.

1/12/2024 CERMINAN TABII DAN SIKAP LELAKI DI BALIK KEJADIAN ADAM AS.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 07, 2024

Share

& Comment

PENGENALAN: 

Yahudi, Kristian dan Islam memperakui bahawa manusia pertama yang wujud di Syurga dan dunia adalah Adam AS. "Adam was the first human in existence, created by God on the sixth day of Creation. The Bible describes him as being created in the image of God, and his wisdom is said to have surpassed that of the Heavenly angels.  God then placed Adam in the Garden of Eden, a utopian location replete with luxurious trees bearing luscious fruits"  Di dalam Al Quran, bagaimana proses Adam AS tercipta tidaklah diberikan dengan terperinci berbanding Bible atau the Old Testament. Kenapa sebegitu sikapnya Al Quran bukan hanya dalam prihal Adam AS tetapi dalam banyak perkara? Sebabnya mudah, Musa AS dan Isa AS kedua mereka terlahir dalam masyarakat yang memerlukan pembuktian jelas. Semua mesti nyata dan logik. Apa yang tidak nyata, tidak jelas dan tidak logik maka segalanya perlu diperbetulkan atau harus dipinda agar sebegitu. 

(2) Sebegitulah sifat kelompok Yahud dan Barat sehingga kini. Makanya dari Taurah terjelma segala macam buku the Old Testament dan dari Injil terjelma Bible atau the New Testament. Pendeknya, para pengikut Musa dan Isa mereka memerlukan mukjizat nyata. Tidak untuk Muhammad SAW dan umatnya. Umat Muhammad tidak menuntut adanya mukjizat nyata dari SAW. Umat Muhammad hanya menuntut keIlmuan dari SAW Sang Pesuruh Allah. Muhammad memperoleh ilmunya dengan dia sendiri melewati proses pencarian ilmu. Pada masa dia memperolehi ilmu itu, dia bukan hanya preacher tetapi pengamal dan penuntun kepada segala pengamalan ilmu yang dia perolehi. Maka bezanya, mukjizat Muhammad SAW adalah Al Quran yang berupa kitab lengkap dengan segala keilmuan dan keintelektualan yang terbentang jelas dan secara sembunyi. Mukizat ulung Al Quran adalah ianya adalah gudang ilmu untuk semua dan serasi pada sebilang masa dan keadaan.  Umat Islam dituntut untuk menerokai maksud-maksud keilmuan di dalam Al Quran.

KENAPA SAYA MENULIS RENCANA INI?

Louann Brizendine seorang Neurologist - pakar saraf otak, ada menulis dua buah buku bertajuk The Main Brain and The Female Brain. Beliau "Acknowledges that the human brain is enormously malleable, and considers how much of the gender divide is due to nature and how much to nurture....". Tulisan beliau adalah bersifat ilmiah saintifik, lebih tepat menumpu dari sudut neurologi - iaitu dari kerangka anatomi dan fisiologi otak dan segala sistem saraf badan yang terkait dengannya. 

(2) Saya melihat hujah beliau cukup menyanggah banyak tuntutan saikologi ke atas perangai manusia lelaki dan perempuan. Di dalam dunia modern ini, perempuan menuntut dilayan setaraf lelaki. Tidfak kurang adanya lelaki yang mahu menurunkan darjatnya menjadi bukan lelaki sejati. Sedang hakikatnya, banyak yang mustahil lantaran perbedaan sifat-sifat khusus antara keduannya.  Contohnya, kenapa perempuan sukar membaca peta berbanding lelaki? Apakah kerana mereka bodoh? Tidak. Begitu juga jika lelaki disuruh mencari barangan dalam peti sejuk yang bersesak susunan isinya, dia pasti tidak dapat. Adakah kerana dia buta? Tidak. Cuba perhatikan, jika duduk di Cafe pada saat seorang wanita genit berjalan lalu, pasti lelaki perlu menoleh atau melirik untuk melihatnya dan tidak pada seorang perempuan namun dia tetap dapat melihat seluruh pergerakan lenggang lengok perempuan berkenaan. Adakah kerana lelaki itu gatal? Tidak. Sebab semua itu adalah berpunca dari struktur bola mata lelaki dan perempuan yang berbeza. Bola mata lelaki lebih lonjong, sedang bola mata perempuan lebih membulat. Lantaran berbeza bentuknya, maka titik fokusnya berbeza. Banyak sifat-sifat lelaki sememangnya antagonistik dengan lawan perempuannya dan sebegitulah sebaliknya. Ini bukan masalah saikologi tetapi atas faktur tabii natural gene. Ada antaranya boleh diubah nurture tetapi sukar dan memerlukan latihan yang lama dan banyak tidak boleh. 

(3) Saya cukup tersenyum mendengar pernyataan muktahir Mahathir tentang isterinya Siti Hasmah: "Saya suka menepati masa. Saya tidak suka orang tertunggu-tunggu saya. Dia dok suka lewat 30 - 60 minit. Ini tak betuoi, itu kurang. Dulu kelaie juga, tapi last-last saya diam. Nak buat macamana memang dah perangai dia".

