Saya dihadiahkan sebuah novel berjudul Perdana kerana mendapat keputusan peperiksaan SRP terbaik SMR Kuala Krai, Kelantan pada 1975. Novel ini jika tidak silap saya, ianya berlatar belakangkan kehidupan sebuah keluarga di perkampungan di Kelantan. Saya tidak ingat siapa penulisnya. Namun intipati novel tersebut terpahat dalam benak saya sehingga kini. Sebabnya mudah - jalan novel tersebut adalah sebuah kehidupan anak kampung nan sangat payah selepas WWII dan dalam era penjajahan. Persekolahannya kandas. Kampungnya sentiasa dilanda bah besar sehingga usaha-usaha pertanian keluarga sering menemukan jalan gagal. Nuasa kehidupan yang mundur membiak segala macam penyakit yang menghambat kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Semua itu menjadikan kehidupan keluarga berkenaan tersangat payah. Miskin satu hal. Peluang kehidupan yang terbatas adalah sesuatu yang boleh membuntukan.
(2) Kudrat Allah, saya lupa nama watak utama anak muda gigih dalam novel tersebut, saya gelar dia sebagai Anak Muda sahaja sebagai ilustrasi. Anak Muda, dia tidak kenal akan putus asa. Banyak kali dia gagal dalam banyak usaha-usaha di kampungnya. Jika tidak gagal, itu bukan dia. Kegagalannya seperti tidak henti, menjadikan dia diremehkan. Dia gagal lantaran pada pandangan banyak pihak atas sikap degilnya. Dia tidak berganjak dari apa yang dia fikir dan mahukan. Dia yakin pada rasa hatinya. Dia teguh dengan keyakinan dirinya. Dia tekad mandiri. Niatnya, dia ingin menjadi cerminan dan tonggak sebagai Anak Muda pembangkit perubahan pada Kampungnya. Atas tujuan hidupnya sebegitu, dia tekad untuk tidak gagal. Dia tidak boleh gagal apa lagi mengalah. Biar semua rakan-rakanya memilih hijerah ke kota, dia memilih untuk kekal di kampung. Dia bekerja keras terus bertani. Dia mempelbagai segala usahanya. Bukan sekadar bercucuk tanam, malah berternak dan akhirnya menerokai perdagangan. Epik novel Melayu, akhirnya dia berjaya menjadi petani dan penternak yang punya usaha dagang yang sangat berjaya.
PERSOALAN POKOK:
Kapan bangsa Melayu itu wujud? Tiada tarikh yang sahih. Kedua, dari mana asalnya bangsa Melayu. Juga banyak teka tekinya. Yunan lalu Champa adalah susur galur Melayu yang sering diceritakan. Namun, saya sering saja mengatakan, jika Melayu ingin mencari kekuatan diri mereka lewat jalur keturunan - katakan saja bahawa orang Melayu dan apa bangsa terhebat dunia sekalipun, kita berasal dari keturunan yang sama - Adam AS dan Hawa.
(2) Cuma yang pasti, sebelum Islam bahkan sebelum Buddha dan Hindu menerjah dan mengakar di Nusantara, Melayu sudah berada di wilayah ini. Bahkan Kerajaan Buddha, Hindu dan Islam di Nusantara semuanya adalah berteraskan bangsa Melayu asalnya.The earliest recorded Malay kingdoms, appearing around the 2nd century AD included Langkasuka (northern Malay Peninsula) and early Kedah
(Kadaram). Chinese records (Liangshu) mention Langkasuka, while
archaeological evidence at Sungai Batu suggests a developed civilization
existed as early as 500 BC, making it a potential, albeit much earlier,
site. Pelayar China tiba di Nusantara sekitar dalam Dinasti Tang, Yuan dan Ming. Namun, pastinya pelayar India dan kemungkinan Arab atau Farsi telah berdatang ke Nusantara jauh lebih awal dari para pelayar China.
