.

2/3/2026 KALI INI KUDRAT TERBAIK PAS

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 07, 2026

Share

& Comment

PROLOQ:

Bila Muhammad SAW memulai dakwahnya di Mekah, khabar kemulian Islam bawaannya tersebar meluas di tanah Arab. Pada masa itu, Yatrib berupa Kota Kabilah di mana kaum Aus dan Khazraj yang berdatang dari Yaman telah menempati Yathrib. Kedua-dua kaum ini sering bertelagah. Kaum Aus terdiri dari 
Bani Abd al-Asyhal dan Bani 'Amru Bin 'Auf. Sebelum Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala. Mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi berbanding kaum Quraisy kerana pergaulan mereka dengan kaum Yahudi. Kaum Aus lebih awal memeluk Islam, yakni sebelum peristiwa Hijrah lagi. Dalam kaum Khazraj, terdapat Bani al-Najjar, Bani Zurayq, Bani Salim Bin 'Auf, Bani Salimah, Bani Sawad, Bani Saidah, Bani al-Harith dan Bani al-Qawaqilah. Seperti kaum Aus juga, sebelum Islam mereka mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi berbanding kaum Quraisy. Kaum Khazraj lebih dimusuhi oleh kaum Yahudi disebabkan jumlahnya yang besar dan mampu mengancam aktiviti perniagaan dan perdagangan mereka. Akibat perebutan dagangan Aus dan Khazraj sering bermusuhan sekitar 120 tahun akibat adu domba oleh Yahudi Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuka. 

(2)    Lewat Muhammad SAW, mereka berdamai lalu disatukan menjadi kaum Al Ansar. Bila Muhammad SAW menempati Yathrib, beliau kemudian membawa masuk lebih banyak kaum Quraish yang kemudian dinamakan Mujahirin untuk bersama kaum Al Ansar dalam mengelolakan perdagangan di Yathrib. Yathrib kemudian dinamakan sebagai Madinah dan kekal makmur sehingga kini.

(3)    Apapun yang terjadi kepada SAW sebelum dan semasa dia diangkat menjadi nabi dan rasul, semuanya pasti dengan rencana dan kehendak Allah. Apakah kehendak atau pertunjuk yang Allah ingin sampaikan lewat proses penyatuan kaum-kaum yang sering bertelagah di Yathrib pada masa itu? Saya yakin, ianya bukan sekadar suatu peristiwa untuk SAW namun ianya menjurus kepada iktibar yang perlu kita soroti dalam keadaan semasa, bila-bila dan di manapun.

ISU POKOK: 

Sejak Sept 1998, Anwar membela dan memasyurkan dirinya lewat demo jalanan. Paling hebat, bertopengkan keunggulannya dalam ABIM, kemudian di kalangan belia Islam dalam dan luar negara, serta kepetahannya dalam berpidato dan mensailang decieving apapun, Anwar mampu mempengaruhi rakyat atas segala persepi buruk yang dia bina ke atas Mahathir dan segala pemimpin Melayu melainkan dirinya. Dalam pribahasa Melayu - segala laungan pidato dan bahkan sumpah seranah Anwar adalah ibarat lidah biawak - bercabang. Bukan sahaja lidah Anwar adalah unik ke atas dirinya, kulitnya juga telah lama saya lihat sebagai mengkarung - cameleon yang hebat menyamar demi haloba nafsu politiknya. 

(2)    Politik Anwar sebenarnya untuk apa? Dari dentuman halkumnya, cukup lunak mengoda biar para tunggulpun seperti menyesal mati awal. Namun setelah lebih tiga tahun berkuasa, rakyat Malaysia khasnya para pendokong DAP kini ibarat guruh berdentum, air di tempayan dicurahkan, mengharapkan hujan namun sebutir airpun tidak luruh. Selepas 100 hari Anwar menjadi PM, saya menulis - ketakutan Mahathir, telahan saya kini adalah benar. Mahathir takut Anwar menjadi PM lantaran sehingga sudah memasuki tahun ke IV, Anwar sebenarnya membuang masa dan kesempatan untuk memperbaiki keadaan sosio-ekonoi Malaysia. Anwar telah membuang masa, tenaga dan yang lebih parah melambakkan hutang negara jauh mengatasi sesiapapun sebelum beliau.

