Saat ada musibah di mana-mana, Umat Islam tidak berupaya untuk segera hadir membantu. Seringnya, Umat lain datang segera, menjadikan kita sering tercorot. Lantas, kita sering dipandang sebagai Where are you when we are already there? Kenapa? Kini saya perhatikan, saat keperluan mendadak ini menjelma, maka pelbagai pihak akan cuba berlumba-lumba menghulur tangan. Namun tidak kurang yang mengambil kesempatan atas dasar dan kepentingan apapun. Ini saya perhatikan, saat Ramadhan, berbondong-bondong membagi makan anak-anak yatim dan orang-orang tua dan atau susah. Lepas Ramadhan apa jadi? Sama hal bila menjelang Aidil Fitri, semua ingin kelihatan baik-baik sampai Berita TV tidak ada berita lain melainkan orang-orang bermurah hati. Begitu juga menjelang Aidil Adha. Beribu orang mengutus korban ke Kemboja konon masyarakat di sana sangat memerlukan. Namun berapa ramai yang sedar korban mereka jadi korban di tengah jalan. Saya bersendiri telah melawat empat buah Masjid utama di Phnom Pehn serta sebuah di Vientien, Laos mengenai ini. Semua mengeluh orang Malaysia betul-betul bodoh kena tipu. Begitu juga saat musibah menjelma. Kita seperti ribut berebut-rebut mahu jadi baik, namun kebenarannya tidak diketahui. Pokoknya, kita sangat bermurah hati, namun kemurahan kita itu tidak terurus baik, maka kesan kemurahan itu tidak jelas. Kenapa pula tidak masyarakat kita sepakat mengatur langkah agar segalanya menjadi cekap dan benar-benar terkesan efficient and effective? Kenapa harus kita terus saja mahu membiarkan segala yang tidak betul berleluasa sehingga akhirnya membunuh segala kebaikan? Memang biar segalanya sebegitu lantaran niat kita suci, namun adakah wajar ketempangan tidak kita peduli dan terus biar suburkan? Apakah Allah suka sikap sebegini?
(2) Difahami, sedekah di bulan Ramadhan akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda. Benar, dan itu dalam keadaan biasa. Namun adakah sekadar sebegitu cara Allah menghargai segala sedakah?. Renungkan kejadian, di mana seorang hamba Allah hanya sekadar memberi minum anjing dalam kedahagaan, maka janji syurga adalah untuknya. Sama halnya dengan penceritaan Mustapha Al Mustapha yang tidak pernah pergi Haji namun Haji mabruh dia perolehi dengan cara mensedekahkan tabungan sepanjang hayat Hajinya kepada jiran yang sedang kebuluran. Saya yakin, pada saat keperluan genting, sedekah yang dihulurkan pasti Allah berikan ganjaran yang sangat mulia. Tidakkah itu maksud prihal dua cerita seperti saya sebutkan diawalnya tadi? Maka konsep waktu bersedekah harus kita nilai dengan bijak. Saya mengira, Allah melipat gandakan ganjaran segala kebaikan di bulan Ramadhan punya sebab yang sangat luas. Ini harus kita renungkan secara meluas dan mendalam. Saya yakin, Allah mahu kita memupuk sikap kemurahan maka jika kemurahan itu kita lanjutkan, pasti Allah akan menghitung itu dengan cara yang kita tidak ketahui. Maka berapa banyakkah Surah Al Quran yang mengesa kita menginfak perolehan kita ke jalan Allah tanpa ada pernyataan batas waktunya?
