.

2/2/2025 REFORMASI ANWAR - Kiblat dan rukunnya.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 24, 2025

Share

& Comment

PROLOQ:

Bangsa Yahudi biar di sorot dari Sarah-Ishak, dan apalagi dari Yakub AS, asalnya sifat mereka adalah tidak bersahabat. Hajar-Ismail terpaksa ditelantarkan ke gurun gersang dan terasing di Mekah atas iri Sarah ke atas Hajar-Ismail. Sebegitu juga atas iri sesama sendiri
Yusuf dihumban ke dalam telaga mati oleh 10 saudaranya yang lain sehingga membawanya ke Mesir terpisah dari keluarganya yang lain. Iri dan tamak adalah jatidiri Yahudi. 

(2)    Bila Allah menyelamatkan Yahudi dari kekejaman Firaun dan meminta mereka terus ke Jurusalam dengan syarat harus memerangi golongan yang engkar, mereka kecut dan malah teguh dengan konsep berpuak-puak antara mereka. Ini mengakibatkan mereka sasau di Sinai untuk tempoh selama 40 tahun. Kebaculan Yahudi kekal semasa Daud AS and seterusnya sehingga ke Sulaiman AS. Mereka bukan hanya bacul tetapi pemalas dan perlu ditatang bagai minyak yang penuh oleh Sulaiman AS sehingga beliau punya mukjizat doa seperti terkandung dalam Surah An Naml 30-31. Mukkjizat Sulaiman, apapun tunduk dan berada dalam kekuasaannya, tidak lain dan tidak bukan untuk demi bangsa Yahudi yang bacul, pemalas dan serakah. Allah memberikan apa saja kehendak Sulaiman demi Yahudi, namun kemudian mereka tetap engkar dan khianat. Sehingga kini, jika tidak kerana simbiosis USA, Britain dan Jerman untuk keperluan spekulasi minyak, Yahudi pasti menjadi bangsa tanpa tempat pengkebumian kekal. Apa kias Allah untuk kita atas kekalnya bangsa ini sehingga kini?

1.    SENI BERSELINDUNG PADA MELAYU:

Asal usul Melayu itu dari Adam dan Hawa. Semua manusia dari rumpun gene yang sama. Namun dengan peredaran masa dan lingkungan habitat yang berbeza-beza dan sering berubah, peradaban Adam dan Hawa juga turut berubah bilamana anak cucu cicitnya kian menjauh dari keduannya. Adam dan Hawa, keduanya berasal dari peradaban yang cukup sempurna iaitu tatasusila Syurga.

(2)    Dari berpunya peradaban asalnya Syurga, manusia kian berubah menjadi konyol lalu animisma. Entah berapa lama Melayu berada di peradaban anisma konyol dunggu. Ratusan, pulohan atau ribuan tahun mungkin, tiada siapa mampu memberikan waktu tepat. Kerajaan Melayu Buddha terbangun di Jambi pada 645-682. Kerajaan ini sering disebut sebagai Kerajaan Srivijaya. Dalam kekuasaan Kerajaan Buddha di Sumatera dan Tanah Melayu, muncul pula kerajaan tersendiri Hindu di Jawa bernama Singhasari. Kerajaan ini memusnahkan pengaruh Srivijaya dari kepulauan Jawa sepenuhnya pada 1290 lalu terbentuk Kerajaan Majapahit sehingga 1401.  Dalam masa yang sama, bermula dari Champa dan Pasai, Islam mulai berkembang ke Nusantara 700 - 1300 tahun lalu, lalu disusuli oleh penjajahan Barat di kurun ke 15 dan kekal sehingga ke kurun ke 20. Penguasaan Jepun di kurun ke 20 pula hanya singkat iaitu sekitar empat tahun sahaja. Dalam pengertian sejarah dari kaca mata Barat, terawal, rumpun Melayu merdeka sekitar 1880 iaitu Melayu Sulu, Melayu Indonesia sekitar 1945, Melayu Malaya pada 1957 dan Melayu Sarawak pada 1963. Melayu Brunei paling terakhir mencapai kemerdekaan iaitu pada 1984. Melayu Champa dikatakan asalnya Melayu, namun kini menjadi bangsa hanyut di Mekong dan Ton Le Sap. Melayu Pattani pula, dari konsep Barat, mereka tidak pernah terjajah. Namun usaha mereka membantu membina Kerajaan Siam pada 1782 selepas runtuhnya Ayutthaya pada 1767 menjadikan mereka subject kepada Siam selamanya. 

(3)    Di lihat pada era mana sekalipun, kehidupan Melayu pasti penuh curiga kesangsian maka mereka harus  sentiasa berwaspada. Kehidupan Melayu penuh ketakutan. Di era animisma, Melayu harus hati-hati, tidak boleh celupar. Segala roh akan menganggu Melayu yang celupar. Di era Buddha dan Hindu, Melayu juga perlu hati-hati lantaran para Ramayana dan Hanuman cukup keras daulat mereka. Melayu cukup takut ketulahan. Islam datang membebaskan Melayu dari segala tututan manut pada dewata. Namun Islam Melayu adalah Islam bauran pelbagai tradisi bukan Islam mutlak asli Madinah SAW. Terlalu banyak yang telah berbaur dalam Islam yang menusuk Melayu. Ada nilai-nilai Arab-Yamannya, ada nilai-nilai Hindu-Gujeratnya, malah masih kental nilai-nilai roh dan feudalismanya. Islam juga menumbuhkan kerajaan-kerajaan berRaja di mata dan berSultan di hati. Melayu jadi terus kerdil. Melayu jadi kerdil di tangan bangsa mereka sendiri. Di era penjajahan Barat, senapang, pistol dan meriam Barat cukup mengecutkan Melayu. Mereka terlalu kerdil berbanding Barat yang gah dengan segala bintang di bahu, pedang dan pistol di pinggang dan apa lagi digiring para pengawal siap membidik memuntah membunuh sesiapapun. Ketakutan Melayu pada aura Barat menyebabkan mereka mengasimilasi budaya salute and bow. Budaya "Ya Tuan - Yes Sir". Kemudian Melayu bangkit di mana-mana lalu 
merdeka. Hakikatnya, mereka hanyalah
merdeka untuk seketika. Bersama kemerdekaan mereka mewarisi kapitalisma dan demokrasi penyubur penindasan bentuk baru - Melayu terpaksa berdepan imperilisma secara dalaman dan dalam bentuk baru. Maka sehingga kini, Melayu kekal kerdil dan kecut.

(4)    Namun Melayu berpunya akal yang tidak mati. Biar jiwa mereka kerdil dan kecut, akal mereka tetap ada. Dengan akal mereka berkomunikasi secara berselindung. Melayu takut melukakan sesiapa. Bahkan Melayu mahu sesama mereka, mereka harus kekal bijak menilai yang tersirat dari tersurat - reading in between the line. Contoh babi. Jika disebut babi, semua Melayu akan merasa loya. Hendak termutah. Babi dan gene Melayu cukup tidak serasi. Melayu boleh seronok berzina, mabuk, berjudi, mencuri, rasuah, dan segala-gala, namun makan babi, biar di hujung pedang sekalipun Melayu tetap mengelak. Namun untuk menjaga hati bukan Melayu, istilah babi Melayu gantikan dengan kerbau pendek - dan rasminya sebagai khinzir.

