.

1/4/2023 KENAPA KITA LUPA KEPADA AL FATHIHAH.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 27, 2023

Share

& Comment

Semua umat Melayu mengerti akan Surah Al Fathihah. Jika tidak pandai membaca atau hafal, semua seperti tahu bahawa Al Fathihah adalah surah yang amat penting. Terpenting sesungguhnya lantaran ianya adalah Surah Pembukaan dan Surah Induk Al Quran. Ianya Surah luarbiasa extra ordinary. Dalam istilah lain, a miraculous verse, Surah Ajaib.  Ada 7 Ayat di dalam Surah ini. Dikatakan, 5 Ayat yang pertama adalah untuk Allah. Allah cukup gembira bilamana kita melantuntkan Ayat-Ayat tersebut. Dua Ayat yang terakhir adalah Permintaan, Doa kita kepadanya. Janji Allah, lantaran kita memperakui keesaanNya dalam 7 Ayat pertama, maka doa kita pada dua Ayat terakhir pasti Dia makbulkan. Cuma, pada Ayat ke 6 & 7, ianya membicarakan jalan yang lurus. Bukan emas, isteri bidadari, kereta, ladang dan apapun hanya jalan yang lurus. Sound nothing extra ordinary. Jika di sesebuah perjalanan kita hanya dikhabarkan jalan mana yang harus kita ikuti, itu biasa-biasa. Luar biasa jika dalam perjalan jauh, kita dihantar ke destinasi dalam penuh nikmat, itu baru luar biasa. Jadi bagaimana harus kita melihat Al fathihah agar ianya adalah Surah agung dan luar biasa. 

(2) Cara saya memahami betapa Al Fathihah adalah Surah Agung, kerana jika kita biasa dalam penyelidikan apapun, konsep dan methodology adalah utama. Methodology harus jelas dan mesti ada. Methodology = jalan kerja. Jika Methodology kita betul ie jalan kita lurus, pasti hasil-hasil penemuan kita adalah benar, betul dan tepat. Maka bagi saya secara saintifik, perakuan betapa Al Fathihah adalah Surah Agung adalah betul dan benar. Jalan yang betul adalah yakin kepada Allah. Bersangka baiklah kepada Allah. Untuk mengetahui penjelasan keagungan Surah Fathihah dari sudut theology Islam, bolehlah Google Rahsia Besar di balik turunnya Al Fathihah. QED. 

(3) Al Fathihah adalah induk Al Quran. Al Quran adalah ubat segala penyakit. Penyakit bukan sekadar prihal kesihatan fizikal bahkan termasuk emosi. Saya juga yakin Al Quran juga boleh menyelesaikan segala macam kepincangan sosial lainnya seperti ekonomi, perniagaan, hubungan sesama manusia, keselamatan dsb. Sesungguhnya, Al Quran membicarakan bahawa yang mendatangkan penyakit adalah Allah. Yang menyembuhkan penyakit adalah Allah. Pertunjuk dari Allah adalah Al Quran. Maka jika kita berfikir panjang, seharusnya Al Fathihah pastinya adalah ubat paling agung kepada segala penyakit keran aianya adalah induk Al Quran. Al Quran adalah perantara paling ampuh di antara kita yang memerlukan dan Allah yang maha pemberi pengasih dan penyayang. Inilah simple logik yang saya pegang tentang hebatnya Al Fathihah.

(4) Bila musibah menerpa saya tindih bertindih bermula March 2022 - March 2023, lantaran saya mulanya melihat itu sebagai kecelakaan, maka jiwa dan fikiran saya buntu kecelakaan. Hasilnya, saya jadi resah gelisah tidak berkesudahan. Khasnya pada Okt,., 2022 kemudian terpukul lagi pada March 2023, dalam julat lima bulan, kesihatan saya jadi parah. Saya hilang selera untuk makan. Gastrik menyerang diikuti Ulcer dan pastinya hempedu dan hati yang sepatutnya mengeluarkan protein dan insulin untuk mengatur glukos dan kolestrol darah saya juga terjejas. Lantaran jiwa dan fikiran kusut, sistem otak terganggu, tidur terjejas, kesihatan keseluruhan terjjejas maka badan menjadi mangsa. Saya kehilangan 7 kg berat badan. Saya jaga berat saya kekal ideal pada 72-73 kg. Kini susut ke 64-65 kg. Maka badan saya cukup lemah. Paling tidak wajar, mental dan jiwa saya cukup rapuh. dari manusia penuh keyakinan dan mandiri, saya berubah menjadi lemah. Dari luar saya masih biasa-biasa namun di dalam saya cukup rapuh. Namun syukur, kerana saya bersendiri, para malaikat yang menjaga saya mengheret saya ke Sajadah dan di situ saya tumpah. Allah merangkul tubuh saya dan membisikan, ini bukan musibah, bukan kecelakaan, ini ujianKu. Ambilllah ujian itu dan luluslah dengan cemerlang. Saya bertanya: "Bagaimana jalannya untuk lulus cemerlang?".

