.

1/12/22 ANWAR PMX, MAHATHIR KETAKUTAN

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 28, 2023

Share

& Comment

Anwar Ibrahim akhirnya dapat mengapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia PMX pada 24 Nov., 2022 setelah berjuang secara terang-terangan untuk menduduki kedudukan tersebut semenjak 1998. Saya kata kedudukan sebagai PM adalah perjuangan Anwar lantaran sejak dari 1998 itulah satu-satunya cita-cita beliau.  Anwar terpaksa menempuh tempoh selama 24 tahun bagi mencapai cita-cita tersebut. Hakikatnya, saya percaya sejak menganggotai UMNO pada 1982, Anwar sememangnya sudah memasang cita-cita untuk menerajui kempimpinan politik Negara ini. Sebelumnya, dia mengunakan ABIM dan PAS bagi menonjolkan dirinya. Perkara ini bagi saya bukanlah suatu yang asing, lantaran kedua orang tua beliau adalah orang kuat UMNO; darah politik ada padanya. Cuma mungkin pada masa mudanya, UMNO yang dianggotai dan dipimpin oleh kalangan "bangsawan" aristokrat kurang facilitate keghairahan Anwar, juga pada masa itu UMNO dipenuhi oleh jaguh-jaguh pejuang Melayu yang cukup handal, maka plateform ABIM dan PAS telah beliau pilih. Ini saya kira bukanlah kerana dia menjiwai ABIM dan atau PAS, beliau hanya mempergunakan semua itu sebagai wadah untuk  bertapak dan menguasai. 

(2) Islam dan kebajikan (sebagai samaran kepada ketuanan) Melayu menjadi teras perjuangan beliau. Itu juga saya tidak hairan, lantaran itulah isu-isu pokok di masa tersebut.  Inilah persoalan yang boleh menambat hati Melayu. Baling, Kedah dan kemiskinan adalah hastag perjuangan Anwar. Anwar memilih kebajikan berbanding ketuanan, lantaran kebajikan itu mengambarkan rakyat keseluruhan terutama yang terpinggir sedang ketuanan Melayu itu mengambarkan kalangan aristokrat Secara ringkas, Anwar gemar memilih cara dan perkara-perkara trendy dan popular semasa sebagai tangga pendakian beliau. Saya yakin pada masa-masa ke depan ini, akan banyak tulisan-tulisan juga pidato-pidato sanjungan perjuangan dan kehebatan pribadi sosok Anwar. Itu juga sudah menjadi lumrah jika kita faham tentang kaedah dan aliran mass communication atau public relation masa kini. Itulah rentak image building and decoration yang cukup Barat khasnya di Amerika amalkan bagi mengenengahkan pemimpin mereka. Mungkin kita masih ingat, sebegitulah caranya Ronald Reagen, George Bush malah Clinton diangkat sebagai wira dunia, sedang Sadam Husein, Muamar Ghadafi dan Assad dilanyak sebagai manusia-manusia iblis. Saya mengira, sanjungan yang berlebihan boleh mengakibatkan Anwar terleka. Jika tidak silap, ada hadis yang cukup melarang sanjungan dan atau pujian berlebihan.

(3) Saya tidak akan membincangan sejarah perjuangan Anwar di dalam tulisan ini, namun apa yang ingin saya utarakan berdasarkan kepada suasana poilitik semasa yang belum pasti tenteram serta rentak gerakan politik Anwar, saya menjangkakan beliau perlu berdepan dengan pelbagai dilema yang cukup berat dalam mengotakan janji-janji PRU15 dan atau idealisma beliau.  Tajuk ini saya pilih, lantaran dilema, jika salah perhitungan boleh memerangkap Anwar dan Negara ke titik kelam. Juga semasa kempen PRU15, ramai yang mengatakan bahawa Mahathir merupakan orang yang paling takut jika Anwar dapat menjadi PM, apa yang Mahathir takutkan, itu juga akan cuba saya ketengahkan.

(4) Saya berpandangan, jika Anwar gagal untuk memulihkan segera (dalam tempoh 6 - 12 bulan), masalah ekonomi negara dan meredakan keresahan hidup rakyat, dan atau dia bersikap lain dari segala janji dan kata-kata perjuangannya sejak 1998, adalah lantaran dia dalam dilema besar. Dan sesungguhnya, bukanlah Mahathir takut jika Anwar menjadi PM, ketakutan Mahathir adalah lantaran kita mungkin membazir masa dan peluang dengan terlalu berharap kepada Anwar yang mungkin hanyalah itik tempang, a limping duck. Pengalaman luas Mahathir memberikan dia upper hand dalam menilai kemampuan dan jati diri para ahli politik selepas beliau dan terutama yang pernah bersama beliau. 

(5) Sebelum saya mengutarakan dilema Anwar, terlebih dahulu saya gariskan beberapa senario pokok yang menjadi asas kepada telahan saya bahawa Anwar akan berada dalam dilema:

(5.1) Geo-politik Malaysia:

(5.11) Pertama, Malaysia dari segi geo-politiknya, adalah terlalu penting buat Barat khasnya Amerika dan China. Saya pasti, Malaysia sama pentingnya dengan Panama dan Suez bagi Amerika dan Selat Gibralta bagi Eropah. Tahap pentingnya Malaysia telah Amerika iktiraf dari sebermula gagasan penubuhan Malaysia pada 1957 lagi.  Malaysia juga amat penting bagi Asia Barat, India malah ASEAN. Secara grafiknya, Malaysia adalah salah satu di antara Center of Gravity bagi dunia politik, perdaganan, kewangan, keselamatan dan pengaruh-pengaruh dasar luar dunia. Hakikatnya, Malaysia yang terletak di Asia Tengara dengan ASEAN yang mempunyai penduduk sebesar Kesatuan Eropah dan Amerika digabungkan serta terletak di antara dua gergasi kependudukan dunia tertinggi iaitu India dan China, maka pentingnya Malaysia kepada dunia pastinya mampu mengatasi kepentingan Panama, Suez dan malah Gibralta. Lantaran faktor ini, Malaysia tidak boleh silap dalam ideologi politik, hubungan diplomatik dan dagangan antarabangnya. 

(5.12) Barat mahu seboleh-bolehnya Malaysia terus mengamalkan demokrasi-kapitalis dan perdagangan bebas. Malaysia perlu bersifat Liberal dalam banyak hal. Dengan berpegang kepada ideologi sebegitu, maka pemain-pemain Barat akan dapat terlibat aktif dalam ekonomi  dan kewangan Negara. Barat tidaklah berminat untuk menjadikan Malaysia setaraf mereka, apa yang mereka perlu pastikan adalah agar mereka terus mendapat manafaat besar dari kewujudan Malaysia. Biar Barat tampak anti-rasuah, namun Barat tidak dapat terpisah dari kronisma dan nepotisma. Barat paling tidak mahu kita condong ke China, Russia, Asia Barat malah Dunia Ke Tiga. Inilah blok-blok yang boleh mengugat kekuasaan superiority dan kesejahteraan Barat. Barat mahunya kita akur kepada mereka. Pastinya sebagai sebuah Negara berdaulat, kita tidak mahu untuk menjadi gundek kepada sesiapa; Barat juga Timur. Itulah pendirian Malaysia sejak Tun Razak dan sangat menonjol di era Mahathir.

(5.2) Nilai Ringgit dan Pelangsaian Hutang Luar:

(5.21) Ringgit sebelum 1997 dinilai setara U$D0.40. Sebetulnya sejak 1957, Ringgit dinilai pada kadar U$D0.40. Ringgit biar sejak sebermula diapungkan, namun nilainya cukup mantap dari 1957-1997. Namun sejak krisis kewangan ASEAN pada 1997, nilai Ringgit berbanding U$D terus menjunam. Pada 18 Nov., 2022, nilai dagangan Ringgit adalah pada kadar U$D0.22 dan pada 24 Nov., 2022 nilai tersebut meningkat ke U$D0.23 iaitu naik pada kadar 4.5 peratus. Namun sehingga kini, 3 Mac 2023 iaitu selepas 100 hari Anwar menjadi PMX nilai tersebut belum beranjak ke atas secara ketara. Pada 3 March 2023 RM = U$D 0.223, yang pada hakikatnya menurun biar dari 24 Nov., 2022.

(5.22) Nilai Ringgit adalah penting lantaran ianya akan mempengaruhi keadaan ekonomi dan kewangan Negara dan malah kesejahteraan rakyat. Nilai Ringgit akan menentukan nilai eksport serta import negara.  Nilai Ringgit yang tinggi memberikan kita peluang untuk lebih makmur berbanding dengan nilai Ringgit yang rendah.

