.

3/3/2025 STRATEGI TRUMP dan cara Pak Pandir kita.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 24, 2025

Share

& Comment

PROLOQ:

Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muthalib adalah sosok yang sedari janin dan mendewasa dalam penuh kepayahan. Setelah diangkat menjadi SAW, kehidupannya penuh getir dan bahaya. Namun mahapenyayang dan mahapengasihnya Allah kepada beliau, dia Allah anugerahkan para pendokong pemula yang sangat hebat - Abdul Mutahlib (datuk), Abu
Thalib (bapa saudara), Ali Abi Thalid (sepupu), Khadijah (isteri), dan Abu Bakar. Abu Bakar adalah teman Muhammad sedari kecil. Uthman Affan memeluk Islam lewat Abu Bakar. Kedua mereka adalah pedagang dan hartawan hebat mendokong SAW. Sayangnya, biar datuk dan bapa saudaranya adalah pendokong kuatnya, mereka kekal tidak bersyahadah. Kenapa?

(2)    Umar Al Khataab merupakan salah seorang panglima perang Quraish di awal Islam. Dia sangat mempertahankan budaya jahiliah Quraishnya. Dia satu-satunya sosok yang sanggup untuk pergi membunuh Muhammad SAW. Dalam perjalanannya untuk merembat kepala SAW, dia akhirnya terpesong lalu memeluk Islam lantaran Surah Taha: 14 yang dibaca oleh adiknya Fatimah dan suaminya Said Bin Zaid. Dia menjadi Muslim pertama yang sholat dan berdakwah secara terbuka di Mekah, kubu kuat Jahilliah Quraish. Umar kemudian adalah khalifah pertama yang mengambil gelaran Amirulmukminin. Di tangannya Empayar Farsi dan sebahagian Rom (Byzantium) tumbang. 

(3)    Khalid al Walid adalah juga sosok panglima perang Quraish hebat yang memusuhi Islam pada permulaannya terutama dalam perang Uhud (625) dan Khandak (627). Selepas masuk Islam, Khalid menjadi panglima perang Islam yang hebat bagi memenangi pelbagai peperangan. Paling utama beliau menjadi tunggak utama dalam menawan Mekah (629-630), dapat menghapuskan pemberotakan puak Arab selepas kematian SAW lalu kemudian menyumbang ke arah mengalahkan Farsi dan Byzantium. Dia SAW anugerahkan sebagai Pedang Allah.

(4)    Pokoknya, sosok-sosok penting di keliling SAW kecuali hanya beberapa, mereka mulanya adalah musuh-musuh kuat Islam. Namun SAW melihat mereka dari sudut jiwa besar lalu dengan pertolongan Allah, mereka SAW dapat dimanafaatkan untuk kepentingan Islam seluruhnya.

PENGENALAN:
 
Amerika telah menjuarai ekonomi dunia sejak sekian lama. Pada tahun 2024, GDP US mencecah angka U$D29.72 trillion berbanding dunia pada U$D106.20 trillion (2023) dan Malaysia U$D399.705 (2023). Secara keseluruhan ekonomi USA kekal tumbuh sejak 1945 sehingga kini. Walau bagaimanapun, negara tersebut kini sedang menghadapi beberapa masalah ekonomi dan kewangan yang memerlukan langkah-langkah pembetulan yang tegas. 

(2)    Masalah yang harus diatasi segera oleh USA adalah bebanan hutang yang terlalu tinggi. Sehingga 9 March 2025, hutang USA adalah bernilai U$D36.218 trillion iaitu bersamaan U$D106,102.00 per kapita. Angka ini jauh mengatasi nilai GDP mereka. Dengan sejumlah hutang yang sangat besar, USA terpaksa menanggung faedah dianggar sekitar U$D2.60 billion sehari. USA sejak sekian lama telah mengamalkan Deficit Budget dan ini diunjurkan akan berterusan untuk dua hingga tiga dekad ke depan. Dari segi dagangan pula, USA sedang berdepan dengan persaingan hebat dari segala penjuru alam - Barat, Timur, Selatan dan Utara. Kebangkitan kuasa-kuasa ekonomi baharu seperti China, India, malah Afrika dan Amerika Latin cukup meresahkan USA.



(3)    Pada 1997, GDP USA bernilai U$D8.578 trillion dengan hutang bernilai U$D6.00 trillion. GDP dunia pula adalah bernilai U$D31.752 trillion dan Malaysia pada U$D111.70 billion. Hutang Malaysia pada 1997 adalah bernilai U$D45.20 billion atau pada kadar 42 peratus dari GDP. Bagi tahun 2024 hutang Malaysia mencecah U$D279.1 billion berbanding GDP sebanyak U$D399.705 atau setara 68.82 peratus dari DGP. 

(4)    Krisis Kewangan Asia pada 1997 merubah segala-gala di Malaysia. Nilai Ringgit tergugat. Langkah-langkah liberalisasi yang dijalankan oleh Malaysia dalam cuba membendung masalah kenaikan harga barang dsb tidak memperbaiki malah menyebabkan ekonomi dan taraf kehidupan rakyat terjejas teruk. Ekonomi negara, kehidupan rakyat dan politik negara agak bercelaru bermula dari sekitar Sept., 1998 sehingga kini. Serangan Covid 19 dan salah urus Kerajaan dalam menangani wabak berkenaan menambah parah keadaan. Kita terlalu terikut-ikut protokol WHO.

