.

1/9/2026 MUFAKAT MELAYU

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 17, 2026

Share

& Comment

PROLOQ:

Allah berkehendakan satu mahluk baru bernama manusia untuk mengurus dunia. Di Syurga, telah ada mahluk Iblis, Malaikat serta segala ciptaan lainNya yang cukup sempurna, indah, tertib dan taat mutlak kepada Allah. Dunia yang telah Dia pisahkan dari Syurga, dalam keadaan penuh cabaran dan pergolakan, Dia berkehendakan khalifah yang handalan. Manusia pada sosok Adam AS Dia ciptakan sebagai mahluk paling sempurna pada fizik, akal dan jiwanya untuk tugasan tersebut. Cuma kapan Adam akan turun ke bumi, itu Allah rahsiakan. Cuma saya berkira "momennya" Dia telah tetapkan. Momen itu adalah bila Adam ingkar akan perintahNya. Kenapa? Syurga adalah untuk mahlukNya yang taat mutlak. Siapapun yang tidak taat mutlak, Syurga tidak layak dihuninya. Iblis telah nyata ingkarnya, namun Allah tetap biarkan mereka seketika. Saat turunnya Adam, maka akan bersama turunlah Iblis lantaran keduanya akan saling simbiosis keberadaan mereka.

(2)    Saya yakin, bila Hawa AS secara sendiri (pada saat Adam sedang lena) terpengaruh oleh Iblis (lewat sang ular kata Bible), mendekati pohon larangan, maka momen untuk Adam dan Hawa serta Iblis untuk nyah ke bumipun tiba. Jika Hawa, Adam dan Malaikan bersama mufakat berfikir dan berbincang tentang pohon larang tersebut, saya yakin Adam pasti akan ada keputusan lebih bijaknya untuk mengetahui sebab sebenar Allah melarang dia dan Hawa mendekati pepohon tersebut. Namun, seperti kudrat Adam, saat dia Allah ciptakan, Hawa tidak wujud. Pada saat Hawa tercipta dari tulang rusuk Adam, Adam tidak tahu apa-apa, dia sedang tidur juga. Natijah dari cara penciptaan keduanya sebegitu, Allah ada rahsia yang hanya "demi masa .." manusia akan lebih mengerti maksudNya.

(3)    Cara Allah, mahabijaksanaNya Dia dalam membimbing mahluknya cukup luas dan jauh. Hawa Dia cipta dalam segala kekurangan. Adam Dia cipta sebagai khalifah dengan akal yang luas dan tajam, namun bila nafsu didulukan, akibatnya entah berapa juta tahun lagi maka manusia akan terus bergelut berebut sia-sia.

Mufakat:

Google tidak dapat menjawab carian saya tentang istilah mufakat. Namun dari akalan saya yang sedikit mahir dalam loghat Kelantan dan Trengganu, saya berkira mufakat ini terbit dari konsep mu pakat. Dalam loghat Kelantan dan Trengganu, konsep mu(ng) pakat bermaksud kamu berkerjasama. Dalam loghat Utara pula, depa ganti mu dengan hang. So di Utara mereka gunakan konsep hang pakat atau pakat saja. Pakat membawa maksud bekerjasama. DBP menakrifkan pakat itu sebagai seia sekata. Dalam bahasa Melayu Sarawak sebagai empekat. Dan itulah apa yang diesbutkan sebagai segulai sejalai dalam loghat Iban.  Pendahuluan mu (hang) itu menunjukkan kepada siapa yang perlu berpakat. Contoh penggunaan pakat yang mudah dan lumrah yang rakyat Malaysia kini boleh lihat dengan jelas saya utarakan ayat ini: "Anwar dan Sanusi dua-dua jenis pakat muhong".  Dalam ayat ini, Anwar dan Sanusi adalah dua sosok yang cakap tidak serupa bikin. Anwar banyak janjinya. Sanusi juga banyak janjinya. Dalam berjanji banyak pula gagal dan alasannya. So mereka "pakat muhong (bohong)" untuk tutupi kelemahan mereka.

(2)  Bekerjasama
biasanya pasti melibatkan lebih dari satu orang atau dalam kata lain kelompok orang-orang. Tiada perlunya bekerjasama jika hanya melibat satu orang. Bahkan bekerjasama ini diperlukan bila individu-individu dalam kelompok tersebut punya pelbagai dan tahap kepentingan; dan agar sesuatu kepentingan utama itu tercapai hebat dan cepat, maka kerjasama sangat-sangat diperlukan. Agar lebih enak didengar dan disebut, pakat berganti fakat. Maka dari mu pakat, menjadilah mufakat. Jika tidak sanskit maka pengaruh bahasa Arab sering berbaur dalam apapun istilah bahasa Melayu. Sebegitulah dinamika dan indahnya Melayu. Melayu natijahnya gemar yang mudah dan indah. Mu pakat ke mufakat, indah dan ringkas, namun tetap sama sifat dan tujuan akhirnya.

