.

1/4/2025 NILAI SEBUAH NURANI ....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 15, 2025

Share

& Comment

Antara benci dan kasihan:

Sepanjang pagi 12 Mei 2025 saya berkeliling di bandar Kuching yang permai. Pagi yang masih dingin. Mentari bangkit perlahan-lahan di ufuk timur di balik gumpalan awan-awan pekat. Panduan saya perlahan santai sambil menikmati musik Slow Rock Balada. Bermula dari jam 0600 singgah makan mee kolok Hj Salleh Idola Muhhyiddin Yasin, yang saya kira telah tidak saya nikmati sejak 2024. Pekerja di situ yang sejak 2002 telah sangat mengenali saya tanpa bertanya menyajikan saya Mee Pok, Milo Ais dan segelas air dingin. All in RM12.00. Kemudian saya ke Petra Jaya. Berkeliling sehingga jam 10:00 kemudian singgah menikmati Nasi Lemak Anika Lauk dan Teh Tarik di kawasan Jambatan Satok. All in RM22.50. Kemudian saya terus berkeliling menanti untuk dapat sholat Jamak di Masjid tebingan Sg Sarawak. Nurani saya terasa lain. Terlalu tenang dan ada rasa kelapangan yang sangat nyaman. Ibarat sepertinya saat sholat kita sangat khusyuk di bening malam. 

(2)    Kembali ke rumah lantas bersiap-siap ke lapangan terbang. Pada jam 16:00 saya terbang ke Kota Kinablu. Sesampai di KK lantas menuju hotel di Center Point. Saya sengaja menetap di hotel di mana saya mudah mendapatkan makanan tanpa perlu bergerak jauh. Kaki saya yang belum pulih sepenuhnya, menghadang pergerakan bebas saya. Pada jam 20:00 saya turun dan meninjau-ninjau kedai-kedai makan berdekatan. Di sebuah Kiosk, saya memesan Avocado Juice dan Chicken Curry Puff. Dalam nikmat keenakan jus avokado, seorang anak kecil menghampiri dan menawarkan jualan buah-buahan yang sudah prepared dan dibungkusi plastik. Saya melihat dari atas ke kaki anak kecil ini, mengingatkan saya seorang anak yang pernah saya temui di Lombok, Indonesia sekitar 18 tahun dahulu.

(3)    Rambutnya kusam. Pakaiannya terurus ala kadar. Tubuh kecil kurusnya agak condong menganding jualannya. "Kamu dengan siapa?" tanya saya. "Sama mama dan adik", balasnya sambil menuding ke arah seorang perempuan separuh baya di hujung jalan. "Kamu umur berapa?", tanyaku. "Lapan tahun Pakcik", balasnya dalam tatapan yang was-was. Jawaban itu mengingatkan saya akan diri saya sekitar 57 tahun silap. Juga berjaja kuih-muih di sebuah kilang berdekatan dengan rumah saya. "Kamu sudah makan?", periksa saya selanjutnya. "Belum Pakcik", jawabnya cukup perlahan sehingga saya terpaksa bertanya kedua kalinya untuk kepastian. "Ada sekolah?", tanya saya sambil mengusap-ngusap kepalanya. "darjah dua" jawabnya ringkas. Dari kejauhan, ibunya yang juga mengendong jualan sambil membimbing seorang anak-anak yang masih kecil memerhati rapat.

(4)    Saya tidak bercadang membeli jualan Si Anak ini. Jus avocado yang telah saya pesan saya kira cukup untuk bekalan segala keperluan vitamin saya untuk hari ini. Walau bagaimanapun, saya kemudian menghulurkan kepingan Ringgit yang saya kira senilai semua jualannya. Saya usap kepalnya, dan menyuruhnya mengajak mama dan adiknya pergi makan. Dia berlalu pergi, dan saya kembali menikmati jus avocado segar. Namun seketika kemudian, Si Anak kembali menepuk-nepuk belakang saya dan menghulur salam. Tadi dia berlalu tanpa salam dan ucapan terima kasih.

(5)    Pada 13 Mei 2025, seharian saya mengadakan pelbagai perbincangan. Pada malamnya, saya excuse myself dari menghadiri dinner kerana kaki saya terasa agak membengkak dan saya perlu istirehat awal. Kebetulan semasa berjalan menuju ke Hotel, saya terlihat Foot Reflexology, maka sekitar jam 2030 saya pergi untuk memdapat urutan pada kaki saya. Sejurus sebelum saya memasuki Pusat Reflexology tiba-tiba tangan saya ditarik seseorang. Saya memaling, dan mendapati seorang anak kecil meraih dan memegang tangan saya. Dia mendongak: "Terima kasih pakcik" ucapnya. Saya agak heran: "Kenapa?" tanya saya. "Sebab Pak Cik kasi saya duit", jawabnya polos. Baru saya teringat, akan kejadian semalam. Namun kali ini dia kelihatan bersih dan bersamanya ada seorang anak yang sedikit lebih besar. "Ini kakak?" soal saya sambil memegang erat tangannya dan menariknya lebih rapat kepada saya. "Ya, kakak" jawabnya. "Mama dan adik mana?" soal saya. "Mama di rumah", balas kakaknya. "Rumah di mana?" soal saya. "Sana", tuding sang adik. "Oh di hujung jalan sana?", saya cuba memastikan. "Sudah makan?" soalan biasa saya. "Sudah, tapi ...." jawab kakak, lalu saya menduga "Masih lapar ya?". Berdua mereka mengangguk serentak. "Nak makan apa?", saya menyoal. Si Adik berpaling dan menuding ke KFC. Saya kelu sebentar. KFC, sedang saya boikot akibat olah jahanam Israel ke atas Palestin. 