(5.23) Kita tahu betapa dalam kempen-kempen PRU sebelum ini samada PRU14 dan juga PRU15, andaiannya bilamana Kerajaan Kleptokrat BN dan Tebuk Atap PN dapat diganti, dan khasnya dengan slogan jika Anwar menjadi PM, maka nilai Ringgit akan menjadi bertambah baik. Hakikatnya, ini tidak terjadi biarpun setelah 100 hari Anwar menjadi PM. Kenapa? Adakah Kerajaan Bersih benar-benar dapat memulihkan nilai Ringgit? Saya yakin itu bukan soal pokoknya. Cuba kita bandingkan Malaysia dengan Papua New Guinea, apa kelebihan PNG sehingga satu Kina mereka bernilai RM1.26. Setakat yang saya tahu, PNG boleh diibaratkan sebagai Negara Dunia Ke Empat. Masalah rasuah, keselamatan, kegoyahan politik malah kekuatan ekonomi mereka; mereka corot sangat jauh berbanding Malaysia. Cuba lihat Singapura pula. SD1 = RM3.29 = U$D 0.74Pada 2021 GDP Malaysia adalah bernilai U$D372.7 billion berbanding Singapura U$D397.00 billion. Kita hampir setara.  Cuba lihat pula Brunei, BD = SD = RM3.29. Kenapa nilai Dollar Brunei setara Dollar Singapura? GDP Brunei pada 2021 hanyalah U$D14.00 billion dengan bilangan penduduk seramai 0.001 peratus dari Malaysia. Lihat pula Switzerland, dikira Negara paling mantap di dunia, CHF = RM4.76 = U$D1.08 dengan GDP 812.90 billion (2021). Kita lihat pula Iran, Syria, Iraq, Libya, Pakistan, Cuba malah China. Iran khasnya, IRR = RM0.000,11 = U$D0.000,024 atau U$D1 = IRR41,750.00. Adakah munasabah, nilai Rial Iran sebegitu murah? Mungkin kertas untuk mencetak Rial Iran bernilai lebih mahal dari Rial itu sendiri.

(5.24) Pada 1963, iaitu selepas pembentukan Malaysia, nilai Ringgit adalah tinggi iaitu pada kadar U$D0.40. Bagaimana rupa bentuk ekonomi Malaysia pada masa itu? Di pasca penubuhan Malaysia membawa ke 1970an, ekonomi Malaysia sangat dikuasai oleh British. Getah dan timah yang menjadi komoditi dan eksport utama Negara cukup dikuasai oleh British. Sebegitu juga, bagi tempoh itu, Malaysia menjadi perantaraan penting bagi urusan dagang dan pengekalan ketumbukan tentera British di sebelah Timur. Maksudnya, kepentingan British iaitu sekutu paling akrab Amerika dalam menguasai dunia, di Malaysia pada 1960-1970an adalah sangat besar. Makanya, saya menjangka, atas sebab tersebut maka nilai Ringgit harus dikekalkan tinggi. Bermula dari pertengahan 1980an, ekonomi Malaysia mulai dikuasai oleh rakyat Negara ini. Kepentingan British mulai terhakis. Dengan masalah FDI pada akhir 1990an membawa ke 2000an, maka Ringgit seperti tidak perlu diberikan nilai yang sangat tinggi. Saya menduga, lantaran kepentingan ekonomi US dan atau British di Malaysia kian menurun, maka Ringgit tidak perlu diberikan nilai yang tinggi. Barat menggunakan strategi mempermainkan nilai Ringgit sebagai cara baru untuk mereka terus menjajah Malaysia.

(5.25) Apakah asas yang digunakan khas oleh Bank Dunia dan atau IMF dalam menilai matang wang sesebuah Negara? Benar WB dan IMF tidak bertanggungjawab secara langsung dalam menentukan nilai matawang asing, namun, pengaruh mereka tetap ada dan sangat besar. Ada tujuh faktor yang menentukan nilai mata wang sesebuah Negara: Imbangan Dagangan, Hutang Negara, Terms of Trade, Pertunjuk Ekonomi, Recession dan Spekulasi. Apakah faktor-faktor ini merupakan pemberat sebenar dalam menentukan nilai matawang Negara? Bagi saya, benar, jika kita condong ke Barat dan tidak jika kita menunjukkan tanda-tanda engkar kepada Barat. Tidakkah jelas, semua Negara yang "anti Barat" nilai matawang mereka sangat lemah dan mudah goyah sedang negara-negara yang condong kepada Barat seperti PNG, Samoa, Trinidad, Tabago, Taiwan, Korea, Jepun dsb mempunyai nilai matawang yang agak stabil. Jadi apakah faktor sebenar yang menyebabkan khasnya Ringgit menjadi parah biar telah stabil pada U$D1.00 = RM2.50 sejak 1957-1997 iaitu selama 40 tahun? Tidakkah pada masa itu kita masih sangat miskin, politik juga tidak stabil akibat gangguan PKM dan PKU, dan juga sangat berhutang?

(5.26) Saya yakin, biar tujuh faktor seperti digariskan adalah back drop kepada masalah kita, namun saya pasti dasar luar dan kewangan Negara yang dipelopori Mahathir sejak 1981 mempunyai kesan yang jauh lebih besar. Mahathir bila menjadi PM mula mengerakkan Dunia Ke Tiga bagi membentuk blok ekonomi untuk mengimbangi jika bukan menyaingi Barat. Kumpulan Selatan-Selatan adalah salah satu darinya. G20 dan OIC adalah blok-blok yang mula Mahathir gunakan untuk tujuan yang sama. Kedua, Mahathir juga telah mulai mengerakkan khasnya di kalangan Dunia Islam agar Dinar Emas dijadikan asas Tukaran Asing dan Perdadangan Antarabangsa. Ghadafi, Libya; Assad Syiria dan Sadam Husein, Iraq mula menunjukkan minat besar terhadap gagasan ini dan memulakan gerakan masing-masing. Perkara ini saya yakin tidak menyenangkan Barat. Sesungguhnya gerakan Dinar Ghadafi dan Sadam adalah WoMD Weapon of Mass Destruction yang George Bush maksudkan bila tiga blok Arab-Afrika tersebut dibahamnya dengan parah. Maka juga, bila Mahathir kembali berkuasa 2018-2020, banyak langkah-langkah peringkat antarabangsa cuba dipaksakan ke atas Malaysia yang akhirnya cukup menjejaskan keterampilan Mahathir di mata rakyat dan menjadi modal bantaian UMNO dan PAS ke atas Kerajaan PH pimpinannya pada masa itu. Peranan Anwar pula, pasti semua kini boleh nampak dengan jelas motifnya ke atas kedudukan Mahathir, dalam tempoh 2018-2020, Anwar sengaja tidak membela dan atau bersama Mahathir. Dia ingin Mahathir cepat gugur.

(5.27) Benar, Malaysia bukan sasaran pertama dalam krisis kewangan serantau pada 1997, namun saya yakin Tiori Domino Barat khasnya George Sorros telah pergunakan dengan sebaik-baiknya. Ekonomi ASEAN saling berkait rapat. Jika salah satunya goyah, pasti yang lain akan turut terguncang. Pada tahun 1997, Thailand merupakan calun paling mudah untuk Sorros bahamkan. Pada 1997, pada hakikatnya, Malaysia berada dalam keadaan cubit peha kanan, peha kiri pasti turut terasa. The ASEAN Tigers perlu dibunuh agar ianya tidak cepat menjelma menjadi EU 2.0.

(5.28) "Kekhilafan" Malaysia, dalam tempoh 1990an, kita bergegas melangsai hutang-hutang dan malah tidak mahu berhutang dengan Bank Dunia. Tindakan ini menjadi kebangaan sebahagian dari kita, terutama oleh Anwar dan para pendokongnya bila bermaksud untuk memperkecilkan Mahathir. Ini sangat berbeza dengan Malaysia di tahun-tahun 1960-80an, di mana Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (ADB) merupakan sumberan dana utama Negara. Akibatnya, saya mengira, "pasaran" matawang U$D di Malaysia pasti terganggu. Dunia Ke Tiga mula meniru cara pengurusan ekonomi Malaysia, dan ini pastinya sangat mengusarkan Barat khasnya IMF. IMF cukup tidak senang jika kita tidak meminjam dari mereka. Kebetulan keberadaan George Sorros Jin Gondol yang sedang lapar, maka Barat meredhakan tindakan beliau menyerang Bath dan yang lain-lainnya. Semasa pemerintahan Najib, kita pula kian condong kepada China. Kita sudah tidak "anti-komunis" sepertinya kita di 1960-70an. Maka bagi saya, selagi Kapitalisma adalah tunjang dunia, maka  Dasar Kewangan dan Ekonomi kita tidaklah berdaulat penuh. Kita "perlu akur" dengan norma-norma tangan ghaib Barat.

