.

3/4/2023 MY WRITING CORNER ....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 29, 2023

Share

& Comment

Sisipan foto di kiri adalah Writer Street di Denver, Colorado, USA. Ianya terletak berseberangan Univ Denver Co City Campus. Denver Writer Street adalah pelataran yang dipenuhi dengan segala kreativiti seni rupa modern. Seni arca dan bahkan segala crazy movies' acts sering dipertontonkan di situ. Pada hujung minggu kawasan ini memang penuh dengan pengunjung. Saya melanjutkan pengajian di bidang Perancangan Bandar dan Desa (MURP) di situ pada 1996-98. Writer Street adalah sebuah jalur pejalan kaki yang menyambung ke 16th Street yang berupa kawasan wisata utama di Denver. Saya kebetulan bekerja secara sepenuh masa di Payless Shoe Store di 16th Street. Saya berkerja bermula dari jam 0730 dan tamat pada 1430. Sebelum ke kuliah yang rata-rata bermula dari jam 1900 ke 2200, saya biasanya menghabiskan masa di Starbuck Writer Street untuk mentelaah apa-apa pelajaran hari sebelumnya serta menyediakan apa-apa nota bagi kuliah pada hari semasa. Sebegitulah cara saya belajar, lantaran kerana bekerja dari Jam 0730-1630, saya kesuntukan masa untuk ke Perpustakaan untuk membuat segala penyelidikan perlu. Starbuck menjadi tempat saya menyelidik dan memerhati kehidupan sebenar USA.

(2) Hari ini, cuaca benar-benar hangat di Kampung. Saya mulanya ingin ke kebun untuk menanam segala pokok buah-buahan yang saya beli di Pasar Minggu Satok Kuching pagi tadi, niat itu saya batalkan. Untuk tidak membazir masa, serta Alhamdullilah sebegitulah cara saya bila being dump. Rasa being dump  atau sebagai dumpee adalah sangat pedih. Cuma Iman dan Taqwa harus menyedarkan kita bahawa Allah tidak menjadikan kita sia-sia serta apapun semua adalah ujian dariNya. Yang kita hambat adalah berdiri menanggapi ujian dan harus lulus. Kita tidak boleh gagal. Kejayaan lulus ujian Allah adalah suatu rahmat yang In Shaa Allah sungguh bermakna dan penuh hikmah.

(3) Saya nyatakan sebelum ini bahawa saya mempunyai banyak bakat yang belum saya ketengahkan secara menyelyuruh. Seni arts adalah bakat terpendam potent talents yang Allah anugerahkan kepada saya. Mungkin lantaran saya memiliki bakat seni yang pelbagai, itu menjadikan saya perfectionist. Perfectionist adalah suatu seni. Hakikat yang jarang orang bicarakan, dengan berpunya bakat seni yang luas, sesungguhnya perfectionist mampu menjadi strategist yang hebat. Selagi sesuatu itu tidak menepati seleranya, maka dia tidak akan pernah puas. Segbegitulah strategist, selagi semua belum tergarap baik, maka dia tidak akan pernah berhenti berfikir dan merombak. Ini mungkin kedengaran anih bagi banyak orang, namun sebegitulah jalan fikir saya. Cuba lihat seorang pelukis. Selagi lukisan itu tidak memenuhi seleranya, dia akan terus melukis biarpun pada pandangan orang lukisannya sudah cukup bagus. Hasilnya, biar tidak bagus kepada orang lain, namun pada mata hati pelukis, lukisannya adalah terbaik. Tiada siapa boleh mengubahnya. Sebegitu juga bagi penulis. Menulis bukan semberono. Menulis juga adalah seni. Banyak seni tersembunyi dalam tulisan. Cuba baca tulisan Mahathir berbanding Anwar. Siapa yang mampu mengerakkan Melayu untuk menerokai bidang teknokrat. Mahathir dengan cara tulsan straight to the point, In Shaa Allah mampu menyedarkan Melayu betapa teknologi dan business adalah asas kebangkitan mereka. Anwar akan meninggalkan pembaca terkoteng-koteng tidak tahu berbuat apa dan apa caranya. Maka sebab itu jika perbandingan one-on-one dibuat ke atas Mahathir dan Anwar, pada 7 Sept 1981 Mahathir telah dapat merampas Guthrie dari pegangan British dan kemudian membentuk Sime Darby yang begitu gagah sebagai tunjang ASB hanya selepas 54 hari menjadi PM4 ie pada 16 Julai, 1981 berbanding dengan Anwar yang kini sudah 5 bulan 7 hari menjadi PMX.

