.

1/1/2021 PENULISAN DAN KEBANGKITAN TEMADUN BANGSA - Hikmah Baitul Hikmah Bagdhad

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 11, 2021

Share

& Comment

COSMOS DAN LAUH MAHFUZ:

Al Quran menyatakan bahawa Allah berpunya Kalam, buku atau kitab. Kalam Allah mengandungi segala-gala prihal yang ada di dalam galaxy, alam semesta  ini. Al Quran sepertinya adalah subset kepada Kalam Allah. Kalam Allah letaknya di Lauh Mahfuz. Pertama-tama, apakah benar Kalam Allah = buku atau kitab seperti yang kita fahami? Bagaimana rupa Lauh Mahfuz? Di manakah letaknya Lauh Mahfuz? Ibnu Arabi (1165-1240 Andalusia) menghubungkan antara Lauh Mahfuz dan makrokosmos. Lauh Mahfuz sepertinya adalah sebuah awang-awangan.  Berapa besar Kalam Allah? Al Quran yang hanya terdiri dari 604 muka surat, 114 Surah dan 6,236 Ayat mengandungi keilmuan yang sejak tahun 622 belum pernah dapat kita kupas dengan meluas dan mendalam. Biar Muhammad SAW adalah perantara Allah dan manusia untuk mengumpul Al Quran, tetap beliau sendiri tidak dapat mengupas Al Quran secara terperinci sepenuhnya. Masih banyak mistri di dalam Al Quran yang belum dapat kita temui, apa lagi konsep Kalam dan Lauh Mahfuz Allah sekalipun.

(2) Dalam pertalian dengan perkembangan keilmuan kini, saya membayangkan, Lauh Mahfuz sebagai alam cosmic. "Cosmology (from Greek κόσμος, kosmos "world" and -λογία, -logia "study of") is a branch of astronomy concerned with the studies of the origin and evolution of the universe, from the Big Bang to today and on into the future. It is the scientific study of the origin, evolution, and eventual fate of the universe". Dalam konsep Apple Job Steve dan Bill Gate, pencipta Iphone yang sangat hebat, Lauh Mahfuz saya gambarkan sebagai Cloud. Dalam keilmuan ICT, Cloud adalah suatu kemudahan bagi penyimpanan dan pengurusan Big Data. Cloud adalah pusat simpanan data secara maya ie Remote Data Center. Lauh Mahfuz saya andaikan sebagai  Remote Data Center. Data-data kita kini tersimpan di awang-awangan, cloud yang saya kira adalah penemuan para saintis ICT dalam menakrifkan Lauh Mahfuz. Kalam Allah pula, saya kira mereka sedang takrifkan sebagai Big Data. Maka lanjutan dari itu, saya mengira khasnya para Malaikat yang mampu turun naik ke langit (ie "Lauh Mahfuz") dengan sekilas mata kelajuannya, lantaran mereka adalah bersifat Hologram. Carakerja Hologram adalah sangat mudah dan pantas, hanya berdasarkan sekilas detik di hujung jari. Hologram pada masa ini masih bersifat virtual. Belum sepenuhnya fluid yang dapat menebusi kalbu dan fikiran manusia.  Malaikat dan Iblis, terbina secara metaforiknya cahaya, namun saya yakin kedua-dua mahluk ini terbina dari sinranan, ray iaitu juzuk cahaya yang gelombang mikronya agak berbeza dari percahayaan tampak. Lantaran para Malaikat ciptaan Allah mampu memiliki sifat-sifat sebegitu maka mereka dapat memaklumkan kepada Allah apa yang tersirat di hati dan fikiran manusia. Allah mahaberkuasa, mahamengetahui, dan tidak tidur lantaran para Malaikatnya adalah hologram terhebat yang sentiasa membuat data entry ke Big Data, Kalam yang tersimpan di Data Center, Cloud, Lauh Mahfuz Allah. Sebegitulah pemikiran saya tentang cara Allah mengurus segala maklumat mahlukNya.

(3) Saya perfikiran, Allah itu mahamengetahui dan mahaberkuasa bukanlah lantaran Dia tidak pernah tidur. "Tidak tidurnya" Allah adalah metaforik. Kekuasaan dan pengetahuan meluas dan halus Allah lantaran Dia berpunya sistem pengurusan maklumat yang sangat hebat.

(4) Tulisan ini tidak untuk berbahas tentang sifat dan kedudukan Kalam dan Lauh Mahfuz Allah. Tulisan saya ini lebih untuk melihat kebangkitan ketemadunan Islam sumbangan Melayu di sebelah sini. Melayu bangsa yang dianugerahi kehebatan yang belum mereka buktikan jelas. Saya ingin melihat Kebangkitan House of Wisdom Baghdad (850-1258)  sebagai pertunjuk Allah betapa hanya dengan kegilaan mengkaji,  menulis dan berkaryacipta barulah sesuatu bangsa itu boleh menjadi hebat. Kesan House of Wisdom Baghdad mempunyai kesan meluas yang sehingga kini kita masih menerimanya, cuma kita sedar dan tidak sedar. Saya ingin meneliti bagaimana kegilaan menyelidik dan menulis di zaman Baghdad itu boleh Melayu kembangkan selaras dengan kemajuan terkini dan menjadikan Melayu sebagai suatu bangsa yang turun memainkan perenan besar dalam membangkit dan melestari ketemadunan Islam di sebelah sini.

