.

1/3/2025 CAN YOU NOT THINK?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 07, 2025

Share

& Comment

PROLOQUE:

Al Hijr:44 mengikut tafsiran Jalalyn - Jahanam, Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tujuh lapis. Tiap-tiap pintu daripadanya adalah untuk segolongan di antara mereka. Al Muluk: 3 pula
menegaskan bahawa "
Dia yang menjadikan tujuh langit dengan berlapis-lapis". Dua ciptaan Allah ini menepati apa yang Al Quran tegaskan, segala-gala yang dia cipta adalah berpasangan. Banyak Ayat Al Quran menyatakan tentang ini, antaranya Al-Dzariyat: 49 "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah". Langit dan bumi serta segala isinya diciptakan Tuhan secara serasi dan teratur, tidak ada yang sia-sia. Ali Imran: 191 menegaskan "Dan tidaklah Kami bermain-main menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya".


PENGENALAN:

Sekitar awal 2022 seorang teman di Pontianak meminta bantuan untuk dia mendapat pekerjaan di Kuching atau mana-mana di Malaysia sesuai dengan kemahirannya di bidang IT. Sebelumnya dia pernah bekerja di Kuching sekitar selama hampir-hampir 10 tahun. Pada 2018 dia pulang dan menetap di Jakarta. Bila Covid 19 melanda, sekitar tahun 2000 dia pulang ke Pontianak dan sejak dari itu dia perlu bekerja serabutan - apa saja demi untuk membiayai keluarga kecilnya - dua anak dan isteri. Saya namakan dia sebagai Rakan Ponti. Kebetulan saya berpunya kenalan yang memerlukan sejumlah pekerja untuk mengurus keperluan Hospital Cleaning Service. Dia adalah Kuching Buddy saya. Dia perlukan sekitar 20 pekerja. Maka saya majukan Rakan Ponti saya ini ke Kuching Buddy Cleaning Service. Rakan Ponti saya kemudian dilantik sebagai Supervisor Executive dengan gaji yang agak lumayan bagi kehidupan di Kuala Lumpur. Tugas pertama Rakan Ponti saya adalah untuk membawa masuk 20 TKW dari Indonesia dan mengurus segala hal bagi keperluan tersebut. Dengan pasukan pekerja TKWnya, dia kemudian mengurus segala hal berkait dengan keperluan Cleaning Contract sebuah Hospital swasta di Kuala Lumpur yang syarikat berkenaan perolehi.

(3)    Cuma, sekitar tiga bula selepas mendapat kerja, dia datang berjumpa saya kembali. Kali ini dia seperti binggung dalam mengurus pekerjaannya lantaran Syarikat Cleaning ini akan
mengembang business mereka ke Office Cleaning pula. Scope pekerjaan sepertinya kian pelbagai dan meluas. Lantaran Syarikat adalah baru, maka kakitangannya juga sangat sedikit. Pengurusan pula sedang sibuk untuk mendapatkan kontrak-kontrak baru bagi mendapatkan the economic of scale. Perbualan saya dengan Kuching Buddy, jelas akhirnya mereka akan masuk ke Dry Cleaning serta Mall Cleaning Contract. Dia berpunya Big Dream sepertinya. Saya sangat mendokong usahanya. Dia ingin mengkhusus ke jurusan cleaning services nanum harus versatile. Focus business beliau adalah kepada cleaning services. Diversification dia adalah - medium anchor business, self own business serta image building business. Kenapa sebegitu? Katanya, dia mendapat ilham dari segala usaha pertanian yang sedang saya jalankan. Integrated, diversified and circular farming

(4)    Apa yang Rakan Ponti binggungkan? Kepadanya, dia binggung. Pertama dia akan perlu mengurus pekerja yang banyak serta skop kerja yang cukup demanding precision. Kepada saya dan Buddy Kuching, tiada apa yang harus dibinggungkan. Cleaning Service adalah satu proses berulang-ulang yang cukup standard. Ini seperti kerja kutip Tol Manual - Lihat charge, hulur tangan, ambil duit, kira, jika lebih, pulangkan, ucap Terima Kasih, selesai. Sebegitulah berulang-ulang sehingga konsesi Tol tamat atau ke umur pencennya. Maka bagi melicinkan kerja, setiap 3-4 booths Tol harus ada standby staff. Ini bagi membolehkan keperluan-keperluan emergency. Biasa jika di Lebuhraya Utara Selatan, akan terdapat 4-6 booths beroperasi serentak. Maka untuk menyelengara semua booths ini, diperlukan 12 - 15 pekerja. Lantaran gaji tidak besar sedang nuasa kerja yang boleh membosankan, keperluan tenaga kerja yang tinggi ini boleh menjadi masalah besar. Maka bila sistem berkomputer dilaksanakan penuh, maka segalanya dapat diperbaiki. 

