Sangat jarang saya menulis tentang Anwar Ibrahim. Sebabnya mudah. Saya melihat dia sebagai sosok rhetoric. Saya tidak gemar dengan para rhetoric per se. Saya melihat Anwar sebegitu sejak saya adalah pelajar di Lembah Pantai pada 1979. Watak beliau dan Sukarno sama. Kekejaman penjajah Belanda ke atas rakyat Indonesia memerlukan seorang tokoh rhetoric seperti Sukarnao pada permulaannya. Watak seorang panglima perang ada pada Sukarno dalam perjuangan sebuah bangsa Indonesia yang ingin bersatu padu dan merdeka. Namun pada saat kemerdekaan sudah diperolehi, kecerdasan bekerja sebagai arkitek dan jurutera membina bangsa, negara dan agama tidak ada pada Sukarno - biarpun dia adalah seorang jurutera. Untuk menutupi kelemahannya, dia terus kekal rhetoric sedang rakyat terus melopong ompong dalam kepedihan sengsara hidup. Pada zaman pasca kemerdekaan, tudingan rhetoric Sukarno berbanding hakikat semangatnya adalah dua perkara berbeza. Lewat tudingannya, seluruh Indonesia cukup terpegun malah bungkam dan bersemangat, namun maksud tudingannya cukup lain. Pidato Sukarno gegak gempita getarannya, namun yang bergetar hebat adalah hatinya untuk memilih pendamping barunya. Pada sosok Sukarno, rakyat Indonesia berbanga dengan seorang Presiden Nan Ganteng, ketimbang = setara para pemimpin dunia sewaktunya.
(2) Anwar bagaimana? Anwar adalah pengiat pelajar Universiti Malaya di akhir 1960an. Anwar had made a name for himself as a fiery student activist. He had led the UM Malay Language Society as president as well as several other youth movements, including the National Union Of Malaysian Muslim Students and the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), which he co-founded. Pada 1960an - awal 1980an, di pasca penubuhan Malaysia, negara khasnya orang Melayu rata-rata hidup dalam kepayahan dan kemiskinan. Dari 1963 - 1970, Malaysia dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. Dalam keadaan negara baru merdeka, dan segala sistem masih kukuh condong kepada kepentingan dan budaya British, tidak banyak yang beliau dapat lakukan melainkan keep bonding the nation together dengan pelbagai sikap tolak ansur yang kian disorot sebagai merugikan kalangan bumiputera. Membasmi kemiskinan dan kemunduran rakyat seperti bukan agenda utama beliau. Kemudian Tunku diganti oleh Abdul Razak Husein. Kejayaan terbesar Tunku adalah memerdekakan Malaya, lalu membentuk Malaysia dan mengekalkan perpaduan Malaysia - biar bumiputera kekal miskin dan corot. Razak saya kira adalah nasionalis seangkatan Bung Hatta dan Adam Malik dari Indonesia. Banyak kemajuan yang Razak lakukan. Razak melakukan proses progessive economic nationalization pada zamannya. Razak meninggal secara mengejut dalam ketika negara sangat berharap kepadanya pada 1976. Kejayaan terhebat Razak adalah dia mampu mengerakkan pembangunan yang merata di seluruh negara dengan sistem pentadbiran cekap dan berwibawa. Kemudian Husein Onn mengambil alih sehingga 1981. Masalah kesihatan meletakkan Husein dalam keadaan disadvantage untuk bergerak cergas. Pada masa ini, kewujudan PAS parti serpihan UMNO sejak 24 Nov., 1951 cukup lantang tentangan mereka terhadap UMNO yang kelihatan bersikap liberal. PAS saya lihat sebagai perjuangan konservatif Melayu yang Islamic rhetoric. Kejayaan paling berharga Husien Onn adalah dengan mewujudkan Skim ASB yang kemudiannya Mahathir gunakan dalam Dawn Raid pada 7 Sept., 1981 dalam memilik negarakan Gutrie dan kini menjadi konglomerat Sime Darby. Dalam kepelbagaian kelemahan ekonomi dunia dan negara, pada 16 Julai, 1981 Mahathir mengambilalih tampuk pemerintahan negara.
CARA LICIK ANWAR DALAM MENGHAMBAT CITA-CITANYA:
Pada bahagian ini, saya cuba meringkaskan carakerja dan berpolitik Anwar, berdasarkan ke atas pengamatan dan pengalaman sejak saya masih sebagai pelajar di Kampus UKM Pantai Baru 1979 sehinggalah kini. Saya tidak nafikan, ini bukanlah pendekatan akademik, tetapi tidak juga bermaksud menghina atau memfitnah beliau, tulisan ini semata-mata pandangan saya sebagai seorang rakyat yang sangat prihatin terhadap masa depan negara secara keseluruhannya.
(2) Jika diteliti struktur dan protokol UMNO sejak penubuhannya pada 11 Mei, 1946 sehingga ke awal 1980an, sangat banyak pemimpin berwibawa Melayu yang mengangotai dan menjadi tonggak kepada UMNO. Tokoh-tokoh muda yang hebat-hebat pada zaman Tunku-Razak adalah muka-muka seperti Dr Ismail Abdul Rahman, Senu Abdul Rahman, Jaafar Albar, Mahathir Mohammed, Rezaligh Hamzah, Musa Hitam dan banyak lagi. Bahkan golongan yang seangkatan Anwar seperti Sharil Samad, Muhhyiddin Yasin, Najib Razak, Rahim Tambi Chik, Muhammad Taib dsb cukup membayangi clouding Anwar. Anwar saya kira tidak bertempat dalam kelompok ini. Walaupun kedua orang tua Anwar adalah juga orang kuat UMNO. Namun, ironinya, Anwar belum berpunya tempat dalam UMNO.
(3) Maka saya berkira, kehebatan yang tidak tanguh-tanguh Anwar adalah kelicikan berpolitiknya. Dalam bahasa Indonesia - tidak tanguh-tanguh bermaksud - keburuan, mahu cepat-cepat. Anwar berpunya political ambitious yang besar. Dia mahu menerajui kepimpinan negara. Maka asas kemahirannya sebagai pelajar jurusan bahasa, berdebat, articulative lalu membentuk sifat charismatic tinggi - menjadikan beliau cukup popular. Anwar saya yakin menjadi cukup seronok dalam segala kepopularanya. Inilah yang saya kira, perkiraan aset penting untuk dia memenuhi cita-citanya tanpa tanguh-tanguh. Untuk popular, Anwar tahu dia mesti kelihatan prihatin trendy, champion kepada isu-isu pokok semasa yang berat-berat. Itulah amalan Anwar kapanpun. Dia mengerakkan move massa secara rhetoric dengan isu-isu trendy menusuk dan membara.