(5) Melayu adalah suatu rumpun bangsa yang cukup tersebar luas di seluruh Nusantara (ASEAN). Melayu berada di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Siam, Kemboja, Laos, Vietnam dan Filipina. Bahkan diaspora Melayu berada di Madagasca, Afrika Selatan, Mali, Burma, dsb. Saya mengira dari sejumlah 650 juta rakyat ASEAN, sekitar 400 juta adalah rumpun Melayu (Muslim dan bukan Muslim). Jika dibanding dengan Arab yang berjumlah sekitar 400 juta, Melayu harus mengukir kehebatan sama dalam perkembangan ketemadunan Islam.

PERADABAN MANUSIA:

(6) Mengikut tiori the Big Bang, bumi terbentuk sekitar 13.8 juta tahun dahulu. Penganalisaan penulis-penulis agamawan Barat yang mengasaskan penelitian mereka dari Kitab Genesis - Kejadian Bible, mereka menjangkakan manusia tercipta sekitar 200,000 - 400,000 tahun dahulu. Jika kita menghayati Al Quran, ada dinyatakan bahawa setiap umat berpunya nabi dan rasulnya tersendiri. Secara umum para ulama menyatakan terdapat sekitar 124,000 nabi dan 313 rasul. Maka jika dilihat dari kitaran generasi, di mana secara purata satu kitaran generasi adalah sekitar 25-45 tahun, maka jika diandaikan seorang nabi mewakli satu generasi, maka manusia telah wujud sejak 3.00-5.50 juta tahun terdahulu. Kerja-kerja arkeologi menunjukkan bahawa manusia telah ada di dunia ini sejak 5.0-7.0 juta tahun dahulu. 

(7) Apapun tiorinya, belum ada siapa dapat menentukan tarikh sebenar kejadian manusia, melainkan jika kubur Adam AS dapat dipastikan di mana serta kesan tubuhnya dapat dibuat Carbon Dating bagi menentukan umurnya. Allah sengaja menjadikan segala-gala berpunya mistri atas tujuan hikmahNya yang belum dapat kita capai untuk menemukannya. Mistri Allah adalah agar manusia terus berfikir. Walau apapun, Adam AS pastinya telah wujud lebih dari 40,000 tahun dahlulu lantaran manusia tertua Malaysia iaitu Manusia Gua Niah sekalipun sudah berusia 40,000 tahun. Cuma misteri dan menariknya, kenapa sengang waktu antara kewujudan Adam AS manusia pertama sehingga munculnya Musa AS, Allah hanya menurunkan kitab secara bertulis ie Taurah pada 1312 SM. Manusia mungkin telah wujud jutaan atau ratusan atau pulohan ribu tahun dahulu, namun hanya sekitar 3,500 tahun dahulu baru Allah menurunkan kitab kepada mereka secara bertulis. Kenapa?

(8) Kedua, sebelum turunnya Taurah (1312 SM), Zabur (1000 SM), Injil (27-29M) dan Al Quran (609-632M) Allah telah mewujudkan beberapa temadun besar manusia seperti Yang Tze (5000-1000 SM), Mesir (3150 - 30 SM), Mesopotamia (3500-500 SM), 
Indus (3300-1900SM), Greek (2700-479 SM), Maya (2600-900 SM), Roman (550-465 SM), Farsi (550-331 SM), Aztec (1345-1521 M), Incan (1438-1532 M) dll. Jika kita menenliti Al Quran dengan lebih mendalam, Allah menjadikan segala-gala secara evolusi, perlahan dan teratur. Setiap temadun sepertinya ada pengkhususan fungsi: Yang Tze - Kertas, percetakan, peluru, kompas; Mesir - Seni bina, seni penulisan, dan perubatan; Mesopotamia - pertanian dan pertukangan besi; Indus - sistem saliran dan pengairan;  Greek - falsafah, persenjataan dan ketenteraan; Maya - Matematik, astronomi, dan perubatan; Roman - politik. Pokoknya, sebelum kehadiran kitab-kitab bertulis Allah kepada manusia, Allah telah terlebih dahulu menjadikan manusia itu "bertemadun".  Secara material manusia-manusia terlebih dahulu Allah temadunkan. Kita tahu, kehancuran temadun-temadun ini sebahagian besar lantaran prihal moral belum terbina kukuh. Apakah Allah lewat jalan sebegitu, memperkuat hujahNya di dalam Al Quran yang menyatakan bahawa "Kekayaan kebendaan tidak membawa kita ke mana-mana".