(3)    Isu pokok pada Anwar dan menjadi masalah kepada rakyat dan negara adalah beliau terlalu banyak meludah ke langit. Ludahan Anwar cukup kotor dan hanyir. Bukan sekadar sebegitu, dia juga cukup rakus gelojoh menepuk air di dulang. Apa yang tidak dia hambur tohmah kepada semua lawannya? Semua itu kini sedang memercik hebat ke mukanya sendiri. Sehingga segala tindakannya lebih berupa membalas dendam dari berkuasa dan benar-benar memperbaiki keadaan. Anwar gagal memperbetulkan perundangan, institusi serta menyusun semula sistem ekonomi yang benar-benar membawa maksud madani hakiki. Saya tidak bermaksud dalam tempoh tiga tahun pemerintahannya, segala-gala berubah sempurna, itu tidak mungkin. Muhammad SAW dengan bantuan penuh Allah hanya dapat merubah Mekah dan Madinah ke tahap terbaik setelah 25 tahun berhempas pulas. Namun, progressivelypun Anwar tidak menunjukkan apa-apa kehebatan dari tindakan strategik dan beraninya. Sikap Anwar, dia gemar menyalahi pihak lain dari bekerja keras memperbetulkan keadaan. Anwar punya masalah keperibadian denial syndrome  dan syok sendiri. 

(4)    Anwar hanya petah mencari alasan dan membina naratif dan persepsi buruk terhadap pihak lain bila berdepan dengan kegagalan. Anwar berbanding murai mungkin lebih baik murai lantaran murai tercipta becok namun dia tidak memperburuk ungas-ungas lainnya. Setidak-tidak, sebecuk-becuknya murai, ia membawa khabar hari kian meninggi, maka manusia-manusia perlu siap siaga bikas beraktiviti. Pada seekor murai, jelas hitam putihnya. Anwar, apa ada? Pada pidato semangat Anwar nan jelas hanya temberang dan pembohongannya.

(5)    Anwar gagal merubah perundangan, struktur dan sistem institusi-institusi serta ekonomi negara untuk membawa negara ini keluar dari kesan-kesan krisis kewangan 1997, gelala rasuah yang berleluasa, kesan Covid 19 dan segala percaturan politik dan dagang antarabangsa yang dia salah perhitungkan. Anwar gagal menumpukan masa dan kekuatan yang ada dalam menyelesai atau paling tidak meringankan bebanan hidup rakyat yang kian parah. Bertunjangkan pemalahan ekonomi yang berpanjangan sejak 1998, rentetan demi rentetan masalah dan keresahan sosial kian menghantui rakyat. 

(6)    Alhamdullilah kini rakyat dari pelbagai lapisan dan kaum mulai menyedari bahawa Anwar tidak mampu mengurus sosio-ekonomi rakyat dan negara. Rakyat mulai sedar, tempoh bagi Anwar untuk menjawat jawatan Perdana Menteri bukan sekadar tidak boleh melebihi 10 tahun, bahkan lima tahunpun dikira sudah terlalu lama.

ALLAH MEMBINA LANDASAN TERBAIK:

Saya bersyukur, pertama-tama Mahathir Allah tunjukkan agar dia berehat penuh. Keuzuran yang Mahathir alami adalah petanda bahawa segala-galanya sudah sampai ke titik noktah baginya. Penganti Mahathir perlu rakyat Malaysia persiapkan. Saya tidaklah menolak peranan besar Mahathir, namun peranan itu akan terus diperlukan cuma kali ini dan seterusnya, ianya lebih kepada nasihat orang tua-tua. Kedua, saya juga bersyukur kerana Muhhyiddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN. Ini membayangkan bahawa Muhhyiddin akhirnya telah sedar bahawa masa dan keadaan bukan lagi miliknya untuk berangan-angan menjadi PM. Muhhyiddin juga perlu berehat sepenuhnya. Sama prihalnya bagi Hadi Awang. Faktur kesihatan dan kecergasan, Alhamdullilah menjadikan beliau memulakan langkah meminggir stepping aside

(2)    Tiga tokoh - Mahathir, Muhhyidin dan Hadi Awang saya kira telah mengambil sikap seperti SAW lakukan pada saat beliau mulai gering. Pada saat-saat ajalnya sampai, SAW menunjukkan kepada Abu Bakar untuk memimpin sholat. Sesungguhnya, biar dalam keadaan duduk atau baring sekalipun, SAW tetap kekal boleh menjadi Imam, namun beliau memilih untuk mengundur diri. Negara sedang gawat, rakyat sedang resah, kita perlu pemimpin yang focus menyelesaikan masalah negara dan rakyat dari berkokok dalam penuh keliru antara subuh dan maghrib.  Kita juga perlu pemimpin yang cergas, tangkas dan cerdas. Mereka bertiga ini boleh memainkan peranan dalam bentuk yang lain dan tidak perlu menonjol ke hadapan. Semoga mereka faham dan insaf akan batas kudrat yang Allah sedang berikan kepada mereka. In Shaa Allah.

dR SAM dan Dr SAM - KUDRAT ATAU KEBETULAN?

