.

1/8/22 KENAPA AKHIR KEHIDUPAN KITA ADALAH SYURGA?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 12, 2022

Share

& Comment

Allah menjanjikan bahawa kehidupan kekal para manusia (dan mahluk-mahluk lainnya) yang berIman kepadaNya adalah Syurga. Kenapa tidak dikekalkan saja manusia-manusia baik-baik di dunia? Kenapa perlu adanya Syurga? Apapun pemikiran atau hujah kita tentang kuasa Allah, hanya Dia yang mengetahui yang hakiki. Kita hanya boleh menduga-duga. Di sini, saya tidak ingin berbicara sepertinya saya arif tentang kuasa Allah. Saya membatas jalan pembicaraan saya pada had kemapuan fikiran saya yand dibolehkan Syariat demi kebaikan manusia, In Shaa Allah.

(2) Syurga pada pembicaraan para agamawan, pastinya pada bidang kepakaran mereka. Tumpuan mereka pastinya kepada pengisian keImanan. Saya tidak mampu membicarakan soal Syurga dari sudut itu. Apa yang ingin saya bicarakan adalah kias dari keberadaan Syurga dalam membina model pembangunan untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia ini. Pegangan saya, jika kita dapat membina kehidupan syurgawi di dunia, apakah tidak mungkin Syurga hakiki kita di akhirnya adalah lebih baik dari apa yang kita bina di dunia ini. Saya mengatakan sebegitu, lantaran Al Quran ada mengatakan bahawa "Dunia adalah jambatan ke Syurga." Maka pada pandangan saya, ayuhlah kita bina kehidupan sejahtera ala syurga di dunia ini agar kita beroleh Syurga yang hebat di akhirnya nanti.

(3) Syurga itu indah. Tiada yang yang tidak indah di Syurga. Segala yang ada di Syurga adalah sangat menyenangkan. Kehidupan di Syurga adalah penuh keseronokan dan penglipur lara. Cukup sempurna dan bahagia bila berada di Syurga. Syurga sepertinya tidak punya batas keindahan. Cuma tidak perlu kita berdebat soal Syurga pada zaman permulaan Adam AS, di mana Allah ada meletakkan batas bagi dia dan Hawa. Cukup saya katakan bahawa Adam AS tidak dijadikan untuk hanya menghuni Syurga tetapi dia dicipta pertama-tama untuk menjadi khalifah di bumi Allah. Sebagai khalifah atau leader, terutama di bumi yang penuh dengan segala cabaran seperti digambarkan oleh Malaikat pada awalnya, pasti sangat melelahkan. Maka bagi saya, Syurga adalah ganjaran terbaik bagi mereka yang sanggup memikul tanggungjawab leadership dengan penuh kesempurnaan. Maka, Allah mahabijaksananya Dia, memperlihatkan kehebatan Syurga kepada Muhammad SAW dan menjadi bukti nyata baginya untuk menjadi SAW yang zuhud. Initpatinya adalah bahawa Syurga itu adalah qanjaran terbaik di atas tanggungjawab kita untuk memikul beban sebagai khalifah Allah semasa kehidupan duniawi kita. 

(4) Kuncinya, dalam kehidupan kita kini, pada saat kita selesai melakukan apa-apa kewajiban dengan penuh kesungguhan dan kesempurnaan, kita pasti ingin meraikan kejayaan itu dengan special treatment tidak kira samaada makan-makan, rehat penuh bahkan melancung, berpriwisata. Inilah intipati yang ingin saya bicarakan. Bahawa Syurga adalah tempat perlacungan wisata abadi kita. Ke mana juga, tempat perlancungan wisata pastinya adalah tempat yang indah-indah, nyaman dan cukup mengasyikan. 

(5) Jika kita halusi bumi Allah ini, terlalu banyak keindahan telah Dia sediakan untuk kita nikmati. Dalam usaha kita menikmati segala pemberian Allah ini, maka berdasarkan pemikiran dan keilmuan manusia pada masanya, pelbagai model pembangunan keonomi telah dijalankan. Masing-masing model, dibina selaras dengan logik, keperluan dan bahkan nafsu semasa..... In Shaa Allah bersambung


Kuching, Sarawak

12 Ogos, 2022

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.