ISU POKOK DAN TUJUAN TULISAN INI:

IMF terletak di USA. Pengasasnya adalah segelintir hartawan USA. IMF dimiliki oleh pemegang saham individu dan atau syarikat. USA mengasas United Nation UN.  Dan UN pula mengasaskan World Bank WB. WB milik pelbagai negara. WB sebenarnya adalah "cabang IMF". IMF dan WB saling berganding tangan untuk memastikan USA sentiasa unggul. Dan jika mengikut WB dan IMF, USA patut mengikuti cara reform dan penstrukturan mereka khasnya dalam soal subsidi, percukaian, faedah bank serta liberalisasi perdagangan. Adakah itu akan dipatuhi oleh the so founding father of IMF and WB? Pemerhatian awal saya, dari tingkah laku Trump dalam tempoh 100 hari pentadbiran beliau, beliau tidak menngambil indah akan keperluan reform dan restructuring IF dan WB.

(2)    USA yang berupa pengasas dan "pemilik" IMF dan WB sangat mengelak dari menerima pakai keperluan reform dan restructuring anjuran keduanya. Trump kenal siapa IMF dan WB dan apa matalamat mereka. "Tanpa di sadari, dalam kegawatan ekonomi dan hutang sesebuah negara dan atau wilayah, maka IMF akan mengaut untung. IMF hanya boleh menjala di air keruh. Namun mereka berselindung di bawah - economic recovery dan atau reconstruction pretext dengan keperluan syarat mesti melakukan "reform ie economic liberalization". Kini dengan terbelit hutang, dan dalam keadaan kesempitan dana, Malaysia cukup menepati selera IMF dan WB. Malaysia sedang bergerak cergas memenuhi selera IMF dan WB. Namun, kenapa Malaysia pula harus sangat patuh ke arah itu? Saya tidak menafikan, cara IMF dan WB adalah juga cara konvesyenal ekonomi dan kewangan kapitalisma. Isu asasnya, apakah langkah-langkah sebegitu tidak menjerut diri kita sendiri?

NILAI DAN ASAS PENILAIAN RINGGIT:

Dari 1967 ke 1997, nilai U$D adalah pada jajaran sekitar RM2.50. Akibat Krisis Kewangan Asia bermula pada  Julai 1997 dengan serangan ke atas Bath Thailand dan menular ke seluruh ASEAN dan Asia Timur, nilai Ringgit tergugat teruk dan terumbang ambing sehingga mencecah ke RM4.441 pada Julai 1998. Ini mengakibatkan Kerajaan menambat U$D bersamaan RM3.80 pada 2 Sept., 1998 sehingga Julai 2005. Jika tidak ekonomi Malaysia akan menjadi tidak menentu dan kemungkinan parah. Bila Ringgit diampungkan kembali pada 2005 dengan ekonomi yang semakin baik, nilai Ringgit sangat membaik, namun akibat gejala klaptokrat yang mulai dijejaki pada 2015, nilai Ringgit kembali goyah sehingga pada 9 March 2025, nilai tukaran U$D kepada Ringgit adalah sekitar RM4.41.


(2)    George Soros adalah ahli perdagangan yang mengaut keuntungan lewat spekulasi nilai matanwang dan saham. Pada 1990an dengan runtuhnya USSR pada 26 Disembar 1991, perdadangan dunia kian terbuka. Sebegitu juga aliran kapital dunia. Keadaan ini sangat ditunggu-tunggu oleh para spekulator terutama dengan kemunculan New Industrial Economies, NIE di ASEAN dan Asia Timur, dan dalam keadaan negara-negara yang teralu yakin terhadap masa depan ekonomi mereka, George Soros mengambil peluang menyerang matawang pertamanya Thailand, lalu Indonesia dan melarat ke Korea, dsb. Malaysia tidak ketinggalan. Ironinya Vietnam tidak terjejas sangat, kenapa?

(3)    Kesan ke atas Singapura agak lewat. Sepatutnya tidak terjadi. Namun lantaran Singpura menikam rakan-rakan Asia dari belakang iaitu dengan meningkatkan kadar faedah bank dengan tujuan untuk menarik agar negara-negara tetanga khususnya ASEAN agar menyimpan di Singapura dan dengan aliran tunai itu Singapura boleh pula meminjamkan wang tersebut kepada mana-mana negara yang mahu meminjam. Singapura melakukan langkah seperti protokol IMF dan ingin menjadi "IMF". Betul Singapura dapat menarik keluar wang negara-negara tentanga, namun tiada negara mahu meminjam dari Singapura. Akhirnya Singapura terbeban dengan keperluan membayar bunga yang tinggi dan akhirnya sejata makan diri. Sebegitulah tangan ghaib Allah bekerja. Menangguk di air keruh tidak semestinya mendapat ikan, silap-silap kita dipatuk ular berbisa. 

(4)    Secara kasar, pada hakikatnya struktur dan kekuatan ekonomi Malaysia pada 1997-2005 tidak ada perbezaan nyata. Bahkan jika dibanding asas dan struktur ekonomi Malaysia dari 1967-1980 jauh lebih rendah berbanding 1981-1997. Bahkan pada pertengahan 1980an ke 1990an, asas dan struktur ekonomi Malaysia adalah jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Kenapa nilai Ringgit pada 1967-1996 adalah lebih baik berbanding 1997-1998? Seolah-olah nilai matawang negara sangat disandarkan kepada nilai hutang. Benar pada 1997, hutang negara jauh lebih besar dari 1967, namun keupayaan negera untuk melunasi hutang tersebut bagaimana? Atas perkiraan itu, saya tidak melihat asas ekonomi adalah tunjangan pokok dalam cara IMF menentukan nilai matawang asing.

