.

6/8/21 BIARKAN MAHATHIR BEKERJA ....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 16, 2021

Share

& Comment

Hari ini Muhyiddin akan mengadap YDPA. Diberitakan bahawa dia akan menyembah surat perletakkan jawatan. Doa dan harapan saya: "Mudah-mudahan itu benar. Mudah-mudahan YDPA menerima perletakan jawatan beliau". Asas saya adalah Muhyiddin sudah "tiada kepercayaan" pelbagai pihak untuk terus menjawat jawatan PM. Beliau telah dinobatkan oleh "hampir semua" sebagai telah gagal. Pendirian saya, Muhyiddin sudah hilang keupayaan untuk bekerja secara cekap dan berkesan. Biarpun itu hanya permainan politik, namun hakikatnya, biar SAW seorang yang sebegitu Al Amin juga terpukul hebat oleh fitnah Abdullah Ibnu Ubay, hipokrit Madinah pada zamannya. Muhammad SAW memilih "mengundur" secara berkhalwat untuk tempoh sebulan.

(2) Muhyiddin bagi saya adalah jambatan Allah hendak menunjukkan bahawa rhetorik sepertinya Mahathir di dalam Kerajaan PH, tidak membuahkan apapun. Rhetorik hanyalah lakunan hipokrit setara munafik Abdullah Ibnu Ubay. Bagi Abdullah, kuasa adalah haknya, sedang kesejahteraan dan kemakmuran ummah bukan matlamatnya. Muhyiddin seperti juga Mahathir, dia dikelilingi kalangan rhetorika yang pada hakikatnya tidak tahu dan tidak mahu bekerja. Lewat Muhyiddin dan Mahathir Allah mempamirkan kepada rakyat Malaysia siapa kalangan rhetorik hipokrit ini, dan betapa mereka ibarat kera yang dapat bunga, tidak tahu untuk berbuat apapun dengan bunga tersebut melainkan mengoyak rabaknya

(3) Maka mahabijaksana Allah adalah terlalu luas dan jauh sehingga Dia menjadikan sifat Tabligh - cara perhubungan dan kerja yang penuh kebijaksanaan ada pada Muhammad SAW. Mereka yang di keliling Muhyiddin dan Mahathir terdahulunya, terlalu taksub dengan cara bawaan cyberwar oleh Najib dan Anwar sehingga melupakan konsep Tabligh Muhammad SAW.

(4)  Kini kebijaksanaan YDPA adalah penyelamat Negara. Kebijaksanaan YDPA juga akan menjulang kembali martabat Melayu yang telah sekian lama terhina ie sejak 1998. Allah kali ini memberikan peluang kepada YDPA sebagai jambatan untuk kebangkitan maruah dan martabat Melayu dan Islam di Negara ini dan Nusantara seluruhnya.

(5) Masalah kita kini terlalu besar dan berat. Covid 19 mesti kita tentang segera secara berkesan. Ekonomi Negara juga mesti dipulihkan cepat. Jika Covid 19 tidak dibendung, ekonomi Negara akan hancur. Jika ini terjadi, rakyat pasti akan bangkit kegilaan. Kegilaan rakyat tunjangnya adalah politik gila kuasa dan rhetorik hipokrit. Makanya, saya yakin YDPA akan memilih seseorang yang mempunyai pengaruh kuat di peringkat awam dan swasta bagi memimpin dan mengurus hal ehwal Negara kini.  Dia harus seorang sosok sepertinya Samy Vellu katakan: "Hari ini dilantik, kemarin dia sudah bekerja (hari ini pos, kemarin sudah sampai)". Kita tidak lagi boleh membuang masa. Kita perlukan seorang yang segera (instantaneous) mampu dan boleh bertindakDia harus berupa sosok yang memiliki resources at his disposal

(6) Juga, secara politik dia harus seseorang yang majoriti rakyat dan pihak-pihak politik yang bertelagah boleh terima. Pokoknya dia harus seorang yang cukup matang dan berpendirian teguh dalam mendepani apa juga cabaran tugas-tugasnya. Ini penting sebagai melambangkan demokrasi masih utuh di Negara ini dan pimpinan kita berwibawa, dan dia hanyalah Messiah, penyelamat sementara. Demokrasi harus kelihatan masih utuh di Negara ini, biar ianya tidak secara sepenuhnya dalam tafsiran demokrasi barat. Dalam keadaan darurat pandemik covid 19, ekonomi dan politik kini, kita memerlukan demokrasi terpimpin. Messiah yang kita pilih harus seseorang yang berpunya kedaulatan to mold all his resources for the best of the nation

(7) Di samping itu, sosok yang YDPA pilih saya yakin harus berupa sosok yang dihormati di persada dunia. Ini adalah faktor yang tidak boleh diketepikan. Asasnya Malaysia sudah dilihat sebagai gagal dalam pelbagai bidang. Malaysia juga telah dilihat sebagai menyimpang dari amalan demokrasi. Dunia kini ditunjangi kapitalisma. Mahu tidak mahu, kita perlu hidup dalam dunia kapitalisma. Dunia kapitalisma penuh persaingan. Kita banyak persaing. Makanya, wajah kita di persada dunia harus tidak diburukkan oleh sosok yang boleh memudharatkan Negara. Kita perlu mempersembahkan seseorang yang dunia hormati agar kita terhormat. Sosok ini harus berupa a magnetic figure yang boleh menarik world resources kepada kita. Juga, sosok yang memimpin Negara juga harus punya hubungan antarabangsa yang kental sebagai resources to his disposal. Malaysia perlukan segala kekuatan sebegini untuk mampu cepat bangkit. 

(8) Mudah-mudahan Allah swt mempermudahkan perjalanan panjang kita semua. Kita berserah kepada Allah swt juga lewat YDPA kita akan selamat dari kehancuran. Masa sudah tidak bersama kita. Kita tidak lagi boleh memperjudikan masa depan kita.


Kuching, Sarawak

16 Ogos, 2021 

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.