(4) Saya menulis artikel ini kerana saya ingin semua mengerti bahawa lelaki adalah specialized human dan sebegitu juga perempuan. Lelaki ada kudrat khususnya atas iradat khasnya. Sebegitu juga perempuan. Keduanya tidak boleh sama dalam semua perkara. Ada keserupaan namun tidak akan sesekali sama. Adam Smith 
known as the father of economics, believed that specialization and the division of labor could lead to economic growth and increased productivity. Saya berkira, Allah ilhamkan kepada ahli filosofi ekonomis Adam Smith biar dia wujud pada kurun ke 17 di Scotland kira-kira sebuah wilayah masih jauh dari jangkauan roh Islam pada masa itu, namun minatnya yang suka berfikir dan merumuskan, fahamannya menepati apa yang Al Quran tegaskan dalam Surah Ali Imran Ayat 36 : "Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan....". Nafsu dan logik manusia, kita ini sama manusia, latarbelakang sama, biar beda jantina, seharusnya kita sama di mana jua. Ianya tidak sebegitu. Penciptaan lelaki dan perempuan ada pada kudrat dan iradat masing-masing. Lelaki tercipta dan terlahir untuk memimpin. Perempuan melahirkan pemimpin.

(4) Jika neurologist Louann Brizendine menyorot tabii dan pembawaan lelaki - perempuan dari asas fahaman biologi, saya kira ingin melihat lelaki dari sudut proses kejadian Adam AS. Jika saya ada kesempatan, saya akan menulis  sifat dan cara perempuan dari proses kejadian Hawa pula nantinya. In Shaa Allah. Dalam tulisan ini saya tidak berniat membela tabii janggal lelaki pada tafsiran kebanyakan kini, tetapi saya ingin menjelaskan bahawa tabii janggal lelaki tersebut adalah akibat kudrat dan iradatnya. Lelaki mesti jadi pemimpin - mahu atau tidak itu takdirnya. Ibarat kerbau, jika kudratnya adalah untuk makan rumput agar membesar dan sihat dengan iradat untuk disembelihan dan menjadi makanan manusia, jadi mana mungkin kudratnya ditukar jadi anjing penjaga gembala dengan iradat boleh menyalak dan melompat-lompat galak. 

(5) Lelaki mesti kekal sebagai lelaki. Dia perlu berdiri kokoh sebagai kudrat dan iradatnya sebagai lelaki - pemimpin. To be and stand firm as he is destined to be - a leader.  Itu pertama-tama yang manusia perlu mengerti. Kedua, yang akan saya bentangkan di akhir tulisan ini ironinya,  jika Adam - lelaki adalah hebat, kenapa pula sepertinya - isteri, ibu dan anak perempuan cukup Allah dan SAW hargai melebihi suami, ayah dan malah anak lelaki? Lihat dan fikirkan kenapa Al Quran dan SAW menyatakan, dahulukan ibu dari ayah. Juga ada tulisan mengatakan bahawa lelaki mesti hati-hati: "Doa isteri, ibu dan anak perempuan sangat ampuh dan mudah sampai kepada Allah". Ini seolah-olah menyanggah kehebatan lelaki berbanding wanita. Apakah itu benar?

PROSES KEJADIAN ADAM AS DAN KEHABATANNYA:

Mari kita lihat beberapa kehebatan dan keistimewaan pokok Adam AS dari proses kejadiannya. Ini berupa sebahagian yang saya baca dan fahami. Namun tidak banyak penjelasan boleh kita  petik dari Al Quran tentang proses kejadian Adam AS, maka saya sumberkan kebanyakannya dari Bible. Saya tidak membenarkan kejituan Bible, namun petikan adalah sekadar rujukan bayangan proses penciptaan tersebut.  Pertama-tama, tujuan penciptaan Adam AS adalah agar dia kemudian menjadi khalifah di dunia ini. Perkara ini mulanya disanggah oleh Malaikat dan Iblis. Cuba fikirkan, jika hal ini tidak berlaku, apa tidak mungkin Iblis tidak perlu jadi penghuni bumi, mereka dan Malaikat akan kekal penghuni Syurga dan hanya sesekali datang jadi pemantau monitor tentang apa yang manusia lakukan di dunia sahaja. Bukankah ini terjadi kepada Malaikat kini, setelah mereka akur akan kebijaksanaan Allah, mereka hanya jadi pemantau monitor. Iblis bertekad menjadikan manusia musuh mereka dan Allah perkenankan itu, makanya kedua-dua manusia dan Iblis harus bersama di dunia.

(2) Kehendak Allah adalah lain dari prasangka Iblis dan Malaikat. Adam akan diangkat menjadi pemimpin untuk semua mahlukNya di dunia. Adam adalah pemimpin tertinggi bagi segala mahluk Allah. Maka kudratnya - fiziknya Adam harus sempurna perfect kerana iradatnya - fungsiannya juga harus perfect. Jika kita teliti Al Quran (Surat At-Tin Ayat 4), ianya ada menyatakan bahawa: "Manusia adalah seelok-eloknya ciptaan Allah". Allah mengkehendaki Adam AS adalah mahlukNya yang paling elok - the perfect one. Sosok dan keilmuan Adam AS harus lebih tinggi dan mulia dari segala mahluk yang lain. Adam adalah mahluk yang secara "langsung" diperbuat oleh Allah - sepertinya Adam adalah "Allah hand made person" seperti yang Bible jelaskan: "To create Adam, God moistened the earth with mist, formed a body from the dust, and breathed life into the figure." Kejadian Adam dari
debu tanah menunjukkan bahawa Adam terbangun dari zat-zat alam yang lengkap, tidak sebagaimana Iblis hanya dari api dan Malaikat hanya dari cahaya. 
Saintis modern, menjangka bahawa alam semesta ini adalah terbina lewat the big bang di mana akibat pengaruh ledakan tenaga yang sangat dahsyat jutaan tahun dahulu, maka segala debu di alam maya ini telah bergumpal lalu menjadi segala planet, bintang dan galaxies yang ada. Dari sini, dapat kita infer bahawa Adam yang terjadi dari debu, tanah dan embun adalah setara dengan kejadian alam semesta ini lewat the big bang cuma Adam adalah lewat kuasa "personalised hand made" oleh Allah Dari juzuk-uzuk kejadiannya, bagi saya inilah petanda bahawa Adam akan menguasai dunia. Pada jasad Adam terdapat segala juzuk dunia. Makanya dia akan mampu mengadakan dan rentan terhadap apapun keperluan dan  cabaran yang akan dia lalui. Kemudian, roh Adam adalah dari hembusan "nafas" Allah  itu saya kira mempunyai maksud yang lebih luas dari sekadar bernyawa tetapi adalah semaian bibit kebijaksanaan dan kebolehan yang sangat tinggi. "Hembusan nafas" Allah ke dalam tubuh Adam adalah semaian gene kebijaksanaan intelektual kepada Adam. The Bible describes him as being created in the image of God, and his wisdom is said to have surpassed that of the Heavenly angels. 

