.

2/1/2025 SIMUNJAN – a Bavaria Dream

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 22, 2025

Share

& Comment

PROLOQ: 

Pemerintahan Firaun 3150-35SM merupakan sebuah ketemadunan yang sangat hebat. Lembangan Sg Nil, Mesir mereka bina sedemikian rupa sehingga ianya menjelma sebagai sebuah penempatan yang cukup makmur dan hebat. Terusan pengairan, Piramid dan Luxor merupakan peninggalan kekal mereka. Ketemadunan Mesir atau Firaun runtuh dengan bangkitnya ketemadunan Roman 753 SM - 476 M (1453M Byzantium). Selepas empat khalifah besar, empayar Islam mulai mengalahkan Byzantium dan Farsi bermula dengan Kerajaan Muawiyah pada 661 sehingga kepada Kerajaan Othmaniah sehingga 1923. 

(2) Sejarah sebetulnya menunjukkan muncul pelbagai kerajaan besar sekitar 5,000 SM sehingga ke 1960an di seluruh dunia. Kemunculan kerajaan-kerajaan besar ini adalah atas satu faktur - kuasa penyatuan pada satu sosok. Kemudian kerajaan-kerajaan ini jadi hancur berpecah belah malah terus mundur dan pupus juga atas satu fakor - serakah suatu sosok

1.  SEBUAH IMPIAN:

Bavaria has a long and fascinating history, dating back to its earliest settlement by Iron Age Celtic tribes. It  was later conquered by the Roman Empire in the 1st century BC, became the State (Duchy) of Bavaria in the 6th century AD. After a period of independence as the Kingdom of Bavaria, it joined the Prussian-led German Empire in 1870 and became a state of the Federal Republic of Germany in 1949. Today, Bavaria is a prosperous and competitive region, known for its blend of tradition and innovation, with a strong focus on high-technology fields such as aerospace, IT, artificial intelligence, and life sciences. Bavaria, officially the Free State of Bavaria, is a state in the southeast of Germany. It is the largest German state by land area, comprising roughly a fifth of the country's total land area. 

(2) The state is known for its distinct culture, largely due to its Catholic heritage and conservative traditions, which includes a unique language, cuisine, architecture, festivals, and

Alpine symbolism. Bavarians are said to be charming, proud, self-confident, and sociable, but sometimes stubborn. They are also known for their love of traditions, which are highly valued and often form the centrepiece of community social life.

(3) Bavaria has the best-developed industry in Germany and the lowest unemployment rate at 2.9% as of October 2021. The state has successfully transformed from a poor, agrarian economy to one of Europe's most prosperous and competitive regions. Despite this, it remains the most agricultural state in Germany, and rural life continues to significantly contribute to its identity and social fabric.

(4) Jika Simunjan hendak bergerak maju, apakah dan ke manakah tujuan kemajuannya? Siapa dan apa pula yang harus maju - the place, the people, selective, and or total? Sebagai sumber inspirasi, sejarah manusia dan proses pembangunan Bavaria Jerman mungkin boleh dijadikan iktibar buat Simunjan. Saya melihat ada kesamaan antara keduanya dalam beberapa hal - budaya, sumber asli dan prospek pembangunannya. 

2. Nostalgik 

Suatu petang sambil mendokong adik bungsu dan menganding adik di bawah saya - immediate younger sister, kami membuntut bapa ke tebing Batang Sadong – lungin kata orang Sarawak - di depan rumah kami di Kg Sedilo yang letaknya sekitar 2 KM ke hilir dari Pekan Simunjan. Di Lubuk Samsu, sekitar 10 KM ke hilir Kampung Sedilo, Ombak Pasang – benak kata orang tempatan – Tidal Bore dalam Inggerisnya - sedang mengulung mara ke hulu. Perahu kecil kami sedang berada di bibir atau kaki air. Perahu itu tidaklah besar, berukuran sekitar 20-24 kaki panjang dan 18-20 inci dalam. Jika perahu itu tidak segera dialih, ombak akan menghempas lalu menghenyaknya ke perdu punggung-punggung berembang – pedada kata orang Sarawak – dan pasti jika tidak pecah akan rosak teruk. Bapa melepas ikatan tali perahu dari pancang - turus dan beliau bergegas mendayung perahu itu ke tengah sungai. Dia bermain Ombak Pasang. Tinggi Ombak Pasang adalah sekitar 4 – 6 kaki. Kira-kira relatively besar berbanding dengan perahu kami. Bahayanya Ombak Pasang adalah seperti Ombak Tsunami tidak seperti ombak laut biasa. Bila sampai ke pantai, ia menghempas diri malah mengasak ke tebing lalu kemudian mengundur dan kembali mengasak ke pinggir lalu mendorong arus deras pasang. Ombak ini bersifat sorong, asak, gulong dan tarik – di situlah perbedaannya dan bahayanya Ombak Pasang.  Ombak biasa akan pecah pada saat menghempas pantai dan lerai habis di situ.

(2) Apa maksud kegilaan yang bapa pertontonkan kepada saya dan adik-adik? Dari 18-24 Okt., 2024 saya terbaring kaku di Ward Hospital. Kemudian 25 Okt, - 3 Nov., 2024 saya terus kaku di kamar di rumah. Pada malam 3 Nov., 2024 saya diserang rasa ulu hati yang cukup pedih dan memengsankan, lalu pada 4 - 11 Nov., 2024 saya sekali lagi kaku terbaring di Ward Hosiptal. Pada 12 - 18 Nov., 2024 sekali lagi saya harus tidak terlalu bergerak di rumah. Makanan cukup terkawal sejak 4 Nov., dan bahkan terlalu banyak ubat yang harus saya makan dua kali sehari menjadikan nafsu makan saya hilang pahit. Saya dapat rasakan bahawa berat badan saya telah menyusut sekitar 6-7 Kg dan itu adalah parah lantaran berat badan saya tidak pernah melebihi 72 Kg paras ideal weight saya. Dalam tempoh itu, tidak ada apa yang harus saya perbuat. Hampir segala-gala harus dalam perbaringan. Namun satu perkara yang terus menikam fikiran dan jiwa saya adalah - Simunjan. Sebabnya, saya dan beberapa rakan sedang berusaha menubuhkan Persatuan Alumni SK Abang Man, Simunjan sekolah rendah di mana saya pernah belajar dari 1968-72. Saya telah diberi amanah untuk mendaftar Persatuan tersebut, namun lantaran kecederaan dan masalah kesihatan yang saya hadapi sejak 18 Okt., 2023, maka segala-gala tertangguh. Namun begitu, fikiran saya tetap aktif. Selepas penubuhan Persatuan nanti, apa harus kami perbuat? Maka saya melakar-lakar the conceptual Simunjan di fikiran saya bagi membunuh rasa bosan di perbaringan dan lama tempoh rehat di rumah mungkin sehingga 24 Januari 2025. 

(3) Pagi ini 20, Nov., 2024 semasa mandi sebelum Sholat Subuh, saya teringat akan bapa dan peristiwa ini menikam lebih dalam ke benak fikiran saya. Kenapa? Saya berazam untuk membangun daerah kelahiran dan zaman anak-anakan saya, Simunjan pada kedudukan sepatutnya. Sebabnya mudah, pertama saya melihat teman-teman seangkatan saya serta kaum keluarga saya yang mendiami Pekan Simunjan, kehidupan mereka tidaklah jauh berbeza dengan kehidupan orang-orang tua mereka di tahun-tahun 1970an dahulu. 

(4) Sebab kedua, dan saya mengira itulah mungkin takdir Allah sebetulnya, biar saya memilih untuk kekal menetap di Sadong Jaya, dan biar daerah kecil Sadong Jaya sudah dipisahkan dari tadbiran Simunjan, namun kampong saya, Kg Terasi secara politik termasuk ke dalam ADUN Simunjan. Dari segi pentadbiran ianya diurus oleh Pejabat Daerah Asajaya. Sebetulnya, administratively ianya ganjil dan tidak logik dan bahkan secara politik menjadikan kampung saya dan empat buah lagi perkampungan kejiranannya menjadi politically sideline. Namun, saya tidaklah terlalu risau tentang Kampung saya sendiri. Masyarakat di sini, sudah biasa berdikari serta akibat faktur locality, In Shaa Allah ianya akan membangun naturally smooth.

(5) Simunjan adalah tempat di mana saya pernah bermain lumpur dan berenang dalam air selut bersama teman-teman semasa anak-anakan. Saya lahir di Kg Terasi, Sadong Jaya, di kampung sebelah ibu, namun zaman anak-anak, saya tumbuh di Kg. Sedilo, Simunjan iatut kampung bapa saya. Untuk membina Simunjan dalam keadaan status saya kini, tampaknya, saya seperti perlu bergelut dengan pelbagai faktur saikologi dan sosiologi. Pertama pengasingan saya dari daerah ini di zaman anak-anak saya sejak 1972 – 1984 sangat-sangat menjarakkan saya dengan kerabat handai dan teman taulan. Apa lagi kini hampir-hampir semua dari teman-teman akrab dan bahkan saudara mara terdekat telah meninggal dunia. Kedua, bila saya pulang dari mengikuti pendidikan panjang di Malaya, saya memilih untuk menjadi Orang Laut atau Orang Muara atau Orang Kuala – tinggal di Sadong Jaya, hilir Simunjan lalu berkhidmat di Kuching sehinggalah saya bersara awal pada akhir 2011. Sejak itu sehingga kini saya kekal menetap dan aktif berusaha sendiri di Kg. Terasi, Sadong Jaya – menjadi Orang Laut hakiki. Atas urusan dagang dan keperluan tertentu sahaja saya menyua muka ke pekan Simunjan. Sambil ngopi bersama kenalan-kenalan lama, maka bila saya sering berbicara tentang apa dan bagaimana Simunjan harus dibangun, there is always a sense of you are an alien and why only now you talk about Simunjan? Saya merasa cukup terasing dalam banyak perkara. Dalam ilmu saikologi dan sosiologi sepertinya saya perlu berdepan dengan Ombak Pasang – I’m facing great spiral potent forces – yang boleh melemaskan.