(5)    Budaya berselindung Melayu tergarap nyata dalam tradisi Wayang Kulit, Menora, Dikir Barat, Boria dan malah Kuda Kepang. Zapin yang diubahsuai menjadi media komunikasi berselindung para Melayu Rhiau dan Sumatera. Jika di Sarawak, tradisi bermukun mungkin juga serupa. Saya tidak pasti apakah amalan Melayu Sabah dan Brunei. Bermukun juga saya kira sama dengan para Melayu di Kalimantan. Bagaimana Melayu boleh mewarisi sifat suka berselindung. Telah saya nyatakann sedari awal asal usul budaya Melayu adalah dari Adam-Hawa dari Syurga. Ada satu muslihat Allah ujikan ke atas Adam-Hawa semasa di Syurga, mereka bebas berbuat apapun asal "jangan mendekati sepohon pokok" - kenapa larangan itu wujud tidak Allah jelaskan sebab dan akibatnya. Sesungguhnya membaca dialoq Adam-Musa berkait dosa terawal manusia, Allah juga "tetap berselindung" dalam banyak hal - all to the advantage kepada yang suka menyelidik dan berfikir. Islam dan budaya Melayu yang berselindung adalah agar Melayu mewarisi budaya ketelitian dan waspada. Sayang budaya ini tidak berkembang hebat pada Melayu malah kian pudar.

((6)    Saya meneka, saya yakin mungkin tidak sampai 15 peratus Melayu mengerti akan maksud: Kilas ikan di air, kita akan tahu jantan betinanya; atau ada udang di sebalik batu telahan saya ini akan saya huraikan dalam tulisan ini. Dalam tempoh 5 - 10 tahun lagi jumlah Melayu yang mengerti segala bahasa dan pertua perselindungan Melayu akan kekal pergi. Pergi mereka mungkin adalah bersama perjuangan hebat jatidiri Melayu.

2.    TUJUAN TULISAN INI:

Sekian lama saya bertanya, apakah sebenarnya konsep, inti pati dan tujuan reformasi Anwar? Saya juga sering bertanya apa sebenarnya laungan gagasan dan pidato-pidato yang mengetarkan - "Islam madani; pembela golongan miskin; anti corruption, cronyism, nepotism; reformasi; liberalism dan terbaru perpaduan nasional? Tiada satu dokumen khas yang menjelaskan semua itu. Semuanya ibarat Injil - hanya Isa AS yang tahu, kerana tiada siapapun yang menghasilkan tulisan ke atas pengajarannya yang asli tulin. Biar pengikut tegar Anwarpun tidak pasti apa maksud sebenar reformasi Anwar - semua pada pengertian dan tafsiran tersendiri. Samalah dengan Bible kini - hasil tulisan berasaskan "from ie dari" dan bukan "oleh ie by".

(2)    Surat Al-Zalzalah ayat 7-8: "Sekecil apa pun amal baik yang dilakukan maka akan ada ganjaran di baliknya. Juga dengan sekecil apa pun amal buruk yang dikerjakan, maka pelakunya akan menerima balasannya". Sural Wal Asr pula menegaskan bahawa: "Demi masa manusia akan berada dalam kerugian kecuali mereka yang berIman, beramal soleh, dan mereka yang menyeru ke jalan kebaikan". Kedua-dua Surah ini mengkiaskan bahawa lewat waktu, kebenaran tetap menjadi kebenaran dan kemungkaran juga akan terjelas kemudiannya. Saya menulis untuk melihat apa maksud reformasi Anwar yang tidak pernah beliau tulis atau huraikan secara jelasnya. Walau bagaimanapun semenjak menjadi PM pada 24 Nov., 2022 iaitu sekitar 26 bulan lepas, saya mulai nampak apa dan ke mana reformasi Anwar.  Saya cuba menebak dan melihat apa intipati dan kesannya.

3.    AKIBAT BUDAYA BERSELINDUNG:


Melayu hanya terdapat di alam Khatulistiwa. Benar ada Melayu diaspora sehingga ke khutub sekalipun. Sejadinya, Melayu adalah pribumi khatulistiwa Nusantara. Flora apa lagi fauna tropika, sifat paling hebat mereka adalah kemapuan untuk camouflaging - penyemaran. Penyamaran adalah perselindungan. Mungkin, mulanya animisma adalah suatu sifat yang Allah adakan kepada Melayu sebagai jalan berselindung agar mereka kekal lestari  sehingga kapanpun. Orang Asal di Malaya dan malah Penan di Borneo, mereka adalah living piece ke atas perlunya penyamaran untuk kekal sebagaimananya mereka. Konsep "Tidak Melayu hilang di dunia", bukanlah lolongan kosong namun punya maksud perselindungan tersendiri juga. Mungkin itu adalah perintah agar Melayu berjaga-jaga.

(2)   Namun lantaran banyak hal pada Melayu yang sangat terselindung, juga berakibatkan  sistem asuhan dan pendidikan "dengar, lihat dan hafal" maka rata-rata Melayu menjadi tidak mengerti biar budaya murni mereka sendiri. Melayu tradisi mendidik anak-cucu mereka agar hanya patuh dan jangan menyoal. Ini terbawa-bawa sehingga kini. Makanya Melayu menjadi tidak faham kenapa "bila memanjat batang pisang mereka dapat penyakit burut hernia; apa lagi jika minum air kelapa muda, mereka akan mati pucuk Erectile Dysfunction". Berapa banyak Melayu yang mengerti akan larangan "Anak dara saat sedang memasak jangan bernyanyi-bernyanyi di dapur; Anak dara pantang melangkah bendul, dsb ? Saya yakin tidak ramai yang mengerti. Ramai yang sudah tidak peduli. Literally segala pantang larang itu tidak jelas asas logiknya. Today, everything need to be explained; mengkaji dan berfikir kian menjauh dari sifat-sifat Melayu. Maka, dalam sistem Barat, bilamana segala-gala being made clear and transparent, sudah terang lagi bersuluh, maka Melayu lebih mudah berkiblat ke Barat dan mulai "meninggalkan" Islam dan tradisi Melayu yang "tidak jelas dan berbelit-belit". Jikapun mereka cuba mematuhinya, namun kepatuhan itu tetap bersifat ikut-ikutan bukan dari pengkajian dan pemafaham yang seluas dan sedalamnya. 

(3)    Paling mendukacitakan, hakikatnya akibat terlalu ramai di kalangan Melayu yang tidak hendak menyelidik dan berfikir, mereka lebih gemar mendengar dan menonton. Namun tidak disusuli proses berfikir yang jelas dan kuat. Bahkan kini Melayu lebih gemar mendengar. Dengan keberadaan dunia medsos lagilah sifat suka mendengar dan menonton Melayu kian bersemarak. Akibatnya, ditambah dengan sikap tidak suka menyelidik, maka Melayu mudah percaya akan dakyah-dakyah yang licik bermain selindung-selindungan. Filem P Ramlee Anak Bapak adalah contoh terbaik bagaimana Melayu cukup mudah diperlecehkan dengan tipu daya berselindung Ahmad Nisfu terhadap semua menantunya.

