kerajaan di jalanan.
(2) Perkara yang ingin saya bicarakan, bukanlah soal Anwar atau Mahathir. Saya ingin bertanya dan menerokai apakah kemiskinan dan kepayahan ini akan ada titik noktahnya? Anwar berkata dia akan menoktahkan kemiskinan tegar di mana-mana semasa ghairahnya dia, dan kini, semua itu tidak nyata. Kemiskinan tegar di Selangor, Kuala Lumpur, malah Johor katanya akan terhapus pada 2026 ini. Di Sabah dikatakan akan terhapus pada 2028. Jika di Sabah boleh pada 2028, rasa-rasanya di Perlis, Kedah. Kelantan dan Kedah pasti boleh dibuat pada 2027. Cuma, cuba lihat, gelandangan kian meningkat di kota-kota besar di seluruh negara dan bukan hanya di Kuala Lumpur. Jadi sekali lagi apakah kemiskinan bukan sekadar kemiskinan tegar, apakah akan wujud titik noktahnya?
(3) Saya pernah satu kuliah dengan seorang teman dari Kyoto Jepun. Saya bertanya kepada beliau apakah masalah kemiskinan di Tokyo atau Kyoto sama dengan apa yang sedang berlaku di Denver, Colorado. Saya memetik Denver, sebuah metro skala sederhana dengan penduduk Anglo, Itali, Jerman dan Yahudi yang banyak dan bukan New York, Chicago atau Los Angeles yang ramai pendatang asing. Dia seperti terpinga-pinga. "What do you mean by poverty?" soal dia kepada saya. Maka merujuk kepada Denver, saya katakan "Like those homeless and those being fed by the welfare system that they have here in Denver". Konsep di Jepun dan Singapura adalah sama. Selagi seseorang itu masih mampu bekerja, mereka akan disediakan pekerjaan setidak-tidak untuk menampung kehidupan mereka sendiri. Maka tidak heran jika kita santai memerhati di Changi dan bahkan di kota-kota di Jepun, mereka yang sudah membongkok tetap akan berkerja. Jika mereka sudah nyata tidak mampu bekerja maka mereka akan tinggal di ElderCare Center dan dijaga oleh negara. Biarpun perkara ini juga kian berkembangan di Malaysia, namun dalam masyarakat Melayu, kalangan menua lebih memilih untuk kembali ke kampung halaman dan menjalani sisa-sisa hidup mereka di sana. Namun lewat perubahan masa, saya yakin ElderCare Center akan menjadi keperluan asas di masa depan, buat menampung masalah kemiskinan juga penuaan bersendiri tanpa perlu menjejaskan kehidupan anak-anak dan keluarga lainnya.
(4) Berasaskan peryataan dan pemerhatian saya di atas, saya yakin kemiskinan dan malah kemiskinan tegar tidak akan pernah ternoktah. Anwar berada dalam ilusi tamak kuasa politik untuk berkata sebegitu. Biarpun secara visionary itu tidak salah namun tetap cetek pandangan sebegitu. Kemiskinan relatif dan tegar tidak akan pernah pupus namun secra visionary praktikal kita boleh katakan bahawa kita akan memperkukoh dan memperluas usaha dan rencana dalam membantu mereka dalam kemiskinan relatif dan tegar. Kita perlu berusaha keras dan jujur to make Malaysians feel good.
Naratif Noktah Ayaq Caq Anwar?
Bila kita bercakap tentang kemiskinan relatif, istilah itu sahaja sudah menjelaskan bahawa garisnya sentiasa berubah mengikut masa dan keadaan. Jika ongkos hidup meningkat, pastinya garis kemiskinan relatif juga meningkat. Maka jika pendapatannya seseorang dan atau keluarga bersifat malar dan atau marginal peningkatannya berbanding ongkos hidup, maka kedudukan kemiskinan relatifnya akan kian meningkat. Inilah apa yang sedang berlaku di Malaysia kini. Biar di kalangan berpencen sederhana, usia sudah melanjut (pastinya selepas berumur 60 tahun), kesihatan kian goyah, sedang depreciation rate - susut nilai untuk segala-gala keperluan hidupnya kian meningkat - rumah, kereta, alatan kerja dsb. Secara demografi Malaysia sudah memasuki negera menua, maka tekanan kemungkinan kemiskinan kian melebar. Golongan tua kian menjadi bebanan kepada generasi produftif.
