.

1/9/22 KEMBANG DAN WANITA

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 23, 2022

Share

& Comment

Melati, Melur, Ros, Seroja dan Kemboja adalah antara jenis-jenis kembangan di masa lampau yang menjadi kegemaran untuk dijadikan nama para wanita Melayu. Juga, itulah jenis kembang yang cukup menjadi kegemaran masyarakat Melayu untuk menghiasi halaman mereka. Agak-agaknya kenapa? Adakah dengan itu Melayu ingin mengingatkan diri mereka betapa Syurga itu penuh dengan segala jenis kembangan dan atau mereka ingin sentiasa mendekatkan  diri mereka kepada Syurga? Jika itu benar, maka wajar Melayu dulu-dulu cukup mengharagai kesederhaan namun unggul azali. Yang pasti, nama-nama itu cukup menarik serta keindahan bunga-bunga itu cukup unggul. Maka wajar Melayu dulu-dulu cukup gemar menamakan anak-anak mereka pada kembang-kembang tersebut.

(2) Natijahnya, kembang yang cantik apa lagi harum, letaknya harus di mana? Juga apa fungsinya? Apa pula kaitan saikologinya dengan wanita? Kembangan melati dan melur biasanya di tanam di halaman depan. Melati dan melur sangat memainkan peranan "welcoming". Bahkan ianya sering menjadi tanaman hiasan memagari perigi dan atau kolam. Kehadiran melati dan atau melur di laman perigi atau sumur menambah kesegaran pagi dan sore di waktu para pemiliknya bermandian. Bunga ros pula sering menjadi hiasan di veranda rumah atau ditanam paling hampir memagari rumah. Aneka warna ros cukup menyerikan suasana rumah-rumah kampung. Kemboja pula sering ditanam agak jauh dari rumah dan biasanya menjadi pokok tumpangan bagi segala jenis bunga-bunga merambat dan atau digantung. Kemboja ibarat berfungsi sebagai "main figure" dalam susunan senitaman halaman orang-orang Melayu dulu-dulu, Seroja, sejenis bungaan air, sepertinya menjadi keharusan dalam menyeri kolam-kolam di halaman. Sebegitulah Melayu menghayati keistimewaan bunga-bungaan yang cukup istemewa ini. 


(3) Bahkan segala apa juga yang menawan dan berharga, Melayu cukup memelihara dan menghargai keberadaan mereka, Khususnya bagi para wanita Melayu, mereka cukup arif tentang kedudukan, susunan dan fungsian segala sesuatu yang cukup berharga dan istimewa. Jika dulu kembang menjadi penyeri dadanan wanita, namun kini segalanya telah berubah. Bunga sudah menjadi lambang perhiasan kuno jijik anih. Perlumbaan para wanita Melayu kini adalah pada segala macam perhiasan. Bahkan yang nilainya perhiasan mereka juga sudah bernilai secara tidak masuk akal serta tiada investment return yang munasabah akhirnya. Namun ego dan keperluan untuk berhidung tinggi, niali harga bukan ukuran. Yang menjadi ukuran kini adalah nilai keunikan, trendy serta the only one. Semua itu bukan persolan pokok, namun jika tuntutan nafsu ini sehingga melibatkan kepentingan awam, maka di situlah kepelesetnya keperibadian malah keImanan kita.

(4)  Saya menulis rencana ini lantaran di akhir-akhir ini, dunia Melayu seperti sedang bergolak hebat lantaran "mungkin kerana para wanita Melayu sudah tidak sedar kedudukan dan fungsian keistimewaan mereka" dalam sebuah masyarakat berbudaya Melayu. Dalam bahasa mudah, wanita Melayu kian lupa akan kedudukan dan harga diri mereka sebagai wanita Melayu. Mereka kian lupa diri bahawa mereka adalah wanita Melayu. Cuba perhatikan, di sebalik segala skandal rasuah berfofil tinggi, ada saja wanita Melayu di sebaliknya.  Saya mengambil kasus rasuah sebagai subjek penilaian saya terhadap martabat wanita Melayu lantaran rasuah telah sangat merosakkan Melayu. Tidak ada "profession" lain selain keterlibatan wanita Melayu di dalam rasuah, yang sangat menguncang martabat Melayu. Wanita Melayu ada terlibat dalam pelacuran, judi, minuman keras, dan bermacam-macam, namun itu semua tidak sampai memporak peranda martabat Melayu. Rasuah cukup hebat kesannya. Kehidupan masyarakat Melayu kini cukup terpukul akibat rasuah yang melanda masyarakat tersebut.