(3) Jika 2,000 tahun dahulu, Melayu sudah berpunya kerajaan-kerajaan tersendiri dan terhormat di peringkat serantau dan antarabangsa, maka temadun Melayu juga bukanlah suatu temadun yang baru. Pastinya, Melayu telah wujud bersama wujudnya temadun Yang Tze, Indus, Nil dan malah Euphrates. Bahasa Melayu yang banyak berteraskan bahasa Sanskrit dan malah Arab adalah bukti jelasnya. Bahasa Sanskrit wujud sekitar 3,500 SM. Maka saya mengira Melayu harusnya sudah bertemadun tersendiri juga dalam era kemunculan temadun-temadun besar tersebut. Nusantara terletak dalam lingkungan temadun-temadun tersebut. Saya yakin telahan saya benar. Jika temadun Melayu tidak selari dengan wujudnya bahasa Sanskrit iaitu bahasa bagi ketemadunan Indus, pastinya bahasa tersebut tidak meresapi bahasa Melayu kini. Sama juga dengan Arab.
(4) Maka, persoalan pokoknya, jika temadun Melayu telah wujud dalam lingkungan era temadun-temadun besar dunia - Nil (Arab), Yang Tze (China), Indus (India) dan Babylon maka kenapa Melayu biar jumlahnya kini sekitar 300 juta umat manusia, masih kekal kerdil? Melayu di bumi Indochina cukup hina. Bahkan Melayu di bumi Filipina, Vietnam dan Kemboja hidup merempat. Sebilangan mereka berpunya air tetapi tanpa tanah. Melayu secara antropologinya merangkumi sebahagian penduduk pribumi Malaysia, Indonesia, Indochina, Filipina, dan Brunei. Inilah suatu ketika dahulu apa yang dinamakan sebagai the Malays Archipelago - seharusnya para penulis terdahulu menamakan rantau ini sebagai the Malays World. Jika itu sebegitu, saya yakin saikologinya ke atas Melayu pasti berbeza.
(5) Di Malaysia, Melayu sudah berkuasa dalam kerajaan yang disatukan sejak 1957 di Malaya serta 1963 di Sarawaki dan Sabah. Namun sehingga kini iaitu sudah hampir 70 tahun merdeka dan membentuk negara berdaulat, Melayu belum dapat duduk sama rendah apa lagi berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum asalan immigran. Negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Trengganu, Pahang, Kedah dan Perlis masih dilanda isu-isu kemiskinan dan kemunduran yang relatif jelas. Tidak terkecuali bagi Melayu di Sabah dan Sarawak. Sesungguhnya, dari Tukang Kebun sehingga DYPA, jawatan-jawatan tersebut majoriti dipegang Melayu, namun Melayu belum mandiri. Kenapa?
PENGENALAN:
Iran telah banyak pihak pandang serong. Kalangan Sunni Arab cukup memusuhi Iran lantaran Syiahnya mereka. Di Malaysia, sekitar 1980an kita juga terpancing oleh gejala Arab tersebut. Malah seluruh Nusantara berpandangan sebegitu. Namun, Iran ada kekuatan yang dunia amat perlukan. Pertama minyak dan gas. Iran memiliki simpanan minyak ke tiga terbesar dunia serta simpanan gas asli kedua terbesar. Kedua, kedudukan geografinya yang cukup strategik. Iran mengawal Selat Hormuz yang menjadi pintu keluar-masuk sumber minyak utama Iraq, Kuwait, Bahrain, dan UAE. Sempadan Iran terbuka ke Russia dan semua negara Asia Tengah bekas jajahan Russia.
(2) Saya melihat, permusuhan Arab-Iran bukanlah lantaran Islam, namun lantaran politik keluarga Saud yang membentuk Arab Saudi. Kekuasaan keluarga ini adalah hasil tinggalan British. Jika diikuti benar-benar, Madinah-Mekah kini bukan ditadbir oleh waris terdekat Muhammad SAW. Waris SAW telah dinyah keluar dari Saudi. Mereka kini membentuk Jordan. Namun lantaran keluarga Saud mengawal Madinah dan Mekah, atas kepentingan dan hasutan Barat, dunia Islam mereka seret bersama untuk memusuhi Iran.