(4) Di awal 1970an, isu kemiskinan Melayu menjadi perjuangan idealisma Anwar. Thema perjuangan sebegitu cukup menarik minat para pemuda apa lagi para mahasiswa/i Melayu dewasa itu. Semasa di Yayasan Adabi, saya yakin dia berdepan dengan para pelajar Melayu yang banyak tercicir lantaran masalah kemiskinan. Kemiskinan dan keciciran pelajar Melayu yang meluas terutama di Pantai Timur mengujudkan percambahan Sekolah-Sekolah Pondok - yang berupa suatu kelemahan ketara UMNO dalam membela anak-anak Melayu miskin dewasa itu. Ini diikuti dengan wujudnya darah-darah muda seperti Hadi Awang, Nakaie Ahmad dsb maka Islamic movement menjadi jauh ketara dan hebat. Melalui ABIM, Anwar juga menangkap hebat thema "Islamization" ini. Saya berada di Kampus UKM Pantai Baru pada 1979 dan dari sana saya mulai mendengar segala konsep Ekonomi dan Kewangan Islam dari Anwar. Biar tertarik namun saya tetap reserve untuk terjun mendokong gerakan Anwar. Anwar dan PAS menjadi mega noice dalam politik Melayu ketika itu. Sekadar bingit kebisingan itu tidak mengapa lantaran dalam Majlis Pernikahan pukulan hadrah malah gendang juga cukup bingit namun menghiburkan. Namun kebingitan politik telah membawa kepada kebingungan dan perpecahan Melayu. Akhirnya, ibarat petir sambung menyambung, hujan tidakpun menitis.
(5) Mahathir yang terkenal dengan sikap gigih dan focus bekerja - terbukti hanya dalam tempoh 51 hari selepas menjadi PM dia merampas Gutrie dari milikan British - kebisingan yang Anwar dan PAS cipta dia lihat sebagai gangguan besar terhadap focus kerjanya. PAS ada kecondongan untuk menyerap Anwar. Cuma Anwar ada game plan lain, maka saya berkira dia masih reserved. Saya yakin, Anwar sedar, PAS tidak akan membawa dia ke mana-mana. Dalam masa yang sama Mahathir tidak mahu gendang kebisingan PAS dan Anwar bertaup. Dengan menyonsong arus politik UMNO, Mahathir dengan tegas membawa Anwar masuk ke dalam UMNO dengan hamparan permaidani kuning yang saya yakin menjadi duri dalam daging di kalangan aspirant UMNO pada masa itu.
(6) Niat Mahathir jelas, dengan keupayaan Anwar dalam menarik sokongan rakyat, mereka berdua akan mampu mengerakkan khasnya Melayu untuk cergas dan cerdas dalam segala-gala. Strategi politik Mahathir cukup jitu - dia arkitek dan jurutera sedang Anwar akan menjadi penabuh gendang perang - struktur sosio-ekonomi negara mereka harus tangani segera. Namun kalangan yang tidak suka Mahathir-Anwar diam-diam bergerak secara dalaman berusaha menyekat kemaraan Anwar namun menjadikan Mahathir sebagai sasaran jelas mereka. Dalam masa yang sama juga akibat seronok berasa popular, Anwar juga menyusun ketumbukan dalam UMNO yang memihak kepadanya dan berusaha mengenepikan Mahathir. Bila Mahathir terpaksa bertempur dengan Anwar pada 1998, Mahathir kelihatan kesendiri lalu tunduk tawar hati bila di dalam PAU 2002 beliau mengumumkan mahu mengundur diri dari segala kedudukan dalam UMNO dan Kerajaan. Saya berkira, bila Mahathir meletakkan jawatan sepenuhnya pada 2003, maka bermulalah perebutan kuasa di dalam UMNO yang membawa kepada keruntuhannya sehingga kini.
(7) Pada 7 Sept., 1998 saya tiba di Kuching sekitar jam 0700 pagi langsung dari Los Angeles USA selepas melanjutkan pelajaran di sana sejak 9 Sept., 1996. Pagi itu sekitar jam 1000 pagi saya terus ke Pejabat di UPEN, Wisma Bapa Malaysia dan sebelum ke Pejabat saya ke Cafetaria bersama beberapa orang rakan-rakan untuk Ngopi. Melihat saya baru kembali, satu soalan panas mereka ajukan kepada saya masa itu: "Friend, since you just came back from the US, still hot right from the oven, how do you see and what should be done first thing first to save our economy?". Rakan yang bertanya, namanya adalah Churcill Lawi, PAS di MAFI pada masa itu. Entah, tanpa berfikir panjang saya katakan: "First, suspend Anwar from MoF. Second, we must closedown the KLSE trading". Semasa di USA, lantaran minat saya adalah terhadap Development Economy, maka saya cukup memerhati akan cara krisis kewangan 1997 ditangani oleh Anwar, MoF pada masa itu. Dia terlalu mengikuti cara IMF yang mana kajian perbandingan yang saya buat di Afrika dan Latin Amerika, cara IMF cukup memiskinkan mereka.
(8) Ramai mungkin lupa, langkah-langkah Kewangan IMF ikutan Anwar sangat memukul kalangan SME dan para peminjam. Rakyat yang terbelit kerana segala pinjaman pribadi dan malah Kad Kredit cukup terbeban dengan kadar Bunga Bank yang tinggi pada masa itu. Ekonomi Malaysia jadinya kian merundum dengan Ringgit terus menjunam. Akhirnya, pada 8 Sept., 1998 Anwar, atas faktur-faktur peribadi dan dasar, Mahathir pecat dari kabinet dan UMNO. Maka pada teabreak pada 9 Sept, 1998 sekali lagi Churcill melihat kepada saya dan berkata: "I hope DM won't follow to your second idea". Kami ketawa.
(9) Saya yakin sejak 8 Sept., 1998, Mahathir bukan hanya terpaksa berperang dengan Anwar tetapi juga dari dalaman UMNO. Mereka yang selama ini diam-diam memusuhi Anwar mula juga menyusun langkah untuk menyingkirkan Mahathir. Mahathir terpukul dari luar dan dalam UMNO. UMNO sudah tidak lagi mahu focus membina bangsa, agama dan negara. Sepertinya, kejayaan sistem pendidikan Malaysia telah merombak struktur demografi Melayu, sebegitulah gerakan the Malays' economic reform Mahathir melalui privatization yang mengangkat golongan cerdik pandai Melayu menerajui organisasi besar negara, itu sangat merubah nafsu dan tujuan hidup sebilangan Melayu. Tanpa peristiharan - gerakan penswastaan oleh Mahathir adalah suatu reform terhadap cara dan penglibatan massa kaum Melayu dan bumiputera dalam membina dan berkongsi kekayaan negara.
