Pada sekitar Mei, 2017 iaitu tujuh tahun dahulu, saya mengajak sekumpulan kawan-kawan untuk berkampung di Gunung Jerai, Gurun, Kedah. Tujuannya adalah untuk brainstorming bagi mengerakkan suatu usaha social entrepreneurship yang pada masa itu saya kira berupa penternakan lembu dan kambing secara bersepadu di kawasan persawahan. Model yang ingin saya utarakan adalah sepertinya perusahaan Pak Suharto di Lembah Hijau, Solo, Indonesia. Sekitar 20 orang dengan pasangan masing-masing setuju hadir. Semua sudah diatur namun pada saat akhir saya menghadapi suatu masalah pribadi yang berat maka saya memutuskan tidak hadir. Maka perkampungan menjadi perkumpulan biasa-biasa sekadar perkumpulan teman-teman dengan segala keriuhan. Itu tujuh tahun dahulu, kecuali saya, mereka semua masih dala, perkhidmatan, maka saran saya tidaklah terlalu penting atau mendapat tangkapan hebat mereka.
(2) Saran yang ingin saya utarakan, modelnya adalah Tumpansari - Intigrasi Lembu dan Padi di mana lembu-lembu diternak secara fedlot sepenuhnya. Kandang lembu akan dibuat sedemikian rupa agar segala kumbahan lembu seperti tinjar - najis dan kencing - akan diolah untuk menjadi baja bagi persawahan sekitarnya. Dengan cara ini, bukan sahaja bahan kumbahan dapat diurus dengan baik, malah keperluan baja padi juga dapat disediakan secara organik. Padi yang dihasilkan pula mensasar bagi penghasilan beras bermutu tinggi. Kemudian selepas penuaian, batang-batang padi akan dikumpul dan diolah untuk menjadi makanan lembu. Jadi kitaran pengunaan sumber adalah lengkap dan saling melengkapi. Dalam masa yang sama bagi mewujudkan suasana nyaman bagi pekerja, pelawat malah ternakan, seluruh nuansa Projek perlu dibangun sebagai Projek Agro-Wisata, agro-tourism - lengkap dengan taman buah-buahan, sayuran, herba serta ternakan ungas-ungas berkaitan serta restoran. Semuanya harus bersifat komersil.
(3) Saya mengharapkan Projek seperti ini akhirnya dapat diteladani oleh agensi-agensi Kerajaan dan bahkan masyarakat umumnya dalam mengoptima tanah mereka serta mampu mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan dan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas serta kreativiti rakyat. In Shaa Allah.
(5) Dua prinsip penting saya minta teman-teman fikirkan. Semasa kita berkhidmat, kita dibayar upah. Apapun yang kita kerjakan kita diupah. Biar kita melakukan lebih dari teman-teman yang lain, namun akhirnya kita tetap mendapat imbuhan berupa kenaikan gaji, pangkat dan atau gelaran. Maka, di mana pahala bekalan akhirat kita? Ada memang ada, namun saya kira belumlah cukup lumayan. Maka jika kita terus rela dan redha berbakti dengan tanpa gaji dan juga imbuhan pangkat dan atau gelaraan, tidakkah amalan kita akan membuahkan lebih pahala. Kedua, dengan terus aktif dan bahkan bekerja keras, seluruh tubuh badan kita akan aktif. Badan aktif pasti akan memberikan cabaran kepada otak kita. Akhirnya dengan otak yang terus aktif, pastinya otak akan terus mengaktifkan segala sistem pada badan kita, dan In Shaa Allah kita terus cergas, cerdas dan sihaat walafiat. Saya punya benchmark adalah Mahathir, dia terus aktif berfikir dan bekerja dan saya berdoa dia akan kekal ke 125 tahun sepertinya Musa AS. In Shaa Allah.
