.

1/3/2023 SYUKUR ALLAH ATAS UJIANMU....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 26, 2023

Share

& Comment

Ramadhan tahun 2023 adalah sangat mencabar buat saya. Pertama pada bulan Okt saya mengalami apa yang saya duga sebagai kesan post-Covid19. Covid 19 saya jangka akan memberikan kesan negatif ekonomi dan perniagaan yang sangat mencabar khasnya bagi tahun 2023. Covid 19 menyerang pada akhir 2019 dan hanya dianggap reda menjelang Feb., 2022. Hakikatnya, Covid 19 tidaklah mereda sebaliknya ianya telah meluas berada pada setiap tubuh manusia Malaysia cuma salah urus pada 2020-2021 telah menjadikan Covid 19 itu suatu pandemik. Hakikatnya, Malaysia sudah cukup berpengalaman dalam soal pandemik, hanya dalam kasus Covoid 19, kita terlalu terikut-ikut langkah WHO dan tatacata Medis yang keterlaluan. Kita lupa mengurus kesihatan ekonomi Negara.  Dalam tahun 2020-2022, banyak dana negara telah dihabiskan untuk melawan Covid 19. Perbelanjaan ini dianggap sabagai Non-Economic Growth Expenditure. Kebanyakan dana adalah untuk langkah-langkah kawalan kesihatan, penguatkuasaan, dan subsidi bagi menyokong rakyat yang terkesan. Paling bodoh saya kira adalah cara mana kita mengurus pekerja asing yang menjadi pengerak ekonomi Negara. Pembangunan ekonomi boleh dianggap terencat bagi tahun 2020-2022. 

(2) Post-Covid 19 2023 rakyat menghadapi masalah kewangan yang cukup getir. Sesungguhnya, sejak 2015 bilamana kes 1MDB mula dibongkar, rakyat Malaysia sudah mulai merasakan Financial Distress. Pendapatan berkurang atau malar sedang harga barang terus menaik. Kesan berantai GST dijadikan alasan. Sedang hakikatnya, kewangan Negara yang terhad perlu disedia bagi pembaziran 1MDB dan segala yang berkaitan dengannya. Paling parah saya kira peluang pekerjaan juga terencat akibat kelembapan ekonomi secara keseluruhan. 

(3) Sejak 2005 saya menjalankan perniagaan runcit, kemudian restoran di kampung. Pada permulaan operasi pada 2005-2014, saya mampu mengutip jualan sehingga RM9-10K setiap hari. Namun bila GST diperkenalkan pada 1 April, 2015, berlaku kuncupan kemampuan berbelanja rakyat Malaysia. Harga barang meningkat, pendapatan samada malar atau tidak seimbang kenaikan persaraan hidup. GST mengakibatkan penguncupan perniagaan saya menjadi sekitar RM3-5K sehari. Bila Covid 19 melanda dan dengan peraturan kawalan yang ketat, terutama pada tahun 2021, perniagaan saya terus menguncup ke RM1-2K sehari. Paling parah adalah kebolehdapatan pekerja. Pekerja paling sukar diperolehi. Saya sebenarnya tidak faham bagaimana ini terjadi sedang rakyat banyak menganggur namun mereka seperti engan bekerja. Pada 3 Ot., 2022 premis runcit dan restoran saya terpaksa ditutup. Akibatnya, kerana dalam masa yang sama saya juga mengusahakan perkebunan nenas, pisang dan ternakan, maka penutupan kedai runcit dan restoran memberikan kesan ke atas pemasaran segera immediate market keluaran pertanian saya. Saya ibarat sudah jatuh ditimpa tanga atau lift mungkinnya.  Pada Okt 2022 - March 2023 nenas MD2 saya sedang mengila berhasil. Pasaran di Kuching juga agak terjejas kerana cuaca hujan yang cukup membingungkan. Kerja-kerja perkebunan juga terencat akibat cuaca yang tidak menentu. saya benar-benar tertekan mulai Okt., 2022 sehingga kini (26 April, 2023).