(5)    Seperti dalam tulisan-tulisan saya terdahulu, saya menyatakan bahawa nilai Ringgit tidak diasaskan kepada asas-asas dan struktur ekonomi negara semata-mata. Asas dan prestasi ekonomi Malaysia adalah baik. Dengan GDP kita yang tumbuh sehat, nilai hutang kita juga bukanlah suatu masalah besar bagi Malaysia. Tanggapan saya, serangan George Soros pada 1997 pasti ada kaitan dengan strategi besar IMF untuk mengembangkan ekonomi dan pendapatan USA. Semenjak 1980an, USA telah terlibat dalam banyak kancah peperangan yang cukup mengusut kewangan mereka. Saya yakin, IMF telah mengatur strategi agar Matawang Negara Asing tertentu perlu diletakkan pada julat tertentu bagi tujuan-tujuan yang hanya mereka ketahui. Dugaan saya kenapa IMF berbuat sebegitu (lewat George Soro) adalah agar perkembangan ekonomi negara-negara lain dapat diatur sedemikian rupa agar tidak terlalu merdeka. Saya kini menduga Ringgit mereka tetapkan untuk bergelandung fluctuate pada julat RM4.00 - RM5.00 bagi U$D1.00. Saya yakin paras 1997 adalah aras baru yang kini IMF pergunakan sebagai asas penentuan FOREX antarabangsa. Maksudnya, paras nilai Ringgit terbaik kita mungkin hanya pada kadar U$D bersamaan RM4.00 dan paras terendah pada RM5.00 untuk satu tempoh yang akan IMF tentukan kemudian.

(5)    Serangan George Soros ke atas ASEAN dan Asia Timur adalah agar perkembangan ekonomi China dan negara-negara sekitarnya dapat dikawal dan mereka akhir tidak membentuk satu Blok Ekonomi Baru yang boleh mengancam USA dan EU. Kedua, kekacauan kewangan di negara-negara berkenaan akan membuka peluang untuk IMF memasuki pasaran kewangan mereka dan membuka peluang pertumbuhan hebat bagi IMF. Mereka mahu mengembang pendapatan USA lewat cara mudah dan licik. Samalah nilai Forex tidak ditetapkan pada suatu fixed figure. Untuk menyuburkan perdaganagn spekulatif, nilai forex lebih baik ditetapkan pada suatu jajaran sehingga unsur-unsur bergelandungan atau fluctuation itu berlaku. Dalam dunia kapitalis, harga malar adalah tidak baik. 

GEORGE SOROS & IMF LOMBONG EMAS USA:

George Soros adalah seorang pengurus hedge fund - Kumpulan Modal yang legend. He is widely considered one of the most successful investors of all time, and he is also one of the world's foremost philanthropists. Soros managed the Quantum Fund, a fund that achieved an average annual return of 30% from 1970 to 2000. He remains the chair of Soros Fund Management LLC. 
Soros is believed to be worth $7.2 billion, as of September 2024, and has donated more than $32 billion to charitable causes. Much of that money has gone to fund education and health programs, human rights efforts, and the furtherance of democracy. In recent years, he has donated lavishly to the Democratic Party in the U.S. Tangan kanan Soros berkebajikan, tangan kirinya menyamun.

(2)    George Soros is unique among highly successful investor in admitting that instinct plays a large role in his investment decisions. Nonetheless, he is famously well-informed about economic trends on a regional and global level, and he is known to use this knowledge to
exploit market inefficiencies with large, highly leveraged bets. 
Soros has both the capital and the risk tolerance to ride out these bets for longer than most hedge fund managers can. In fact, Soros has cowed a number of national governments on currency issues with his perseverance and deep pockets. Soros was "the man who broke the Bank of England" before he became "the man who broke the Bank of Thailand."

(3)    Soros, who is of Jewish descent, was born in Budapest, in August 1930, and survived the Nazi occupation of Hungary. After emigrating to England in 1947, he earned a doctorate from the London School of Economics before embarking on a career in banking. He founded his first hedge fund, then called Double Eagle, in 1969. George Soros is most famous for a single-day gain of $1 billion, on Sept. 16, 1992, which he made by short selling - beli dan jual pukal segera the British pound. During the Asian Financial Crisis, Soros added to his growing list of nicknames, becoming "the man who broke the Bank of Thailand" when he bet almost $1 billion against the Thai currency, the baht. 


(4)    George Soros dan setaranya tidak menyerang negara-negara miskin. Mereka menyerang negara-negara atau syarikat yang ada prospek ekonomi yang cerah, cuma akibat keyakinan melampau, mereka lalai wujudnya para helang seperti Soros. Serangan Soros dan setaranya mengugat ekonomi serta kedudukan kewangan negara terbabit atau serantau, dan quick fix perlu diadakan. Di sinilah, IMF diperlukan. Tindakan Soros dan setaranya boleh menjadi pemula kepada penglibatan IMF terutama di negara-negara berprospek ekonomi yang baik. Soros mencari untung mudah. IMF membontot. USA mengaut cukai dari keduanya. Langkah tiga serangkai yang saling menguntungkan. Saya berkira di situlah kelemahan Mahathir dan Anwar pada masa itu. Anwar menuruti rentak IMF. Cuma bijaknya Mahathir, dia mampu menyekat Ringgit dari didagang mengikut kehendak rentak Soros. Dia menambat Ringgit. Dia menyekat Ringgit dari didagang di luar dari Kuala Lumpur. Mahathir melalukan check mate FOREX yang berani. Ekonomi kita selamat. Anwar tersingkir.

