Sebelum terbentuknya Malaysia ie pada zaman penjajahan Inggeris ke atas Malaya, Sabah dan Sarawak, warga pribumi wilayah-wilayah ini adalah agarian - bergantung kepada hasil pertanian - kais pagi makan pagi. Inggeris dengan mengabdikan pendatang China dan India menguasai sektor perusahaan dan perdagangan semua wilayah-wilayah ini. Sebelum itu khususnya bila Islam mula menular ke Nusantara pada kurun ke 14-16, terbentuk Kerajaan-Kerajaan Kota yang rata-rata adalah berorientasikan perdagangan antara wilayah juga rantau. Sama prihalnya semasa pemerintahan Buddha dan Hindu sebelum kedatangan Islam. Hakikatnya Nusantara termasuk Indochina dan Filipina sejak kurun ke 7 adalah ekonomi maritim. Rempah ratus menjadi pelopor kepada pengembangan perdaganagn Barat ke seluruh dunia. Barat yang kedinginan, terasa enak dan hangat jika makanan mereka menjadi spicy - kekayaan rempah di Nusantara menukar mereka menjadi penjajah lalu penjarah yang cukup licik dan kejam.
(2) Secara ringkas, berani saya katakan bahawa pada masa kita ditadbir sepenuhnya oleh kita sendiri, namun akrab dengan temaddun besar timur seperti India, China dan Arab, seluruh Nusantara termasuk Filipina dan sebahagian Indochina adalah rantau perekonomian yang gah. Barat mencengkam lalu memecah belahkan kita, bahkan mendunggukan kita, sehingga bila kita dimerdekakan, kita terus terhimpun dalam Commonwealth = "commonly poor and retarded". Pada tahun 1970an iaitu pada tahun-tahun pasca kemerdekaan rantau Nusantara, sistem perekonomian feudal-kapitalis yang barat paksakan ke atas kita, kita rombak menjadi Sistem Perekonomian Tertutup - Closed Economy. Banyak perusahaan-perusahaan barat kita milik negara atau ambilalih. Dalam kita berbuat sebegitu, ekonomi kita tidak berkembang kukuh lantaran Barat sudah mulai memperkenalkan Order Perdagangan Terbuka. Maka pada 1980an-1990an, seluruh rantau Nusantara dan bahkan Filipina dan Indochina mulai mengamalkan sistem ekonomi terbuka - Export Economy. Pelaburan Asing (FDI) menjadi hambatan semua pihak. Benar, hasil dari ekonomi terbuka ini, kita maju jauh ke depan namun menjelang kurun ke 21 akibat kebangikaitan China berebut menjadi gergasi ekonomi dunia, seluruh ekonomi negara-negara kecil di serata dunia mulai kucar kacir. Abad ke 21 menyaksikan permainan kasar Barat dalam menghancurkan ekonomi negara-negara kecil agar terus terikat kepada mereka dan menyekat pengaruh China. Pendeknya, berani saya rumuskan, kebangkitan dan perluasan ekonomi China mengubah strategi Barat ke atas negara-negara kecil di seluruh dunia. Barat menimbulkan perbagai pergolakan bersenjata di serata dunia. Kebangkitan ekonomi China menjadikan Barat bukan saja kejam tetapi haloba dan hasad - ingin menguasai minyak hasil dari semua negara-negara yang berdekatan dengan China agar kebangkitan China dapat disekat atau perlambatkan.
(3) Dari pernyataan saya di perenggan dua di atas - penegasan saya adalah, pertama kita pernah berpunya sejarah sebagai rantau perekonomian yang gah dengan bersekutu sesama Asia (China, India dan Arab). Kota Melaka, Pasai, Demak, Manila, Ayuthaya dan Pnom Pehn adalah kota-kota pelabuhan besar di waktu itu. Kedua persekutuan kita dengan Barat, hanya mendatangkan kesejahteraan sementara negara namun bukan rakyat keseluruhannnya - menimbulkan jurang sosio-ekonomi yang hebat dan payah diperbetulkan - dan kita kepingin mereka penjarakan sebagai hamba abdi imperialisma yang tersembunyi. Kemerdekaan Nusantara, Filipina dan IndoChina menukar Temasik menjadi Singapura - negara-kota-pelabuhan terbesar di rantau sebelah sini dan mematikan yang lain-lainnya. Singapura terus gah dan mulai campurtangan dalam soal kewangan rantau di sebelah sini. Apakah kita mulai sedar, menginsafi, mulai berfikir dan mengorak langkah mencari pendekatan lain - terus condong ke Barat, menukar ke China atau memilih jalan mana? Di sini saya ingin menempelak Anwar Ibrahim, "Can you see and dare not we take our genuine course"?