(5)    Saya tidak mahu menjadi cegu kepadanya. Kerja cegu bagi saya, saya perlu menunjukkan segala-gala spoon feed untuk dia menjadi pandai. Kepandaian yang diperolehi secara spoon feed adalah kepandaian ke arah kedunguan. Saya mengambil sikap bahawa saya harus menjadi mahaguru dan bukan cegu. Mahaguru tidak pernah mahu spoon feed murid-muridnya. Dia mengajar basic dan membiarkan muridnya untuk berlatih dan belajar seterusnya. Itu sikap saya. Maka jika saya terlalu sering dirujuk atau disoal tentang apapun, maka jawaban saya adalah: "Can't you think". Bagi saya tidak ada istilah bodoh. Bodoh lahir kerana malas. Selagi kita tidak malas, kita tidak akan pernah bodoh. Sama juga tiada istilah gagal selagi kita rajin dan merdeka creative. Alhamdulliah dia akhirnya bijak menggunakan kemahiran Computer Programming beliau dalam membangun Manual dan Prosess Kerja yang teratur dan mudah untuk para pekerjanya.

(6)    Saya hanya meminta beliau meletakkan Waktu bagi setiap proses harus dimula dan ditamatkan. Prosess kerja yang beliau bina hanya meletakkan tempoh masa bagi sesuatu proses. Bagi saya itu kurang tepat. Nyatakan Start dan End Time adalah lebih tempat bagi sesuatu proses kerja-kerja Cleaning yang para pekerjanya lakukan. Konsep JIT Jepun perlu diterapkan. Hasilnya, sekarang dia mulai sedar kenapa saya lebih suka menjadi mahaguru dari cegu kepada sesiapapun. Hasilnya dia jadi lebih creative, yakin dan productive. The basic adalah you must outsmart your own people.

(7)    Semalam, dia terbang dari KL dan terus ke Kampong untuk berjumpa saya. Kali ini, dia sedang kebinggungan. Katanya, sekarang dia sudah mempunyai 50 TKW di bawah seliaannya. Dia dalam urusan untuk membawa masuk lagi 15 orang. Syarikat juga sudah ada dua Hospital, dua buah Office dan tiga buah Dry Cleaning outlets telah terbangun. Maksudnya business syarikat Buddy Kuching saya telah berkembang baik untuk tempoh 2-3 tahun lepas. Dia diangkat menjadi Chief Operational Officer COO bukan lagi Executive Supervisor. Gaji sudah jauh lebih besar. Kali ini kebinggungannya adalah inter-executives relationship. Unsur-unsur pHd - perasaan hasad dengki sudah mulai membiak. Katanya dia sanggup mendepani beban kerja dan bukan dalam hal-hal office politic. Dia kini sedang gundah dengan politik pHd kantoran - office politic. Dia ingkinkan pertunjuk dari saya.


ISUNYA:

Saikologi orang-orang Indonesia, dan sebahagian Melayu, saya perhati dari pergaulan akrab dan mengurus mereka serta sekian lama saya merantau ke tanah tumpah darah moyang saya -
mereka adalah bangsa yang belum merdeka jiwa dan raganya. Mereka terus kekal sebagai bangsa timid. Sedari animisma, lalu Buddisma, kemudian Hinduisma, Islam pre Kolonialisma, kolonialisma lalu Islam post-kolonialisma, tetap mereka kekal sebagai bangsa yang patuh kepada adat manut - menurut kerdilMereka kekal sebagai katak di bawah tempurung. Jikapun mereka mahu berubah, mereka mengasak sebuah perubahan secara pemberontakan, gemar mengamuk jika tidak mengalah bagai anjing kurap menyendiri, bukan atas kebijaksaan perancangan dan perlaksanaan yang menyeluruh, teliti dan jitu. Ameen Rais di Indonesia serta Anwar di Malaysia adalah contoh seangkatan dan sezaman yang mengambil langkah mengamuk. Sedang Musa Hitam dan Ghaffar Baba adalah yang memilih jalan masuk ke gua. Ameen terbukti gagal. Musa dan Ghafar juga politikus gagal. Anwar telah menempah tiket sebagai politikus rakus berjaya, namun dia sedang menempah sebuah kekahlifahan yang gagal. Anwar akan menjadi pengurus Ummah yang gagal.

(2)    Pokoknya, Islam itu jelas mengatakan bahawa di dalam Al Quran terbentang akan segala pilihan dalam proses kita menyelesaikan permasalahan kita. Fahamkah kita kenapa Allah menjadikan segalanya pelbagai? Mengertikah kita akan adanya North-South, East-West, postif-negatif, menarik-menolak, nikah-cerai, kenyang-lapar, buta-celek, dsb? Jika kita tidak sadar dan mengerti, asasnya adalah satu dan hanya satu - Can't you think? Inilah asas segala masalah yang sedang kita hadapi. Kita memilih jalan mudah yang kita nampak, rasa dan dengar dalam mengurus kehidupan kita. Kita sangat jarang menggunakan kewarasan fikiran, nurani bersih tulin dan kalbu yang penuh pertimbangan dalam apa juga tingkah dan keputusan kita. Kita sangat jarang Istiharah apa lagi pasrah. 