(10) Kejayaan sistem pendidikan dan penswataan telah sangat memperkukohkan UMNO. UMNO berubah dari bersifat tradisional, kini menjadi wadah kepada para koprat. UMNO 2.0 menjelma menjadi UMNO generasi baru - dan generasi baru Melayu ini mulai menjadi anaconda mahu menelan apa saja untuk kenyang sendiri. Saya yakin kecemburuan dan saling cantas mencantas mulai semarak dalam UMNO akibat perebutan laba pada kedudukan kuasa. Saya tahu Anwar juga tahu dan arif tentang prihal ini. Bila Anwar dipecat, dia yakin dia berpunya dua ketumbukan untuk menumbangkan Mahathir - internal forces - dan kita sudah maklum itu di ketuai oleh Zahid Hamidi dan Siti Zaharah Sulaiman, Anwar sendiri dengan kemungkinan bersama PAS dan DAP akan menjadi forceful external forces.
(11) Anwar sedar, jika Mahathir tumbang, mudah baginya menumbangkan UMNO. Dengan aset keupayaan berpidato berapi-api, Anwar menukar anak-anak muda Malaysia menjadi panglima-panglima jalanan juara anti korupsi, kronisma dan nepotisma. Soal-soal kemiskinan dan Islam, Anwar pinggirkan. Focusnya adalah segera hancurkan Mahathir. Strategi politiknya cukup mantap. Kebetulan, Amen Rais di Indonesia sedang bergerak hebat juga untuk menumbangkan Sohaerto yang dituduh setara Mahathir - diktator, korupsi, kronisma dan nepotisma. Anwar menjadikan isu-isu ini sebagai perjuangan bangsa Melayu sejagat. Gerakan Anwar seperti bersifat satu nusantara. Game Anwar cukup licik. Kebetulan, Suharto dan Mahathir atas langkah-langkah tertentu mereka, cukup tidak disenangi Amerika.
(12) Kita tahu, Mahathir cukup diragui Barat terutama Amerika. Politik antarabangsa Mahathir terutama dalam membela Afrika Selatan dan Palestin itu cukup Barat tidak senangi. Saya pernah menulis, bagaimana Barat terutama Amerika melihat kebangkitan Reformasi Anwar dan Amen Rais merupakan peluang besar untuk mereka menjinak jika tidak melemahkan Islam di Nusantara, maka melalui PKR dan Pakatan Rakyatnya, Anwar mendapat simpati hebat dari Amerika. Al Gore, Naib Presiden USA, dalam gaya biadapnya, menyampaikan ucapan mendokong Reformasi Anwar dan meninggalkan jamuan APEC 2002 Kuala Lumpur tanpa menjamah hidangan yang disediakan.
(13) Pemerhatian saya, Anwar cukup enak dan gemar bersandar kepada sesiapapun untuk dia melonjak naik. Mulanya, menggunakan segala cerdik pandai Melayu dalam ABIM dan para pelajar di UM. Kemudian dia menunggangi popularity PAS. Yusuf Al Qradawi meniti bibir Anwar dalam menonjolkan kepakarannya dan prihatinya dalam Islam. Dalam soal-soal kemiskinan, Bank Dunia serta nama para penyelidik dalam dan luar negara sering dirujukkan. Kelantangan DAP yang berbau liberalisma tulin, dia tunggangi untuk menjinak hati-hati para belia yang belum matang dan masih buta terhadap sepak terajang Anwar. Kehebatan dia dalam bersandiwara saya kira turut mengelabui mata Mahathir di dalam UMNO. Semasa dalam UMNO, dia bukannya menguatkan UMNO apa lagi gerakkan memajukan Melayu tetapi menggunakan popularity Mahathir untuk membina kekuasaan dirinya. Di peringkat antarabangsa, dari membina kekuatan negara dan sekutu, Anwar terus mempopularkan dirinya khasnya di kalangan negara-negara Islam dan gerakan pemuda Islam. Anwar seronok dengan julukan Brother Anwar di kalangan negara-negara Islam khasnya Turkiye.
(14) Namun bila dia dipecat dari Kerajaan dan UMNO, focus Anwar berubah. Kebijaksaan gerakkan politiknya benar-benar menakjubkan. Dari cara dia berpolitik, saya mengira Jose Rizal dan Sukarno - dua pejuang kemerdekaan Filipina dan Indonesia merupakan model carakerja rhetoric beliau, jika tidak mungkin Malcom X dan Martin Luther King dua pengerak semangat the Black America. Dia mengalih seluruh negara kepada tuduhan rasuah, persekongkolan dan pilih bulu - corruption, cronyism and nepotism - terhadap Mahathir. Lantaran itu Mahathir dijaja sebagai seorang diktator, kapitalis dan malah rasis. Para akademik yang dahagakan kebebasan mutlak cukup kuat mendokong Anwar. Suara Anwar mahukan AUKU - Akta Universiti dan Kolej yang dianggap mengongkong untuk dibubar - cukup menguja para pensyarah serta pelajar universiti dan kolej. ISA dan segala akta yang menyekat kekebasan rakyat digembar-gembur akan dilupuskan. Terlalu banyak pihak jadi teruja dan terpengaruh. Anak-anak muda pula bahkan kalangan bukan Melayu yang kian tersepit oleh kesan Krisis Kewangan Serantau 1997 dan dasar Kewangan yang dia perkenalkan dalam mengatasi krisis tersebut cukup menyesakkan dan mereka termakan dakyah Anwar dengan anti rasuah, persekongolan dan pilihbulu Mahathir. Dalam masa yang sama, orang-orang dalaman UMNO melihat gerakan ganas Anwar di luar sebagai peluang keemasan untuk mengenepikan Mahathir. Sejak 1998 sehingga 2003, Mahathir kesendiri dalam usahanya memperbaiki ekonomi negara dan kekuasaan UMNO.