(3) Akibat hegemoni Barat, Iran membina sekutu akrab di Yaman, Syria, Iraq, Lebanon, Jordon dan Palestin. Sikap konservatif Iran mampu memperluas dan memperkokoh pengaruhnya di dunia Arab yang kian hanyut oleh pengaruh Barat. Perkara ini menjadi kekhuatiran Barat serta Arab.
(4) Banyak pihak lupa, Iran adalah pewaris temadun silam yang masih kekal sehingga kini. Farsi. Faktor ini adalah tongak jatidiri Iran berbanding Arab atau bangsa-bangsa lainnya. The Persian Empire is the name given to a series of dynasties centered
in modern-day Iran that spanned several centuries—from the sixth century
B.C. to the 20th century A.D. The first Persian Empire, founded by
Cyrus the Great around 550 B.C., became one of the largest empires in
history, stretching from Europe’s Balkan Peninsula in the West to
India’s Indus Valley in the East. This Iron Age dynasty, sometimes
called the Achaemenid Empire, was a global hub of culture, religion,
science, art and technology for more than 200 years before it fell to
the invading armies of Alexander the Great. The first Persian Empire under Cyrus the Great soon became the world’s
first superpower. It united under one government three important sites
of early human civilization in the ancient world: Mesopotamia (Babylon), Egypt's Nile Valley and India's Indus Valley. At its height under Darius the Great, the Persian Empire stretched from Europe’s Balkan Peninsula—in parts of what is present day Bulgaria, Romania and Ukraine—to the Indus River Valley in northwest India and south to Egypt. The Persians were the first people to establish regular routes of communication between three continents—Africa, Asia and Europe. They built many new roads and developed the world’s first postal service.
(5) Di zaman awal Islam, kebanyakan para ulama, pemikir dan ahli sains Islam berasal dari rantau Farsi dan atau pengaruh Farsi. Dua empayar Islam yang pertama iaitu Damshek dan Baghdad - Muawiyah dan Abassyah sangat terpengaruh oleh budaya dan pentadbiran Farsi pada masa itu. Bahkan dari bauran pengaruh Farsi-Roman ini akhirnya menimbulkan Renaissance di Barat lewat Andalusia.
(6) Dalam dunia Islam, Iran sangat terkait dengan waris terdekat Muhammad SAW iaitu lewat jalur Fatimah Al Zahrah-Ali Abi Thalib. Makanya, sikap Iran dalam mempertahankan Islam dan Baitulmuqadis (Palestin secara tidak langsungnya) cukup berbeza berbanding Arab dan bahkan Muslim lainnya. Iran mengekalkan sikap koservatif mereka.
JATIDIRI PUNCA KEPAYAHAN DAN KEBANGKITAN IRAN :
Perang WW II telah menghasilkan Israel. Kemudian WWII juga telah merubah dunia kepada dua blok utama iaitu Demokrasi-Kapitalis dan Komunis-Sosialis. Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara memilih untuk bersikap berkecuali. USA mengepalai blok demokrasi-kapitalis sedang USSR atau kini Russia mengepalai blok komunis-sosialis. British dan USSR menawan Iran dalam WWII. Di situlah kemudiannya penguasaan syarikat British ke atas sumber minyak Iran. Bila Barat mendirikan Israel, rantau Arab menjadi musuh Israel. Israel menjadikan Iran sekutunya dalam membentuk suatu lingkungan batas untuk melingkari Arab dari pengaruh USSR-China. Namun bila Iran berusaha menasionalisasi minyaknya, maka USA lewat CIA menjatuhkan kerajaan Iran dan mengantikannya dengan Reza Palavi. Reza menjadikan dirinya Shah Iran ie setara maharaja. Beliau menukar Iran menjadi negara Kapitalis model Barat. Perkara ini pastinya tidak serasi dengan kehendak rakyat Iran yang punya jatidiri yang tersendiri. Reza Palavi menjadi sekutu kuat dan boneka USA di Timur Tengah. Reza Palavi kemudian bertukar kejam ke atas musuh-musuh politiknya dan rakyat, maka pada 1979 berlaku Revolusi Islam Iran dan Khomeni mengambilalih pemerintahan Iran. Permusuhan ketat dan panas Iran dan USA berterusan mulai saat itu.