(5) Benar yang melakukan rasuah besar-besar boleh dibilang dengan jari yang melibatkan wanita Melayu, namun peranan mereka dalam mengaruh para suami khasnya untuk terlibat di dalam rasuah saya yakin sangatlah significant. Cuba ingat-ingat, biar Adam AS sekalipun terpengaruh untuk engkar tehadap larangan Allah lantaran godaan Hawa AS. Hawa AS mudah tertipu oleh Iblis untuk melangar perintah Allah. Kenapa jadi sebegitu? Saya kira, pertama-tama wanita Melayu kini sudah tidak gemar menghias taman. Lantaran itu, mereka sudah tidak arif tentang kembang-kembangan. Apa lagi tentang kedudukan dan fungsian kembang. Dalam budaya Melayu, kembang harus dimuliakan. Kembang harus dijaga rapi. Kembang punya kedudukan kehormatan yang tinggi. Ianya penyeri laman, taman bahkan kehidupan harian dalam dunia Melayu. Makanya, kembangan dan wanita, Melayu cukup sinonim akan darjat dan kemuliaannya. Nan pasti, kembangan dan wanita Melayu kini sudah terasing menjauh. Keaslian wanita Melayu sudah tertutup dengan segala kepalsuan yang mendorong ke jalan punah ranahnya bangsa itu.

(6) Sikap para isteri yang berupa kembang di rumah adalah sangat penting dalam menghindar keterlibatan para suami di dalam rasuah. Jika kembang secara azalinya cukup menawan dan tidak perlu apa-apa perubahan untuk menambah serinya, maka para isteri harus mengambil iktibar sebegitu untuk menjadikan diri mereka srikandi berharga di dalam sesebuah rumahtanga. Namun jika sang isteri kian bergelumang dengan segala macam kepalsuan, khasnya bagi mempertinggikan hidung masing-masing maka jalan rasuah menjadi jalan paling mudah bagi para suami. Juga akibat peredaran masa, trendy kononya kini sang isteri terlalu mengharap segala macam penghargaan. Bermacam majlis diadakan dan diraikan. Hari ulang tahun, HUT pernikahan. HUT kelahiran. HUT ibu-ibu. HUT itu ini belum termasuk Majlis Hari Raya dan Tahun Baru dan segala macam. Segala ini menghendaki hadiah penghargaan. Saban majlis dan atau HUT pastinya harus berubah-ubah dan semakin istimewa hadiahnya. Soalnya, kemampuan dan cara perolehan segala hadiah itu dari mana dan apakah caranya. Pastinya sesebuah Majlis tidak terhad kepada soal-soal hadiah, malah persediaan lain juga pastinya cukup lumayan berharga.

(7)  Pokoknya, dari isteri menjadi kembangan yang cukup menyeri, akhir-akhirnya isteri menjadi haiwan yang cukup mengerikan. Kini inilah apa yang sedang terjadi dalam dunia kepimpinan tertinggi Melayu. Sayang, pada saat kita sering menghayati kelahiran SAW, kita lupa tentang rendah diri dan menyeri azalinya Khatijah RA dan Fatimah RA kepada Muhammad SAW. Keduanya, bukan tidak membebankan jalan perjuangan Muhammad SAW malah menjadi sri kandi dalam me mperteguhkan perjuangan beliau. Pokoknya kini wanita Melayu memilih hiasan taman dan rumahnya sudah bukan lagi melati, melur, kemboja, seroja, dsb tetapi angerik-angerik hibrid yang penuh kepalsuan. Wanita Melayu sudah condong kepada liberation and celebration dari menjadi kembang setaman penyeri kehidupan sederhana penuh berkat. Lantaran itu dari terus menikmati damai kehidupan biar di dunia, kini para isteri yang sedemikian menghalau para suami mereka sendiri di penjara, dan tidak kurang yang turut terpenjara juga akhirnya. Melayu seperti lupa, betapa Syurga akhirat itu jauh lebih indah abadi dari segala keindahan di dunia; sabar dan yakin dengan janji Allah seperti sesuatu yang mustahil buat Melayu.

(8)  Mungkin para isteri Melayu harus ke Agra, dan lihatlah musibah yang menimpa Shah Jehan yang begitu menghargai Mumtaj sehingga terbinanya Taj Mahal hasil dari jarahan terhadap harta Negara dan akhirnya Shah Jehan terpenjara dengan Taj Mahal adalah pemandangan saban harinya dari tingkap penjaranya. Paling trajis, yang memenjarakannya adalah anaknya sendiri, Sang Raja Aurangzeb.


ETS KL- Padang Besar

23 Sept., 2022

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.