10/5/09 JAUH PERJALANAN....luas pandangan
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 11, 2009Semasa kecil-kecil dahulu (tahun 1960an), saya hanya punya kesempatan untuk berjalan dengan datuk saya ke tiga tempat (a) kekebun kelapa, bagi mengarang kelapa, kopi dan segala buah-buahan (b)ke kedai towkey Cina bernama Akuk bagi urusan membeli tembakau dan rokok daun, dan (c)ke Masjid kampung sebelah bagi urusan fardhu Jumaat.
Dalam perjalanan ke Masjid untuk jemuahan (sembahyang fardhu jumaat), kami biasanya akan berlepas agak awal, seawal jam 1100 biarpun jarak masa ke Masjid hanyalah antara 30-45 minit, dan masuk waktu sekitar jam 12.30-12.45. Lazimnya dia akan mengajak saya mengikuti jalan yang agak jauh dan tidak terus ke Masjid.
(2) Saya kadang-kadang bertanya dia, kenapa Datuk suka pergi awal dan suka pula memilih jalan yang jauh untuk ke Masjid. Jawapnya mudah saja, (a) kita mesti sentiasa ada tabiat suka awal. Awal itu bagus, kita tak perlu buru-buru, kita akan sentiasa tenang. (b) Kita pilih jalan jauh, sekurang-kurangnya kita boleh jumpa banyak kawan, dan kita boleh ambil masa sedikit untuk berbual dengan mereka. Juga katanya, kita boleh lihat banyak benda baru, dan mungkin kita boleh pelajari benda-benda baru!
(3) Kini saya teringat, dulu-dulu, orang-orang tua kita terpaksa naik pelbagai jenis kenderaan dan laluan untuk sampai ke Baitullah. Di sepanjang jalanan itu pasti banyak perkara-perkara enak dan tak enak yang akan mereka lalui dan lihat. Pasti ini, mungkin samalah dengan 'wisdom' perjalanan Datuk-Cucu di zaman saya kecil-kecil dulu.
(4) Kini, kita duduk di kerusi empuk (pesawat), diam di hotel mewah, dan terurus dengan sempurna bila mengerjakan Haj. Maka sayapun terfikir, apa beda dan faedahnya atau kelebihannya dari perbedaan antara (perjalanan) mengerjakan Haj kini dan dulu-dulu?
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Hidup ini boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran mengikut apa juga yang kita mahu. Sekiranya En. Abdullah berpendapat begitu, maka tiada siapa dapat menghalangnya.
Tetapi pada saya, kemudahan untuk sampai ke Mekah dengan pesawat adalah tanda rahmat dan kasih sayang Allah pada kita hambaNYA untuk mudah menuju kepadaNYA dan beribadat untukNYA di sana.
Apa yang membezakan sesuatu adalah cuma tergantung pada niat seseorang untuk ke sana. Sama ada untuk beribadah dan menghambakan diri kepadaNYA atau bercuti dan memenuhi tiket yang didapati secara percuma atau macam artis-artis Malaysia yang suka dan senang mencanang pemergian mereka ke Tanah Suci itu untuk dipandang baik, alim atau sebagainya yang kadang-kadang mendatangkan sifat takabur atau ri'ak.
Sebaliknya, ibadah yang dilakukan adalah tetap sama setelah beribu tahun lamanya dan akan tetap sama walau seribu tahun lagi. Cuma, ia adalah seiring dengan kemajuan dan kemodenan teknologi dunia yang tidak dapat dielakkan kewujudannya.
Tetapi untuk menyatakan bahawa ibadah haji sekarang adalah kurang mencabar berbanding dahulu, adalah tidak adil sama sekali melainkan kita sendiri telah pernah mentawaf kaabah sebanyak 7 kali.Teman pernah menceritakan keperitan sewaktu mentawaf sehingga pernah termasuk ke bawah kain perempuan Arab dan tidak kurang juga kita mendengar cerita bahawa terdapat kematian akibat sesak atau dipijak sewaktu ibadah tawaf dilakukan yang mana tidak mengira warga emas, pemuda atau pemudi.
Jadi, kesimpulannya, hidup dan pandangan hidup ini, adalah sepenuhnya tergantung kepada kita sendiri. Dan kitalah yang mencorakkan kehidupan dan pandangan hidup kita. Kita boleh percaya atau tidak percaya kepada apapun sesuka hati kita tanpa halangan tetapi seperti sabda Rasullullah, ku tinggalkan 3 perkara untuk Umatku untuk dijadikan panduan iaitu, Al-Quran, Sunnah dan Hadith nescaya tidak akan sesat mereka selamanya.
Wallahua'lam.
(maynis99)
Kemajuan menjadikan perjalanan itu semakin mudah. Sebuah perjalanan itu bermula dengan kepayahan,pertemuan manusia, pertemuan deretan pengalaman dsbnya. Makin jauh perjalanan itu, maka mudahlah perjalanan itu. "Makin jauh seseorang itu berjalan maka makin mudahlah dia menghilangkan lemak dibadannya dan semakin mudah dia menghasilkan daya tahan badannya.-Andalusia-
Thank you for sharing a very wise & useful story with us. We have a lot to learn from this as being Punctual(and early) has a lot of hidden benefits as well. Early bird catches the worm. A calm mind thinks better. First Come, First Served. Time is indeed an essence that no man should Waste! Thus, isnt high time we bring back the value of Punctuality in our Society and throw away the embarassing phrase of "Msian time" (30mins late) for most events/ functions? If we are to eliminate the 3rd World Mentality, we should start by having 1st Class respect for time and a healthy sense of urgency in everything that we do daily!!
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan Amal Salih. Dan mereka pula bermuafakat bersama-sama dalam saling memberi pengajaran tentang Kebenaran dan Kesabaran.
Much have changed, much have remained the same. In terms of appearance time has been kind to some, not so kind to others.
Saya kira perjalanan hidup kita adalah berbeza dari mereka di waktu dahulu.Saya juga pasti pasti bahawa orang -orang Islam di zaman Nabi Muhammad juga akan menaiki pesawat dan duduk di hotel mewah sekiranya semua kemudahan itu ada dan mereka mempunyai kemampuan pada ketika itu.
Ketika ini kita mempunyai semua kemudahan yang ada untuk menunaikan haji, umpamanya. Dan ramai antara kita yang mampu ,tapi kenapa kita masih tidak ke sana? Jadi kita lihat, pada ketika dan keadaan mana sekali pun, kita mempunyai halangan dan kekangan yang tersendiri.Tepuk dada tanya selera....
Masa tetap beredar, dan demi masa, manusia itu berada dalam kerugian.
Post a Comment