(3) Kebijaksanaan Adam jelas Allah pertontonkan kepada Iblis dan Malaikat setelah Adam sempurna bernyawa. Mengikut Bible "God brought before him all the animals He had created, so that Adam could give each one a name. Seeing that each animal had a mate, Adam desired to have one as well."  Jika apa yang dikatakan oleh dua potong ayat Bible ini adalah benar dan jitu, apa yang harus dapat kita garap adalah Adam bukan hanya dapat menamakan apa yang telah diajarkan kepadanya, namun dia juga dapat mentafsir apa yang dia lihat. Ini menjelaskan bahawa akal atau daya intelek Adam jauh mengatasi para Iblis dan
Malaikat. Adam berpunya daya intelek yang tidak dimiliki oleh mahluk Allah lainnya. Sesungguhnya, jika kita yakin terhadap kekuasaan Allah juga sedar bahawa diri kita adalah berasal sama dengan manusia-manusia lain biar the chosen one - Yahudi, semua berasal dari Adam-Hawa, maka kebijaksanaan kita  juga harus setara siapapun. Sesungguhnya apapun kehebatan teknologi dan keilmuan di dunia ini semua berdasarkan tafsiran atau infferences terhadap alam sekeliling kita. 
 Dalam ertikata lainnya, kita boleh menjadi hebat jika kita bijak mentafsir apa yang ada di keliling kita. Itu bukan pandangan umum saya tetapi itulah keyakinan saya terhadap apa yang Al Quran sering cabarkan kepada kita yang lebih kurang bermaksud: "...lihatlah keliling, di situ ada pertunjukKu,  tidakkah kamu berfikir". Ambil contoh kekuatan besi kabel pada jambatan gantung, ianya terilham dan diperkirakan berasaskan kekuatan simpulan mampat gentian fibre - phloem and xylem seperti pada rotan dan akar-akar kayu. Bahkan lihatlah pada pepohon besar di hutan rimba nan rimbun, bukankah itu mengajar kita tentang IOT Vertical Farming.

(4) Trait keilmuan tinggi serta sosok badan yang perfect adalah traits yang menjadikan Adam adalah seorang khalifah sempurna yang telah Allah tetapkan. Ilmu memberikan dia creativity kepemimpinan. Sosok tubuh yang perfect adalah bekal untuk dia mampu mendepani segala cabaran kehidupan yang bakal dia tempuhi sebagai manuisia dan juga pemimpin. 
Ringkasnya - dengan wujud dan bernafasnya Adam AS, maka the King is born. Adam Allah nobatkan sebagai waliNya di dunia ini. Itulah manifestasi kudrat azalinya Adam AS iaitu menguasai dunia - pemimpin dan memimpin dunia. Dunia adalah hambatan Adam AS. Kekuasaan memimpin adalah iradat - matlamat hidupnya dan sesiapa juga lelaki selepasnya.  Dalam banyak tafsiran saikologi, lelaki adalah a hunter - pemburu. Apa yang diburunya: kuasa.  Maka jangan diherani jka lelaki sedang mengejar kuasa, dia akan focus kepada itu sehingga dia lupa biar dirinya sendiri. 

(5) Hasmah Ali umpamanya pernah berkata: "Mahathir bukanlah seorang yang romantik, dia dok ingat kerja saja". Tidakkah segala ini sama untuk Nelson Mandela, Muhammad Ali, Cristiano Ronaldo, Trump dan bahkan Bill Gate, Steve Job dan  Elon Musk. Maka lelaki yang mengejar kuasa, jika dia cuba digalangi atas apa alasan sekalipun, gemesnya boleh membara menjadi membujur lalu melintang patah.  