(3) Saban tahun, berapa peratuskah kalangan pekerja di Malaysia pencen? Kalau saya mengambil tempoh purata 35 tahun sebagai cut off tempoh perkhidmatan, maka dari seluruh rakyat Malaysia yang bekerja berjumlah 12,723,200 orang pada tahun 2012 berbanding 12,123,000 (2011), maka saya menduga sekitar 1.5-2 peratus setahun iaitu berkadaran dengan pertambahan penduduk Negara akan meninggalkan alam pekerjaan rasmi iaitu bersara setiap tahunnya. Ini bermaksud sekitar 200,000-250,000 orang akan bersara saban tahunnya. Cuba perhatikan, pada tahun 2013, terdapat sekitar 7.4 peratus penduduk Negara ini adalah berumur 55-64 tahun. Jumlahnya adalah sekitar 2,191,565 orang. Bagi umuran 65 ke atas adalah 1,563,292 orang iaitu seramai 5.3 peratus. Dari sejumlah 13.1 peratus mereka yang berumur 55 tahun ke atas, jika ditolak mereka yang dianggap sebagai Elder Depencency maka sekitar 5.6 peratus masih dianggap sebagai aktif. Ini meliputi sejumlah 1,658,482 orang. Sukar untuk mendapatkan Tahap Pendidikan bagi rakyat di Negara ini. Namun, jika kita mengambil perangkaan jangka hayat penduduk Malaysia sekitar 72 tahun, maka dari demografi semasa mereka yang berumur 24 tahun ke atas adalah sekitar 55 peratus iaitu seramai 16.288 juta orang. Inilah golongan yang berpotensi berpendidikan tinggi. Namun berasaskan purata umur hayat, sejak kita merdeka pada 1957 dulu iaitu sekitar 57 tahun dahulu dan mengambil kira kadar kemasukan di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan dan luar Negara, secara puratanya dari mulanya hanya beberapa ratus orang sehingga kini sekitar 200,000-300,000 orang, maka saya mengira ada sekitar 4-5 peratus dari kalangan berumur lebih dari 25 tahun mempunyai pendidikan tinggi. Mahathir Mohammed, Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim adalah di antara mereka. Ini berjumlah sekitar 1.00 juta hingga 1.20 juta orang. Namun jika peringkat diploma diambil kira, pasti angka ini boleh mencecah sekitar 4.00-6.00 juta orang iaitu sekitar 14-20 peratus adalah berpendidikan diploma ke atas. Atas perkiraan sebegitu, maka 28,000-50,000 orang berpendidikan sehingga diploma bersara saban tahunnya. Angka ini di tahun-tahun kedepan pasti jauh lebih tinggi jika kita mengambil kira kadar pengeluaran mereka yang berpendidikan diploma ke atas semasa iaitu sekitar 200,000-300,000 masa ini. Jika kita mengambil usia 58 tahun sebagai umur persaraan, pada umur hayat berpotensi aktif iaitu sekitar 65 tahun, maka kini saya menganggar kedapatan tidak kurang dari 250,000-450,000 orang berpendidikan tinggi adalah persara berpotensi aktif. Biar dari segi perangkaan relatif dan mutlaknya adalah rendah, namun simpanan wawasan, gedung ilmu dan pengalaman mereka adalah sangat tinggi. Dengan ini, saya yakin, sumber tenaga sukarelawan tidak akan menjadi masalah untuk mendokong Mercy Malaysia. Ini adalah jangka perangkaan pertama yang harus kita perhatikan.
(4) Dengan pertambahan mutlak penduduk adalah tinggi serta keadaan penempatan yang bersesak-sesak, sebarang musibah pasti memberi kesan yang sangat besar. Keperluan untuk menghulur bantuan segera kepada mangsa musibah kian mendadak. Ada ketikanya, bantuan pihak awam terpaksa melalui pelbagai kerenah yang melambatkan segala, maka keberadaan NGO menjadi kian penting. Mercy Malaysia sebuah badan NGO yang bermatlamat menghulur bantuan segera di mana-mana di masa kecemasan harus dihargai. Malah badan ini harus dikembang dan diangkat agar jauh lebih cekap dan berkesan dari Persatuan Bulan Sabit. Peranan ini harus terus juga berkembang dengan mantap menjadi suatu icon Negara yang semua pihak boleh berbangga. Saya melihat Mercy Malaysia boleh bergerak pada landasan jati Malaysia. Sesungguhnya di Negara ini, kian ramai mereka yang pakar sudah bersara namun masih punya kudrat untuk berbakti. Lebihan tenaga dan kepakaran mereka ini harus dimudahcarakan dengan baik agar rakyat Negara ini akan terus menyumbang dalam pembinaan dan mengharumkan Negara secara berterusan. Saya yakin dengan cara ini, Negara dan rakyat Negara ini akan punya harga diri yang tinggi kedua-dua di persada tempatan dan antarabangsa. Inilah fakta kedua yang Mohd Najib Abdul Razak dan bahkan Adenan Satem harus hargai. Cuma janganlah ianya dipolitik bodoh serakah. Biarlah Mercy Malaysia menjadi NGO yang benart-benar professional.