NAFSU IMF DAN WB:

Pembacaan saya tentang subjek Development Economy di buku-buku terbitan 1980an -1990an sejarah sebenar penubuhan IMF ada  kaitan dengan usaha-usaha pengumpulan dana untuk membeli sebuah negeri di Afrika bagi mengumpul dan menempatkan Yahudi yang bertebaran akibat WWI dan WWII. Namun bila Israel ditubuhkan di Palestine, maka dana terkumpul tersebut telah disatukan menjadi IMF dan didagang bagi membangun dan mengembangkannya untuk menyokong Israel yang "miskin". Melalui WB, IMF menyalurkan dananya untuk dipinjam oleh mana-mana negara yang layak. Di tahun 1990an konsep dan cara pinjaman IMF dikembangkan menjadi Kad Kredit. Melalui Kad Kredit kuncu-kuncu dan IMF dapat menyalurkan dan mengaut untung besar bukan sekadar lewat negara tetapi setiap manusia yang nafsu berhutangnya besar iaitu para pemegang kad kredit.

(2)    Sebarang pinjaman dengan IMF and WB, banyak prasyarat harus di penuhi. Dinyatakan bahawa "Conditionality helps countries solve balance of payments problems (hutang dan perbelanjaan defisit)) without resorting to measures that harm national or international prosperity". Bunyinya cukup menarik. Mengoda dan menguja. Namun, "In addition, the measures aim to safeguard IMF resources by ensuring that the country’s finances will be strong enough to repay the loan, allowing other countries to use the resources if needed in the future". Di situlah segala perangkap akan terpasang.  Apa-apa terjadi pihak IMF mesti sentiasa dalam keadaan selamat. Ini adalah setara apa-apa juga pinjaman dari perbankan manapun. Paling parah bila kita tidak faham maksud tersembunti di balik kalimat "Conditionality is included in financing and non-financing IMF programs with the aim to progress towards the agreed policy goals.". Di situ sekali lagi peminjam akan terikat kuat dan jika salah tingkah akan tercekek mati. 

(3)    Apakah instrumen yang IMF dan WB akan kenakan ke atas penghutang? Member countries that borrow from the IMF have primary responsibility for selecting, designing, and implementing policies to make their economic program successful. The program is described in a LOI - letter of intent, which typically includes a MoE&FP Memorandum of Economic and Finance Policies. The program’s objectives and policies depend on a country’s circumstances. Seperti pinjaman dengan mana-mana bank segala persyaratan akan memihak kepada pihak Bank. Paling parah jika contohnya penghutang mempunyai risiko yang besar, maka syarat-syarat pinjaman akan menjadi lebih ketat. Maka sebab itu nilai Ringgit dan penarafan kewangan kita menjadi pertunjuk utama dalam menentukan apakah kita boleh meminjam dan kadar faedah dan syarat-syarat pinjaman.

(4)    Apakah langkah-langkah utama yang harus Malaysia lakukan, jikapun kita tidak meminjam kepada IMF tetapi agar Ringgit dan penarafan kewangan kita baik? Ingat IMF ada pengaruh besar terhadap penentuan nilai Ringgit dan penarafan kredit kita. Dalam keadaan hutang tinggi dan eksport yang mungkin terjejas, maka IMF dan WB mahu melihat kita mempunyai struktur percukaian yang mantap - meluas serta tinggi. Langkah ini akan "memantapkan" Pendapatan malah menunjukkan Pertumbuhan Ekonomi yang "baik". Itulah yang Anwar sedang lakukan. Namun Anwar tidak sedar, itu boleh saja merencatkan perkembangan ekonomi domestik jika kita tidak teliti. 

(5)    Kedua, kita perlu berusaha melupuskan segala perbelanjaan yang tidak menyumbang kepada perkembangan ekonomi. Apa dia? Inilah apa yang disedut sebagai non-productive expenditure. Segala subsidi mesti dihapuskan. Subsidi merencat pertumbuhan ekonomi dan paling tidak berguna dari kacamata keperluan dagangan bebas dunia. WTO mahu apapun harus tiada subsidi. Itu juga Anwar sedang lakukan. Kenapa? Ini ada kiatan dengan keperluan liberalisasi industri, perdagangan dan kewangan kita. Jika subsidi dilupus, contoh elektrik, itu akan menjadikan cost pengeluaran barangan menjadi setara. Maka dagangan dunia akan berkembang pada footing yang sama. Saya bersetuju, di Malaysia kita terlalu banyak memberikan subsidi di atas pengeluaran kita. Paling agak bodoh bila subsidi itu termasuk bagi pengeluaran barangan eksport - FDI di mana segala bentuk taxes' holidays dan sokongan infrastructure diberikan.  Cuma bagaimana jika negara itu miskin teknologi? Pastinya akan terus corot. Itu tidak penting, yang utama ekonomi USA terus berkembang dan dia kekal unggul menguasai dunia. IMF untung, Israel dapat banyak duit dan seharusnya kita mengertilah apa terjadi seterusnya.

(6) Segala instrumen UN, kedua WB dan IMF perguna penuh untuk kekalkan keunggulan USA - WHO, WTO, UNESCO, UNDP, ICC dan segala macam semua itu akan digunakan secara concerted and forceful untuk to keep the world to USA order.

CARA TRUMP:

Trump agak berbeza dari semua Presiden Amerika yang lain. Namun siapapun menjadi Presiden USA, tujuan mereka tetap sama, iaitu USA harus kekal No 1 dalam apa bidang sekalipun - ketenteraan, politik, ekonomi, kewangan, dan teknologi. America must always be the greatest. Kepada Trump, USA sedang dalam keadaan melemah. Hutang yang sangat tinggi. Trump sedang khuatir USA akan bangkrap. Penguasaan ekonomi yang kian tergugat dengan munculnya kuasa-kuasa ekonomi baru seperti China, Russia, India, Afrika dan malah Latin Amerika. Dagangan USA dengan banyak negara cukup tidak memihak kepada USA. BRICS sedang mengancam U$D. Dengan adanya BRICS, kitaran U$D di pasaran dunia akan menyusut parah. BRICS juga akan melonggarkan pengaruh politik USA. Inisiatif China - One Belt One Road, cukup mengkhuatiri USA. 