(2) Bermula dari 1979, USA dan Barat telah berjaya meletakkan Iran sebagai sebuah negara yang buruk dan ganas sifat-sifatnya. Dalam dunia theologi, wujud para orientalis yang menyusup mengadu domba tentang kebenaran agama-agama besar Islam Sunni, Islam Syiah dan malah di kalangan Kristian Orthodok, Katholik dan Protestan. Maka Iran akhirnya bukan hanya menjadi musuh kepada Barat malah di kalangan negara-negara Arab. Iran dunia pencilkan. Sejak 1979 Iran tersisih dan ditekan hebat. Akibat tekanan yang berpanjangan ke atas ekonomi Iran oleh USA dan Barat khasnya, nilai Rial Iran turun dari Rial 70-75 pada 1979 bagi setiap U$D, kini ianya berubah menjadi IRR 42,000.00 iaitu menurun sebanyak 6,000 peratus. IRR kini adalah setara RM0.0000030. Namun Perang Iran-Israel Feb-March 2026 membuktikan dalam diam dan tersepit Iran mampu berdiri menantang tentera terhebat dunia. Mudah-mudahan hasil akhirnya nanti seperti yang pernah dilalui oleh SAW di permulaan Islam, akhirnya sebuah Iran yang sejahtera dan makmur akan wujud.
(3) Sejak 1948, rakyat Palestin sering diancam dan ditindas oleh Israel. Arab pada mulanya cukup membela Palestin, namun akibat perjalanan waktu serta dengan kelicikan USA dan Barat, mereka akhirnya bersikap lengai terhadap Palestin. Malah ada di kalangan negara Arab menjalin hubungan baik dengan Israel. Keadaan ini akhirnya mengundang Iran untuk mengantikan peranan Arab dalam membela Palestin. Iran mulai terjebak hebat dalam peperangan melawan Israel bermula pada 1982 bilamana Israel menyerang Lebanon. Iran membantu melatih dan mempersenjatai Hisbullah dan Palestin untuk melawan Israel. Dari situ permusuhan Iran-Israel terus berkembang dan membawa kepada Iran dipulau secara keras oleh Barat.
(4) Walaubagaimanapun, selepas runtuhnya USSR yang mencengkam Asia Tengah, kini negara-negara tersebut sedang mengorak langkah pembaharuan yang mantap. Dengan bantuan China, Asia Tengah punya potensi tinggi untuk maju jauh ke hadapan. Inilah wilayah yang memiliki jatidiri yang unik sejak sekian lama. Juga inilah wilayah yang menyimpan khazanah hasil bumi yang semua kuasa besar idam-idamkan. Iran mampu memimpin wilayah ini menjadi kuasa baru dunia. Maka sesungguhnya, kedudukan Iran di antara Arab dan Tengah Asia yang kaya menjadikan sumber jakin banyak pihak. Iran perlu sentiasa diganggu gugat agar rantau Arab dan Asia tengah yang kaya dapat kuasa-kuasa besar khasnya Barat dapat kuasai dan manipulasikan.