(6) 
Saya ada membaca pernyataan berbunyi: "Dalam Islam, setiap muslim wajib mengenal Allah. Namun sebelum kita mengenal Allah, ada baiknya untuk mengenal diri sendiri terlebih dahulu. Dengan mengenal diri sendiri, maka kita akan jauh lebih mudah mengenal Allah. Diri manusia pada dasarnya terdiri dari dua bagian, yakni diri zahir dan diri batin. Pada diri zahir, kita dapat menyaksikan kebesaran Allah. Kita dapat melihat wujud fisik kita sendiri sebagai pengenalan awal akan diri sendiri seperti dijelaskan dalam  Al-Insan ayat 2. Diri batin adalah ruh yang ada di dalam diri kita sendiri. Sebelum mengenal Allah, dalam ilmu tasawuf dijelaskan bahwa kita harus boleh mengenal diri kita sendiri. Salah satu cara untuk mengenal diri sendiri adalah melihat ke dalam kalbu kita. Rasul sendiri juga menegaskan mengenai sesuatu dalam batin manusia yang harus dilihat dengan baik agar boleh mengenal diri sendiri. “Aku jadikan dalam rongga anak Adam itu mahligai dan dalam mahligai itu ada dada dan dalam dada itu ada hati (qalbu) namanya dan dalam hati (qalbu) ada mata hati (fuad) dan dalam mata hati (fuad) itu ada penutup mata hati (saghaf) dan dibalik penutup mata hati (saghaf) itu ada nur atau cahaya (labban), dan di dalam nur atau cahaya (labban) ada rahasia (sirr) dan di dalam rahasia (sirr) itulah Aku kata Allah”. (Hadis Qudsi)

(7) Dari ungkapan ahli tasawuf di atas, saya melihat adanya 'ciri-ciri dan roh" Allah tertanam kuat pada diri kita. Ini tidak bermaksud bahawa kita menyerupai apa lagi menyamai Allah. Ciri-ciri dan roh inilah yang menjadikan Adam AS mulanya sanggup dan berani keluar dari segala nyaman Syurga dan mendepani segala permasalahan di dunia. Ciri-ciri ini menjadikan kita berpunya keberanian yang kental dalam menghadapi apapun di mana perlu. Courage adalah sifat kelelakian sejati dan tidak boleh dicabar. Banyak ketika ianya disalah ertikan sebagai kedegilan atau ego. Sesungguhnya, saya melihat kita dalam banyak hal adalah berupa "subset" kepada Allah. Dalam ertikata lain, kita adalah waliNya - his representation. Maka, sebagai contoh, jika Allah adalah mahapencipta - mampu mengada dari tiada, maka kita dengan intelek yang telah Dia anugerahkan, kita pasti boleh mencipta dari segala apa yang telah Dia sediakan. Makanya segala kesenangan dan bahkan kesengsaraan yang kita perolehi di waktu ini berbanding di zaman Adam AS, hampir kesemuanya adalah hasil rekaan para kaum Adam.

(8) Kita tidak tahu berapa lama Adam AS selepas sahaja dia bernyawa, terpaksa melalui kehidupan bersendirian. Setakat apa yang saya baca dan dengar, tiada satu kitabpun yang ada menceritakan berapa lama Adam AS - solo jomblongBible - yang sifatnya sangat berevolusi dengan tuntutan fikiran manusia semasapun tidak berani menyatakan berapa lama Adam AS hidup sendirian. Namun di dalam Bible, terungkap:  "Seeing that each animal had a mate, Adam desired to have one as well. God then caused Adam to fall into a deep slumber. While he was asleep, He took one of his sides (or ribs) and formed Eve. He then brought her to Adam, who found contentment in joining with his new wife". Saya berkira, bukanlah lantaran Adam hanya ingin berpasangan, namun lebih penting Adam sedar akan fungsian penciptaannya. Allah menunjukkan kepada Iblis bahawa Adam can see - collate, feel - appreciate, think - analyse and decide - act correctly yang berupa leadership traits yang Iblis tidak ada. Allah menzahirkan natural leadership traits yang ada pada Adam AS. Adam mengerti di mana kekurangannya serta mampu melihat bagaimana itu harus diperbaiki. Bila Adam AS memohon agar dia juga berpunya pasangannya, concern Adam bukanlah kesepian lantaran dia tidak berpunya pasangan sepertinya mahluk-mahluk lainnya, tetapi adalah soal kesinambungan kepemimpinannya. 

(9) Dari pernyataan Bible: "
God then caused Adam to fall into a deep slumber. While he was asleep, He took one of his sides (or ribs) and formed Eve" ini, saya yakin tidak banyak yang melihat betapa mahabijakasananya Allah dalam memberi pertunjuk tentang perubatan modern.  Adam bukan hanya sosok pemimpin dalam erti kata mudahnya, namun pada sosok kejadian Adam - beliau merupakan pertunjuk bagi keilmuan perubatan modern kini. Penciptaanya dari segala debu dan tanah adalah cellular fusion khasnya dalam proses pembiakan dan bahkan pengkulturan tisu. Persenyawaan In Vivo dan In Vitro malah artificial insemination adalah pertunjuk dari kejadian azali Adam. Proses kejadian Adam juga melahirkan pemikiran cellular fusion dalam fizik dan kimia. Dalam kelahiran Isa AS sekali lag Allah buktikan bahawa cellular fusion boleh terjadi dalam rahim Mariam biar ovum tidak disenyawakan oleh sperma. Kedua, dalam siri pembedahan modern, pesakit biasanya ditidurkan. Semasa tulang rusuknya dicabut, Adam ditidurkan. Dia tidak sedarkan diri. Bagaimana ini harus terjadi? Allah juga membuktikan perihal ini kepada Muhammad SAW bilamana dia ditidurkan lalu dadanya dibelah dan hatinya disucikan dengan air zam-zam. Maka saya yakin dari situ soal-soal nervous system management timbul di dalam perubatan modern. Ketiga, Hawa terbangun dari rusuk Adam. Hawa adalah subset Adam. Hawa secara genetiknya tidak akan sama  genetik dengan Adam. Kromosom Y Hawa kurang dari Adam. Sedang kromosonm X hawa pula melebihi Adam. Kejadian Hawa dari rusuk Adam adalah petanda tissue culture dan tissu transfer adalah sesuatu yang boleh. 