(4)    Saya melihat, sejak selepas krisis Kewangan Asia pada 1997, Melayu cukup
terpengaruh oleh mainan politik berselindung. Pakar berselindung negara ini adalah Anwar Ibrahim. Saya berani mengatakan, bukan hanya kini, bahkan sejak di Universiti lagi, saya melihat Anwar Ibrahim, sangat gemar dan cukup licik dalam berselindung demi untuk popular dan berkuasa. Pertama beliau menjadi juara "rakyat miskin". Demo dan pidatonya cukup menguja para anak muda yang ghairah dan "yang masih kosong". Kemudian 
berselindung di balik kejuaraan dengan menonjolkan gelaran "Islamic Professornya". Nilai-nilai Islam mengalir deras dari halkumnya. Seterusnya beliau berubah menjadi juara "anti rasuah, pilihkasih dan persekongkolan dan kuku besi" - api kemarahan rakyat dari  siraman membakar Anwar semarak di seluruh pelusuk negara biar sampai ke Rumah Panjang sekalipun. Lalu dengan itu dia membawa suara juara pembaharuan - "reformasi". Kalangan cerdik pandai cukup terpancing kerananya. Lalu menjelma pula "liberalisasi". Melayu, Cina, India dan semua terpesona menaruh harapan. Khasnya golongan pedagang dan usahawan tidak kira dari kaum mana, mereka cukup girang bila "segala harus diliberalkan". Akhirnya, dengan segala cara, Anwar dapat menempatkan diri untuk menerajui pemerintahan negara juga atas
"
pretext demi perpaduan negara".

(5)    Cuma, hanya akhir-akhir ini, kalangan yang sanggup berpeluh hanyir dan terpenjara bersama Anwar baru sedar, mereka rupa-rupa bagai menanam kaduk. Pada saat kaduk naik junjung, kaduk akan melemaskan menutup litup segala tanaman lain di sekitarnya. Yang terus menjalar dan memanjat adalah kaduk. Kaduk ada khasiat herbalnya. Ianya adalah serumpun sirih, malah disebut sebagai Sirih India. Di Thailand, berulam kaduk cukup membuka selera makan. Namun bukan kaduk yang jadi pokok isunya tetapi sikap kaduk yang licik itu yang menjadikan ianya perumpamaan dalam budaya Melayu. Kepada saya, bukanlah Anwar yang licik berselindung. Anwar telah melangkah ke dalam jerangkap berselindung mematikan IMF. Anwar taksub dengan cara IMF dan WB lantaran itulah didikan dan exposure yang beliau terima semasa berada dalam "penyingkiran politik" di USA dahulu.

4.    JERANGKAP IMF:

Tahun 1990an adalah tahun kebangkitan ekonomi Asia. ASEAN dan Asia Timur - China, Hong Kong, Korea dan Taiwan mulai bangkit cuba menguasai ekonomi serantau. Jepun sekali lagi menjadi teladan. Jika dulu Jepun adalah model kebangkitan kemerdekaan, pada 1990an Jepun adalah model bagi kemerdekaan dan kehebatan ekonomi Asia. Beberapa negara ASEAN, Hong Kong, Korea dan Taiwan dijuluki Asian Tigers atau New Immerging Economies NIEs. Sejak 1980an China mulai merobah corak sistem ekonomi mereka kepada ekonomi terbuka. Aliran Pelaburan Capital Flow dunia beralih ke ASEAN dan Timur Jauh. Amerika cukup kurang senang dengan prihal ini, lalu beberapa siri peperangan diwujudkan bagi menyekat bekalan petroleum yang diperlukan bagi penjanaan tenaga perubahan industri di rantau Asia. 


(2)    Biar siri perang berpanjangan Iraq-Iran dan Iraq-Kuwait lalu merebak ke Asia Tengah, namun kesan kepada ASEAN dan Asia Timur tidak separah yang diinginkan, maka pada 1997, kebijaksanaan Soros telah digunakan untuk meranap ekonomi Asia. ASEAN dan Asia Timur goyah biar sekutu hebat USA - Singapura sekalipun. Maka, jalan pemulihan harus mengikuti cara IMF dan World Bank yang tidak lain adalah perangkap untuk "memperlahan dan mengugat ekonomi Asia atas dakyah economic reconstruction". Jika diteliti betul-betul, Malaysia adalah antara negara paling cepat pulih dari kesan Krisis Kewangan Asian 1997. Mahathir memlilih untuk engkar terhadap cara IMF dan WB.  Cuma, cita-cita IMF dan WB tidak mati oleh langkah berani Mahathir dengan menambat pegging Ringgit ke RM3.80. IMF dan WB menemukan sosok tepat bagi samada menjatuh dan atau mengekang Mahathir dengan gagasan Dinar Emas dan South-South Caucus beliau. IMF dan WB berjaya mengugat ekonomi Malaysia dari dua sudut. Pertama Malaysia akur dengan kehendak penstrukturan semula sistem Perbankan. Bilangan bank diperkecilkan dan pengambilalihan dan pembukaan cawangan perbankan asing perlu dibenarkan. Cuma nasib baik, Perbankan Islam kita tidak terjejas parah - sedang saya berkira itulah sasaran IMF. Kedua, politik Mahathir harus dikekang dan atau ditamatkan. Mahathir terlalu berpengaruh di South dan dunia Islam. Anwar dan DAP IMF dan WB padukan sebagai senjata melumpuhkan politik Mahathir.

(3)    Tabung Kewangan Antarabangsa, International Monetary FundIMF ialah organisasi antarabangsa yang menyelia sistem kewangan dunia dengan mengikut dasar makroekonomi
negara anggota, terutama dalam mengatur kadar pertukaran asing, FOREX
 dan Imbangan Pembayaran. IMF dibentuk pada tahun 1944 dalam Persidangan Breton Woods bermula dengan 29 negara anggota pengasas.  Malaya (Malaysia) menyertai IMF pada 7 March, 1958. Sehingga Nov., 2024, keanggotaan IMF adalah berjumlah 191 buah negara. 
Negara anggota menyumbangkan dana dengan menggunakan sistem kuota. Suntikan dana tersebut kemudian menjadi dana untuk dipinjamkan kepada negara-negara yang mengalami kesusahan dalam hutangnya dan kewangannya. USA adalah penyumbang dan pengawal terbesar kewangan IMF. Matlamat utama IMF adalah to foster global monetary cooperation, secure financial stability, facilitate international trade, promote high employment and sustainable economic growth, and reduce poverty around the world. Cukup cantik dan mulia tujuannnya.  All IMF members have access to financing through the General Resources Account (GRA). These loans are subject to charges (the SDR interest rate plus a small margin), surcharges (for loans above a certain threshold and duration), and commitment fees (for precautionary or non-disbursing arrangements). Singkatnya IMF adalah sebuah Bank Perdagangan.

(4)    Tanpa di sadari, dalam kegawatan ekonomi dan hutang sesebuah negara dan atau wilayah, maka IMF akan mengaut untung. IMF hanya boleh menjala di air keruh. Namun mereka berselindung di bawah - economic recovery dan atau reconstruction pretext dengan keperluan syarat mesti melakukan "reform ie economic liberalization".

