.

2/5/2023 EKONOMI LEMBU DICUCOK HIDUNG

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 07, 2023

Share

& Comment

Minggu lepas saya ke the Spring Mall Kuching. Mula-mula bila memasuki perkarangan dan kemudian ke lobby Mall saya cukup teruja kerana saya nampak banyak kereta pakir serta para pengunjung dari KalBar. Saya mengira, pasti ini menjadi petanda baik bahawa ekonomi Negara dan kehidupan rakyat kian memulih. Paling mengujakan saya bila memasuki Parkson Store. Banyak rak-rak seperti kehabisan stok barangan. Saya kebetulan sedang mencari pan fry yang sesuai dengan keperluan buat goreng-gorengan seorang.  Pan fry yang saya perlukan seperti kehabisan stock. Saya mengira, semua ini pasti bersebabkan pembelian besar-besaran sebelum Lebaran.  Lalu saya bertanya kepada pelayan yang ada bila stock baru akan sampai. Alangkah terkejutnya saya bila dia mengatakan bahawa stock baru tidak akan datang lagi kerana mereka akan tutup operasi dalam dua hari lagi. 

(2) Tiga bulan lepas saya ke Riverside Mall. Tujuan saya adalah untuk membeli gelas juga di Parkson. Rupa-rupa sejak serangan Covid 19, Parkson di Riverside telah tutup moperasi. Yang tinggal kata pelayan berkenaan adalah di Merdeka Palace Mall. Sebetulnya saya amat jarang ke Mall kecuali ada keperluan khusus. Jika di Kuala Lumpur, tujuan saya ke Mall sebab makan dan atau menemani isteri menonton. 

(3) Merenung kembali Lebaran lepas, semasa Lebaran biar semasa Covid 19 sekalipun Kuching tidak pernah lenggang. Pada lebaran tahun 2023 ini, saya dapati jalan-jalan kelihatan lesu, malah lampu-lampu hiasan juga sangat berkurangan di kampung-kampung sekitar Kuching. Kalau diikut, harga lampu-lampu hiasan kini jauh lebih murah serta lebih menarik dari di tahun-tahun lalu. 

(4) Kebetulan tengahari ini saya malas untuk masak. Saya ke pekan Asajaya dan di sana saya ketemu operator satu-satunya Laundary 24 jam. Dia juga mengeloh. Bukan hanya perkhidmatan laundry beliau sudah susut perniagaan hampir-hampir 30 peratus, malah kini beliau juga sedang menghadapi masalah untuk service segala pinjaman perniagaan yang ada. Dengan melihat kepada pertunjuk-pertunjuk ini, agak-agak bilakah Kerajaan kita hendak focus membina semula Negara dan melupakan berpolitik. Soal pembangkang hendak berpolitik, itu sememangnya permainan mereka selagi Kerajaan yang ada terus-terusan memingggirkan mereka. Namun, Kerajaan saya kira sejak 2003 belum kelihatan memusatkan perhatian mereka kepada membina Negara. Tempoh 2003-2009, itulah tempoh Kerajaan paling berhemah sehingga apapun tidak berjalan, lalu diikuti 2009-2018 oleh Kerajaan paling bermurah hati sehingga simpanan Negara punah digunakan untuk membeli sokongan rakyat. Kerajaan 2018-2020 pula cuba berjimat cermat lantaran banyak kerja-kerja bailout terpaksa dijalankan sehingga ketagihan rakyat kepada segala macam hamburan subsidi pada 2009-2018 yang mana Mahathir telah "sekat" telah digunakan dengan bijak sehingga Kerajaan Tebuk Atap berlaku pada 2020-2021. Bagi tempoh tersebut, dengan alasan Covid 19, serta bagi menepis tohmahan bahawa Kerajaan meminggirkan rakyat susah, maka lagi banyak belanjawan diperuntukan bagi menghambur segala bentuk subsidi untuk rakyat. Ini  diikuti oleh mungkin  gelaran terbaik bagi saya adalah Kerajaan Kerbau Cucuk Hidung Ismail Saberi. Saya berkata sebegitu lantaran selepas tersingkir dari kerusi Perdana Menteri beliau merupakan paling banyak merungut sering diugut oleh partinya sendiri iaitu UMNO untuk melakukan apa yang dia rasa tidak betul. 