(10) Sesungguhnya pada proses kejadian Adam, Allah menunjukkan bahawa dengan daya intelek dan creativitynya kemudiannya, dia akan dapat membongkar segala rahsia dari proses kejadiannya dan alam ini sebagai asas keilmuan melangkau bidang-bidang biologi, fizik dan kimia yang sangat berguna dalam dia menjalankan urusannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.  Kefahaman tentang sitologi - sain sel tubuh adalah keilmuan yang sangat penting dalam menjamin kelangsungan kehidupan manusia dan mahluk-mahluk lainnya di dunia ini. Sebegitulah Allah memberikan ilmu kepada mereka yang mahu berfiklir dan membongkar segala misteri di dalam Al Quran.

(11) Apa terjadi kemudiannya? T
iada penjelasan khusus di dalam Al Quran, saya merujuk kepada Bible - "God then placed Adam in the Garden of Eden, a utopian location replete with luxurious trees bearing luscious fruits. Among them were two trees with special qualities: the Tree of Life, which would bestow eternal life upon those who ate from its fruit, and the Tree of Knowledge, which would implant an evil inclination and an awareness of immorality. God instructed Adam with a sole command: “You may eat from any fruit you wish, save for the fruit of the Tree of Knowledge!” Adam and Eve were created without an evil inclination, and they saw nothing wrong in being unclothed. However, this was soon to change. The serpent, the most cunning of all the beasts created by God, approached Eve and slowly but surely convinced and pressured her to partake of the fruit of the Tree of Knowledge. She, in turn, shared the fruit with her husband Adam. Immediately, Adam and Eve became aware of their nakedness. Divine retribution for transgressing God’s command was not long in coming: Eve was cursed with the pain of pregnancy, birth, and childrearing, coupled with subservience to her husband, while Adam was punished with the need to labor the earth to produce bread, and human life would now end with death. What’s more, Adam and Eve were banished from the Garden of Eden". Sekali lagi saya perlu menyatakan caveat saya tentang kejituan takrifan dan tafsiran Bible mengenai perkara ini. Namun saya tidak mahu berpolimik tentang sahih dan benarnya. Cuma apa yang ingin saya ketengahkan, bahawa dalam segala kemewahan malah kebesaran yang Allah anugerahkan kepada Adam dan Hawa, tetap ada pantang larangnya. Kedua mereka dilarang melanggar pantang larang tersebut. Mahabijaksana Allah, dalam kebebasan, tiada apa yang dinamakan bebas mutlak - no such thing as absolute freedom. Itu semua adalah part of His mysterious grand plan.

(12) Adam mulanya tercipta di dan menempati Syurga pada awalnya. Kudrat Adam adalah untuk menempati bumi. Kenapa Adam AS tidak langsung dicipta dari tanah dan debu bumi dan di bumi sedari mulanya? Jika itu sebegitu, saya yakin tidak akan timbul conflict antara manusia dan Ibsli. Sesungguhnya, bila Adam tercipta pada hamparan kemewahan Syurga yang penuh nikmat, kemudian dia dihantar untuk menjalankan tugasnya di dunia, semua ini adalah cara Allah untuk menjadikan Adam tegar dalam perjuangannya. Dia tahu, hidup sementaranya adalah di dunia, dan tahap Syurganya kemudian hari adalah atas ketaatkan dan kecekalannya dalam menjalankan tugasnya di dunia. Perkara ini juga berlaku kepada Muhammad SAW bila dia diangkat untuk melihat kedua-dua Syurga dan Neraka semasa Israq Mikrajnya. Lantaran SAW telah menyaksikan kebenaran Syurga dan Neraka, maka dia memilih untuk zuhud sepenuhnya di sepanjang hayatnya di dunia. 

(13) Adam dikudrat dan iradatkan menjadi pemimpin kepada semua mahluk Allah di dunia. Semua kena sujud kepadanya. Inilah saya kira specialty Adam AS yang paling agung. Jika difikir-fikir apa perlunya Allah melantik siapa dan apapun sebagai waliNya? Allah boleh saja membina sistem yang mampu mengurus segala-gala - self management system or automated system or circular economic management. Contoh Galaxy kekal pada pusarannya lantaran adanya sistem garviti. Sebegitu juga dengan peredaran cuaca. Allah telah ciptakan matahari, yang menimbulkan haba, lalu mengerakkan udara lalu akhirnya mewujudkan awan, hujan dan malah salji. Hakikatnya, segala-galanya sudah ada sistem mereka tersendiri untuk terus berjalan secara azali tanpa kacau bilau apapun. Cuma kita harus ingat, persoalan yang 
Malaikat bangkitkan: "Kenapa perlunya penciptaan manusia yang akan menimbulkan kekacauan di dunia ini?" Saya melihat, sepertinya pokok larangan, lantaran Hawa lalu Adam melanggar perintah Allah kerananya, maka mereka berdua diturunkan ke dunia. Sesungguhnya, ada atau tiada pokok tersebut, Adam telah dikudratkan untuk turun ke dunia. Hawa dan pokok larangan tersebut, saya melihatnya  hanyalah sebagai detik atau moment untuk keduanya harus turun.  Jadi, perlakuan turunnya Adam ke dunia ini di masa depan adalah penyebab kepada lambat atau cepatnya berlakunya Kiamat. Hujah saya, tanpa zuriat Adam AS, alam ini, Neraka dan Syurga jadi tidak berguna dan kiamat tidak akan pernah wujud. Hujah saya ini saya sandarkan kepada bahawa Kiamat itu sudah hampir bilamana Isa AS wujud kembali, Imam Mahadi menjelma dan Yakjud Makjud muncul. Semua ini adalah sosok manusia akhir zaman - warisan Adam AS. Adam dan segala zuriatnya adalah pelengkap segalanya serta menjadi titik di mana ciptaan Allah akan menjadi paling sempurna bila Kiamat telah menjelma dan Syurga dan Neraka serta ahli-ahlinya terpisah mutlak. 