(2)    Melayu doelu-doelu, keperluan hidupnya sangat sulit dicapai dengan secara sendiri-sendiri. Individualisma bukan tabii Melayu. Maka bergotong royong adalah cara mereka. Gotong royong adalah bentuk mufakat asli Melayu. Dan perkara ini tersemat mendalam dalam pribahasa Melayu: "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana mufakat; bagai aur dengan tebing; bagai kuku dengan isi" dsb. 

Mufakat Melayu:

Berpegang-teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah.” (Ali Imran: 103). Fitrah turunnya Ayat ini, sekitar 1,400 tahun dahulu dan bahkan the rennaisance of Islam - kebangkitan Islam adalah bilamana Quraish sudah bertukar Jahilliah. Ini saya kira ditegaskan oleh: "Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (yaitu) kesombongan jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat-takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya.” (QS. Al-Fath: 26). Kedua-dua Ayat tersebut menyeru agar Muslim sentiasa bermufakat dalam menghambat kebaikan.

(2)  Seperti akalan saya di atas, mufakat Melayu cipta dan terbitkan bagi memuliakan dan memelihara kerjasama untuh di kalangan mereka dalam memenuhi keperluan individu juga masyarakat. Pokoknya mufakat adalah strategi dan modus operandi Melayu untuk mengurus keperluan mereka. Kini seruan mufakat Melayu kian mengeras dan meluas. Kenapa? Sebabnya mudah. Mufakat wujud untuk bersama menyelesaikan kesulitan. Jika kesulitan itu mendadak dan berat, maka mufakat itu menjadi keperluan berat dan segera. Melayu kini sedang berdepan dengan suatu tekanan yang mendadak dan berat, maka jalan penyelesaian segera adalah lewat mufakat. Apa masalah berat Melayu kini? Kemiskinan? Bukan. Ongkos hidup mendesak? Bukan. Melayu masih terus memenuhi KFC, McD, Starbuck dsb yang biarpun harus mereka pulaukan demi bersama Palestin. Maka kenapa Melayu perlukan segera bermufakat seperti gagasan Mahathir. Apakah Mahathir ingin menjadi PM untuk ketiga kalinya? Tidak. Maka apa sebabnya?

Kewajiban Melayu Bermufakat:

Islam Allah hantarkan kepada Muhammad SAW dalam keadaan Quraish menjadi sangat Jahilliah. Quraish menjadi Jahilliah kenapa? Jawabnya mudah, ikan membusuk bila kepalanya membusuk. Mesir menjadi bobrok kerana Firaun, pemimpin agungnya kian menuntut menjadi Tuhan. Firaun dalam keberkuasaannya, dia melanggar hukum tabii manusia. Dia hanyalah manusia, tidak lebih dan kurang dari itu. Dia sepatutnya kekal sebagai pemimpin manusia dan bukan Tuhan kepada rakyatnya. Maka samalah Quraish berukar Jahilliah kerana Abu Jahal, ketua masyarakat Quraish kian dunggu tidak kenal siapa Tuhan dan apa batu. Maka dalam keadaan sebegitu, seperti mulanya kejadian Adam AS, pada saat dunia bercelaru, keturunan Adam perlulah mengambil tanggungjawab sebagai khalifah dalam memperbetulkan segala-gala. Maka, pada saat Quraish menjadi Jahilliah yang dunggu, maka Muhammad Allah jadikan Nabi dan Rasul bagi memimpin dan memperbetulkan Quraish dan seluruh mahluk manusia. Muhammad yang kemudiannya memimpin Quraish bukanlah sebarangan Muhammad, namun sedari kanak-kanak dia adalah Al Amen seorang yang cekal amanah. 