(2)    Trump melihat, peperangan bukan jalan menjadikan USA kembali hebat. Namun Amerika harus dibina untuk kembali ungul. Trump adalah ahli perdagangan. Baginya, peperangan hanya memajukan industri terkait ketenteraan sedang perdagangan dan industri-industri lainnya cukup terjejas. Mengalak peperangan adalah berupa a Zero Sum Game buat USA. Trump secara pribadi terlibat dalam industri perlancungan dan hartanah yang sangat sensitif terhadap kedamaian dunia dan serantau. Trump berusaha untuk menghindari segala bentuk kancah peperangan. Biar pada tempoh pertama 2017-2021 dia menjadi Presiden, dia berusaha mengelak dari terlibat dari kancah peperangan. Namun Trump tidak boleh lari dari berusaha sedaya umpaya agar US kembali ungul, maka MAGA dia lancarkan - Make America Great Again. Cara Trump adalah mengamal politik dagangan dan meminimalkan peperangan. Bagaimana?

(3)    Formula MAGA adalah mudah. Saya mengira, Trump cukup memerhati cara China. China hanya terlibat dalam peperangan yang cukup terbatas. Sejak terlibat dalam peperangan di Vietnam pada 1970an, China selepas itu sudah tidak lagi aktif dalam apa-apa peperanganpun. Maksudnya sejak 55 tahun dahulu, China tidak terlibat dalam mana-mana peperangan besar dan mengorbankan banyak biaya. China menumpu kepada dagang dan memperbaiki teknologinya. Dalam dunia kapitalis, dalam dunia dagangan, matlamat utama adalah keuntungan. Jika keuntungan tidak dapat diraih, maka pembaziran harus disekat dan atau diminimalkan. Apa langkah-langkah politik dagangan USA yang Trump sedang tekankan?

(I)    Pertama, Trump perlu segera meningkatkan pendapatan USA dan bahkan GDPnya. Cara paling mudah dan cepat, beliau meningkatkan tariff import atau cukai import. Trump tidak peduli kawan atau lawan. Dia memerhatikan, di mana USA mengalami defisit dagangan, maka dia akan kenakan tariff yang ketat. Saya mengira, andaian Trump mudah, jika sesiapa mahu bersahabat serta mendapat pembelaan USA terutama bila berlaku kancah keselamatan, maka
mereka mesti membuka dagang yang meluas kepada USA serta memperbaiki defisit dagang mereka. Dengan tindakan ini, industri USA akan kembali rancak dan pendapatan mereka kukoh. Peluang pekerjaan baru tumbuh. Pendapatan rakyat meningkat. Tariff Trump mempunyai kesan yang sangat meluas. Perkembangan BRICS akan terkawal. Semua negara BRICS memerlukan sokongan dagangan dari USA dan EU. Tariff USA akan memperkokohkan dagangan antara USA dan EU dan itu pastinya mampu meleburkan dagangan BRICS. BRICS harus dibendung jika tidak digagalkan.

(II)    Kedua, Trump mengetatkan dasar inmigrasi. Pendatang haram harus dipulangkan. Syarat dan pengeluaran Visa diperketatkan. Sebabnya mudah. Trump tidak mahu wang negara dibelanja bagi menyediakan apa-apa kemudahan bagi keperluan jutaan rakyat asing haram yang tidak pasti akan profil mereka. Dia berusaha menghapus perbelanjaan yang tidak wajar. 

(III)    Ketiga, dia berpunya panglima dagang dan teknologi yang hebat. Elon Musk jika sesiapa mengikuti kehidupan pribadinya, dia seorang yang cukup kedekut - culcalative. Sangat berhemah. Maka Trump melantiknya untuk mengetuai DoGE ie Department of Government Efficiency. Di Malaysia, ini menyerupai MAMPU, JAN dan INTAN digabung.  Kerja DoGE adalah untuk melaksanakan perbelanjaan berkhemah Kerajaan. Sasaran utamanya adalah USAIDs yang berbelanja pulohan billion dollar tanpa spesifikasi khas. Jika di Malaysia USAIDs ini setara J-KOM, KEMAS dan mungkin juga MARA dan setaranya. USAIDs telah dipergunakan untuk samada mendokong regim asing yang mendokong USA dan atau menumbangkan regim asing yang tidak bersahabat dengan USA. Elon Musk dengan kepakaran ITnya, beliau dapat mengesan semua ketirisan dalam perbelanjaan USA dan di situ dia mendapat mandat penuh Trump untuk memotong dan atau menyekat segala peruntukan yang ada. Kerja Elon tidak terhad di USAIDS, dia sedang melebar ke Kesihatan, Pendidikan dan segala sistem pentadbiran USA. Elon akan dapat menyelamat triliun U$D. 