(15) Saya pernah menulis, dalam era Mahathir-Musa dan Mahathir-Anwar, UMNO cukup kuat. Gerakkan antarabangsa Mahathir untuk membentuk Blok Dunia Ke Tiga dan bahkan Dunia Islam cukup Amerika geruni. Kepada Barat, Mahathir harus dihancurkan. Cuma lantaran kedudukan geografi Malaysia yang cukup strategik dan apa lagi sikap Mahathir yang tidak mesra Russia-China, saya kira cukup menjadikan Amerika dan sekutu Baratnya harus cermat dan berhati-hati dalam cara mereka hendak menurunkan Mahathir. Dalam tempoh 1981-1996, asakan DAP cukup kuat namun kekuatan UMNO-BN lebih menonjol, maka DAP boleh dikira under dog. Di kalangan masyarakat Melayu, PAS adalah cabaran utama UMNO-Mahathir. Namun Amerika tidak berminat kepada PAS yang "condong" kepada Iran pada masa itu. Di dalam propaganda politik BN sehingga pada PRU 15 pada Mei, 2022 DAP telah dituduh mendapat sokongan hebat kalangan di Amerika. Namun saya yakin, Amerika sedar, mendokong DAP tidak akan membawa perubahan berkesan ke atas kedudukan Mahathir.
(16) Maka bila Anwar membentuk PKR, sokongan Amerika sangat jelas kepada Anwar. Anwar mendapat pelbagai kedudukan hebat di Bank Dunia dan malah Universiti di Amerika. Dalam kempen PRU 15 yang lepas, tular di Youtube bagaimana PKR ditaja hebat oleh badan-badan khas di Amerika. Anwar dan PKR lalu PH menjadi tunjang asas Amerika untuk memecilan Mahathir sehingga kini. Makanya dalam tempoh Mahathir menjadi PM pada 2018-2020, Anwar bermain wayang dalam menuntut agar Mahathir segera menyerahkan jawatan PM kepadanya.
(17) Ringkasnya, Anwar cukup licik dalam memperguna tokoh, institusi dan perkara yang popular dan trendy dalam segala pidatonya untuk mempengaruhi fikiran rakyat. Malaysia negara demokrasi, maka saya mengira Anwar tahu bermain di padang mana dan caranya - majority win. Dengan apa cara sekalipun, fikiran dan jiwa rakyat majoriti mesti digerakkan untuk mendokong dia. Kenapa rakyat Malaysia tidak kira Melayu atau bukan Melayu cukup mudah membara semangat mereka pada saat mendengar pidato yang berapi-api? Mungkin juga atas faktur cuaca tropika yang sentiasa hangat dan ditambah dengan segala makanan yang spicy. Makanan spicy kian menjadi budaya semua kaum di Malaysia kini. Hangat cuaca dan hangat pada tubuh mungkin cukup menguja bilamana dihujani dengan pidato-pidato berapi-api. Amok Melayu dan gemar merusuh di Indonesia dan malah Selatan Asia - India, Pakistan dan Bangladesh mungkin ada kaitan dengan apa yang saya fikirkan ini. Anwar tahu prihal ini, lantaran jika jiwa Melayu dapat diapi-apikan, maka berfikiran waras bukan lagi menjadi pilihan. Apa lagi khasnya Melayu, mereka cukup malas menyelidiki untuk menilik segala kebenaran. Maka senjata rhetoric dan trendy Anwar menjadi cukup berkesan dalam membangkit semangat memberontak khasnya di kalangan anak-anak muda dan Melayu. Anwar belajar perkara ini juga dari PAS yang telah cukup banyak melahirkan para pemimpin rhetoric.
IRONI DAN ISUNYA:
Jika sesiapa mengikuti omongan Anwar - kini saya namakan sebagai momokannya - pertama-tama dia ingin memperkasakan para belia; para belia cukup mendapat tempat istimewa dalam jiwa dan bibir Anwar. Lantaran itu jika semua perhatian momoknya - dia sentiasa kelihatan kemas dan cergas. Biar di JPM dalam hala menuju Bilik Mesyuarat dia belari-lari mengepit fail. Juga sebagai seorang graduan Bahasa Melayu, dia memomokan tumpah taat setianya untuk memperkasa budaya dan bahasa Melayu. Anwar gemar berbahasa bombastic Melayu. Kedua dia kedengaran cukup prihatin terhadap nasib Melayu miskin. Itulah tunjang perjuangan semasa dia bergelar mahasiswa dan semasa dia belum menyertai UMNO. Tidak heran jika sosok seperti Shanon Ahmad - penulis buku Ranjau di Sepanjang Jalan turut tergiur olehnya. Ketiga, ABIM adalah suara-suara berani dalam mengutarakan gagasan hebat Sistem Kewangan, Ekonomi dan Pendidikan Islam. Saya juga teruja oleh pandangan-pandangan sebegitu, namun saya tidak berani terjun mendokongnya biarpun setelah dia bersama UMNO sepertinya rakan-rakan pelajar saya yang lainnya, lantaran saya tidakpun faham tentang sistem-sistem tersebut bahkan tidak jelas apa yang Anwar momokkan. Bila berada di luar UMNO, sebagai reformis - Anwar menjadi paling hebat dan lantang bermomok - rasuah, cronysm dan pilihbulu - nepotism - seperti biar hanya setites air mata babi - haram dan berdosanya mungkin mengalahkan syirik.
(2) Ironinya - semasa dia menerajui MoYSC - belia, sukan dan budaya - ke mana dan di mana usaha-usaha memperkasa belia, sukan, budaya dan bahasa yang beliau gerakkan. Jika dilihat dalam tempoh 24 bulan dia mentadbir negara - sudah ketarakah gerakan ke arah itu? Dia tetiba menjadi pelopor TVET, sedang perkara itu adalah idea asal Najib Razak. Tidakkah Nurul Izzah pernah Mahathir amanahkan sebagai Pengerusi J/kuasa berkait TVET semasa dia menjadi PM 2018-2020? Apa Nurul Izzah telah lakukan? Apa semangat dan gerak reformasi yang telah dia perbuat di sektor-sektor memartabatkan belia, sukan dan kebudayaan? Dalam prihal kemiskinin - beliau pernah menjadi MoA, berapa besar kejayaannya dalam merubah struktur kemiskinan di kalangan petani-petani Melayu? Adakah Baling yang menjadi # perjuangan asalnya telah berubah hebat, dan atau Baling menjadi kawasan pilihanraya pilihannya? Saya berkira, lewat Samy Vellu, Mahathir jauh dapat merobah para petani miskin di desa-desa di seluruh Malaya. Benar Yayasan Ikthiar dan YAPEIM adalah gagasannya - namun, adakah agensi-agensi tersebut benar-benar menjadi pengerak ekonomi masyarakat kecil terpencil atau sebenarnya hanyalah momokan pentas-pentas para badut. Lalu dalam sistem pendidikan, selain PTPN yang beliau usahakan jika tidak silap saya, itupun hutang dan bukan seperti idea asalnya - suatu biasiswa - apa kejayaan besarnya? Pendidikan Islamnya di mana? UIA - apakah itu benar hasil gigihnya? Sistem Kewangan dan Ekonomi Islam Anwar nodakan - sondomised sebetulnya - bila negara dilanda Krisis Kewangan 1997 dia patuh kepada cara-cara IMF - yang membawa kesan sangat buruk dan terpuruk khasnya di kalangan SME dan mereka yang banyak pinjaman bank atau institusi kewangan. Apakah terjahan dan tujahan Perbankan Islam yang ketara telah Anwar lakukan sejak dua tahun lepas?
