.

1/5/2023 AS I WAS DUMPED THREE TIMES IN A ROW.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 01, 2023

Share

& Comment

Dump, adalah istilah Inggeris bermaksud
terbuang. I got dumped, bermaksud saya terbuang dan atau dibuang. Dalam erti kata lain, rejected, ditendang. Tidak disukai. Apapun status perhubungan kita, dan alasannya, pada saat kita terbuang, pasti kita terkilan. Malah boleh membawa merana. Orang terbuang, disebut sebagai dumpee. Dari sudut saikologi, dumpee cukup rasa terhina. Jika seseorang dumpee tidak cukup kuat imannya, itulah yang membawa kepada duka lara merana.

(2) Teman buddy saya dumped saya pada 10 Disembar, 2022. Pesannya, "Take care. I walk alone from now." yang pada mulanya saya kira suatu senda, namun bila saya dapati hp saya diblocked; untuk sekian waktu belumlah saya bersangka buruk, namun bila pada 8 March 2023 saya dikirimi "Goodbye", maka bermula dari saat itulah jiwa saya agak tergetar. Makanya pada 10 March 2023 saya bergegas ke apartmen beliau, di Kuala Lumpur, dan saya didapati segala-gala sudah dikosongkan kecuali sekeping sejadah dan kain pelekat lama saya di almari pakaian. Saya hanya mampu menunaikan beberapa sholat dan tersimpuh sebentar berbicara dengan Allah "kenapa?". Saya terbang kembali ke Kuching pada awal pagi 11 March, 2023. Sajadah saya biarkan terhampar di ruang tamu. Bermula pada 8 March 2023 saya berstatus dumpee dan teman saya adalah dumper.

(3) Pedih, sememangnya saya pedih. Apa lagi pada 22 March bermulanya Ramadhan dan mahu tidak mahu saya wajib berpuasa. Berpuasa dalam jiwa gundah gulana serta badan yang cukup letih lantaran kerja berat di kebun, dan dengan tiada siapa meladeni sahur malah iftah, Ramadhan tahun ini Alhamdullilah saya lepasi dengan penuh tekad dan perjuangan yang paling hebat pernah saya lalui. Saya berperang antara gatrilk dan ulcer serta diabetes. Saya Allah uji secara fizik, mental, kesihatan, saikologi dan bahkan Iman. Iman saya mengental dan menyatu segala sisa tenaga yang ada pada saya untuk kembali menjadi one me. Alhamdullilah sehingga hari ini saya terus mampu berdiri dan berjalan mulai berpetualang. In Shaa Allah status dumpee yang saya miliki akan menukar saya kepada siapa diri saya yang sedikit lain dalam tempoh 6 - 18 bulan lagi. Sesungguhnya bersama dumper, saya bercita-cita untuk bertualang lalu menjadi Youtuber dan Traveloq yang hebat. Saya ingin menikmati segala makanan yang enak-enak dan asing. Namun kerana kehilangannnya, itu saya kira terhalang untuk sementara. Kini saya akan berpetualangan secara lain dulu.

(4) Dalam dua tulisan lepas, saya menyatakan bagaimana Ramadhan dan bahkan dumpee status yang saya miliki telah memaksa untuk saya bermuhasabah dan merenung ke dalam. Saya mesti merenung ke dalam. Saya tidak berminat dengan faktur luaran. Being dumped oleh Pengurus Kedai, being dumped oleh para pekerja kebun dan being dumped oleh buddy, saya dilontar dan terhenyak ke kolong gelap. Para dumper ingin melihat dumpee terbuang useless dan mungkin helpless. Dumper kedai dan kebun menjadikan saya helpless. Hopeless sebenarnya. Pertama segala perusahaan saya di kampung adalah saling berkait. Jika salah satu terhalang, maka yang lain akan terlibat sakit. Kedai dan restoran adalah pusat pemprosesan dan pemasaran saya. Kebun adalah pusat pengeluaran. Semua saling bergantung. Saat salah satu terputus, maka saya perlu bertungkus lumus mengatur strategi lain bagi memulihkan keadaan namun ada yang perlu dikorbankan. Untuk mempertahanankan dan mengembang perkebunan, maka kedai dan restoran saya korbankan dahulu. Sedang teman akrab, biar saya tidak pernah membicarakan apapun permasalahan saya dengannya, namun santai travelling, bergurau senda memperolok Muhammad Sabu dan makan-makan dapat melupakan saya kepada permasalahan yang sedang saya hadapi. Maka kini, saya cukup terdedah kepada gejala helpless dan hopeless. Namun biarpun saya adalah dumpee, saya akan melawan untuk dilihat dan atau diperlakukan sebagai useless. Apa lagi hopeless.  Allah tidak menjadikan saya sia-sia. Dia memilih saya untuk berada pada masa, tempat dan keadaan di mana saya In Shaa Allah akan paling berguna dan terhormat. In Shaa Allah saya akan berdiri, berjalan dan maju terus. Allah sentiasa ada untuk help dan juga tempat saya bergantung hope. Allah will never makes me helpless dan hopeless.

