.

9/5/09 HAJI....antara pensucian dan istiharah!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 09, 2009

Share

& Comment


Di tahun-tahun 60an, bila saja disebut si anu si anu mahu ke Makkah menunaikan rukun Islam ke lima, maka tidak kurang dua pekan (bukan bermaksud bandar)lamanya sudah riuh para ayam, itik, kambng dan lembu (juga kerbau). Seluruh kampung seperti akan meraikan suatu pesta besar. Ada yang ke hutan mengumpul kayu api. Ada yang mengali sumur, menyediakan air, bukan sekadar untuk minuman bahkan tempat mandian bagi sanak-saudara yang datang entah dari hujung dunia mana. Tongkat-tongkat rumah akan diperkuatkan. Serambi, jungkar, dan jabe (pelantar basahan di bahagian dapur), para bangsal tempat memasak, berkerja dan bersembang akan terbina semuanya secara 'tanpa wang'. Semua atas 'tulang dan keringat' yang rela.

(2) Sangat agung, bila sesorang itu akan ke Makkah pada zaman dulu-dulu. Bahkan sekembalinya dari Makkah, bukan main hebat mereka akan disambut, dicium, dipeluk, bahkan tidak putus akan berebut-rebut mahukan mereka datang 'membaca doa atau jemaah' di rumah sanak saudara masing-masing. Begitulah hebatnya penghargaan masyarakat Melayu pada yang berilmu...sehingga terbentuk pantun dua kerat:

Sungguh untung berkupiah putih,
Makanannya (rezeki) pasti lebih!

(3) Saat ini, banyak teman-teman yang menyuruh bahkan mengajak saya ke Tanah Suci. Bahkan ada yang ke sana samada atas Ummrah atau Haji, mereka kata mereka akan sebut nama saya, agar terbuka hati ini untuk ke sana. Ada juga yang menadah tangan di Kaabah agar saya ke sana. Namun, biar segalanya sudah kecukupan, saya masih menyepi diri. Saya belum pasti kenapa, sedang ke Kambodia dan Laos begitu kuat hati dan fikiran saya mahu ke sana? Saya belum pasti kenapa, belum terbuka untuk sujud di depan Kaabah!

(4) Hari ini, pagi tadi, dan juga melihat coretan Sdri/a Dura/Kerto (dlm flickr saya), ketemu saya dengan seorang teman baru dari Kuala Lumpur, masa minum pagi di Samudra Court, tidak semena-mena tajuk bualan kami adalah menunaikan Haji, lanjutan bicara mahu menukar badak menjadi kera, atau setidak-tidaknya kerbau menjadi kuda!

(5) Kami bicarakan perihal mungkin hampir semua orang pergi Haji, kerana mahu mensucikan diri. Mereka mahu membersihkan diri dari segala kotoran silam. Mereka mahu seputih, sebersih kain Ihram pakaian pengabdian mereka semasa di sana. Mereka mahu memohon keampunan dan menyerah diri pada Allah.

(6)Mungkin inilah, makanya hati ini belum terbuka untuk ke Tanah Suci Mekah. Apakah kita ke sana atas niat besar mahu munajat memohon keampunan, membersihkan diri, mahu melupakan yang silam? Mencari kebersihan kini, menghilangkan segala kehitaman yang lepas. Saya kira saya tidak mahu bergitu, saya kira segala kehitaman yang lepas, kerana tidak kita tunaikan, apakah ianya akan termaaf dengan bermunajat pada Allah? Saya kira, manusia bersifat begini, adalah manusia perlarian (escapism). Contoh, jika kita adalah penjawat awam, kerana kita mengambil enteng akan tanggungjawap memikul tugas membangun bangsa, kerana kita rasa berdosa, tidak membuatnya, lantas di Makkah di depan Kaabah kita memohon ampunanNya atas kelalaian kita, apakah dosa itu akan terampun dan kita terlepas dari siksa kelalaian kita?

(7) Samalah seperti menangis bila derita, pilu, lara? Apa majunya kita, selepas itu? Tidakkan masa, tenaga, kesempatan sudah terbuang sia-sia?

(8) Soal dosa atau kehitaman pribadi, itu tidak saya persoalkan. Cuma, memohon keampunan dan pembersihan diri atas segalanya ini, apa kah terbatas pada di Makkah sahaja? Apakah janji dan pengajaran Tuhan bagi keperluan ini?

(9) Saya sedang memikir dan merencana, apakah agenda dan jalan gaya untuk menjadikan ummah Islam kita menjadi ummah dengan segala kekuatan, sehingga itu tercapai, mungkin baru saya ke tanah Suci Makkah bermunajat dan khalwat kepadaNya memohon restu akan perjuangan ke depan yang perlu saya tunaikan. Mudah-mudahan dengan ini, akan besarlah makna kembali berkupiah putih, beriwa putih, berfikiran putih, untuk keputihan manusia-manusia kita. Dosa-dosa pribadi akan saya uruskan sacara lain, tidak di muka Kaabah! Ya kerana upaya akal, upaya ketajaman fikiran, buah tinggalan masa depan, sedang tidak ada pada saya, maka saya belum layak ke sana. Belum berkeupayaan punya akal yang panjang dan dalam.
Allahuawaalam.