(9) Sekali lagi berlaku misteri Allah yang sangat hebat. Pertama Adam AS wujud di dunia ini mungkin jutaan, ratusan ribu atau pulohan ribu tahun dahulu, bagaimana keadaan dan perkembangan kehidupan manusia dari anak cucu Adam AS? Mungkin kecil-kecilan berselerak di merata muka bumi, sehingga akhirnya mereka membentuk kloni-kloni atau puak-puak besar di Nile, Mesopotamia, Ganges, Yang Tze dsb. Ada juga sehingga kini tersebar sebai puak-puak kecil di pergunungan atau kepuluan terpencil. Secara persejarahan, inilah manusia-manusia kuno yang mulai membentuk temadun besar dengan pelbagai ciptaan yang kini sudah dievolusi dan revolusi menjadi segala perkakasan moden. Misterinya, dalam era ketemadunan tersebut, biar telah ada kitab-kitab Allah, namun semua itu tidak diturunkan langsung ke temadun-temadun tersebut. Kenapa sebegitu? Tidakkah peradaban manusia-manusia Nil, Mesopotamia, Indus dan Yang Tze akan jauh lebih hebat dan mungkin kekal jika kitab-kitab tersebut turun pada temadun tersebut. Saya menjangka, kewujudan semua temadun besar sebelum turunnya pelbagai kitab Allah adalah sebagai persediaan pembentukan civil societies. Temadun-temadun ini mencipta kepelbagaian kemudahan dan asas kepada penciptaan modern pada hari ini, namun mereka mempunyai suatu kelemahan yang sangat besar iaitu penjagaan moral.  Sesungguhnya, kehadiran Taurah, Zabur, Injil dan Al Quran adalah untuk memperkukuh pembentukan civil societies, masyarakat manusia madani, masyarakat bermoral dan berperadapan tinggi seperti yang sedang tumbuh berkembang (?) sekarang ini.

KELAINAN PADA PEMBENTUKAN TEMADUN ISLAM   

(10) Perkembangan Islam di Mekah (609 M), mulanya hanya berlegar antara Habsah (Eritrea) dan Mesir. Kemudian Muhammad SAW perlu hijerah ke Madinah (622 M). Islam Madinah kemudiannya mulai mengembang ke Yaman dan Palestin. Melalui Perjanjian Hudaibiyah pada 828 M, maka Muhammad SAW telah dapat menyatukan seluruh Semenanjung Arab (Saudi dan Yaman)  ke dalam Islam. Para khalifah besar Islam kemudiannya mengembangkan Islam ke Sham ie Palestine-Syria (Rom Byzantine) dan Baghdad-Karbala iaitu Farsi. Pengasingan Madinah ke Kufah (Iran) di bawah Ali Abi Thalib (656-661) dan munculnya Damshek di bawah Muawiyah (661-750) sebetulnya membuka dunia Islam kepada ketemadunan dunia yang lebih luas iaitu Rom, Farsi, Hindu, China dan bahkan Monggol. Keruntuhan Kerajaan Muawiyah pada 750 mempunyai hikmah tersendiri. Runtuhnya Muawiyah di Damshek telah melahirkan kerajaan baru di utara Afrika dan Sepanyol yang berpusat di Cordova. Islam kemudiannya mulai berkembang ke Barat dengan terbentuknya Kerajaan Andalusia di Cordova (750-1031).

(11) Kejatuhan Damshek telah juga diikuti dengan pembukaan Baghdad di bawah keluarga Abbasyiah (750-1258). Kerajaan Abbasyiah ini memperluaskan pengaruhnya melampaui Farsi, sehingga ke Turki dan Afrika Utara. Dari sudut sejarah, pertembungan pelbagai bangsa dalam kerajaan Abbasyiah kemudiannya melahirkan budaya pembelajaran yang hebat sehingga mewujudkan Zaman Keemanasn Islam (800-1258M). Pada masa itu, Baghdad menjadi Pusat Sains, Budaya, Falsafah dan Rekacipta Dunia. Segala rupa bangsa berkumpul dan mendongkel ilmu di Kota Baghdad di zaman tersebut.

(12) Jika diteliti perjalanan peradaban besar Mesir, Mesopotamia, Indus dan Yangtze berbanding peradaban Abbasyiah (dan malah Kardova), jelas bahawa Islam telah dapat mempertemu dan menyatukan peradaban dari pelbagai bangsa Mesir, Farsi, Roman, Yunani, India, China, Turki dan malah Eropah (Spanyol). Islam menjadikan pengikutnya berani untuk menerokai alam yang lebih luas merentasi segala batas sempadan. Sedang, peradaban besar sebelumnya, ianya tumbuh secara in-situ dalam lingkungan yang agak terbatas. Kini banyak penulis Barat cuba menafikan bahawa peradaban Islam yang telah mempelopori Kebangkitan Eropah pada abad ke 14-15 M yang bermula di Florence, Itali lanjutan dari keruntuhan Rom (285-476M). Senggang waktu antara kejatuhan Rom (476M) dan Kebangkitan Eropah Florence (abad 14M) jelas menunjukkan sengang waktu sebegitu panjang. Maka Islam yang telah berada di Kardova (750M) dengan segala macam rupa bentuk peradaban baru pastinya telah memberikan kesan kepada perkembangan keilmuan di Eropah (bermula di Florence pada abad ke 14 M), maka adalah lebih jelas bahawa Islam mempunyai peranan yang besar dalam ketemadunan dunia sehingga kini.  Saya berkira, sikap prejudis agama maka peranan Islam Kardova dalam merobah ketemadunan dunia, telah kini cuba dinafikan.

(13) Sesungguhnya, Kebangkitan Islam bawaan Muhammad SAW tidak Allah jadikan terpencil hanya di dunia Arab iaitu Mekah dan Madinah, sepertinya temadun Mesir, Mesopotamia, Indus dan Yangtze dan bahkan agama Yahudi dan Nasrani sebelumnya adalah sebagai bukti fitrah Islam itu bersifat Rahmatan Lil Alamain, agama untuk kesejahteraan semua. Islam bawaan Muhammad SAW berkembang jauh ke China (Ta Shi) di Timur (Dinasti Tang 618-907M), Asia Tengah (751M) lalu berkembang ke Russia, Afrika Utara (661M) dan seterusnya ke Eropah, Kordova (711M). Tebaran Islam ke Timur, Barat dan Utara dunia telah merobah ketemadunan manusia secara menyeluruh. Temadun Islam bawaan Muhammad SAW merentasi bangsa dan wilayah yang jauh lebih recam dari apapun ketemadunan sebelumnya. Islam adalah teras kepada pembentukan ketemadunan manusia pada masa ini dan mendatang. Tidak ada temadun sebelum Islam bawaan Muhammad SAW yang dapat memberikan kesan sepertinya ketemadunan Islam.