(5.29) Pada tahun 1990an, ekonomi Malaysia sememangnya sangat memberansangkan. Kedudukan dana awam dan swasta Negara saya percaya sangat berlimpah dan mantap. Model ASB dan TH merupakan kebijaksanaan Malaysia yang dunia kagumi. Bahkan hasilnya, muncul Perbankan Islam yang mampu mengembeling dana yang sangat besar. Pada masa ini, Malaysia adalah juara dalam Kewangan Islam mengatasi biar Arab Saudi dan atau Dubai. Mungkin kerana itu, pada 1990an, Mahathir memutuskan untuk meminjam secara dalaman dan mengenepikan pijaman asing. Khazanah adalah instrument yang sangat Mahathir percayai. Langkah ini saya kira khilaf bila mana kita berada dalam keluarga besar Kapitalis Dunia. Saya katakan ianya langkah khilaf, tidak salah. Khilaf lantaran kita terlupa untuk melihat langkah kita dari pandangan Barat dan mengambil langkah bijak berselindung.

(5.210) Saya percaya, dalam keluarga besar Kapitalis Dunia, Malaysia sepertinya "wajib" terus mendokong Barat. Kita seperti tidak boleh memisahkan kepentingan Barat dalam usaha kita membina Negara. Bagi Barat, kekayaan Malaysia "wajib" dikongsi bersama. Bagi Mahathir, hak Malaysia adalah milik sepenuhnya Malaysia. Dalam sistem perdagangan dan kewangan antarabangsa, ianya tidak sebegitu. Cuma pastinya kita harus licik dalam mengaut keutungan dari bekerjasama erat dengan Barat. Singapura, saya kira kini belajar dari khilafnya Malaysia. Mereka cukup berhutang, dan sangat tinggi, bukan kerana mereka tidak mempunyai dana, namun mereka ingin hidup bersama dan terus membesar: Singapura berhutang, Temasik iaitu Dana Sovereignnya, melabur lebihan wang ke pasaran global. Najib hampir-hampir berjaya dalam bidang serupa melalui 1MDB, cuma pengurusan tidak telus dan tanpa dasar yang kokoh menyebabkan tumbangnya dia dan Malaysia menghadapi masalah kewangan yang berbelit-belit, spiral financial issues.

(5.3) FDI alat imperialisma:

(5.31) FDI melambangkan pelaburan asing di sesebuah Negara. Jika FDI tinggi bermaksud, banyaklah syarikat asing, khasnya Barat di sini. Kebiasaannya, syarikat-syarikat Barat dan atau sekutu mereka merupakan teras FDI Malaysia. Dalam tahun 1960an, ekonomi Malaya hampir sepenuhnya di kuasai British. Sebegitu juga di awal wujudnya Malaysia. Cuma bila kedudukan ekonomi Melayu kelihatan kian tempang, maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menurut kacamata Barat adalah gerakan nasionalisasi ekonomi Malaysia ke tangan Melayu, saya berkira adalah detik-detik permulaan sikap  curiga dan was-was Barat ke atas Dasar Perindustrian Malaysia. Langkah perindustrian Malaysia telah melakukan langkah nasionalisma secara berselindung. Pada kala kehadiran syarikat-syarikat Barat ini dan atau FDI berkurangan maka keperluan untuk nilai Ringgit kekal kukoh dan tinggi adalah tidak wajar. Jika FDI Barat tinggi, maka nilai pelaburan mereka harus ditaksir pada nilai yang tinggi. Ini adalah agar mereka dapat mengaut untung yang hebat. Paling malang, Malaysia adalah Negara Pengguna, maka dengan pegangan asing dan FDI menurun, maka Ringgit perlu diturunkan nilainya. Game imperilisma tidak hanya pada senjata tetapi kini sudah beralih kepada kewangan dan pelaburan.

(5.32) FDI China atau selain Barat tidak membantu Malaysia. FDI China khasnya paling tidak menguntungkan Malaysia. Produk mereka ada di mana-mana. Mereka gigih di Vietnam, Afrika dan kini di Asia Tengah dan Arab. Pasaran barangan China adalah di dunia ke tiga, dan mereka berada di mana-mana di dunia ke tiga. Jadi pasaran produk mereka terhad untuk pasaran domestik negara pengeluar dan malah membunuh perusahaan domestik. Sedang material untuk pengolahn produk dibeli dengan harga mahal akibat tukaran asing kita yang lemah, maka FDI China lebih berupa gergaji mata dua buat China. Import material dia sapu, penjualan produkpun dia baham habis peluang kita. Pekerjaan pula, mereka gemar hanya dari China. Mereka menikmati sepenuhnya insentif FDI. Kita hanya mendapat hampas yang tidak bernilai. Saya menjangka , bagi Barat, FDI China di Malaysia akan menjadi asas untuk mereka terus melemahkan Ringgit. 

(5.33) Malaysia tersangat penting buat Amerika. Di rantau ASEAN, Singapura merupakan duri dalam daging bagi Malaysia. Sejarah politik Malaysia cukup mencurigai Singapura. Namun Malaysia tidak boleh mengugat Singapura. Malaysia mesti memperkukohkan Singapura. Hubungan Malaysia-Amerika harus mengatasi hubungan dengan negara-negara lain dan paling tidak boleh terlalu mesra dengan China dan atau Russia. Dalam masa yang sama juga, lantaran Barat sedang berperang dengan Islam Arab, maka Malaysia tidak boleh terlalu condong kepada negara-negara Islam. Adalah sangat merbahaya jika Malaysia condong kepada conservative and radical Islam, lantaran secara geo-politiknya, Malaysia adalah pusat graviti Islam Nusantara mencakupi Thai-Kemboja dan Indonesia-Filipina. Paling ketara, jaringan Silk Road menjadi tidak cekap tanpa dokongan Malaysia; itulah apa yang USA mahukan. Namun pelaburan-pelaburan mega China di Pahang, Johor, Melaka dan Pulau Pinang pasti boleh memeningkan kita sepertinya apa yang berlaku dalam tempoh Kerajaan 2018-2022. ASEAN merupakan wilayah penting untuk Amerika. Malaysia tidak boleh menjadi bom jangka bagi memusnahkan kekuasaan Amerika di sebelah sini.

(5.34) Malaysia adalah negara pengguna. Kita menimport hampir semua keperluan kita, termasuk sebilangan sebilangan besar keperluan makanan. Input perusahaan kita juga banyak yang diimport. Dengan penglibatan aktif Malaysia dalam sektor pembuatan, maka banyak kepentingan asing telah dapat kita gantikan dan atau pindah milik. Akibatnya peluang negara-negara asing untuk terlibat secara meluas dalam ekonomi Malaysia menjadi kian berkurangan. Contoh di bidang elektronik, banyak syarikat asing telah gulung tikar dan kita mengeluarkan pelbagai produk yang boleh dipasarkan secara meluas di peringkat antarabangsa. Maka, untuk kekal makmur, Barat khasnya perlu suatu instrumen untuk memastikan mereka terus sebegitu. Nilai Ringgit menjadi mainan mereka. Mereka menekan Ringgit dengan pelbagai cara. Ini bukanlah helah terpencil buat Malaysia, bahkan Jepunpun Barat perlakukan secara sama. Inilah kelicikan sistem Perdagangan Bebas dan Sistem Kewangan Dunia mainan Barat. FDI kian diguna sebagai peledak keruntuhan ekonomi sesebuah Negara dan senjata imperialisma yang cukup berkesan.

(5.35) Berasaskan hujah-hujah di atas, saya yakin, corak dan struktur FDI kita sangat mempengaruhi kekuatan Ringgit, ekonomi, kewangan serta kesejahteraan rakyat Negara ini. Jika kita terlalu meminggirkan Barat, kita pasti menerima padahnya. Jika kita condong kepada Timur, maka pasaran produk kita harus dilihat secara hati-hati dan strategik. Inteligensia kita di kedutaan di negara-negara asing harus memainkan peranan strategik dalam mengalisa FDI China di negara-negara di mana mereka berada. Bentuk dan corak struktur ekonomi Malaysia harus pada keseimbangan yang strategik antara ekonomi terbuka dan ekonomi domestik. Jepun dan China saya kira mempunyai keseimbangan ekonomi terbuka dan domestik yang perlu kita teliti dengan baik. Switzerland, New Zealand bahkan negara-negara Scandinavia saya kira mempunyai sistem ekonomi yang sangat seimbang antara orientasi eksport dan domestik. Sebagai contoh, minyak sawit dan hasil perkayuan kita sedang menjadi alat kawalan Barat ke atas eksport dan kewangan Negara. Kekuatan kita di sektor sawit sangat terikat dengan pendekatan tradisional yang terlalu lama, sehingga ianya mudah dipencilkan di pasaran global. 