(4) Sebagai petani, tahun 2020-2022 cukup mengusarkan. Semua input pertanian melambung naik tanpa ada pihak yang peduli hebat. Berbanding 2020, kini saya berkira kenaikan harga input sudah melebihi 100 peratus. Biar input melambung naik harga, sebegitu juga kos boroh, namun harga komoditi sama malar dan atau rendah. Harga perlu diselaraskan dengan kemampuan beli purcashing power rakyat dan tidak berdasarkan kos input. Petani benar-benar perlu mengalami kerugian besar akibat Covid 19. Apa lagi ditambah oleh Perang Dagang USA dan China serta Perang Russia dan Ukraine.

(5) Saya pernah bercakap dengan seorang teman di Kuala Lumpur, agar dia memerhatikan, dan berhati-hati kerana saya menduga menjelang Post-Covid 19 akan berlaku banyak masalah sosial rumahtangga. Perceraian akan memuncak pada 2023. Kenapa? Paling ketara, PKP menyebabkan kemurungan terpendam potent Loneliness berleluasa. Tanpa pihak berwajib peduli hebat akibat kegalauan politik Melayu yang tidak berkesudahan sejak 1998 yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim dan sehingga kini biar beliau sedang menjadi PMX, sesungguhnya langkah PKP 2021-2022 telah banyak menimbulkan gejolak sosial di kalangan rakyat kita. Cuba bayangkan suami isteri atau keluarga terpisah jauh dan tidak boleh berjumpa selama dua tahun, telah banyak menimbulkan communication gap yang kemudiannya membibitkan pelbagai gejala terpendam potent yang lain. Mereka yang duduk di bandar paling terkesan khasnya yang tinggal di apartmen dan kondo. Mereka terpenjara di sangkar merpati. Paling merbahaya, perasaan tersepit terkurung selama dua tahun kemudian dilepaskan tanpa pertimbangan wajar bila tergadah kebentur dinding, maka meruaplah kebebasan tak terkawal menjadi tsunami membadai daratan meranap segala. Adakah kajian saikologi pernah dibuat mengenai perkara ini, serta apakah langkah-langkah consultation yang disediakan kepada rakyat dalam mendepani isu-isu ini? Saya belum nampak dan rasanya tiada siapa peduli lantaran kera-kera lebih sibuk berebut pisang. Saya pasti, langkah-langkah kewangan Negara pada 2021-2022 khasnya berkait dengan subsidi, moratorium, bantuan khas dsb yang dipanjangkan kepada kakitangan awam khasnya yang kebanyakannya menjalani kerja-kerja dari rumah yang tidakpun bersifat sepenuh masa, merupakan langkah-langkah kewangan yang cukup picek dan dunggu. Saya yakin, moratorium khasnya kini memberikan kesan susutan pendapatan kepada para penjawat awam yang terlibat. 

(6) Senario seperti saya gambarkan di atas membantai saya bermula 3 Okt., 2022 bilamana saya terpaksa menutup operasi kedai runcit dan restoran saya. Kedua-dua kedai runcit dan restoran telah saya mulakan sejak 2005 dengan pelaburan sekitar RM1.20 juta. Saya pergunakan sepenuhnya perolehan pengajian saya untuk tujuan fardhu Kifayah ini, dan kini terpaksa dihentikan. Bukan soal kekangan perniagaan yang saya sedihkan, saya paling terkesan lantaran martabat bangsa dan agama dalam berdagang dan menyediakan keperluan fardhu kifayah saya kira tidak dapat saya pertahankan akibat musibah Covid 19 (dan juga GST dan gejolak politik gila). Kemudian pada 1 April, Nov., 2022 perkebunan saya pula dilanda musibah. Saya telah menanam sekitar 40 ekar nenas MD2 dengan jumlah benih sebanyak 350,000. Sejak 2019 saya berhempas pulas dalam cuaca tidak menentu dalam membangunkan kebun tersebut kini bila segala sudah hampir dituai saya kehilangan tujuh dari lapan pekerja. Biar bermandi air ais, peluh tetap mengucur deras dan jantung tidak bergendang pada irama biasanya tetapi berkecamuk selaras otak yang kebingungan. Saya tidak menoleh kepada sesiapa untuk berbicara, lantaran saya yakin tiada siapa bisa menghulur tangan cuma yang ada mungkin sekadar memasang telinga dan kalimat "sabar". Covid 19 juga telah banyak mengorbankan rakan-rakan rapat saya yang lain. 
Ianya benar-benar mencabar kesabaran dan keuletan saya untuk terus ke depan. Jika Iman dan tekad saya tidak kental terhadap pentingnya melaksanakan tanggungjawab fardhu Kifayah, pada usia menjangkau 63 tahun ini, saya pasti menyising seluar dan kabur istirehat di Kuala Lumpur dan melupakan segala.  Jika sebegitu sikap saya, saya tidak ubah sang Muslim bacul belarian dengan seluar terlondeh.