(14) Sesungguhnya, hikmah Islam dengan segala penemuan keilmuan astronomi dan pelayaran, telah melahirkan pelayar hebat seperti Ibnu Battuta (1304-1369M) yang telah belayar ke rantau Afrika, Farsi, Russia dan Asia Tengah. Secara keseluruhan beliau merempoh jarak perjalanan sekitar 117,000 KM. Zheng He atau nama Muslimnya Ma He (1371-1435M) telah merempoh perjalanan sejauh 50,000 KM dari China ke Nusantara, India dan Tanah Arab. Sesungguhnya, Jalan Sutera (130SM-1453M)  telah dimeriahkan bahkan akhirnya ditutup oleh peradaban Islam 
(Othmanniah)

(15) Sebegitu juga, sebelumnya Marco Polo (1254-1324M) merupakan pelayar pertama Itali (Barat) yang berjaya ke China melewati Farsi, India dan Nusantara. Pelayaran pengembara-pengembara Barat ini adalah didorong oleh perkembangan dunia astronomi serta perdaganagn rempah dan segala bentuk pengeluaran asas Timur yang telah digembelingkan oleh perkembangan temadun Islam. Akibat kebangkitan armada Othmaniah di Mediteranean, (1323 M) maka segala pelayaran selanjutnya lebih menghala mengikut perjalanan para pelayar Muslim lama iaitu mengelak dari menggunakan Laut Mediteranean. Cuma lantaran pertelingkahan antara Portugis dan Spanyol dalam usaha menguasai jalan rempah Timur-Barat, maka akhirnya Ferdinan Magellan  seorang bangsa Portugis telah belot ke Spanyol lalu menemui Jalan lewat Lautan Atlantik ke Pasifik dan mendarat di Filipina. Namun sebelumnya, beliau di bawah naungan Portugis telah belayar mengikut arus pelayar Muslim telah datang ke Melaka dan membantu Alfonso de Albuquerque menawan Melaka pada 1511. Di Melaka beliau telah mengambil seorang Melayu yang Sejarah Melayu namakan sebagai Awang lalu menukar agama dan namanya kepada Enrique of Malacca. "Enrique of Malacca, was a Malay member of the Magellan–Elcano expedition that completed the first circumnavigation of the world in 1519–1522. He was acquired as a slave by the Portuguese explorer Ferdinand Magellan in 1511 at the age of 14 years, probably in the early stages of the Siege of Malacca" Dalam pelayaran kedua melewati Atlantik, Magellan telah membawa Enrique sehingga mendarat di Manila. Di sana, Enrique telah menjadi jurubahasa Magellan dalam berhubungan dengan masyarakat tempatan Manila, lantaran Melayu Melaka dan Sulu Manila (Tagaloq) adalah serumpun dan seagama. Enrique Si Awang kemudian belayar terus ke Sepanyol melewati Tanahairnya. Magellan tidak menyempurnakan perjalanan kelliling dunia, melainkan seorang Awang yang telah bertukar menjadi Enrique of Malacca.

(16) Jika diteliti secara mendalam, peradaban Islam sangat menyubur dan memakmurkan. Di mana-mana Islam tubuh, rakyat dan negara berkenaan akan subur dan makmur. Lihat kepada Madinah, kemudian Mekah, lalu Damshek, Baghdad, Kardova, Istanbul malah Nusantara. Di rantau Nusantara umpamanya, Islam menumbuhkan Kerajaan-Kerajaan Kota  yang lebih berupa pusat-pusat perdagangan. Islam mengembangkan pembukaan kota-kota perdagangan dan keilmuan. Semua kota-kota ini kekal membangun sehingga Barat datang. Barat, mereka datang untuk menjajah, merampas, dan menjarah. Temaddun Barat zaman revolusi industri dan juga kini adalah sama dengan prilaku peradaban Roman dan malah peradaban besar sebelumnya. Mereka kekal hanya ingin membawa pulang segala kekayaan wilayah jajahan mereka. Islam subur bersama wilayah tempatan.

(17) Khusus buat Umat Melayu, kita harus boleh mengerti dan tekad, pada jalanan kembaraan eperti dilakukan oleh para pengembara lepas serta para ulama besar, Allah tunjukkan adalah jalan bagi kemajuan hebat kita. Muhammad SAW sedari kecil sudah mengemabara berdagang dari Mekah ke Syam. Dengan mengembara, beliau akhirnya mempunyai kecerdasan yang jauh mengatasi mereka yang berilmu formal. Sebegitu juga, para ulama besar islam, semua mereka mengembara mencari ilmu dan terus mengembangkan ilmu dengan mengembara. Dunia Islam dan bahkan dunia Melayu pasti terus memencil jika kita sudah tidak berpunya semangat kembara yang hebat. Hang Tuah menjadi hebat lantaran keberaniannya untuk mengembara ke segala pelusuk Nusantara dan bahkan katanya ke China. Melayu suatu masa dahulu, adalah bangsa maritim - kelautan. Nusantara Melayu kuasai lantaran kita adalah pelaut.

