.

1/11/22 MAHATHIR BERMAIN THE UNDER DOG GAME ...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 12, 2022

Share

& Comment

PRU 15 In Shaa Allah akan berlangsung pada 19 Nov., 2022 merupakan PRU yang cukup menarik. Saya mengira, inilah kemungkinannya PRU yang terakhir buat beberapa nama besar seperti Mahathir, Tengku Rezaleigh, Zahid Hamidi, Muhammad Hassan, Muhhyiddin Yasin, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Saya berkata sebegitu; bagi Mahathir, Tengku Rezaleigh dan Muhhyiddin Yassin adalah akibat faktur umur dan kesihatan. Bagi Zahid Hamidi dan Muhammad Hassan, jika UMNO terkecundang hebat, pasti mereka selepas PRU ini akan lebih sibuk menumpu kepada kes mahkamah mereka. Wan Azizah, jikapun PH berjaya hebat, saya menjangka juga atas faktur umur akan berundur pada PRU 16 nanti. Anwar, merupakan special case. Jika PH menang bergaya, maka dia akan berjalan gagah. Jika PH tempang, maka "suara-suara ganas" akan wujud di dalam PKR dan PH mendesak untuk dia mengundur diri. Saya juga berpandangan jika PH dan atau PKR menunjukkan prestasi buruk dalam PRU 15 ini, Anwar harus punya harga diri unduk berundur.

(2) Hadi Awang, Muhammad Sabu, Lim Guan Eng, Shafie Afdal dan semua generasi kedua saya kira akan mara ke PRU 16 dalam keadaan baru dan In Shaa Allah mungkin dalam suasana demokrasi yang sebenar. Khairi Jamaluddin, KJ saya jangka merupakan hot stuff di pasca PRU15 dan ke PRU 16. Pada masa ini, dan sejak PRU 13, politik Negara penuh dengan permainan cukup kotor akibat cantas-mencantas yang berlaku di dalam dan antara parti. Saya menjangka keputusan PRU 15 di mana saya menjangka tidak  ada satu kelompokpun akan menang besar. Percaturan politik antara kelompok akan hebat berlaku bukan sekadar mencari rakan gandingan mantap, namun rakan yang sealiran prinsip dan sifatnya. Apakah PH akan memilih untuk bersama BN kemudiannya? Pada masa ini, suara-suara menentang kemungkinan gandingan pemerintahan PH-BN adalah cukup lantang, namun bila mana keperluan "dharurat" bagi membentuk Kerajaan timbul, maka semua langkah akan menjadi halal. Saya tidak nampak perbezaan ketara antara PH dan BN. Pertama pemimpin PH adalah "guru" kepada pemimpin BN sebagaimana dimaklumkan dalam "video tular perbualan talipon antara Anwar dan Zahid selepas PAU 2021 yang lepas". PH dan BN kedua-duanya mempunyai kluster mahkamah yang kini gerombolan di dalam PH sangat caci maki. PN dan PH pasti sudah berkerat arang. PH dan GTA; Anwar-Rafizi sudah bertaubat untuk bersama Mahathir. PN-GTA, saya melihat, biar pada masa ini agak mengasing, namum masih ada sirna di penghujung jalan. 

(3) Walau apapun, sebaik-baik PRU 15 muktamad, saya menjangka keadaan panas akan terus berlaku, terutama jika PH dan atau UMNO tidak dalam Kerajaan Persekutuan. Keadaan ini akan mengakibatkan pentadbiran negara agak kucar kacir dan ini pastinya akan mengorban kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan rakyat.  Mungkin pada saat sebegitu, maka rakyat akan mula bermuhasabah dan akhirnya melakukan sesuatu yang mereka mesti perlakukan secara massa. Bagimana rupa bentuk dan extendnya, saya mengira janji Allah dalam Surah Al Asri adalah benar.

(4) Kalau kita mengikuti lapuran-lapuran di media sosial dan bahkan media rasmi, sorotan kebanyakan ditumpukan kepada PH, BN dan PN. Tidak banyak liputan dibuat untuk GPS Sarawak, GRS-BN Sabah, Warisan malah Gerakan Tanah Air GTA pimpinan Mahathir. Khasnya GTA, seperti banyak pihak memandang sebelah mata kepada ketumbukan tersebut. Mereka seolah-olah sedang berpakat, this is the time to silent Mahathir. Paling banyak mendapat liputan adalah Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu PHnya seperti Rafizi dan Muhammad Sabu. Saya perhatikan dan menjangka sedang ada usaha-usaha terancang untuk membungkamkan silentkan Mahathir. Sebabnya, pertama-tama semua pimpinan PH, BN dan PN sangat memusuhi Mahatir. Mereka melihat dia sebagai musuh terhebat mereka, dan bukan sesama mereka. Keduanya, telah timbul di fikiran ramai, bahawa Mahathir sudah terlalu tua, dan perlu samada duduk di rumah jaga cucu dan atau lebihkan masa duduk di masjid menunggu panggilan kubur. Pandangan-pandangan sebegini merupakan budaya azali Melayu dalam melayani orang tua-tua. Bukan soal apa, soalnya mereka tidak mahu ribet, tidak mahu bersusah mengurus kerenah orang tua-tua. Mahathir kini masyarakat Melayu sedang perlakukan sebagai seorang tua yang menyerabutkan. Suatu sifat yang saya kira cukup keji dan tidak berpunya harga diri kental.