(5.36) Sikap nasionalisma UMNO sering menjadi sasaran serangan Barat, biar tidak secara terang-terangan. Itulah sikap mereka ke atas mana-mana negarapun khasnya yang boleh menjejaskan kuasa ekonomi mereka. UMNO yang sejak sekian lama membawa ideologi nasionalisma, pastinya tidak menyenangkan Barat. Barat mengidam untuk kembali menguasai Malaysia, dan UMNO adalah dalang besarnya. Ditokok dengan kekonyolan UMNO,  Barat sedang mengoyak rabakkan institusi tersebut secara sistematik dan by default. Masalah korupsi di dalam UMNO bukanlah faktur utama Barat ingin menumbangkan UMNO; nasionalisma Melayu jadi kebencian Barat.

(5.4) Islam Moderat:

(5.41) Kecelaruan di Afrika, Asia Barat dan Asia Tengah seperti belum ada kesudahannya. Akibatnya, Barat terpaksa menangung karma perbuatan diri mereka dengan penghijerahan beramai-ramai khasnya penduduk Muslim ke negara-negara mereka. Kebanjiran Muslim di Barat banyak merubah demografi rakyat di sana. Paling Barat khuatiri, Islam akan merubah budaya asli mereka. Barat = Bebas. Islam = regulator iaitu pengatur kebebasan untuk kesejahteraan semuaBagi Barat khasnya Amerika, regulator = penghambat kebebasan. Mereka tidak mahu terpalit dengan apapun yang Islam utarakan. Ibaratnya, jika di Malaysia, mereka tidak mahu "masuk Melayu" dan mereka juga mahu "tiada Melayu" melainkan jika "Melayu sekurang-kurang = Barat Celup". Atas sebab itu maka, jikapun Muslim perlu berada di Negara mereka, maka mereka harus menjadi Muslim pada takrifan mereka. Muslim tidak boleh menjadi Muslim sejati, mereka harus menjadi Muslim Barat.

(5.42) Sesungguhnya sikap Islam yang cukup menjaga martabat dan jati diri manusia sebagai manusia, ie pada tujuan kejadian asalnya, menjadi kedengkian hebat Barat. Apa yang Barat mahukan agar Muslim khasnya Muslimah kita mudah ditelanjangkan dan dizinai, zahir dan batin. Para orientalis, atheis dan LGBT cukup teringin untuk menelanjangi dan menzinai para Muslimah kita. Pejantan-pejantan Barat ingin menganyang mulut, bontot dan dada mulus Muslimah kita. Muslim mungkin tidak sedar, sikap ini wujud lantaran mereka sudah puas memperhambakan the Black. Rakyat kulit Hitam yang pada asalnya berpunya temaddun tersendiri, dan bahkan banyak yang beragama Islam (contoh keturunan Barack Obama) telah berjaya mereka tukar menjadi sebahagian keperluan kebebasan mereka terutama di bidang kelainan tabii.

(5.43) Pertembungan Islam dan Barat pada kurun ke 18 telah melahirkan para pengkaji dan pemikir Islam Barat yang disebut sebagai Orientalist. Para orientalis ini cukup tidak bersahabat dengan Islam. Namun mereka juga tidak mahu bermusuh dengan Islam secara head to head. Di sini, hasil dari pandangan dan pemikiran para orientalis, maka terjelma istilah Islam dan atau Muslim Moderate ie Islam dan Muslim yang boleh disorong tarik; the tolerance Islam. Dalam kata lain, mereka mahu Islam yang boleh menerima budaya bebas yang ada pada mereka. Asasnya, Islam dan atau Muslim Moderate yang mereka ketengahkan tidak lain agar nilai-nilai Islam pada Muslim di Negara mereka kian mencair lalu menjadi Islam yang boleh diterima. Para orientalis ini menentukan nilai-nilai Islam berdasarkan keperluan Barat bukan pada ciri-ciri azali yang Allah kehendaki. Inilah nilai Islam yang akhirnya akan dijadikan nilai Islam Universal iaitu Islam Moderat yang wajib diterima pakai oleh semua Muslim di mana-manapun jika mereka mahu diterima baik oleh Barat. Inilah jalan assimilasi budaya yang mereka mahu paksakan kepada Islam dan atau Muslim. 

(5.44) Di Negara ini, PAS yang sejak penubuhannya yang kelihatan sangat agresif dalam memaksakan ideologi politik "Islamnya" cukup mengelikan Barat. Pastinya pihak CIA cukup memberi perhatian  terhadap tingkah laku PAS. Kerajaan terdahulu yang melantik Hadi Awang sebagai duta ke Timur Tengah bila mana PAS ada "kecenderungan" terhadap politik Syiah yang menjadi musuh Barat merupakan tindakan paling silap kita. Makanya. atas dasar untuk mengekang Islam dan melumpuhkan semangat nasionalisma, maka PAS dan UMNO Barat terutama USA secara licik sedang ranapkan; ini mungkin kita tidak sedari. 

(5.45) Malaysia yang bersifat cukup majmuk adalah calun mantap bagi penjelmaan dan amalan Islam moderat. Islam moderat akan menjadi senjata asas untuk memencilkan PAS. Islam Moderat dari sudut para orientalis dan para pengikutnya harus berciri liberal democratic. Sikap Liberal Democrat pula adalah senjata paling ampuh untuk membunuh nasionalisma UMNO. DAP khasnya LKS yang memperjuangkan slogan Malaysia for Malaysia, pada hakikatnya cukup serasi dengan pemikiran orientalis ini. PKR yang beranggapan bahawa golongan muda dan Melayu bandar, juga inginkan "kebebasan" maka mereka juga telah "menjerap" pendekatan liberal democratic DAP ini. Saya yakin, Islam madani yang Anwar sedang ketengahkan adalah saduran kepada Islam Moderat dan liberal democrat kehendak Barat. Anwar sedang meniru cara Turkeye. Cuma isunya, apakah Islam moderat itu Islam sebenar?

(5.46) Bagi saya, biarlah Islam itu pada asas azalinya. Allah menetapkan bahawa Islam itu asasnya adalah Al Quran, Hadis dan Ijmak. Itulah Islam sejati yang saya faham. Jika Islam sejati yang kita amalkan, In Shaa Allah kesaksamaan yang lebih meluas akan negara ini nikmati, dan itulah tonggak kepada kesejahteraan dan kemakmuran sebenar kita. Bagi saya, tiada yang dinamakan Islam Moderat, Melampau extrime, Orthodox jumud, atau apa juga jenamanyaIslam itu hanya satu iaitu Islam. Selain itu, ianya bukanlah Islam.

(5.5) Sikap Keras Mahathir Terhadap Barat:

(5.51) Semua pemimpin Malaysia sebelum Mahathir adalah berlatar belakangkan pendidikan dan pengalaman bekerja Barat khasnya British. Gaya gentleman cukup tertanam dalam diri mereka. Sikap aristokrat malah feudalisma British cukup jelas pada gaya kepimpinan mereka. Buku Memoir Tun Dr. Ismail muktahir jelas mengambarkan sikap para pemimpin Melayu dewasa itu. Semasa remajanya, Mahathir melihat golongan ini tidak cepat bersungguh-sungguh dalam merombak sistem warisan feudal-imperialisma British di Negara ini agar golongan Melayu dapat berlari pecut dengan baik seiringan rakan-rakan lainnya. Hakikatnya, ekonomi Negara (khasnya Malaya) masih menyerupai struktur dan komponen seperti Malaysia belum pernah terbentuk sehingga ke 1970an. Maka bila beliau menaiki tangga Perdana Menteri pada 1981, beliau melakukan rombakan institusi dan sistem seperti tsunami yang Melayu sendiri akhirnya belum bersedia. Ultra-sosialis Melayu seperti Musa Hitam, Tengku Rezaleigh, Kassim Ahmad, Nik Aziz, malah Hadi Awang dsb cukup tidak selesa dengan cara ganas Mahathir; too fast, too aggressive, less calculation, kata mereka. Melayu masih masyuk berada dalam kepompong naungan feudalisma, dan tanpa sedar imperialisma British. Hakikatnya, Mahathir melakukan reformasi institusi dan sosial untuk membawa Melayu berlari cepat menghambat mentari ke hujung dunia. Namun Melayu tidak bersedia untuk mendapat cedungan jantung baru Mahathir yang menuntut agar Melayu kencang berlari.