(IV)    USA dikekalkan sebagai land of opportunities. Namun sebegitu, US harus hanya untuk mereka yang berprofil baik serta berkemampuan. Untuk itu inisiatif U$D5.00 juta Gold Card adalah suatu langkah bijak. USA tidak memerlukan sehingga jutaan Gold Card holders baru setiap tahun seperti apa yang terjadi kepada aliran inmigrasinya kini, jika pada permulaannya US dapat mengumpul 1,000,000,000 Gold Card holders, itu sudah bersamaan U$D5.00 triliun Simpanan Kekal. Jika angka ini tumbuh pada kadar 5-10 peratus setahun sudah memadai. Cuba fikirkan, jika Gold Card holder mampu membeli Cardnya dengan nilai U$D5.00 juta setara RM22.00 juta, agak-agak usianya berapa dan perbelanjaannya berapa untuk setiap bulan atau tahun? Pasti ratusan jika tidak jutaan U$D. Trump sedang menghambat kecairan U$D di pasaran tanpa dia perlu mencetak U$D seperti amalan biasa Bank Pusat USA. Langkah ini akan cukup memngukuh Nilai U$D. Siapakah golongan God Card holders ini, pastinya hartawan-hartawan yang ingin syurga dunia seperti dari Arab, China, Russia, malah hartawan-hartawan yang inginkan segala-gala berkelas World Class, the US standard

(IV)    Peperangan sangat merugikan USA. USA perlu berbelanja ratusan billion U$D untuk menyokong pihak-pihak yang mereka mahu. Perang Ukraine yang berlarutan selama empat
tahun telah merugikan USA sebanyak U$D350.00 billion. Perbelanjaan untuk menyokong Israel pula tidak pernah susut sejak 1948. Biarpun peperangan Israel sangat menguntungkan jika dinilai dari dagangan spekulatif minyak, namun itu kini sedang menghadapi masalah kebangkitan penerokaan Renewal Energy
 Jika USA tidak hati-hati dan lalai, dunia akan lebih pantas untuk bergerak ke arah teknologi renewal energy.  Makanya Trump berusaha keras untuk menghentikan segala peperangan di mana USA ada kepentingan dengan syarat akhirnya USA akan mendapat segala advantages.  Di Ukraine, apa yang Trump dan Elon hambat adalah galian RARE Earth. Galian ini adalah penting dalam industri Elektrik dan Elektronik E&E. Galian ini menjadi komponen paling utama dan terbaik dalam industri chip. Chip adalah asas bagi segala industri masa depan. 

(4)    Langkah Jangka sederhana 1-5 tahun Trump, rasanya kekal focus kepada perdagangan dan pembaikan teknologi. Trump dan bersama Elon Musk, saya yakin, USA dan siapapun, competive edges adalah dengan menguasai the State of the Art Technologies. Kecekapan pengeluaran, kawalan, seliaan dan malah dominasi dalam apa juga bidangpun, semua akan bergantung kepada the State of the Art Technologies yang dimiliki. Sejak dari ketemaddunan besar China, India, Babylon dan Mesir sehinggalah bangkitnya dunia Islam, industri Barat dan China kini, semua membuktikan bahawa sesiapa memiliki the State of the Art technologies, mereka pasti kekal berkuasa dan atau berkembang maju pantas. 

(5) Dari segi jangka panjang these bloody smart Trump and Elon Musk, mereka sedang mengusahakan perubahan teknologi IT dengan bersungguh-sungguh. Ukraine dan malah beberapa negara di Asia Tengah dan Afrika yang memiliki galian RARE Earth mesti mereka kuasai. Sehingga kini galian RARE earth adalah komponen terpenting bagi kecekapan tinggi industri asas IT dan E&E. Saya yakin USA sedang melakukan shift of focus dan attitude terhadap Israel. Penguasaan minyak akan menjadi tumpuan kedua USA dengan perlalihan ke atas galian RARE earth. Namun, ini tidak bermakna Trump sudah melupakan peperangan. Trump akan mengunakan strategi peperangan cara lain. Pertama, dari terlibat secara langsung, negara-negara tertentu akan jadi tunggangan Trump. Kedua Trump dan Elon Musk sedang membina kekuatan perang yang lebih jitu dan forceful. Precise and surprise attack akan menjadi strategi utamanya. Inisiatif serampang dua Trump dan Elon Musk - developing precise and advance IT technologies pasti menjadikan MAGA berjaya atas andaian-andaian tertentu.

(6)    Ringkasnya, Trump tidak jadi Pak Pandir menuruti keperluan IMF dan WB. Dia mencari kekuatan dalaman dan membina kekuatan dalaman dalam meraih dan menguasai kekuatan luaran. Kenapa? Mungkin Trump sedar, itulah pembinaan kekuatan yang Al Quran anjurkan. Surah Anfal: 42 "Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" dan Surah Anfal: 47 "(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)". Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

PAK PANDIRKAH ANWAR?:

Anwar diasuh baik dengan pelbagai kedudukan di Bank Dunia serta sebagai pensyarah di Universiti-universiti tersohor USA dan UK: "From August 2005-December 2006, he was the Malaysia Professor of Islam in Southeast Asia at the Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding at the Edmund A. Walsh School of Foreign Service at Georgetown University, where he lectured on contemporary politics in Southeast Asia focusing on the role of Islam in shaping the region’s political evolution. He remains involved in the Center’s activities and lectures on American campuses during his frequent visits to the United StatesHe has lectured extensively around the world on governance and accountability, the relationship between Islam and democracy, the need for greater civilizational dialogue and contemporary politics in Malaysia and Southeast Asia. His articles and speeches on these subjects have been published widely in leading newspapers and journals around the world. He is respected internationally as a leader in interreligious dialogue and Muslim Christian relations and was one of the early signatories to the Common Word initiative. He has also held lecturing positions at the Johns Hopkins School of Advanced International Studies and St. Anthony’s College at Oxford University.

(2)    Anwar was also Chairman of the Development Committee of World Bank and International Monetary Fund in 1998 and president of UNESCO’s General Conference. Pokoknya, Anwar terdidik baik dengan cara WB dan IMF berkerja dan prasyarat kerja mereka. 

