.

2/4/2023 TAKE CARE .....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 29, 2023

Share

& Comment

"Take Care..." adalah suatu ungkapan yang cukup menarik akan maksudnya, sesuai dengan keadaan takala ianya diungkapkan dan atau keadaan pihak yang mengungkapkannya. Pertama, ianya adalah suatu doa "selamat". Saya teringat di dalam bahasa Pijin Papua New Guinea, Take Care  disebut sebagai "Looking You Behind". Jika diterjemah dalam bahasa Melayu, ianya setara dengan "Lihat Bontot Engkau". Itu tidak tepat. Apa yang ianya maksudkan adalah "Jumpa Lagi Di Kemudian Hari atau Belakangan".  Ungkapan "take care = jumpa lagi lain kali" pasti membawa maksud, bersama dan atau ketemu lagi dalam kebaikan. Dalam Islam, take care, saya kira lebih condong membawa maksud Assalamualaikum wmwbt. Namun "take care" juga boleh membawa maksud "goodbye". Dalam Melayu, "goodbye" boleh bermaksud "selamat tinggal atau selamat jalan". Intinya, adanya perpisahan. Perpisahan boleh berupa kekal, panjang dan atau sementara. Perpisahan boleh membawa rasa rindu, bahkan duka kemungkinannya.

(2) Tulisan saya terdahlu dari ini, saya nyatakan bahawa saya mendapat text dari seorang yang paling akrab kepada saya yang berbunyi: " Take care. I walk alone from now" pada 10 Disembar, 2022. Ini disusuli "no contact" dari beliau.  Kemudian pada 8 March, 2023 dia susuli textnya dengan "Goodbye", dan dia terus menghilang. Seperti saya katakan, teman ini adalah teman akrab, paling akrab sebetulnya. Di dalam Inggeris dia adalah true buddy saya. Melihat ke kiri dan kanan kepada sisa hidup saya, bairpun saya bercia-cita untuk hidup seusia Musa AS ie 127 tahun, saya berkira dialah kemungkinannya My Last True Buddy. Kami berkongsi banyak keserasian. Persahabatan kami berusia sekitar 3 x 10 tahun. Impian terakhir saya bersama dia adalah agar kami menjadi traveller petualang. Saya suka fotografi, dan telah melengkapi peratalan untuk itu sejak sekian lama. Travelling seringnya memberikan photography subjects yang bagus. Dia pula gemar bersantai. Bagi dirinya, dia perlu easy travelling untuk melepaskan dirinya dari segala kejepitan keadaan kerja dan kehidupan Kuala Lumpur yang cukup memenjarakan. Travelling pasti menemukan kami kepada pelbagai makanan yang asing tetapi enak. Itu adalah hobby mutlak kami berdua. Bersamanya saya ingin menjadi pasangan Travelloq dan atau Youtuber Intellectual. Inilah kerjaya sisa-sisa usia yang saya kira cukup santai, bermafaat untuk banyak pihak dan paling menarik. Cuma Covid 19 lalu kemudian ujian bertindih-tindih yang melanda saya pada  sepanjang Okt., 2022 telah mengakibatkan communication gap kami sehingga Disembar 2022 dan itu saya jangka menjadi titik meledak kepedihan akibat PKP Covid 19 pertengahan 2020 sehingga  awal 2022. Teman saya ini tinggal di apartmen dan sejak 2021 telah terkurung trapped di apartmen tersebut. Sejak PKP Covid 19 dikuatkuasa kami telah tidak dapat berjumpa dan melakukan segala kegemaran kami bersama selama tiga tahun tersebut. Saya yakin, PKP telah membentuk dan menumpuk jiwa murung kepadanya, sedang saya berpunya tersangat banyak aktiviti di kampung selaras dengan kehidupan merdeka di desa. Communication gap saya dan dia pada Okt., - Novembar 2022 adalah peledak kemurungan yang terpendam di dalam jiwanya. Ianya menumbuhkan rasa hampa, marah, benci dan kemungkinan curiga lantas membuah dendam kesumat pada dirinya. Saya tidak pasti, namun sebegitulah agakan saya.

(3) "Take care. I walk alone from now" dan "Goodbye" dari teman akrab saya itu, saya tidak mahu mentafsir apa kesudahannya. Pada masa ini pendekatan saya adalah saya hanya tidak henti-henti berdoa agar kami berdua tetap Allah kurniakan "Segala kekuatan, kelapangan, kesempatan, usia yang panjang dan kesihatan yang utuh agar kami terus dapat berbakti hebat kepada Agama dan Umat Muhammad SAW". Dia telah memilih jalan dan waktu kini sebagai detik mula pertualangannya. Saya ada pertualangan yang kritis yang wajar saya tangani terlebih dahulu. Bukan saya menidakkan teman saya, dia kekal abadi teman akrab saya, namun ujian Allah pasti ada tujuannya tersendiri ke atas sesiapapun. Saya telah kehilangan semua buddies saya di Kampung dan Simunjan (Sarawak). Kepada beliau, sandaran saya hanyalah kepada "Cukuplah adanya Allah untukku (kami)". 

