Saya telah ke Papua New Guinea (PNG) sejak April 2007 dan kemudian beberapa siri berikutnya atas tugas untuk membawa pulang spesis rumbia yang terbaik dari sana. Juga saya telah diarahkan untuk melihat peluang pelaburan pemprosesan sagu. PNG dianggarkan mempunyai 5.00 juta hectare hutan sagu yang tumbuh melata saujana mata memandang di sepanjang Sg Sepik iaitu sungai terpanjang di negara itu. Pada Mei, 2008 iaitu sekitar 15 tahun dahulu, dalam lawatan saya ke tiga kalinya ke PNG, saya telah dimaklumkan adanya spesis khusus rumbia di kepuluan Bougeinville. Spesis ini adalah endemik bagi Baougeinville di mana pokok sagu spp ini tidak mengeluarkan sulur. Sifatnya seperti kelapa. Pembiakan adalah dari biji. Hasilnya juga dikatakan sangat tinggi. Ketinggian pokoknya saya perhatikan adalah sekitar 30-40 meter berbanding rumbia kita hanya sekitar 10-12 meter. Batangnya pula sememangnya jauh lebih besar dari yang ada di negara kita dan bahkan Thailand. Ada pihaki yang mengangarkan bahawa sebatang spp ini boleh menghasilkan satu tan tepung sagu ie 500 peratus lebih tinggi dari sagu kita.
(2) Perjalanan ke Bougeinville adalah amat menarik. Saya menaiki pesawat ke Rabaul Ibuwilayah Pulau New Britain dari Port Moresby (POM) ie Ibukota PNG. Tidak banyak sagu di New Britain. Dari New Britain, saya perlu ke Kavieng ibuwilayah Pulau New Ireland di luar New Britain. Dari Rabul ke Kavieng, saya perlu menaiki speed boat single engine 40 HP membelah Laut Bismark yang berupa sebahagian dari Lautan Pasifik lantatan pesawat dari Rabual-Kavieng adalah cukup tidak menentu. Perjalanan ini cukup menarik dan ngeri sebetulnya. Ngeri lantaran kami hanya menggunakan single engine dalam bot tanpa penutup. Hujan atau panas maka kami perlu hadapi. Bot pula sarat dengan segala jenis penumpang seperti ibu-ibu dengan anak-anak kecil. Tiada kemudahan keselamatan tersedia rapi. Pengalaman saya di Sarawak, kita biasanya ada spare engin. Cuma agak melegakan lantaran ada beberapa boat lain juga mengiringi kami. Rakan-rakan bersama saya mereka kelihatan cemas namun tidak buat saya mungkin pada masa itu saya adalah bujangan dan jiwa pertualangan para datuk-moyang saya bangkit pada diri saya.
(3) Ada ketika boat kami akan dikejari oleh ikan lumba-lumba dolphine. Begitu juga saban ketika ada saja flying fish menjelma dari dalam laut dan terbang untuk beberapa puloh meter di depan kami. Lantaran ombak kuat, saya tidak dapat merakam perlumbaan kami dengan ikan lumba-lumba ini dengan baik. Lagipun mereka tengelam timbul cukup cepat. Sesungguhnya pengalaman seperti ini cukup mengujakan serta sukar untuk ada kedua kalinya melainkan mungkin kita turut serta dalam National Geographic Expedition. Tempoh perjalanan dalam cuaca yang agak tenang memakan masa sekitar lapan jam membelah laut Pasifik Selatan.
(4) Dari Kavieng kemudian ke Buka ie ibuwilayah Bougeinville saya perlu menaiki helikopter. Kerana terbang menggunakan helikopter, saya mendapat privilege untuk duduk di cockpit bersama pilot. Berbekal kamera Canon yang tercanggih pada masa itu, maka saya dapat berleluasa mengambil gambar di sepanjang penerbangan itu. Sesungguhnya tidak mudah untuk dapat ke Bougeinville jika tanpa kebenaran khas Gabenor wilayah tersebut. Ini lantaran Bougeinville adalah wilayah autonomus. Gabenurnya pula adalah bekas pemberontak yang menentang Kerajaan Pusat akibat rasa tidak senang hati mereka terhadap perusahaan perlombongan di Pulau itu di mana mereka hanya melihat sisa kemusnahan sedang para kapitalis dan koruptor bermewah-mewah senang lenang. Saya kebetulan agak akrab dengan anak Perdana Menteri Sir Micheal Somare yang bernama Sana Somare. Sana mempunyai hubungan rapat dengan Gabenur Bougeinville bernama Fidalis. Saya dalam usaha mencari ruang pelaburan juga telah membantu Sana Somare untuk membuat Pelan Induk Pembangunan Wilayah Wewak iaitu wilayah pegangan ayahnya. Sana menyarankan agar saya ke Bougeinville untuk bertemu Gabenur Fidalis dan merangka Pelan Pembangunan bagi Bougeinville yang mana saya lakukan dengan agak pantas menggunakan teknologi GIS dan Remote Sensing. Hakikatnya, saya dapat menyelam sambil minum lantaran kepakaran saya dalam bidang GIS dan Perancangan Wilayah dan Desa. Biarpun saya berada 3,000 KM dari Pejabat, namun tetap saya boleh berhubungan dengan para pakar GIS dan Remote Sensing saya untuk memandu mereka membuat Pelan seperti saya rencanakan.