(5) SubahanaAllah. Selagi kita mahu mendekatiNya dan sudi berada dalam rangkulanNya, segala-gala sebetulnya telah Dia hamparkan. Tanpa sedar dalam tangis saya berulang-ulang terbaca Al Fathihah. Entah berapa puloh kali, dalam tangis dan dalam merengkok terbaring di Sajadah saya terbaca Al Fathihah. Saya terbaca Al Fathihah lantaran saya kelaparan namun tubuh saya lemah untuk bangkit. Pemandangan saya kabur. Saya tidak mampu berdiri. Saya hanya merengkok dan terbaring cukup rapuh di Sajadah. Maka ketika lapar itu saya teringat pesan nenek masa saya kecil-kecil dulu, jika tiada apa untuk dimakan, katanya "makanlah" Al Fathihah. Dia berpesan sebegitu lantaran pada zaman dulu saya ke sekolah sering tanpa jajan. Saya tidaklah terlalu yakin dengan pesanannya, namun apa salahnya mencoba, maka saya terbacalah Al Fathihah selagi saya sadar. Benar. Pada pagi selepas Subuh hari ke tiga, saya jadi segar dan mula sedar dan itulah penemuan praktikal saya tentang the miraculous mukjizatnya Al Fathihah. Al Fathihah pelan-pelan meredakan pedih hati, kusut fikiran, patah semangat, dan lemah tenaga saya. Saya bangkit berjalan dan membuka semua tingkap dan pintu rumah. Saya memutuskan untuk berdiri dan berjalan terus dalam peliharaan Allah. saya berjalan bersama Allah bukan walking alone.

(6) Sesungguhnya, kegetiran hidup mampu mendekatkan kita jauh lebih akrab kepada Allah asalkan kita tidak pernah lupa akan Dia. Namun pada saat getir kita hanyut oleh perasaan dan kemungkinan orang ketiga. Kita tidak segera kembali kepada Allah. Kejadian pada March 2023 ini bukanlah baru bagi saya. Syukur, saya pernah menyabung nyawa sedikit masa lalu. Pada 1984, selepas graduated, saya mahu menjadi entrepreneur. Saya tidak melamar apa-apa perkerjaan. Gaji di sektor awam saya lihat terlalu kecil. Jadi saya hendak berniaga. Bermodal RM200.00 duit tabung nenek saya mula membuat ursuan trading buah limau dan tembikai antara Semera-Jemukan dan Pekan Simunjan. Saya beli limau pada harga RM0.50/kg dan jual pada RM1.00-1.50/kg. Tembikai pula pada masa itu kiraan biji. Saya beli RM2.50/biji dan jual RM3.00-3.50/biji yang beratnya saya kira antara 3.0-4.0 kg. Pada masa itu jalan belumpun terfikir oleh sesiapa. Pengangkutan adalah dengan air. Dari Semera-Jemukan ke Simunjan, saya perlu melewati laut dan muara Batang Sadong yang cukup luas dan boleh ganas. Suatu waktu, saya keluar dari Semera untuk ke Simunjan agak lewat iaitu sekitar jam 4:00 petang. Saya hanya mencapai muara Batang Sadong sekitar jam 5:30 petang dan hari seperti mau ribut kencang. Bila berada benar-benar di tengah-tengah muara Batang Sadong, ribut mula membadai dan gelombang menyerang dari belakang. Saya sendirian di dalam bot, dan air mula masuk dari buritan. Bot sudah separuh dimasuki air. Semakin lama semakin tengelam boat saya yang sarat dengan limau dan tembikai. saya dalam keadaan hopeless. Di belakang gelombang sambung menyambung. Di depan hari yang kian sore. Hujan kian melebat. Syukur, kebetulan, saya ada membawa nahkah kecil Al Quran di dalam poket seluar saya. Saya buka Al Quran tersebut dan secara kebetulan Ayat Al Kursi yang terpampang. Saya tidak hafal ayat tersebut. dengan terbata-bata saya berulang-ulang membaca ayat tersebut dan dengan kuasa Allah, bot saya akhirnya dapat berjalan laju mengilir gelombang dan akhirnya dapat beselindung di Tg Pisang. Saya selamat. Mulai dari hari itu, saya menghafal Al Kursi dan akan membacanya jika rasa tidak enak di dalam hati saya dan bahkan menjadi amalan saya untuk membaca Al Kursi pada setiap habis sholat. Alhamdullilah pada March 2023 saya menemukan mukjizat Al Fathihah dan berkelanjutan kepada Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas, Al Khautar dan malah para zikir dan selawat. 