(5) Sesungguhnya kedudukan Malaysia di kawasan Rim of Fire dan segala bentuk rupa ancaman Cyclone taufan punya maksud dan kepentingan tersendiri. Musibah tidak terduga kapan saja bisa melanda kita juga negara-negara tertangga. Bantuan segera dari kita adalah benteng diplomasi paling ampuh. Apa lagi, kita juga dikelilingi oleh kelompok-kelompok minoriti Islam yang tertindas hebat biar secara politik juga keadaan. Mereka perlu pembelaan, bukan lantaran mereka perlu dibantu namun saya kira lebih kepada tanggungjawab kita mengurus khazanah Allah untuk semua UmatNya. Di rantau negara-negara Islam, Allah telah memberikan amaran betapa Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah diam untuk memusnahkan kita. Ini bukan amaran CIA dan atau Scotland Yard, ianya adalah peringatan dari Allah. Ianya pasti berlaku dan akan terus berlaku selagi Yahudi, Nasrani dan Islam wujud. Lantaran itu, sasaran jahat mereka pasti mengesan musibah keperitan kepada saudara sesama kita. Sesungguhnya, semua ini, Allah asakan agar kita bijak mengatur langkah jangka panjang dan berkesan. Kebijaksanaan kita menjangka musibah dan menyusun langkah cepat bagi mengatasinya, pasti menjadikan kita Negara yang terhormat oleh rakan juga musuh. Saya mengira inilah asas bagi kita membangun local grown NGO professional demi membela Ummah.
(6) Pada masa ini terdapat sekitar 1,400,000 kakitangan awam di peringkat persekutuan. Jika di campur dengan mereka yang berkhidmat di peringkat Negeri, pasti angka ini boleh mencecah sehingga ke 1,800,000 orang dan apa lagi jika dicampur dengan mereka yang bekerja di GLC pasti angka ini boleh mencecah 2,200,000-2,500,000 orang. Saya menjangka sekitar 30 peratus dari tenaga kerja ini adalah kalangan Berpendapatan Menengah ie antara RM3,500.00-7,500.00 sebulan dengan purata sekitar RM4,500.00 sebulan. Sekitar lima peratus pula adalah berpendapatan sederhana tinggi dengan pendapatan bulanan sekitar RM7,500.00-20,000.00/bulan dengan purata RM12,000.00/bulan. Selebihnya saya menduga iaitu sekitar 50 peratus lagi boleh digolong sebagai Menengah-Rendah dengan pendapatn sekitar RM1,500.00-3,500.00 sebulan menjadikan purata sekitar RM1,700.00/bulan.
(7) Berasaskan andaian-andaian tersebut, dan jika sekitar 20 peratus baki perkerja awam dan separa awam dikecualikan, dan jika kita menggunakan anggaran rendah dan purata maka: 2,200,00 x 0.30 x 4,500 + 2,200,000 x 0.05 x 12,000.00 + 2,200,000 x 0.50 x 1,700 = RM 6,160,000,000.00/bulan perlu dibelanjakan untuk membayar gaji kasar mereka. Andaikan, 60 peratus dari semua pekerja ini adalah Muslim, maka nilai 2.5 peratus dari jumlah ini adalah bersamaan RM92,400,000.00 sebulan. Anggaplah dan sewajibnya setiap orang Islam yang berpendapatan RM11,000.00/bulan wajib membayar zakat, maka inilah nilai yang seharusnya dikutip untuk keperluan pembersihan harta dan pendapatan mereka. Saya melihat jika 30 peratus dari jumlah tersebut dapat dikumpul dan diperuntukan bagi Mercy Malaysia, pastinya mereka punya Peruntukan berjumlah RM27,720,000.00 bulan untuk segala gerak kerja mereka. Saya ingin mensasarkan Umat Islam dulu sebagai asas pengukuhan Mercy Malaysia lantaran ianya adalah lebih mudah serta punya hujah-hujah pokok yang lebih sahih.
(8) Mengikut perangkaan 2012, terdapat lebih kurang 12,723,200 penduduk bekerja di Negara ini. Secara umum, penduduk Muslim di Negara ini adalah sekitar 60 peratus. Maka jumlah keseluruhan mereka adalah sekitar 7,633,900 orang. Dengan mengambil kira Pendapatan Purata Keluarga bernilai RM5,000.00 dan atau sekitar RM1,000.00/bulan (HIS 2012) bagi setiap pekerja, maka setidak-tidaknya kalangan Muslim di Negara ini menjana pendapatan sekitar RM7,633,900,000.00/bulan. Maka nilai 2.50 peratus dari angka ini adalah RM190,847,500.00 sebulan. Membanding perkiraan ini dan para (7) di atas, bermaksud Sektor Awam dan Swasta Muslim boleh menyumbang pendapatan Zakat yang seimbang. Maka 30 peratus dari angka tersebut adalah RM57,254,250.00 sebulan. Apakah yang boleh dibuat dengan wang RM57.25 juta sebulan? Sesungguhnya ini sudah sama dengan Perbelanjaan Kerajaan Negeri Kelantan sebulan. Bayangkan betapa hebatnya? Maksudnya jika Muslim di Negara ini bersatu hati membulat tekad, sumber kewangan bagi Mercy Malaysia untuk jadi gagah adalah mudah. Namun begitu, Mercy Malaysia harus jadi milik rakyat Malaysia dan ianya mesti disusun semula agar benar-benar professional berdaulat.