(5)  The World Bank
, an international organization affiliated to the United Nation and designed to finance projects that enhance the economic development of member states. Headquartered in Washington DC, the bank is the largest source of financial assistance to developing countries. It also provides technical assistance and policy advice and supervises—on behalf of international creditors—the implementation of free-market reforms. Together with the IMF and the WTO, it plays a central role in overseeing economic policy and reforming public institutions in developing countries and defining the global macroeconomic agenda
Founded in 1944 at the UN Monetary and Financial Conference (commonly known as the  Bretton Wood Conference, which was conveyed to establish a new, post-WWII international economic system, the World Bank officially began operations in June 1946. Its first loans were geared toward the postwar reconstruction of western Europe

(6)    The bank had become increasingly involved in shaping economic and social policies in indebted developing countries. As a condition of receiving loans, borrowing countries were required to implement stringent “structural adjustment programs,” which typically included severe cuts in spending for health and education, the elimination of price controls, the liberalization of trade, the deregulation of the financial sector, and the privatization of state-run enterprises. Although intended to restore economic stability, these programs, which were applied in a large number of countries throughout the developing world, frequently resulted in increased levels of poverty, mounting unemployment, and a spiraling external debt. Negara-negara latin Amerika, Afrika dan bahkan Filipina, Indonesia adalah antara contoh-contoh ketara.

(7)    The process of globalization is facilitated by three major organizations, i.e. World Bank, World Trade Organization (WTO) and International Monetary Fund (IMF). There is a little bit of bewilderment and confusion, in the mind of many people regarding the IMF and World Bank regarding their functions, objectives, structure, member nations, etc. The fundamental difference between IMF and World Bank is that the bank is established as a development organization whereas the IMF is founded as a cooperative organizationWorld Bank provides financial and technical aid to the developing nations of the world. On the other hand, IMF is formed to promote financial stability, international trade, high employment, reduce poverty and so on.

(8)    Secara ringkas, IMF adalah sebuah Institusi Kewangan Antarabangsa yang mana peranan utamanya adalah untuk menentukan struktur kewangan dunia. IMF boleh membiaya pembayaran hutang sesebuah negara tergantung kepada keadaan struktur dan dasar ekonomi makro sesebuah negara. Makanya mana-mana negara yang mahu berhutang dengan IMF, mereka perlu mematuhi segala keperluan dasar makro-eckonomi seperti mereka kehendaki.

(9)    Di sudut lain, Bank Dunia pula fokus dalam memberikan pinjaman serta bantuan teknikal kepada negara-negara membangun. Di tahun-tahun 1960-1980, Malaysia banyak meminjam dari Bank Dunia bagi membiayai projek-projek seperti Felda, Pembangunan Wilayah - MUDA, KADA, KEMUBU, DARA, KETENGAH dsb. Di Sarawak pelbagai projek tebatan banjir seperti di Asajaya, Matu Daro dan Limbang - Lawas juga dibiayai dari pinjaman WB. Di zaman Mahathir, Malaysia beralih kepada ADB anak buah WB dan IDB. Pangkalan-pangkalan pungahan ikan LKIM dan Projek-projek IADA di seluruh negara adalah contoh pembiayaan dari ADB.

(10)    Namun untuk membolehkan mana-mana negara untuk dapat meminjam dari WB dan atau IMF mereka required to implement stringent “structural adjustment programs,” which typically included severe cuts in spending for health and education, the elimination of price controls, the liberalization of trade, the deregulation of the financial sector, and the privatization of state-run enterprises. Reflect terkini, saya kira sedang berlaku di Indonesia di bawah Menteri Kewangan Sri Mulyani yang cukup terpengaruh dengan IMF dan WB. Anwar juga mengikuti hebat kehendak IMF dan WB. Untuk apa?

5.    ANWAR NAN LICIK:

Dunia Melayu, ada beberapa istilah yang cukup menarik dalam mengambarkan tahap positif keupayaan otak - antara yang lumrah adalah waras, sihat, jernih, cerdas, pandai, bistari, bijak, pintar, cerdik, tajam, panjang, luas, mendalam, dan jauh. Licik adalah sifat daya pemikiran dan tingkah dari bahasa Indonesia. Saya yakin ianya juga berasal dari gabungan istilah Melayu dan Jawa. Asas saya adalah istilah mengelecek. Istilah ini pada Melayu digunakan kebanyakan dalam sebuah permainan seperti bola sepak, hoki, rugby, futsal, bola keranjang, bola jaring dsb. Lecek ataun becek dalam Jawa bermaksud becak. Melainkan dalam mencedung padi, bila dalam keadaan apapun, bila bertemu becak pasti harus dihindari sisih. Mungkin dari asas itulah licik itu muncul. 

(2)    Dari segi pengunaan istilah licik, ianya sering digunakan bagi mengambarkan sifat anjal flexible; mengikut arus semasa fluid, mengelirukan decepting dsb. Namun kepada Anwar, saya lebih gemar untuk mengunakan istilah mengelirukan ie decepting - atau dalam istilah strategi politik ianya bersifat mengakrung chameleon atau belut eel. Sebenarnya keli dan toman juga selicin licik belut. 
Bagi saya Anwar berpunya pemikiran cerdas, bijak, pintar, cerdik, tajam dan jauh. Kesemua kehebatan itu Anwar rangkumkan kepada satu sifat unggulnya iaitu lick. Anwar cukup licik dalam berpolitik. Kelicikan Anwar perlu atas nafsu mengejar kesohoran - popularity untuk berkuasa. Cuma kuasa Anwar untuk apa? Itulah isu yang ingin saya ketengahkan. Betul atau salah, waktu akan membuktikannya.

(3)    Bila Anwar dipecat pada 1998, kebiasaan dalam politik Malaysia, itu menandakan tamatnya kerjaya politik sesiapapun. Namun tidak bagi Anwar. Dia benar-benar hendakkan kuasa. Keinginan untuk berkuasa pada Anwar jelas dan kental. Jalan pilihannya adalah agar terus kekal tersohor. Jika diikuti betul-betul, seringnya Anwar akan menggunakan sandaran dan atau God Father.  Anwar perlu sandaran dan atau God Father. Semasa di Yayasan Anda, sandaran Anwar adalah keadaan anak-anak Melayu tercicir. Di dalam ABIM, sandarannya adalah para belia Melayu yang sedang mencari-cari dan cendikiawan yang nafsu mereka tersekat. Di awal dunia politk, PAS menjadi God Father Anwar. Namun bertemu manusia lick Mahathir, Mahathir kemudian menjadi God Father yang cukup menjulang juga "meranapkan" harapan politik Anwar. Maka untuk mengembalikan maruah politiknya, Anwar tahu Mahathir bukan calang-calang "belut", maka God Father yang jauh lebih hebat diperlukan. Di dunia ini, negara yang paling demokrasi adalah USA. Kita bebas melakukan apa saja di USA asalkan kepentingan umum dan negara tersebut kita jaga.