(14) Atas hujah ini, maka saya dapat melihat bilamana Allah sering memperingatkan bahawa Syurga itu di telapak kaki suami dan sang ayah - waris Adam AS. Perilaku Adam dan segala zuriatnyalah menjadi moment bagi berlakunya Kiamat. 

IRIONINYA:

Muslim disedarkan betapa kaum Adam, ketentuan dan fungsian hidupnya adalah untuk menjadi pemimpin - khalifah. Benar, pemimpin ini boleh berupa untuk hanya diri sendiri sehinggalah ke peringkat keluarga, masyarakat, negeri, negara dan malah antarabangsa.  Saya melihat kelompok kepimpinan ini terbahagi setara pembahagian struktur sosio-ekonomi masyarakat di sesebuah negera - iaitu kelompok T5-10, M30-40 dan B40-60.

(2) Kelompok kepimpinan heraki tertinggi saya namakan sebagai golongan T5-10.  Golongan ini tidak banyak. Dalam pelbagai kategori dari politik, birokrat, teknokrat, saintis, seniman, koprat dan sosial, saya kira paling banyakpun hanya 5-10 peratus. Mereka berupa top 5 - 10 per cents dalam eschelon pengurusan. Dari segi umur, kelompok ini biasanya mereka yang di atas 50an. Cukup dewasa dan matang. Mereka membentuk kelompok T10 - T15 dalam struktur sosio-ekonomi masyarakat dan negara. Golongan ini mempunyai traits kepemimpinan yang cukup kental, cekal, malah "licik merbahaya" - cunning. Mereka berpunya darah panglima yang cukup hebat. Contoh paling mudah dan jelas adalah Mahathir Muhammad. Traits Mahathir, sedari anak-anak sememangnya dia akan dan menjadi pemimpin politik tegar. Biar bagaimana dia diasak untuk dinafikan sifat kepemimpinannya, dia tetap bagai kelapa di lautan. Sedari Tunku Abdul Rahman, Husein Onn, Najib Razak, Muhhyiddin Yassin dan kini Anwar Ibrahim, seharusnya aura politik Mahathir sudah lama berkubur, dalam tangan mereka ini, namun tidak. Traits kepemimpinannya tetap menjelma di mana-mana dan kapanpun. Namun tidak untuk sosok seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan  malah Abdullah Ahmad Badawi. Pada saat mereka "terbuang", mereka mengundur dan diam.  Tidak sebegitu bagi yang berjiwa besar yang mahu berjuang demi bangsa, agama dan negaranya, apa lagi konglomerat yang gah hebat.

(3) Sesungguhnya b
agi yang tersurat, kudrat atau ketentuannya adalah sebagai pemimpin peringkat negeri, nasional, dan global - urusan keluarga menjadi perkara mungkin terakhir buatnya. Focusnya adalah bangsa, agama dan negaranya atau mungkin perusahaannya. Sosok seperti Yaser Arafat adalah contoh yang mungkin banyak sudah lupakan. Beliau seperti tidak sempat membina keluarga. Sama bagi Ho Chi Minh dalam perjuangan menentang Peranchis dan Amerika dalam menyatukan Vietnam. Caveat mungkin kepada bangsa Yahudi di mana keluarga adalah asas kejayaan besar mereka. Sama bagi kelompok Arab sehingga susur galur menjadi focus utama mereka. Di luar dari itu, keperibadian sendiri menjadi tongak utama. Pastinya Muslim tidak boleh lupa, kenapa Isa AS berbanding Sulaiman AS tidak membina apapun untuk berkeluarga malah dirinya. Muhammad SAW juga tidak terasing. Dia menafikan segala-gala biar kemewahan untuk anak-anak dan para isteri-isterinya. Inilah kalangan big picture focus minded. Kalangan ini sanggup mengenepikan atau mengorbankan apapun biar keselesaan diri mereka demi cita-cita dan tanggungjawab besar mereka. Mereka benar-benar bersifat hunting wolf - in group and or solitare, he fight to hunt.  

(3) Sejarah membuktikan bahawa golongan ini berjaya setelah melalui proses perit getir yang cukup hebat. Mereka mungkin memulakan dari B40-60, lalu M30-40 dan pada usai cukup matang barulah mereka menikmati puncaknya. Jika kita perhati di seluruh dunia bahkan peringkat negeri dan negara, ada antara mereka golongan high echelon ini menjadi philanthropist - dermawan yang hebat-hebat. Contoh mudah adalah Bill Gates, Cristiano Ronaldo dan bahkan Syed Mothar Al Bukhari. Pada tahap tertentu, bukan sekadar empayer mereka kejar tetapi status kepuasan dan pengiktirafan sosial yang tinggi juga jadi hambatan hebat.