(9) Di dalam banyak Surah dan atau Ayat-Ayat Al Quran yang mengesa agar Umat Islam menunai dan memelihara sholat, Surah dan atau Ayat-Ayat Allah pasti sering mengandingkan seruan sholat dengan keperluan mengeluarkan Zakat dan menginfakkan harta ke jalan Allah. keperluan mjengeluarkan zakat disebut 30 kali di dalam Al Quran, dan 27 kali disebut bersama bergandingan dengan keperluan sholat. Secara keseluruhan terdapat 82 kali perkataan yang bermaksud zakat dan menyerupai zakat disebutkan di dalam Al Quran. Dari 30 sebutan khusus mengenai Zakat, 22 darinya diturunkan di Madinah, sedang hanya delapan di Mekah. Perbedaan jumlah ini pasti punya sebab tersendiri jika kita dapat mengkajinya dengan teliti. Begitulah betapa Allah itu sangat mementingkan Umatnya supaya menjaga kemakmuran UmmahNya. Zakat sebenarnya tidak asing bagi Yahudi, cuma mereka telah menukarnya menjadi riba. Di zaman Muhammad SAW dan para Khalifah Arrashidun, puak-puak yang memusuhi Islam diberikan dua pilihan untuk jalan damai iaitu samada memeluk Islam dan atau membayar cukai, dan bagi Umat Islam, Zakat adalah sangat keras dilaksanakan. Namun Muhammad dan para Khalifah jelas dan telus akan pegangan amanah mereka dalam menguruskan harta zakat. Seingat saya di tahun 1960an, orang tua saya biar Islam mereka samar namun saya melihat mereka sangat patuh mengeluarkan zakat. Perolehan padi dan tanaman lain mereka keluarkan zakat buat membantu kaum keluarga dan para jiran yang memerlukan. Juga semasa saya umuran 14 tahun, saya banyak menerima zakat dari saudara-saudara Muslim saya di Kampung di Kelantan di mana saya menjadi anak angkat sebuah keluarga petani. Namun kini, biar pendapatan dari sawit para petani jauh melimpah ruah, saya tidak melihat adanya sesiapa di Kampung mengeluarkan zakat. Begitu juga prihalnya dengan para nelayan dan segala. Di kalangan yang berniaga dan berkeusahawanan sendiri apa lagi absencenya. Kenapa? Saya mengira pendidikan tentang zakat sudah kian memudar. Penyampaian dan kesampaian sudah tidak dititik beratkan lantaran kepercayaan segala boleh dicapai di Internet sedang hakikatnya orang Melayu kurang membaca dan lebih membaca hiburan dari menghambat ilmu. Juga saya melihat proses penerimaan zakat seperti dipayahkan sedang ianya adalah mudah. Akad tidak perlu, yang wajib adalah niat sahaja. Amil juga tidak perlu, Tabung-Tabung Khas dan atau Akaun Khas boleh juga. Soal mengira Nisab dan Haul, masih banyak pendapat mengenainya. Cuba kita mudahkan:
(i) Dalam soal Nisab iaitu Annual Floor Earning Pendapatan Paling Rendah tahunan wajib Zakat. Saya mengambil contoh bagi Negeri Selangor 2014, nilai Nisab adalah RM11,000.00 setahun. Kita anggarkan sahajalah apakah Total Basket Earning kita dari segala sumber adalah bersamaan RM11,000.00 setahun seorang dan atau sekeluarga. Jika mencapai tahap itu, maka keluarkanlah Zakat. Berapa nilainya, ambil mudah sahaja, dari setiap RM10.00, keluarkanlah 25 sen. Atau paling mudah Zakat bernilai RM1.00 adalah bagi setiap pendapatan sekitar RM40.00.