(5.52) Bagi membangkitkan semangat juang Melayu, Mahathir menghala serangannya kepada the Master ie Barat. Penjajahan Barat serta prasyarat kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia menjadikan Melayu terpinggir dan terpencil dari arus perdana ekonomi Negara dan dunia.  Kealpaan Tunku menyebabkan Melayu tidak segera merebut lompang yang British tinggalkan. Mahathir menyalahkan Barat atas sengara dan kemunduran Melayu. Mahathir memilih untuk tidak menyerang masyarakat pendatang China dan India lantaran prasyarat kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia bahawa mereka mesti diiktiraf sebagai warga Malaysia serta harus diladeni secara saksama sebagai rakyat Malaysia. Hak rakyat Malaysia telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara, dan adalah sia-sia untuk merobah semua itu; peristiwa Mei 13, 1969 adalah manifestasi langkah tersebut. Maka Mahathir memilih menjadikan pentas dunia sebagai medan perjuangan Melayu dan Negara. Mahathir ingin menunjukkan kepada Melayu, bahawa kita boleh jika kita gigih dan berani. Semua dasar Mahathir bersifat cukup keras terhadap Barat, khasnya kepada Bank Dunia al IMF. Mahathir adalah “Jebat” di mata Barat. “Tuah” harus dicari buat membunuh “Sang Jebat” ini.

(5.53) Dalam menangani krisis Kewangan 1997 Mahathir benar-benar menempelak Barat dan ini pastinya Barat cukup tidak suka. Mahathir menggunakan strategy value tagging berbanding floating. Cara Mahathir cukup menggugat kelangsungan dunia spekulasi yang sangat Barat kehendaki. Mahathir mesti disingkirkan, namun caranya harus tidak sampai Mahathir berpaling ke the Dragon dan atau Polar Bear. Najib Razak, biar seperti sangat bersahabat dengan the Capitol Hill, namun sikap Najib suka Tarian Naga, itu juga saya pasti, cukup mencurigakan Barat. 

(5.54) Saya yakin, kebetulan Mahathir (dan Najib) punya banyak musuh politik dalaman, maka campur tangan langsung Barat tidaklah perlu. Paling berguna sebagai juara Barat untuk melucutkan jawatan Mahathir (dan Najib) adalah Lim Kit Siang. LKS (DAP) anti-Komunis sepertinya PAP (LKY) Singapura. Penolakan DAP dan PAP terhadap komunisma adalah penting buat Barat. Barat perlu sahabat-sahabat yang anti China dan Russia. Dasar dan corak perjuangan DAP adalah menyerupai PAP: meritocracy - siapa kuat dia dapat. Itulah asas kepada sifat liberal democrat. DAP yakin, Singapura maju pantas lantaran dasar Liberal democrat PAP. Cuma apakah rumusan, formula itu benar?  LKS mahukan demokrasi-liberal berjalan kukoh di Malaysia dengan slogan Malaysia for Malaysianya. PAP = Singapura = rakan akrab Barat.  DAP = "PAP" = rakan Barat. Tidak salah untuk menjadi rakan akrab Barat. Cuma, saya menjangka, kekhuathiran Mahathir adalah dengan bersikap liberal demokrat dan meritocracy, Melayu akan menjadi the American Black; kelihatan perkasa dalam segala negativities.

(5.55) Namun sebegitu LKS bukanlah pilihan paling praktikal dalam kontek Malaysia. Alternatifnya bukan Musa Hitam, bukan Tengku Rezaleigh, bukan Ghafar Baba, jauh sekali Hadi Awang (dan bukan Najib Razak), tetapi Anwar Ibrahim. Tokoh Melayu harus ke depan. Anwar dan LKS kemudian digandingkan bagi memperkukoh (bahkan checkmate untuk Anwar) serangan terhadap Mahathir. Maka tidak heran, biar Mahathir berganding bersama Anwar dalam menumbangkan Najib, dan Mahathir gigih berusaha untuk memulihkan Negara, namun tetap Anwar mahukan Mahathir turun secepatnya. Saya tidak bermaksud USA menghasut Anwar, atau Anwar jadi talibarut USA, tetapi itulah lumrah dalam budaya Melayu: “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Anwar memperalatkan USA, namun apakah USA tidak sedar akan permainan Anwar? Atau dalam analogi lainnya, Anwar lantaran popularitinya, memperlakukan dendamnya terhadap Mahathir “bagai mengengam bara api, genggam terus biar jadi arang”.

(5.6) Kerajaan Kekal Rapuh:

(5.61) Berbalik kepada politik Negara. Politik kita masih jauh dari kemantapan. Dengan PH tidak mendominasi kutipan undi dalam PRU15 lepas iaitu dengan hanya memenangi 82 (dengan 40 kerusi sumbangan oleh DAP) dari sejumlah 222 kerusi Parlimen iaitu cuma 36.93 peratus dan paling ketara PKR hanya memenangi 31 kerusi iaitu hanya menguasai 37.80 peratus dari keseluruhan kerusi dalam PH. Saya mengira, Anwar yang memimpin PKR, biar di dalam PH sekalipun tetap "goyah". Biar secara aggregat Anwar dapat mengembeling 147 (?) kerusi atau lebih dua pertiga, bagi membentuk "Kerajaan Perpaduan" namun Kerajaan yang Anwar bentuk adalah ibarat "telur di hujung tanduk". Anwar menjadi PM adalah atas ehsan UMNO dan gabungan parti-parti lain. Saya menggunakan perkataan ehsan lantaran pada hakikatnya tidak semua di dalam UMNO mahu berkerjasama dengan Anwar, dan sebegitu juga parti-parti lain seperti pada awal pernyataan mereka. Hanya kerana kepentingan tertentu dan juga akibat RUU anti-lompat telah mengekang ahli-ahli Parlimen untuk menyonsong "pendirian" Parti mereka. Kerusi PM Anwar adalah pinjaman; agar Anwar kekal lama duduk di atas kerusi tersebut; idealisma PKR sedang dan perlu Anwar gadaikan. 

(5.62) Dengan PKR hanya mendapat 11 (?) peratus undi Melayu, maka PKR dan Anwar di hati Melayu masih tidak mantap, khasnya bila PAS tidak berada di dalam Kerajaan Persekutuan. PAS malah kian mengukuh dengan menguasai Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu serta melakukan big wave di Pahang, Perak, negeri sembilan, Selangor dan Melaka. 6 PRN yang akan berlangsung pada Jun-Julai tahun 2023 ini akan menjadi pertunjuk jelas kepada pengaruh Anwar. Juga PAU(MNO) yang berlangsung pada Januari, 2023 adalah cabaran awal terhadap dokongan demokrasi dan liberalisma Anwar. Saya yakin, dengan langkah “pembersihan” yang berlaku di dalam UMNO, ianya bukanlah langkah pembersihan murni, namun hanyalah untuk menyingkirkan mereka yang tidak sebulu. Ini cukup tidak demokratik apa lagi liberal. Jikapun USA tidak memandang berat akan prihal ini, namun, pastinya ianya akan menjadi agenda besar dalam PRN enam Negeri pada Jun-julai nanti.

(5.63) Anwar selepas dibebaskan dari kasus liwat pertamanya telah menetap dan mendapat layanan baik di Amerika. Bank Dunia dan Universiti Harvard sangat menerima Anwar. Dokongan Amerika terhadap Anwar (dan DAP) paling ketara bila dalam jamuan APEC di Kuala Lumpur pada 16 Novembar 1998 Al Gore telah memberi ucapan dokongan kepada gerakkan Reformasi PKR dan DAP lalu kemudian beliau meninggalkan dewan santapan dengan gaya sombong dan bongkak, tidak beradab. Buat PKR dan DAP, dokongan Amerika hanyalah sebagai muslihat dan strategi politik. Namun saya yakin, bila Amerika menghulurkan simpati, mereka pasti menagih udang di dalam hidangan mee gorengnya. Amerika mahu Malaysia dipimpin oleh seseorang yang tidak terang-terangan menyerang Barat. Amerika memerlukan sekutu yang taat dan serasi.

(7) Dilema Anwar, Ketakutan Mahathir:

Berikut saya kira adalah dilema besar Anwar dan apakah ketakutan sebenar Mahathir.