(4) Melihat kepada trend perdagangan, politik dan gugusan - blocking dunia kini, saya lebih condong untuk melihat perubahan struktur ekonomi kita dari dua sudut iaitu Gugusan Ekonomi - Economic Blocking dan Pengkhususan dan Kepelbagaian Produk - Products Specialization and Diversification. Dalam dua arah ini, apakah pilihan atau tumpuan kita?
(5) Bagi menjawab persoalan di atas, saya tidak boleh untuk memberikan jawaban tepat lantaran saya tidak mempunyai segala maklumat yang diperlukan bagi menelilti trend lalu unjuran masa depan ekonomi global secara keseluruhan juga mengikut rantau. Carta sisipan di kiri adalah bentuk Perdagangan Luar Malaysia bagi 2016. Negara dagangan utama kita telah beralih dari Barat dan ASEAN ke China. China telah menjadi rakan dagangan utama Malaysia sejak 2009. Apa maksudnya ini dan apakah kesannya? Dagangan Malaysia dengan Singapura kekal tinggi hanyalah kerana peranan Singapura sebagai Entre Port. Singapura bukanlah consumer sebenar keluaran atau pengeluar utama keperluan kita. Kecondongan kita ke China serta melihat kepada cara China membina kuasa ekonomi mereka, suatu masa kita juga akan menghadapi masalah yang serupa dengan Barat dalam era 1963-2009. Di sepanjang tempoh 1963 - 2009, Barat cukup menjaga kita namun lantaran sifat tamak dan dengki mereka, mereka mulai tidak lagi mengutamakan kita. Kepentingan mereka di rantau ini sudah kian pupus melainkan dari sudut geografi politik dan keselamatan. Isunya kebijaksanaan kita untuk sujud kepada China mungkin hanya berupa short term advantage. Namun jika kita lihat akan FDI serta "Pinjaman Luar" kita, kita sedang mengikat diri kita kepada China untuk 30-50 tahun mendatang; tidak mungkin untuk tempoh 5 - 10 tahun mendatang. Kita sepertinya sudah memihak kepada China dan mulai meninggalkan Barat. Ini saya kira kurang bijak.
(6) Sisipan Jadual Eksport Utama Malaysia 2023 di sebelah menunjukkan bahawa keluaran Elektrik dan Elektronik (E&E) masih berupa eksport utama negara. Inilah kerkuatan kita yang telah kita bina sejak 1970an. Kekuatan ini lantaran saya kira kita mempunyai tiga competitive advantages yang baik - boroh yang murah, boroh berkemahiran serta kedudukan geografi yang strategik. Rantau Asia dan Afrika sedang bergerak cergas dalam sektor digital, maka keluaran E&E samada untuk asas komputer juga applikasi elektronik pasti akan terus memuncak pasarannya di Asia dan Afrika dua benua yang menampung hampir-hampir 70 peratus penduduk dunia. Dunia Arab dan Asia Tengah yang kian berlumba-lumba dalam membina Smart Cities pasti akan memerlukan hasilan E&E yang meninggi. ASEAN yang berupa rantau kepulauan yang sangat besar pasti memerlukan E&E yang much smarter tetapi affordable. Saya nampak China sedang bergerak cergas dalam subsektor ini. Cuma, kita harus sedar, betapa India, China bahkan rakan-rakan ASEAN lainnya mereka berpunya sumber manusia yang tinggi serta sedang membuat pelaburan hebat dalam pembangunan sumber manusia mereka. Maka E&E kita harus terus berubah pantas - becoming much smarter and affordable. Penghijerahan keluar syarikat-syarikat gergasi E&E kita ke Vietnam dan China khasnya harus direliti dengan bersungguh-sungguh akan sebab dan akibatnya. Kedua, products diversification kita saya kira masih di takuk lama. Ini juga mesti kita perbetulkan dengan cepat.