(2)    Melayu sebenarnya tiada apa-apa masalah sulit. Selagi Melayu adalah Melayu pada takrifan Perlembangaan, maka Melayu telah Allah berikan sebuah kitab yang mampu menyelesaikan apapun kesulitan mereka. Makanya, saya katakan tiada apapun kesulitan bagi Melayu jika dia kekal Melayu pada Iman dan adat Melayu. Yang melanda Melayu adalah kepimpinan Melayu yang kian bobrok. Jika pimpinan bobrok Melayu dapat diperbetulkan, janji Allah kepada Melayu (dan mereka yang berIman) adalah jelas dan pasti; dan ini saya yakin setara dengan janji Allah kepada Ibrahim AS yang dijelaskan oleh 12:2-3 Taurah: "Pergilah dari negerimu dan dari sanak saudaramu dan dari rumah bapamu ini ke negeri yang akan Kutunjukkan kepadamu; Aku akan membuat engkau menjadi bangsa yang besar, dan memberkati engkau serta membuat namamu masyhur; dan engkau akan menjadi berkat. Aku akan memberkati orang-orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang-orang yang mengutuk engkau, dan olehmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat." Ibrahim Allah perintahkan keluar dari lingkungan keluarga, masyarakat dan negerinya yang membutakan diri tentang Allah dan batu-batu.

(5)  Kepada Ibrahim, Allah perintahkan dia untuk menjauh dari keluarga dan masyarakatnya yang dungu dan bobrok. Ibrahim diperintahkan untuk ke Canaan yang kemudian menjadi Palestin dan memulakan kehidupan baru di sana. Di Canaan Ibrahim memulakan kehidupan berkeluarga namun hanya pada usia 75 tahun selepas kembali dari hijrah ke Mesir baru beliau mendapat anak iaitu Ismail (dari Hajar) dan Ishak (dari Sarah). Namun biar Ibrahami adalah seorang nabi kesayangan Allah, keluarganya terus mengalami pertelingkahan. Biar pada mulanya dia bermufakat bersama sepupunya Lut, namun keduanya bertelingkah prihal keperluan padang ragut. Mereka kemudian terpisah di mana Lut memilih mendiami Sodom, di selatan dan Ibrahim mendiami sekitar Baitulmuqadis, di utara. Dalam hal yang berkaitan keluarganya tersendiri, Ibrahim juga perlu mengatasi
masalah hubungan Hajar dan Sarah. Akhirnya Ismail dan ibunya Hajar, Ibrahim jauhkan ke Mekah serta Ishak dan Sarah terus kekal di Baitulmuqadis sehingga kedua-dua Ismail dan Ishak membina dua bangsa bersaudara iaitu Arab dan Yahudi. Biarpun sebegitu, Allah mewujudkan jalan mufakat antara Ibrahim dan anak-anak malah bangsa terbitan dari mereka lewat pendirian Kaabah sebagai tempat Hajj untuk kedua bangsa hasilan anak-anaknya mulanya. Sesungguhnya Kaabah bukan hanya tempat ibadah namun mahabijaksana Allah, Kaabah adalah pusat mufakat orang-orang yang berIman dan Taqwa.

(6)    Melayu cukup berasa puas, jika mereka dapat berkunjung ke Kaabah dan Nabawi. Bagi umat Islam, untuk dapat berkunjung ke Kaabah dan Nabawi adalah cita-cita akhir dan puncak kepuasan dalam kehidupan mereka. Biar seorang Melayu bersifat penyamun, keji hina sekalipun, tetap mereka hendak ke Kaabah dan Nabawi sebagai destinasi akhir hidup mereka. Sesungguhnya mahabijaksana Allah, Dia menjadikan Kaabah dan Nabawi (bahkan Al Aqsa) sebagai wadah hebat dalam membentuk mufakat bukan hanya kepada Melayu bahkan bagi seluruh umat Islam. Kepelbagaian "mufakat" perlu Melayu jalani untuk membolehkan dia dapat berkunjung ke Kaabah dan Nabawi. Pertama-tama dia perlu bermufakat dengan dirinya agar mencapai tahap berIman yang sebaiknya, kedua dia perlu bermufakat untuk berjimat cermat mengumpul biaya untuk ke sana, dan pastinya dia kemudian perlu bermufakat dalam mengurus kepergian dan urusannya di sana dan kembali. Sebegitulahlah saya kira mahabijaksana Allah dalam membentuk sifat mufakat pada seorang Melayu yang jatinya Melayu dalam mencapai kepusasan hakiki hidupnya.