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, Saudara Abdullah yang dirahmati Allah. Tika saya menjenguk laman ini, saya teringat Rukun Islam dan Iman. Maka Tuhan mensyaratkan jika kita udah mampu menjejak kaki ke Baitullah maka pergilah... Tidak ada yang memaksa. Di sana seluruh umat Islam bersatu..bukan hanya untuk menyucikan diri dari dosa semalam...tetapi melihat KEBESARAN ALLAH S.W.T. Sujud dan syukur kerana lahirnya kita ini di dunia atas KEBESARAN Allah S.W.Taala. Semoga yang kembali akan terus kuat hatinya, keimananya kepada Allah S.W.Taala dan lebih cekal menghidupkan dan memanjangkan perjuangan untuk "UMAT ISLAM" dan manusia sejagat lainnya ... kerana ISLAM itu sendiri adalah lengkap.. "Syumul". Kalau hati berat untuk pergi... Usah dipaksa ...Pergi menghadapNYA atas hati yang ikhlas dan suci.

AllahuAkbar
Secawan Kopi...

Anonymous said...

assalamualaikum wbt saudara Abdullah semoga sentiasa dalam limpah dan rahmatnya jua..mudah-mudahan Allah permudahkan urusan mu memperlengkapkan rukun islam yang ke 5.

Anonymous said...

Bagi orang-orang yang telah cukup syarat wajib haji tetapi tidak segera menunaikanya tiba-tiba dia meninggal dunia,maka sangat lah besar dosanya kerana boleh menyebabkan dia mati sebagai nasrani dan yahudi.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud 'barangsiapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah maka tidak halangan ke atasnya jika di kehendaki mati nya sebagai yahudi atau nasrani.....Nauzubillah.Dan juga firman Allah 'mengerjakan haji adalah kewajiban hambanya kepada Allah dalam melengkapkan rukun Islam.
Saya doa kan semoga Allah buka kan pintu hati En Abdullah untuk menunaikan haji ,bukan kerana gelaran di dunia tetapi adalah tuntutan Allah ke atas hambanya.semoga En Abdullah di pandang mulia bukan sahaja di sisi bangsa dan umat Islam tetapi yang lebih penting mulia di sisi Allah..Amin

Abdullah Chek Sahamat said...

Aku akan tetap dulu, mencari erti sebenar dari yang ku kira surface translation atas semuanya itu....tidak mengapa biar saja aku menjadi korban asal semua yang lain kemudiannya akan sadar apa maksud sebenarnya.....aku adalah anak cucu Adam yang kepalanya keras...tidak aku mahu terbuat apa yang aku tidak pasti dan mengerti!

(2) Namun terima kasih atas bantuan semua. Sejujurnya. Seiklhasnya. Terima kasih. Akan kufikirkan rapat-rapat semuanya.

Anonymous said...

Sik perlu mun sik mauk. Kubur lain-lain pok. Korban indah~ sik tauklah~

Anonymous said...

An-Nawawi holds that "after making istikharah, a person must do what he is wholeheartedly inclined to do and feels good about doing and should not insist on doing what he had desired to do before making the istikharah. And if his feelings change, he should leave what he had intended to do, for otherwise he is not leaving the choice to Allah, and would not be honest in seeking aid from Allah's power and knowledge. Sincerity in seeking Allah's choice, means that one should completely abandon what one desired oneself."

Anonymous said...

Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :

(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)

Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

Menurut riwayatnya, ramai para sahabat menyatakan, bahawa bumi Makkah adalah yang pertama sekali muncul dari air selepas penciptaannya dan daripadanya bumi- bumi lain terbentang dan terhampar. Keistimewaan yang terdapat di Makkah ialah Masjidil Haram.

Keistimewaan Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah atau Baitullah, yang menjadi kiblat bagi umat Islam.

Secawan Kopi

Anonymous said...

Few Hadith for thinking!

Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah : Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita tersebut : Ya. Sabda Nabi : Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya)”.

Didalam hadith yang lain:

“Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas hamba-hambanya menunaikan haji. Bapaku seorang yang tua tidak mampu pergi bermusafir (ke Mekah), adakah aku perlu menunaikan haji untuknya? Sabda Rasulullah : Ya”

Abdullah Chek Sahamat said...

I believe I'm talking about the PURPOSE of making the Haj. I believe I never say I WOULDN'T or one shouldn't make the Haj. TQ

Inspector Clouseau said...

Nice work. I came across your blog while “blog surfing” using the Next Blog button on the blue Nav Bar located at the top of my blogger.com site. I frequently just travel around looking for other blogs which exist on the Internet, and the various, creative ways in which people express themselves. Thanks for sharing.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.