Di tahun 1980an, kita mungkin pernah mendengar nama dR Rasputin Sam atau lebih dikenali sebagai dR Sam - Dari Rembau, Saya Anak Malaysia. Dia adalah penyanyi asal lagu patriotik ikonik "Saya Anak Malaysia". Nama sebenarnya adalah Salim Ibrahim. Lagu ini diterbitkan pada tahun 1986, dengan lirik ditulis oleh S. Amin Shahab dan digubah oleh M. Nasir dalam irama regge.

(2)    Tahun 1986 saya memulai tugas sebagai penjawat awam iaitu lima tahun selepas Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri. Pada masa itu negara juga sedang menghadapi pasca krisis ekonomi dunia. Kita juga masih dalam kegawatan. Mahathir dalam RMK5 (1986-1990) sedang mengorak langkah untuk merobah struktur ekonomi asas pertanian kepada ekonomi asas industri. Minah Kilang, Setingarden, kemiskinan dan segala ketakseimbangan sosio-ekonomi adalah lumrahan pada masa itu. Maka dalam dunia artistic, pengubah, pencipta dan malah penyanyi seperti Allah juruskan untuk membantu Mahathir membangkitkan jiwa perjuangan di kalangan rakyat negara ini. Saya Anak Malaysia, Punch Card, Basikal Tua, Abang Beca dsb adalah antara ciptaan-ciptaan motivasi untuk rakyat bangkit bekerja keras. 

(3)    Itu sekitar 40 tahun dahulu. Kini muncul Dr SAMAhmad Samsuri was born in Jerteh, Besut, Terengganu, Malaysia on 16 November 1970. He went to Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Trengagganu from 1983 until 1988. He received BEng (Hons) in Mechanical and Materials Engineering from Universiti Kebangsaan Malaysia in 1993, Masters of Science in Combustion and Energy from Centre for Combustion Studies, University of Leeds in 1996, and Doctor of Philosophy (PhD) of Aeroengine Ignition and Combustion, High Altitude Engine Failure from School of Mechanical Engineering, University of Leeds in 2001. Kira-kira dia adalah tokoh teknokrat-politik.[6]

(4)    Dr SAM telah PAS pilih sebagai Pengerusi PN mengantikan Muhyyidin yang meletakkan jawatan akibat pertembungan dua belah bersengketa di dalam PPBM. Apakah Dr SAM pilihan terbaik? Apakah Dr SAM dapat menjawab pertanyaan: "Jika Anwar hendak digantikan, siapa yang layak menjadi PM selepas Anwar?". Secara pribadi, saya nampak Dr SAM kekurangan aura. Jika Anwar saya lihat sebagai biawak dan mengkarung, Dr SAM saya lihat sebagai burung unta - dalam istilah Jawa dia kelihatan terteleng-teleng. Maksudnya, saya melihat Dr. SAM seperti memaksakan dirinya untuk ke depan, menyebabkan tingkah sosialisasinya tidak normal. Senyum dan langkahnya seperti dipaksa-paksa tidak bersahaja. Saya yakin itulah pembawaan mereka yang berpendidikan teknikal seperti beliau dan perlu pembaikan segera. 
Biarpun sebegitu, setidak-tidak burung unta mampu bertelur besar sedang biawak jika tidak menyaut ikan di kolam kegemarannya hanyalah mencari bangkai

(5)    Walau apapun, orang Islam harus ingat, di antara Abu Bakar dan Umar Al Khataab, biar para sahabat lebih memilih Umar lantaran Abu Bakar seorang yang lembut dan sering terpengaruh oleh perasaan berbanding Umar - tegas dan mantap, semasa SAW tenat, dia bertegas mahukan Abu Bakar mengantikannya sebagai Imam sholat. Kenapa? Ini bukan, tiada rotan akarpun berguna. Antara Dr SAM berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man, Nassuruddin Daud dan bahkan Idris Bin Hj Ahmad, saya melihat mereka mempunyai aura lebih matang dari Dr SAM. Namun keadaan dan keperluan semasa meletakkan Dr SAM ke depan berbanding tokoh-tokoh PAS yang lain. Setidak-tidak Dr SAM belum mempunyai sejarah imej buruk di mata rakyat.