HIKMAH MUFAKAT:

Jika Melayu pada jati diri Melayu kentalnya mengikut Perlembagaan Negara, maka Melayu patut boleh mengambil iktibar dari mufakat - kepatuhan Ibrahim AS dalam menuruti kehendak dan ujian Allah. Cuba renung kembali, pertama-tama Ibrahim cukup gusar dengan kedunguan
keluarga dan masyarakatnya. Dia Allah perintahkan untuk keluar dari lingkungan bodoh tersebut. Melayu kini, apa tidakkah perkara yang sama sedang berlaku di kalangan keluarga dan masyarakat Melayu kini? Rasuah, menipu, bohong, mencuri, tidak jujur, dsb itu perbuatan para bodoh, tetap sebahagian Melayu lakukan. Semua itu Allah larang. Pada sikap seorang Ibrahim Allah berikan untuk teladan ikutan Melayu. Dia membersihkan dirinya dari segala perbuatan dan sifat-sifat dunggu bodoh. Namun tidak perlulah Melayu keluar dari Tanah Melayu, Melayu hanya perlu melakukan anjakan paradigma seperti yang Muhammad SAW lakukan. Muhammad kekal dalam lingkungan jahilliahnya, namun dirinya berubah menjadi Al Ameen. Maka Melayu perlu terlebih dahulu bermufakat dengan dirinya dari segi hati nuraninya untuk menjadi Melayu yang Al Ameen.

(2)     Bila Allah memerintahkan Ibrahim dan Muhammad untuk berhijrah dari lingkungan dunggu dan jahilliah mereka, kedua-duannya Allah anugerahkan keadaan susah dan senang yang mirip sama. Canaan mulanya adalah pusat dagang. Sama dengan Madinah. Cuma, tetap ada cabaran keras yang perlu mereka tempuhi. Ibrahim Allah duga dengan musim gersang berpanjangan sehingga dia perlu hijrah ke Mesir. Muhammad pula perlu menghadapi ancaman perang serta pemulauan perdagangan. Namun Allah tidak membiarkan mereka selamanya payah, di mana Baituklmuqadis dan Madinah kemudian berubah menjadi ketemadunan hebat. Namun dari segi kekeluargaan Allah terus menguji mereka. Muhammad mengalami kehilangan ahli keluarganya satu persatu. Sedang Ibrahim pula diuji dengan pertelingkahan dua isteri yang memaksanya memsiahkan kedua anak-anaknya ke Merkah dan Baitulmuqadis. Secara pribadi kedua-dua Ibrahim dan Muhammad, saya kira Allah timpakan kepada keduanya kesepian yang tiada terhingga pedihnya.

(3)   Akibat Ibrahim kekal bermufakat- seia sekata dengan Allah, dan sebegitu juga Muhammad, maka - Arab dari keturunan Ismail kini memiliki apa yang pihak lain tidak atau kurang miliki. Kaabah dan Madinah (serta Al Aqsa) adalah kekuatan dalam penyatuan Umat keduanya. Ianya terjamin kekal sebegitu sehingga di akhir zaman. Sedang, di bawah Kaabah dan sekitarnya, seperti doa Ibrahim agar dilipahi kebarakahan hidup, dunia Arab biar di Asia dan Afrika, mereka Allah limpahi dengan kekayaan yang tiada tolok bandingnya. Palestin, biar di dalam tangan Israel, Allah juga tunaikan janjinya kepada Ibrahim. Allah makmurkan Israel biarpun mereka menyimpang dari pengajaran Musa dan isa AS. Namun itu usah dikhuatiri kerana pastinya Allah ada muslihatnya untuk kita pelajari dan garap kuat.

RUMUSAN:

Segala kelemahan dan kekurang kepada Melayu kini, berpunca dari satu masalah iaitu mufakat kita tidak kental. Kita terlalu banyak tidak seia sekata dengan Allah. Banyak larangan Allah - rasuah, curi, menipu, bohong, fitnah, tidak amanah dsb kita amalkan hebat, sedang segala suruhanNya agar cekal berIman dan Taqwa kian menipis atau tidak jelas kita amalkan Kita Muslim namun Islam kita masih jauh dari sempurna dan benar. Hakikatnya, masih lebih banyak antara kita belum at peace with ourselves and Allah.

(2)    Kedua, mufakat sesama kita juga luntur. Individualisma dan materialisma kian menebal antara kita. Kita kian menjadi enau dalam belukar dan bahkan menjadi kadok naik junjung. Sikap lu-lu, gua-gua; masa bodoh lu kian menebal antara kita. Kejayaan individu menjadi kayukuran kejayaan kita sedang kesejahteraan masyarakat bukan hal yang kita perlu pedulikan.