(4)    Kekhilafan Mahathir, sifat anti-Baratnya terlalu kental. Dia terlalu berani. Mahathir pemberani. Biar sendiri dia pemberani. Mahathir bersama beberapa negara Arab sedang mengatur agar Dinar menjadi alternatif kepada U$D. Ini pantang nombor wahid bagi USA. Maka semua sekutu Arab Mahathir ini telah USA pupuskan. Kedua Mahathir juga sedang mengerakkan South-South untuk muncul sebagai kuasa bebas dari pengaruh USA dan Barat. Langkah maut bagi Mahathir. Di bawah Mahathir, Malaysia mempunyai banyak kelebihan. Sebagai NIE serta langkah-langkah berani gabungan DEB dan penswastaan, Malaysia boleh jadi ikutan banyak negara. Ini cukup merbahaya bagi ekonomi Barat dan IMF. Namun perjuangan Mahathir silap pada alienation. Dia sepatutnya merangkumkan Rusia, China, India dan Brazil ke dalam South-Southnya. Dia sepatutnya terus menggunakan U$D sebagai "trade off" namun harus membina dan memperluas Sistem Kewangan dan Perbankan Islam sebagai jalan keluar yang lebih mantap. Saya yakin Dinar bukan jalannya. Kewangan dan Perbankan Islam adalah jalan terbaik dalam memakmurkan rakyat, negara dan dunia seadil-adilnya. USA menghadapi Mahathir lewat dua jalan - pertama serangan George Soros. Namun kesannya belum cukup. Maka langkah kedua iaitu secara politik perlu dilakukan. CIA tahu, Mahathir tidak boleh dibunuh. Nyawa Mahathir tidak boleh dicabut sebelum ajalnya.

(5)    Dalam soal politik, DAP dan atau PAS bukan lawan Mahathir dan UMNO. Gabungan DAP, PAS dan PKR mempunyai harapan cerah. Namun tetap mereka gagal. Cuma, alternatif untuk menentang Mahathir, tiada. Bukan Ku Li. Bukan Musa Hitam. Jauh sekali Lim Kit Siang. CIA tahu, Anwar terbaik. Biar mulanya terkecundang, USA punya strategi licik - mereka punya banyak pilihan. Mereka tidak buntu kepada satu jalan. CIA, Mossad dan bahkan M16 mereka boleh bergabung dan punya akal yang cukup licik dan luas. Anwar jadi focus mereka.

(6)    Maka Anwar diasuh baik dengan pelbagai kedudukan di Bank Dunia serta sebagai pensyarah di Universiti-universiti tersohor USA dan UK: "From August 2005-December 2006, he was the Malaysia Professor of Islam in Southeast Asia at the Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding at the Edmund A. Walsh School of Foreign Service at Georgetown University, where he lectured on contemporary politics in Southeast Asia focusing on the role of Islam in shaping the region’s political evolution. He remains involved in the Center’s activities and lectures on American campuses during his frequent visits to the United StatesHe was also Chairman of the Development Committee of World Bank and International Monetary Fund in 1998 and president of UNESCO’s General Conference. He has lectured extensively around the world on governance and accountability, the relationship between Islam and democracy, the need for greater civilizational dialogue and contemporary politics in Malaysia and Southeast Asia. His articles and speeches on these subjects have been published widely in leading newspapers and journals around the world. He is respected internationally as a leader in interreligious dialogue and Muslim Christian relations and was one of the early signatories to the Common Word initiative. He has also held lecturing positions at the Johns Hopkins School of Advanced International Studies and St. Anthony’s College at Oxford University.

(7)    Dari sisipan capaian internet di (6) di atas, beberapa umuskan dapat saya buat antaranya seperti berikut:

5.1    Credential Anwar perlu cemerlang. Pertama dia perlu kelihatan authentic dalam hal-hal Islam. Maka gelaran Professor of Islam harus diberikan dan digunakan olehnya. Dia mesti mengajar di Universiti-universiti yang hebat-hebat bairpun bukan dalam subjek hebat bagi universiti berkenaan - Harvard, George Washington dan Oxford. Kedua, jawatan Anwar harus gah - Chairman of Development Committee WB and IMF dan President General Conference UNESCO. Tugas Anwar saya kira mempengerusi sajalah. Apa skill yang terbina, itu tidak penting. Anwar tersohor, itu lebih penting.  "The honorable Chair person sir". Semua ini meletakkan Anwar untuk diterima oleh anak muda, golongan cendikiawan dan pelbagai kaum di Malaysia. Anwar adalah harapan sebuah Malaysia yang inclusive and clean. Mahathir harus diasak sebagai bapa rasuah, pilihkasih dan persekongkolan. Mahathir adalah kuku besi. Massa menerima itu.

5.2    Dalam apa juga tindakan, USA ada serampang banyak mata. Pertama, Anwar jadi aset untuk menundukkan negara-negara Islam jika perlu. USA perlukan semua negara Islam harus setia kekal bersama USA. Kedua, jika Anwar dapat menumbangkan BN dan UMNO dan menguasai Malaysia, Anwar akan jelas tentang kepeluan IMF dan WB dalam "memulih dan mengembang ekonomi Malaysia" lewat penyertaan IMF dan sekutu-sekutunya. Kemelut ekonomi Malaysia sejak 1998 sehingga kini sebenarnya adalah keadaan yang IMF perlukan untuk dia menyelinap masuk. Kita sedang dalam keberhutangan tinggi, dalam keresahan sosial, dan perdagangan yang terbatas. Saya yakin, bukanlah Anwar yang USA perlukan, tetapi Malaysia sebagai galang untuk menghadapi kebangkitan China. USA perlukan Malaysia yang taat setia tidak berbelah bagi. Anwar hanya kebetulan berada di sini. 

(8)    Maka reformasi yang Anwar lantunkan, bukanlah reformasi untuk membina dan memperkukuh negara, tetapi reformasi untuk memudahcara penguasaan IMF dan WB ke atas  segala sistem di negara ini. Kata dan strategi kunci kepada reform IMF dan WB adalah liberalisasi. Perkara ini tidak perlukan suatu dokumentasi lantaran SOP standard IMF dan WB telah wujud dan hanya perlu dipatuhi. Makanya Reformasi Anwar tidak akan pernah ada dokumentasi atau kitab rujukannya. Reformasi laungan Anwar adalah hanya perselindungan  liberalisasi IMF dan WB. Apakah mungkin Anwar, atas kelicikannya, dan In Shaa Allah mungkin atas kesedaranya, dia akhirnya dapat menyerampang dua mata - memuaskan nafsu U$A dan membina Malaysia yang makmur dan sejahtera?

6.    KEMELUT SARA HIDUP MELAYU:

Pada era sebelum Muhammad SAW berdatang ke Madinah, berlaku penindasan kalangan Yahudi  ke atas Al Ansar dan Aus. SAW diundang untuk berlindung di Madinah dan memperbetulkan keadaan. Bila SAW datang, dia menyuruh Abdul Rahman Auf dan Quraish untuk membantu membangun masyarakat perdagangan Madinah. Melayu tahu prihal ini. Melayu hafal sejarah ini. Melayu juga hafal maksud SAW bahawa 90 peratus rezeki dunia adalah dari dagangan, cuma Melayu hafal, mengertinya bagaimana?