(7) Tersimpuh di atas Sejadah selama dua hari dan bahkan tertidur di atas Sejadah, Allah memberikan pertunjuk: bila mengengam bara api, biar gengam terus sehingga jadi arang. Paling saya terkesan bila di paparan handphone saya Mufti Ismail Musa Menk, Mufti Tanzania dengan senyum manis menegaskan " If Allah love you, He will test you. He tests you because He knows you can take it. If He tests you, His reward for your sabar and resilient will be beyond your comprehension." Bermula dari saat itu, saya tukarkan istilah musibah menjadi ujian Allah. Saya harus berani mengambil ujian itu dan mesti berusaha keras untuk lulus cemerlang. Hanya dengan kelulusan cemerlang baru darjat saya akan menjadi tinggi di mata Allah. Saya mengambil keputusan harus segera focus dan saya sendiri terpaksa berhempas pulas turun tangan untuk menyelenggara kebun seluas 40 ekar tersebut. Mujurnya, biar saya telah meninggalkan professioan petani kecil sejak 35 tahun lepas, namun darah daging petani yang ada dalam badan saya membolehkan saya mengarap kembali profession tersebut biar dalam keadaan parah sekalipun. 

(8) Ujian terus menerpa. Seperti badai tidak akan berhenti. Saya ada seorang teman paling akrab di Kuala Lumpur. Di Simunjan dan kampung, saya ada juga teman paling akrab, namun takdir Allah semua mereka telah kembali ke rahmatullah. Mereka adalah teman-teman sekampung juga teman-teman semasa sekolahan dulu. Di Kuching, saya hanya punya teman-teman biasa. Paling ramai teman-teman akrab saya adalah di Malaya kerana sejak umuran 13 tahun sehingga 24 tahun saya mendewasa di sana. Dia ini bukan saja akrab, malah paling istemewa buat saya. Kami punya banyak keserasian. Setiap kali ke Kuala Lumpur kami pasti bersama berpeleseran. Kegemaran kami serupa. Berjalan-jalan driving. Apa yang dicari? Makan, segala macam makanan. Dari local kepada Asian, kepada western dan bahkan Arab. Saya paling suka Thai dishes terutama Som Tam. Tanpa Som Tam, biasanya saya akan merungut. Jika local, pastinya mencari ayam kampung dan ulam-ulaman. Maaf kami cukup mengelak kedai Mamak kecuali jika terlalu gian dengan kari kepala ikan. Kami tidak banyak bicara. Paling-paling semasa memandu, kami sering bertengkar pasal musik dan lagu. Politik, bukan tajuk minatnya biar itulah kegemaran terhebat saya. Cuma Muhammad Sabu kekadang menjadi mangsa saling melekehkan kami. Jika shopping, dia cukup mengerti kegemaran saya. Samada kami ke Mitsui atau Pudu Factories Outlet. Kegemaran beliau dan saya serupa, Jean Levis. Bukanlah kerana jenama, tetapi texture kainnya yang nyaman. Di outlet ini harganya hanya separuh dari outlet biasa. Setelah letih berkeliling atau berjalan-jalan dan makan, kami biasanya ke Cineplex. Inilah tempat yang sering menimbulkan perbalahan antara kami berdua. Saya suka fast and intellectual movies. Dia ingin santai. Cuma bagusnya rakan saya ini, kami sering compromised samada menonton atau tidur. Jika pilihan tidak menepati selera salah seorang dari kami, maka kami tidak akan merunggut jika salah seorang antaranya tidur enak. It is not about not sporting, all is about just take thing easy. Kami cukup akrab. Saya kira kami sudah berteman hampir-hampir 30 