(6) Semasa berkhidmat di dalam Kerajaan dari 1986-2011 kecuali bagi tempoh 1999-2001, saya bukan tidak prihatin terhadap Simunjan, saya tidak pernah melupakan Simunjan. Namun focus saya tidaklah Simunjan per se iaitu secara localised namun Simunjan dalam context basic regional development. Pada masa Simunjan dalam wilayah asalnya, perhatian saya mulanya adalah pembinaan tebatan banjir meliputi seluruh Sadong Jaya atau lebih dinamakan sebagai Blok IV Asajaya DID Scheme dan Blok IV South iaitu sampai ke Engsengei Melayu kini, Sg Ladong-Sebangan-Sebuyau DID Scheme dan meluas ke Kg Sabun Simunjan. Banjir akibat bah air masin dan di musim tengkujoh adalah isu pokok yang perlu diselesaikan dahulu. Semua ini kemudian menjadi asas kepada pembinaan jalanraya, bekalan elektrik dan air. Bagi tempoh 2002-2011 pula tumpuan saya adalah dalam memperkembangkan pembangunan perladangan sawit di seluruh the Greater Simunjan - Gedong, Bukit Punda, Sebuyau dan malah kawasan Sadong Jaya. Membangun Simunjan secara mikro bukanlah bidangkuasa saya pada masa itu. 

(7) Biasanya bila saya mempunyai suatu gagasan buah fikiran, menjadikan saya banyak berfikir dan menyoal sendiri. Saya akan membaca, terus berkeliling memerhati, berfikir dan mencari jalan penyelesaiannya atau strategi menguruskannya. Dalam banyak perkara, saya sering mendapat ilham akan kunci permasalahan dan jalan penyelesaian di kamar mandi atau on long-lone-slow country driving. Sebegitu lama saya melihat telatah bapa menyonsong Ombak Pasang sebagai sebuah hiburan masa lalu. SuhanaAllah, Dia mengatur segala-gala. Sekitar 60 tahun dahulu, pada sosok seorang bapa, pada hari ini Allah memberikan saya ilham, sesungguhnya olah bapa itu adalah lantaran dia mesti berani bertindak menyelamatkan apa yang menjadi tonggak kepada kesejahteraan keluarganya. Perahu bapa adalah ibarat pickup milik saya kini, ianya menjadi tunjang kepada segala usaha saya. In Shaa Allah – keluarga besar saya adalah Simunjan, membina Simunjan adalah tanggungjawab bersama yang perlu saya gerakkan kokoh bersama rakan-rakan setujuan. Mudah-mudahan, inilah hikmah dan perjuangan kemasyarakatan terakhir saya bilamana saya menolak segala kehidupan santai di Kuching, Kuala Lumpur dan bahkan di luar negara. Alhamdullilah. In Shaa Allah.

(7) Conceptual ini saya tulis dalam saya mendepani ujian Allah yang cukup berat bagi seorang yang hyperactive seperti saya. Sejak 18 Okt., 2023 sehingga 18 Nov., 2023 saya berada dalam keadaan paralyzed - perlu immobilized.  Namun dari 20 Nov., 2024 mungkin sehingga 25 Januari 2025 lantaran sudah boleh bergerak biar masih terbatas, agar masa tidak hanyut dalam resah, saya tumpukan untuk berfikir demi Simunjan lantaran pada hari-hari ke depannya, In Shaa Allah saya akan mulai bergerak bertatih meniti baki waktu yang entah seberapa banyak yang masih tersisa. In Shaa Allah. 

3. Tujuan Tulisan Ini:

Development Ekonomy selain politik dan sosiologi keIslaman adalah merupakan bidang-bidang yang sangat saya minati. Saya gemar membaca, memerhati, berbicara dan menulis hal-hal berkait dengan perkara-perkara ini. Jika saya mengembara, saya lebih memilih secara solo lantaran saya ingin meneliti akan subjects yang saya cenderungi di atas tanpa buru-buru.

(2) Atas pemerhatian dan keyakinan saya bahawa Abang Johari sangat bekerja keras untuk menjadikan Sarawak sebagai High Income Developed State menjelang 2035 nanti, maka bila melihat Simunjan berbanding lingkungannya, saya berkira ianya tidak boleh dibiarkan membangun dalam ertikata as side effect or trickling effect of its greater regional transformation. Maksudnya, Simunjan jangan sekadar hanyut mengikut economic transformation daerah-daerah sekelilingnya, tetapi Simunjan harus ada agenda transformation yang tersendiri yang sealiran dan atau memperkukuh segala transformation yang berlaku di sekitarannya. Sebabnya mudah - it is not about chauvinistic or typical regionalism, pluralism adalah cara hukum Allah maka kita perlu membina kekuatan dari pluralism dan bukan taksub kepada standardization. Maka dalam tulisan ini, saya berusaha menerokai MSG - singkatan bagi Monosodium Glutamat iaitu Ajinomoto. Apakah perisa to Make Simunjan Great - MSG? Namun perhatian saya kali ini lebih menyorot dalam mengurus dan melestari sumber dan kekuatan asli Simunjan sebagai jalan lain dari focus transformasi daerah-daerah kelilingnya. 

(3) Usul saya, MSG - Make Simunjan Great  adalah sebagai gerakkan bagi membina Simunjan dalam arus Forefront dan bukannya Backyard Economy. Dalam Inggerisnya - Let the tide raise all boats. Membangun Simunjan cukup sulit dan banyak dilemanya. Abang Johari sebagai sosok politik negeri, ada perkara yang harus dia segera dan tumpukan. Maka. pendekatannya dan siapapun pada kedudukannya, pasti bersifat selective priority. Itu tidak salah. Itu keperluan dalam mengurus politik. Namun, jika Simunjan tidak mahu menjadi backyard economies, maka masyarakat; rakyat Simunjan harus ke depan secara strategis; bagaimana?

4. Isu dan Ironinya:

Simunjan asalnya merupakan sebuah daerah yang cukup luas – biar saya namakan ianya the Greater Simunjan (keseluruahn peta sisipan). Merentang dari perbukitan hampir di perbatasan dengan Kalimantan Barat di Selatan membawa ke persisir Pantai Laut China Selatan di Utaranya. Pada tahun 1960an, pekan Simunjan adalah nadi bagi daerah ini yang terbahagi kepada tiga daerah kecil – Pendam (kini Sadong Jaya) dan Sebuyau di persisiran (sebelah laut dalam istilah tempatan) dan Gedong di bahagian pedalamannya. Pekan Simunjan cukup central bagi tiga daerah kecil ini pada era 1960an-1970an. Di era 1960-70an, segala lumber jack  dari Muara Tuang (Kota Samarahan kini), Nonok (Asajaya kini), Semera, Jemukan, Pendam (Sadong Jaya kini), Tungkah-Sebangan, Meludam, Beladin, Pusa dan malah sejauh Igan-Dalat mereka berpusu-pusu menaiki "kapal" memudiki Batang Sadong dan menjadi  kuli-kuli gagah perkasa meredah segala hutan di daerah ini untuk mengisi kenyang segelintir kapitalis. Di tahun 1960an, terbangun dua kilang papan cukup gah pada masa itu Hua Lim Sawmill di Tg Tanglung dan KTS di Sedilo, dan lantaran pencemaran dari keduanya, berserta perubahan hidrologi Batang Sadong, saya yakin sejak 1970an, hasil sungai Simunjan kian punah sehingga kini. Kini the Greater Simunjan hanya tinggal Pekan Simunjan dan perkampungan sekitarannya dan daerah kecil Sebuyau. Menguncup mungkin tinggal hanya menjadi 25-30 peratus dari Simunjan asalnya (ditandai garis merah putus-putus). Apakah kesannya – nan pasti the administrative function Simunjan menjadi semakin kecil dan ini pasti melibatkan perkembangan ekonominya.

(2) The Greater Simunjan seperti juga banyak wilayah-wilayah Sarawak lainnya, telah dan terus menghasilkan sumber manusia yang cukup berbakat. Dalam dunia politik, teknokrat, birokrat, koprat, senibudaya, keagamaan dan segala bidang sosial lainnya – manusia-manusia Simunjan are well represented bahkan boleh menyaingi banyak wilayah-wilayah lain di Sarawak. Mereka membentuk diaspora dalam pengertian longgarnya. Saya banyak bertemu dan berinteraksi dengan mereka dalam majlis-majlis rasmi bahkan ngopi di mana-mana, namun pembicaraan kami hanya bersifat as friends and knocking on each other. Santai, tidak strategik. Jika dibanding dengan apa yang saya perhatikan di kalangan kenalan-kenalan saya di Malaya, sikap apa orang Jawa katakan sebagai ngompol – berkumpulan tidak saya perhatikan.  Biar di kalangan suku-suku kaum lain di Sarawak terutama Orang Ulu, Bidayuh, Iban dan Melanau, yang agak ketara ngompol secara regional, ini tidak berlaku di kalangan diaspora Simunjan. Bahkan kemudian, saya pernah melontarkan pemerhatian saya ini kepada beberapa orang sahabat di Kuching – mereka really make me stunt – you all Orang Laut never get organised and being together. Kenapa ini terjadi? Saya berkira inilah puncanya kenapa the Greater Simunjan keep shrinking and the significant of Simunjan is to everybody uncertainty – we never being cohesive as the Greater Simunjanthe diasporic Simunjan not giving back enough.

(3) Hakikatnya, para diaspora Simunjan atas keperluan kerjaya dan membina kekuatan pribadi di perantauan - di ekologi baru mereka; sama saja dengan siapapun di mana-mana – mereka harus focus kepada membina kerjaya dan kehidupan pribadi terlebih dahulu. Ini selaras dengan Tiori Maslow - di mana dalam awal kehidupan manusia, tumpuan utama mereka mulanya harus pada kecukupan pribadi dan keluarga. Soal-soal kampung halaman dan masyarakat, itu saya yakin banyak menjadikannya perkara kedua jika tidak melupakan dahulu. Cuma bila telah bersara, baru rasa rindu kepada tempat bermain kembali muncul, dan apa yang mereka dapati kemudiannya adalah Simunjan not really progressing. Pastinya ramai yang tersentuh dan kecewa – lalu merungut dan ada yang "memberontak", namun keinginan mereka untuk menyumbang kepada kemajuan Simunjan tidak mendapat perhatian. Ramai yang kecewa, lalu bersikap membangkang - menyonsong arus bagai anti establishment. Keadaan ini saya baca sebagai sesuatu yang tidak sihat dan harus dileraikan agar kesatuan fikir, pengalaman dan semangat semua pihak dapat digembeling dan masing-masing diberi dan memainkan peranan masing-masing pada kadar sewajarnya. Kita perlu bersama mengapak ruyung, mencincang empulur lalu memerah untuk mendapatkan sagunya dari sepohon rumbia.