(ii) Dari segi Haul iaitu harus cukup tempoh setahun. Ini juga jangan dipersulitkan. Jika boleh dikeluarkan setiap bulan, maka keluarkanlah. Jika perlu Audit sehingga setahun, maka keluarkanlah selepas Audit. Namun, mudah-mudahan kefahaman saya adalah betul, kita boleh mudahkan saja. Secara umum kebanyakan kita adalah masyarakat pekerja. Sebahagian masyarakat tani. Bagi masyarakat tani, selesai saja setiap musim panenan, keluarkanlah Zakat. Bagi masyarakat pekerja, pendapatan kita pasti agak tetap. Maka keluarkan saja setiap bulan. Kita harus mulai memisahkan komponen Zakat dengan komponen Cukai Pendapatan secara jelas kerana kedua-duanya diurus oleh dua badan yang berlainan serta punya tujuan dan bidang tanggungjawap yang mungkin berbeda. Memang kita boleh niatkan Zakat ke dalam Cukai Pendapatan kita, namun kita harus sedar akan penggunaannya.
(iii) Mengenai mekanisma kutipan Zakat. Ini harus kita mudahkan tetapi aturkan dengan sempurna. Tidak perlu Amil khusus. Pertama Paparkan Akaun Zakat Sahih di semua tempat awam yang patut. Kedua, aturkan Tabung-Tabung Zakat di banyak tempat agar sesiapa sahaja dan di mana saja yang patut boleh menunaikan kewajiban Zakat mereka. Hanya ingatkanh agar pembayar melafaz niat. Bagi yang punya Pay Slip itu mudah, buat saja Arahan Perbendaharaan juga boleh membuat Bank Instruction.
(iv) Pendidikan mengenai Zakat harus disemak segera. Isi dan cara penyampaian pendidikan harus selari dengan zaman. Janganlah menggunakan cara kurun ke 13 terus-terusan. Mulalah dulu dengan yang asas. Jangan terlalu banyak yang akhirnya meresahkan mengecutkan pembayar.
(10) Mohd Najib Abdul Razak, apa lagi UMNO tidak perlu rhetoric dalam usaha membantu saudara seIslam juga masyarakat lainnya. Kehebatan kita bukan bila mana kita setiap malam menerima Mock Cheque. Belanja mengurus majlis penyampaian Mock Cheque terkadangnya jauh lebih mahal dari nilai cek yang disampaikan. Hebatnya kita lantaran kita punya mekanisma automatis dalam mengurus segala. Sifat rhetoric saya kira tidak jauh sekadar riak bermuka-muka, namun strategis diam melaksana on time itulah disiplin yang Allah mahu UmatNya miliki atas seruannya agar kita memelihara Sholat, bersahur-berbuka puasa, dan haul zakat. Tidak tanpa sebab, di dalam Al Quran, Allah mengingatkan berulang-ulang kali tentang soal masa, timing. Mohd Najib tidaklah perlu taksub dengan konsep CSR lantaran itu adalah budaya Barat bermain wayang, telur sebiji heboh sekampung. Di dalam sebuah Negara, tanggungjawap kemasyarakatan adalah wajib bukan sekadar tempelan CSR.
(11) Apakah perlu untuk Mahathir Mohammed untuk menyuarakan ini, maka baru Mohd Najib tergerak hatinya. Tidakkah boleh dia melakukan banyak perkara pada asas pemikiran dan pemerhatian jitu lainnya? Ataukah transformasinya hanya pada perkara-perkara lumrah tanpa melihat jauh ke depan akan prihal yang lebih luas yang mampu memberikan rakyat Malaysia punya rasa diri gagah? Atau mungkin dia sudah lupa akan Masakiq Islamnya, sehingga dia membawa dan menanam sikap tangung-tangung, tanguh sebagai asas budaya jati diri Melayu? Ataukah dia perlu huraian sejelas-jelasnya akan maksud Surah mudah Al-Maun di mana Allah mengingatkan betapa siksaan bagi mereka yang melupa, menidak, melalaikan tanggungjawap terhadap yang yatim piatu, miskin, yang berpura-pura, yang riak menunjuk-nunjuk? Kita Umat Melayu dan Muslim di Negara ini harus punya sikap tegar membantu saudara-saudara kita, agar seluruh Umat Islam punya teladan kukuh untuk kita bersatu. Tidakkah Allah mengingatkan kita, saat kita bersatu maka merindinglah mereka. Apakah kita lupa segala ini?
(12) Marilah kita letakkan No Akaun Media Prima MayBank 5642 7651 0331 yang akan menyalur seluruhnya sumbangan kita kepada Mercy Malaysia untuk kegiatan mereka di dalam Nota Hp kita. Setiap kali kita mengambil wang, buatlah money transfer ke Akaun tersebut. Niatkan saja sumbangan kita seberapapun sebagai Zakat Pendapatan dan Harta dan atau sedekah buat Fisabillillah Palestin. Soal selanjutnya biarlah para "Akauntan Allah menghisabnya.

Kuching, Sarawak
15-18 Julai, 2014
0 comments:
Post a Comment