(2) Bahkan masalah kerjaya setanding kemahiran dan pendidikan juga sudah menampakkan kesenggangan yang amat memburuk. Semua ini memberikan tekanan terhadap kehidupan rakyat khasnya di kalangan M50 dan B30 kini. Tidak usah dibicarakan tentang miskin tegar. Miskin tegar bukan hanya atas faktur upah dan ongkos hidup tetapi masalah musibah serta kesihatan juga perlu diambil kira. Secara pribadi saya pernah membantu beberapa dari mereka dalam golongan ini. Tiada apa yang mampu mereka perbuat selain hanya terlentang berdoa. Apa lagi jika sekeliling dilanda kemiskinan ie untuk bertahan hidup sendiri-sendiripun sangatlah payah.
(3) Maka kemiskinan relatif dan miskin tegar tidak akan ada noktahnya. Mengurang boleh, menoktah hanyalah retorik self pleasing. Ianya tetap wujud biar di Sweden dan Switzerland sekalipun. Di UAE, Kuwait dan Oman sekalipun, kerajaan berbelanja besar untuk mengurus mereka ini. Jika diperhati di Mekah dan Madinah, ramai yang hanya mampu berjaja di kaki lima dan sentiasa jari buruan para polis dan penguasa di sana. Di Malaysia ini kini, Anwar sentiasa mengeluarkan naratif yang menjanjikan bulan dan bintang, biar yang terjangau hanyalah ayaq caq kata orang Kedah, air juruk kata Melayu Sarawak atau air kumbahan dapur dalam Melayu bakunya.
(3) Pastinya ada asas yang kukuh bila mana Allah menetapkan bahawa asnaf paling afdal dalam soal kebajikan Islam adalah para fakir miskin. Saya yakin Allah sengaja mewujudkan kalangan miskin, dhaif dan melarat untuk melihat setidak-tidaknya "siapa Anwar sebenarnya" jika tidak untuk menguji di mana Iman dan taqwa kita.
Bagaimana dengan kepayahan?
Tiada apa yang sukar, sulit, payah buat Allah. Dia maha berkuasa. "Kun" katNya maka menjadilah. Namun cuba kita ingat. Bila Allah hendak mencipta Adam AS, maka Malaikat menyanggahNya. Iblis pula terang-terang menentang sampai ke Kiamat. Ada 'glich" nya dalam usaha Allah menjadikan Adam AS.
(2) Pemahaman saya, susah, payah, sulit, getir tidak akan pernah ternoktah. Malah jika diikuti dalam Al Quran, selagi kita beriman, pada setiap ketika kita diuji. Tergantung di mana Allah mahu meletakkan martabat kita akhirnya, ujian itu boleh saja bersekala kecil, sederhana malah berat. Juga ujianNya boleh bersifat sangat cepat seperti digigit semut atau lama dan berjujukan tanpa henti dan malah kian berat seperti halitar sambung menyambung dan diikuti dengan ribu dan banjir melanda. Cuba ingat, ujian Allah ke atas Muhammad SAW, apakah jauh lebih ringan dari ujian yang perlu dilalui oleh rakan akrabnya Abu Bakar Assidique? Dan apakah kedudukan Abu Bakar jauh lebih mulia dari SAW? Abu Bakar asalnya billionaire, namun akhirnya sang miskin. SAW sedari janin miskin, sehingga wafatnya, tetap miskin. Maka jika kita faham akan prinsip yang Al Quran ketengahkan, maka kemiskinan dan kepayahan adalah ujian bagi mereka yang berIman dan atau pemimpin. Jika kita ikhlas dan tekad mendepaninya, ianya tidak akan pernah terhenti, malah mungkin jauh lebih melebar, namun kejayaan hakiki di sisi Allah adalah tekad dan kejujuran kita yang mutlak. SAW dan Abu Bakar (juga Umar, Othman dan Ali) semua mereka zuhud dan berakhir dengan kemulian yang tiada tolok bandingnya. Allah sengaja menimbun segala kepayahan dan kesulitan kepada SAW dan para sahabahnya, sebagai jalan memberikan mereka kemenangan terhebat.
(3) Bagaimana rupa Vietnam di tahun 1970an. Hancur dibom Peranchis dan Amerika. Rakyat kucup hidup merempat. Bagaimana rupa Filipina di tahun 1970an. Kebalikan dari Vietnam. Kenapa? Kerana pada masa yang sama, Filipina menjadi sekutu kuat USA dalam meranap Vietnam......In Shaa Allah bersambung
0 comments:
Post a Comment