(5) Sekilas pandang, masalah ekonomi Negara, selain dari berpunca dari prihal pengurusan kewangan, bagi saya apa yang paling buruk adalah caramana kita menangani Covid 19 dan tenaga kerja asing. Pada awal Covid 19, tumpuan pencegahan penularan adalah kepada generasi > 65 tahun. Untuk apa? Untuk cegah penularan. Mereka umuran 7-64 tahun di kemudiankan. Kenapa? Golongan ini malah dikurung. Pengurungan golongan tenaga aktif ini akhirnya membawa kepada kelembapan ekonomi negara. Ini ditokok pula oleh langkah popular menangkap para pekerja asing dan menghantar mereka pulang. Kilang-kilang dan ladang-ladang kita lumpuh. Bahkan restoran dan segala perniagaan yang bersifat guna tenaga banyak terencat. Sesungguhnya langhkah-langkah ini telah menyekat aliran tenaga kerja ke pasaran dan Kerajaan perlu mengeluarkan segala bentuk subsidi untuk menampung kesan kemerosotan pendapatan khasnya di kalangan B40. Ekonomi lembab, perbelanjaan pula tertumpu ke sektor non-productive. Ini benar-benar mengundang Pendamik Ekonomi yang sekarang kencang berlaku.

(6) Muhammad Sabu (MOA) bahkan Anwar Ibrahim sang PMX Chamelon apakah mereka berdua ini sedar bahawa masalah Malaya kekurangan telur bukan hakiki berpunca dari pusat-pusat ternakan ayam. Punca sebenar telur berkurangan adalah akibat masalah economic of scale of production. Maksudnya bukan hakiki masalah pengeluaran sebaliknya masalah permintaan. Masalah permintaan ini bukan pula kerana permintaan per se, tetapi oleh masalah kekurangan tenaga kerja di sektor-sektor pasaran telur: restoran, hotel, pasaraya dsb. Muhammad Sabu, Anwar dan Zahid Hamidi berupa pakar-pakar rhetoric mungkin petah berhujah tetapi kurang bijak mengunakan akal fikiran untuk menganalisa root causes kepada masalah ekonomi rakyat dan Negara. Rafizil Ramli mungkin kini sedang masuk reban meneladani ayam berak kapur.

(7) Kedua saya melihat Kerajaan pada 2022 dan 2023 ini gemar menaikan OPR Bank Negara. Apa kesannya? Tidakkah ini mirip langkah Anwar pada 1998? Apa akibatnya? Jika Najib gemarkan GST sebagai sumber dana Negara, menaikan OPR apakah tidak juga bermaksud hampir serupa? GST membantai rakyat. OPR menikam perbankan, namun yang akhirnya menyaut siapa? Kenaikan OPR mungkin bagus untuk pelabur luar, namun tidak buat rakyat. Saya menjangka para pengubal polisi Kerajaan kini lebih mementingan perolehan Kerajaan dari kesejahteraan rakyat. Malangnya rakyat pula mudah dikelabui dengan pelbagai bantuan kacang butir. Yang dirembat adalah telur emas, yang dihulurkan kepada rakyat adalah kacang butir.

(8) Alahai Kerajaan mantan Menteri Kewangan Asia Terbaik 1998 (?). Inilah susu sapi (Daim Zainuddin) punya tetapi dibuboh cap lembu (Anwar Ibrahim). Ekonomi kita benar-benar ekonomi lembu dicucuk hidung. Muhammad Sabu patut aktif mengkritik prihal lembu ini lantaran itulah modal kempen beliau paling hebat dalam PRU14 dahulu. Sembang deras, kerja sebiji seperti lembu tengala.

Terasi, Sadong Jaya
7 Mei, 2023

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.