(4) Sedih sememangnya saya sedih. Lebih dari sedih, pilu. Hampir saja berubah menjadi lara. Namun lara harus saya hindari untuk tidak meratap. Sekadar sedu dan sedan pilu, itu saya kira wajar. Saya tidak mahu jiwa saya menjadi rapuh kerana itu pasti mengundang celaka yang payah dipulihkan. Jiwa nan rapuh pasti mengundang escapism. Maruah saya pasti runtuh. Hampa, kecewa? Saya cuba melawan rasa itu. Marah, benci, hilang keyakinan, itu semua jalan ke gaung dendam yang membawa kegagalan dunggu. Saya berusaha menghindar. Alhamdullilah, sejak 1 Syawal ie 22 - 25 April 2023 lepas, bila saya memilih untuk khalwat sendiri di Pantai Damai, Kuching dan menikmati segala makanan yang enak-enak dalam suasana deru ombak Laut China Selatan, berat badan saya yang telah susut sebanyak 7 Kg kini mulai menaik dan hampir-hamjpir tenaga fizikal saya pulih penuh. Pada 26 April saya memandu ke Serian, sebuah pekan kecil 60 KM dari Kuching. Saya ingin menikmati juadah kampung yang banyak terjual di sana. Raya ke 4, semua warung masih tutup. Saya langsung meneruskan panduan ke Batang Ai sekitar 200 KM dari Kuching, tanpa rencana. Pada 27 April, saya berpatah balik ke Kuching kerana petang 28 April, Jumaat saya ada appointmen dengan beberapa Consultants. 

(5) Malam tadi, saya santai sendiri di Cafe Astana Wing Grand Margherita Hotel, saya berfikir, what next?. Jika buddies semua sudah kabur, apakah impian saya punah?  Tidak mudah untuk mencari the next true buddy, biar seorang isteri juga anak belum pasti bisa jadi true buddy. Apa lagi sekadar kekasih. Saya mempunyai banyak talents yang unleashed. Kehebatan seni melukis telah mati sejak saya memasuki Aliran Sains pada 1976. Kegemaran saya menyanyi dan muzik juga padam bila saya melangkah ke Menara Gading. Sesekali saya cuba memetik guitar, namun mood tidak pernah ada. Kegilaan kepada berpersatuan semasa di Universiti membunuh seni muzik dan nyanyian pada saya. Saya suka membaca dan menulis. Saya gemar membaca dan menulis sejak di tahun 1973. Hobby ini terus berkembang dan bertahan. Bila saya graduated pada 1984, saya menjerumus ke seni ornamental. Namun bila mendapat kerjaya sebagai penjawat awam pada 1986, seni tersebut kian memudar dan perlahan-lahan hidup dalam keadaan hidup segan mati tidak mahu. Namun ianya kekal. Saya berfikir-fikir, hobby mana yang harus saya hidupkan kembali. Membaca dan menulis itu pasti. Akhirnya, sebagai penghubung antara saya dengan teman akrab yang terakhir, saya memutuskan untuk membangun hobby seni taman saya. Saya yakin jika apa yang saya rencanakan ini terjadi, In Shaa Allah saya akan kembali dikerumuni buddies. Sesungguhnya, sebelum PKP agar apartmen beliau di Kuala Lumpur ada kesegaran, saya telah bangunkan sebuah Home Garden buatnya. Lawatan saya ke aprtmen tersebut yang telah lenggang pada 10 March, 2023, semua pokok telah kering mati. Teman tersebut meninggalkan suatu perlambangan yang cukup pedih buat saya. Sepertinya dengan hati kering, penuh tega dia melambaikan salam perpisahan. Walau bagaimanapun, In Shaa Allah atas keyakinan bahawa biar dia telah menghilang, seni menghayati alam, akan saya terus hidupkan, kerana saya percaya nyanyian alam pasti menghidup kebersamaan kami biar sekadar diimpian.

(6) Maka pada pagi ini 29 April, 2023 saya ke Pasar Minggu Satok. Di sana saya temui sepohon kembang ini. 
Katanya khas dibeli dari Vietnam. Saya tidak menafikan lantaran pengalaman saya berpertualang ke Vietnam sedikit masa lalu, Bonsai sememangnya adalah seni yang begitu berkembang di sana. Harganya cukup lumayan, saya tidak peduli lantaran ianya akan menghias jendela kamar tidur saya di kampung. Keharuman baunya, mudah-mudahan menjadi rheumatic healing scent untuk membolehkan saya mencapai usia 127 tahun, In Shaa Allah. Saya belum tahu nama sebenar dan saitifiknya, dan kerana ianya adalah pemula seni bonsai yang akan saya terokai, maka saya namakan saja ianya MELATI sempena apartmen teman saya itu tadi. Darinya Kembang Melati saya berharap hobby ini akan terus berkembang selaras dengan azam saya untuk membangun MD2 Ice Cream Station @ MyStore Galaria di laman rumah saya di Kampung sebagai usaha saya untuk kembali menghidupkan Restoran saya yang terpaksa di tutup pada 3 Okt., 2022, In Shaa Allah.

(7) In Shaa Allah, laman rumah saya akan saya penuhi dengan segala macam bunga-bungaan pelbagai aroma herbal agar dapat menusuk ke dalam hati sanubari para pengemar MD2 Ice Cream dan bersama, lantunan muzik-muzik kerohanian Islami, akan mendekatkan jiwa dan raga mereka kepada Syurgawi hakiki. Saya ingin membina nuansa Syurgawi di sini agar semua ingat bahawa jalan pulang semua adalah ke Syurga Hakiki. Di sana kita bermula, di sana harus kita kembali. Jika Syurga cita-cita kita, saya yakin, Neraka akan kita hindari. Untuk itu, Iman dan Taqwa akan menjadi pertualangan hebat bagi mereka yang mengerti, sadar dan sabar. In Shaa Allah.


MyStore Kg Terasi, Sadong Jaya
29 April, 2023

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.