(2)    Tunku Abdul Rahman membentuk Malaya merdeka lalu mengasaskan Malaysia. Malaysia terbentuk atas landasan MA63 setara kontrak sosial sepertinya Piagam Madinah dalam usaha SAW untuk mendamaikan segala di Madinah pada asalnya. Di pasca penubuhan Malaysia, Abdul Razak Husein, PMII mengubal dan melaksanakan DEB bagi mengatasi masalah "Ala An Ansar dan Aus - Yahudi" di Malaysia. Razak menumpu menggunakan jentera awam.  Kemudian di era Husin Onn PMIII, beliau menemukan ASB sebagai kunci kepada penglibatan aktif kelompok "An Ansar dan Aus" dalam ekonomi negara. Bila Mahathir menjadi PMIV, beliau melakukan reformasi ke atas agensi-agensi awam dan menggunakan swasta dan cuba membina seberapa banyak "Abdul Rahman Auf" dalam melonjak pegangan dan keterlibatan nyata kaum "An Ansar dan Aus" dalam bidang-bidang industri dan perdagangan. Pergelutan politik di dalam UMNO kemudian membawa kepada pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998 dan seterusnya cukup mengemeskan politik negara. Dari 1998 sehingga kini, belum ada titik reda seperti yang pernah Malaysia nikmati pada penghujung 1980an - 1990an. 


(3)    Jika dilihat pada geraf pertumbuhan ekonomi Malaysia sejak penubuhannya sehingga ke 2023 seperti ditunjukkan di atas, kita hanya mengalami masalah besar di tahun 1972 akibat Peperangan Arab-Israel, 1985 akibat Perang Iraq-Iran, 1997 akibat Krisis Kewangan Asia, pada 2010 oleh Krisis Ekonomi Dunia dan pada 2020 oleh serangan Covid 19. Secara keseluruhan sejak 60 tahun silam, ekonomi Malaysia tumbuh baik. Sesungguhnya pertumbuhan dari 1963 membawa ke 1997 adalah pertumbuhan yang benar-benar membawa perubahan sosio-ekonomi yang agak merata kepada rakyat secara keseluruhan. Dalam tempoh tersebut, bukan hanya ekonomi negara mengembang, ianya membawa rahmat kepada rakyat. Rakyat mampu membeli rumah, membeli kereta, membangun keluarga secukupnya dan menabung. Setidak-tidak rakyat berpunya harapan masa depan yang baik.

(4)    Bagi tempoh 1998 - 2025 ekonomi kita terus mengembang, namun perkembangnnya saya kira hanya tertumpu kepada sektor-sektor tertentu serta tidak menjurus kepada pengembangan pendapatan take home yang setimpal kepada rakyat. Negara maju, rakyat perit menanggung sara hidup yang terus meningkat tidak setimpal take home pay mereka. Paling parah adalah di kalangan B40 dan menular kepada golongan M40 bawah iaitu golongan berpendapatan kurang dari RM100,000.00 setahun. Kini rakyat mulai resah dalam hal perumahan, pengangkutan, segala keperluan rumahtangga, dan tabungan kian susut parah. Rakyat tidak dapat melihat masa depan yang cerah.

(5)    Indek-indek ekonomi dan kewangan yang dipapar oleh Kerajaan kekal pada cara pengiraan tradisi. Tiada salahnya. Nilai-nilai kuantitatifnya adalah selaras bagi seluruh dunia. Cuma, nilai-nilai kualitatifnya apakah itu menguntungkan rakyat? Contoh - peningkatan GDP saban tahun. Dari segi statistik, tiada salahnya. Cuma, tidakkah peningkatan itu ada kaitan dengan perluasan dan peningkatan cukai serta pemotongan atau penghapusan subsdi? Jika itu benar, maka di situlah punca kemakmuran rakyat kian terjejas. Dan di situlah punca masalahnnya. Ekonomi negara tumbuh dari percukaian dan pelupusan sokongan subsidi ke atas rakyat. Ekonomi kita tumbuh bukan oleh perkembangan ekonomi yang sebenar. Dalam ekonomi negara kurang baik, pertumbuhan ekonomi  negara didapatkan dari tindakan menjerut rakyat. 

6.    LANGKAH GELOJOH IMF ANWAR:


Bila Anwar mengambialih kepimpinan Negara, Malaysia sudah menanggung sekitar RM1.30 (?) trillion hutang atau U$D300,00 billion berbanding hanya U$D30.00 billion pada 1978. Jika tidak silap saya kebanyakan dari hutang ini adalah dari sumber dalam negara iaitu dari terbitan bob-bon dan sukuk Kerajaan. Belanjawan negara juga telah berada dalam keadaan defisit sejak 2008 - 2023 iaitu selama 25 tahun yang lepas. Malaysia sebenarnya telah mengamalkan Belanjawan Defisit sejak 1998. Maka tidak heran jika hutang terkumpul kita "selama 35 tahun lepas" telah mencecah RM1.30 (?) trillion iaitu pada purata RM 37.14 billion setahun (jika dikira mengikut Al Jibera mudah). Maka jika bon-bon dan atau sukuk kita mempunyai tempoh matang selama 10 - 15 tahun, maka sejumlah RM86.77 billion - RM130.00 billion adalah diperlukan untuk melunasi hutang kita. 

(2)    Anwar bukanlah PM yang pertama yang menuruti kehendak reform dan liberalisasi IMF dan WB. Mahathir adalah pemulanya. Cuma kaedah dan kuantumnya berbeza. Penswastaan Mahathir adalah satu bentuk reform pentadbiran awam. Cuma gendang reform tidaklah dicanang bingit seperti Anwar. Di zaman Najib, banyak langkah-langkah IMF dan WB telah dilaksanakan. Malaysian Economic Report menyatakan: "The Malaysian government
subsidises and controls prices on a lot of essential items to keep the prices low. Prices of items such as palm oil, cooking oil, petrol, flour, bread, rice and other essentials have been kept under market prices to keep cost of living low. As of 2022, government expenditure on subsidies stood at RM70.3 billion (US$15.96 billion), with fuel alone taking up RM52 billion (US$11.8 billion) or 74% of total subsidies. Since 2010, the government has been gradually reforming Malaysia's subsidy system, via a series of reductions in subsidies for fuel and sugar to improve government finances and to improve economic efficiency. As a result, in December 2014, the government officially ended all fuel subsidies and implemented a 'managed float' system, taking advantage of low oil prices at the time, potentially saving the government almost RM20 billion ringgit (US$5.72 billion) annually." Maka langkah paling mudah untuk Anwar mengurus hutang negara adalah dengan memotong dan atau melupuskan subsidi. Jika sekitar RM70.00 billion setahun dapat diselamatkan, maka keupayaan Malaysia untuk melangsaikan hutang adalah sangat cerah. Inilah asas rasionalisasi subsidi Anwar. 