(4) Saya mengira, para pensionan diaspora dan tempatan, perlu mengembeling segala kekuatan dalam membina Simunjan yang sewajarnya.  Atas kesuntukan waktu dan sumber, apapun perbedaan aspirasi masing-masing, itu semua harus dibulatkan menjadi sebuah crystal ball yang boleh menjadi pegangan dan lanjutan perjuangan kental kepada generasi selepas mereka nanti. Saran saya, kita perlu bergerak secara open minded dan bukan closed individualistic and or chauvinistic outlook. Perspektif localised parochial harus kita ubah untuk menjurus kepada membina kekuatan bersama. Semua pihak, di mana juga perlu digembeling untuk sama membina. Sejarah lenyapnya Kerajaan Sadong harus menjadi peringatan hebat buat semua.

(5) Di peringkat masyarakat setempat, sedari dulu sehingga kini, ruang untuk mereka cepat membina kekuatan adalah sangat terhad. Opportunities opening sememangnya ada, namun itu tidak socio-economically serasi dengan mereka dan bahkan penyertaan mereka adalah sangat terbatas. Faktur natural ecological limitations sedari awal cukup mencabar dan sangat banyak. Bukan hanya di kalangan penduduk pribumi, malah kaum pedagang Cina juga kian menyusut dagangan mereka. Saya mengira, pertama masyarakat setempat sedang menghadapi masalah psychological trap di mana keadaan nuansa - habitat limitations, telah membelenggu cara fikir dan tindakan mereka sejak sekian lama sehingga mereka bersikap menerima segala-gala seadanya. Kedaan ini akhirnya membentuk limited income trap di kalangan mereka. Kedua, lantaran terkongkong oleh faktur habitat natural limitations and communities psychological trap, maka itu menumbuhan   lack of 3-in-one leadership traits - creative, visionary and determine. Ini tidak terhad di bidang politik, malah di sektor awam saya lihat Simunjan cukup lengai inertia sejak sekian lama. Para pentadbir hanya memainkan peranan sebagai pentadbir – managing as it is, dan tidak far sighted progressive. Di kalangan mereka, the shrinking Simunjan central administrative functions sangat menyumbang kepada faktur ini. Perkhidmatan awam yang menjadi tongak asas perkembangan ekonomi setempat tidak berkembang dan tidak mencabar. Makanya, sikap inertia ini menyusup nurtured hebat menjadi jati diri masyarakat setempat dan kekal terbawa-bawa sejak saya mulai mengenal hidup dari 1960an sehingga kini.

(6) Saya berani mengatakan bahawa Simunjan per se, ketiadaan Local Role Models yang mampu memicu semangat masyarakat setempat. Benar Simunjan banyak menghasilkan role models, namun mereka tidak localised - mereka berjaya individually di perantauan dan tidak mengakar local atau kembali localize. Ikan tidak kembali ke lubuk. Sirih tidak kembali ke gagang. Pinang tidak kembali ke tampuk.  Pekan Simunjan secara geografi dan gelologinya  adalah sebuah lubuk. Dari sifat sebuah lubuk yang menjadi kediaman banyak ikan, lubuk Simunjan malah menghakis dan memerbahayakan penduduknya. Malah ikan-ikan bermutu dari Simunjan juga telah pupus di tangan para kapitalis serakah.

(7) Masa depan pekan Simunjan saya kira cukup tidak pasti. The nature di mana pekan tersebut terbangun cukup tidak friendly. Kenapa nenek moyang kami terdahulu memilih untuk membangun pekan Simunjan pada kedudukan kini saya berkira berakar umbi kepada tempat asal mereka dahulu. Simunjan dibangun oleh para penghijerah pengunsi dari segala pelusuk Borneo dan Nusantara. Datuk saya berasal dari Palembang. Bersamanya ramai rakan-rakan dari sebelah nenek, berketurunan dari Sambas. Habitat Palembang dan Sambas hampir menyerupai Lembangan Batang Sadong. Bahkan datuk sebelah ibu yang berasal dari Rhiau juga asal perkampungannya serta rakan-rakan dari Sulawesinya adalah sama dengan keadaan Lembangan Batang Sadong. Mereka memilih untuk menempati Hilir Simunjan (Sadong). Itulah ekologi yang mereka biasa, maka tidak heran jika faktur keterbiasaan menjadi asas pilihan mereka dalam membangun sebuah kawasan baru untuk menjauh dari Taxing Brunei Government di Sarawak (Kuching kini) pada masa lalu. 

(8)  Hakisan, bah dan tanah gambut merencat perkembangan pekan Simunjan secara progressif dan tersusun. Saya berkira, sejak 1970an, jalan penyelesaian masalah hakisan hanya dilihat dari gegala hidrologi sempit  Batang Sadong. Langkah yang dilakukan adalah secara localised adhoc dan bukan melalui kajian hidrologi menyeluruh.  Tumpuan jalan penyelesaian hanya dilihat pada dan terhad kepada hakisan di pekan Simunjan iaitu dengan membina tembok pengukuhan struktur tebingan sungai. Ada juga usaha untuk membina terusan rentasan antara Lubok Buntin ke Ensengei. Usaha itu terbantut dengan melangkah keluarnya peneraju dari sistem yang ada. 

(9) Saya perhatikan, hakisan di tebingan Batang Sadong khasnya pada “Lubok Sageng-Sedilo” kebanyakan berlaku pada masa air surut pada masa musim pasang besar di musim tengkujoh Nov – Feb setiap tahun. Pada musim tengkujoh, limpahan air dari Batang Simunjan Kiri dan Kanan (kotak biru) dan Batang Gedong (kotak hijau), dua anak sungai Batang Sadong yang cukup luas kawasan tadahan airnya water catchment memberikan henyakan hidrolik (anak panah merah) yang sukar dibendung oleh tebingan lembut tanah lanar “Lubok Sageng-Sedilo” pada ketika air surut. Apa lagi di musim tengkujoh, air hujan yang lebat dan berpanjangan pasti cukup menguncang tebing yang terbina dari lumpur yang lembut.  Bahkan, kini saya perhatikan jalur Pantong Iban (petak merah) sedang menghadapi hakisan yang jelas belum ada langkah-langkah tebatannnya. Para petani di sana kian menerokai tebing sungai dan tumbuhan penampan - buffer kian pupus, hakisan akan semakin kencang menjadinya.  

(10)
 Dalam tulisan ini saya mengariskan pekan Simunjan - Simunjan City kepada ruang bertanda titik-titik merah dalam peta sisipan di sebelah - sekitar 5 x 5 KM luas. Pasar atau dalam istilah akademiknya Simunjan CBD - Central Business District, adalah dalam lingkaran titik-titik berwarna kuning. Lekuk dalam garis biru, berdasarkan pengalaman peribadi saya, itulah kawasan yang telah terhakis - enam buah Pasar Lama, Kampung Lintang, Sebahagian Kg Sageng, Poliklinik Lama dan hampir keseluruhan Padang Bola - telah tersungkur lenyap. Tanah datuk saya seluas 7 ekar di tebing Kg Sedilo lebur semuanya ke dalam Batang Sadong. Anggaran saya sekitar 150 - 200 meter kawasan di tebing pasar Simunjan telah luluh menjadi air sejak 1960an. Hakisan paling ketara berlaku antara 1970-1980an. Keadaan agak bertahan pada 1990an terutama selepas kilang papan KTS di Sedilo nyah operasi. Saya ingin menjadikan sign ini sebagai mungkin pertunjuk Allah akan pilihan jalan bagi menyelamatkan Pasar Simunjan nantinya. Dengan andaian keeping things as it is, garis biru putus-putus adalah agakan saya kedudukan kaki air Batang Sadong sekitar 50-60 tahun lagi. Maksudnya, separuh dari Pasar Simunjan kini akan menjadi Batang Sadong di sekitar 2075-2085 nanti. 

(11) Biaya bagi memperkukoh tebingan  pasar Simunjan memakan belanja yang cukup besar. Berdasarkan apa yang telah dibuat untuk sekitar lebih kurang 0.75-1.0 KM, saya berkira sekitar 300 – 500 peratus lagi diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Namun biar  hakisan tebingan pasar Simunjan jikapun dapat diatasi, kawasan sekitar Pantong Melayu-Iban akan menghadapi hakisan juga dan saya mengira dalam 10 – 15 tahun mendatang, suatu jalan baru perlu dibuat bagi mengelakkan Simunjan terputus hubungan dengan Sadong Jaya-Kota Samarahan. Skim Tebatan Banjir Tg Pisang ke Sabun juga pasti terjejas. Kampung Sageng yang sejajar dengan pekan Simunjan juga akan terus terancam. Usaha-usaha pencegahan hakisan secara pengukuhan tebingan sungai perlu dilakukan bermula dari Muara Batang Sekendu sehingga ke Pantong Iban dan itu saya kira adalah dalam 10 - 15 KM. Anggaran saya ongkosnya mungkin menelan sebanyak RM1.00 - RM1.50 billion. Apakah itu berbaloi? Makanya, saya mengira Kerajaan Negeri sedang dalam dilema apakah pasar Simunjan harus kekal pada kedudukan kini dan biaya besar diperlukan untuk “kerja sia-sia” atau harus pindah ke kawasan lebih ke pendalaman di Ngeli (lingkaran kuning 1 & 3) atau mara ke Bukit Sedilo (lingkaran kuning bertanda 2).

(12) Sekitar awal 2009 saya pernah mengusulkan kepada pihak terbabit agar Pasar Simunjan Baru, dibina pada kedudukan lingkaran 1, namun kerana selepas itu saya perlu bersiap-siap untuk menghadapi PRN 2011 lalu bersara awal tidak lama kemudiannya, maka saya tidak berkesempatan untuk memajukannya kepada Taib Mahmud. Lagi pula bagi 2009-2011 saya sedang giat untuk mendapatkan Projek Darul Hana di Kuching dapat diterima dan diluluskan oleh Taib. 