(7.1) Sifat rhetoric dan populist Anwar. Kehandalan Anwar paling hebat adalah sifat rhetoricnya. Pidatonya boleh memukau membangkitkan semangat manut dan kesetian; taksub sebahagian besar para pendengarnya. Sejak dari zaman pelajar, Anwar saya perhatikan cukup rhetoric dalam pendekatan politiknya. Inilah strategi beliau untuk terus mendapat perhatian atau remain relevant. Agar rethoric itu mantap, maka Anwar juga harus bersikap populist. Beliau cukup trendy. Maka segala tajuk pembicaraan dan pidato beliau harus merupakan perkara-perkara semasa today issues dan sesuatu yang dapat mengangkat semangat rakyat: benci dan atau mendokong. Soal perkara itu benar, betul, dan tepat, itu perkara lain. Apa lagi apakah Anwar benar-benar faham isu-isu yang dipoidatonya, itu juga perkara lain. Yang penting bagi Anwar, politik beliau terus hidup dan relevant.   Bagi saya, Anwar adalah political preacher

(7.11) Kemiskinan Melayu menjadi bahan utama rhetoric Anwar semasa di Universiti Malaya. Kedhaifan hidup masyarakat Baling, Kedah tidak lekang dari bibir Anwar. Maka dengan itu, UM terutama FRU Corner menjadi medan perjuangan kemiskinan Melayu. Cuma bila menyedari betapa kemiskinan Melayu adalah bersebabkan kongkongan enterprise yang mereka ceburi dan atau "dipaksa" jalani: padi, getah, nelayan pesisir, buruh, dsb maka akhirnya Anwar jadi buntu biarpun berpunya kuasa untuk merobah. Anwar buntu tentang cara untuk merobah Melayu menjadi hebat atas kepentingan enterpises ketimbang masa depan bangsanya. Akhirnya Melayu terus dijadikan korban dan dokongan mereka terus dapat diraih melalui langkah-langkah patronage dan taburan janji-janji harapan.  

(7.12) Semasa di dalam ABIM, beliau pula cukup lantang dalam menyuarakan idealisma Islam di peringkat nasional dan antarabangsa sehingga PAS cukup tergoda dengannya. Hampir-hampir Anwar dilantik untuk menerajui PAS atas kehebatan pidato-pidato dan imej Islamnya. Namun, bila puas menyusu budi USA, akhirnya Islam Moderate dan fahaman Liberal Democrat menjadi hadangan idealisma Islam yang sebelumnya beliau pidatokan. Islam Anwar bertukar menjadi "madani" yang maksud hakikinya hanyalah pada kefahaman dan kehendak Anwar sendiri sahaja. Madani Anwar adalah pelarian escapism beliau terhadap Islam sejati; Anwar juga tidak mahu dikenali sebagai Islam moderat dan Liberal democrat. Untuk menjadi islam sejati, bimbang Barat akan menghatui kita. Jika melangkah ke moderat apa lagi Islam liberal, pasti beliau akan diganyang PAS. Maka atas dilema ini, maka Anwar kian menjadi tukang karut dalam Wayang Kulit, Menora dan bahkan Boria, ideologinya sekadar hiburan pengubat gusar rakyat.

(7.13) Pidato-pidato rhetoric Anwar dalam perekonomian dan kewangan Islam mula-mulanya cukup mengujakan saya. Namun, kita sedar, biarpun Kewangan Islam telah berjalan baik di Malaysia, saya yakin, sistem yang ada belum sempurna. Sistem yang ada masih membebankan pelangan. Anwar lantaran puas didodoi timang USA, kini saya yakin cukup berhati-hati untuk mengembangkan sistem ini. Malah jika kita ingat, pada tahun 1998, IMF telah mempengaruhi Anwar untuk menaikkan kadar bunga bank serta memendekkkan tempoh NPL yang akhirnya telah menyebabkan ramai yang terlibat terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi. Saya tidak nampak usaha keras untuk mendaulatkan sistem kewangan dan ekonomi Islam dalam Belanjawaan 2023 beliau. Saya tidak yakin Anwar akan bekerja keras untuk menjadikan sistem kewangan Islam mengukuh dan melebar luas di negara ini sebagai asas bagi membina perekonomian Islam.
 
(7.14) Sistem kewangan dan perekonomian Islam saya kira lebih bersifat malar, constant berbanding sistem konvesyenal kini yang bersifat speculative. Perlaksanaan sistem kewangan dan ekonomi Islam akan menyekat sistem speculative. Anwar tidak akan berani merobah hebat struktur konvensyenal yang ada. Maka kini, bacaan saya, Anwar sedang kalut, binggung. Makanya beliau kini ingin lebih rapat kepada Turkeye berbanding USA. Anwar ingin menjejaki sistem Islamic Turkeye. Erdogan kini sepertinya sedang menempa kecemerlangan dalam mengadun keperluan Barat terutama IMF (liberal speculative) dan Islam (kestabilan) dalam mengurus negara Turkeye. Bagi saya, kejayaan Turkeye hanya sesuai untuk Turkeye, tidak untuk kita ciplak dan jerap. Pengaruh Yahudi dan Barat cukup kental di Turkeye. Mereka perlukan strategi survival tersendiri. Juga, Turkeye sebagai angota NATO, banyak prasyarat yang perlu dia penuhi. IMF pada hakikatnya sentiasa membayangi sistem ekonomi Turkeye. Anwar sedang dalam dilema untuk menghindari USA dan mendekati Islam hakiki. Atau bersama Turkeye adalah langkah penyamaran Anwar dalam berjinak dengan USA dan atau IMF. Saya menduga-duga dari mana Anwar hendak membiayai Belanjawan Terbesar Negara setakat ini ie RM388.14 Billion? Kita akan mengalami defisit berjumlah RM96 billion. Beranikah Anwar mengunakan Sukuk sebagai pilihan utama dalam memenuhi keperluan defisit tersebut?

(7.15) Juga saya yakin, Anwar dalam dilema tentang Dinar Emas. Kini, fahaman di seluruh dunia Islam betapa sepertinya Dinar Emas adalah Kewangan dan Ekonomi Islam. Saya yakin, hasrat Mahathir untuk beralih ke Dinar Emas adalah fahaman radikal Islam dari kacamata Amerika dan Barat. Hasrat Mahathir itu saya kira adalah paling radikal dari segala yang radikal. Dalam bahasa mudahnya, Mahathir sedang mengajak dunia Islam dan Barat berperang secara terbuka. Cuma kenapa Dinar Emas yang dipilih. Saya berkeyakinan bukanlah Dinar Emas yang harus menjadi asas kewangan dan perdagangan Negara (dan dunia). Saya berkira Al Quran tidak hinted akan prihal tersebut. Bahkan Sunnah dan tindakan para sahabat besar SAW juga tidak hinting ke arah itu. Yang Allah, SAW dan para sahabah besar tegas dan pastikan adalah tiada riba, kawalan mutu dan timbangan yang tepat. Banyak ayat-ayat Al Quran yang menegaskan akan prihal ini. Bacaan saya, Allah tidak meletakkan material sebagai asas kewangan dan perdagangan antara manusia, melainkan perlunya sistem tanpa riba dan menjaga kualiti mutu dan timbangan. Saya yakin, Islam lebih menekankan sistem dari material dalam mengusul sistem kewangan dan perekonomian Islam. Dalam prihal ini, Anwar terus buntu, dalam merumus sistem Islam yang boleh memacu kehidupan Islami hakiki di Malaysia yang bersifat majmuk. Sesungguhnya Anwar kini dalam dilema dalam menjelaskan dan menyemaikan semangat kemurnian dan kesucian Islam kepada DAP teman sebantalnya yang cukup taboo dengan sistem Islami. Di sisi lain, orang Melayu mahukan sistem Islami. Dikotomi dan pluralism ini menjadikan Anwar kebinggungan, paling serba salah.  

(7.16) Maka gagasan sistem kewangan, ekonomi dan matawang Islam sebagai asas untuk memperkukoh nilai Ringgit sedang menemukan jalan buntu. Saya mempunyai keyakinan betapa Barat akan terus menekan kita jika kita khilaf dalam melaksanakan sistem kewangan, ekonomi dan matawang Islam. Anwar pening. Maka Mahathir khuatir Kewangan Islam yang kian menjadi komoditi baru negara akan memudar dan Ringgit sukar dipulihkan. Namun begitu sepertinya Islam yang berupa niche religion bagi sejumlah 7.00 billion rakyat dunia ini, maka sistem kewangan, ekonomi dan matawang Islam harus dilihat dari sudut niche system. Ianya bukan sistem yang terpakai untuk semua. Saya kira wajar jika ianya digunakan dalam membina dan memperkokoh personal dan domestic economy Muslim dan negara Islambukan overall economies. Biarkan yang halal untuk perkara-perkara wajib, dan yang konvensyenal untuk yang gemar hidup speculative. In Shaa Allah saya akan menulis mengenai perkara ini di suatu masa nanti.