BAYT AL HIKMA BAGHDAD - asas pembinaan:

(18) Semasa pemerintahan  Muawiyah I (661-680M) Dinasti Muawiyah Damshek, beliau telah memperbaiki teknik pembuatan kertas dari Temadun China. Beliau Allah ilhamkan untuk gemar mengumpul segala jenis buku di kalangan segala bangsa di bawah pengaruh pemerintahan beliau: Yunani, Latin dan Farsi. Beliau kemudian membina perpustakaan bernama "Bayt-al Hikma". Beliau mengusahakan penterjemahan segala jenis buku dan perkembangan keilmuan baru ke dalam dunia Arab. Kerja-kerja awal Muawiyah I tersebut adalah asas kepada pertumbuhan sebenar Bayt al Hikma di Baghdad di bawah Kerajaan Abbasyiah kemudiannya.

(19) Pemberontakkan oleh Bani Hashim yang diketuai oleh Abbas Ibnu Abdul Muthalib telah meruntuhkan Kerajaan Ummayah Damshek pada 750M yang kemudiannya membentuk Kerajaan Andalusia di Kardova Spanyol (750-1031M). Biar Kerajaan Umayyah telah runtuh, namun semangat Bayt al Hikma tidak pudar, malah terus berkembang hebat. Khalifah Al Mansur, 
Harun Al Rahid, dan Al Makmum merupakan khalifah-khalifah Abassyiah yang telah mengerakkan pembangunan Bayt al Hikma secara besar-besaran. Al Makmun (813-833M) telah mengangkat taraf Bayt Al Hikma dari gedung buku menjadi sebuah Akademi. Peranan Akademi ini menjadi lebih meluas dari sebelumnya yang hanya berupa sebuah perpustakaan pribadi para khalifah. Pada zaman Al Makmum, beliau lebih menghargai keilmuan dari segala kekayaan rampasan perang. Contohnya, dalam peperangan dengan Byzanthium, Al Makmum menuntut Almagest, karya besar Ptolemy cendikiawan hebat Rom di Iskandariah sebagai pertukaran perdamaian. Al Makmum yang kebetulan sangat meminati dunia sains, saya kira adalah seorang revolusioner dalam pengembangan dunia keilmuan di dunia Islam dan modern ini.

(20) Cetusan buah fikiran kepada pembangunan Bayt Al Hikma oleh Muawiyah I (661-680M) lalu kemudiannya dilanjutkan hebat oleh 
Al Mansur (754-775M), Harun Al Rahid (786-809M), dan Al Makmum (813-833M) saya berkira pasti terilham dari kerja-kerja pengumpulan dan penyusunan tulisan Ayat-Ayat Al Quran yang bertaburan yang bermula selepas Peperangan Yamamah (Disembar 632M) ) yang telah mengorbankan seramai 700 penghafal Al Quran. Sebelumnya, di zaman Muhammad SAW, beliau sangat mengalakkan rakyatnya belajar menulis dan membaca. Muhammad SAW juga menjadikan Masjid Nabawi sebagai medan pendongkelan ilmu. Maka tidak heran, bilamana kedua-dua Dinasti Ummayah dan Abbasyiah muncul dan bertembung dengan kepelbagaian ilmu di Roman, Farsi, India, China, malah Tengah Asia mereka akhirnya dapat melihat betapa hanya pada jalan keilmuan sahaja barulah sesuatu bangsa atau kerajaan itu dapat mengukuh. Sebegitu juga, lantaran perluasan Kerajaan Islam Ummayah dan Abbasyiah merentasi Arab, Farsi, Turki, Roman dan Asia tengah telah menemukan kota-kota keilmuan seperti Nisibis atau Ctesiphon atau Tusbun yang kemudian menjadi asas kepada pembangunan Baghdad, Kota ilmu Nishapur, Iran; Kota Ilmu Salonika, Greece; Kota ilmu Merv di Turkmensitan, Asia Tengah dan seterusnya Iskandariah, Mesir. 

(21) Bayt Al Hikma yang bertukar menjadi Akademi Al Hikma saya berkira kemudiannya telah berkembang untuk menimbulkan konsep pembinaan sebuah universiti. Sesungguhnya Univeristi pertama di dunia adalah penghasilan temadun Islam Dinasti Idris (788-974M) di Morocco. Kerajaan Idris didirikan oleh cicit Muhammad SAW dari keturunan cucunya Hassan bin Ali Abi Thalib. Maka kemunculan 
Universiti al-Qarawiyyin, di Fez Morocco, yang bermula sebagai Madrasah adalah tidak memeranjatkan lantaran Madrasah adalah asas Masjid Nabawi, institusi pendidikan yang Muhammad SAW dirikan. Hartawan Fatima binti Muhammad Al-Fihriya Al-Qurashiya adalah sosok yang bertanggungjawab dalam membangun konsep Universiti pertama dunia tersebut pada 895 M namun cuma diiktiraf sebagai Universiti Awam pada 1963. Universiti Bologna, Itali yang kini Barat iktiraf sebagai universiti pertama dunia hanya tertubuh pada 1088M.


