.

1/10/22 PRU 15 BAGAIMANA SEHARUSNYA SIKAP SABAH DAN SARAWAK?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 21, 2022

Share

& Comment

Suka atau tidak, Sabah dan Sarawak harus diperakui sebagai dua wilayah yang sangat kaya dalam Persekutuan Malaysia, namun kekayaan ini tidak diterjemah sepenuhnya sebagai rahmat bagi rakyat kedua-duanya. Juga suka atau tidak, sebelum pembentukan Malaysia, kedua-duanya adalah dua wilayah merdeka yang berpunya perlembagaan tersendiri. Dengan penubuhan Malaysia, maka terbentuk Perlembagaan Baru yang disebut sebagai Malaysian Agreement 1963, ringkasnya MA63 yang merupakan persefahaman bersama dalam meletakkan perlembagaan masing-masing wilayah sebagai asas Perlembagaan Asal Malaysia (MA63). Di dalam MA63, termaktub hak masing-masing wilayah yang membentuk Malaysia ie Malaya, Sabah dan Sarawak. Namun dengan perubahan masa, MA63 telah melalui banyak pindaan sehingga MA63 menjadi lemah, diluted khasnya yang melibatkan hak-hak Sabah dan Sarawak.

(2) Di era Najib Razak sebagai Perdana Menteri, tuntutan Sabah dan Sarawak agar MA63 dinobatkan kembali, reestablish adalah sangat lantang. Isu pokok kepada perkara tersebut adalah berkait dengan rasa tidak pusa hati dua wilayah ini terhadap jumlah peruntukan tahunan yang mereka perolehi untuk memajukan wilayah-wilayah tersebut sejajar dengan Malaya. Soal kemiskinan yang masih tinggi serta Indek Pembangunan Sumber Manusia, HDI yang rendah berbanding Malaya menjadi sandaran asas tuntutan Sabah dan Sarawak. Apa tah lagi, Sabah dan Sarawak yang menyumbang penghasilan petroleum dan gas tertinggi Negara, namun mendapat royalti yang sangat rendah. 

(3) Tuntutan Sabah dan Sarawak terhadap hak-hak mereka melalui MA63 di Parlimen menemui jalan payah. Sebab utamanya, jumlah undi Sabah dan Sarawak di Parlimen adalah jauh lebih kecil berbanding dengan undi pihak di Malaya. Dari sebermula, asas kelemahan MA63 adalah pentakrifan secara matametik akan konsep kesamarataan taraf semua wilayah dalam Malaysia. Struktur undi di Parlimen, sedari mula tidak pernah meletakkan taraf yang sama bagi semua wilayah. Keadaan menjadi terlebih sukar bilamana politik di peringkat Persekutuan sangat kucar kacir. Politik Sabah dan sarawak juga terheret kucar kacir, tidak kukoh bersama dalam perjuangan mereka. Juga Sabah dan Sarawak tidak sepakat dalam banyak hal berkait dengan cara dan intipati perjuangan mereka terhadap MA63. Pastinya keadaan ini telah dimanafaatkan secara licik bagi melengah-lengahkan perakuan bahawa MA63 harus kekal seperti aslinya serta segala pindaan yang ada, harus mengembalikan semangat MA63. 

(4) Sikap Sarawak khasnya sejak dari 1963 sehingga 2014, adalah sangat berlembut, cukup bertolak ansur dengan perlakuan Kerajaan Persekutuan dalam soal-soal peruntukan pembangunan. Namun keadaan ini berubah bilamana Adenan Satem menjadi Ketua Menteri Sarawak pada 2014. Beliau menuntut hak dan perlakuan yang hak dari Kerajaan Persekutuan. Hakikatnya, di Sabah, nada serupa saya kira sudah berkumandang sejak Pairin Kitingan dari PBS dapat menumbangkan Berjaya pimpinan Harris Salleh pada 1985. Namun, Sabah pada masa itu kesendirian dalam segala rintihannya. "Pengasingan politk Sabah" dari persekutuan (BN) dari 1985-1994 cukup menguntungkan Sarawak pada masa itu. Namun mulai 2014, fenomena himpitan ekonomi mulai menyatukan Sarawak dan Sabah dalam perjuangan mereka untuk mengembalikan hak-hak mereka selaras MA63. Biar banyak usaha dilakukan oleh Sarawak dan Sabah pada masa itu (2014), namun kemajuannya sangatlah perlahan.

