Sifat ikhlas membawa Muhammad SAW kepada gelaran Al Amin - sangat beramanah. Apapun perbuatan Muhammad SAW adalah tulin jujur. Di dalam tulisan saya sebelum ini mengenai ikhlas - saya melihatnya sebagai suatu perbuatan yang diperbuat dengan penuh kerelaan. Hati pelaku atau penerima apa juga tuntutan, perbuatan dan atau pemberian ke atas dan darinya adalah ikhlas jika ianya terjadi atas hati yang penuh rela. Sifat utama sebuah keikhlasan adalah kerelaan. Di dalam Islam kerelaan hati itu disitilahkan sebagai redha. Maka isunya, apakah tahap tulin redha itu boleh tercapai? Dari segi prinsip Islamnya, keredhaan adalah penanda keikhlasan kita dalam apa juapun.
(2) Apakah redha atau ikhlas itu mudah tercapai? Pasti saja boleh cuma darjah kemutlakannya saja sangat payah untuk sesiapapun capai. Para Nabi dan Rasul sekalipun sukar untuk mencapai tahap redha mutlak. Mungkin beberapa cerita para nabi dan Rasul seperti berikut dapat menjelaskan maksud saya betapa biar para Nabi dan Rasulpun sukar untuk dapat mutlak redha. Cuba ingat, keingkaran Iblis untuk sujud kepada manusia adalah pertanda awal redha itu tidak mudah untuk tercapai. Namun ianya tetap boleh dicapai. Ini terbukti setelah bersoal jawab antara Allah dan Malaikat, akhirnya Malaikat redha manusia yang dia tahu akan sentiasa beronar sebagai khalifah mereka. Kisah para Nabi dan Rasul yang "sukar" untuk mencapai keredhaan mutlak antaranya adalah Musa AS tidak sabar dengan kerenah Khidir yang terlalu bermuslihat dalam cara pendidikannya. Sulaiman AS saya kira juga kurang redha dengan umatnya yang degil sehingga dia perlu mendapat apa juga bantuan Allah untuk mengurus umatnya yang tamak, bacul dan degil. Muhammad SAW juga tidak terlepas - dia tetap bersedih bila Khadijah sang isteri yang luhur dan anak-anaknya silih berganti meninggal dunia. Turunnya Ayat atau Surah Adhuha dan Al Khauthar adalah bukti akan perihal tersebut. Cuma jika kita faham, Allah juga mampu menjadikan manusia tetap boleh mencapai tahap redha yang mutlak - Ibrahim AS menerima untuk dibakar hanya dengan mengucap "Cukuplah Allah bagiku" yang menjadi ikutan hebat Abu Bakar Al Siddique dan semua sahabat besar SAW seterusnya. Nabi Ayub AS redha dengan keadaan dirinya tersisih lantaran penyakit kroniknya. Bagi Ayub AS, sebagai Nabi dia boleh saja memohon kepada Allah agar penyakitnya hilang, namun dia tidak lantaran baginya dia harus menerima dengan penuh ikhlas dan redha akan apa yang Allah berikan kepadanya.
(3) Harusnya Tahmid Al Hamdullilah adalah manifestasi bahawa redha itu tidak mudah untuk dicapai. Ianya perlu kita latih untuk diucapkan dan bersemadi di dalam jiwa dan fikiran kita. Kita disunatkan setidak-tidak perlu bertahmid 10 kali dalam setiap selepas Sholat. Paling bagus 33 kali. Biarpun itu jadi amalan kita, namun untuk kita melafaz Alhamdullilah di akhir perbuatan baik kita adalah tetap payah atau terlupa. Cuba ingat, sebaik membuka mata selepas tidur nyenak, apakah kita ingat untuk berterima kasih kepada Allah. Juga pada saat kita di perbaringan, apakah kita juga tetap melafas Alhamdullillah. Ada tetap ada cuma, kadang-kadang jarang-jarang. Sesungguhnya keperluan sentiasa mengucap Alhamdullilah adalah petanda tahap kesyukuran kita. Setiap detik perkara yang berlaku ke atas kita perlu kita nikmati dengan ucapan Alhamdulliah. Biar kita sakit atau derita, kita jangan sesekali mengeluh. Kisah Nabi Ayub AS harus menjadi ikutan kental kita. Sebnegitu juga biar dihempap segala musibah SAW tetap tidak mengeluh malah berusaha keras sebagai manusia biasa berusaha mengatasinya. Saya mengira sifat paling dekat kepada syukur adalah tidak terkesan. Bahkan sesiapa yang ikhlas - redha dan syukur, dia tidak mudah terkesan. Apapun yang berlaku ke atas dan atau di sekelingnya, dia tidak terkesan. Sifat tidak terkesan ini bukan kerana dia lengai inertia atau tidak peduli indifferent tetapi sikap tidak terkesannya adalah suatu nilai pribadi kental lain pada diri seseorang yang mungkin dalam gambaran saikologi modern adalah sifat Sigma.