MELAYU MARA MENJADI BANGSA TONG SAMPAH:
Sebelum terbentuknya Malaysia, rata-rata rakyat Melayu di mana-mana di Malaya, Sabah dan Sarawak terperosok sebagai rakyat miskin mundur. Sebelum terbentuknya Malaysia sekitar 70-80 peratus Melayu adalah pada tahap kemiskinan yang meresahkan. Di era penjajah, Melayu dan pribumi lainnya cukup tersisih dalam hambatan pembangunan ekonomi. Pejajah lebih gemar mengutamakan immigran untuk bersama mereka mengaut kekayaan jajahan mereka. Immigran China dan India para penjajah perah sebagai hamba sahaya. Melayu dan pribumi lainnya para penjajah "berbuat baik-baik dengan penuh makna kelicikan". Melayu dan pribumi lain dilayani sekadar untuk mengambil hati untuk tidak memberontak. Mereka dibiarkan untuk kekal kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
(2) UMNO telah memainkan peranannya dalam membawa kemajuan kepada Melayu sejak 1957-2018 (61 tahun). Di Sabah USNO dan di Sarawak PBB telah memainkan peranan sepertinya UMNO di Malaya. Dari Melayu bersifat majoriti luar bandar- petani-nelayan di awal pasca penjajahan, Melayu berubah menjadi penduduk bandar-industri terutama di tahun-tahun 1980an. Perubahan dasar pembangunan negara yang menekankan perindustrian di pertengahan 1980an sangat merobah struktur sosio-ekonomi Melayu. Cuma sayangnya, di era pertengahan 1980an sehingga awal 1990an, dasar perindustrian Malaysia banyak menekan kepada kemasukan FDI. Sektor E&E hasil pelaburan syarkat-syarikat gergasi berkembang luas di Pulau Pinang dan kemudian ke Selangor. Kebanyakan perusahaan E&E ini serta perusahaan-perusahaan asas bahan mentah negara dikuasai oleh pelabur-pelabur MNC asing. Nikmat FDI tidaklah seberapa kepada rakyat Malaysia. Kita hanya beruntung memperolehi peluang pekerjaan yang meluas. Maka di tahun-tahun 1980an-1990an, budaya Minah Kilang serta Setingan meluas di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
(3) Penstrukturan sektor awam lewat usaha-usaha penswastaan di 1990an merupakan langkah berani Kerajaan dalam mengenengahkan Melayu untuk menceburi dunia industri dan koprat lewat pengwujudan GLC. Langkah-langkah inilah yang telah melonjakkan Malaysia menjadi salah satu Asian Tiger pada 1990an. Namun, semarak pengkopratan Melayu membuka ruang bagi kehancuran bangsa itu sendiri. Lantaran perubahan sosio-ekonomi yang mendadak di kalangan segelintir Melayu, mereka akhirnya menumbuhkan budaya Melayu Kapitalis yang lupa adap dan nilai-nilai moral. Politik yang seharusnya menjadi senipengurusan yang hebat, ditukar menjadi sumber menegakkan kuasa untuk kekayaan segelintir - rasuah, kronisma dan nepotisma mulai menunjangi budaya koprat dan politik Melayu. Melayu menceburi politik untuk kekayaan sendiri dan kelompok.
(4) Sesungguhnya pengkopratan Melayu merubah menjadikan mereka kapitalisma yang tamak dan lupa akan bangsa, agama dan negara. Tunjangan kita pada masa itu adalah mengejar the Malays Economic Equity. Kita mengasak Melayu untuk menghambat dunia materialistik. Atas faktur masa serta inginkan kejayaan cepat, maka soal wibawa, upaya dan kelayakan menjadi perkiraan sampingan. Siapa bermuka tebal dan berhati kering akhirnya mengaut segala-gala. Sepertinya peringatan Al Quran, jika dunia yang kita hambat, maka dunialah yang kita dapati. Dunia yang kita dapati adalah dunia yang tidak menjurus kepada kesejahteraan Melayu seluruhnya. Kita akhirnya terjerumus kepada the bad quality Malays.