(3)    Sesungguhnya, jika matahati Melayu tajam dan luas, perjalanan pada Ibrahim dan Muhammad untuk keduanya mencapai redha Allah dengan kejayaan yang mahahebat, adalah pertunjuk jelas akan natijah keperluan mufakat dan hikmah bermufakat. Tanpa Ibrahim, tidak akan wujud Arab dan Yahudi yang keduanya mempunyai segala keistimewaan yang menjadi iri manusia lain-lainnya. Tanpa Muhammad, kira-kira apa tidak mungkin Melayu akan kekal animisma kuno dan melarat pupus. Tidakkan Melayu dan berdaulat kuat kerana Islam? Tidakkah Islam yang menyelamatkan Melayu dari kekunoan dan penjajahan? Maka Melayu hanya ada satu masalah iaitu mufakat. Lantaran hancurnya mufakat Melayu - antara rakyat dan raja-raja, maka Melayu hancur terjajah. Makan Melayu hanya perlu satu usaha iatu bermufakat segera dan utuh. Bila melayu kembali bermufakat, Inggeris dan Jepun Melayu dapat nyahkan. Namun bila mufakat itu kembali luntur, maka Melayu kemabli tidak berdaulat dalam kemerdekaan yang kian susut. Maka Melayu jangan lihat pada UMNO, Amanah apa lagi pada PKR dan khususnya sosok Anwar, Melayu mesti bersatu membela Melayu pada jalan Islam. Melayu mesti bermufakat kembali kepada Islam yang menjadi batu asas kekuatan Melayu. Bukanlah sesorang itu Melayu tanpa dia bermufakatkan Islam.

(4)    Sangat bijaksana para pengubal Perlembagaan Tanah Melayu 1957 yang meletakkan Islam sebagai teras asas Melayu. Negeri-negeri Tanah Melayu dimufakatkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan itu akhirnya menjadi teras pokok Perlembangaan Malaysia 1963. Mereka sedar, bulat Melayu lantaran mufakat, dan mufakat Melayu pada Islam. Sesungguhnya teras Islam adalah mufakat. Islam adalah mufakat kepada jalan benar dan betul. Sholat sebagai tonggak Islam adalah langkah pemula mufakat. Berjemaah adalah bentuk mufakat paling afdal. Pada sholat Allah muliakan jemaah.

(5)    Mungkin tidak ramai Melayu kini yang sedar, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tiga wilayah ini merdeka dan berdaulat atas mufakat Melayu yang sanggup bermandi keringat, air mata, darah, nanah dan nyawa. Darah dan nyawa Si Buyong (Perak), Mat Salleh (Sabah) dan Rosli Dobi (Sarawak) terkorban demi perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan Melayu. Maka, mufakat Melayu dalam mempertahan dan menafaatkan kemerdekaan dan kedaulatan Melayu atas perngorbanan mereka bertiga itu harus sesuatu yang Melayu jangan khianati. Jika mereka rela mati demi Melayu dan islam, kenapa Melayu kini khinat demi kenyang sendiri di atas kehancuran Melayu.

EPILOQ:

Dalam pertemuan Tunku Abdul Rahman Putera bersama ahli-ahli UMNO, beliau menyatakan bahawa perlu baginya dan rombongan untuk ke London bagi menghadiri perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu. Namun masalahnya adalah UMNO (lantaran Tanah Melayu belum tertubuh) tiada dana. Maka Tunku merayu bantuan ahli-ahli UMNO. Pada masa itu Melayu sepakat mendermakan apa saja untuk tujuan tersebut. Para ibu-ibu melurutkan cincin, gelang dan rantai leher dan menyerahkan kepada UMNO bagi membiayai Tunku dan kumpulannya untuk ke London. Sesungguhnya, mufakat Melayu dulu-dulu telah memerdeka dan mendaulatkan Melayu. Cuma kerana perpecahan Melayu lantaran leka untuk berpegang kepada Islam, maka kini Melayu dalam kekacauan.

(2)    Maka kini saya menyeru agar Melayu kembali bermufakat dalam mengatasi apapun masalkah Melayu. PAS yang sekarang lebih menyerlah pegangan Islam mereka, serta bercita-cita mengibar panji-panji Islam, harus Melayu berikan kepercayaan untuk mentabdir negara. UMNO sudah, Bersatu sudah, Anwar yang kedehagaan kuasa dengan retorik kehebatannya juga sudah, maka bukan kita hendak mempertaruhkan, kita berikan kepada PAS untuk meneraju negara. Ahmad Samsuri Mokthar, yang sudah membuktikan kemampuannya dalam segala keterbatasan di Trengganu serta watak professionalismanya, dia harus diberikan peluang untuk mengurus negara secara Islami untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Dr SAM saya lihat berpunya sifat mahu bermufakat dalam cara kerjanya.

Kuching.
17 Sept., 2026

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.