(6)    Lewat Dr SAM, ada beberapa kekuatan yang boleh menjadi modal unggul PAS dan PN. Pertama-tama setidak-tidak bukan hanya masyarakat Melayu namun kaum-kaum lain yang bukan Islam, saya yakin akan memberikan pandangan yang sedikit berbeza ke atas PAS berbanding jika Hadi, Nassuruddin, Tuan Ibrahim dan apa lagi Sanusi Mohd Nor  jika dilantik menjadi Pengerusi PN. Dr SAM setakat ini lebih berupa pentadbir-teknokrat berbanding berpolitik retorik seperti bawaan kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS. Dr SAM mampu menonjol imej PAS parti untuk semua. Kedua, dia dari Trengganu. Kelantan, Trengganu, Sarawak dan Sabah adalah empat negeri pengeluar minyak dan gas utama negara. Namun keempat-empat negeri dan wilayah ini tidak mendapat agihan kekayaan wajar dari kerajaan persekutuan untuk sekian lamanya. Dr SAM seharusnya mampu merobah keadaan ini jika dia dapat menempati kerusi PM. 

(7)    Maka, bermula dari sekarang saya yakin Dr SAM harus mulai membentuk pasukan bersifat nasional dalam segala gerakan beliau. Dia perlu menyiapkan dirinya dengan pasukan yang berjiwa nasional sejati serta siaga dengan tokoh-tokoh professional dan politik yang mampu dengan segera dapat bertindak bekerja keras memperbaiki keadaan sosio-ekonomi negara. Mungkin, Mahathir harus Dr SAM dekati segera dan jadikan mentor akrabnya. Dr SAM harus mulai melepaskan kerja-kerja pentadbiran Trengganu kepada bakal pengantinya. Fokus beliau sekarang harus kepada membayangkan kepada seluruh rakyat, bahawa he is their choice to immediately replace Anwar. In Shaa Allah.

SG4 + S4S:

Kelantan, Trengganu, Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri dan wilayah-wilayah yang masih mempunyai penduduk miskin yang tinggi di negara ini. SG4 = Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu. S4S = Sabah + Sarawak. Wujudnya SG4 dan S4S bukanlah suatu kebetulan. Kedua-duanya wujud lantaran berlaku ketakseimbangan ketara dalam soal pencapaian pembangunan sosio-ekonomi di kalangan negeri-negeri dan wilayah-wilayah ini berbanding negeri-negeri persekutuan lainnya. Juga bukan kebetulan, keenam-eman mereka membentuk kelompok negeri dan wilayah termiskin di persekutuan Malaysia. Natijah ini menjadikan mereka berasa tidak puas hati lalu menumbuhkan konsep SG4 dan S4S. Jika sentimen ini tidak diurus baik, ianya boleh menimbulkan masalah besar dalam membawa Malaysia ke jalan kecemerlangan hebat.

(2)    Maka bukanlah kebetulan, Dr SAM Allah jelmakan untuk melihat kepincangan sosio-ekonomi khasnya di negeri-negeri dan wilayah-wilayah yang mana majoriti penduduknya adalah kaum pribumi. Pribumi membentuk 70 peratus dari penduduk negara ini. Kaum Cina dan India membentuk sekitar 30 peratus selebihnya. Kaum Melayu membentuk 58.2 peratus dari keseluruhan penduduk Malaysia. Juga bukanlah kebetulan penduduk pribumi banyak tertumpu di Perlis, Kedah, Kelantan, Trenganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dan rata-rata semua negeri dan wilayah ini masih perlukan pembangunan sosio-ekonomi yang cepat. Juga bukan kebetulan, semua negeri-negeri dan wilayah-wilayah ini merupakan sumber kekuatan ekonomi utama negara, sedang manafaat kekuatan ekonomi tersebut tidak mereka nikmati secara optima. 