(4) Sekitar 30 - 40 peratus lelaki saya kira berada dalam kategori kepimpinan menengah. Jika dalam analogi pengurusan lumrahnya, inilah mereka dalam kategori pengurusan di mana-mana institusi yang gelarannya sangat pelbagai - sarjan, staff sarjan, KSM, malah Lutenan Muda, Lutenan, Kaptan dan Major jika di dalam ketenteraan.  Watak dan focus mereka pelbagai tergantung heraki kepemimpinan mereka. Seorang Sarjan - pengurusan peringkat platoon 35 anggota - misainya dan segak gayanya tidaklah setebal dan melintang sepertinya seorang KSM - Kompeni Sarjan Major - pengurus peringkat Kompeni bersamaan sekitar 200 anggota tentera. Di peringkat birokrat dan koprat, kalangan ini membentuk apa yang dinamakan sebagai golongan M30-40.  

(5) Keperluan kepemimpinan di kalangan kelompok ini banyak ketika adalah sangat mencabar lantaran mereka bukan sekadar mengurus apa saja di peringkat mereka, malah mereka juga ingin berjuang untuk menempatkan diri di kalangan T10 - 15. Suasana kepemimpinan boleh bersifat sangat sengit malah fragile bagi sesetengah kalangan. Keadaan ini menimbulkan gelora dan keadaan kurang menentu. Jika di perhatikan, biar berbanding kelompok T10 -15, golongan ini perlu bekerja lebih keras lantaran merekalah sandaran bagi kalangan T10 - 15. Middle management atau on becoming a successful person, menuntut kerja keras dan banyak pengorbanan. Lantaran tidak ramai yang dapat menyeimbangi Emotional dan Social Equation ESQ inilah golongan yang paling banyak berubah sikap yang ada ketikanya cukup extreme. Tuntutan dan cabaran untuk menaiki heraki kepemimpinan yang meninggi banyak menukar mereka menjadi seperti status centric, individualistik dan egoism. Itulah nasib mereka. Banyak kalangan rakan-rakan di Kuala Lumnpur, Kuching dan bahkan Simunjan telah berubah menjadi kalangan sebegini. Kebanyakan mereka adalah dalam julat usia 30 - 40an. 

(6) Kelompok kepimpinan yang paling banyak saya kira adalah di peringkat kendiri, keluarga dan kemasyarakatan dan institusi peringkat rendah. Golongan ini  hanya berminat untuk kejayaan sekadar cukup sendiri, bekerluarga dan kelompok masyarakat yang ideal. Lingkungan kepedulian mereka adalah sangat limited. Mungkin 40 - 60 peratus para lelaki mempunyai traits ini. Mereka tidak mahu berpening dengan hal-hal di luar jangkauan pemikiran mereka. Mereka hanya focus kepada kehidupan lingkungan sendiri, keluarga atau kelompok terbatas. Maka sebagai dirinya atau ketua institusi kecil, focusnya pasti sepenuhnya pada kejayaan institusi kecil yang dia bertanggungjawab. Inilah kelompok  yang mencorak B40-60 dalam masyarakat kita. Golongan ini tidak terhad kepada mereka yang berpendidikan Diploma ke bawah, malah ramai yang mempunyai latar belakang akademik dan berkemahiran tinggi juga memilih jalan kepemimpinan mandiri sendiri ini. Mereka memilih untuk hidup santai tidak pening kepala dan gundah gulana.


(7) 
Seperti yang saya  jelaskan di atas, sebagai pemimpin, pada setiap kaum Adam, telah Allah semadikan traits tertentu dan sangat mungkin terbangun sebagai gene dalam setiap diri mereka. Traits ini sangat berbeza pada tahap kempimpinan yang bakal mereka tanggung. Traits atau gene ini adalah kudratnya yang telah termaktub di Loh Mahfuz. Ianya tidak akan berubah. Di sinilah banyak yang mungkin tidak faham dan lupa. Pada saat Allah telah menetapkan seseorang itu pada kehendak tujuanNya, apapun tidak akan mengubah sosok tersebut. Dia perlu direrima sepertinya dia. Tabii dan caranya banyak unik pada dirinya.

(8) Secara saikologi dan bahkan fisiologi,  berjaya atau gagalnya perjuangan seorang Adam untuk menempatkan dirinya pada heraki kempimpinan yang mana, sangat tergantung kepada kesanggupan atau cekal dan tegarnya dalam menghadapi apa juga ujian dan cabaran yang mungkin tidak henti-hentinya dari Allah. Namun saya yakin jika asas perjuangan seseorang adalah pada keikhlasan yang mutlak demi bangsa, agama dan negara - In Shaa Allah dia akan "sahid" dengan hadiah Syurga yang sangat membahagiakan dan abadi. Saya juga yakin, tahap Syurga seseorang pemimpin yang berjaya tidak tergantung kepada heraki kepemimpinannya - contoh tidak mungkin Bilal Bin Rabah seorang Muazin dan budak SAW hanya menduduki Syurga yang jauh rendah berbanding Umar Al Khataab. 

POLIMIK DAN MUNGKIN KHILAF PENGERTIANNYA

Saya merasa kecut perut dan juga ada ketikanya merasa cukup lega bila kini saya temui bahawa doa paling mustajab adalah dari tiga insan ini: isteri, ibu dan anak perempuan. Samalah bila SAW disoal antara ibu dan ayah, siapa harus didahulukan - tiga kali berturut-turut SAW menyebut ibu barulah ayah. Allah sepertinya memberikan keistimewaan kepada kaum Hawa ini. Sebegitulah setakat ini, tafsiran banyak pihak cukup memihak kepada kaum Hawa ini. Maka banyak teman dan malah isteri saya sendiri, bila dia memberikan wang belanja, dia hanya menghulur kepada ibunya dan tidak sesenpun buat sang ayah. Saya sering menasihatkan isteri dan rakan-rakan harus juga memberikan kepada ayah secara asing biar bila memberikan ibu RM1,000.00, dengan pemberian RM10.00 pun sangat besar ertinya buat sang ayah. 