(3)    Dalam keadaan kita berhutang yang tinggi, biarpun dari segi perbandingan relatif dengan GDP kita, kita masih mampu mengatasi hutang tersebut. Bezanya kita dengan US adalah kita negara membangun. Seharusnya, hutang kita patut dikawal pada paras 20-30 peratus GDP
dan setidak-tidak 30 peratus masing-masingnya untuk pengurusan dan pembangunan baharu. Kini dengan hutang kita hampir-hampir mencecah 70 peratus dari GDP, maka kita sangat kekurangan sumber untuk biar membiayai belanja mengurus apa lagi membangun benda-benda baharu. Jadi ekonomi kita benar-benar gawat. Atas dasar ini maka Anwar mahu berjinak-jinak dengan IMF. Agakkan saya Anwar ingin mencapai dua perkara - pertama dia berusaha memulihkan nilai Ringgit. Berapa jauh Ringgit akan memulih? Agakan saya U$D akan mengekalkan pada jajaran RM 4.00 - 5.00. Dengan pembaikan nilai Ringgit, maka penarafan kredit kita juga akan menjadi sangat baik. Dan semua ini akan menguntungkan negara dari segi nilai bond, sukuk dan faedah pinjaman. Kedua dia kemungkinan ingin meminjam dari IMF untuk mengurus hutang kita. Apakah itu perlu?

(4)    Saya lama berfikir dan meneliti, kita sebenarnya tidak perlu untuk jadi Pak Pandir kepada IMF dan atau WB. Kita ada kekuatan sendiri yang seharusnya dapat kita segera garap dan pergunakan. Kita mampu memulihkan kedudukan kewangan kita dengan segera. Langkah-langkah DoGE Trump Allah pertontonkan kepada kita agar kita berfikir. Cuba fikirkan, apa perlunya Anwar keluar negara sebanyak 40 (?) dan berbelanja sehingga RM44.00 juta dalam tempoh dua tahun lepas? Juga dalam Jamuan Hari Raya 2024, apa perlunya Anwar mengadakan di luar dari Putera Jaya dan melibatkan banyak negeri dan belanja yang lebih besar? Internally something is really bad dalam konsep Madani Anwar. Anwar sedang mengejar imej baiknya, an international and domestic fatherly images. Namun apakah itu yang rakyat sedang sangat-sangat perlukan?

(5)    Sesungguhnya kekuatan kita paling hebat adalah kita sudah menjurus kepada specialized, niche and matured industries. Apa yang perlu adalah pembaikan teknologi kita. Kita memiliki segala kerkuatan untuk itu. Bahkan kita mampu menjadi pelabur dalam bidang-bidang yang serupa ke negara-negara sahabat. Apapun yang Trump dan Elon sedang hambati, kita ada semua itu di dalam dan bersama-sama rakan serantau kita. Anwar leka berpolitik dan memburu populariti luaran, maka dia tidak punya kelapangan dalam membentuk kumpulan pemikir handalan dalam menganalisa perkara-perkara ini. Anwar dengan sombong bodoh menafikan bahawa Razak Husein, Husein Onn, Mahathir dan bahkan Najib Razak telah meletakkan asas-asas kukoh untuk Malaysia mampu memecut jauh. Sikap takut bayang-bayang sendiri malah sifat inferiority complex menjadikannya superiority complex dan akhirnya membentuk seorang Anwar yang gelabah dan gelojoh

(6)    Malaysia tidak perlu meminjam dari sesiapapun. Kita ada kekuatan kewangan tersendiri. Kita sudah ada sistem yang hebat. Kita tidak perlu gundah gelana dalam menyediakan
peruntukan yang diperlukan untuk terus membangun. Syarikat-syarikat tempatan sudah banyak yang matang dan berkeupayaan. Kita ada sistem kewangan yang genuinely ours. Pokoknya, saya berkira Anwar tidak memiliki business acuteness dan ketajaman mata apa lagi firasat dalam melihat siapa-siapa di antara rakyat Malaysia yang tajam dan cunning cara kerja mereka. Kita ada banyak sosok sebegitu. Setidak-tidak Abdul Razak bijak dalam melihat itu sehingga wibawa pentadbiran awam di bawahnya menjadi hebat dan dikagumi biar WB sekalipun. Sama dengan Husein Onn, dia nampak kebijakan Rezaliegh Hamzah. Dia membangun institusi yang mampu melonjak pegangan ekuiti rakyat.  Mahathir pula mampu mengembeling Rezaliegh, Daim Zainuddin dan banyak lagi menjadi kroni setia negara dalam membina negara.  Anwar yang dikatakan banyak membaca khasnya buku-buku tentang pemikiran Islam, dia seperti terlupa bagaimana SAW menjinak semua musuh-musuh hebatnya menjadi rakan seperjuangan hebatnya dalam memperkokoh Islam dan umatnya. Kenapa? Kerana mata Anwar dikelabui oleh politik dengki, dendam dan takut bayang-bayang.

KITA TIDAK BELAJAR SENDIRI:

In 1986, the Nation and the whole world was in economic crisis.  The 1985/86 economic crisis was triggered by the high interest rates in the US, which is better known as the “Volcker Shock”. Paul Volcker was the newly appointed US Federal Reserve chairman and, in 1980, to rein in rising prices, he instituted record-high interest rates, which led to a collapse in world commodity trade. Malaysia, being an exporter nation, suffered as primary commodity prices fell and demand for manufactured goods declined. Malaysia’s overall export price index fell 30% as tin and palm oil prices plunged