tahun. Tiba-tiba pada 10 December, 2022 saya mendapat message "Take care. I walk alone from now" darinya. Malam itu badan saya terlalu penat berkebun seharian dan membetulkan rumah sehingga lewat malam. Saya ketepikan handphone saya. Hanya pada 11 Disembar baru saya saya membalas message beliau. Namun message itu seperti "not delivered". Tiga hari kemudian saya lihat message tersebut tetap tidak delivered. Saya hantar message tambahan. Handphone saya sudah beliau blocked. Saya resah, cuma berfikir itu pasti guraunya. Sehingga 8 March, saya terus sibuk dan focus pada kerja-kerja perkebunan. Pada malam 8 March, 2023 saya mendapat message lanjut darinya: "Goodbye Forever". Saya call handphone beliau. Tiada jawaban. Saya bergegas ke Kuala Lumpur pada 10 March, kerana pada 13 March adalah HUT beliau. Saya ke apartmennya. Kosong. Keretanya tidak ada. Saya binggung. Saya gusar. Saya sedih. Saya menginap di hotel berdekatan. Semalaman saya tidak dapat tidur. Saya hubungi beberapa kawan, semua mengata mendapat message "GoodBye" darinya. Kami semua hairan. Saya paling terkesan. Tanpa sedar, air mata membasahi pipi saya. Dalam resah saya bermunajat. Kemudian saya semak message terakhir beliau adalah pada 3 Okt., 2022. Sehingga 8 March, 2023 kami seperti terputus hubungan. Fikiran saya bercelaru. Apa mungkin dia berkecil hati lantaran tidak pernah saya tidak berkomunikasi dengan beliau lewat dari tiga hari. Ini, astarfirullah, enam bulan. Kami missed communication sudah selama enam bulan. Saya lalai dalam usaha untuk revived segala usaha saya di kampung akhirnya saya "terlupa" kepada kawan setia. Sehingga kini dia terus menghilang. Tiada siapa yang tahu. Saya amat terkesan. Biasanya pada HUT kami akan ke Para Thai Restoran. Tomyam Putih kegemarannya. Som Tam pilihan saya. Kemudian samada ke Levis Store dan nonton atau terus keliling di Taman Tasik. Kali ini, saya tersendiri, Sedih, celaru dan akhirnya telat makan dan gastrik saya menyerang. Pagi besoknya, kerana putus asa, saya terbang pulang ke Kuching dengan penuh rasa pilu. Sehingga kini, saya (dan rakan-rakan) belum tahu dia di mana. Yang parah dia single tanpa keluarga. Kasus ini memukul saya sekali lagi. Tiga ujian dalam waktu sebegitu dekat. I lost my travelling and fighting buddy. Mungkin tiada pengantinya.

(9) Tahun ini Ramadhan bermula pada Khamis 23 March, 2023. Suatu permulaan yang cukup berfadilat lantaran esoknya adalah Jumaat. Juga ramadhan pada tahun ini ditutup pada Jumaat, cukup berfadilat besar. Lumrah, Ramadhan adalah bulan di mana umat Islam mencari lebih restu dari Allah swt melalui pengabdian dengan berbuat pelbagai amal bakti. Tahun ini Ramadhan khasnya di Sarawak, cuaca agak lembab. Hari-hari mendung dan hujan. Di sebelah pagi cuaca agak hangat terutama selepas jam 10:00 dan sebelah petang khasnya antara jam 14:00 sehingga 15:00 cukup panas terik dan mendung di sebelah waktu petang selanjutnya dan hujan di sebelah malam. Allah sebegitulah Dia mengatur cuaca seharian yang memberikan rahmat untuk semua. Suatu keadaan cuaca yang amat selesa buat petani macam saya. Inilah keadaan cuaca di mana jika kita bekerja di perkebunan, kita terasa nyaman dan tidak memenatkan.