(5) Di akhir 1990an sehingga kini, Melayu dipermalukan sebagai bangsa lemah, kekal miskin, mundur, kaki rasuah, salah guna kuasa dan malah penipu dan pembohong. Melayu menjadikan diri mereka mudah diperkudakan. Melayu menjadi Bangsa Tong Sampah. Segala kekotoran dan kelemahan dilonggokan pada bangsa ini.
ANWAR DAN HARAPAN NEGARA:
Anwar sejak di alam pelajar berteriak tentang kelemahan dan pembelaan Melayu. Suaranya menjadi gegak menguncang setiap jantung rakyat negara ini bilamana dia dipecat dari kekuasaannya bermula Sept., 1998. Dari 1998 sehingga 2022 Anwar adalah harapan Malaysia untuk memperbetulkan langkah-langkah khilaf dan silap kita. Anwar cukup lantang, berani dan tega menghambur dakwaan penyelewengan para pemimpin Melayu dalam memporak perandakan maruah, martabat dan darjat Melayu dan negara. Anwar akhirnya menerjah dengan iltizam reformasi menyeluruh. Namun, bermula dari Nov., 2022 sehinggakini, gegak gempita Reformasi Anwar hanyut tanpa jejaknya. Malah, negara mengalami keresahan sosial dan ekonomi yang kian parah. Ringkasnya, sejak Nov., 2022 rakyat Malaysia telah mencurahkan air di tempayan hanya kerana guruh berdentum kuat entah dari langit mana sedang yang turun hanyalah habuk-habuk menyesakkan.
(2) Anwar dengan politik retorik dan dendam, telah leka menabur emosi dan persepsi dangkal. Anwar tidak berpunya ketumbukan reformasi seperti ditempik dan diharapkan. Anwar hanya hebat dalam menabur janji, membina persepsi namun ibarat pemain bola, lariannya tidakpun sampai ke tengah padang.
(3) Kini jelas, banyak tindakan-tindakan Anwar adalah bersifat tidak teliti, tidak cermat, tidak dikaji menyeluruh. Sikap Anwar, ibarat pemain Boria, segala nyanyian atau lakunan adalah sekadar hiburan sekejap. Ringkasnya, peluang telahpun diberikan kepada Anwar untuk membukti kehebatannya, namun rakyat Malaysia sedang mengalami fenomena mencurah garam ke Laut Mati. Anwar dalam sitailah Melayu Sri Aman Sarawak: "Abu duak sudukpun sik ada" - dalam Melayu Malaya kira-kira bermaksud: "Habukpun tarak".
KEPEMIMPINAN UMMAH PAS TAWARAN TERBAIK SEMASA:
Pertama-tama saya tidak melihat PAS sebagai Parti Islam. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya di Kelantan (1973-75), Kedah (1978-1979) serta pergaulan saya semasa di UKM (1979-1984), bagi saya, PAS adalah Parti konservatif Melayu. Istilah konservatif yang saya gunakan lebih merujuk kepada kecederungan untuk mempertahankan nilai-nilai tradisional Melayu yang selari dengan keperluan mandiri bangsa tersebut. Buddha, Hindu, bahkan Barat dan Jepun seperti menindas Melayu, maka Islam yang mereka anuti akhirnya menjadi asas kepada keperluan mandiri mereka. Maka thema perjuangannya, agar dapatditerima oleh Melayu, maka PAS mengikat dirinya kepada Islam. Namun itu bukan suatu kelicikan atau keanihan lantaran tafsiran Melayu dalam Perlembagaan Negara -kaum yang mengamal adat budaya Melayu dan beragama Islam - mewajarkan untuk PAS menjenamakan dirinya sebegitu. Sesiapapun yang mengamal adap kehidupan Melayu namun kekal tidak Muslim, dia bukan Melayu. Jikapun dia Muslim dan tidak beradap Melayu, dia bukan Melayu. Maka penjenamaan PAS sebagai Parti Islam adalah kewajaran demi political convinience untuk menantang UMNO. Kedua-duannya cuba menonjol siapa lebih Melayu dan atau membela Melayu.