(2) Unfortunately our Anwar in 1997 and even now, didn't learn form this IMF style of economic governance which bring us down badly to these days. If one study the graph below which presenting Malaysia GDP growth performance, by the introduction of high interest rate, such made the Malaysian economy worst. Not only it caused the deep plumet of our economies in 1998, it indeed dragged almost all of our great performance since 1987-1996 to slower growth in 2003-2018. Now, I would believe in view of our debt and funding needs, Anwar is back in subscribing to the IMF prescription by not  only imposing relatively "high" interest rates but introducing lots of new taxes while taking away almost all the subsidies. The tenet rationales were simple, he wants to show that we are having broad tax-based so much so, we would be capable of generating income to care for our debts and new borrowing.  Secondly, he also wanted to be seen moving into liberalizing our subsidy-based economy into fully market driven as required by the WTO and thus our products will be much accepted in the Western market. Yet, Trump will never bother to what the UN decision, as a business-capitalist-president, he is only concern with what Make America Great Again, MAGA and Israel is secured. Trump, is now after those who joining BRICS and found to be anti Zionism. Anwar to me subscribes too much to the financial management of our national affairs rather looking at it both from the economic and financial aspects. His policy direction is lacking a strong economic consideration. Economically, Anwar presence taxation and subsidies policy I anticipate is going to shrink our income base so much so he need to work hard to bring in new investments which is tough. 

(3)     From my Botanical and or agronomical , Natural Sciences perspective, what Anwar is now doing, he kills the existing crops, replaced with new high productive varieties with inputs all are imported. To the end he is throwing Malaysia into a Zero Sum Game -  the Boria of Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga that he is accustomed toMalaysian economic issues may drag even 5-10 years after his "IMF oriented subscription model". 

EPILOQ:

Yahudi terutama dengan wujudnya golongan Zionist di kalangan mereka, mereka cukup bersifat Kapitalis. Terdahulu, Yahudi terkenal "for the past century, the Jews have been a stronghold of anti-capitalist sentiment. From Karl Marx through Leon Trotsky to Herbert Marcuse, a sizable fraction of the revolutionary anti-capitalist literature has been authored by
Jews. Communist parties in all countries, including the patty that achieved revolution in Russia but also present-day Communist parties in Western countries, and especially in the U.S.,
 have been run and manned to a disproportionate extent by Jews—though I hasten to add that only a tiny fraction of Jews have ever been members of the Communist party. Jews have been equally active in the less- revolutionary socialist movements in all countries, as intellectuals generating socialist literature, as active participants in leadership, and as members". Kenapa asalnya, Yahudi cukup berrsifat sosialis atau komunis? Banyak penulis melihat itu dari asas agama mereka. "Lawrence Fuchs, in a highly superficial analysis of The Political Behavior of American Jews, argues that the anticapitalism of the Jews is a direct reflection of values derived from the Jewish religion and culture. He goes so far as to say, “if the communist movement is in a sense a Christian heresy, it is also Jewish orthodoxy—not the totalitarian or revolutionary aspects of world communism, but the quest for social justice through social action.”

(2)    Walau bagaimanapun banyak juga pandangan mengatakan bahawa agama Yahudi juga mendokong Kapitalisma. "Jewish religion and culture date back over two millennia; the Jewish opposition to capitalism and attachment to socialism, at the most, less than two centuries.
Only after the Enlightenment, and then primarily among the Jews who were breaking away from the Jewish religion, did this political stance emerge. Werner Sombart, in his important and controversial book,
 The Jews and Modern Capitalism, first published in 1911, makes a far stronger case that Jewish religion and culture implied a capitalist outlook than Fuchs does that it implied a socialist outlook. Wrote Sombart, “throughout the centuries, the Jews championed the cause of individual liberty in economic activity against the dominating view of the time. The individual was not to be hampered by regulations of any sort. I think that the Jewish religion has the same leading ideas as capitalism . . . . The whole religious system is in reality nothing but a contract between Jehovah and his chosen people . . . . God promises something and gives something, and the righteous must give Him something in return. Indeed, there was no community of interest between God and man which could not be expressed in these terms—that man performs some duty enjoined by the Torah and receives from God a quid pro quo.”

(3)    Maka jika kita perhatikan bahawa Piagam WB dan IMF memiliki dua unsur iaitu kapitalisma yang tersembunyi di sebalik idealisma sosialisma dan sebaliknya. Ini bukan kerana Yahudi itu bangsa yang sasau atau bangsa suka putar belit. Seperti kata Al Quran, tiada apa yang tiada hikmahnya dan tiada apa adalah sia-sia dan tanpa pengetahuan Allah. Bagi saya ibarat kekalnya Iblis ianya untuk merobek-robek Iman juga malah untuk memperkukuh Iman. Tanpa Iblis manusia pasti tidak ke mana-mana. Maka jalan keluar untuk kita, sunnah Muhammad SAW adalah agar kita harus mandiri pada jati diri kita. Tidak sia-sia dogeng Pak Pandir itu ada di dunia Melayu. Dongeng Pak Pandir bukan untuk mendidik Melayu jadi dungu dan bodoh, kudrat Allah dunia Melayu harus bangkit dengan memahami yang tersirat di balik tersurat. Bahkan bukan tanpa sebab kisah Hang Nadim dan Todak juga berada di alam kita. Kisah Hang Nadim mengajar agar bila Melayu bijak bistari sekalipun, protokol adap Melayu perlu digunakan agar kebijaksanaan kita itu menjauh ke sana atau ke sinun dan tidak mati di sini atau di situ. Ringkasnya, dalam mengurus negara yang dalam kerumitan, Anwar is not a genuine leader, to me dia hanyalah political celebrity. Jika Anwar berterusan patuh cara reform and restructuring IMF dan WB, kita akan mengulangi kesilapan kita di Pasca 1997 Asian Financial Crisis. Indonesia sudah menyedarinya dan mereka sedang melakukan reverse atau caution IMF approach

Terasi, Sadong Jaya - 
the  Premonade, Kota Kinabalu
13-24 March, 2025

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.