(13) Tergantung pilihan locality, dengan perpindahan, hanya Pasar Simunjan akan selamat, para penduduk di Sageng, Sedilo, dan Pantong Melayu-Iban akan tetap kekal terdedah kepada bahaya hakisan. Langkah sebegitu, saya yakin akan terus meminggirkan majoriti penduduk pekan Simunjan. Majoriti penduduk pekan Simunjan adalah orang-orang Melayu. Jika Pasar Simunjan, yang diselamatkan maka hanya kalangan pedagang di pasar berkenaan yang jumlahnya mungkin hanya sekitar ratusan orang, namun keseluruhan Pekan Simunjan yang berpenduduk saya anggar dalam 5,000 - 7,000 akan termangu menungu durian yang tidak akan pernah luruh.  Sebegitu juga, jika Pasar Simunjan berpindah, kesan netafinya akan cukup besar. Maka apa mungkin jalan penyelesaiannya? 

5.    Pertunjuk MSG jelas Allah:

Ada kira-kira dua puloh Ayat Al Quran yang membicarakan sungai-sungai. Selari dengan tujuan penulisan  ini saya sisipkan salah satu darinya  An-Naml: 61 : "Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengkokohkan)nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui."  Secara umum, Allah mengurus muka bumi mengikut Watershed atau Watercatchment yang cukup unik. Bahkan segala temadun besar silam - Mesir, Babylon, Indus dan Yang Tze semuanya adalah berasaskan Lembangan Sungai. Maka saya berkira, mengambil iktibar dari semua ini, saya ingin melihat MSG adalah lewat Batang Sadong Watershed dan atau Watercatchment Development and Management Model. 

(2)  "Watershed Management is the study of the relevant characteristics of a watershed aimed at the sustainable distribution of its resources and the process of creating and implementing plans, programs and projects to sustain and enhance watershed functions that affect the plant, animal and human communities within the watershed boundary. Features of a watershed that agencies seek to manage to includewater supply, water quality, drainage, stormwater runoff, water right and the overall planning and utilization of watersheds. Landowers, land use agencies, stormwater management experts, environmental specialists, water use surveyors and communities all play an integral part in watershed management."

(3) Batang Sadong dan anak-anak sungainya termasuk Batang Sebuyau membentuk Lembangan yang cukup unik dan sangat besar tujuan penciptaan Allah ke atasnya. Namun, jika kita tidak mampu melihat akan kebesaran faedah dari penciptaan Allah tersebut, maka di situlah kelemahan paling buruk dalam cara kita mengurus mahlukNya. Lembangan Batang Sadong harus dapat dilihat sebagai complementary terhadap cara kita mengurus keperluan air di masa depan bagi Southern Sarawak apa lagi the growing Greater Kuching. Tumbuh-tumbuhan, haiwan (terutama di sektor agro-industri) dan manusia tidak akan terpisah dari keperluan air. Sesungguhnya pernyataan Al Quran bahawa apapun adalah bermula dari setitis air adalah berupa peringatan bahawa mengurus sumber air adalah penting untuk kelestarian alam ini.

(4) Untuk ini, saya focus terlebih dahulu kepada keperluan pengurusan air. Bekalan air menjamin perkembangan sesuatu kawasan dari segi kependudukan juga industrinya. Cuba perhatikan, bahawa bekalan air bagi the Greater Kuching – dari Lundu membawa ke Samarahan-Serian berasaskan punca kini akan cukup menyulitkan dan bahkan too centralised dan kemungkinan berongkos tinggi. Penduduk the Greater Kuching akan berkembang pesat. Saya mengira berdasarkan kepada rangka pembangunan Kerajaan kini, kadar pertumbuhan penduduk Bandaraya Kuching akan berganda dan boleh mencapai 3.5 – 4.0 peratus setahun untuk tempoh 5-15 tahun mendatang. Sebahagian besar adalah akibat penghijerahan luar bandar ke bandar. Maksudnya dalam tempoh 15 tahun mendatang, penduduk Bandaraya Kuching sahaja mungkin akan meningkat ke sejumlah 1,200,000 berbanding 650,000 kini. Di samping itu, Kerajaan Negeri mensasar bagi tempoh 2030-2045, jumlah pelancung yang akan datang ke Sarawak adalah sekitar 10-15 juta orang. Ini setara 27,000-41,000 setiap hari atau 1.00 juta – 1.50 juta tambahan “kependudukan” kepada Sarawak dan jika 50 peratus darinya melawat Kuching, maka penduduk sebenar Bandaraya Kuching dalam tempoh 10-15 tahun mendatang bukanlah 1.20 juta orang tetapi sekitar 2.20 juta – 2.70 juta orang. Ditambah kemungkinan Bandaraya Kuching akan membangun beberapa industri peringkat serantau – keperluan air bagi the Greater Kuching saya jangka akan melonjak 300 – 400 peratus dari keperluan semasa. Dalam keadaan sekarangpun, kita menghadapi masalah bekalan air, apa lagi 10-15 tahun mendatang dengan pelbagai Mega Economic Plan oleh Abang Johari.

(5) Bekalan air bagi seluruh Samarahan, Asajaya dan Simunjan kini juga disumberkan dari bekalan air dari Kuching. Lantaran Kuching akan berkembang pesat dari segi kependudukan dan industri sebegitu juga Samarahan, maka Asajaya, Sadong Jaya dan malah Sebuyau juga akan menghadapi perkembangan penduduk yang lebih pesat. Akibatnya, bagi tempoh 10 - 15 tahun mendatang bekalan air dari Kuching akan menjadi cukup stressing. Faktur ini saya lihat sebagai MSG bagi proses transformasi Simunjan menjadi daerah yang maju dan lestari. Simunjan boleh memperbetulkan kesilapan masa lampaunya - dari aktif tetapi punah menjadi bersama membangun dan lestari.

6. Kekuatan dan Prospek Simunjan dan Lingkungannya:

Simunjan sudah mengecil dan akan terus mengecil dari sudut saiznya, itu hakikat yang mesti diterima dan perlu didepani dengan bukan kehampaan tetapi dengan jalan strategik. Saya menduga Simunjan akan terus mengecil. Di masa depan, saya tidak heran jika Simunjan akan kehilangan sebahagian dari Sebuyau. Sebabnya strategik di peringkat daerah cukup berbeza dengan staretgik di peringkat negeri. Istilah strategik sangat besar dan hebat bunyinya, namun maksudnya apa? 

6.1  Kedudukan Simunjan Dalam Kontek The Greater Kuching:

Sisipan Rajah di bawah adalah visualize saya tentang kepesatan pembangunan di the Greater Kuching dan sebegitu juga akibat langkah-langkah major interventions Abang Johari di Gedong dan kesannya ke atas pekan-pekan sekitarannya. Faktor yang paling akan merubah jajaran Beladin, Sebuyau, Simunjan Gedong dan Asajaya adalah dengan pembinaan Pelabuhan Laut Dalam PLD dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching NKIA di Tg Embangan iaitu di seberang Tambirat. 


(2)  Perkembangan pesat kawasan dan pekan-pekan dalam lingkungan Simunjan tidak boleh dinafikan akan berlaku hebat. Kuching-Kota Samarahan akan menjadi jajaran pembangunan pesat bagi the Greater Kuching dalam tempoh 5 - 15 tahun mendatang. Asajaya dan Sadong Jaya atas faktur locality serta beberapa major intervention yang yang akan dilakukan,  mereka akan terheret berkembang pesat juga. Kehadiran Abang Johari selaku Premier dan ADUN Gedong, tumpuan beliau kepada Gedong akan cukup melonjak. Beberapa inisiatif yang telah beliau umumkan yang akan mulai dilaksanakan pada 2025 akan mengerakkan kepesatan pembangunan di Gedong. Sri Aman-Gedong-Serian akan terus berkembang menjadi kawasan pembangunan komoditi pertanian utama di Selatan Sarawak. Sebuyau pula akibat pembinaan Jambatan Batang Lupar dan Batang Saribas secara locational advantage akan sangat memberikan peluang untuknya memecut maju. Wilayah Meludam-Beladin akan menjadi economic feeder yang cukup strategik untuk Sebuyau. Simunjan "sepertinya" akan malap - kalap.

(3) Gedong sepertinya sangat diceburui oleh Simunjan. Pertama, ianya adalah wilayah milik Simunjan sejak dari asalnya daerah Simunjan tertubuh. Kedua, Premier sebagai ADUN Gedong menjadikan Gedong sebagai "anak manja", sedang Simunjan kian menjadi seorang ayah yang kian menua dan longlai. Namun saya berkeyakinan Abang Johari akan menjadikan Gedong-Simunjan-Asajaya sebagai Kawasan Pengeluaran Makanan penting bagi Selatan Sarawak. Cuma tergantung kepada wawasan, strategi dan tindakan IRDA Samarahan untuk menzahirkannya. Andaian saya ini adalah berasaskan tiga faktur penting - pertama kedapatan tanah yang subur, kedua rangkaian dan jalinan jalan telah, sedang dan akan dibina akan membuka semua kawasan ini kepada peluang pembangunan, pemprosesan dan pemasaran pertanian yang sangat baik, dan kawasan ini secara tradisinya adalah kawasan pertanian cuma perubahan ketara belum diterokai hebat. 

6.2  Potensi Agro-Industri Lembangan Batang Sadong.

Tujuan Allah mencipta air lantaran dari air akan berkembang segala tumbuhan, haiwan dan manusia. Maka untuk kelangsungan kehidupan makmur dan sejahtera manusia, usaha-usaha pertanian dan penternakan menjadi faktur kedua terpenting selepas air. The Greater Kuching akan berkembang menjadi kawasan perbandaran dan industri, maka ianya mesti disokong dengan pengeluaran makanan yang mencukupi. Lakaran peta di sebelah adalah gambaran prospek bagi Gedong-Simunjan-Asajaya untuk dijadikan kawasan pengeluaran pelbagai makanan bagi Selatan Sarawak dan malah eksport. Blok-blok hijau adalah kawasan tanah yang saya kira boleh diterokai secara intensif dengan pelbagai jenis pengeluaran makanan. Blok 1 - Gedong, focus Abang Johari adalah dalam pengeluaran Padi. Blok 1 ini boleh dilanjutkan sehingga ke Tg Tanglong di seberang Simunjan (bahagian selatan Blok 2). Blok 2 - Simunjan pada masa ini telah dibangun secara pertanian kecil-kecilan oleh penduduk setempat. Sebegitu juga bagi Blok 4 - Asajaya. Blok 3 - Sebuyau belum diterokai secara lebih intensif. Masih banyak peluang boleh diusahakan di Blok berkenaan. Sebuyau cukup berpotensi untuk ternak aquakultur dan burung walit berdasarkan konsep IOT Vertical Farming.