(3) Pokoknya, kini dia adalah PM, mempunyai lebih dari 3/4 sokongan di dalam Parlimen, dan dalam suasana pembangkang yang tidak kuat sebenarnya, apa sudah jadi dengan segala momokan reformasinya? Hakikatnya, Reformasi dan kini Madani Anwar tidak akan berpunya takrif dan kerangka yang jelas untuk negara, melainkan momokan - rhetoric politiknya semata-mata. Gerakan anti rasuah, cronysm dan nepotism Anwar jelas sangat songsang kepada apa yang dia sering pekik bingitkan sebelum ini.
CULASNYA ANWAR DALAM PEPERANGAN MENENTANG RASUAH:
Kajian oleh seorang penuntut UiTM Melaka - Abdul Rahim Ridzuan mendapati: "The impact of corruption on economic growth has been the subject of
theoretical debate among economists, with some arguing that corruption
hinders growth and development. In contrast, others suggest that it can
positively affect the development process. As such, the effects of
corruption on economic growth remain inconclusive. This study examines
corruption's impact on economic growth, as measured by real GDP per
capita (constant 2015 US$) in Malaysia. The study utilized the
autoregressive distributed lag (ARDL) method to investigate the
relationship between corruption and economic growth in Malaysia. The
data used in the analysis were obtained from the World Bank and
International Country Risk Guide data repository and covered the period
of 1992-2021 annually. The Corruption Index was used to measure
corruption. At the same time, other variables included economic growth
(GDP), Gross Capital Formation (GCF), General Government Final
Consumption Expenditure (GE), Individuals Using the Internet (INT),
Labor Force (LF), and School Enrollment (SE) in Malaysia. The study's
primary results are as follows: (1) corruption and economic growth in
Malaysia have a long run relationship when considering the measures of
GCF, GE, INT, LF, and SE in the model; (2) when the measures of GCF, GE,
INT, LF, and SE were included interchangeably and combined in the
model, corruption had a positive and significant impact on economic
growth in Malaysia; (3) corruption and economic growth in Malaysia have a
significant short-run relationship when considering the measures of
GCF, GE, INT, LF, and SE in the model." Saya tidak menyandarkan kesan rasuah hanya dari penyelidikan pelajar ini. Dalam kajian perbandingan saya tentang perjalanan IMF di Afrika, Latin Amerika malah di negara-negara seperti Filipina, Myanmar dan Thailand, rasuah menjadi suatu faktor penting dalam membebankan negara dan rakyat. Sangat banyak terbitan dan tulisan yang menyokong bahawa rasuah cukup merosakkan negara dan masyarakat.
(2) Rasuah wujud dalam pelbagai bentuk. Namun bentuk rasuah yang paling berat adalah dalam hal-hal yang menyekat kecekapan pengurusan perbelanjaan kemajuan dan keselamatan negara. Rasuah seperti juga kemiskinan, tidak akan dapat dibasmi sepenuhnya. Mustahil. Namun berapakah julat rasuah yang dikira tidak memudharatkan negara dan rakyat? Di Sweden dan Jepun yang terkenal sebagai negara bersih rasuah, tetap ada rasuah. Nilai ketirisan mereka mungkin kurang dari 5 peratus. Mungkin julat ketirisan 5 - 15 peratus masih boleh dicompromise. Lebih dari itu, kesan memburuknya past menjadi sangat ketara. Ada pihak yang mengangarkan bahawa ketirisan di Malaysia boleh mencecah sehingga 30 peratus. Dari segi persepsi, saya berkira pada zaman Razak, julat rasuah di Malaysia adalah sekitar 5 -10 peratus. Pada zaman Mahathir 10 - 20 peratus. Di zaman Najib Razak rasuah menjalar ke 30 peratus dan mungkin kekal sehingga kini.
(3) Jika andaian matematik persepsi rasuah seperti yang saya bentangkan di atas adalah benar, apa maksudnya kepada proses kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Bilapun, dalam gerakan politik negara, sokongan kewangan adalah diperlukan. Pada zaman Tunku, perjalanan rundingan kemerdekaannya dibiayai oleh wang derma rakyat. Namun selepas itu, bila adanya pertembungan jelas parti-parti politik, maka di situlah perlunya sumbangan dana politik yang besar. Semakin hangat pergolakan politik, maka semakin besar keperluan dana kewangan. Biasanya wang ini datang dari sebahagian dari peruntukan pembangunan negara lewat pelbagai kontrak yang diberikan. Maka jika dibuat rumusan matematik, jika P adalah nilai bersih pembangunan, B adalah belanjawan yang diperuntukan, I adalah kiraan untung kepada pemaju dan R adalah belanja tumbuk rusuk atau biayaan politik maka P = B - (I +R). Biasanya dalam urusan professional, nilai I = 10-15 peratus, iaitu kira-kira malar; standard. Nilai R yang sangat bergantung kepada panjang rantaian interested third parties. Maka jika negara dalam kesempitan kewangan, sedang gegala rauah bermaharajalela, sisa untuk pembangunan menjadi sangat tipis.
(4) Namun rasuah tidak terhad kepada ketirisan wang ringgit semata-mata malah meliputi segala bentuk cronysm dan nepotism yang menjurus kepada ketidak cekapan pengurusan segala sumber bagi membangun kesejahteraan dan keselamatan negara dan rakyat. Kini kita sedang disajikan dengan pelbagai bentuk cronysm and nepotism yang menjurus kepada political patronage dari agihan berasaskan kelayakan dan professionalisma. DAP yang cukup lantang berteriak pasal meritocracy kinipun sudah enak bersekongkol menjadi hypocracy.