(4) Kecenderungan membaca dan menulis akan terus saya kembangkan. Tulisan saya banyak bersifat hard subjects. Mungkin lantaran apa yang sedang terjadi kepada saya kini, Allah mungkin ingin saya menulis secara lebih lembut dengan bayang-bayang yang membuka kepada tafsiran comtemporary kemudiannya. Kelembutan jiwa menulis itu tergantung nuasa sekitaran menulis. Pramoedya Ananta Toer, nuansa rumahnya cukup nyaman dengan segala hiasan seni taman. Bahkan jika dilihat pada sosok Ho Chii Minh, rumah beliau di Hanoi, juga cukup terhias dengan segala bentuk seni taman yang cukup menginsiprasikan. Agar tulisan saya menjadi lebih lembut, takdir Allah secara kebetulan laman rumah saya di kampung telah saya bina berinsiprasikan  budaya Palembang dan Bali. Hijau dan water bodies menjadi tema utama saya. Sebegitu juga, mungkin DNA Jawa nenek yang gemarkan segala jenis kembang-kembangan meresap ke dalam diri saya maka pada petang ini, seni bonsai yang ingin saya terokai telah mencetuskan penciptaan Writer Corner di laman depan rumah saya. 

(5) In Shaa Allah sebuah meja bulat berwarna orange dengan kerusi jati berwarna merah, berlatarbelakangkan sebuah water garden, sederet kembangan bonsai di sisi dan seterusnya barisan nenas, pisang dan segala belimbing, limau dan cempaka yang akan juga saya perlakukan sebagai bonsai akan menjadi  unsur penting kepada writer corner saya tersebut. Saya mengira, sejak 1986 sehingga kini saya telah menjelajah ke banyak tempat di dunia ini, maka kini saya kira Allah telah menyediakan saya suatu keadaan di mana saya harus berdamai dengan diri saya dan mulai menterjemah segala permerhatian saya selama ini menjadi sesuatu pengabdian yang bukan saja paling mengasyikan buat hari-hari senja saya bahkan In Shaa Allah mengispirasi para pengunjung MD2 Ice Cream Station @ MyStore Galaria. Pada 2009 saya pernah membangun sebuah restoran bertema galaria di Kota Samarahan bersebelahan dengan kampus UiTM. MyStore galaria In Shaa Allah akan mempamerkan lukisan kehidupan saya di tahun 1960an.
6) Sisipan kembang di atas adalah satu dari tiga pokok bonsai yang akan saya bangunkan, ianya juga datangnya dari Vietnam. Baunya agak semerbak. Saya tananm kembang ini betul-betul di depan pintu ruang tamu rumah saya. Tujuannya adalah agar semerbak harumnya bersama sebaris cempaka di kelilingnya akan menyilap masuk ke rumah terutama di waktu senja dan subuh. In Shaa Allah selepas subuh, saat pintu utama dibuka, haruman itu akan menjadi rheumatic treatment khasnya bila kita berdiri menghadap kebunan nenas-pisang di depan menjauh dan katanya di awal pagi jika kita dapat bersedekahkan Al Fathihah kepada diri kita juga di saat hujan baru turun kita panjatkan doa, pasti Writer Corner ini akan berpunya aura yang cukup dahsyat kepada cara hidup masa depan saya. Mudah-mudahan ianya menjadi untuk saya perkongsikan dengan para tetamu MD2 Ice Cream Station @ MyStore Galaria.

MyStore Kg Terasi, Sadong Jaya
29 April, 2023

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.