(2) Dalam lingkungan 30 KM Economic Distance (yang ditandai oleh lingkaran merah putus-putus pada peta sisipan di sebelah) bagi perladangan sawit, Simunjan berbanding Gedong, Asajaya dan malah Sebuyau, Simunjan mempunyai Oil Palm Economic Agglomeration yang jauh lebih baik. Sisipan peta di sebelah jelas menunjukkan bahawa taburan perladangan (Pusaran 1-4) dan juga pekebun kecil sawit (Pusaran S) boleh dipusatkan di Simunjan akan industri hilirannya, namun rangkaian jalan serta kedudukan BOI di Senari telah tidak memungkinkan perkara ini. Kilang CPO didirikan di Gedong dan Samarahan menjadikan jalinan pergerakkan FFB dan CPO menjadi bersimpang siur "kurang ekonomik". Saya melihat, dengan pembinaan sebuah Pelabuhan Laut Dalam dan Lapangan Terbang Antarabangsa baru seperti yang Abang Johari hinted Tg Embang, In Shaa Allah keadaan ini boleh menjadi comparative advantages bagi Simunjan di masa depan. Perkembangan pekebun-pekebun kecil di Sebangan-Sebuyau dan malah Asajaya yang  kian picking up serta di kawasan Hulu Simunjan, ini akan memberikan Agglomeration yang lebih advantage di masa depan. 

(3) Saya melihat jika jika kita bergerak gigian strategik dalam pembangunan Market-Commodity-based Agro-Forestry Industry, Simunjan boleh menjadi Pusat Innovasi Pertanian yang penting. Saya melihat Centexs-Kejuruteraan Ringan Pertanian-Perhutanan akan sangat berdaya maju untuk dibangunkan di Simunjan. 

6.3 Potensi Industri Perhutanan:

Di tahun 1960-1980an, Simunjan terkenal dengan pengeluaran kayu-kayan bermutu tinggi. Kedua-dua Hutan Gambut dan Gunung Simunjan cukup produktif. Namun lantaran cara para katalis mengurus hutan-hutan berkenaan secara serakah serta Kerajaan yang belum cukup pengalaman dalam mengurus secara Watershed, kini semua itu menjadi "pupius". Simunjan bukan hanya kehilangan sumber ekonomi asas yang hebat, malah kehidupan para nelayan sungai dan laut cetek juga sangat terjejas sehingga kini. Saya juga menjangka, akibat deforestation  yang tidak terkawal dahulunya, maka ini mengakibatkan hakisan berat pada tebingan Batang Sadong.

(2) Walaubagaimanpun saya yakin usaha-usaha pemulihan dan malah pengurusan industri asas perhutanan mapan akan dapat dijalankan di Simunjan. Kawasan Gambut Dalam (Lingkaran Biru 1, 2 & 3) dahulunya adalah penghasil kayu ramin yang cukup laris untuk pembuatan perabut yang kebanyakan ditelan oleh Jepun, perlu dikembalikan sebagai kawasan 
Community Productive Lowland Forest Area dan selanjutnya dikekalkan sebagai Kawasan Tadahan Air Kekal. Blok 1 adalah Kawasan Tadahan Air Sg Sebangan, Blok 2 adalah Kawasan Tadahan Air Hulu Simunjan dan Blok 3 berupa Kawasan Tadahan Air Sebuyau. 

(3) Kawasan lingkaran bintik-bintik hijau pula berupa kawasan hutan bukit yang menghasilkan perkayuan jenis meranti - diptrocarp dan belian. Hutan-hutan ini harus dikembalikan sebagai Community Productive Hill Forest Area dan seterusnya dikekalkan sebagai kawasan tadahan air kekal. Kedua-dua kawasan hutan ini membentuk watershed bagi hulu Batang Sadong. 

(4) Pengurusan hutan mapan bagi lima kawasan ini In Shaa Allah akan membolehkan sebuah kawasan Integrated Wood-based Industrial Park, IWIP di Simunjan. Dalam masa yang sama, lima kawasan tadahan air ini yang terbit dari lima kawasan perhutanan ini, In Shaa Allah memungkinkan untuk menjadikan Simunjan sebagai Pembekal Air Utama bagi Jajaran Asajaya-Gedong-Simiunjan sehingga ke Pusa. Dengan ini tekanan ke atas bekalan air dari Kuching dapat dikurangkan. 

6.4 Rahmat Hakisan Pasar Simunjan: 

Prospek yang paling hebat bagi Simunjan adalah pada Hakisan Batang Sadong. Hakisan di Batang Sadong tidak pernah kita lihat sebagai rahmat besar Allah yang tersembunyi selama ini. Sejak sekian lama hakisan ini dilihat sebagai musibah yang membebankan. Tanpa hakisan Batang Simunjan - Kg Lintang tidak akan Hijerah, sekolah saya, SK Abang Man akan kekal dhaif sebagai Sekolah Papan dan paling malang mungkinnya masyarakat kebanyakan di Simunjan sekadar berputih mata melihat kawasan Tebingan Simunjan menjadi kubu para kapitalis tegar. 

(2) Saya cukup bersyukur, biar dari 18 Okt., - 20 Nov., 2024 saya hanya boleh terlantar dan melakar-lakar di dalam otak bagaimana harusnya saya melihat Simunjan, Alhamdullilah sejak 20 Nov., 2024 sehingga 25 Januari 2025 biar masih dalam keterbatasan, saya mampu membina conceptual buah fikir untuk semua nilai dan fahami. Menjejaki usia 65 tahun, saya kini boleh melihat betapa besarnya anugerah Allah ke atas fenomena hakisan Batang Sadong. Hantaran Allah ke atas diri saya terutama ke Colorado, Arizona, South Dakota dan Utah pada 1996-1998 memberikan saya ilham betapa Watershed Management cukup berjaya menumbuhkan kota-kota perlancungan yang cukup indah dan makmur di negeri-negeri Uncle Sam ini. Apa lagi dengan hasrat Abang Johari untuk mengangkat masyarakat Sarawak menjadi People with High Income, membawa saya ke Bavaria, Jerman dan Otago, New Zealand

(3) Janji Allah itu pasti  - jodoh, rezeki dan kematian adalah Rahsia  Besar Allah. Lambat atau cepat, semua ada hikmahnya. Simunjan "mungkin" terlambat untuk memecut maju - namun rahmatnya adalah jelas, dan akan saya huraikan secara conceptual selepas ini. 

7.  Strategi dan Progam untuk MSG:

MGS adalah singkatan kepada Monosodium Glutamate iaitu perisa Ajinomoto. Banyak masakan tanpa adanya MSG cukup tidak berperisa. Maggie Mee cukup lazat kerana MSG. Maka apa MSG - untuk Making Simunjan Great? Jika Kuching dan Kota Samarahan akan membangun berasaskan industri pembuatan dan perkhidmatan, wilayah Gedong-Simunjan-Asajaya-Sebuyau perlu berdgerak aktif dalam industri pertanian orientasi eksport dan pemprosesan. 

7.1  Jalinan Jalan Strategik: 

Transformasi hebat Gedong dan Simunjan lebih mudah dijalan dan dipercepatkan jika, pertama Kerajaan merangka satu jalinan jalan yang mampu menjadikan kawasan ini tumbuh dengan sendirinya. Dengan rencana pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Baru Kuching NKIA dan Pelabuhan Laut Dalam PLD di Tg Embang , saya yakin jika Kerajaan membina rangkaian jalan rentas seperti di garis putih putus-putus pada peta sisipan di bawah, ianya bukan hanya akan membuka kedua-dua Gedong dan Simunjan menjadi Central Places malah rangkaian jalan tersebut dapat membuka dagangan hebat antara Sarawak dan Kalimantan Barat lewat Tebedu. NKIA dan PLD akan menjadi hub pengangkutan hebat bagi Sarawak dan Kalimantan Barat. Dengan jalinan jalan perhubungan seperti saya fikirkan tersebut, langkah-langkah untuk menjadikan Gedong-Simunjan-Sebuyau-Asajaya sebagai kawasan Agro-industry dan Perusahaan lainnya akan menjadi lebih mudah.


7.2  Circular Value Chain Farming System CVCFS:

Berasaskan prospek bahawa Sarawak harus bergerak cergas dalam pengeluaran makanan terutama dalam penghasilan High Value Crops - beras bermutu tinggi, koko, kopi, pisang, kelapa, buah-buahan exotic tropika, sayur-sayuran dan malah ternakan yang semuanya harus dilaksanakan secara CVCFS. Jika Sarawak ingin merubah menjadi High Income State yang bermakna, rakyatnya harus memperolehi High Income Earning. Tidaklah bijak jika the State yang berpendapatan tinggi sedang rakyat harus hidup berasaskan subsidi atau kekal hidup sara diri. Sementara golongan muda berpendidikan akan berhijerah ke kota-kota, namun penduduk setempat harus dimajukan bukan lewat jalan konvesyenal yang ada. Perubahan secara drastic dan menyeluruh dalam penggunaan teknologi modern serta dalam sektor yang boleh memberikan pendapatan tinggi perlu digerakkan segera. Sekitar 70 peratus penduduk Sarawak harus berada di kota-kota namun baki 30 peratus di luar bandar harus dapat menyumbang dan terlibat secara aktif dalam mengukuh GDP negeri. 