(6) Konsep Daya Tarikan - Centrifpetal dan Tolakan - Centrifugal merupakan tiori fizik tentang graviti yang boleh kita pinjam dalam merumus kekuatan ekonomi kita. Jika Malaysia ingin terus relevant dan mekar di dunia ini, kita mesti menerima pakai Daya Tarikan - Centripetal Force dalam sistem pembangunan ekonomi kita. Formula F = M x V^2/r di mana M adalah juzuk atau saiz ekonomi kita; V boleh kita katakan ibaratkan sebagai kecepatan perubahan Nilai Tambah atau Pelaburan kita di sektor ekonomi dan r berupa kedudukan geograhyic competitive advantage kita. Maka F yang berupa kekuatan ekonomi kita adalah tergantung kepada saiz, pelaburan dan jarak pasaran strategik kita. Jika angkubah-angkubah ini dapat kita rombak atau perbaiki, maka nilai F kita juga akan berubah menjadi lebih besar atau menguncup. Maka kita perlu bijak dalam menentukan faktoran m, v dan r kita. Namun jika fakturan-fakturan ini tidak menyebelahi kita, maka segala dasar dan keadaan perlu kita bina untuk menarik faktur-faktur tersebut berada di sebelah kita. Suatu brainstorming dan analisis yang kritikal adalah diperlukan dalam menentukan apakah fakturan yang perlu kita ubah atau mantapkan. Contoh jika gugusan ekonomi atau perluasan eksport hendak kita tingkatkan, pastinya nila r harus besar kerana jarak eksport yang luas akan memberikan pasaran yang meluas. Untuk itu, berapa dan apakah pilihan pelaburan, kita perlu fikirkan dengan cermat. Sama halnya jika kita ingin membina kekuatan ekonomi domestik, pasti r kecil dan yang perlu berubah besar adalah fakturan m dan v. Seberapa?
(7) Secara umum selain Analisa Shift Share yang sering dibuat oleh para analisis dalam menentukan products specialization dan diversification kita, tioiri Centripetal Force di atas juga boleh dijadikan gandingan baik terhadap analisa Shift Share kita. Shift Share adalah berteraskan data-data yang ada, sedang Centripetal Force, kita perlu melihat kepada angkubah-angkubah yang lebih dinamik. Jika keduanya digabungkan - satu melihat trend ke depan berasaskan sejarah lepas, sedang Centripetal Force menjangkakan faktur-faktur dinamik yang menjadikan kita lebih menarik, maka gadingan kukuh keduanya In Shaa Allah akan memberikan kita kekuatan yang lebih mantap.
(8) Mungkin serbagai gambaran, jika kita melihat seluruh bangsa di keliling kita, mereka sedang emulate rentak pembangunan ekonomi kita pada 1970 - 2000an. Itulah gagasan Model Fasa-Fasa Pembangunan dalam kelas-kelas Development Economy yang semua pelajari. Dalam masa yang sama mereka juga sedang berusaha keras dalam menjamin keselamatan makanan juga tenaga mereka. Maka kekuatan sumber asli yang kita ada bukanlah competitive advantages di masa depan kita. Di dalam kelas-kelas Pengajian Lanjutan, Barat menyembunyikan Intervention Economic Development Process. Barat menjalani proses tersebut secara Democratic namun pada hakikatnya adalah Imperialism-Capitalist. Itulah apa yang mereka amalkan sehingga mereka mampu menguasai dunia sehingga kini. China memecut laju lantaran menjalani intervention economic process secara kuku besi. Cara China adalah Communism-Capitalist. Mereka berjaya. Kini China sedang melakukan proses Centripetal Capitalisma dalam membantu negara-negara bukan Barat untuk mengembangkan ekonomi mereka. Biar Barat juga China, cara mereka tetap untuk mengikat negara penerima sehingga yang benar-benar beruntung adalah mereka sendiri bukannnya negara penerima.