(5) Setakat yang saya lihat, Anwar kekal rhetoric dalam pendekatan dia membasmi rasuah. Sasaran beliau lebih tertumpu kepada tindakan-tindakan yang terlihat sebagai dendam atau political patronage dari usaha pembasmian sebenar. Dua contoh yang jelas kepada kita sekarang ini. Pertama, menuduh Mahathir rasuah tanpa segera membawa beliau ke mahkamah dan membuktikan kebenaran tuduhannya, jikapun dibuat, apakah itu akan menjadikan rasuah pupus? Kedua, Daim Zainuddin diheret ke Mahkamah bukan atas rasuah tetapi lebih kepada dakwaan tidak membayar cukai. Tujuannya mungkin, jika Daim benar tidak membayar cukai pada kadar sewajarnya, maka harta benda dia dirampas pada kadar cukai yang dia tidak membayar - itu mungkin berbillion ringgit, tindakan itu sebagai - pukul anak sindir menantu - iaitu Daim tidak dapat dibuktikan rasuah, namun hartanya dapat dirampas. Perjalanan yang sama saya lihat sedang diperlakukan kepada Mahathir and Sons. Pokok persoalannya, apakah rasuah akan terputus jika tindakan-tindakan itu berjaya dilakukan? Saya tidak yakin. Bahkan rasuah akan menjalani proses evolusi melampaui segala kehebatan penguatkuasaan yang menantangnya. Buktinya - lihat apa yang mula-mula sekali terjadi kepada Syed Mokthar dalam soal monopoli import beras. Lantaran sokongan kuat Syed Mokthar kepada Mahathir, maka dia diperas sehingga monopolinya punah dan beras didagang secara bebas. Apa terjadi? Beras tempatan lesap dari pasaran. The latest 5.3 juta kampit 10 Kg beras dihanyutkan banjir kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Parlimen baru-baru ini. Logik ke?
(6) Secara umum, rasuah berlaku dalam tiga sektor utama - politik, pentadbiran awam dan swasta. Dalam politik, semasa PRU14 heboh dengan saranan agar diadakan satu mekanisma tentang bagaimana pembiayaan parti politik harus diuruskan. Pelbagai siri perbincangan di adakan sejak 2018-2022, namun seperti berkubur sejak 2023 sehingga kini. Pada masa ini, parti politik sepertinya bebas untuk mengadakan cara mereka tersendiri dalam menjana dana mereka. Akibatnya, sektor politik menjadi dagangan rasuah yang hebat. Di sektor awam juga parah bila mana di sektor politk juga kian memuncak. Samalah bagi sektor swasta. Pokoknya jika politik adalah kepala, maka bila kepala rosak maka rosaklah seluruh tubuh seekor ikan. Hakikatnya Anwar tidak bersungguh-sungguh dalam membendung apa lagi membenteras rasuah. Cronysm dan nepotism yang dia cukup gegak gempita sanggah kini kian menjadi budaya. Apakah itu bukan rasuah?
(7) Apakah terlalu susah untuk membendung dan atau membasmi rasuah. Pengamatan dan pengalaman saya ianya bukanlah sesuatu yang terlalu payah atau mustahil. Jika analogi ikan dijadikan gambaran tentang rasuah, maka pada ikan itu juga ada hikmah tersembunyi akan cara mengatasinya. Pertama-tama, kepala ikan mesti jangan membusuk. Bagaimana? Jika kepala ikan dibersihkan dengan baik, peluang untuk ikan membusuk akan sangat kurang. Maka sebagai ketua perlu bersih suci sepenuhnya. Bagaimana? Pada Anwar, caranya, dia mesti buang tabiat gemar menghambat popularity. Anwar saya lihat adalah seorang tokoh gemar validation - gemar dipuja puji. Dia banga dan harus dipuji sebagai PM tanpa gaji - namun dia tidak jujur untuk mengakui bahawa dia tetap mengambil elaun sebagai MP. Biar dia mungkin tidak mudah disogok wang ringgit secara fizikal, namun ego akibat hambatan validation akan menjurus dia kepada mudah dan gemar untuk diraikan. Anwar saya lihat seronok menjadi PM celebrity. Di mana dan ke mana saja dia, majlis baginya perlu meriah biar itu mulanya dia katakan "tidak perlu". Anwar sedang menjerumus dirinya kepada riak dan lari dari zuhud. Kegilaan Anwar kepada validation and popularity mengaibatkan dirinya akhirnya hanya dikelilingi amalan cronysm dan nepotism - para kaki ampu. Itu adalah suatu bentuk rasuah yang menjurus kepada sistem tidak bersandarkan kemampuan dan professionalisma. Termuktahir, contohnya Mahfuz Omar dari PAS telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Apa kebolehan Mahfuz dalam soal-soal sosio-ekonomi, dagangan dan teknikal yang melibatkan para petani dan entreprises mereka yang rumit sifat saikologi dan demografinya?
(8) Siapakah Model pemimpin bersih rasuah? Paling dekat saya berkira adalah Razak Hussein, PMII kita. Cuba bayang, dalam dia menangung sakit yang parah, isterinyapun tidak tahu apa lagi rakyat. Bahkan pada saat dia akan menghembuskan nafas terakhirnya, tiada siapa yang tahu, dan jika tidak silap saya hanya Mohd Nazer adik Najib yang ada bersamanya. Pada saat dia meninggal, keluarganya tidak berpunya rumah sendiri. Bahkan jika tidak silap saya, duit dalam simpanan beliaupun cuma RM5,000.00. Focusnya hanya kepada kerja - kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Razak meletakkan Malaysia sebagai negara favourite Bank Dunia dan Model Langkah Pembasmian Kemiskinan yang sangat baik. Lingkungan beliau adalah para pentadbir yang gigih dan bersih. Sama dengan Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri semasa Tunku dan dirinya dan banyak tokoh-tokoh penjawat awam dan koperat di zaman Razak dan malah di awal pentadbiran Mahathir. Sifat Razak yang saya baca adalah simple, clear and focus. Cuma saya heran, apakah sukar untuk Anwar membina watak zuhud yang diperlukan. Katanya dia cukup kuat membaca buku-buku Islami, tidak mungkin dia tidak mengenali sifat zuhud SAW, Abu Bakar Siddique, Umar Al Khataab, Othman Affan, Ali Abi Thalib dan malah Umar Abdul Aziz. Jika itu semua sukar baginya, bagaimana dengan Yusuf Al Qardawi yang bunyinya sebagai guru dan idolanya? Pastinya dia membaca dan tahu bagaimana Kerajaan Ummaiyah Damshek, Abbasyah Baghdad, Kordova, Moghul India dan malah Othmaniah Turki semua tumbang lantaran rasuah, cronysm dan nepotisma.