(5) Sesungguhnya, dengan kebenaran Fidalis, saya kemudian dapat membawa pulang 20 biji buah spesis sagu endamik Bougeinville. Caranya adalah lewat tipu muslihat: "Nenek saya suka makan biji sagu, dan biji sagu berkenaan adalah paling besar pernah saya lihat dan pasti enak buat hadiah kepada nenek saya". Fidalis percaya, lalu membenarkan saya membawa pulang biji-biji sagu berkenaan, biar hakikatnya nenek saya semua sudah tiada. Saya perlu akal licik untuk dapat membawa keluar biji sagu berkenaan.
(6) Bougeinville adalah sebuah kepulauan gunung berapi. Seluruh banjaran tengah pulau adalah siri gunung berapi yang separuh aktif iaitu tetap mengeluarkan lava yang kecil. Saya difahamkan, aliran anak-anak sungai yang terhasil oleh banjaran pergunungan berapi ini sentiasa mengalirkan bijih-bijih emas. Namun oleh kerana Bougeinville terpisah agak jauh dari pulau besar PNG, maka dagangan emas mentah ini tidak dimungkinkan. Bukan saja di Bougeinvill perkara ini terjadi, malah di banyak tempat di PNG kita boleh mendapati bijih-bijih emas. Jika kita ke pasar minggu di Port Moresby, Lae atau Wewak, kita akan dapati penduduk tempatan berjual bijih-bijih ini. Keseluruhan kepulauan Bougeinville adalah pulau batu karang yang cukup indah dipandang dari udara. Ianya merupakan gugusan pulau-pulau dengan air hijau biru yang cukup tenang dan nyaman. Pada ketika-ketikanya kita akan dapat melihat sekumpulan ikan-ikan tuna dan dolphine saling berlumba-lumba di perairtan luar pantainya. .
(7) Pulau-pulau kecil yang bertaburan di sekeliling Bougeinville. Cukup indah. Cukup menyegarkan. Paling menguja buat saya lantaran Sarawak atau Borneo sangat kurang adanya pulau-pulau di luar persisir. Pulau-pulau ini membentuk lagoon yang cukup indah dan banyak ikan. Kuasa Allah, kepulauan seperti Baougeinville yang kecil tirus dan mempunyai tanah datar yang agak terhad, tidak mungkin bijirin berupa pilihan terbaik sebagai tanaman ruji mereka. Sagu spp khas Allah adakan dan di luar pantai pula penuh dengan kekayaan protein. Hotel tempat saya menginap di bina di tebingan pantai batu karang. Di dalam air di bawah hotel tersebut, sememangnya penuih dengan segala jenis ikan. Bahkan gamat juga kelihat banyak. Ibarat jika kita hendak memancing, kita boleh pilih ikan mana yang hendak kita pancing. Sebegitulah kekayaan Bougeinville yang Allah anugerahkan.