(9) Makanya, seperti saya katakan terdahulunya bahawa ASEAN adalah negara-negara kepulauan. Gempa bumi, letupan gunung berapi, banjir, terpisah-pisah oleh jalinan pergunungan dan sungai-sungai yang besar menuntut agar pembangunan di ASEAN memerlukan pemikiran yang cukup genius dan ulet. Maka Gugusan ASEAN serta pengeluaran produks sesuai untuk keperluan ASEAN harus jadi penelitian tegas kita. Dalam masa yang sama, sumber biodiversity ASEAN memungkinkan kita untuk bergerak cergas ke alam hitech yang tersendiri namun berpunya pasaran yang meluas. Negara-negara Scandinavia mungkin bagus sebagai rujukan kita. Mereka hebat dalam industri permotoran, peralatan precision dan malah perubatan. Kenapa ASEAN tidak jadi jaguh Organic HealthCare Tech umpamanya? Saya tidak menafikan bahawa kita boleh meneruskan struktur ekonomi yang ada cuma kita perlu rencana pasca 10 tahun dari sekarang untuk menjadi ASEAN Hitech champion. Lihat kuih muih yang saya sisipkan di atas, semua itu ada di mana-mana negara ASEAN. That is the sweetness of ASEAN yang perlu kita gembeling dan nikmati bersama.
(9) Jika ASEAN dapat kita kuasai (bukan dengan melihat kepada eksport dan import dari Singapura), In Shaa Allah saya yakin kita akan mempunyai idea-idea yang lebih luas dan teguh untuk bergerak cergas ke Asia Tengah, Timur Tengah dan Afrika. Latin Amerika juga saya pasti tidak sukar untuk kita kuasai. Itu dari sudut gugusan ekonomi yang harus kita gerakkan. Sememangnya kita kini bergerak ke arah itu, namun saya percaya kita belum menuju dengan teguh dan gigih ke arah itu. Kecurigaan dan inertia menjadikan kita bergerak bagai penyu.
(10) Dari segi product specialization and diversification, pertama saya kira liberalisasi dan mengantarabangsakan Pendidikan Menengah dan Tinggi kita adalah langkah paling bagus. Kita harus memperkukohkan keupayaan teknikal dan penyelidikan kita. Namun liberalisasi kita harus menjurus kepada membina Centripetal Force bukannya Centrifugal. Budaya Jepun dalam perkara ini harus kita teliti. Kedua sektor Perubatan sebagai komoditi baru negara adalah sangat memberangsangkan. Kita harus mengenenggahkan secara meluas Sistem Kesihatan Islami untuk semua. Kini Malaysia adalah antara gergasi di dalam Kewangan Islam. Maka kita harus bekerja lebih keras dan menjadikan Kewangan Islam sebagai instrumen yang jauh lebih baraqah dan hebat dari kapitalisma Barat. Dalam masa yang sama penghasilan produk dan perkhidnmatan Halal perlu kita tumpu dan perluaskan. Sistem Halal harus diketengahkan secara meluas dan mendalam ke dalam semua sistem di Malaysia. Ianya perlu menjadi jenama pengeluaran dan perkhidmatan kita di masa depan. Keperluan tenaga di ASEAN malah seluruh dunia di masa depan adalah sangat getir dalam menentukan taraf kehidupan dan kemajuan manusia. Oleh yang demikian, kita harus gigih dalam menemukan sumber tenaga alternatif yang lebih cekap dan mampu guna. Negara kepulauan ASEAN pasti sangat mendambakan sumber tenaga seperti ini di masa depan. Semua ini tidak terhad di sini, kita boleh terus berfikir dan menambah apa yang harus menjadi bidang terokaan hebat kita, namun bagi menjamin ketangkasan proses pencarian juga pemasaran, semua ini harus dibundle ke dalam dunia digital. Dalam sektor digital kita harus memberikan tumpuan yang berbeza serta tegas dalam menyajikan kehidupan menyeluruh digital ke dalam masyarakat kita. Segala sistem yang kita lalui dalam kehidupan dan adat kita harus mengguna penuh sistem digital.
(11) Ringkasnya, kini Malaysia memerlukan seketumbukan pemikir yang kritis dan berwawasan dalam menentukan hala tuju dan kerangka pembangunan hebat negara ini dan selepas itu suatu ketumbukan tenaga kerja yang cukup dedikasi dan berwibawa dalam melaksanakan kerangka tuju kita mesti kita bina dan sumburkan secara teguh. Kita harus mengurangkan segala slogan rhetoric dan terburu-buru haru biru. Bagi saya, Anwar must be thinking and working collectively as his mouth used to say aloud yet tidak jelas dia amalkan.
Terasi, sadong Jaya
3 April., 2024
0 comments:
Post a Comment