(2)  Apakah itu CVCFS? CVCFS sebenarnya wujud di alam semuladi kita. Sistem pencernaan haiwan ruminen yang mampu menukar rumput - selulos menjadi kompos bernitrojen tinggi - tinjarnya adalah salah satunya. Kedua, pada sebatang pohon yang besar di hutan belantara adalah contoh satu lagi. Banyak pertunjuk telah Allah berikan, cuma kita terlalu sombong untuk belajar dari yang mudah dan ringkas maka kita terkeliru dengan dakyah kapitalis mencari untung dari teknologi mereka yang asing buat kita. Konsep pembangunan CVCFS perlu menitik beratkan pembangunan dan pengurusan pertanian yang meliputi keseluruhan sistem huluan dan hiliran - pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan kitar semula buangan. Pendekatan sebegini banyak dilakukan di Korea dan Jepun. Industri kelapa di Sarawak sedang mengamalkan konsep CVCFS dengan baik cuma ianya terbangun secara saling terpencil. Penghasilan santan dan hampas di lain tempat dan pemprosesan sabut menjadi pelbagai kegunaan pula di lain kawasan. Sebegitu juga dalam industri sawit. CPO dan hasil buangan diolah diberjauhan. Namun konsep CVCFS telah dijalankan dan yang perlu adalah integrasi antara kesemuanya bagi membolehkan economic of scale dan jalinan yang lebih mantap.















(3) Gandingan industri agro-business, perindustrian lainnya terutama di sektor digital dan perlancungan boleh melonjak Sarawak ke tahap High Income Economy. Di sektor pertanian, ianya harus diurus secara CVCFS  dan akhirnya menjelma menjadi Agro-Tourism Industrial Park. Pertanian sara diri tradisional yang telah sekian lama kita jalani perlu rombakan hebat. Bagi kawasan Gedong-Simunjan-Asajaya-Sebuyau seperti yang saya gambarkan pada empat Blok kawasan berpotensi pertanian utama seperti peta lakaran di atas, saya yakin dengan pendekatan menjadikan kawasan-kawasan ini sebagai Agro-Tourism Industrial Park, akan menjadi mangkin lebih hebat kepada pertumbuhan pesat dan lestari the Greater Kuching dan bahkan Sarawak secara keseluruhan. 

(4) Namun pembangunan pertanian di kawasan Gedong-Simunjan-Sebuyau-Asajaya perlu cara pengurusan tanah yang rapi. Status tanah-tanah di kawasan ini bersifat Milikan Pekebun Kecil, harus bukan hambatan namun adalah cabaran agar kita membentuk sistem pengurusan pembangunan yang lebih mesra rakyat. Korea dalam tempoh yang singkat dapat menukar Konsep Bilik Gerakan kita pada 1970an menjadi gerakkan Saemaul Undong - koperasi rakyat yang hebat. Pada pandangan saya, jika pihak IRDA Samarahan dapat mengambil langkah lebih proaktif, sesungguhnya kawasan-kawasan pekebun-pekebun kecil ini boleh ditransform menjadi kawasan pengeluaran High Value Crop. Cuma isu agriculture mechanization dan labour supply harus di atasi gigih.  Dalam apa sektorpun, Sarawak akan menghadapi masalah kekurangan boroh. Saya kira atas autonomi yang kita miliki, Sarawak
harus berpunya dasar dan mekanisma perborohan asing yang tersendiri. Keperluan perborohan di luar bandar perlu diteliti dengan baik dan suatu mekanisma perbekalan dan kawalan yang sewajarnya perlu digubal. Juga, sektor pertanian memerlukan input yang cukup baik untuk mendapatkan produktiviti yang tinggi dan bermutu. Ketergantungan kita kepada input luaran adalah suatu langkah tidak wajar. Maka saya berkira kita harus cepat berubah kepada CVCFS

(5) IRDA Samarahan perlu secepatnya organise seluruh pekebun kecil ini dan gerakkan semua pihak dalam mengembeling tenaga, kepakaran dan sumber bagi segera memajukan semua kawasan ini sebagai CVCFS - dengan fokus harus kepada Total CVCFS Crops-Husbandary Production. Bagaimana peranan GLC dan pihak swasta sebagai pengerak di peringkat perlaksanaan perlu diterokai baik. 


7.3 Community Agro-forestry Productive Development:

Seperti dijelaskan dalam para 6.3 di atas, Simunjan masih mampu mengembalikan kawasan-kawasan pengeluaran balak utamanya di kawasan-kawasan tanah gambut dalam serta kawasan perbukitan menjadi productive forest. Namun kawasan hutan ini harus diurus mengikut konsep Community Productive Agro-forestry Development. Gandingan pertanian, penternakan dan perhutanan perlu diolah sedemikian rupa agar pulangan dari pelaburan ini akan sangat menguntungan semua pihak terlibat. 

(2) Masalah kepemilikan tanah khasnya tuntutan NCR pastinya menjadi isu pokok di kawasan-kawasan yang hendak dimajukan sebagai  Permanent Forestry & Watercatchment Areas. Maka suatu pendekatan pengurusan tanah NCR perlu diadakan dalam mengatasi permasalahan ini. Apapun pendekatan yang hendak kita hadapi, Environmental dan Financial Feasibility untuk semua pihak terlibat harus menjadi pertimbangan utama. Program ini harus mampu menjana pendapatan kepada masyarakat setempat dalam perhutanan, pertanian, ternakan, dan akuakultur. Bagaimana adunan empat komponen ini saya kira harus mendekati Program CVCFS juga di mana pulangan yang lumayan harus rakyat setempat perolehi. Cuma, kawasan ini harus kekal menjadi kawasan berpenduduk rendah dan akhirnya dibangun menjadi White Water Eco-Agro-Forest Tourism Park, Eco-Park. Saya kira Maori New Zealand, Scandinavian Apls Management dan Rocky Mountain National Park Management semua menjurus ke arah ini. Saya yakin STIDC dan pihak-pihak swasta berkenaan akan mampu melaksanakan usaha-usaha ini. 

(3) Dalam masa yang sama, lima Community Forest Productive Areas, saya yakin boleh menjadi teras kepada Pembangunan Industri Asas Kayu secara Total Circular. Kita akan mampu mengeluarkan Timber-Waste-based Fuel dari semua ini di samping hasil-hasil kayu bermutu untuk eksport. Cara mana kita mengurus industri ini harus lari sepenuhnya dari sikap lampau - Harvest and Leave For Self Regeneration. Saya yakin, jika diberi mandat agar Sustainable High Income Productive Forest Management diusahakan penuh, SITDC pasti mampu menukar industri hutan kita seperti juga rakan-rakan mereka di Scandinavia atau malah New Zealand. Integrated Timber Industrial Park - bukan seperti yang biasa kita ada, tetapi miliputi segala usaha kitar semula hasil dan buangan industri kayu menjadi fuel dan malah compost, boleh diadakan di Simunjan. Model Ladang, Kilang dan BOI Sawit boleh dijadikan asas pembinaan Integrated Wod-based Industrial Park, IWIP ini. Cadangan Pelabuhan Laut Dalam baru yang disaran oleh Abang Johari cukup accessible dari Simunjan kelak. 

7.4  Pembangunan Regional Tropical Eco-Agro-Forest Tourism Industries:

Gandingan mengembalikan Hutan Bukit dan Paya Gambut di Hulu Sebangan, Sebuyau, Simunjan dan Gedong kepada Productive Forest Area dan  Kawasan Tadahan Air Kekal, jika diolah sedemikian rupa seperti negara-negara Scandinavia dan USA dalam mengurus the Alps dan Rocky Mountain, saya yakin wilayah Gedong-Simunjan-Sebuyau akan menjadi Tropical-Eco-Tourism Destination yang sangat menakjubkan dan ini pasti sangat membantu dalam merperkaya dan mempelbagai sumber perlancungan Sarawak. Dengan semua ini, saya yakin kita akan dapat meningkatkan tourists retention period dari purata tiga menjadi 5-7 hari. 

(2) Sebegitu juga saya yakin jika kita bijak mengabung usaha-usaha pihak swasta dalam Organized Circular Economy System, wilayah Gedong-Simunjan-Sebuyau-Asajaya akan menjadi kawasan Agro-Forestry Tourism Industry yang cukup hebat. Gedong boleh menjadi kawasan pengeluaran Quality Rice and Livestock Circular Farming. Asajaya pula boleh bergiat cergas dalam Circular Market Farming, Simunjan saya menjangka akan muncul sebagai Circular Forest-based Industries & Green Energy Center dan Sebuyau akan menjadi juara dalam Circular Vertical Horti-Aquaculture-Swftlet Industry. 

(3) Konsep dan pencirian industri mengikut City seperti yang saya visualized di atas, saya yakin akan membentuk Agro-Eco-Customary Tourism yang sangat mantap bagi seluruh Sarawak South dan boleh menjadi asas kepada perluasan konsep-konsep yang serupa bagi wilayah-wilayah lainnya. Dengan penduduk yang kecil, namun kaya, kita boleh membuntuti hebat jika tidak Scandinavian sekurang-kurang New Zealand. Perkembangan ekonomi yang hebat di Far East, South Asia dan malah ASEAN adalah pasaran hebat kita. 

7.5  Centexs Kejuruteraan Agro-Forestry Ringan:

Agglomeration Perladangan Sawit, Program CVCFS dan Eco-Park boleh menjadi asas kokoh untuk Simunjan menerokai dan menjadi Pusat Kejuruteraan Jentera Ringan Pertanian & Perhutanan Tropika yang hebat. Sesungguhnya, perkembangan industri pertanian kita kekal mundur lantaran kita masih dibelengu dengan kaedah labour intensive system. Para petani pula tidak mampu untuk memiliki jentera-jentera sokongan pertanian lantaran pasaran kejenteraan kita masih dibanjiri teknologi Barat dan Jepun yang cukup mahal. Sedang China mampu menghasilkan jentera "yang setara" pada harga hanya 5-10 peratus dari  harga jentera setara di pasaran Malaysia kini cuma masalahnya adalah After Sale Service. Saya yakin lewat Strategic Engineering Partnership antara Centexs contohnya dengan Syarikat China atau Korea, kita pasti mampu mengeluarkan jentera mampu beli bagi seluruh negara jika tidak ASEAN dan dunia ketiga. Simunjan boleh saja dibangun ala Bavaria, Jerman dalam menyumbang kepada perkembangan pesat teknologi pertanian dan sumber tenaga diperbaharui asas perhutanan dan pertanian. In Shaa Allah.

(2) Sarawak perlu menerokai bidang kejuruteraan pertanian dan perhutanan tropika ringan untuk membebaskan kita dari belenggu ketergantungan kepada boroh asing serta daya pengeluaran rendah. 