(5) Jika Mahathir bukan orang politik, yang mana adalah mustahil lantaran itulah matlamat hidup beliau sejak dari remaja, orang Melayu akan mengenepikan beliau cara lain. Cuba lihat, di kampung-kampung tradisional Melayu, orang-orang tua setaraf Mahathir akan dipinggirkan secara subtle ie bo layan. Inilah "cara cukup bijak" Melayu untuk cepat membunuh generasi tua; bukan kerana apa, hanya kerana golongan tua ini sudah dianggap sebagai tunggul yang tiada berfaedah. Ini cukup bertentangan dengan sisi lain budaya Melayu yang menghargai Al Quran Buruk. Budaya Melayu cukup antagonistic.

(6) Walau apapun, Mahathir = Pejuang dan Pemikir hebat. Dia tidak terkesan dengan sikap musuhnya kepada dirinya. Dia jelas dengan perjuangannya. Dia pantang mengalah. Dia mementingkan kesejahteraan dan kemakmuran Melayu. Perjuangannya adalah untuk martabat Melayu. Maka, untuk itu dia sering melakukan langkah one step ahead musuh-musuh malah rakan-rakannya. Lantaran kemungkinan senario politik kacau bilau selepas PRU 15 nanti, saya menjangka itu merupakan faktur asas kenapa Mahathir seperti melakukan gerakkan "kuasa ketiga". Dengan gaya kempen sekarang, saya yakin rakyat sedang keliru dan dikelirukan untuk memilih PH, BN atau PN. Kalangan hardcore, lain pula sikap mereka ie taksub manut semanutnya. 

(7) Seperti saya katakan awal tadi PH benci perasuah, namun pada mereka ada kes rasuah dan pecah amanah yang belum selesai. Hakikatnya, PH juga sedang bergelumang dengan kes rasuah dan tidak amanah. BN paling parah. Macam-macam ada dalam gerombolan itu. Malah khasnya UMNO saya kira selepas PRU 15 ini akan bergolak hebat. PN tidak kurang kotornya. Maka saya yakin, jika diselidiki betul-betul, rakyat kini cukup keliru di atas wibawa PH, BN dan PN. Setidak-tidak biar apapun tohmahan terhadap Mahathir khasnya, belum ada siapa dapat mengheret dia ke mahkamah. Mahatir telah tidak berkuasa sejak 2003 dan telah "bermusuh" hebat dengan banyak pihak, namun tiada siapa dapat membuktikan kesahihan segala tohmahan terhadap beliau. Di sisi perundangahn, Mahathir kelihatan bersih dan tiada masalah apa-apa dan malah berkali-kali beliau meminta sesiapa untuk membuktikan tohmahan ke atas beliau.

(8) Selaku seorang pejuang dan pemikir; seorang negarawan, saya melihat di dalam PRU 15 ini Mahathir banyak bermain secara under dog. Under dog tidak bermaksud mengundur; dia hanya retreat to advance ie berundur untuk teliti memerhati dan mencari peluang. Pribahasa Melayu yang setara retreat to advance ini adalah ibarat cencaru makan petang. Kali ini Mahathir ketandusan pemidato hebat. Semasa PRU 14, beliau ada Muhammad Sabu yang menjadi loud speaker beliau. Kini biar Ibrahim Ali yang kelihatan sering bersamanya, seperti sudah "hilang bicara dan bisa". Kali ini, Mahathir hanya ada dirinya yang sudah sangat kurang cergas. Namun, liciknya dia, dia dapat mengumpul Badan Bukan Kerajaan NGOs yang berupa frontliners dalam banyak hal. Sikap frontliner, biasanya kurang berbicara, dan lebih kepada action. Namun, biarpun NGO cukup dihargai oleh banyak pihak, namun ruang lingkup penguasaan mereka sangat terbatas. Teritorial domain mereka cukup sempit. namun jika semua ini dapat digerakkan secara tersusun kesan massanya pasti akan menyerlah. Paling hebat NGO adalah professional dalam bidang masing-masing dan sangat tidak terikat dalam gerak kerja mereka. Mereka mampu to deliver the impossible. Gerakkan Mahathir bergabung bersama-sama NGOs ini merupakan gerakan comforting yang cukup bijak. Ini merupakan benar-benar kuasa ketiga yang In Shaa Allah mampu mengembeling kuasa rakyat jika diperlukan khasnya di pasca PRU 15.

(9) Jika telahan saya ini betul, In Shaa Allah langkah Mahatir ini akan lebih ketara dan berkesan dalam pelbagai PRN yang akan berlaku pada Jun - Ogos, 2023 nanti. Maka dalam PRU 16, NGOs akan berwajah ketara dan baru. di Barat, Green Peace mungkin menjadi aspirasi para NGOs di Malaysia.

(10) Saya yakin, dengan bersama NGOs, sifat dan sikap kenegarawan Mahathir akan terus terserlah serta memberikan kesan jangka panjang yang cukup baik dalam mematangkan politik Negara. Mudah-mudahan, biarpun Mahathir tidak berjaya mengkedepankan diri, push forward, pasca PRU 15, namun dia telah meletakkan asas kukuh bagi para NGOs untuk memainkan peranan yang cukup berkesan dalam membina Negara Bangsa Malaysia. Saya mengira, inilah sumbangan saikologi yang tidak ketara Mahathir dalam gerakan NGO di masa depan.


Sadong Jaya, Asajaya

11 - 14 Nov., 2022


#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.