(6) Ada peristiwa cukup nostalgik dalam perkampungan kali ini. Pertama, pada 1980 kami membentuk kumpulan pengasas ROTU - Reserve Officer Training Unit sepertinya ROTC di Amerika. Inilah sisipan foto kami yang memenuhi ruang Utusan Malaysia semasa mereka membuat liputan latihan yang kami jalani. Foto ini juga merupakan Sisipan Hari Ini Dalam Sejarah RTM pada tahun tersebut. Tiga kadet di depan sekali adalah Owi TC kiri sekali, Zaharin Nasution dan saya di kanan sekali. Semasa di Uni saya tidak gondrongan. Tidak pernah gondrongan. Saya kira berat badan saya cuma sekitar 60 Kg pada masa itu ie 12 Kg kurang dari berat ideal saya. Foto ini diambil semasa kami mengadakan latihan ketenteraan berkait dengan Appreciation dan Orders atau dalam bahasa pengurusan kini adalah Situational Analysist and Plan of Action Presentation. Sesungguhnya, jika bekas-bekas ahli ROTU memasuki bidang kerjaya apapun, berbekalkan kemahiran dalam Appreciation and Orders, sesungguhnya strategic thinking juga planning and management bukanlah sesuatu yang terlalu sukar. Kami saban cuti Semester selama empat tahun pasti dilatih bertubi-tubi tentang Appreciataion and Orders kerana etiap pergeraakan ketenteraan dalam aman apa lagi dalam kegawatan mesti didahului dengan Appreciation and Orders.
(7) Pada malam 12 Mei., 2024 kebetulan ketiga-tiga kami hadir bersama. Rakan-rakan menyuruh kami melakunkan semula posing kami pada 1980. Sejak 2021 saya tidak men gunting rambut saya. Saya membiarkan rambut saya tanpa dandanan kemas kerana saya ingin ianya ikal seperti Einstein. Saya agak jemu sering dipadankan dengan A Samad Said, Eman Manan dan bahkan Lim Swee King (Pensyarah UPM dari Kelantan). Berat badan saya ketika ini telah kembali pulih ke 72 Kg berbanding 65 Kg sejak Okt., 2022. Owi TC sudah berkaki tiga. Zaharin pula telah menjalani pembuangan Pankarias pada 2018 dan sekarang cukup berwaspada dalam soal makanan dan pergerakkan. Sehingga kini, sebanyak empat oraang dari kumpulan pengasas ROTU UKM telah kembali kerahmatullah. dari sekitar 120 orang semasa awal rekrut, cuma sekitar 50 orang berakhir dengan tauliah sebagai Pegawai Muda ATM.
(8) Pada 13 Mei, saya dan Hamid Pedu bersama rakannya pergi meninjau Padang Ragut Jabatan Veterina di Sik ie sekitar satu jam perjalanan dari Sungai Petani. Sebelumnya saya ke Seberang Jaya untuk menikmati Gulai Batang Pisang, olahan Kak Pah, isteri Hamid Pedu. Nampaknya Padang Ragut tersebut sangat sesuai, cuma kemungkinan menghadapi masalah bekalan air. Penternakan lembu feedlot memerlukan air yang banyak. Sepatutnya kami perlu ke Baling untuk meninjau satu lagi Padang Ragut Vet di sana. Kami keletihan lalu pulang lewat Jeniang dan singgah makan Cendol Durian-Pulut Special Jeniang. Saya sudah agak biasa dengan pekan Jeniang kerana pada Feb - Okt., 2022 saya sering ulang alik ke Jeniang untuk santai dan pembelian input pertanian semasa membangunkan perkebunan di Pokok Tai, Yan (?). Saya tidaklah mengambil berat prihal Cendol Special Jeniang ini terdahulunya, namun kini baru saya tahu akan maksud "special"nya cendol tersebut. Cendol untuk penghilang dahaga, Mee Rebus cukup nyaman untuk menghilang lapar.
(9) Walau apapun, perjalanan Projek kami masih panjang. Saya tidak mahu buru-buru. Mungkin 2-3 tahun baru terzahirnya Projek ini. Pada masa ini saya syorkan Projek ini dinamakan Projek Al Baqarah dengan Cendol Special Jeniang sebagai hastaqnya. In Shaa Allah pada Sept., 2024 depan kami akan berhimpun kembali di Jirta Kedah pula.
(10) Kepada semua teman-teman, semoga panjang umur dan Allah limpahi dengan kecergasan dan kecerdasan yang utuh semoga kita terus berjuang untuk warisan kepada anak cucu cicit dan Negara ini.
Terasi, Sadong Jaya
16 Mei, 2024
0 comments:
Post a Comment