7.6  Membina Sadong Horse Shoe Lake:














Peta sisipan di atas - Pasar Simunjan atau dalam istilah akademik Pembangunan Bandar di sebut sebagai Simunjan CBD - Central Business District berupa kawasan dalam petak bintik-bintik merah seluas sekitar 0.5 Km x 0.5 Km. Petak biru berdasarkan pengalaman saya sejak kecil adalah kawasan CBD yang telah terhakis ke Batang Sadong. Pusaran Merah #1 adalah tapak Pasar Lama Simunjan di tahun 1960an, Pusaran #2 adalah kedudukan Poliklinik Asal dan Pusaran #3 adalah kedudukan Padang Bola. Pusaran kuning #1 adalah nostalgik bagi diri saya kerana pada musim pasang besar di situlah saya dan rakan-rakan Shamsudin, Askan, Asmarahan dan Bolkis (tiga yang terakhir telah kembali ke rahmatullah) terkadang-kadang akan bermandi manda selepas sessi berkebun di sekolah di sebelah petangnya. Itulah tapak rumah di mana kami berlima akan kegilaan berterjunan jadi Tarzan tanpa terfikir Bujang Senang dan segala kerabatnya. Petak bertanda hijau putus-putus, saya kira, jika things are left as theye are, akan terhakis sepenuhnya menjelang 50-60 tahun mendatang ie pada 2075-2085. 

(2) Di seberang Pasar Simunjan adalah Tg Tanglung. Kawasan ini menjadi penganti kepada kawasan Pasar Simunjan yang terhakis. Sepertinya setiap inci tanah Pasar Simunjan yang terhakis akan tumbuh setara di Tg. Tanglung. Kawasam selebar sekitar 200 meter telah terhakis dari tebingan Pasar Simunjan dan 200 meter juga telah menambak Tg Tanglong sejak 1960. Jika ini dapat dibuktikan benar lewat Satelite Images, maka kita boleh simpulkan bahawa sekitar 65 tahun dahulu iaitu setara usia saya sendiri, Pasar Simunjan dan sekitarnya mengalami hakisan pada 3.12 meter setahun atau setara lebih kurang 10 kaki setahun. Maka atas logik Matematik, sekitar 120 tahun lagi atau pada tahun 2145 iaitu 200 tahun selepas Jepun mengorek arang batu di Ngeli; Pasar atau CBD Simunjan sekarang akan lesap sepenuhnya.  Namun apakah juga tidak mungkin secara natural, dalam tempoh 60-80 tahun atau pada tahun 2080-2100, Pasar Simunjan tidak akan dilingkari oleh sebuah  Horse Shoe Lake yang cukup menarik?

(3) Cuba kita terokai kemungkinan ini. Rujuk Peta Sisipan di sebelah. Di hulu (Lubok Buntin) dan di hilir (Lubok Seteman) - bertanda lekukan navy blue, adalah antara titik paling lemah bagi Batang Sadong. Saya mempunyai agakan bahawa kedua-dua lubok ini telah mengalami hakisan sekitar 200 meter sejak 65 tahun yang lepas. Tanah terhakis dari dua lubok ini menjadi tanah tumbuh di Tg Harapan di seberang Lubok Seteman dan Tg Pale di seberang Lubok Buntin. Hakisan di kedua-dua belah Lubok Seteman dan Buntin membentuk segenting Seteman dengan agakan kelebaran sekitar 1.2 -1.5 KM. Maka jika kadar hakisan yang saya kirakan itu adalah benar, maka dalam tempoh 65 tahun lepas kawasan segenting ini mengalami 400 m hakisan. Berasaskan fenomena natural ini, sekitar 190 tahun lagi segenting ini akan terputus secara semula jadinya. Dalam tempoh itu Pasar Simunjan kini mungkin sudah berpindah menjadi Tg Tanglung kesemuanya. Bagaimana jika pemutusan segenting Seteman-Buntin dapat kita percepatkan? Kelebaran Batang Sadong pada dua titik ini adalah sekitar 1.0 KM. Kawasan ini pula adalah kawasan gambut. Maka saya berkira jika dibuat sebuah terusan dengan kelebaran awal 100 - 150 meter dan kedalaman 10-15 meter, dalam tempoh 20-30 tahun akan datang pasti terusan itu akan menjadi 200-300 meter lebar dan 15-20 meter dalam. Untuk tempoh 30-50 tahun saya yakin kadar hakisan di Pasar Simunjan akan dapat di kawal dengan baik. In Shaa Allah. Sekitar akhir 1970an, satu usaha telah dilakukan untuk membina terusan rentas Seteman-Buntin, namun kedudukan serta saiz terusan tersebut telah dibina tidak dengan kajian yang teliti maka kesannya tidak ketara.

(3) Apa kesannya dengan pembinaan terusan rentas Buntin-Seteman (tanda biru) ke atas Batang Sadong? Lihat sispan Peta di sebelah. Jika terusan rentas hendak dibina, suatu penelitian mendalam harus diberikan tentang orientasi terusan tersebut. Jika kita berminat untuk mempercepat pengecilan Batang Sadong di Teluk Serias ie ke hilir Tg Palea dan Lubok Buntin, maka kedudukan terusan harus ke hulu dari terusan pertama dahulu. Arah aliran air dari hulu dan hilir Batang Sadong harus diberikan perhatian berat. 

(4) Jika terusan rentas ini dibuat, kesan pertama yang harus dikhuathiri adalah asakan air pasang ke Gedong. Namun ini saya perkirakan tidak perlu dikhuathiri sangat lantaran asakan air hanya berlaku jika paras terusan adalah di bawah paras air pasang atau surut berkaitan. Maka lebar dan kedalaman terusan rentas Seteman-Buntin perlu diperhitungkan dengan teliti. Hakisan pula akan beralih ke Sg Buloh dan Lubok Punggor, sedang Lubok Serias, Lubok Seteman dan Lubok Samsu akan menambak. Aliran air di lekuk Tg Tanglung akan sangat berkurangan dan ini pasti membolehkan tumbuh-tumbuhan bakau akan membiak cepat. Saya yakin suasana vegetation asal Batang Sadong seperti sebelum pemusnahan segala hutan seperti saya nyataan pada para IV (3) dan V (4) akan kembali pulih. 

(4) Jika telahan saya ini betul, dan jika terusan dapat dibuat dalam tempoh 3-5 tahun mendatang (2028-2030), maka saya yakin pembentukan Semi Horse Shoe Lake akan berlaku di lingkaran Tg Tanglung menjelang 2040-2050. Dengan ini, kerja-kerja pengukuhan tebingan Pasar Simunjan tidak lagi menjadi perlu, dan sebegitu juga kawasan Pantong Iban juga akan mengalami penambakan secara semula jadi. Saya juga yakin berkemungkinan besar Kg Lintang yang telah terhakis akan kembali muncul dalam 30-50 tahun kemudiannya.  Biarlah kita namakan Tasik ini sebagai Sadong Horse Shoe Lake
sebagai mengingati
Kerajaan Sadong yang telah berkubur dan juga sempena Batang Sadong itu sendiri. Saya yakin habitat dan ekologi asal Tasik ini akan mulai terbentuk menjelang 5-10 (2030-2040) tahun kemudiannya. Jika sesiapa mengamati pada waktu air pasang besar King Tide, dengan deretan pokok bakau - pedada - berembang atau Borneo Apple Tree, kesan biasan reflection air penuh dan matahari senja dan bulan mengambang di waktu subuh akan cukup menjadikan Simunjan CBD Indah Permai - Splendid & Serene. Saya yakin inilah kekuatan Simunjan yang paling unggul dan mungkin tiada Kota lain di Sarawak akan berciri sebegini - splendid sun set and moon rise mood by the river. Nuansa Bavaria, Jerman akan terbina di Simunjan. Biarpun kita tidak berpunya Pine Alp - namun kita berpunya rangkaian Borneo Apple Tree Silhouette di setiap senja dan yang segar sepanjang ketika.

(5) Impian yang boleh kita garap dari pembentukan Tasik Sadong ini adalah kembalinya kawasan pembiakan udang, ketam, siput, terubok, pelanto, labang, ikan bulu, sembilang dan segala jenis ikan yang berkait dengan ekologi air payau. Saya yakin Tasik Sadong akan menjadi kawasan pembiakan utama bagi Borneo Salmon - Terubok dan Pelanto. Fenomena ini pastinya akan membolehkan Simunjan untuk menjadi pengeluar Caviar Terubok Sarawak. Dalam masa yang sama, Tasik Sadong akan sedikit merubah paras air di Sg Sekendu terutama membawa ke Padang di Keniong. Kawasan ini kemudian boleh dipulih dan diurus dengan baik untuk dijadikan kawasan memancing ikan air tawar yang sangat berpontensi bagi mengalak Domestic Tourism.  Di tahun 1960an, Padang adalah sebuah danau semulajadi yang kaya dengan ikan-ikan tropika exoticPadang sangat terkenal dengan tapah, bantak buin dan kaloi - gurami.

8.    PEMBANGUNAN CBD SIMUNJAN:

Rajah sisipan di atas adalah lakaran saya tentang the Proposed Conceptual Simunjan City Development Masterplan. Dengan andaian bahawa Kerajaan bersetuju untuk membina Terusan Rentas Seteman-Buntin, serta inisiatif-inisiatif lain seperti disarankan, saya berkira CBD sekarang perlu dirombak untuk dijadikan komponen penting sebagai Kawasan Pembangunan Perlancungan - Anjung Wisata (Petak Unggu #1). Kawasan-kawasan Pejabat Kerajaan dan Kuarters Kerajaan dipinggir tebing Pasar Simunjan perlu dirombak dan 
dirancang  untuk segala kemudahan bagi galakan perlancungan selaras dengan terbentuknya Tasik Sadong

(2) Tebingan Simunjan perlu dibangun sebagai Tourism Belt - Anjung Wisata. Anjung Wisata ini perlu menekankan ciri-ciri budaya serta membuka peluang seluasnya bagi masyarakat setempat untuk menerokai bidang perniagaan dan keusahawanan yang memakmurkan mereka. Pasar kini harus dikekalkan sebagai Historical & City Park. Sebuah kawasan baru bagi menempatkan Simunjan Administrative Center (SAC) perlu disedia dan dibangun bersebelahan dengan Taman Hijerah kini. Semua Kampung yang berada di sekitaran Pasar Simunjan kini perlu ditransformasi menjadi Perkampungan Tradisi Tersusun - Traditional Kampong Transformation (TKT) - yang indah, nyaman serta tersusun rapi. Integrated Wood-based Industrial Park (IWIP) harus menjadi tunjang kepada ekonomi Simunjan. Ianya boleh dibangunkan berhampiran Gunung Ngeli. 