(7.17)  Bila di dalam PKR (setelah dipecat dari kedudukan TPM dan UMNO), Anwar pula sangat lantang dalam soal-soal rasuah, kronisma dan nepotisma. Inilah gagasan besar yang Anwar cukup representing samada dari segi penonjolan watak, gaya pidato, malah permainan politik beliau. Jika kita mengikuti pidato-pidato beliau, prihal beliau membuat pendedahan akan prilaku rasuah, kronisma dan nepotisma musuh-musuh politiknya cukup mengerunkan. Cuma sehingga kini, beliau belum menampakkan kesungguhan untuk membuktikan secara perundangan akan segala lontaran tuduhan tersebut. Biarpun dalam pernikahan dengan UMNO, Anwar gagal mengotakan rhetoric anti-rasuah, nepotisma dan kronisma beliau. Anwar lebih memilih kuasa dari prinsip lontaran halkumnya. Saya berfikir-fikir, apakah halkum Anwar tergetar dari rasa hati dan fikiran jitu beliau, atau sekadar apa yang budaya utara istilahkan sebagi "aku saja cong dan atau gempak". Sesungguhnya, sesiapapun tidak akan sejati terpisah dari lingkungan budaya rasnya.

(7.18) Secara ringkas, Anwar mempunyai watak, pemikiran dan tindakan yang cukup colorful.  Sifat rhetoric dan reality semasa, saya kira adalah dilema utama Anwar, kerana dalam usaha untuk menzahirkan apa yang beliau hujahkan, beliau sebetulnya tidak mempunyai kekuatan dan iltizam untuk berpaut teguh kepada prinsip-prinsip murni bicara dan pidato beliau. Saya melihat Anwar kini lebih kepada lain dibicara, lain dikota; cakap tidak serupa bikin. Sifat rhetoric dan kepetahan lidahnya, adalah alat bagi Anwar menutup segala kelemahan dan kegagalannya. Melayu terlena dengan kemahiran Anwar tersebut. Maka saya menduga ketakutan utama Mahathir adalah bahawa Anwar can't deliver berkemungkinan menjadi benar. Mahathir cukup takut jika Melayu terus tercorot lantaran corak pimpinan Anwar yang theoritist and rhetoric. Melayu dan rakyat Malaysia terkoteng-koteng dibuai dan leka dengan harapan rhetoric dan populist Anwar. Orang Sri Aman Sarawak, ada suatu konsep yang cukup selari dengan cara Anwar: "abu duak sudukpun sik ada - habukpun tarak".

(7.2) Kedua, saya berkira Anwar sangat terhutang budi kepada USA. Pernyataan ini tidak bermaksud bahawa Anwar berada dalam kawalan USA. Anwar berada dalam dilema terhutang budi. Perjuangan politik Anwar terus membara kerana "sokongan" USA. Namun, lagaknya, dia tidak berfikiran sebegitu, iaitu dia memperalatkan USA, namun bagi USA ianya adalah sebalikinya. Setahu saya, CIA bukanlah agensi buta saikologi. Mereka cukup handal dalam membaca watak dan fikiran sesiapa yang mereka hendak pergunakan. Anwar tidak terkecuali. Layanan “istimewa” USA terhadap Anwar saya yakin ada maksudnya yang tersendiri. Penempatan Anwar di World Bank dan Harvard adalah untuk pembinaan fahaman, jatidiri dan memperkukoh imej Liberal Democrat Anwar. Paling ketara bilamana semasa di WB, Anwar diberikan peranan besar untuk menasihati negara-negara Afrika. Ini semua, saya kira adalah strategi USA untuk mengenengahkan Anwar sebagai alternatif kepada Mahathir (dan Ghadafi) dari mempengaruhi negara-negara berkenaan. Namun natijah hakiki USA adalah untuk membentuk Anwar yang benar-benar taat kepada sifat Liberal Democrat. Jika PMX = Liberal democrat, maka Malaysia juga harus bersifat liberal democrat. Maka Malaysia akan terus menjadi rakan setia tidak berbelah bagi bagi USA. Jika itu terjadi, Anwar akan menghadapi masalah besar dalam membina Negara Malaysia Berdaulat. Kita merdeka namun tidak berdaulat. Dasar Luar, Pertahanan, Ekonomi, Sosial, Kewangan, Perdagangan bahkan dalam keagamaan harus menepati intipati Liberal Democrat. Paling getir, sifat Islam sejati harus menjadi pertaruhan demi mengambil hati Barat. Namun, kita tidaklah sampai terjajah, kita terikat dalam banyak hal kepada kehendak kepentingan USA dan Barat. Kita kembali "terjajah" dalam kemesraan. Saya juga yakin, inilah yang Mahathir takuti, jika ini terjadi, itu pasti akhirnya menjadikan Melayu kehilangan kedaulatan. Hakikatnya, Melayu masih banyak perlu belajar dan mendalami untuk siap siaga bersaing secara bebas.

(7.21) Kita kian tidak bebas dalam banyak urusan di luar dan dalam negara. Di setiap sudut kita tertekan. Ini tidak terhad kepada Anwar. Bahkan Najib dan kemudiannya Mahathir juga mengalami prihal yang serupa.  USA bergantung harap kepada Anwar untuk menjadikan mereka terus gagah berkuasa di sebelah sini. Perdagangan antarabangsa kita kena berpilih. Berurusan dengan Barat harus menjadi keutamaan. FDI juga harus hati-hati. FDI dari USA khasnya harus diutamakan untuk membantu pengokohan Ringgit. Kita tidak boleh terlalu condong ke China. Namun berapa banyak sudah pelaburan mega China di Malaysia? Jika itu kita sekat, Anwar pasti menghadapi masalah besar dengan teman sebantalnya DAP. Kemajuan Pulau Pinang, Johor Baharu, Melaka dan bahkan Kuantan akan terjejas jika "FDI" China kita gugat. Bukan sekadar itu, Malaysia juga akan menghadapi masalah perundangan dan kewangan jika FDI tersebut terjejas. HSR Kuala Lumpur-Singapura yang tertangguh adalah contoh yang baik. 

(7.22) Saya cukup curiga dengan gaya FDI China. China sedang aktif di seluruh ASEAN, Afrika, Asia Tengah dan Timur Tengah. Hakikatnya FDI China di seluruh dunia adalah saling bersaing sesama sendiri dari segi produk dan pasaran. Keluaran FDI China adalah barangan murah berkualiti rendah untu pasaran Dunia Ke Tiga. Maka, bagi keluaran Malaysia, kita tidak boleh memasarkan ianya ke China lantaran China juga sedang mengeluarkan produk yang serupa. Di Afrika, Asia tengah malah Asia Barat, semua sudah flooded dengan keluaran China. Akhirnya, keluaran FDI China di Malaysia menjadi senjata makan tuan. Yang untung para pelabur China dan pekerja China. Silap-silap kilang-kilang tempatan akan ditelan dan atau bungkus oleh FDI China.

(7.23) Bagi saya, sebagai Negara "kecil" kita sentiasa berada dalam serba salah. Namun saya yakin, jika kita teliti Al Quran itu betul-betul, pelbagai jalan penyelesaian Allah telah berikan dan bahkan Muhammad SAW telah tunjukkan. Secara dekat in close contact, Madinah cukup dikuasai oleh Yahudi sebelum dan di awal pemerintahan SAW. Bagaimana SAW dapat mengangkat kaum Al Anzar, Kharaj (?) dan Quraish akhirnya mendominasi ekonomi Madinah.  Tidakkah Melayu boleh mencontohi itu? SAW cukup mempercayai tokoh koprat di zaman itu seperti Abdul Rahman Al Aus (?), maka kini apakah sikap Anwar terhadap para ahli koprat Melayu? Rhetoric Anwar terhadap kronisma dan nepotisma boleh saja menyembeleh angsa-angsa bertelor emas Melayu. Sebegitu juga, Madinah (dan Mekah) dikelilingi oleh kuasa-kuasa besar Roman dan Farsi yang gemar berperang dan menjajah. Apakah jalan yang SAW dan para sahabat besar lakukan untuk neutrlaised semua itu. SAW, Umar Al Khataab dan Umar Abdul Aziz sebetulnya telah menunjukkan jalan terbaik tentang bagaimana mereka berurusan dengan Byzantium dan Baitulmuqaddis semasa pemerintahan Roman. Pengalaman Othmaniah Turki yang menyebelah ke pihak tertentu, yang akhirnya menumbangkan Kerajaan Islam terakhir harus kita teliti dan pelajari secara lebih dekat. Allah sebetulnya telah mengilhamkan ASEAN kepada Adam Malik dan Abdul Razak. ASEAN kemudian terus bertukar menjadi Negara-Negara Berkecuali. Sesungguhnya, wadah bagi kita untuk bergerak pantas ke depan sudah ada, cuma egoism Anwar cuba menafikan segala-gala pada saat dia sedang meraba-raba mencari identiti and inisiatif tersendiri. Saya cuma ingin membawa Anwar kepada Al Quran, kitab teragung dari segala kitab, tetap ianya memperakui kitab-kitab terdahulu darinya. Egoism Anwar saya kira akan membakar dirinya dan negara.