(2) Namun dalam mengakui kebenarannya, bahawa isteri, ibu dan anak perempuan harus diutamakan, saya tetap ada
caveat tersendiri. Caveat saya adalah berasaskan hujah pembahagian harta pusaka dan persaksian. Jika kaum Hawa benar-benar setara atau lebih istimewa dari kaum Adam, kenapa dalam prihal penting itu, mereka agak "terpinggir"? Caveat saya bukan untuk menyanggah bahawa kaum Hawa ada istimewanya tetapi saya ingin menyorot rasionalnya dari sudut lain dari yang kebanyakan lihat. Sifat Allah, Dia mahapenyayang dan mahapengasih, sesiapa yang lemah, kasih dan sayangNya cukup istimewa dan sedikit berbeda. Inilah juga asas fikiran saya. Adam AS seperti saya jelas terdahulu, beliau adalah "personalised hand made" dengan segala kekuatan dan keistimewaan terpilih - beliau rentan demi kudrat dan iradat besarnya. Atas sifat itu, kaum Adam harus dibiarkan tidak dimanjakan. He must be a forever man. Paling utama, dia pasti lebih rentan kepada segala dugaan. Intelek lelaki juga jauh mengatasi perempuan. Ingat, di sepanjang Adam AS solo di Syurga, pohon larangan Allah juga telah adakan, Adam tidak bernafsupun untuk mendekat apa lagi "memetik makan buahnya". Malah, bila Adam AS diperintahkan turun ke bumi, dia patuh. Dia tidak membantah untuk terus kekal dengan segala kemewahan dan keselesaan di Syurga. Adam kekal pada kudrat dan iradatnya untuk turun menjadi khalifah di bumi yang cukup mencabar. 

(3) Cuma, biar cekal sebagaimana sekalipun Adam dan kaumnya, dia pasti kalah juga oleh satu faktur - Hawa. Makanya, bagi kaum Hawa yang dapat mengekalkan kaum Adam untuk patuh pada kudrat dan iradatnya, Allah memperlakukan kaum tersebut menjadi sangat istimewa. Istimewanya kaum ini berpunya prasyarat yang cukup ketat iaitu taat setianya kepada perintah Allah serta pasangannya untuk terus kekal menjadi baik. Saya melihat, atas cara kehadian Hawa dan atas permintaan Adam, Hawa hudrat dan iradatnya tidak lain adalah untuk memastikan Adam kekal menjadi pemimpin yang baik. Ini terbukti dalam kasus Ismail AS dan isterinya yang pertama, bila sang isteri mengeluh tentang kehidupan yang payah sedang sang suami tekad dalam menjalankan perintah Allah. Maka Ibrahim AS telah meninggalkan pesan kepada menantunya, agar anaknya "Ismail hendaklah menukar jenang pintu rumahnya". Kekhilafan isteri Ismail tidaklah seberat mana, namun kias Allah jelas - selagi sang suami adalah menuju jalan kebaikan perintahNya, maka dia mesti disokong penuh. Hubungan Khadijah - Muhammad AS adalah jelas dalam prihal ini. Khadiojah berkorban penuh buat tugas dan tanggungjawab Muhammad SAW. Juga lihat Asiah isteri Firaun - Firaun cukup laknat namun Asiah kental sabar berIman, dan akhirnya dia mendapat rahmat sangat besar dari Allah. Juga Puteri Balqis dalam hubungannya dengan Sulaiman AS, bahkan Mariam Bt Imran. Dalam Inggeris, padangan saya ini menumbuhkan 
the idea such that - behind every successful man there is a woman. Sesungguhnya, isteri yang kental sabar dan menjaga Imannya, dialah tonggak kejayaan sang suami sebagai khalifah yang baik, In Shaa Allah. Inilah kudrat dan iradat utama seorang lelaki, maka wanita yang menjayakan ketentuan tersebut pastinya Allah cukup hargai. 

(4) Isteri atau ibu diberikan bukan hanya oleh Islam malah segala agama dan budaya lainnya hak penjagaan anak adalah sesuatu yang mungkin tidak ramai mengerti selain dari keperluan penjagaan anak yag sempurna yang perlu diberikan. Ibu atau isteri, mereka punya sensitiviti yang cukup lain. Jika tidak terurus, itu boleh mengakibatkan banyakl gejala saikologi yang parah. Allah tahu itu, dan Allah menjaga agar itu tidak terjadi. Makanya hak menjaga anak adalah mutlak milik ibu atau isteri melainkan dalam ketentuan-ketentuan tertentu sahaja. Cuma kenapa di dalam Islam, pada saat sesiapapun ditalkinkan, maka dia wajib di bintikan ibunya? Itu sedang saya fikirkan.

(5) Ringkasnya, penghormatan Allah dan SAW ke atas para isteri, ibu malah anak perempuan bukanlah a thing to be taken for granted, melainkan perlu diperolehi lewat Iman kental terhadap Allah serta taat setia terhadap suami dan ayah. It is an earned status. Apapun, hanya Allah yang tahu dan benar.

Terasi, Sadong Jaya
6-10 Disembar, 2024




#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.