(9) Jika Anwar benar-benar mahu melupuskan gejala rasuah, apakah dia mampu memulakan dengan langkah pada dirinya? Beranikah Anwar reform sifat-sifat dan budaya diri dan lingkungannya ke arah corruption deterring practices? Berani Anwar untuk reform dan transform dirinya dari validation crazy personality kepada humble, modest, clear and firm characters? Berani dia membuang atau mengenepikan segala perlambangan kekuasaan dan penghargaan yang cukup membazir? Contoh, agak-agak berapa billion ringgit setahun perlu dibelanjakan untuk persediaan deco jabatan dari peringkat PM membawa kepada segala pengarah jabatan awam dan GLC sehingga ke peringkat daerah di seluruh negara? Sebegitu juga berapa billion pula perlu dibelanjakan untuk segala majlis-majlis keraian yang perlu di keseluruhan sektor awam dan GLC? Agak-agak berapa billion ringgit lagi diperlukan untuk penonjolan gah image koprat setiap sektor awam dan GLC? Setakat manakah imej koprat ini benar-benar telah meningkat budaya produktiviti setiap agensi? Tidakkah semua ini kian menjadi budaya subsidi terhormat? Saya yakin, nilainya sangat tinggi. Bagaimana dengan segala kenderaan malah angkutan yang cukup membazir? Katalah untuk empat items ini, nilai taruhan saya adalah RM4.00 billion setahun. Itu jika diterjemahkan kepada pembinaan rumah mampu milik saiz 750 - 850 kaki persegi untuk harga jualan RM350,000.00 sebuah adalah bersamaan dengan 11,500 buah rumah setahun. Jika alasannya bahawa perbelanjaan runcit untuk empat items tersebut dapat melonjakkan Consumption dan GDP, apa tidak mungkin pembinaan 11,500 buah unit rumah mampu milik tidak mempunyai kesan ekonomi yang setanding atau lebih baik?
(10) Saya yakin idola Anwar sebenar bukanlah mereka yang saya sebutkan di atas, tetapi adalah IMF. IMF adalah bapa kepada rasuah, cronysm dan nepotism sedunia.
(11) Bila kepala ikan dibersihkan dengan baik, agar ikan tidak membusuk, maka sistem simpanan ikan mestilah betul. Jika ikan terbiar bebas dihinggapi langau, sebersih bagaimanapun kepalanya, ikan tetap membusuk juga. Sistem mesti betul. Jika tidak diletak dalam freezer, dijadikan pekasam, budu, ikan masin, ikan kering dan atau diperap dengan segala rempah pasti dapat mengekal kesegaran atau kebolehretan busuknya ikan. Itu saya kira analogi yang semua yang mengerti adat budaya Melayu akan faham. Bukankah Anwar berketurunan Melayu? Maka sistem adalah perlu. Di tingkat yang lebih tinggi tidakkah alam semesta ini kekal dari kita celek sehingga kita tidur lalu bangkit semulanya, semuanya teratur lantaran Allah menjadikan adanya sistem kokoh untuk mengawal semuanya?
(12) Anwar gemar ke Amerika, Turkiye, Arab dan India. Apa ada pada negara-negara yang saya kira cukup gemar rasuah, cronysm dan nepotisma ini? WTO, WHO, UNICEF, HRIE, UNEP dan segala apapun berkait dengan Bank Dunia, peraturan mereka semuanya menjurus kepada cronysm dan nepotism yang sangat condong untuk menjamin kelestarian kehidupan makmur dan sejahtera Barat. Anwar juga sudah kelihatan sering ke China dan Vietnam. Apa yang Anwar lihat tentang sistem mereka dalam menangani rasuah, cronysm dan nepotisma? Ini negara-negara Kominis, agak mudah bukan - sistem mereka adalah - hukum bunuh. Namun Malaysia adalah negara demokrasi dan kita menjunjung prinsip bertuhan. Kita ingin menjadi negara Islam yang baik. Tidak mungkin cara Kominis kita boleh amalkan. Maka harusnya bagaimana? Soalan saya, apakah sistem yang ada di Jepun, Korea dan malah Sweden dalam membenteras rasuah. Inilah negara-negara yang mempunyai indek rasuah yang sangat rendah. Singapura, jiran depan hidung kita bagaimana? Tidakkah Anwar berminat untuk meneliti sistem-sistem yang ada di negara-negara Far East ini? Bagi saya, Jepun dan Korea cukup menekankan sistem nilai. Sebarang perbuatan yang merosakkan negara adalah suatu perbuatan khianat terhadap maruah dan martabat keluarga. Hukumannya adalah herakiri. Pokoknya, Korea dan Jepun meletakkan tahap berkemaluan besar sebagai asas sistem nilai mereka. Apakah itu sukar untuk diterapkan kepada khasnya orang-orang Melayu dan bumiputera lainnya? Tidakkah pada kaum-kaum ini, maruah bangsa dan keluarga adalah sesuatu yang tidak boleh digoyah. Orang-orang Melayu cukup berkemaluan besar dalam soal-soal maruah keluarga dan bangsa sehinggalah gejala Malu Apa Bossku menjelma. Maka sebagai budayawan dan ahli bahasa bunyinya sounding like apakah natijah itu sukar untuk Anwar fahami? Tidakkah dia berminat untuk mengembalikan sistem nilai berkemaluan besar pertama kepada orang-orang Melayu dan bumiputera dengan meletakkan tokoh budayawan hebat sebagai Menteri Kebudayaan Malaysia?
(13) Dalam Islam pula, sifat malu adalah hambatan pertama ke arah melakukan perkara-perkara tidak baik. Juga perasaan malu boleh merubah sesorang menjadi baik-baik. Secara bahasa, al hayaa-u (malu) artinya at taubah wal himsyah, penuh taubat dan sopan santun (lihat Lisaanul Arab). Secara istilah syar’i, al hayaa-u artinya, “sifat yang dikaruniakan Allah kepada seorang hamba sehingga membuatnya menjauhi keburukan dan kehinaan, serta menghasungnya untuk melakukan perbuatan yang bagus” (lihat Fathul Baari karya Ibnu Rajab, 1/102). Malu adalah bagian dari iman, artinya tidak sempurna iman seseorang kecuali ia memiliki sifat malu. Dalam Shahihain Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Iman itu enam puluh sekian cabang, dan malu adalah salah satu cabang dari iman” (HR. Al Bukhari 9, Muslim 35). Para umat terdahulu sebelum di utusnya Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam sudah mengenal dan menyadari bahwa sifat malu itu baik dan merupakan ajaran semua para Nabi terdahulu. Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya diantara hal yang sudah diketahui manusia yang merupakan perkataan para Nabi terdahulu adalah perkataan: ‘jika engkau tidak punya malu, lakukanlah sesukamu’” (HR. Al Bukhari 6120). Sesungguhnya, malu iaitu berkemaluan ada pada gene manusia, hanya godaan Iblis dan kelemahan Iman yang boleh merobahnya. Maka selagi manusia berkemaluan, maka dia harus kekal malu untuk berbuat salah. Malu adalah gene budaya Melayu. Namun sesorang juga harus tidak malu untuk berbuat baik.
