Pagi ini saya terbangun lalu browsing HP dan saya menemukan Ceramah Zaid Ibrahim pada 27 Disembar 2025 di Putera Jaya atas undangan Parti PUTERA pimpinan Ibrahim Ali. Saya mulai tertarik dengan Zaid bilamana saya mendapati dia berupa kumpulan Perundangan Melayu yang sangat berjaya dan besar sekitar awal 2000 dulu. Pada masa itu saya sedang mengetuai sebuah GLC Sarawak dalam mengadakan pelbagai usahasama dengan beberapa gergasi dari Malaya khasnya Tabung Haji dan Sime Darby. Mereka mencalunkan nama Zaid Ibrahim sebagai peguam mereka. Saya juga sedikit mengenali Ibrahaim Ali bila mana pada 2012 dia datang ke Kuching untuk mengembangkan PERKASA. Dia meminta saya untuk mengetuai PERKASA Sarawak pada masa itu, namun saya tidak mahu menerimanya lantaran "kita beda padang dan beda belalang".
(2) Di dalam fikiran saya, dan bahkan saya telah menulis bahawa kelemahan Melayu adalah bilamana Melayu suka mengambil dan makan rasuah. Islam tidak membenarkan kita meminta-minta, biar sekecil dan dalam bentuk apapun. Dalam suatu tulisan saya sedikit masa lampau, saya usulkan agar tabiat merokok hendaklah dihampuskan di kalangan semua agensi penguatkuasaan di negara ini. Saya melihat tabiat merokok sebagai punca rasuah di kalangan para anggota agensi-agensi tersebut. Kedua, saya juga berpandangan, penularan hebat rasuah juga adalah berpunca dari segala aktiviti haram yang dihalalkan. Pusat-pusat hiburan, pusat-pusat urut-cum-pelacuran dan segala bentuk perjudian harus disekat. Inilah punca segala money laundering yang akhirnya melemah kuasa permodalan Melayu. Bukan Islam bebas menjalani pengumpulan modal secara tidak halal, sedang Melayu rakus membelanjakan wang mereka di jalan-jalan haram. Modal bukan Muslim mengunung, modal Melayu hanyut.
(3) Juga saya pernah menulis, bahawa Melayu semakin tercorot kerana Melayu-Melayu yang menguasa kedudukan dalam segala peringkat khasnya CEO GLC, politik dan jabatan-agensi, mereka sudah lupa akan tanggungjawab mereka kepada Bangsa, Agama dan Negara. Mereka ini sudah terlalu lalai dalam membela kemewahan dan kesenangan sendiri dan kroni-kroni mereka. Semangat bekerja untuk Bangsa, Agama dan Negara kian pudar dan Melayu berjawatan sudah mulai bersikap "Lu-Lu, Gua-Gua, Masa Bodoh Lu" - "individualistic, indifferent" dan paling parah "give-up".
(4) Nada ceramah Zaid pada 27 Disembar 2025 ini saya kira sangat berani dan sangat diperlukan. Bagi saya, ada dua perkara teras jika Melayu hendak hebat kokoh. Pertama, pemimpin Melayu mesti dari kalangan yang benar dan betul. Ketokohannya, semangat serta sifat dan tabiat mereka mesti benar dan betul. Benar dan betul itu mesti pada acuan teras Melayu - iaitu menjaga nilai-nilai keIslamannya. Zaid betul dalam menyaran, dan itulah apa yang sekian lama saya fikirkan - satu senarai Melayu benar dan betul perlu dikeluar dan diketengahkan untuk menjadi pemimpin Melayu. Let work on the Chosen One. Dalam hal ini, saya nampak Zaid sedang bergerak ke arah apa yang Mahathir sedang usahakan: "ketepikan politik parti, pilih mereka yang baik-baik". Untuk itu saya kira, Zaid tidak boleh hanya menyuarakan, namun beliau mungkin perlu mengerakkan agar satu senarai pemimpin Melayu yang Melayu perlu pilih diketengahkan segara. Namakan Melayu yang layak untuk menjadi ADUN dan MP bagi sesuatu kawasan. Tanpa pilih bulu, usahakan ini dengan tegas dan berani. Caranya, Allah telah tunjukkan jalan bagaimana Muhammad SAW dibina dan dipilih, dan malah bagaimana SAW kemudian membina dan memilih para sahabat besarnya. Semua telah Allah berikan panduan dan pedoman.
(5) Usahakan ini dulu secara gigih dan meluas di Malaya. Sabah dan Sarawak, biarkan dahulu dan In Shaa Allah betul cara, segala-agalanya baik-baik bagi dua wilayah ini. Curiga Sabah dan sarawak akan khianat kepada Malaysia tidak perlu ada sebenarnya. Malaya harus mengubah cara mereka melayani Sabah dan Sarawak. Dua wilayah ini hanya perlukan pembangunan pantas serta mesti seimbang antara negeri-negeri maju dan keduanya. Itu urusan pentadbiran yang mudah.
(6) Melayu perlu berpunya pemimpin yang bersih, cekap dan amanah untuk melaksanakan agenda seterusnya iaitu membina kekuatan sosio-ekonomi Melayu. Bagi saya rungutan dan kekhuathiran Zaid tentang bahawa Melayu ketiadaan modal adalah salah. Allah telah memberikan kita jalan. Sesungguhnya, Muhammad SAW hijerah ke Madinah yang kuasa ekonominya dikuasai Yahudi bukanlah sekadar untuk Madinah tetapi itulah mahabijaksananya Allah dalam memberikan pertunjuk kepada Umat Islam. Bahkan perkara ini kemudian Umar Abdul Aziz laksanakan dengan hebat di Damshek sehingga Kerajaan Abasyiah menjadi sangat kokoh dan berjaya. Kegelinciran pemimpin seterusnya dalam mematuhi ketetapan Allah maka segalanya punah. Setidak-tidaknya Ungku Aziz, Rezaligh Hamzah dan Daim Zainuddin terutama di era Mahathir telah meletakkan pelbagai batu asas dalam menguatkan modal Melayu, dan dunia telah mengiktiraf kita dalam hal-hal ini, cuma sekarang di bawah Anwar ianya tidak dipergunakan dan dikembang hebat. Instrumen untuk mengukohkan kedautalan sosio-ekonomi Melayu sudah ada dan asasnya kita harus kembali kepada Islam - sifat, jiwa, fikiran ,semangat dan sistemnya. Itu kita bicarakan kemudian. Kita angkat dulu pemimpin Melayu yang baik-baik tampang dan dirinya mereka.
(7) Pokoknya, ayuh Melayu seluruhnya, pusatkan sokongan dan dokongan untuk mengutara dan mengangkat Melayu yang baik-baik untuk membina Melayu yang baik-baik.
Terasi, Sadong Jaya, Asajaya
28 Disembar 2025




Popular
Tags
Videos
0 comments:
Post a Comment