(4) Saya melihat syukur tidak sama dengan thankful, gratitude, grateful atau celebrate. Konsep thankful, gratitude, grateful malah celebrate itu membawa kepada tuntutan validation ie pengiktirafan. Atas apapun perbuatan dan atau sifat kita, jika kita mengharap penghargaan - validation, itu pasti akan membawa kepada massaging our ego. Syukur dan ikhlas pasti tidak akan subur. Saya kira dalam Inggeris konsep yang paling dekat dengan syukur dan redha atau ikhlas adalah total acceptance. Mungkin banyak antara kita, termasuk saya sendiri, kita tidak arif tentang maksud nasihat Ibrahim AS kepada anaknya Ismail AS untuk menceraikan isterinya hanya kerana sang isteri iaitu menantu Ibrahim AS menjawab persoalannya "bernada keluh kesah". Pada zaman Ibrahim AS, seluruh detik kehidupan beliau adalah perjalanan sebuah perjuangan yang panjang dan getir. Makanya jika sebegitu yang dituntut ke atas Ismail AS, maka sang isteri seharusnya redha dan bersyukur di atas apapun pengorbanan yang seharusnya dijalani demi mendokong perjuangan suci sang suami.
(5) Janganlah kepayahan dijadikan keresahan dalam menghambat tuntutan sebuah perjuangan suci. Di sisi lain, biar bagaimana kurang sempurnanya seorang isteri, namun kerana isteri adalah penyambung zuriat manusia, maka sang suami harus berpunya kesyukuran yang tinggi terhadap sang isteri. Ini digambarkan oleh sikap Umar Al Khataab ke atas isterinya yang suka membebel. Umar tidak terkesan kerana baginya isterinya adalah ibu kepada anak-anaknya yang soleh dan ini terbukti semua anak cucu Umar Al Khataab adalah para pendiri dan taat kepada syariat Islam. Maka di dalam Islam, hadiah suami-isteri yang sentiasa bersyukur atas apa adanya dalam sebuah perjuangan suci - pada suami Allah jadikan jambatan untuk sang isteri ke Syurga sedang pada sang isteri segala doa dan dokongannya adalah mustajab mengalahi doa biar seorang ibu. Lantas, tuntutannya - suami-isteri wajib saling mendokong dalam penuh redha dan syukur. Maka dengan itu timbul konsep - there is always a woman standing by a successful man - namun ini kini dilihat lebih dari sudut egoism dari hakiki syariat Islam. Bagaimana seharusnya sikap ikhlas dan syukur itu dijana dan diamalkan dalam kehidupan lain-lainnya, saya kira kita boleh bertitik tolak dari dua riwayat di atas.
(6) Total Acceptance - Malaikat dan Iblis mempersoal Allah tentang perlunya dicipta sosok manusia. Allah menjelaskan bahawa manusia itu akan jauh lebih berakal dari mereka, maka Iblis menolak mutlak sedang malaikat menerima mutlak. Malaikat mutlak redha dan syukur, sedang Iblis mutlak engkar. Akibatnya, Iblis bergelumang dengan manusia di dunia ini dan Neraka adalah akhirnya dia. Sedang malaikat terus kekal dekat kepada Allah di Syurga dan patuh mutlak kepadaNya..... bersambung In Shaa Allah
0 comments:
Post a Comment