(10) Tahun ini pola berkerja saya di kebun sedikit berbeza. Faktur utama adalah kesihatan dan personal care. Pada 2022 saya hanya dapat berpuasa selama tiga hari. Pada hari ke empat, saya didapati mengalami Ulcer teruk, diabetes yang agak mengusarkan dan berlaku sedikit sumbatan pada salur hempedu. Ulcer berpunca dari gastrik melampau di mana dinding usus luka dan mengalami serangan bacteria Helicobacter pylori yang sangat rentan ubat. Maka pakar kesihatan telah menasihatkan saya untuk tidak berpuasa dan menjalani rawatan rapi selama dua bulanan. Saya dalam medication untuk tempoh enam bulan, dan selanjutnya saya telah memotong semua penggunaan ubatan hospital dan sebaliknya menumpu pada kawalan pemakanan. Pada tahun ini, pada 21 April, saya telah kembali menjalani consultancy dengan pakar Ulcer saya, dan sememangnya beliau menasihatkan saya untuk jangan berpuasa kerana treatment Ulcer boleh menyebabkan rasa lapar yang kuat. Jadi jika berpuasa, dan menjalani treatment ulcer, maka kelaparan tidak akan dapat diatasi. Maka saya memutuskan untuk hanya mengawal gastric ie punca kepada ulcer. Rawatan gastric hanya perlukan pengambilan ubat khas pada masa sahur, dan In Shaa Allah, kita akan dapat bertahan untuk berpuasa.  Alhamdullilah, saya dapat berpuasa penuh pada tahun ini kecuali pada hari ke 28 di mana saya terlalu letih dan mendapat serangan gastrik teruk. 

(11) Dalam masa Ramadhan, pola berkerja kebun saya berubah banyak. Saya hanya ke kebun dari jam 0700 sehingga 1000 berbanding sehingga 12:00 pada hari-hari biasa. Dari jam 1030 sehingga Dzohor sekitar jam 1245, saya berehat atau mengambil nap panjang.  Tidur malam saya tidak lama. Jam 2130 seusai Tarawih saya tidur. saya terawihan sendirian untuk tahun ini. Jam 0200 sehingga 0300 saya bangkit untuk sholat sunnah serta membaca tulisan-tulisan Islami dan atau mengikuti Youtube Islami. Jam 0430 saya kembali bangkit untuk menyediakan juadah sahur dan langsung sholatan wajib dan sunat sehingga Dhuha sekitar jam 0645. Jam 0700 saya bergerak ke kebun dan mula bekerja.

(12) Sebetulnya saya mulai menerima ujian Allah cukup berat sejak Mac 2022. Pertama, sebuah projek yang saya usahakan sejak 4 tahun sebelumnya yang bernilai RM1.45 billion telah "dihijack" oleh pihak tertentu. Akibatnya projek berkenaan terbatal. Hampir-hampir saya berputusa asa kerana itu, namun mengingatkan bahawa saya ada lagi tiga projek mega yang mengikut taksiran kasar saya bernilai RM100 billion, dan projek-projek tersebut adalah sangat penting dalam menyusun semula struktur ekonomi masyarakat Melayu Sarawak khasnya, maka saya terus bertahan bersabar. Kedua, March - Mei, saya mengalami masalah kesihatan agak mengusarkan. Kemudian Mei - Ogos, isteri pula menghadapi masalah kesihatan yang agak tenat dan diikuti oleh mertua serta pelbagai masalah keluarga yang lain. Tahun 2022 membawa ke awal 2023, saya benar-benar teruji berat. Kebetulan pula ianya seperti menjangkau ke Ramadhan, maka saya mengambil peluang di bulan barakah penuh ilmu untuk menilai di mana rahmat Allah pada ujian-ujian tersebut.