(2) Akibat rusuhan kaum pada 1969, DEB (1972-1990) telah dirumuskan. DEB ada banyak kebaikannya. Setidak-tidak tahap kemiskinan di negara ini Bank Duniapun perakui akan kehebatan langkah-langhkah kita. Juga, biar tidak banyak dibicarakan, sesungguhnya di sisi lain DEB telah memperkasakan ekonomi kaum immigran. Atas sifat industrialist mereka, mereka berjaya mengambilalih perusahaan-perusahaan dan dagangan yang British tinggalkan. Keadaan ini tidak menepati kehendak DEB sebenar, maka jurang ekonomi antara pribumi dan immigran kian meluas. Untuk memperbaiki keadaan, usaha-usaha penswastawaan diperkenalkan pada 1983. Struktur ekuiti ekonomi antara kaum negara ini cuba diperbetulkan. Cuma pembaikan ekuiti ini tidak meresap kepada rakyat secara langsung. Ianya lebih bersifat perubahan dari segi ekonomi makro dari ekonomi mikronya. Akibatnya jurang pendapatan rakyat kian meluas dan ini berlaku di antara kaum juga di dalam kaum itu sendiri - inter and intra ethnics disparity. Hasilnya, biar negara kian maju, namun nikmat kesejahteraan kepada rakyat tidak meluas dan ketara. Jauh sekali dari mapan. Rakyat terus terpaksa ditangung dengan pelbagai subsidi langsung dan tidak langsung.
(3) Sejak 1963, ekuiti ekonomi Melayu dapat diperbaiki lewat institusi. Felda, Felcra, MARA, PKEN dsb sangat berkesan dalam memperbaiki ekonomi Melayu. Kemudian lewat penswastaan, GLC pula cukup berperanan besar dalam memperbaiki ekuiti ekonomi Melayu. Namun, bahananya bagi Melayu, ekuiti mereka lebih berbentuk milikan institusi. Institusi ini dari bersifat menegak dan memperkasa ekonomi Melayu, perlahan-lahan berubah menjadi institusi koprat kacang lupakan kulit. Institusi-institusi ini cukup terdedah dan sangat bersifat integrity risk adverse. TH, Felda, Felcra, Sime Darby dan pelbagai yang lainnya dilanda pelbagai isu-isu tadbirurus yang cukup merugikan. Inilah apa yang saya ringkaskan sebagai - kekayaan dunia kita hambat, maka itulah yang kita dapat, namun ianya tidak membawa barakah dan rahmat meluas kepada Melayu. Melayu yang dipertanggungjawab untuk mengurus para GLC ini benar-benar menjadi kacang lupakan kulit - mereka jadi lupa Melayu, lupa agama, lupa negara.
(4) Sesungguhnya kebobrokan Melayu khasnya sejak akhir 1990an sehingga kini adalah atas satu kelemahan - nilai jatidiri yang luntur dan menghakis. Melayu mulai melihat kejayaan Melayu dari sudut individu dan bukan kelompok. Individu Melayu yang berjaya adalah lambang kehebatan Melayu, soal bangsa, soal rakyat, itu masa bodoh lu. Melayu individualistik adalah punca kepada kebobrokan Melayu.
(5) Maka PAS yang bergerak sejak tertubuh (1951) yang pada hakikatnya bertunjangkan masyarakat massa Melayu atau dalam istilah mereka, Ummah, saya lihat sebagai suatu kekuatan yang Melayu perlu garap segera. UMNO yang ditubuh pada 1946, pada mulanya berjuang pada landasan masyarakat massa Melayu untuk sekian waktu sehingga materialism merubah segala-gala terutama di penghujung 1990an. Sikap individualistic and materilism inilah yang telah merosakkan Melayu. UMNO seperti kian sesat dan tidak mahu kembali ke pangkal jalan, maka ianya harus Melayu hukum berat. PAS pula yang kekal dengan konsep berjuang untuk Ummah - harus diberikan peluang besar untuk memimpin Melayu.