(3)    Maka saya berkira, dengan kekentalan Iman dan keadilan bawaan PAS yang ada pada diri Dr SAM, saya yakin beliau akan mampu melihat semua ini dari sudut kesaksamaan dan hak yang lebih Islamik dari semua yang berkuasa sebelum ini. Saya juga yakin latar belakang dan iltizam PAS dan Dr SAM dalam memacu ekonomi dan kewangan asas Islam pasti mampu membawa Malaysia berada dalam kelompok tersendiri yang lebih mandiri dan mapan.  Saya berkeyakinan hanya sistem sosio-ekonomi dan kewangan Islam yang mampu memacu kecemerlangan Melayu. Melayu perlu hadir sebagai tonggak masa depan umat Islam seluruhnya. 

(4)    Kem Muhhyiddin - Hamzah yang wujud di lingkaran politik Dr SAM berupa dugaan berat dan immediate baginya. Muhhyiddin dari Johor dan Hamzah dari Perak. Kedua-dua negeri ini berpunya pengaruh UMNO yang kuat. Jika pertelagahan kedua-duanya ini salah diuruskan, maka UMNO jika tidak PKR akan menangguk di air keruh. Muhhyiddin dan Hamzah janganlah menjadi faktur untuk Anwar kekal mentadbir negara dalam penuh galau dan celaru. Kedua-duanya telah melakukan itu pada 2022, cukuplah sekali.

(5)    Walaubagaimanpun, Dr SAM harus jangan terlibat dalam pertelingkahan mereka. Dr SAM harus tidak terlalu sensitif tentang apa juga kritik atau usaha-usaha perlekehan ke atasnya. Focus beliau harus bukan kepada perkara-perkara remeh namun memusat cekal menyatukan politik Melayu dengan tanpa meminggirkan kaum-kaum lainnya. Sabah dan Sarawak Dr SAM harus biarkan diurus oleh pemimpin-pemimpin wilayah-wilayah berkenaan secara sendiri mereka.  Jika boleh, biarlah sedari kini Dr SAM mulai mengatur langkah agar hak-hak SG4 dan S4S disatukan dan diperjuangkan secara saksama. 

(6)    Saya yakin, sikap Umar Al Khataab harus pemimpin PAS, Kem Muhhyiddin dan Hamzah  patuhi dalam keadaan perebutan kuasa antara tokoh-tokoh Melayu yang berpecah belah ini. Kelompok Melayu lain di dalam PN harus memainkan peranan sebagai pendamai dari menyebelahi mana-mana pihak. Jika boleh UMNO, Amanah serta Melayu-Melayu dalam PKR (kecuali Anwar) dan DAP harus digembelingkan bersatu membentuk ketumbukan politik Melayu yang satu dan utuh.

EPILOQ: 

Mari kita simak pemaparan Abu Hafsh Umar bin Khaththab tentang peristiwa baiat Abu Bakar, sebagaimana dikutip dalam buku10 Shahabat yang Dijanjikan Masuk Surga. 

Lantas Abu Bakar menjulurkan tangannya, saya langsung berbaiat kepadanya, orang-orang Muhajirin pun secara bergilir berbaiat kepadanya, kemudian orang Anshar juga berbaiat kepadanya. Aku pun bangkit dan mengingatkan mereka tentang sebuah peristiwa yang terjadi
menjelang wafatnya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Aku katakan, “Bukankah kalian tahu bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah menyuruh Abu Bakar untuk menjadi imam shalat?! Maka siapa di antara kalian yang ingin mendahului Abu Bakar?” Mereka serempak menjawab, “Kami berlindung kepada Allah dari sikap mendahului Abu Bakar.” Zaid bin Tsabit lantas berdiri dan berkata, “Tahukah kalian bahwa sesungguhnya Rasulullah sementara kita sebelumnya merupakan para penolong Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, maka sekarang kita menjadi penolong pengganti beliau sebagaimana sebelumnya kita menjadi penolong beliau.” Kemudian Zaid meraih tangan Abu Bakar dan berkata, “Ini adalah sahabat kalian!” Maka aku pun membaiat Abu Bakar, diikuti oleh kaum muhajirin dan kaum Anshar. 

Sedangkan Ali bin Abi Thalib berpendapat, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam sempat sakit beberapa hari. Dalam jangka waktu itu beliau menyuruh Abu Bakar untuk menjadi imam shalat. Ketika beliau wafat, saya mencermati bahwa ternyata shalat itu merupakan lambang Islam dan tiang agama. Maka kami ridha jika urusan dunia kami diserahkan kepada orang yang diridhai Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dalam urusan agama kami. Kami pun membaiat Abu Bakar.” 

Kg Terasi, Sadong Jaya
1-7 March, 2026

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.