HARGA SEBUAH KEJAYAAN:

Al Baqarah: 214-216 mengatakan "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan kemusnahan hartabenda dan serangan penyakit, serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah,  dan di dalam Al Baqarah:155 mengatakan “Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” 

(2)    Di dalam hidup, apapun ada  harganya. There is a price for anything. Sehingga kita masuk ke liang lahad, tiada apa yang pasti kecuali Iman, amal dan bakti kita sendiri. Kekasih, pasangan, anak, saudara mara dan sahabat handai - batas setia dan kejujuran mereka sekalipun semua akan terserlah lewat waktu dan keadaan. Segala-gala kekal 50:50 dan tiada pasti abadinya melainkan Iman, amal dan bakti mulia kita sendiri. Itu semua telah Allah programkan lewat apa yang Dia maksudkan sebagai ujianNya. Pada saat Dia menguji, biar kita adalah paling berIman, sabar kita belum pasti kukoh. Biar kita sangat berIman, sentiasa berbuat amal bakti, namun pada saat sabar kita terguncang sehingga kita tergelincir besar atau kecil - maka mahabijaksana Allah Dia telah menyediakan tujuh tingkat Syurga dan Neraka untuk kita tempati kekal atau sementara. 

(3)     Sebuah kejayaan pasti mengundang cemburu dan curiga malah fitnah. Apakah itu memerlukan kita untuk back off withdraw atau confrontational - lawan tetap lawan?   Atau kita memilih khalwat, berfikir dan Istiharah berserah? Rakan Ponti saya cukup hebat. Bahkan beliau jauh lebih hebat dari saya. Dia memilih diam cuma buntu resah. Tahap sabarnya tinggi. Dia tidak memilih untuk berperang dengan para pHd kantoran. Cuma kesabarannya menluapkan rasa resah yang mendalam. Dia tidak berpunya jalan untuk melepaskan resah gelisah itu. Dia mencari saya untuk menguraikan keresahannya. Jawaban saya ada pada proloq dan epiloq. Pergilah kepada Allah, fahami kenapa Allah sering berbuat bukan pada kehendak kita. Kedua, keep improving yourself as great COO. Rajinlah membaca, berfikir dan bingkas membina diri How to be great COO.  Kedua-dua jalan Allah dan jalan manusia biasa harus dilalui dengan penuh cekal.

JANJI ALLAH KEPADA YANG TERUJI:

Jika Iman dan sabar kita kokoh biar dalam apa keadaan dan masapun In Shaa Allah Neraka tidak akan menjamah kita dan Syurga tingkat tinggi itu pasti. Iman dan sabar harus kental kokoh, jangan biar salah satunya goyah. Itu janji Allah. Api membakar, namun pada tahap Iman dan kesabaran Ibrahim AS yang cekal - api menyejukkan tubuhnya. Ibrahaim AS kental Iman dan sabarnya terhadap segala apapun ujian ke atasnya. Ali Imran: 173 "Cukuplah Allah untuk menolong kami, dan Dia sebaik-baik pengurus yang terserah kepadaNya segala urusan kami". Itu menjadi pegangan akrab Ibrahim AS.

(2)    Ujian Allah tidak terkeluar dari batas kemampuan sesiapapun. Apapun yang terjadi, semua dalam pengetahuan dan ujian dariNya. Dia menguji lantaran sifat mahapengasih dan mahapenyayangnya Dia. Apa yang tidak terujikan kepada SAW? Sedari janin, masih dalam kandungan ibunya, dia teruji - ayahnya pergi dan tidak pernah kembali. Sehingga pada saat dia sedang hebat berjuang demi Islam, Allah cabut semua pendokong kuatnya - datuknya,
bapa saudaranya, isterinya, anak-anaknya, semua yang dekat kepadanya Allah keluarkan. Dia cekal berjuang lantaran dalam Mikrajnya dia menyaksikan keindahan Syurga dan siksanya Neraka apa lagi di masa sebelnya diperkokoh dengan Aduha: "Demi waktu matahari sepenggalahan naik, dan demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu hati kamu menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.  Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.  Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya.  Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya dengan bersyukur.

(3)    Cekal berIman dan teguh bersabar dalam baik dan buruk segala. Segala ujian lantaran kita masih ada kelemahan. Perbaiki saya fikiran, hati dan usaha kita. Kita cekal saja terus memperbaiki diri. Kejayaan hidup serahkan saja kepada Allah. 

EPILOQ:

Surah Faatir: 37 "Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu sambil merayu: "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari azab ini; kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. Lalu Allah menempelak mereka: "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul Kami yang memberi amaran oleh itu, rasalah azab seksa, kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".

(2)    Neraka untuk yang khianat dan atau zalim kepada Allah. Syurga itu untuk yang utuh berIman, sabar dan cekal beramal bakti baik.

Kuching, Sarawak
7 March, 2025.

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.