"Konsep kepimpinan ummah dalam Islam ialah amanah Allah untuk memimpin dengan adil, berteraskan al-Quran dan Sunnah, serta bertujuan menjaga kebajikan dan kesatuan umat
(siasah syar'iyyah). Ia menekankan tanggungjawab individu sebagai
khalifah, prinsip syura (musyawarah), dan integriti pemimpin untuk
mencapai kesejahteraan dunia serta akhirat".
(6) Setakat yang kita telah lihat, biar sehebat mana UMNO telah mengkhianati dan menekan PAS, setakat hari ini, PAS belum terbukti telah melakukan keonaran yang boleh merosakkan Melayu. Negeri-negeri di bawah PAS tidak menikmati kemajuan sosio-ekonomi hebat lantaran Ferdelaisma kita tidak berteraskan Kempemimpinan Ummah. Federalisma kita sangat berpilih serta atas dasar menghukum dan dendam. Propaganda memburukkan PAS tetap ganas dan berterusan. Namun pembuktian sah tetap sekadar tuduhan dan tohmahan tidak nyata. Maka semangat Kepemimpinan Ummah pada PAS adalah jawaban kepada penyelesaian pelbagai masalah berat yang sedang Melayu hadapi. Melayu perlukan sebuah ketumbuhan yang mementingkan massa Melayu dari penekanan terhadap kejayaan dan kepentingan individu semata-mata.
EPILOQ:
Tidak tanpa sebab, Melayu doelu-doelu berkata: "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat". Tidak pula maufakat itu berdiri atas konsep individu. Maufakat hanya wujud atas usaha kelompok. Ummah adalah kelompok masyarakat yang mementingkan maufakat. Sejarah membuktikan bahawa manusia yang bergerak secara kelompok atau ummah akan berjaya jauh lebih hebat dan mapan.
(2) Sesungguhnya, telah terlalu lama UMNO dan malah PH kini mengambil sikap menyisih negeri-negeri dan wilayah Melayu. Setidak-tidak tiga generasi lampau, negeri-negeri majoriti Melayu telah tersisih dan tertekan, dan mereka ini membentuk tidak kurang dari 60 peratus dari penduduk Melayu negara ini, maka adalah suatu kezaliman dan dangkal jika Melayu tidak mulai sedar dan mengembalikan kepimpinan Melayu ke tangan dan jiwa mereka yang mementingkan kesejahteraan Melayu Massa = Ummah. PAS adalah harapan bagi Melayu untuk kembali ke pangkal jalan. Asal pinang pulang ke tampuk, asal sirih pulang ke gagang, ikan pulang ke lubuk, Melayu kembalilah ke jatidiri yang luhur seperti para leluhur kita dulu-dulu. Kebangkitan Melayu harus berteraskan masyarakat massa, bukan segelintir individu. Kejayaan individu perlu dijadkan asas kebangkiatn Melayu massa dan bukan untuk serakah sendiri atau kelompok kecil. Kepimpinan Ummah adalah keperluan untuk Melayu bangkit hebat. Bersama PAS kali ini kita tuntaskan hasrat dan nilai-nilai satu bangsa Melayu berjaya dunia dan akhirat.
(3) Semoga Melayu tersisih segera bergabung membentuk ummah yang kental. Kemantapan SG4 pasti dapat membuka rahmat meluap kepada Melayu Pattani dan Indochina lainnya. Kejayaan besar Melayu Sabah dan Sarawak pasti akan meluapkan rahmat kepada Melayu Tagaloq serta Borneo lainnya. PAS adalah sandaran untuk merobah Melayu menjadi suatu bangsa besar dan terhormat. In Shaa Allah.










Popular
Tags
Videos
0 comments:
Post a Comment