(8) Bougeinville mempunyai keunikan luar biasa. Flora faunanya sememangnya cukup mengkagumkan. Paling menarik perhatian saya adalah warna kulit penduduknya. Cukup hitam. Bukan hitam sebarangan hitam. Sehitam hitamnya keyboard PC. Namun biar hitam, mereka berpunya kulit hitam yang halus. Tidak kasar seperti Minah Hitam Amerika. Jika kita teliti betul-betul, wajah para wanita mereka mirip Melayu. Hidung kereka tidak pesek, tidak juga mancung. Mereka berpunya raut yang unik buat saya. Ini mungkin kerana mereka lebih suka digelar sebagai Malanesia dari Polinesia. Untuk mempotret gadis sisipan di sebelah, saya perlu meningkatkan ke ISO 500 untuk dapat menangkap wajahnya. Setakat ISO 100 atau 200 yang biasa kita gunakan sebagai ISO standard, wajahnya akan tampak kelabu. Buat saya mereka "hitam menawan". "Hitam manis". Rambut mereka tidak kasar biar kelihatan kasar. Rambut mereka cukup lembut, selembut kapas. Saya ada berseloroh dengan Gabenur Fidalis, bahawa saya berminat untuk membawa pulang seorang gadis dari sana. Cuma dia berseloroh balik "Are you sure, you sure can't stand their betel nut chewing habit". Saya berkata sebegitu sebab Gabenur Fidalis kebetulan ada anak perawan yang cukup menarik (gambar sisipan). Benar, biar anak-anak apa lagi yang dewasa, mengunyah pinang adalah budaya mereka.
(9) Dalam menulis artikel ini, saya tersenyum sendiri membayangkan saya melamar anak Gabenur Fidalis dan beliau menjadi suri saya pada masa itu. Minat ada namun kenapa saya terlalu lembab untuk make the move. Sebegitulah saya seringnya. Jika dia saya ambil jadi isteri, nescaya kini saya pasti boleh berdiri sebaris Taib Mahmud bersama isterinya Ragad Kurdi. Ini barulah perbandingan sagu Bougeinville berbanding sagu Mukah.
(10) Foto ini saya ambil menggunakan ISO 300. ISO 100 tidak menjelaskan wajahnya. Lihat rambutnya, bukan kuning, bukan brown. Warna rambut seirah warna perang bulu lembu ini adalah asli, tulin bukan didye. Kerinting sememangnya kerinting, tetapi bukan keriting Masai Afrika. Jika dijamah ianya selembut sponge. Saya gemar mengusap rambut mereka. Anak mata mereka hitam pekat apa lagi dibungkus oleh kornia yang putih cerah. Bibir mereka tipis tidak tebal bagikan puak-puak hitam Afrika. Body built khasnya yang remaja cukup gesit genit. Dalam firasat orang tua dulu-dulu, sosok mereka adalah benih zuriat banyak, peridi kata Melayu Sarawak.
(11) Gambar sisipan ini adalah pokok sagu Bougeniville dari benih yang saya bawa pulang pada tahun 2008. Kesemua 20 biji yang dibawa pulang tumbuh dengan baik. 18 pokok benih saya minta pihak Kerajaan Negeri uruskan dan saya membawa pulang ke kampung dua pohon sebagai warisan saya. Di pihak Kerajaan Negeri, agensi yang bertanggungjawab menanamnya di tanah gambut. Saya di Sadong Jaya, di laman rumah saya adalah tanah tanih alluvial sama seperti tanah di Bougeinville yang saya perhatikan cuma devoid of volcanic elements. Pokok ini saya tanam sekitar 2009 dan sekarang sudah berusia sekitar 14 tahun dan sudah matang penuh ie berbunga. Ketinggian pokoknya saya kira sekitar 50-60 kaki tinggi.
(12) Pokok disebelah kiri baru saja mulai berbunga sekitar March, 2023 sedang yang disebelah kanan telah berbunga pada March 2022. Pokok disebelah kanan kini berbuah sangat lebat. Saya hampir-hampir kecewa bila pada sekitar Januari 2022 melihat pokok di sebelah kanan mulai mengeluarkan pucuk bunga sedang bunganya tampak tidak menjadi. Saya sangat berharap ianya akan berbunga dan berbuah bagi membolehkan saya membiakkannya kemudian kelak. Hampir-hampir pada Feb., 2022 saya hendak menebang keduanya. Namun kuasa Allah, cuaca yang sentaias berangin menangguhkan niat saya sehingga pada suatu pagi sekitar March 2022 saya lihat bunga-bunga kecoil berhamburan di gazebo di sebelah pokok-pokok tersebut. Saya cuku bersyukur kepada Allah bila mendongak ke atas dan melihat bunganya mekar dan kelihatan berkelompok seperti saya tunjukkan di dalam foto di sebelah. Namun di sepanjang 6-9 bulan 2022 saya tidak melihat apa-apa perkembangan. harapan saya kembali pudar. Namun pada suatui petang saya dengar burung pilin riuh rendah di atas pohon berkenaan memakan buahnya yang masih kecil-kecil. Saya kembali lega cuma khuathir burung-burung itu akan merontokkan semua buah yang baru berputik.