BAYT AL HIKMA - bidang dan perolehan keilmuan

(22) Bidang penulisan pada zaman Abbasiyah tidak terhad hanya di Baghdad. Biar Damshek telah runtuh, namun kegiatan penulisan di sana terus berkembang cuma pada tahap yang jauh mengurang. Bahkan penulisan dan keilmuan juga terus meluas di Mesir dan Kordoba. Cuma dari sudut sejarah, banyak penekanan di buat di Baghdad lantaran kerajaan Islam yang terkuat pada masa tersebut adalah berpusat di Baghdad. Apakah tumpuan pengumpulan, penulisan dan pengolahan keilmuan di Bayt Al Hikma Baghdad? 

(23) Bayt Al Hikma melakukan Gelombang Penterjemahan selama lebih kurang tiga abad.  Bahan-bahan tulisan dari bahasa Latin, Yunani, Farsi, Sanskrit, Syriac, Aramaic, dan China yang merangkumi bidang-bidang kesusateraan, perubatan, matematik, astronomi, falsafah (di bawah Harun Al Rashid), cabang sains lainnya sehingga tumbuhnya pembiayaan usaha-usaha "Big Science" (Al Makmum) yang melahirkan penerokaan bidang pertanian, kejuruteraan dan kewangan. Karya-karya tulisan Pythagoras, Plato, Aristotle, Hippocrates, Euclid, Plotinus, Galen, Sushruta, Charaka, Aryabhata, BrahmaguptaPedanius Dioscorides, Ptolemy dan sebagainya. Di antara nama-nama besar penulis Islam kelahiran dan pernah berkhidmat di Bayt Al Hikma antara lain adalah Mohammad MusaIbn al-Haytham (Alhazen)  Abu Maʿshar (786–886)—astrologist; Averroes (1126–1198)—ahli falsafahAvicenna (980–1037)—falsafah dan perubatan yang menulis The Canon of MedicineAl-Ghazali (1058–1111)—ulama menulis The Incoherence of the Philosophers; Muhammad al-Idrisi (1099–1169)—ahli geografi yang membantu dalam menghasilkan Map of the WorldMuhammad ibn Musa al-Khwarizmi (d. 850)—Persian polymath - ahli kepelbagaian ilmu yang mengepalai  the House of Wisdom; Al-Kindi (d. 873)—ahli falsafah yang mengabungkan pemikiran Aristotle dan Plato; Maslama al-Majriti (950–1007)—Arab ahli matematik dan astronomi; Hunayn ibn Ishaq - (809–873)— penyelidik dan ahli falsafah yang telah menterjemahkan sekitar 116 tulisan penulis-penulis hebat-hebat terutama tulisan Hippocrtaes, Banu Musa brothers— jurutera dan ahli metamatik yang sangat hebat;  Sahl ibn Harun (d. 830)— ahli falsafah dan kepelbagaian ilmu; Al-Ḥajjāj ibn Yūsuf ibn Maṭar (786–833)—ahli matematik yang menterjemahkan penulisan EuclidThābit ibn Qurra (826–901)—ahli Metamatik, astronomer dan menerjemah dan menmperbaiki Ptolemaic systemYusuf Al-Khuri (d. 912)— metamatik dan astronomerQusta Ibn Luqa (820–912); Abu Bishr Matta ibn Yunus (870–940); Yahya Ibn al-Batriq (796–806); Yahya ibn Adi (893–974); Sind ibn Ali (d. 864)Al-Jahiz (781–861)—penulis Kitāb al-Hayawān ; Ismail al-Jazari (1136–1206)—penulis The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices in 1206; Jabir Ibn Hayyan; Omar Khayyam dsb. Bayt Al Hikma mengumpul segala bentuk kepakaran dari pelbagai pelusuk rantau berhimpun dan mengkaji segala bidang keilmuan bagi perkembangan Kota Baghdad sehingga menjadi Kota Keilmuan yang makmur dan sejahtera di zamannya.

(24) Hulagu Khan (1258M), cucu Ghanghis Khan dan saudara kepada Kubali Khan telah ditugaskan oleh Maharaja Mongol, Mongke Khan (juga saudaranya) untuk memusnahkan segala Kerajaan Islam di Selatan Monggol. Beliau akhirnya meranapkan Dashek dan juga Baghdad. Keruntuhan Baghdad (1258M) di tangan Hulagu mengakhiri zaman kegemilangan temadun Islam (800M-1258M).  

BAYT AL HIKMA - kesan kepada dunia modern

(24) Batu asas Bayt Al Hikma oleh Kerajaan Damshek lalu berkembang hebat oleh Kerajaan Baghdad, telah menguja pemerintah Islam di wilayah-wilayah lainnya. Di Mesir, wujud Dar al Hikma (1005), Kerajaan-Kerajaan Islam di Timur juga telah mewujudkan Dar al-Ilm' pada kurun ke 9-10, dan pada kurun ke 12, Toledo di Andalusia turut juga berkembang menjadi sebuah pusat peterjemahan yang hebat menyaingi Bayt al-Hikma Baghdad. Tulisan-tulisan Arab dari Baghdad dan segala pelususuk kerajaan Islam diterjemah kembali ke bahasa Latin oleh para penterjemah Arab, Nasrani dan Yahudi. Dari Toledo, segala ilmu itu kemudian berkembang ke seluruh Eropah.