(5) Secara rasmi, saya ada tugas koprat yang kian menarik dan keberhasilannya kian  mensirna. Hanya menanti masa dan keadaan sahaja ianya akan diumumkan. Cuma saya perlu banyak bersabar dan terus memperlaku pemikiran strategis saya sebagai perancang pembangunan bandar dan desa dengan penuh versatile serta  strategik. Ini bukan usaha dan bakat yang mudah. Namun In Shaa Allah saya akan berhasil juga akhirnya di suatu hari nanti. Kemudian secara kebetulan sejak 2019 saya telah memberikan sedikit focus untuk berada sepenuh masa di kampung. Lantaran focus di kampung akhirnya saya agak senggang dengan buddy saya di Kuala Lumpur sehingga membawa kepada beliau membuat langkah dumping me on 8 March 2023. Sejak 8 March, 2023 pukulan being dumped untuk ketiga kalinya, itu benar-benar memerlukan saya mencari diri saya yang sebenar. Alhamdullilah berkat saya tidak pernah meminta apapun yang hebat dari Allah melainkan taufik dan hidayahnya ie pertunjuk lurusNya, maka bila kehilangan buddy, saya sebetulnya tanpa sedar telah menyisihkan buddies yang ada dalam diri saya sendiri sejak sekian lama. Menulis, seni taman, musik dan lukisan adalah buddies saya yang telah terpendam lama di dalam lubuk entah apanya. 

(6) Hari ini usai menanam beberapa pokok buah-buahan di tanah baru seluas 5 ekar yang sedang saya usahakan sejak Januari 2023 lepas, seraya istirehat melepas lelah lantaran cuaca panas yang mengigit, saya berfikir panjang tentang MD2 Ice Cream Station @ MyStore Galaria yang akan saya usahakan tidak lama lagi. Detail plan belumlah ada namun kini saya sedang mencari bayang-bayang ilham konsep Galaria tersebut. Kebetulan juga tadi malam saya ke pekan Simunjan kerana ada permintaan terhadap MD2. Bila kembali ke rumah saya mendapat pula dua sms meminta saya bekalkan MD2 untuk mereka di Kuching. Secara keseluruhan kini saya sudah mempunyai 5 stations MD2 di Simunjan dan Kuching. In Shaa Allah saya yakin, dengan perjalanan waktu, station-station ini akan berkembang dan saya sedang bersiap sedia untuk terus mengembangkannya. Saya menjangka untuk memasarkan tidak kurang dari 2,000 biji MD2 segar seminggu di sekitar Samarahan-Kuching pada tahun hadapan. Dengan perkembangan ini, bahang matahari mencerna ilham kepada saya betapa semua staion-station MD2 ini kemudian akan saya kembangkan sebagai Station MD2 Ice Cream and Fresh. Alhamdullilah dengan buddy di Kuala Lumpur dumped me out, dengan kudrat menyedari bahawa I'm the under dog in the eyes of the dumper, kini saya nampak saya berpunya lebih banyak masa dan sumber untuk focus to be much creative.

(7) Sekembali dari kebun, saya dapati berberapa biji MD2 yang sudah agak terlalu masak di pakiran rumah saya. 
Ada 14 biji yang beratnya sekitar 7 kg. Saya kupas. Mula saya ingin proses mengunakan Juicer, namun itu agak lambat. Maka saya blender mengguna mood juicer. Dua biji nenas saya boleh prosess tidak lebih dari dua minit berbanding jika menggunakan Juicer. 14 biji MD2 seberat 14 kg mampu memberikan saya 3 jug dan 3 botol jus tulin MD2 seperti ditunjukkan pada foto sisipan di sebelah. Jika ditambah ice cube, semuanya boleh menjadi 9 jug jus segar MD2. Di Kuching harga jualan satu jug jus nenas segar (bukan MD2) adalah sekitar RM20.00. Maka Value Added 7 Kg MD2 = 9 x 20.00 - 7X4.00 = 152 ie keuntungan sebanyak 540%.