(12) Banyak pihak berpendapat bahawa Ramadhan adalah bulan ibadah, iaitu mencari redha Allah dalam erti kata bermunajat kepada Allah. Itu bagi saya adalah ibadah dalam ertikata yang lain. Saya lebih gemar memperlaku Ramadhan sebagai bulan mendalami ilmu. Umat manusia perlu berterima kasih kepada Job Steve. Dia biar bukan seorang Muslim, jasanya kepada manusia dalam merevolusi teknologi maklumat adalah cukup bermafaat. Applikasi Apple Smartphone ciptaan beliau cukup memudahkan pengalian ilmu berbanding kata 10 tahun dahulu. Smartphone seperti "peranti" Allah di mana jika kita cintakan ilmu, Allah akan sentiasa memberikan kita peluang untuk mengembangkan ilmu kita. Ini selaras dengan apa Al Quran nyatakan bahawa "Allah itu memberi dan mempermudahkan apa yang kita usahakan". Dalam search saya bagaimana harus saya hadapi segala ujian Allah, smartphone terus-terusan leading saya kepada bermacam ilmu. Pertama-tama saya diled kepada konsep bersangka baik terhadap Allah. Kita sering diingatkan agar sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Alhamdullilah, pada Ramadahn tahun ini saya mengerti maksud "Bersangka baiklah kepada Allah". Ianya membawa maksud bahawa Allah akan memberi dan memudahcara segala hajat baik yang kita dambakan. Allah tidak pernah menafikan sebarang kebaikan untuk kita. Apa yang kita perlu lakukan adalah berusaha dan berdoa. Usaha adalah iktiar kita. Doa adalah kita pasrah kepada Allah dengan penuh persangkaan baik, Dia pasti akan membantu biar dalam apa carapun. Di dalam berdoa, sekian waktu saya cukup jahil tentang kenapa harus terlalu banyak "mukadimahnya". Zikir, tasbih, tahmid, dan selawat dan segala macam yang payah untuk diingat dan ucap seperti "wajib" diperlakukan agar sesuatu doa itu cepat termakbul. Cuba uji, kita hanya berdoa akan kehendak kita, akan ada rasa "tersekat-sekat" atau ketakpuasan selapas saja kita berdoa. Berbanding sebelum berdoa, cuba kita lontarkan dulu segala pujian kepada Allah lalu kemudian kepada Muhammad SAW, kita akan esperti lancar berdoa dan kita merasa lebih puas dan yakin. 

(13) Lama saya bertanya tentang prihal ini, dan buah tangan Steve Job membawa saya kepada konsep "Love your Lord and Muhammad SAW first, for you to get their blessing". Dalam erti kata mudah, di Drive Thru" Outlet, "Pay first before you get your order". Cukup simple dan logik. Sebetulnya banyak gerak kerja ritual Islam cukup saya persoalkan. Bukan niat saya memperlekeh, saya perlukan dalil ke atas segala perbuatan kita. Contoh agar fadilat Al Fathihah benar-benar hadir, kita disuruh membaca Surah tersebut sekali, tiga kali, 5 kali, 7 kali, 41 kali, 1000 kali. Apa dalil angka-angka ulangan ini? Saya Google sekian lama, tidak juga terjumpa namun di Ramadhan ini, smartphone akhirnya led saya kepada ceramah Ismail Menk, Syeik Ali Jabar, Adi Hidayat, Khalid Basalamah dan beberapa lagi para penyelidik Islam di Kanada dan Amerika, pertunjuk kepada angka-angka tersebut adalah semua mengikut kewajaran guru berkaitan. Maksudnya, lakukan saja mengikut kemampuan dan keselesaan kita. Mula berdikit-dikit saat sudah lancar dan biasa maka lakukan lebih sedikit.