(6)    Anak-anak seusia mereka, KFC paling tasty dan enak. "Mau yang lain tak?", soal saya. Mereka balas dengan diam dan tubuh yang melenggang-lenggang. Saya dalam agak berjengket-jengket kemudian memimpin mereka menyeberang jalan dan menempah bucket 12 pieces. Kemudian menyerahkan beberapa keping Ringgit dan menyuruh mereka membawa pulang bungkusan KFC untuk dimakan bersama keluarga mereka. Si Adik memeluk erat kaki saya, dan saya mengusap kepalanya, sambil memegang tangan Si Kakak. "Kamu berdua mesti pergi sekolah dan rajin-rajin berlajar dan tolong mama kamu", pesan saya dan melepaskan mereka pergi. "Terima kasih Pakcik", laung mereka bersama-sama sambil berputar-putar berlari pulang membawa sebungkus KFC dan Ringgit dalam gengaman munggil mereka. Saya kemudian menjalani urutan kaki.

Mata hati intelek kita di mana?

Hari ini 14 Mei, 2025 saya pergi bertemu kembali para pegawai sebuah Institusi yang saya dan rakan-rakan kunjungi semalam. Kali ini saya perlu mendapatkan butir-butir lebih lengkap dari apa yang kami perbincangkan semalam. Juga saya mahu melihat secara dekat akan kawasan yang mereka minta saya analisa dan rancang untuk dibangunkan. Sejak sekian lama Institusi berkenaan telah berusaha untuk memndapatkan biaya pembangunan, namun menemukan jalan buntu yang parah. Atas pengalaman dan jaringan yang saya ada, mereka meminta untuk saya membantu. Setelah berkeliling melihat kawasan yang dimaksudkan serta kawasan sekitarnnya, saya secara kasar dapat melihat prospek komersil kawasan berkenaan serta beberapa komponen utama yang bukan hanya dapat mengembang Institusi berkenaan namun juga di masa depan akan dapat membantu dalam mengatasi masalah Setingan dan Penempatan Pendatang Asing di Sabah.























(2)    Dalam perbincangan semalam, telah dibangkitkan masalah keselamatan yang muncul dari kedekatan kawasan-kawasan setinggan dan penempatan pendatang asing di sekitar Institusi ini. Bahkan ada suara yang mengusulkan agar suatu tindakan keras dilakukan bagi mengatasi masalah pendatang asing ini. Dalam lawatan ini dan perbincangan saya kali ini, saya telah mengusulkan suatu experiment yang sangat bercanggah dengan pandangan umum di Sabah dan bahkan negara. Pertama dalam pengembangan Institusi berkenaan, program dan cara pembiayaan Institusi harus bergerak ke arah pengkomersilan. Anak bangsa perlu dididik untuk menuruti Sunnah SAW agar menghambat 90 persen rezeki hidup dari perniagaan. Kedua, marilah kita melihat pendatang asing itu sebagai Allah's lending hands dalam cara kita mempercepatkan pembangunan negara. Mereka biar penduduk asing, namun harus dijadikan aset ekonomi yang cukup boleh menguntungkan. USA tidak akan mampu menjadi kuasa utama dunia tanpa tenaga asing. Sama untuk Singapura. Cuma cara kita mengolah mereka harus strategis. Inilah yang sedang saya usahakan. Sekitar 800,000 - 1,000,000 pendatang asing telah berada di Sabah pada masa ini. Ini menjadikan mereka memenuhi sekitar 25 - 30 peratus dari penduduk Sabah.

(3)    Satu perkara yang mungkin tidak pernah diteliti hebat berkait dengan pendatang asing ini, mereka menduduki kawasan-kawasan strategik dari segi ekonomi dan bahkan pembangunan aset perlancungan Sabah. Ambil saja Teluk Sepangar, di kiri kanan terbangun dua Insitusi Pengajian Tinggi penting iaitu UMS dan UiTM dan bahkan institusi-institusi kerajaan lainnya. Dalam masa yang sama, terdapat Pelabuhan serta Base TLDM di kawasan berdekatan. Teluk Sepangar cukup menarik dari segi scenic viewnya. Topografi kawasan ini juga boleh saja dibangun sebagai kawasan perumahan dan perbandaran baru yang cukup menarik. 

(4)    Dengan semua prospek ini, kawasan Sepangar mampu menunjukkan model terbaik dalam mengurus para pendatang dan setingan ini untuk menjadi aset yang mampu melonjakkan kemajuan Kota Kinabalu dan bahkan Sabah dengan lebih hebat. In Shaa Allah saya sedang mencari jalan untuk bergerak ke arah ini. Mudahan-mudahan sebuah Projek yang telah sekian waktu saya usahakan dan telah diluluskan oleh pihak-pihak berkenaan akan menjadi jalan pembuka mata hati banyak pihak. In Shaa Allah.

Kota Kinabalu International Airport
14 Mei., 2025. 

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.