(3) Jika Gedong akan menjelma menjadi Medan Lumba F3, Sebuyau mungkin menjadi juara Circular Vertical Agro-Aqua-Swiftlet Development Center, Simunjan untuk muncul sebagai the Borneo Bavaria perlu menjuarai  Inovasi Kejuruteraan Pertanian-Perhutanan Tropika dengan membina  sebuah  Centex for Agro-Forestry Mechanical Innovation Center (CAMIC) yang menjurus kepada pembuatan kejenteraan ringan yang berkaitan. Simunjan perlu memainkan peranan tersebut sebagai langkah sokongan kepada inisiatif Abang Johari untuk menjadikan Sarawak sebagai Pengeluaran Makan Bermutu untuk kegunaan domestik dan eksport. Bagi memastikan CAMIC berjaya penuh, kawasan bagi ujian dan applikasi segala inovasinya harus disediakan dengan wajar. Di sini saya melihat Circular Market Farming System serta New Traditional Kampung Development (NTKDberasaskan teknologi inovasi CENTEX berkenaan adalah sangat perlu. Pastinya seluruh perusahaan pertanian berteknologi tinggi bagi Gedong-Asajaya-Simunjan-Sebuyau akan menjadi immediate niche market. Seluruh Borneo dan malah ASEAN merupakan sasaran pasaran yang harus kita fikirkan. 

(3) Walau apapun, pembentukan Tasik Sadong akan menjadi rahmat tebesar bagi Simunjan. Penyusunan semula - CBD Redevelopment yang ada untuk dijadikan Jalur Wisata yang hebat bukan semata-mata untuk menarik perlancung tetapi yang lebih penting untuk restructuring asas-asas ekonomi setempat agar rakyat majoriti akan menikmati limpahan rahmatnya secara optimum dan saksama.

9. KESIMPULAN.

Berdasarkan pengamatan saya sejak kecil sehingga kini, Simunjan punya kekuatan dan cabaran-cabaran tersendiri untuk membangunnya menjadi cemerlang setara atau lebih baik dari pekan-pekan lain di negeri dan negara ini. Saya pernah melihat dan merasakan pekan Kuala Krai, Kelantan merangkak lesu dan bergelumang dengan segala kelemahan di awal 1970an, namun sejak akhir-akhir ini ianya kian berkembang sejajar waktu. Begitu juga Jitra, Kedah di akhir 1970an, lewat pelbagai intervention, Jitra bangkit menjadi salah sebuah pekan yang cukup berkembang hebat di Jelapang Padi-Getah Kubang Pasu. Sebegitu juga di awal 1970an, Bandar Baru Bangi, Selangor asalnya adalah perkampungan Orang Asli sebelum UKM membina Kampus Induknya di sana. Kini Bandar Baru Bangi cukup lain dari yang pernah saya huni pada akhir 1970an dan awal 1980an. Muara Tuang, di pertengahan 1980 payah sekali untuk ke sana dari Kuching. Semasa saya menyelaras Projek IADP (sekarang AIDA) Samarahan pada 1986-1996 pengunaan pengangkutan air yang cukup perit menjadi kaedah perhubungan utama pada masa itu. Bila ditukar menjadi Bahagian dan menjadi Kota Samarahan - intervention seperti IPB Tun Razak, UNIMAS, UiTM dan Desa Ilmu, kini Kota Samarahan akan bergabung menjadi the Greater Kuching membentuk Metropolitan Kuching


(2) Kenapa saya sering merujuk kepada Bavaria, Jerman? Pertama dari sudut sejarah. Inilah wilayah pilihan kependudukan dari pelbagai wilayah di sekilingnya - Chech, Slovac, Austria, dsb. Mirip Kerajaan Sadong lama. Kota terbesarnya adalah Munich. Bavaria terbangun melalui process sejarah yang panjang dan penuh perperangan. Apa yang kita boleh teladani dari Bavria adalah: "Bavaria was once known as Germany’s agricultural and manufacturing powerhouse, but over the past half-century, the economy has seamlessly integrated one of
Europe’s top enterprise technology hubs, a leading life sciences and healthcare ecosystem, and a knowledge-intensive services industry."
  

(3) Bavaria berjaya mengurus sumber air dari Sg Tsar yang merentas dari Austria, Hungry dan Romania di Banjaran the Alps.  Seperti yang saya gambarkan di awalnya, Simunjan mempunyai kekuatan dalam sumber air dan Agro-Forestry dan ini boleh dijadikan asas untuk kita menceburi Industri Kejuretaan Pertanian, Perhutanan dan malah ternakan. Dari situ akhirnya Simunjan boleh bergerak ke arah Eco-Agro-Forestry Tourism Industry. Apa yang paling saya minati berkenaan Bavaria adalah: "In 2008, Bavaria became the first federal state of Germany to completely ban smoking in bars and restaurants. After this restriction was criticized as being "too harsh" by some members of the CSU, it was relaxed one year later. Supporters of smoking bans then brought about a public referendum on the issue, which led to even firmer restrictions than the initial ban. Thereafter, a more comprehensive ban was introduced in 2010" Social, environmental and tradition concern rakyat Bavaria adalah tinggi menjadikan mereka unik dan gigih.

(4) Simunjan juga boleh. Kenapa tidak? Asas-asas semulajadinya semua ada. Cuma apa yang perlu, adalah bagaimana semua ini harus di rancang, pasar dan ketengahkan kepada semua pihak berkenaan. Apapun saya berkira, langkah ulungnya adalah dengan membawa semua yang berminat bersatu hati, fikiran dan tenaga bergerak bersama sepadu membawa aspirasi MSGSaya yakin, jika perancangan teliti dapat dibuat dalam membangunkan ekonomi Simunjan, maka ianya perlu juga melibatkan Social Development Plan - Pendidikan, Kemahiran, Keusahawanan, Moral dan Budaya untuk memastikan bahawa rakyat secara menyeluruh akan bersedia, mampu terlibat aktif serta Simunjan akan dapat melahirkan para professional yang punya kemahiran dan wibawa yang tinggi. Saya berkira, kemungkinan sebuah Akademi Islam - mengabung komplek Pendidikan Sekular & Islam dan komplek Kemajuan Sosio-Budaya Masyarakat Islam perlu dibangunkan di Simunjan bagi menyemarak pembanguan modal insan Muslim terbaik. Akademi ini harus mampu menampung keperluan masyarakat persisir Samarahan-Pusa. Sesungguhnya sebegitulah strategi ulung Jerman dalam menjadikan manusia-manusia Bavaria tersangat unggul. Hakikatnya itulah prinsip sebuah Bavaria, Jerman yang saya fahami. Kita Boleh. Simunjan Boleh. Kita cekalkan tekad dan berusaha gigih. In Shaa Allah. 

(5) Untuk itu, saya berkira, kita semua harus belajar dari kisah Muhammad semasa remajanya. Dia juga resah melihat kejahilliah masyarakat Quraishnya, namun sebagai sosok yang Allah sedang bimbing untuk menjadi yang terunggul, sedari awal dia sudah punya tokoh kepemimpinan yang cerdas dan amanah. Ingat dalam peristwa membina semula Kaabah, untuk meletakkan kembali Hajaratul Aswad di kedudukannya, itu boleh menjadi keributan yang dahsyat di antara empat suku besar Quraish pada masa itu. Sikap Muhammad, dia tidak memihak kepada sesiapa dan malah dia tidak mengambil kepentingan diri, dia menyelesaikan kekusutan atas sebuah perlaksanaan tujuan dengan jalan saksama dan full participation semua pihak. 

(6) Sesungguhnya segala noises untuk membina Simunjan bukanlah suatu keributan yang harus menyemarak sengketa apa lagi menyendiri menjadi beruk tunggal - yang diperlukan adalah semangat Muhammad dan Kain Selendangnya dalam mengangkat Hajaratul Aswad pada kedudukannya dengan kepuasan semua. 

(7) Walau bagaimanapun saya membaca noises ini adalah petanda sikap syukur dan sabar kian dalam persimpangan. Bilamana sekeliling sudah mengepak sayap mahu terbang tinggi, sedang Simunjan masih merayap dalam semak-belukar; syukur kian lebur menjadi kecewa dan putus asa sedang sabar sudah membuak ingin membakar, maka saya berkira; apa yang seharusnya sikap dan tindakan kita? Bakar - semua akan punah jadi arang dan debu. Undur, sendiri, peduli apa - In Shaa Allah kita masih lambat untuk mati dan meninggalkan. Maka saya cuba merenung apa ada pada pesan nenek moyang di balik pinta merekamenjadi sirih, pulanglah ke tampuk, menjadi pinang pulanglah ke gagang, menjadi ikan kembalilah ke lubuk. Hakisan lubhok Simunjan perlu dibendung menjadi the Spelndid Sadong Horse Shoe Lake.

EPILOQ: 

Menurut The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History is a 1978 book by H Hart American astrophysicist, author and white nationalist. Unlike various other rankings at the time, Hart was not attempting to rank on "greatness" as a criterion, but rather whose actions most changed the course of human history, meletakkan Muhammad SAW di kedudukan terulung di antara manusia-manusia yang beliau kaji. 

(2) Apakah nilai yang menjadikan Muhammad SAW sebagai manusia yang dapat merobah terutamanya kejahilan masyarakat semasa beliau - Quraish, Arab, Farsi dan malah Roman. Sekali lagi saya melihat pribadi sosok Muhammad SAW iaitu zuhud adalah pokok pangkal segala-gala. Sikap zuhud meletakkan Muhammad SAW untuk senentiasa mengutamakan Allah dan Umatnya dalam segala tindakannya. Muhammad SAW kekal hebat lantaran dia membina Umat dan Ummah. 

Kg Terasi, Sadong Jaya

20 Nov., 2024 - 26 Januari 2025


                                                

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.