(25) Barat sedang berusaha untuk menulis semula sejarah peradaban manusia. Prejudis mereka terhadap Islam serta kepincangan umat Islam sendiri telah mendorong mereka ke arah itu. Kini sedang menular hebat hujjah yang mengatakan bahawa Barat ie Yunani dan Latin yang mempelopori bidang keilmuan moden. Hakikatnya, di zaman Yunani dan Latin banyak penulisan adalah di bidang falsafah dan pemula kepada sains, matetametik dan astronomi. Di era Bayt Al Hikma, kerja-kerja penulisan bukan sekadar penterjemahan tulisan-tulisan besar Yunani dan Latin malah menambah baik berasaskan segala keilmuan lain yang telah tumbuh di Farsi, India, China, Aramaic dan bahkan Syriac. Pokoknya, dunia Islam yang memperkayakan bidang keilmuan lantaran Islam mengambil sikap membuka dirinya kepada segala batas persempadanan seperti yang diamalkan oleh temadun Barat sebelumnya. Barat boleh melihat Florence, Itali sebegai pelupur kebangikitan Barat, namun mereka tidak boleh menafikan bahawa Toledo yang asasnya dari dunia Islam telah membuka Florence kepada pemodenan yang lebih hebat sehingga kini. 

BAYT AL HIKMA - keruntuhan dan kesan keilmuan di dunia Islam

(26) Kenapa Allah menghantar Hulagu (1215-1265M), cucu Ghengis Khan dan saudara Kublai Khan untuk memusnahkan Bayt Al Hikma (1258M)? Jika kita membaca sejarah ketemadunan Yunani, Latin, India, dan China nasib Kerajaan Islam juga adalah serupa. Monggol saya kira adalah suatu bangsa yang suka bermandi darah. Islam dan temadun lain sebelumnya, saya kira adalah suatu ketemadunan yang gemar kemakmuran dan kesejahteraan. Peperangan hanyalah langkah untuk memperkukuh wilayah mereka. Sehabis peperangan, Kerajaan Islam khasnya lebih cenderung dalam membina kemakmuran dan kesejahteraan hidup. Lantaran kemakmuran yang berlimpah, peperangan merupakan agenda yang kian mereka lupakan. Kerajaan Islam yang kukuh bukanlah Kerajaan Ketenteraan melainkan Kerajaan Kemakmuran Rakyat. Maka, semua Kerajaan Islam yang besar dan hebat, mereka akhirnya tumbang oleh asakan bala tentera kerajaan-kerajaan lainnya yang bersifat ketenteraan.

(27) Kejatuhan Baghdad di tangan Monggol tidak menyedarkan dunia Islam dengan sewajarnya. Andalusia yang Allah aturkan sebagai tapak kepada perluasan Islam di sebelah Barat alam ini, tidak umat islam pada masa itu manafaatkan seluas dan seutuhnya. Perebutan kuasa sering berlaku sehingga pada 1492M, Kesultanan Islam Granada, Ilebria, Spanyol jatuh sepenuhnya kepada tenteta Salib dan musnahlah Kerajaan Islam di Barat.

(28) Hulagu mampu meranapkan Baghdad hanya dalam tempoh 12 hari atas kelemahan sistem pertahanan Bagdhad. Semua gara-gara, Baghdad bukan Kerajaan Ketenteraan setara bermacam kerajaan yang ada pada masa itu khasnya Kerajaan Ghenghis Khan dan warisannya. Seperti tulisan "Wassaf describing the destruction: "They swept through the city like hungry falcons attacking a flight of doves, or like raging wolves attacking sheep, with loose reins and shameless faces, murdering and spreading terror...beds and cushions made of gold and encrusted with jewels were cut to pieces with knives and torn to shreds. Those hiding behind the veils of the great Harem were dragged...through the streets and alleys, each of them becoming a plaything...as the population died at the hands of the invaders."

(29) Seperti saya nyatakan terdahulu, biar Damshek, Baghdad malah Granada telah terlepas ke tangan bukan Kerajaan Islam, namun perkembangan ilmu yang diasaskan oleh Bayt Al-Hikma Baghdad tidak padam. Telah muncul pelbagai Bayt di seluruh kerajaan-kerajaan Islam lainnya, namun silapnya, saya berkira, perkembangan keilmuan Islam sejak dari kejatuhan Baghdad dan Toledo tidak lagi pada semangat dan teras asal Bayt Al Hikma Baghdad atau Toledo. 

(30) Kemungkinan pengaruh Suffism yang muilai berkembang kemudiannya telah mengalih para pemikir dan penulis Islam beralih dari dunia saintifik dan teknologi kepada tradtional spiritual focus. Sedang Barat dengan memperolehi Toledo (1492M) dan bergabung dengan Florence (1000M) lalu membangkitkan Temadun Kemodenan, Renaissance (1400M) lalu membaik luas ke seluruh Eropah pada kurun ke 16-17 sehingga kini. 

BAYT AL HIKMA - Model Pusat Peradaban Melayu Nusantara 

(31) Pada 1900 Penjajah British telah mewartakan Kampong Baru, Kuala Lumpur sebagai kawasan perkampungan pertanian Melayu. British mahu mewujudkan suasana asli perkampungan Melayu di tengah-tengah pembangunan Kota Kuala Lumpur. Saya telah banyak kali menulis bagaimana pengharapan saya terhadap Kampung Baru Kuala Lumpur. Ada pihak berfikiran, Kampiung Baru milik orang Melayu Kampung Baru, maka Melayu lain jangan ambil pusing. Sesungguhnya, itulah wadah pemikiran sempit.