(5) Adenan sebagai ahli politik Sarawak yang seasoned, dia melancarkan konsep Sarawak for Sarawak (S4S) yang sangat jitu bagi Sarawak. S4S Adenan biar sama bunyinya dengan Sabah dan malah parti-parti pembangkang Sabah dan Sarawak, namun saya perhatikan konsep dan intipatinya cukup berbeza. S4S Adenan lebih menekankan perlunya sifat jati diri Sarawak pada rakyat Sarawak. Dia mahu Sarawak berdiri bebas serta bersatu padu dan tetap bersama dalam Malaysia. S4S pihak-pihak lain punya kecenderungan untuk bebas di luar Malaysia. Adenan bila berbicara bersama Najib, dia sering menekankan bahawa Sarawak adalah part and important component of Malaysia. Agenda politik Adenan adalah jelas, Kerajaan Persekutuan mesti melayani Sarawak pada haknya. Negara sejak 1997 - 2022 kini berada dalam keadaan kesukaran ekonomi yang rumit. Maka usia pendek Adenan tidak menghasilkan buah yang beliau kehendaki sepenuhnya.

(6) Namun dalam PRN 2016, dengan gaya S4S Adenan dapat menyapu 72 dari 82 kerusi DUN, suatu kemenangan hebat. Saya perhatikan pada masa kempen PRN 11 Sarawak, Adenan seperti melarang kehadiran komponen BN Malaya untuk hadir di Bumi Kenyalang. Adenan berusaha dan membuktikan bahawa Sarawak boleh diurus oleh anak-anak Sarawak tanpa perlu campurtangan pihak-pihak lain. Dari situ, dalam PRU 14 (2018), di bawah Abang Johari, beliau juga mengunakan pendekatan sama.  Dengan kalahnya BN di peringkat persekutuan, serta keperluan untuk bebas, komponen-komponen BN Sarawak akhirnya memutuskan untuk bebas dari BN dan membentuk GPS. Serta pada PRN 13 (2021) BN tidak teribat di Sarawak, dan GPS bersaing dengan harmoni dengan parti-parti "asas Sarawak" sahaja sehingga atas semangat Perpaduan Sarawak, maka GPS memenangi 76 dari 82 kerusi yang dipertandingkan. Abang Johari memperolehi kemenangan lebih bergaya dari Adenan Satem.

(7) Strategi politik GPS setidak-tidak sehingga kini telah membuktikan bahawa Sarawak boleh bersatu dalam agenda politik mereka tanpa perlu campurtangan pihak-pihak di luar Sarawak. Pendekatan ini boleh menjadi Sarawak berpunya kuasa politik yang agak mandiri serta mampu dijadikan asas dalam menzahirkan segala tuntutan hak Sarawak berteraskan MA63. Sesungguhnya kesan strategi politik sebegini, ie to stand as One Sarawak for Our Right jauh lebih mantap dari langkah kebingitan sebelumnya. Sabah saya kira masih menerima pakai perjuangan secara bingit dari to stand as One Sabah lalu kemudian bersama Sarawak dalam menentukan corak pentadbiran Persekutuan Malaysia yang saksama. 

(8) Pendeknya, rakyat Sarawak dalam PRU 15 ini harus bersatu dan mendokong penuh GPS agar kita boleh terus berdiri sebagai One Sarawak for Greater Sarawak lalu kemudian bersama Sabah untuk kesaksamaan dan kegemilangan Malaysia. Parti-parti serpihan Malaya dan atau berpolitik secara keterlaluan Malaya harus kita elakkan sama sekali. Ini bukanlah langkah sombomg apa lagi takbur, ini adalah langkah berani yang perlu kita ambil sebagai daya consolidation of force for our good intent ie Sarawak bersama makmur dengan seluruh Malaysia. Kita perlu mengasaskan teladan yang terbaik bagi menghapuskan segala kemelut politi Negara yang berpanjangan sejak 1997 ini. Enough is enough.

Kuching, Sarawak
21 Oct., 2022

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.