(7) Sebegitulah Allah, pada saat kecelakaan kita dapat tukar menjadi ujian dan kita tekad menghadapi ujian, seperti janjiNya, pada saat kita lulus ujianNya darjat kita pasti berubah. Sesungguhnya, bila kecelakaan dan atau musibah kita lihat sebagai kecelakaan dan musibah, pasti kita akan mencari kambing hitam untuk kita persalahkan. Betulnya tangapan kecelakaan akan membawa kita kepada lupa untuk melihat ke dalam. Kita cari kambing hitam sedang diri kita, kita secara riak perlakukan sebagai betul. Apa benar?  Namun jika dugaan kita lihat sebagi ujian, kita akan mencari kekuatan dalaman untuk mengatasinya. Kita tidak akan melihat kepada orang ketiga. Kita tidak perlukan orang ketiga. Yang kita perlu "Cukuplah Allah bagiku". Saya yakin, jika kita Muslimin dapat melihat segala apapun galang hidup dari sudutb itu, maka perlakuan kita adalah terus memperbaiki diri tanpa perlu menuding jari. Maka benarlah kata Al Quran, jika ujian Allah kita lalui dengan penuh sabar dan tekad, kita akan termulia lantaran kita akan bertekad memperbaiki diri. Ujian Allah seharusnya membawa kepada muhasabah diri, bukan menuding jari. namun semangat ini paling payah untuk para Iblis dan Syaitan lepaskan dari hati dan fikiran kita. Pihak ketiga dari membantu merungkai dugaan, mereka biasanya lebih menyimbah minyak ke dalam kebakaran. Inilah lumrah dalamj kehidupan kita.

(8) Saya percaya saya sedang dilanda banyak penyakit. Kesihatan satu hal. Ekonomi hal lain. Kegalauan sosial juga saya kira sedang kuat melanda. Jadi dengan mukzizat Al Fathihah, apa harus saya perbuat? Alhamdullilah, di sepanjang Aidil Fitri, lantaran saya sedang sendiri, saya menghabiskan banyak masa di Hotel sahaja. Saya ingin istirehat penuh sambil mencari kekuatan abadi. Saya makan makanan yang enak-enak berkhasiat. Allah, jika kita mahu berfikir, In Shaa Allah apapun yang kita cari Dia akan temukan kita kepada jawabannya. Pada saat saya hendak minum air putih, saya teringat kepada datuk saya. Dia jenis dukun temberang. Temberang kerana siapa juga datang kepadanya mengadu sakit, yang dia buat adalah menghembus nafasnya ke air putih dan minta orang berkenaan pulang minum. Apa yang dia hembuskan? Dia tidak pernah menceritakan, maka sebab itu saya katakan dia dukun temberang. Namun bila dewasa segbegini, mana mungkin dia adalah dukun temberang. Car orang tua dulu-dulu wisdom mereka sukar kita garap. Hanya dengan jalan memerhati dan berfikir panjang baru kita nampak kebistarian mereka. Wisdom mereka hanya kita nampak bila mereka sudah tiada. Itulah lumrah wisdom. Saya bersangka, hembusannya adalah bacaan Al Fathihah (mungkin juga Tiga Qul dan Al Kursi). Maka, bila minum air putih kenapa tidak kita baca Al Fathihah 3x, 5x, 7x, 41x, 1,000x atau seberapa saja, dan minum dengan doa: "Ya Allah sembuhkan segala penyakit yang ada di dalam tubuh, fikiran dan hatiku. Bersihkan, segarkan dan kuatkanlah tubuh, batin dan fikiranku untuk terus menguasai segala ilmu untuk aku tekad berIman dan berbakti hebat kepadaMu".

(9) Saya yakin, jika di awal pagi masa sarapan dan kemudian sebelum tidur kita minum segelas air putih yang kita sendiri dan apa lagi orang yang kita sayangi bacakan Al Fathihah ke dalamnya, saya kira "Apapun kita akan dapat takluki berkat mukzizah Al Fathihah Umul Kitab". Anak-anak yang sedang belajar boleh cerdas fikiran mereka. Malah jiwa merekapun dapat kita bersihkan dari segala kekotoran jika kita yakin dengan amalan ini. Cuba pada saat kita sedang "benci, marah, curiga, tidak percaya, dengki, hasad ...." kita ambil segelas air putih dan bacakan Al Fathihah ke dalamnya, apa akan kita rasakan setelah kita amalkan meminumnya untuk beberapa kali. Cubalah pada jalan lurus yang Al Fathihah tuntuni kita. Bagi yang berpenyakit akibat cara pemakanan, cuba iringi Al Fathihah dengan Istifar.  Selamat mencuba.



Batang Ai, Sri Aman
26 April, 2023

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.