(3)    Kemelut sara hidup di kalangan masyarakat Melayu kini kerana apa? Saya memilih untuk bercakap untuk Melayu lantaran itu dapat saya rasa dan perhatikan dekat. Lain-lain kaum yang struktur sosial mereka sama dengan Melayu, pasti sama saja nasib mereka.
Cuma bedanya, majoriti ekonomi Melayu adalah dari hasil makan gaji. Mereka juga merupakan 60 peratus dari penduduk negara. Kesan ekonomi paling ketara adalah kepada mereka. Melayu bukan bangsa perdagangan dan perindustrian. Ringgit jatuh bukan pokoknya yang membawa keresahan kepada Melayu. RM1.00 = RpI 3,500.00 = IRR 10,000.00 tidak menjadi soal. Rupiah Indonesia Rp dan bahkan Rial Iran IRR adalah jauh lebih rendah dari Ringgit ie 3,500 ke 10,000 peratus lebih rendah dari Ringgit tetap rakyat kedua negara itu tidaklah bangsat merempat. Cuma masalahnya sama iaitu derita sara hidup tinggi dan terus meningkat. Ini di bebani dengan kurangnya pekerjaan berpendapatan setimpal kelulusan dan kemahiran genersai baru. Generasi baru negara, dari membantu dalam melonjakkan pendapatan Isi Rumah households' income, mereka kini malah terus menjadi bebanan kepada orangb tua mereka. Karung wang keluarga semakin tipis. Keadaan relative povertry adalah masalah negara kini.

(4)    Masalah kenaikan cost sara hidup menjadi punca bebanan berat rakyat pertama kerana Take Home Salary yang tidak berkembang pesat, kedua lantaran harga barang dan perkhidmatan perlu kian meningkat yang berakibatkan pemotongan subsidi dan perluasan dan peningkatan cukai. Indek CPI yang baik tidak mengambarkan harga pasaran sebenar barang dan perkhidmatan keperluan rakyat. Negara menghadapi economic dichotomy yang memanjang dan belum dapat diselesaikan dengan baik.  Rakyat B40 dan M40 rendah terpukul TKO empat kali - perangkap gaji, kesan cukai, kesan pemotongan dan atau perlupusan subsidi dan kesan tangan ghaib - sifat kapitalis economic dichotomy.

(5)  Secara pribadi saya menyokong rasionalisasi subsidi. Sudsidi harus hanya untuk menyokong pengunaan dalam negeri dan harus terhad kepada keperluan bahan dan perkhidmatan asas. Paling pokok, ianya patut hanya untuk golongan yang memerlukan sahaja. Maka langkah kerjaan harus menumpu untuk memisahkan keperluan industri eksport dan industri untuk bekalan tempatan. Langkah ini sememangnya payah, namun tetap ada jalannya. Negara boleh saja melupuskan subsidi dan membantu rakyat secara tunai bulanan. Kaedah dan perincian HIS kita boleh sangat membantu.

(6)    Jika subsidi telah diuruskan baik, kerajaan harus berhati-hati dalam memperluas dan menaikkan cukai. Dalam tempoh pemerintahan Anwar, julat dan nilai percukaian kita melebar. Dalam masa yang sama OPR BNM juga mengalami kenaikan berturut-turut dalam 2022.  OPR yang meningkat serta percukaian boleh sangat memicu kenaikan cost pengeluaran segala industri kita. Seterusnya, kita juga harus hati-hati dengan langkah-langkah liberalisasi kita. Kita jangan sewenang-wenangnya membuka pelaburan dan industri kita kepada asing atau mengikut telunjuk IMF dan WB yang hanya menekankan kepentingan the survival of the fittest. Preemptive and affirmative actions DEB harus tidak dikuburkan semuanya. DEB tiada kelemahan dari segi dasar dan tujuannya. Salahnya adalah dari segi perlaksanaan. Malaysia sudah tergolong dalam Middle Income New Industrial Economies NIE, maka pihak swasta malah GLC kita telah matang dan mampu membangun sektor penting negara secara sendiri dan atau pelaburan bersama asing. Kita tidak perlu FDI tulin. Kita harus membangun menggunakan formula DDI + FDI. 

(7)    Saya melihat Anwar agak gelojoh dalam menuruti prescription ekonomi dan kewangan IMF dan WB. Anwar banyak terlajak cakap. Anwar terlalu banyak berjanji tanpa analisa tepat. Ibarat kata-kata popular Samy Vellu semasa menjadi Menteri Telekomunikasi - "Semalan pos, kemarin sudah sampai". 

7.    KITA TIDAK PERLU BINGGUNG DAN GELOJOH UNTUK BERSAMA IMF:

Anwar cenderung untuk seiringan dengan IMF atas beberapa sebab. Pertama dengan menuruti kehendak IMF, hutang kita dapat diurus "baik". Jika percukaian kita kembanghkan, maka sumber pendapatan negara semakin luas dan mantap. Langkah Anwar sama saja dengan memperkenalkan GST.  IMF mahu melihat sumber kewangan dan keupayaan keberhutangan kita. Kedua ekonomi kita lebih liberal. Dengan sistem ekonomi yang liberal, Anwar yakin akan dapat menarik lebih FDI. Dengan kemasukan FDI, maka nilai eksport negara meningkat. FDI dan cukai akan meningkatkan pendapatan negara dan memperbaiki Kadar Pertumbuhan GDP negara. Ini akhirnya, mengikut perkiraan Anwar akan memperbaiki penarafan ekonomi serta memperbaiki nilai Ringgit. 

(2) Jadi reform Anwar bukanlah reform seperti yang rakyat mahukan. Anwar dan rakyat mempunyai mimpi yang berbeda. Rethoric reform Anwar hanya ilusi dan persepsi sandiwara ke arah jalan IMF dan WB. Usaha untuk memantapkan sumber kewangan negara dan nilai Ringgit tiada salahnya. Ada faedahnya. Jikapun kita tidak meminjam dari IMF dan WB, nilai Ringgit dan penarafan ekonomi yang baik, jika ini terjadi, hutang luar kita akan on paper mengurang dan bahkan borrowing cost kita akan menjadi lebih murah.Bahkan kita meminjam dari sumber yang lebih luas.  Cuma apakah itu akan semudah atau sebenar itu? 

(3) Tergantung struktur hutang kita, jika hutang kita lebih bersifat domestik, maka rasionalisasi subsidi, cukai dan liberalisasi ekonomi tidak perlu menjurus kepada keperluan reformasi dan liberalisasi IMF dan WB. Kita harus bergerak pada jalan baik untuk rakyat dan negara dan tidak perlu gundah terhadap keperluan kuasa-kuasa asing. Juga kita tidak perlu gundah untuk meminjam dari mereka. Kita ada jalan lain yang luas  terbuka. Dunia sudah  benar-benar  kompetitif, IMF  dan WB bukan satu-satunya yang hanya manpu menolong kita. Paling to our advantage, ekonomi kita telah matang, kita punya niche tersendiri dan kita mampu berkembang dengan hanya perlukan sedikit suntikan teknologi asing.

(4)  Dalam soal pinjaman, saya yakin kita juga tidak perlukan IMF dan WB secara berlebihan. Kita hanya petlu berurusan dengan mereka sebagai "to keep everybody be our friend". Dalam BRICS juga kita harus bersikap sederhana. Saya yakin, jika kita bergerak cergas tanpa perlu gelojoh untuk menawan dunia, sistem kewangan dan perbankan Islam kita boleh terus ditambah baik dan menjadi sumber dana DDI kita. FDI harus hanya untuk keperluan suntikan teknologi baru serta tanpa perlukan subsidi kita. Jika rakyat kita hentikan subsidi, kenapa pula FDI harus menikmati subsidi?