(13) Gambar ini adalah buah dari sagu yang telah berbunga sekitar March 2022 (ke kiri sudu). Ianya memerlukan sekitar setahun baru mencapai sebesar buah pinang. Saiz matang adalah sekitar empat kali saiz berkenaan. Melihat akan perkembangan ini, saya menjangka buah matang hanya diperolehi sekitar Sept., - Okt., 2023 ie 18-24 bulan selepas pembungaan. Manakala di sebelah kanan sudu adalah bunga dari pokok sebelah kiri gambar di atas. Ianya mula berbunga pada March 2023. Saya berdoa agar buah-buanh yang terhasil adalah tulin serta subur. Saya berkira 200 - 300 biji boleh diperolehi dan jika itu betul, maka kawasan seluas 40 - 60 ekar adalah diperlukan untuk menanam benihnya nanti. Saya bercadang untuk put aside lima ekar untuk keperluan ini dan selebihnya saya berkira mahu agihkan kepada penduduk setempat untukl ditanam di sepanjang benteng tebatan banjir Sadong Jaya.
(14) In Shaa Allah jika ini berjaya, maka sagu Bougeinville akan bertukar nama menjadi sagu Sadong. Gambar sisipan di sebelah adalah pohon ynag kini sedang berbuah lebat. Saya mungkin perlu terbang ke Bougeinville untuk memohon maaf kepada Fidalis kerana membohongi beliau betapa nenek saya gemar makan biji sagu sedang hakikatnya In Shaa Allah sagu Bougeinville akan menjadi sagu Sadong. Mudah-mudahan kerja-kerja Henry Nicholas Ridley di tahun 1888 yang membawa keluar benih getah dan sawit ke Bogor lalu kemudian menanamnya di Malaya akan saya jejaki.Sagu jenis ini tidak mengeluarkan sulur, maka pertumbuhannnya pasti lebih cepat dan kerana ianya membiak melalui biji, sebarang perubahan cuaca pasti akan menjejaskan pengeluaran bijinya. Cuma caveat yang semua harus sedari, Baougeinville tidak berpunya tanah gambut. Tiori mereka yang tidak dapat memisahkan dengan fikiran bahawa sagu tumbuh di kawasan berair yang saya tidak pernah yakini harus diberikan perhatian jika ingin menjadikan sagu ini sebagai komoditi baru negara. Pandangan unothordox saya betapa, sago is not a grazing animal, so much so, ianya perlu dibersihkan bagai tanaman lainnya; sago is a living plant, maka ianya perlu pembajaan dan tidak boleh dibiarkan kepada alam untuk ianya mengeluarkan hasil yang tinggi; dan sago is not a fish, definitely its need water, but it doesn't need too much water to swim. Inilah prinsip yang saya pegang bila diamanahkan untuk mengurus Ladang Sagu Pertama Dunia pada 2002-2011. Namun saya gagal lantaran terlalu banyak pihak tidak percaya dengan apa yang saya percayai sehingga seperti janji saya kepada Taib Mahmud bahawa saya akan "resign" jika saya gagal memajukan industri sagu, dan itu merupakan sebahagian kenapa saya mengundur diri dari perkhidmatan awam pada 2011 ie sepuloh tahun lebih awal dari usia bersara wajib saya.
(15) Jika andaian bahawa sepohon sagu ini boleh menghasilkan satu tan tepung sagu, maka seekar tanaman sagu ini pada kepadatan 50-55 pohon seekar, pada harga sagu masa kini RM2,500.00/tan maka seekar tanah boleh menghasilkan RM125,000.00/ekar/pusingan atau RM10,416.00/tahun. Namun ekonomi sagu adalah jauh lebih baik dari ini jika kita mampu mencontohi ekonomi jagung di Barat. Saya telah mengamalkan menggunakan parutan sagu yang digaul bersama pelbagai bahan lain sebagai makanan ternakan seperti ayam, ititk, dan ruminen. Sesungguhnya, sagu mempunyai potensi jauh lebih besar dari jagung atau gandum jika kita cukup innovatif. Malang sagu terlalu lama disorot sebagai komoditi dari sudut pentadbiran awam dan bukan komersil sejati.
Terasi, Sadong Jaya
13 Mei, 2023
0 comments:
Post a Comment