(14) Tahun ini, Ramadhan dan Ujian Allah yang melimpah-limpah membawa saya kepada untuk lebih mengerti akan fadilat Al Fathihah, Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas, Al Kursi dalam segala hajat dan perkerjaan kita malah kenapa kita harus sering beristifar dan selawat. Banyak kali saya mempersoal kenapa kita harus mengisi setiap detik masa kita dengan beristifar khasnya dan ada cerita tentang betapa hebatnya beristifar ini. Apa yang dapat saya tangkap, beristifar adalah untuk menetapkan hati dan fikiran kita agar tidak pernah kotor dan lalai tentang kebaikan. Istifar mengelakkan kita sombong, riak, marah, bosan, dengki, curiga, was-was, malah malas atau berputus asa dsb. Cukup besar dan luas fadilat beristifar. Semua itu adalah budi perkerti baik yang harus kita miliki. Cuba fikir, pada saat seorang gadis genit lewat lalu dan kita beristifar, apa agak-agak akan berlaku, pastinya kita berpaling atau tunduk dari melakukan zina mata. Juga cuba pada saat kita dihulurkan habuan, kita beristifar, tidakkah itu akan mengingatkan kita untuk mengenepikan yang bukan hak kita. Saya sangat bersyukur, Lailatul Kadar saya pada Ramadhan tahun 2023 dipenuhi dengan pemahaman mendalam saya terhadap perilaku Islam yang harus saya tuntunti. Maka benarlah, ujian Allah jika kita redha dan sabar melaluinya, In Shaa Allah darjat kita yang lebih mulia sedang menunggu.

(15) Aidil Fitri 2023 jatuh pada April, 22 Sabtu. Saya mampu berpuasa sehingga 29 hari. In Shaa Allah pada pada 27 April, hutang sehari Ramadhan dan puasa Syawal dan hari Khamis saya gabungkan. Aidil Fitri kali ini saya hanya ingin tidur polos di Hotel serta menikmati segala makanan yang enak-enak pihak hotel boleh sajikan. Saya perlu memulihkan berat badan yang hilang sekitar 7 kg sesuatu yang tidak pernah terjadi dalam hidup saya selama ini. Ini kerana kesan gastrik dan diabetes yang ada dalam diri saya, maka berpuasa cukup mengugat diet saya. Ideal weight saya adalah 72 Kg dan kini cuma 65 kg. 

(16) Mengimbau tahun 2017 saya dan rakan akrab saya pernah meraikan hari raya Aidil Fitri di sebuah Hotel di Sg Petani, Kedah.  Kebetulan pada masa itu saya beraya di rumah mertua di Gurun. Saya minta isteri saya menyediakan segala juadah Aidil Fitri dalam mangkuk tingkat, dan saya pergi beraya bersamanya di Hotel berkenaan. Di samping itu, pihak hotel juga pening kerana kami memmesan tidak putus-putus makanan yang mereka ada. Itulah kegilaan kami berdua namum memori itu kini mengamit pedih dan pilu mendalam saya tehadap "I walk alone by now dan GoodBye" seorang sahabat  berpetualangan saya. Cita-cita saya untuk menjadi Youtuber dan atau Traveloger mungkin punah.

"Kawan, di manapun kamu, lihatlah segala-gala sebagai ujian Allah: susah, senang, gembira, duka, semua adalah ujian dariNya. Darjat kita, siapa kita tergantung kepada keberanian dan kebijaksanaan kita dalam menempuhi ujian itu. Sedarlah, tidaklah budak lulusan Darjah Enam dapat menjadi Perdana Menteri, melainkan sekurang-kurang Sarjana Muda Linguistik sepertinya PMX kita sekarang ini. Ayuh depanilah Ujian, jangan kita lari darinya. Musibah = Uijan, dan hadapilah ujian dengan penuh keberanian dan tabah. Selebihnya, "Cukuplah Allah Bagi Kita". Semoga tulisan aku engkau baca dan tetap bersamamu kawan. Pintaku, kembalilah agar bersama kita  melakukan kegilaan tak henti-henti. Jika missed communication lasan pelarianmu, maka engkau "pergi" maafkan khilafku. I missed you badly.

18 - 26 April, 2023
Terasi, Sadong Jaya-Sri Aman 


#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.