(5)    Saya yakin, jika kita mampu melihat di luar dari jalan konvesyenal contoh dalam bekalan perumahan mampu milik, pengurangan cost pengangutan, pengeluaran bahan-bahan kepeluan domestik dan malah dalam pengeluaran makanan, saya yakin kita boleh melakukan semua itu dengan membentuk kerjasama dengan negara tertentu dalam struktur win-win. Kesilapan Najib harus menjadi kekuatan baru kita. 

8.    DELIMMA ANWAR:

Jiwa Anwar, bukanlah jiwa besar. Jiwa Anwar tidak sebesar mulutnyaDendam kesumat Anwar akan terus kekal membara dan tidak ketahuan bila akan reda. Saya menyoal bukan lantaran jika apa yang terjadi kepada Anwar turut terjadi kepada saya, maka saya tidak bersifat pendendam sama. In Shaa Allah jika saya jika tidakpun PM, Menteri, MP malah ADUN sekalipun saya akan usaha lupuskan dendam saya lantaran kedudukan kita sebagai PM, Menteri, MP atau ADUN, kita bukan dikudrat mengurus hal sendiri-sendiri. Kita Allah pertanggungjawabkan untuk mengurus masyarakat dan negara. Apa dan siapapun harus kita gembeling untuk mengukuh kekuatan negara apa lagi bila negara dan rakyat sedang dalam kepayahan. Lihatlah kepada Sulaiman AS, apa yang dia tidak gembelingkan untuk mengukuhkan kerajaannya? 

(2)    Lantaran dendam kesumat, Anwar jadi serba salah dalam segala hal. Mahu ke China, China masih mengenang Najib. Di mana Jho Low? Di katakan ada di "China". Jika benar, apakah Jho Low telah kehilangan pengaruhnya? LGE bahkan Anthony Loke tidak laku di China. Jikapun kita akrab dengan China, akan ada kesan lainnya. Beranikah Malaysia? Mahu ke Jepun, Jepun kental hormat kepada Mahathir.Tanpa penglibatan Mahathir, saya akin Jepun akan reserve. Anwar mahu condong penuh ke USA - cukup serba salah - dasar dan gaya Trump sangat lain. Bahkan dari 20 Januari 2025 sehingga tulisan ini dipaparkan, Anwar belum boleh biar hanya membuat panggilan talipon untuk mengucap tahniah kepada Trump atas pelantikannya sebagai Presiden USA. Itu suatu signal diplomatik yang tidak baik. Jikapun Anwar mampu condong kepada USA apa lagi IMF dan WB, Anwar akan menempah jalan politik yang gelap. Apakah Anwar mampu untuk mengerakkan South-South? BRICS 
sudah ada. Apakah Malaysia harus ke depan dalam BRICS - untuk apa? Apakah dia mampu menjual muka ke OIC; negara-negara Arab sedang sibuk membina kota-kota mereka dan mereka pasti tidak mahu terlalu jelas memusuhi Israel apa lagi USA. ASEAN, tempoh Anwar untuk menjadi pengerusi hanya berbaki 10 bulan sahaja lagi. Apa Anwar boleh perbuat? Dia hendak bergantung kepada Taksin, apa Taksin boleh buat? Apakah Myanmar, Laos dan Vietnam akan menerima Taksin? Memimpin negara ini dia sudah melewati tempoh dua tahun, untuk membawa Mahathir ke Mahkamah atas tuduhan mencuri berbillion-billion wang negarapun dia belum dapat. 

(3)    Hakikatnya, Anwar terlalu banyak meludah ke langit dan atau menepuk air di dulang. Maka, melihat tingkah politik negara dan malah antarabangsa konsep musang berbulu ayam, Melayu harus sangat-sangat mengerti. Apa lagi maksud, kilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya. Paling baik jika kita ahli dalam melihat jauhari juga mengenal manikam. Gejala kini, sejak 1998 bila Anwar, Mahathir pecat dari Kabinet dan UMNO, kepetahan Anwar untuk berselindung demi kuasa terus mengakar kepada Melayu sehingga Melayu tidak mahu mengkaji dan berfikir mendalam tentang apa intipati dan halatuju reformasi Anwar sehingga bersekongkol dengan siapapun para kadok naik junjung demi dirinya, dan Melayu kian terpinggir, salah siapa? Bila Al Quran berkata: "Dosa kita, bukan salah siapa melainkan diri kita, bukan juga kerana Iblis yang kerjanya menyelewengkan kita", kita juga tidak faham-faham maka berlakulah apa yang kian berlaku dalam kehidupan Melayu kini. Celaru, haru biru menjadi kera di hutan disusui, yang dikendong keciciran.

(4)    Bukanlah kesalahan besar untuk Anwar mengikuti cara IMF dan WB. Salahnya adalah pada pemilihan package dan timing perlaksanaannya. Salahnya, bila kita terlalu taksub kepada IMF dan WB dan kita menutup mata kepada sumber-sumber lain. Salahnya, Reformasi Anwar bukanlah tulin reformasi pemikirannya tetapi ciplakan reformasi IMF dan WB

(5)    Belutnya Mahathir juga untuk berkuasa. Cuma belut Mahathir untuk kuasa dan demi kuasa untuk deliver. Mahathir bukan hanya belut untuk kuasa tetapi untuk deliver. Anwar juga belut untuk kuasa. Dia juga mahu deliver. Dia bermain belut dengan IMF dan WB, dengan cuba meminjam cara mereka untuk deliver. Anwar mencedok cara IMF dan WB untuk deliver. Anwar menciplak. Kelemahannya di situ berbanding Mahathir - genuinely Vs pseudo. Maka kini kian terlihat Anwarkah belut atau IMF dan WB adalah anacconda? Sesungguhnya pesan SAW: "Kita Umat Islam perlu lain dari Yahudi dan Nasarani", itu saya kira Anwar terlupa.

PROLOQ:

Bangau oh bangau, kenapa engkau tak makan aku?
bagaimana aku nak makan, rumput panjang sangat
rumput oh rumput, kenapa engkau panjang sangat?
bagaimana aku tak panjang, kerbau tak makan aku ...

(2)    Nyanyian anak-anak ini, tiada kesudahannya. Jika mahu sampai sang ibu dan si anak ketiduranpun tetap mulut boleh terus mereka-reka menyanyi. Jika dilihat keberhasilan materialnya, memang tiada. Namun itu bukan tujuan nyanyian itu. Nyayian itu mendidik agar otak anak-anak cerdas dan creative. Pandangan saya, Melayu harus berpunya otak cerdas dan creative jika mereka memahami falsafah di balik nyanyian ini. Otak Melayu harus tidak buntu oleh apapun galangnya, cuma yang diperlukan adalah niat murni berbakti kepada perintah Allah. Seharusnya nothing personal along the way, bila mengurus hal-hal ummah khasnya.


Kg Terasi, Sadong Jaya
18 - 22 Feb., 2025



#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.