(8) Lihat betapa enak jus MD2 tulin seperti ditunjukkan pada foto sisipan di sebelah. Golden yellow yang berupa ciri unik MD2 sangat membangkitkan selera. Cuma harus ingat, jangan simpan jus ini pada suhu (compartment) chiller, jika tidak diminum lebih dari dua hari. Enzim bromelin saya kira akan mengurai serat-serat nenas dan membusuk. Jika lebih dari itu, harus disimpan pada suhu (compartment) freezer. Apa manafaat kesihatannya? Pertama ianya kaya dengan Vitamin C. Saya perlu banyak Vit C untuk melawan sun burn kerana kerja di kebun. Kedua, jus ini penuh dengan serat. Saya kira 50 peratus adalah serat. Serat penting untuk usus. Serat jus ini berada dalam bentuk sudah agak terurai, jadi tidak sulit untuk perut dan usus untuk menghadamnya. Nenas mempunyai enzim bromelin yang boleh menjadi tenderizer. Enzim ini pasti sangat membantu perut untuk menghadam segala nutien berprotein ynag kita makan. Maka selepas makan kita minum jus nenas adalah cukup complementing pemakanan kita. Semua ini mengilhamkan saya tentang produk jualan di MD2 Ice Cream Stations yang akan saya bangunkan. Di samping ais krim, potongan segar, jus segar malah Nasi Goreng Herbal & MD2 Special juga ingin saya cipta. In Shaa Allah dalam waktu terdekat saya akan revisit Siem Reap di Kemboja dan Luang Prabang di Laos malah Chiang Rai di Thailand. Mereka di sana cukup hebat dalam sajian nasi berasaskan nenas. Saya ingat saya pernah merasakan nasi goreng nenas di Chiang Mai yang pedas, hangat dan spicynya cukup lekat di fikiran saya. Saya kira, Special Fried Pineapple Rice bila disaji dengan jus tulin MD2, pasti ianya akan menjadi signature yang cukup baik. Saya pernah mengutarakan idea ini beberapa bulan lepas kepada beberapa budak-budak kampung, saya kira mereka gagal untuk comprehend akan idea ini maka no move

(9) Di awal 2021 bila MD2 saya mula mengeluarkan hasil, saya telah menghasilkan minum herbal MD2. Campuran beberapa rempah dalam masakan kulit nenas lalu kemudian diadun bersama jus nenas, ianya mampu membersihkan rasa lendir dan kahak di kerongkong. Sesungguhnya pada kemuncak Covid 19 pada 2021, saya mengalakkan semua para pekerja saya untuk minum minuman herbal berkenaan. Ideanya mudah. Covid 19 adalah virus. DNA virus adalah protein mudah. Maka enzim bromelin di dalam jus nenas serta segala herba di dalam minuman tersebut In Shaa Allah mampu mengurai virus Covid 19 yang melekat di kerongkong sebelum ianya beralih ke paru-paru. Saya bukanlah pakar medis, namun logiknya, di alam semesta ini segalanya-galanya Allah telah jadikan secara berpasangan atau antidotnya. Jadi saya yakin enzim bromelin adalah antidot Covid 19 dalam bentuk makanan yang manusia boleh dapati dengan mudah.

(10) Kegunaan selebihnya nenas adalah kulitnya. Kulitnya jika kita hendak tingkatkan Nilai Tokokannya Value Added, banyak boleh terhasil darinya. Saya yakin extract wangian dan enzim bromelin, Vit C malah cuka boleh saja terhasil dari kulit nenas. Namun bagi saya, saya ada rencana untuk membuat bonsai pokok buah-buahan. Jika bonsai bunga menghasilkan seni indah bungaan, maka bonsai buah-buahan saya ingin menghasilkan pokok buah-buahan berbentuk bonsai tetapi lebat berbuah. Untuk itu, saya menjangka tanaman tersebut harus mempunyai pengambilan baja buah ie high K+ yang tinggi. Untuk keperluan ini kulit buah-buahan adalah bahan organik yang mempunyai K+ yang tinggi. Juga dengan meletakkan kulit buah-buahan pada pokok tanaman, pasti segala cacing dan kulat akan datang menguraikan kulit-kulit tersebut menjadikan tanah di keliling pokok itu menjadi sangat subur. Ini sedang saya experimentkan. Kita tidak perlu memperkenalkan sangat probiotik asing ke sekitaran pokok tersebut. Cukup dengan hanya kita menarik probiotik asli yang sememangnya telah ada di sekeling ekosistem pohon tersebut. Tidak lupa saya juga sedang membuat baja dari sisa dapur mengikut cara Korea dan Jepun. In Shaa Allah dalam pertengahan bulan ini saya akan mula membaja segala tanaman buah-buahan saya mengunakan baja berkenaan.

(10) Pohon belimbing madu ini saya tanam sekitar Disembar lepas. Kini saya sudah mula membuat pangkasan prunning agar ianya membentuk dahan yang simetrik mengarah kepada bentuk bonsai. Seperti manusia, bonsai harus dibentuk dari rebungnya. Inilah ilmu-ilmu kecil yang sedang saya terokai dan tuliskan agar suatu masa semua dapat diikuti oleh para petani kita di kampung-kampung malah para penduduk kota. Mudaha-mudahan sedikit ilmu ini menjadi bekal saya ke akhirat dalam menghasilakn taman Syurgawi kekal. Di sinilah apa yang saya cita-citakan bersama buddy saya yang kabur sebelum langkah-langkah tegap saya mula menelusur. Dia mkabur, biarkanlah cuma sayahng dia tidak bersama saya dalam meneroki keilmuan kekal dan menyebarkan untuk bekalan abadi di Jannah.

Terasi, Sadong Jaya
1 Mei, 2023

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.