(14) Saya yakin, apa lagi Anwar, dia harus lebih yakin. Jika sebagai ketua kita tidak malu untuk living a humble, dignify low profile and honest living - menuju zuhud, In Shaa Allah itu akan menerap nilai-nilai malu kepada seluruh anak buah malah masyarakat kita. Kita cuma tunjuk dan lakukan tanpa malu-malu apapun yang terbaik di sisi Islam. Anwar mesti kembalikan sistem nilai ada berkemaluan kepada masyarakat Melayu.
(15) Kedua, sistem rasmi - procedural system perlu ada dan diperkukohkan. Sistem nilai sahaja tidak memadai. Sistem rasmi juga mesti ada. Saya pernah ada seorang teman yang belajar di Universiti Waseda, Tokyo. Kebetulan dia memohon suatu pekerjaan. Di dalam Iklan Permohonan dijelaskan bahawa Borang Permohonan Kerja mesti di poskan ke alamat yang tertera. Kebetulan dia tinggal bersebelahan dengan alamat dimaksudkan dan Pejabat Pos pula jauh. Maka dia unjukan borang tersebut by hand. Biro Pekerjaan tidak mahu menerima borang beliau. Beliau diminta untuk poskan borang tersebut. Kepatuhan kepada prosedur adalah mesti dalam budaya Jepun. Cuba di Malaysia, pasti ada rasa compromise atas faktur keadaan dan convenience. Agak-agak dalam Islam, jika sesuatu dosa itu perlu penyucian di Neraka, apakah Malaikat Ridzuan akan bercompromise? Jepun dan negara-negara Scandinavia mereka cukup terkedepan dalam banyak hal lantaran mereka berpunya procedural system yang ketat dan mesti dipatuhi. Saya yakin QCC, TQM, KPI, BSC - Balance Score Card dan malah 5S adalah amalan-amalan yang mulanya adalah untuk penghasilan keluaran industri bermutu tinggi n produktif, kemudian mereka kembangkan menjadi nilai-nilai pengurusan yang mesti patuhi
(16) Bagi saya adalah terlalu anih, dalam kita mengejar kemajuan setara mana-mana negara maju, tahap automation apa lagi digitalisation kita tidak seiring nafsu untuk gah majunya kita. Evolusi industri AI - Artificial Intelligence dari dilihat sebagai kaedah cara kerja para Malaikat sedang dilihat dalam kewaspadaan yang boleh menjumudkan fikiran dan caratindakan kita. Sesungguhnya saya yakin para Malaikat adalah "AI" Allah. Malaikat tidak sekali-kali akan melakukan apapun di luar dari suruhan dan kebenaran Allah - mereka terprogram jitu dan rigid. AI sebegitulah sifat mereka. Apakah Anwar dapat melihat agar carakerja menangani rasuah sebegitu? Saya belum nampak ketara gerakkannya. Malah kawalan di pintu-pintu masuk Imigresen kitapun masih dalam "ketempang" digital. Selagi manusia masih terlibat dalam penilaian banyak hal di negara ini, rasuah tidak akan dapat dibasmi atau minimisekan.
(17) Singapura, cara mereka menghalangi rasuah juga cukup menarik. Kerajaan Singapura, sistem nilai bukan pegangan kukuh mereka. Maka mereka mengabung teknologi, suasana dan perundangan sebagai langkah jitu dalam menangani rasuah. Selain hampir semuanya digitalised, semua tempat kerja penjawat awam adalah seriously monitored lewat CCTV yang rapi dan akhirnya, undang-undang dan perlaksanaan undang-undang mereka adalah cukup water tight.
(18) Sepertinya Allah, lantaran para Malaikat adalah mutlak compliance terhadap tututan nilai dan procedural Allah maka mereka kekal menempati kemakmuran Syurga. Iblis mereka engkar, maka di bumi bergelumang dengan kerenah manusialah mereka. Sedang manusia yang berkemungkinan 50:50 sifat patuh dan engkar mereka, maka kepelbagaian tahap nikmat dan sengsara duniawi perlu mereka lalui. Maka berpandukan cara dan hukum azali Allah, jika rakyat dalam segala lapisan dan termasuk segala kepemimpinan mereka patuh kepada sistem yang mulia yang dibangunkan - sepertinya di negara-negara Scandinavia, malah Jepun dan Singapura - habuan sewajarnya harus rakyat nikmati penuh. Kepatuhan dan pengorbanan rakyat harus dihadiahlan laba yang optimum. Kebajikan dan kemakmuran rakyat mesti dijaga, dan dengan itu pastinya tiada rakyat yang ingin khianat terhadap masa depan negara dan generasi mereka. Cuma apakah agenda ini Anwar telah bangun jelas dan usahakan segigihnya.
(19) Saya tidak yakin Anwar jelas tentang agenda anti rasuah membina kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara. Tindakan beliau hanyalah rhetoric bukan strategis dan penuh techtical. Sama seperti agenda Reformasi dan Madani hanya Anwar yang tahu hala dan tujunya. Sikap Anwar dan seluruh mereka di sekelilingnya, saya kira ibarat ayam bertelur sebijik, riuh sekampung - biar ayam dara yang belum tahu berlakipun turut berketak. Budaya ayam kampung yang dikelilingi para pengampu - berketak untuk meriahkan suasana biar telur hanya sebiji. Jika tidak, perumpamaan Melayu lainya "Ibarat murai, bising bergegak-gegak, ekor bergelumangan najis" adalah setara. Anwar hanya tahu bagaimana merebut kuasa, namun dengan kuasa apa langklah mensejahterakan rakyat dan negara secara jangka pendek dan panjang, dia terpingga sasau. All is about Anwar is drifting by his validation and popularity cranky yet lack of substance and strategic details.
Kg Terasi, Sadong Jaya.
13-16 Disembar, 2024
0 comments:
Post a Comment