(32) Kuala Lumpur adalah lambang Negara dan Bangsa Melayu. Kita harus menjadikan Kuala Lumpur sebegitu. Maka Kampung Baru adalah khazanah Melayu pada keseluruhannya. Kampung Baru adalah milik Melayu seluruh Negara biar di Malaya dan Sabah-Sarawak. Maka, kita harus melihat Kampung Baru sebagai khazanah Negara untuk kecemerlangan Melayu pada keseluruhannya. Pembangunan Kampung Baru harus menjadi tanggungjawab besar Negara dalam membentuk ciri budaya unggul untuk kepentingan semua atas ciri-ciri dan kepentingan Melayu. Saran saya, biarlah Kampung Baru dinilai pada harga pasaran semasa sebenar dan dibangun untuk melonjakkan Ketemadunan Melayu dan Islam yang hebat di sebelah sini. Tulisan saya siri 8/11/11 Love Bite for Najib dan 5/9/11 The Lost That Makes Us Loosing adalah berkaitan

(33) Bagi saya, Kampung Baru harus diangkat menjadi Bayt al Hikma yang jauh lebih hebat dari Bayt Al Hikma Baghdad. Model Baghdad boleh kita kaji. Semangat keilmuan Baghdad dan Toledo Andalusia harus kita pegang lantaran semangat sebegitulah yang telah melahirkan the Renaissance, cuma bagimana Bayt Al Hikma Nabawi Muhammad SAW harus kita sepadukan dengan Bayt Al Hikma Baghdad agar kepincangan Renaissance yang kian jelas di kurun ke 21 ini dapat kita atasi wajar.

(34) Sesungguhnya langkah silam pendongkelan keilmuan oleh para pendokong perkembangan keilmuan Damshek, Baghdad, Toledo, Mesir malah Morocco telah Malaysia ikut hebat sejak 1980an sehingga 2010an. Kita telah menghantar anak-anak Melayu ke segala pelusuk dunia untuk menimba ilmu. Mereka kini sudah kembali ke Tanahair namun saya berkira kelanjutan pengembangan keilmuan terbantut semenjak mereka kembali menjejak kaki semula ke Negara ini. Kita harus membina wadah yang lebih mantap bagi pengembangan keilmuan yang telah kita warisi dan perolehi ini.


BAYT AL HIKMA PETRA JAYA - Suatu Impian

(35)    Kesungguhan Jokowi, Presiden Indonesia untuk memindahkan Jakarta ke Kalimantan Timur harus kita pandang dan ambil perhatian berat. Jakarta menempatkan sekitar 12 juta rakyat. Saban hari sekitar lima (5) juta rakyat Indonesia keluar masuk ke Jakarta. Maka Jakarta dengan masalah geografi dan struktur muka buminya, tidak akan dapat diurus sempurna sepertinya kota-kota modern lainnya, melainkan suatu langkah berani harius dilakukan. Pada masa Ahok menjadi Gabenur DKI, beliau telah berusaha melakukan yang terbaik secara in situ, namun lantaran kekangan sosial, usha beliau membawa kepada kekahalahn beliau di tangan Basuki. Kini Jakarta kembali terus bergelumang dengan masalah lama berpanjanagan yang sukar diatasi.

(36)    Maka Jokowi melangsungkan niat Suharto untuk membangun Jakarta Baru di luar dari pulau Jawa. Jokowi telah memmilhi Kalimantan Timur sebagai tapak Jakarta Baru. Dengan tekad ini, saya melihat pembinaan Jakarta Baru In Shaa Allah hanya selesai sepenuhnya dalam 10 tahun mendatang. Cuma dari 2020-2024, dalam tempoh Jokowi memerintah, usaha ini harus dipercepatkan lantaran "politicking Jakarta Baru" yang sedang kencang berlaku kini boleh merubah sagala-gala. Fenomena polimik "Jambatan Bengkok Mahathir" boleh saja terjadi menimpa saranan pembangunan Jakarta Baru.

(37)    Namun di sudut yang lebih positif, Jakarta Baru boleh meletakkan Kuching pada kedudukan yang sangat strategik. Cuma saya melihat, Kuching Selatan agak sukar dibangunkan lantaran "sikap dan kekangan tanah" di kawasan berkenaan. Namun, Petra Jaya boleh mengambilalih peranan Kuching Selatan dalam hal menyusun strategi agar Kuching pada keseluruhannya memperlohei limpahan sosio-ekonomi yang meluas dari pembinaan Jakarta Baru. Tulisan saya sebelum ini 4/12/20 Transforming Kuching as ASEAN Geo-S0cio-Economic Central dan 2/12/20 Membina Sarawak Negeri Wisata Syurgawi - a tourism heacven State adalah berkaitan.

(38)    Saya melihat Petra Jaya dengan sebaran keupayaan sektor perlancungan dan pengangkutan udara, darat dan laut yang luas, mampu menjadi Gateway Borneo yang cukup hebat. Paling hebat, saya melihat Petra Jaya mampu menjadi Pusat Keilmuan Borneo dan ASEAN Timur yang cukup meluas. Petra Jaya mampu menawarkan segala keperluan keilmuan Borneo dan Timur ASEAN jika kita bekerja keras ke arah itu. Tulisan saya 2/9/18 Making Kuching Trully The City of Borneo - exploring on New GOM-GOS working framework adalah berkaitan.

Kuching, Sarawak
11 Jan - 1 Mac, 2021

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.