(7.3) Belanjawan Berkembang dan Teragih.

Rukun Islam ke empat menegaskan bahawa Muslimin wajib membayar zakat. Zakat pula diertikan sebagai suci, rahmat, berkat, berkembang, subur, bertambah dan sedekah. Melihat kepada pengertian sebegitu, maka zakat pada hakikatnya adalah instrumen ekonomi Islam yang bersifat sahih (suci), berkebajikan (rahmat, berkat, sedekah yang membawa maksud pengagihan) dan pertumbuhan (subur, berkembang, bertambah). Beda zakat dan percukaian konvensyenal adalah, zakat adalah malar, sedang cukai bersifat menokok. Akibatnya, sedang zakat mempunyai unsur-unsur spiritual yang kuat, cukai pula bersifat menekan dan menimbulkan pelbagai deviances dan bahkan kemungkaran.  

(7.31) Dalam pengurusan ekonomi, dua faktor penting yang perlu dititik beratkan iaitu pertumbuhan dan pengagihan. Ekonomi harus tumbuh berkembang. Pertumbuhan penting bagi membolehkan agihan dapat dijalankan. Keseimbangan antara pertumbuhan dan agihan membolehkan rakyat dan negara sama-sama bergerak maju dan sejahtera secara saksama atau equitable. Negara tidak wajar kaya, sedang rakyat merana kemiskinan. Negara harus kaya, rakyat turut sama bahagia. 

(7.31) Belanjawan Madani Anwar 2023 berjumlah RM388.1 billion. Dari sejumlah itu, RM289.1 billion adalah untuk belanja mengurus dan RM99 billion untuk belanja pembangunan. Kita lihat dulu hakiki madani sebenarnya - iaitu maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Mungkin dari segi pengertian lainnya adalah bertemaddun. Apakah Belanjawan 2023 Malaysia berupa belanjawan yang akan mendorong hebat gagasan madani? Jika kita ikuti perdebatan di Parlimen sekarang ini, ada dua ketakpuasan ketara dalam Belanjawan Madani Anwar. Pertama negeri-negeri miskin seperti Kelantan dan Trengganu (dan Kedah, Perlis) telah dinafikan "hak" hasil petroleum mereka. Kedua, ahli-ahli Parlimen Pembangkang dinafikan Peruntukan mereka. Sarawak dan Sabah yang sekian lama banyak menyumbang kepada hasil mahsul negara, berapa peruntukan buat mereka? Sabah beroleh 18 (?) peratus, Sarawak 15 (?) peratus. Keduanya memperolehi 33 peratus. Jadi di mana semangat MA 1963 yang Anwar perjuangkan selama ini? Tidakkah MA63 mengharuskan agihan perolehan petroleum dan cukai diagih mengikut 33:33:33 bagi tiga wilayah Malaya:Sarawak:Sabah? Jika itu tidak mungkin, apakah juga tidak wajar perolehan petroleum bersih serta cukai di Sarawak dikembalikan 60 peratus darinya kepada Sarawak dan Kerajaan Persekutuan mengambil 40 peratus selebihnya? Persoalannya, di manakah penegasan kemajuan berfikir, rohani dan kebendaannya buat mereka yang tersisih?

(7.4) Kerajaan Madani atau Medeni? 

Saya telah jelaskan konsep madani mengikut Islam di atas. Cuma, saya teringkat Anwar cukup gemar dengan istilah Indonesia, saya khuathir beliau keliru antara madani Jawa dan Madani Islam dan atau madani dan mendeni di dalam Jawa. Madani di dalam Jawa bermaksud menyerupakan, sepadankan. Manakala medeni bermaksud menakut-nakutkan. Banyak tindak tanduk Anwar kebelakangan ini lebih bersifat menakut-nakutkan medeni. Dia suka menyaman sesiapa yang mengkritik beliau. 

(7.41) Madani Anwar saya kira lebih kepada madani Jawa iaitu menyerupakan. Anwar sedang memadani ie to follow ideologi kita kepada Liberal Demokrat Turkeye. Madani fikiran, moral dan kebendaan yang cuba Anwar paksakan kepada Malaysia kini adalah lebih kepada sudut liberal democrat thinking. Seperti saya kata terdahulunya, Barat mahukan seluruh dunia harus berada di landasan liberal democrat, suatu prinsip menepati keperluan the survival of the fittest individual dan atau kelompok. Sedang Islam pula menghendaki kita berada pada landasan syariat Islam iaitu di jalan kesimbangan antara kepentingan dunia dan akhirat, kesejahteraan bersama harus dititik beratkan. Turki sebelum Erdogan, mengamalkan kuku besi sekular. Sebabnya adalah Turki terlalu ghairah mahu diiktiraf bersama Barat. Namun kesannya, ekonomi Turki pincang. Kebobroakn hidup melinap keseluruh pelusuk Turki. Erdogan menyedari rakyat kebanyakan cukup tertekan. Rakyat kebanyakan Turki di luar bandar adalah penganut setia Islam. Maka demi kuasa, Erdogan merobah iedologi sekular dan kuku besi kepada Liberal Demokrat. Liberal Demokrat Turkeye tidaklah sama dengan Liberal Democrat Barat. Ianya serupa pada nama, namun beda pengisian. Erdogan meliberalkan amalam Islam yang tertekan. Namun semangat demokrasi harus juga diteruskan. Maksudnya, Islam dan sekular wujud bergandingan. Cuma, apakah itu asing buat Islam dan Malaysia? Bagi saya nothing new. Islam tidak melarang sekular, kerana Islam menghargai usaha individu dan atau kelompok. Islam membenarkan sekularisma pada jalan Islam. Itulah juga dasar Malaysia selama ini. Jadi apakah Madani Anwar? Sekali lagi, bagi saya itu hanyalah rebranding dan rhetoric. Hasilnya apa? Habukpun tarak.

(7.42) Negara kita adalah negara majmuk. Sekitar 60 peratus rakyat kita adalah Muslim. Selebihnya, bukan Muslim. Kedua-dua rakyat kita adalah mahluk Allah. Allah ada menetapkan hak masing-masing. Maka hak mereka harus dipelihara sama. Maka di sinilah, para pengasas Malaysia telah sekian waktunya mendokong Liberal Demokrat. Liberal kita tidak pada acuan Barat, kita harus liberal pada acuan kita. Liberal kita, kita harus memberikan kebebasan hak pada pada keperluan kebersamaannya dan budaya kita. Sebegitu juga sistem demokrasi kita, ianya mesti pada acuan kita. Demokarsi kita perlu menjamin kesksamaan, bukan lu lu, gua gua atau siapa cepat dia dapat. Cuma keserasian kita di peringkat global, di situ kita harus bijak dan berhati-hati. Kita harus bergerak maju seiring dunia lainnya, namun kita tidak mereka boleh telan.

(7.43) Saya mengira Madani Anwar tidak akan ke mana-mana, melainkan jika beliau mengambil pendekatan tidak menakrif dan menentukan content madani tersebut mengikut nafsu rhetoric dan populistnya. Jika Anwar mendokong Liberal Demokrat, maka biarlah konsep dan intipati Madani itu ditakrif dan ditentukan oleh consensus rakyat Malaysia. semangat hakiki leberal demokrat perlu Anwar amalkan jika dia ingin terus menrajui dan membawa Malaysia ke titik gemilang dalam tempoh 10 tahun mendatang. Malaysia Boleh jika Anwar terbuka, lebih berfikir dan bertindak strategik dari banyak berpidato menabur harapan.

Kuching-Kuala Lumpur-Kota Kinablu

1 Januari -22 March 2023



#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.